tudung

110

description

pakai tudung

Transcript of tudung

Page 1: tudung
Page 2: tudung

2

www.zolace.com

Share E-book

Kandungan

Tutorial Tudung Bawal Ala Reben Yang Ringkas Dan Pantas

Tutorial Gaya Versatil dan Berlapis dengan Tudung Bawal

Tutorial Selendang untuk Si Gadis Berkaca Mata

8 Langkah Tutorial Selendang Cantik dengan Efek Lipatan!

8 Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang

Tutorial Selendang Beralun Yang Menutup Aurat dan Menawan

1 Tip Tudung Mudah Untuk Menjadi Perhatian Ramai!

Cara Mudah Untuk Kelihatan Unik Untuk Si Pencinta Tudung Bawal

05

08

12

15

18

22

25

28

Cara Ringkas Menggayakan Tudung Bawal Hanya Dalam Masa Dua Minit!

Gaya Selendang Yang Ringkas Dan Anggun Untuk Ke Tempat Kerja

Gaya Harian Kasual dengan Tudung Bawal

Gaya Kasual Yang Mudah Dan Pantas Untuk Pencinta Selendang

Tampil Anggun Dan Ranggi Di Majlis Istimewa Dengan Tudung Bawal

5 Cara Menggayakan Tudung Bersama Barang Kemas

5 Langkah Mudah Dan Ringkas Untuk Bergaya Dengan Tudung Bawal Squircle Terkini

31

34

37

40

44

47

528 Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang55

Table of Contents

Page 3: tudung

3

www.zolace.com

Share E-book

Kandungan

5 Tips Mengemaskan Susunan Tudung & Shawl Anda

Apakah Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Tona Kulit Anda?

Cara Memakai Pashmina Untuk Menghadiri Kenduri

Cara Menggaya Tudung Bawal Dengan 4 Langkah Mudah

Tutorial Gaya Elegan Dengan Tudung Bidang 60”

Cara Memvariasikan Gaya Wideshawl Anda!

Tutorial Halfmoon Gaya Felixia Yeap

58

61

65

70

72

75

78

Tutorial Tudung untuk Gadis Berwajah Bulat

6 Tips Nampak Menawan Dengan Tudung Dan Cermin Mata

Cara Memakai Selendang Bergaya Kurang Dari 10 Minit

Tutorial Tudung Untuk Si Gadis Sopan Dan Elegan

Cara Memakai Tudung ke Office Dalam Masa Singkat

Cara Pakai Tudung Bawal Yang Berbeza

Cara Menggayakan Tudung Bercorak Penuh

81

84

88

91

95

98

100

Cara Ubah Gaya Tudung Bawal Dengan 1 Langkah Mudah

[GAMBAR] Cara Pakai Selendang Gaya Ringkas & Cantik

104

107

Table of Contents

Page 4: tudung

4

www.zolace.com

Share E-book

Company Introduction

Bila anda lihat gaya Shila Amzah bertudung, adakah anda terfikir, macamana cara dia lilit selendang tu? Kemudian anda terlihat gaya tudung Neelofar, Yatt Hamzah, Diana Amir....semuanya menarik! Adakah mereka tampak menarik sebab mereka cantik atau kerana mereka tahu apa yang sesuai untuk mereka? Anda juga teringin mencuba semua gaya tersebut tetapi anda tidak tahu cara memakainya. Anda juga tidak pasti adakah gaya itu sesuai untuk bentuk muka anda.

Anda ingin kelihatan menarik untuk ke tempat kerja dan memakai tudung yang tidak akan mengganggu cara anda bekerja tetapi gaya bertudung bagaimana yang sesuai? Anda ingin kelihatan anggun ketika menghadiri majlis perkahwinan atau makan malam tetapi tudung jenis apa yang sesuai supaya tidak dikatakan keterlaluan? Anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk bersiap kerana jadual hidup yang padat, gaya pemakaian tudung yang mana sesuai untuk anda?

eBuku ini ada jawapannya! eBuku ini mengandungi 30 artikel tentang segala aspek pemakaian tudung terutamanya untuk pemakaian kasual, ke tempat kerja atau ke majlis formal. Melalui ebuku ini, anda akan mengetahui cara-cara pemakaian tudung yang diberikan langkah demi langkah secara bergambar. Cukup jelas dan mudah diikuti. Anda juga akan ditunjukkan tentang gaya bertudung yang bagaimana sesuai untuk bentuk muka anda sama ada bentuk bersegi, bujur atau bulat. Anda juga turut diberi tunjuk ajar tentang pemakaian aksesori yang sesuai pada tudung dan banyak lagi! Semuanya untuk membantu anda tampil bergaya dengan penuh yakin menawan.

eBuku ini dihasilkan semata-mata untuk membantu anda tampil bergaya dalam kehidupan seharian. Anda tidak perlu lagi membeli dan membelek majalah-majalah hanya untuk mencari maklumat tentang gaya pemakaian tudung. Segalanya kini dihujung jari anda. Hanya dalam satu buku, segalanya tersedia untuk anda.

Follow us on Facebook:www.facebook.com/zolacemalaysia

Company Introduction

Follow us on Twitter:www.twitter.com/zolacemalaysia

Follow us on Instagram:www.instagram.com/zolacemalaysia

Page 5: tudung

5

www.zolace.com

Share E-book

Tutorial Tudung Bawal Ala RebenYang Ringkas Dan Pantas

Anda kesuntukan masa untuk bersiap? Lewat ke pejabat mahupun kuliah kerana terlewat bangun? Jika anda pernah mengalami situasi ini, anda pasti pernah terdetik untuk bersiap ala kadar sahaja kerana ingin mengejar masa. Malah bagi kaum wanita, mereka berasa runsing kerana banyak masa yang terbuang apabila memakai tudung. Maka, ra-mailah yang hanya mengenakan pakaian dan tudung yang senang dipakai akibat kesuntukan masa. Namun, penampi-lan yang terhasil kadang-kadang kelihatan membosankan, tidak kemas dan kurang menarik. Hal ini kadang-kadang akan membawa kepada rasa kurang keyakinan diri dan ketiadaan semangat untuk bekerja pada hari tersebut.

Lihat juga: Cara Ringkas Menggayakan Tudung Bawal Hanya Dalam Masa Dua Minit!

Tutorial tudung pada kali ini akan menunjukkan kepada anda cara memakai tudung bawal yang ringkas namun masih menarik dan bergaya. Gaya ini sudah semestinya amat sesuai untuk dipraktikkan apabila anda mempunyai masa yang singkat untuk bersiap akibat situasi seperti yang dinyatakan di atas. Ayuh, jangan membuang masa lagi, mari kita lihat tutorial memakai tudung bawal yang mudah dan ringkas ini.

Antara perkara yang diperlukan:

1. Tudung bawal (kosong atau bercorak)2. Anak tudung3. Pin kerongsang

Tutorial Tudung Bawal Ala Reben Yang Ringkas Dan Pantas

Page 6: tudung

6

www.zolace.com

Share E-book

Mulakan dengan langkah asas dalam memakai tudung bawal. Lipat-kan tudung menjadi segi tiga dan kemudian letakkan tudung di atas kepala. Sebelum pin kerongsang disematkan, pastikan panjang kedua-dua bahagian tudung di sebelah kanan dan kiri adalah sama.

1

Langkah-langkah: 1

2

Betulkan bentuk tudung di bahagian wajah anda. Setelah berasa puas hati, ambil kedua-dua bahagian hujung tudung.2

3

Simpulkan kedua-dua bahagian hujung tudung tadi seperti di dalam gambar.

3

4

Simpulkan tudung dengan kemas seperti di dalam gambar. Pada lang-kah ini juga anda boleh menetapkan jarak reben mengikut kehendak masing-masing.

4

Tutorial Tudung Bawal Ala Reben Yang Ringkas Dan Pantas

Page 7: tudung

7

www.zolace.com

Share E-book

5

Setelah itu, simpulkan tudung anda seperti menyimpul reben. Reben di tudung seharusnya kelihatan seperti di dalam gambar. Setelah mendapat bentuk reben yang anda inginkan, kemas-kemaskan ia agar kelihatan lebih cantik dan menarik.

5

6

Tadaaa! Inilah hasil akhir penggayaan tudung bawal ini. Sangat mu-dah dan ringkas bukan? Cubalah sendiri.6

Gaya tudung ini adalah sangat mudah dan boleh anda gayakan di mana-mana jua pada bila-bila masa. Oleh sebab gaya yang amat ringkas dan pantas ini, ia sangat ideal untuk mereka yang mempunyai masa yang singkat untuk bersiap. Lambat ke kelas, ke pejabat, ataupun bertemu janji dengan pasangan mahupun teman-teman, hanya ikuti langkah tutorial yang mudah ini untuk tampil menarik dan berasa yakin dan juga ceria sepanjang masa!

Mungkin sesetengah fesyenista Muslimah berasa kurang tertarik dengan gaya ini kerana ia sangat pendek dan tidak menutupi dada seperti yang dianjurkan oleh syariat. Usah risau, sekiranya anda berminat dengan gaya ini namun ma-sih mahu menutup aurat dengan sempurna, gunakan tudung bersaiz besar. Ia pasti menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya anda juga teringin mengenakan aksesori, tambahkan penggunaan rantai untuk menghasilkan penampilan akhir yang lebih elegan dan menawan.

D O N E

Tutorial Tudung Bawal Ala Reben Yang Ringkas Dan Pantas

Page 8: tudung

8

www.zolace.com

Share E-book

Tutorial Gaya Versatil dan Berlapis dengan Tudung Bawal

Tudung bawal ataupun segi empat boleh digayakan dengan pelbagai jenis fesyen pada hari ini. Ia tidak lagi tertumpu kepada gaya biasa seperti sebelum ini. Oleh itu, jika anda seorang pencinta tudung bawal atau segi empat dan ingin mengubah fesyen anda yang membosankan, mari cuba tutorial ini. Ia mudah dan hasilnya juga menarik dan berjaya menjadikan pemakainya kelihatan anggun dan bergaya. Mari lihat bersama-sama langkah-langkah mudah tutorial ini!

Lihat juga: Gaya Harian Kasual dengan Tudung Bawal

Antara perkara yang diperlukan adalah:

1. Tudung bawal atau empat segi (kosong atau bercorak)2. Inner neck atau anak tudung3. Pin kerongsang4. Jarum peniti

Tutorial Gaya Versatil dan Berlapis dengan Tudung Bawal

Page 9: tudung

9

www.zolace.com

Share E-book

1

Pakai anak tudung atau inner neck dengan kemas. Kemudian letakkan tudung di atas kepala dan bahagikan bahagian tudung dengan sama panjang. Setelah itu, sematkan kerongsang di bawah dagu.

1

Langkah-langkah:

2

Alihkan hujung tudung sebelah kiri ke belakang anda. Ini untuk memudahkan langkah seterusnya. Kemudian bawa hujung tudung se-belah kanan tadi ke sebelah bahu kiri anda dan sematkan kerongsang dengan kemas. Betulkan alunan yang terbentuk.

2

3

Untuk langkah ini pula, ambil bahagian hujung tudung sebelah kiri di belakang tadi dan tarik ke sebelah kanan seperti di dalam gambar.3

4

Langkah ini amat penting. Pegang tengah-tengah tudung yang ditarik tadi kerana sebahagiannya akan dililit semula ke bahagian kiri kepala seperti di dalam gambar.

4

5

Pastikan lilitan tudung tadi kemas dan bebas dari sebarang lipatan dan kedutan agar hasilnya tampak cantik. Sesudah itu, sematkan jarum peniti dengan berhati-hati.

5

Tutorial Gaya Versatil dan Berlapis dengan Tudung Bawal

Page 10: tudung

10

www.zolace.com

Share E-book

6

Sematkan juga jarum peniti di bahagian tudung di sebelah kanan tadi agar ia kelihatan lebih kemas.6

7

Di langkah ini, ambil pula bahagian hujung tudung bahagian kanan yang di silang ke bahu kiri anda tadi.7

8

Lakukan seperti di langkah keempat tadi namun, bawa sikit ke hada-pan. Pegang bahagian tengah tudung dan bawa selebihnya ke baha-gian sebelah kiri atas kepala anda. Pastikan anda melipatnya dengan kemas dan sematkan jarum peniti di hujung tudung tadi.

8

9

Sematkan juga jarum peniti dengan berhati-hati agar tudung anda cantik terletak dan tidak tertanggal. Kemas-kemaskan bahagian alu-nan tudung dan lipatan tadi agar efek yang terhasil kelihatan cantik.

9

Tutorial Gaya Versatil dan Berlapis dengan Tudung Bawal

Page 11: tudung

11

www.zolace.com

Share E-book

Tadaaa! Inilah hasil akhirnya. Menarik dan kreatif bukan? Cubalah!

D O N E

Perkembangan fesyen dan kebijakan para fesyenista Muslimah pada hari ini sememangnya telah terbukti dengan beribu-ribu idea dan ciptaan fesyen bertudung yang boleh di dapati secara online. Ke mana-mana sahaja anda per-gi, pasti terdapat ramai wanita dan gadis di luar sana yang tampil dengan pelbagai jenis dan fesyen tudung terkini dan menarik. Gaya ini juga salah satu daripadanya. Anda boleh pergi ke mana-mana aktiviti dan acara dengan gaya yang versatil dan anggun in sama ada untuk gaya kasual, ke pejabat mahupun menghadiri acara-acara istimewa. Serlahkan lagi gaya ini dengan penggunaan aksesori tambahan seperti rantai, kerongsang dan juga peniti yang menarik.

Berikut disediakan beberapa cadangan pakaian dan penampilan akhir yang boleh anda padankan dengan gaya tudung ini. Jom lihat bersama-sama. Bagaimana? Semuanya menarik bukan?

Tutorial Gaya Versatil dan Berlapis dengan Tudung Bawal

Page 12: tudung

12

www.zolace.com

Share E-book

Tutorial Selendang untuk Si Gadis Berkaca Mata

Tidak semua manusia dilahirkan dengan penglihatan yang sempurna. Hal ini kadang-kadang menjadi satu mas-alah kepada wanita di luar sana untuk tampil bergaya dengan tudung ataupun fesyen hijab mereka. Memakai kaca mata kadang-kadang menjadi bentuk muka kelihatan tidak menarik dengan sesetengah tudung sebagai contoh, tudung menjadi kembang kerana pemakaian kaca mata.

Lihat juga: 6 Tips Nampak Menawan Dengan Tudung Dan Cermin Mata

Namun, pelbagai fesyen hijab dan beribu penggayaan hijab pada hari ini terbukti menjadi satu penyelesaian kepa-da si gadis dan wanita berkaca mata. Tutorial pada kali ini akan menunjukkan kepada anda satu cara berhijab yang amat bersesuaian kepada fesyenista Muslimah yang berkaca mata. Ia amat mudah dan hanya mengambil masa yang singkat untuk digayakan. Tanpa membuang masa, mari kita lihat tutorial ringkas ini!

Tutorial Selendang untuk Si Gadis Berkaca Mata

Page 13: tudung

13

www.zolace.com

Share E-book

Perkara-perkara yang diperlukan:

1. Selendang (kosong atau bercorak)2. Inner neck3. Jarum peniti

1Pakai inner neck yang bersesuaian atau berpadanan dengan selen-dang anda. Letakkan selendang di atas kepala dan bahagikan kepada dua bahagian iaitu, bahagian panjang dan pendek. Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk menetapkan panjang dan pendek terse-but pada sebelah kiri atau kanan.

1

2

Betulkan terlebih dahulu bentuk selendang di muka anda. Setelah itu, ambil bahagian tudung yang pendek di sebelah kanan dan bawakan ke sebelah kiri anda. Cukup pada paras atas telinga anda dan semat-kan jarum peniti dengan kemas. Lakukan seperti di dalam gambar.

2

3

Ambil pula bahagian selendang yang panjang di sebelah kiri dan bawa ke sebelah kanan anda. Pastikan bahagian selendang yang pan-jang ini tidak menutup alunan selendang yang terhasil pada langkah kedua tadi.

3

Selendang anda harus kelihatan seperti di dalam gambar. Lihat pada bahagian selendang pendek tadi yang berada di atas bahagian selen-dang panjang tadi. Setelah berasa puas hati dengan panjang selen-dang tadi, sematkan jarum peniti dengan kemas di atas kepala anda.

4

4

Tutorial Selendang untuk Si Gadis Berkaca Mata

Page 14: tudung

14

www.zolace.com

Share E-book

Kemaskan alunan yang terbentuk. Kemudian ambil sedikit selendang di sebelah kiri anda (bahagian selendang yang panjang) seperti di da-lam gambar.

5

5

Lipatkan sehingga ke bahagian belakang telinga seperti di dalam gambar. Kemas-kemaskan dahulu sebelum jarum peniti disematkan.6

6

7

Tadaaa! Fesyen selendang mudah ini telah pun siap digayakan. Bole-hlah anda memakai kaca mata tanpa rasa merosakkan bentuk selen-dang di bahagian wajah. Menarik dan kreatif bukan? Cubalah.

7

D O N EGaya selendang ini boleh anda pakai di mana-mana pada bila-bila masa. Bersiar-siar bersama teman, pergi ke pejabat, menghadiri kuliah mahupun bertandang ke majlis-majlis istimewa. Gaya yang versatil ini juga boleh diperindah dan diserlahkan lagi dengan pemakaian aksesori seperti ant-ing-anting dan juga rantai. Ini amat bersesuaian apabila anda menjadi tetamu jemputan pada mana-mana majlis istimewa. Kini, kaca mata tidak menjadi penghalang kepada fesyenista di luar sana untuk tampil menawan dan elegan.

Berikut beberapa cadangan pakaian yang boleh anda padankan dengan gaya selendang ini. Hanya pilih dan anda sudah bersedia untuk menerima banyak pujian!

Tutorial Selendang untuk Si Gadis Berkaca Mata

Page 15: tudung

15

www.zolace.com

Share E-book

8 Langkah Tutorial SelendangCantik dengan Efek Lipatan!

Rasanya semua wanita berhijab di seluruh dunia perlu berterima kasih kepada pencetus idea hijab menggunakan selendang. Ini kerana saiz selendang yang panjang membolehkan pelbagai jenis gaya menarik dan kreatif digaya-kan oleh semua Muslimah di luar sana.

Lihat juga: Tutorial Selendang Beralun Yang Menutup Aurat dan Menawan

Tutorial pada kali ini akan menunjukkan anda tutorial mudah untuk menghasilkan efek lipatan yang pastinya menambah kelainan yang menarik kepada pemakainya. Jom lihat bersama-sama tutorial mudah dan mengambil masa yang singkat ini.

Antara perkara yang diperlukan:1. Selendang (kosong atau bercorak)2. Inner neck atau anak tudung3. Pin kerongsang4. Jarum peniti

8 Langkah Tutorial Selendang Cantik dengan Efek Lipatan!

Page 16: tudung

16

www.zolace.com

Share E-book

1

Pakai inner neck atau anak tudung anda dengan kemas. Letakkan selendang di atas kepala dan bahagikan selendang kepada dua baha-gian, iaitu bahagian yang panjang dan pendek. Terpulang kepada anda menentukan sebelah mana yang pendek dan panjang.

1

2Sebelum anda sematkan kerongsang di bawah dagu, betulkan baha-gian selendang di bahagian wajah untuk keselesaan anda.2

3

Mulakan dengan mengambil bahagian selendang yang panjang. Untuk gaya ini, anda tidak perlu membawanya ke arah bertentangan seperti gaya selendang yang biasa. Bawa bahagian panjang tersebut terus ke atas kepala anda. Rujuk gambar agar lebih faham.

3

4

Letakkan dengan kemas bahagian selendang tadi di atas kepala anda.4

5

Kemudian, lebihan selendang tadi pula anda bawa pula ke arah ber-tentangan. Sebelum itu, tentukan berapa banyak lebihan selendang yang anda ingin bawa ke bahagian sebelah kepala anda. Pastikan leb-ihan selendang tadi cukup-cukup sehingga ke sisi kepala anda.

5

8 Langkah Tutorial Selendang Cantik dengan Efek Lipatan!

Page 17: tudung

17

www.zolace.com

Share E-book

Bawa selendang ke atas kepala anda dengan kemas. Pastikan lipatan kedua tadi tidak menutupi lipatan pertama di langkah keempat tadi. Ini penting agar efek lipatan itu terhasil.

6

6

7

Setelah berasa puas hati dengan efek lipatan yang terbentuk di atas kepala anda, sematkan jarum peniti dengan kemas di kedua-dua ba-hagian sisi kepala anda tadi.

7

Selendang anda harus kelihatan seperti di dalam gambar dengan efek lipatan yang terbentuk di bahagian atas kepala. Kemaskan bahagian lipatan tersebut agar tiada kedutan yang terbentuk. Bahagian alunan tudung di bahagian hadapan juga boleh anda betulkan dan kemaskan sebagai langkah terakhir.

8 8

D O N EGaya ini sangat mudah dan mengambil masa yang singkat. Anda boleh menggayakannya di mana-mana jua pada bila-bila masa. Anda boleh mem-bayangkan anda keluar bertemu rakan-rakan, bersiar-siar di taman ataupun bertandang ke majlis-majlis istimewa dengan gaya selendang ini. Tam-bahkan juga penggunaan aksesori seperti rantai, kerongsang di kedua-dua bahu kiri dan kanan, dan peniti yang unik dan menarik untuk menghebatkan lagi gaya ini. Mudah, cepat dan hasil yang menawan. Apa lagi yang diperlu-kan bukan?

Gaya tudung ini boleh anda padankan dengan pilihan-pilihan pakaian dan aksesori seperti di dalam gambar-gambar berikut. Tidak kira fesyen apa yang ingin diketengahkan, kasual, ke pejabat mahupun menghadiri majlis-majlis istimewa, gaya selendang ini sangat bersesuaian dan boleh menarik ramai mata-mata memandang kerana keunikan gaya anda yang tersendiri.

Tadaaa! Inilah hasilnya. Mudah sahaja bukan? Cubalah sendiri.9

9

8 Langkah Tutorial Selendang Cantik dengan Efek Lipatan!

Page 18: tudung

18

www.zolace.com

Share E-book

8 Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang

Walaupun pelbagai fesyen tudung mahupun hijab yang boleh ditemui sekarang, populariti tudung bawal atau tu-dung segi empat ini masih lagi kekal sehingga kini. Malah, ramai fesyenista Muslimah yang mencintai tudung klasik ini telah memberikan idea yang sangat kreatif dalam menggayakan tudung bawal seperti memakai selendang.

Lihat juga: Tampil Anggun Dan Ranggi Di Majlis Istimewa Dengan Tudung Bawal

Sekiranya anda beralih dan bertukar menjadi seorang pencinta selendang daripada seorang pemakai tudung bawal, jangan buang koleksi tudung tersebut kerana ia juga boleh digayakan seperti memakai selendang. Tutorial pada kali ini akan menunjukkan kepada para Muslimah di luar sana cara lain menggayakan tudung bawal seperti selendang. Ia bukan sahaja mudah, malah mengambil masa yang ringkas dan hasilnya juga amat menakjubkan! Tidak perlu membuang masa lagi, mari kita lihat cara-caranya.

Antara perkara yang diperlukan:1. Tudung bawal ataupun segi empat (bercorak atau kosong)2. Inner neck atau anak tudung3. Jarum peniti4. Pin kerongsang

8 Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang

Page 19: tudung

19

www.zolace.com

Share E-book

1Letakkan tudung bawal atas kepala dan mulakan dengan langkah asas memakai selendang iaitu membahagikannya kepada bahagian yang panjang dan pendek. Terpulang kepada anda untuk menentukannya sama ada di sebelah kiri atau kanan. Kemudian sematkan kerongsang di bawah dagu.

1

Langkah-langkah:

2

Seperti di dalam gambar, ambil bahagian hujung tudung yang panjang dan bawakan ke sebelah kiri sehingga ke bahagian atas kepala anda.2

3

Lilitkan dengan kemas dan pastikan tiada kedutan mahupun lipatan untuk hasil yang cantik. Pastikan lilitan itu tidak terlalu ketat dan longgar untuk keselesaan anda. Kemudian, sematkan jarum peniti di bahagian atas kepala.

3

4

Sebelum ke langkah seterusnya, betulkan alunan selendang yang ter-bentuk untuk efek yang cantik dan kemas. Ambil bahagian belakang tudung bawal dan bawa ke bahagian hadapan. Rujuk gambar untuk lebih faham.

4

8 Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang

Page 20: tudung

20

www.zolace.com

Share E-book

5

Pada langkah ini, anda harus mendapat hasil seperti di dalam gambar. Anda bolehlah betulkan-betulkan alunan yang terbentuk tadi untuk efek yang lebih kemas dan cantik. Setelah puas hati, sematkan jarum peniti di bahagian kedua-dua tepi kepala dengan kemas.

5

6

Pada langkah ini, satu lipatan akan dilakukan untuk mencantikkan vi-sual gaya tudung ini. Seperti di dalam gambar, ambil bahagian hujung tudung dan bawa ke bahagian belakang kepala.

6

7

Kemaskan dan kemudian sematkan jarum peniti dengan kemas.7

7

Kemaskan tudung dan alunannya sebagai langkah terakhir anda.8

8 Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang

Page 21: tudung

21

www.zolace.com

Share E-book

9Voila! Inilah hasil terakhir gaya ini. Menarik dan kelihatan menawan bukan? Cubalah sendiri!9

Melihat kepada gaya ini, tiada sesiapa sangka yang ia menggunakan tudung bawal, bukannya selendang. Sedikit sukar untuk dipercayai, tapi percayalah hanya dengan sehelai tudung bawal ataupun tudung segi empat ini anda juga mampu tampil bergaya dan eksklusif seperti memakai selendang.

Gaya yang menarik ini juga bersesuaian dipakai ke mana-mana jua pada bila-bila masa. Sekiranya anda memutuskan untuk menggayakannya di majlis-majlis istimewa, hanya tambahkan penggunaan aksesori seperti rantai untuk menyer-lahkannya. Pelbagai koleksi jarum peniti yang menarik dan cantik juga boleh di dapati dengan mudah di mana-mana pada hari ini. Hanya pilih dan kemudian gunakan pada gaya tudung ini. Itu sudah cukup untuk menyerikan penampilan anda. Sekiranya anda menggunakan tudung bawal yang bercorak, pastikan anda bijak memilih aksesori tambahan agar tidak kelihatan serabut dan mencacatkan penampilan akhir anda.

Berikut beberapa gambar cadangan pakaian dan aksesori yang boleh anda padankan dengan gaya tudung ini. Pilih, pakai dan bersedialah untuk menerima banyak pujian!

8 Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang

Page 22: tudung

22

www.zolace.com

Share E-book

Tutorial Selendang Beralun Yang Menutup Aurat dan Menawan

Tampil menawan, anggun dan menutup aurat pada masa kini bukan lagi menjadi satu masalah kepada Muslimah sejati. Jikalau sebelum ini, tudung labuh menjadi pilihan utama untuk menutup aurat dengan sempurna, kini selen-dang juga boleh digunakan.

Pelbagai jenis selendang yang boleh ditemui pada masa kini, malah terdapat juga selendang yang bersaiz lebih besar ataupun labuh untuk memenuhi keperluan para Muslimah yang ingin menutup aurat dengan sempurna.

Tutorial kali ini adalah sangat mudah dan mengambil masa yang singkat untuk digayakan. Meskipun demikian, hasilnya adalah sangat mengagumkan dan memberikan imej wanita Muslimah yang anggun dan santun. Tanpa perlu membuang masa, mari kita lihat langkah-langkah mudah ini.

Antara perkara yang diperlukan:1. Selendang bersaiz labuh (kosong atau bercorak)2. Inner neck atau anak tudung3. Jarum peniti

Tutorial Selendang Beralun Yang Menutup Aurat dan Menawan

Page 23: tudung

23

www.zolace.com

Share E-book

Langkah-langkah:1

Pakai inner neck dengan kemas. Letakkan selendang di atas kepala dan bahagikan kepada dua bahagian yang pendek dan panjang. Ter-pulang kepada anda menentukan bahagian mana yang panjang dan pendek.

1

2

Ambil bahagian yang pendek di sebelah kanan dan bawa ke bahagian kiri sehingga ke aras telinga anda. Sebelum itu, pastikan anda melipat sedikit bahagian tepi selendang untuk kelihatan kemas dan kesele-saan anda.

2

3Setelah berasa selesa dan puas hati dengan lipatan tadi, sematkan jarum peniti dengan kemas.3

4Betulkan alunan yang terbentuk untuk efek yang kemas dan cantik.4

Untuk bahagian kiri pula, ambil bahagian selendang yang panjang tadi dan bawa ke sebelah bahu kanan seperti di dalam gambar. Laras-kan panjang selendang mengikut kemahuan anda sebelum ke lang-kah seterusnya.

5

5

Tutorial Selendang Beralun Yang Menutup Aurat dan Menawan

Page 24: tudung

24

www.zolace.com

Share E-book

6Bawa bahagian selendang yang panjang dan lilit di bahagian belakang anda sehingga ke bahu kanan. Rujuk gambar untuk lebih faham. Usah lilit dengan ketat, hanya sekadar membawanya ke bahu kanan anda dengan kemas.

6

7Sematkan kerongsang atau jarum peniti dengan kemas. Betulkan alu-nan yang terbentuk di kedua-dua bahagian untuk efek yang cantik dan kemas sebagai langkah terakhir.

7

8Inilah hasilnya! Kelihatan sopan dan cantik bukan? Cubalah sendiri, ia mudah sahaja.8

Gaya ini amat bersesuaian untuk dipakai sebagai fesyen seharian ataupun menghadiri majlis istimewa. Ia kelihatan sederhana dan menampilkan kesan-tunan serta keayuan pemakainya.

Jika anda ingin bertandang ke mana-mana majlis istimewa, hanya serlahkan lagi keanggunan penampilan akhir anda dengan menambah penggunaan ak-sesori seperti rantai. Anda juga boleh sematkan pin kerongsang yang cantik dan menarik yang boleh di dapati pada hari ini di kedua-dua belah bahu kiri dan kanan anda. Bukan sahaja memperindah penampilan anda, malah akan menjadikan selendang anda kekal cantik dan kemas sepanjang hari. Ini juga secara tidak langsung dapat menambah keyakinan dan menceriakan hari anda. Penampilan yang cantik dan menarik sudah tentu akan meningkatkan tahap keyakinan seseorang.

Anda boleh memadankan gaya selendang dengan cadangan pakaian seperti di gambar-gambar berikut. Namun, pastikan busana yang dikenakan itu longgar dan tidak mengikut bentuk tubuh untuk imej Muslimah yang sebenar. Jika in-gin memadankan gaya ini dengan seluar, anda boleh memakai seluar palazzo ataupun memakai skirt labuh. Mudah dan sederhana bukan?

D O N E

Tutorial Selendang Beralun Yang Menutup Aurat dan Menawan

Page 25: tudung

25

www.zolace.com

Share E-book

1 Tip Tudung Mudah Untuk Menjadi Perhatian Ramai!

Adakah anda sudah bosan dengan gaya memakai tudung yang sama? Tiada hiasan , tiada tambahan yang menarik ? Sampaikan ada sesetengah masyarakat memandang pemakaian tudung ini sesuatu yang agak “kuno” dan tidak bergaya.

Mari kita buktikan bahawa tanggapan mereka salah! Kita boleh bergaya dengan apa sahaja cara, kuncinya adalah kreativiti dan berani menggayakan gaya yang dicipta. Kamu fikir bagaimana pereka cipta jenama pakaian terkenal boleh menjadi kaya dan dikenali seantero dunia? Kerana mereka bukan sahaja mempunyai kretiviti, bahkan mereka tidak berasa malu untuk memperkenalkan ciptaan mereka, dan sekarang terbukti mereka berjaya. Semestinya mereka yang pernah memandang rendah idea mereka berasa malu pada saat ini.

Mari kita mulakan gaya diatas,dan jangan lupa untuk mencubanya!

1 Tip Tudung Mudah Untuk Menjadi Perhatian Ramai!

Page 26: tudung

26

www.zolace.com

Share E-book

1Gaya ini memerlukan anda memakai inner neck. Anda perlu memi-lih inner neck yang mempunyai warna yang sesuai dengan pakaian anda serta reben yang bakal anda kenekan di tudung anda.

Ambilkan selendang dan bahagikannya kepada dua bahagian. Sebe-lah kanan bahagian pendek, dan sebelah kiri di bahagian panjang.

1

Langkah pertama:

Pinkan kedua-dua tudung menggunakan jarum peniti . pinkan di ba-hagian tulang pipi anda.2

Langkah kedua:2

3

Ambil hujung bahagian kanan, dan pinkannya di bahagian bahu kanan anda.3

Langkah ketiga:

4

Ambilkan reben yang anda ingin gayakan, dan buatkannya di atas kepala anda. Jadikan ia seperti mahkota berbentuk reben.4

Langkah keempat:

Ambilkan tudung di bahagian kiri, dan bawakannya ke atas kepala anda.5

5

1 Tip Tudung Mudah Untuk Menjadi Perhatian Ramai!

Page 27: tudung

27

www.zolace.com

Share E-book

6Pinkkanya di bahagian belakang reben menggunakan jarum peniti.6

Kemaskan bahagian dada dan belakang tudung anda supaya nam-pak kemas.7

7

8Anda boleh melaraskan labuh tudung anda dengan memanjangkan sedikit tudung di bahagian kanan.8

9

D O N E

Saya merasakan gaya ini sangat comel, walaubagaimanapun, ia tidak sesuai untuk dibawa ke kelas. Anda tidak mahu keseluruhan kelas memandang pelik terhadap anda dan menarik perhatian orang ramai. Memang benar kita ha-ruslah berani bergaya, tapi kita perlu melihat situasi dan tetamu yang hadir.

1 Tip Tudung Mudah Untuk Menjadi Perhatian Ramai!

Page 28: tudung

28

www.zolace.com

Share E-book

Cara Mudah Untuk Kelihatan Unik Untuk Si Pencinta Tudung Bawal

Tidak dinafikan bahawa ramai lagi yang meminati tudung bawal dan kekal setia menggunakannya walaupun pelbagai jenis dan fesyen tudung boleh ditemui pada masa kini. Namun kini, tudung bawal juga boleh digay-akan dengan pelbagai variasi gaya menarik yang pastinya mungkin membuat orang lain tidak menyangka anda hanya menggunakan tudung bawal.

Tutorial ini akan menunjukkan anda cara menggayakan tudung bawal untuk kelihatan berbeza dan berfesy-en. Ia mudah, ringkas dan hanya mengambil masa yang singkat untuk menggayakannya.

Antara perkara-perkara yang diperlukan:1. Tudung bawal (kosong atau bercorak)2. Inner neck3. Jarum peniti

Cara Mudah Untuk Kelihatan Unik Untuk Si Pencinta Tudung Bawal

Page 29: tudung

29

www.zolace.com

Share E-book

1Letakkan tudung di atas kepala. Untuk gaya ini anda tidak perlu melipatnya menjadi bentuk segi tiga. Pastikan kedua-dua bahagian hujung tudung mempunyai panjang yang sama.

1

Langkah- langkah:

2

Ambil bahagian hujung kedua-dua belah tudung seperti di dalam gambar.2

3

Ikat kedua-dua hujung tudung tadi di belakang kepala anda dengan kemas. Lihat gambar untuk rujukan.3

4Efek alunan tudung akan terbentuk di bahagian hadapan hasil dari ikatan tudung di belakang kepala tadi. Betulkan dan kemaskan ba-hagian dalam di sebelah kiri tepi tudung anda dengan menariknya sedikit ke hadapan. Pastikan ia tidak terlalu ketat dan longgar untuk keselesaan anda.

4

Ambil jarum peniti dan sematkan di bahagian bawah telinga anda. Sematkan jarum peniti dengan kemas agar pin tidak mudah tercab-ut atau tertanggal.

55

Cara Mudah Untuk Kelihatan Unik Untuk Si Pencinta Tudung Bawal

Page 30: tudung

30

www.zolace.com

Share E-book

Ulangi langkah 4 dan 5 untuk bahagian dalam di sebelah kanan tepi tudung pula. Anda seharusnya mendapat hasil seperti yang ditun-jukkan di dalam gambar.

6

6

Tudung akan kelihatan seperti di dalam gambar setelah anda sele-sai membetulkan dan mengemaskan bahagian dalam tepi tudung di kedua-dua belah kanan dan kiri.

7

7

Betulkan bahagian alunan tudung di hadapan anda sebagai langkah terakhir agar ia kelihatan cantik, kemas dan terletak.8

8

Inilah hasil akhir penggayaan tudung bawal tadi. Menarik dan kelihatan ber-beza bukan? Cubalah.

Gaya ini amat sesuai dipakai apabila anda bertemu rakan-rakan ataupun kel-uar bersiar-siar terutamanya kepada wanita yang ingin kelihatan muda dan mempesona. Anda juga boleh menggayakannya ke majlis-majlis istimewa sekiranya anda ingin. Ia kelihatan berbeza tetapi mampu menarik perhatian setiap orang dengan kelainan fesyen tudung ini. Gunakan aksesori tambahan anda seperti anting-anting besar dan juga rantai untuk menyerlahkan lagi gaya ini.

Penggayaan tudung bawal ini harus disertakan dengan pemakaian inner neck. Terpulang kepada anda sama ada ingin memadankan warnanya den-gan tudung bawal yang anda pakai atau tidak. Namun pastikan pilihan warna tersebut masih kelihatan menarik dan tidak kelihatan pelik pada penampilan keseluruhan anda.

D O N E

Cara Mudah Untuk Kelihatan Unik Untuk Si Pencinta Tudung Bawal

Page 31: tudung

31

www.zolace.com

Share E-book

Cara Ringkas Menggayakan Tudung Bawal Hanya Dalam Masa Dua Minit!

Tidak dinafikan bahawa masih ramai para wanita dan gadis di luar sana yang lebih menyukai tudung bawal ataupun tudung segi empat untuk melengkapkan penampilan harian mereka. Meskipun pelbagai gaya dan fesyen yang diketengahkan sekarang melalui penggayaan selendang mahupun tudung sarung, populariti tu-dung bawal masih lagi kekal. Malah, pelbagai fesyen menarik juga boleh digayakan oleh si pencinta tudung klasik ini.

Tutorial pada kali ini akan menunjukkan cara menggayakan tudung bawal untuk menyerlahkan lagi gaya feminin anda . Lebih menarik, anda mampu tampil comel dan bergaya seperti model tutorial ini hanya dalam masa dua minit! Hebat bukan? Jangan buang masa lagi, mari kita lihat tutorial mudah dan ringkas ini.

Cara Ringkas Menggayakan TudungBawal Hanya Dalam Masa Dua Minit!

Page 32: tudung

32

www.zolace.com

Share E-book

Antara perkara yang diperlukan:Tudung bawal kosong chiffonJarum penitiPin kerongsang

Langkah –langkah:

1

1

Betulkan bahagian alunan tudung di hadapan anda sebagai langkah terakhir agar ia kelihatan cantik, kemas dan terletak.

2

2 Pastikan anda melipatnya menjadi bentuk segi empat tepat dengan kemas.

3

3Letakkan tudung atas kepala anda. Bahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian yang panjang dan pendek. Terpulang kepada anda menentukannya sama ada di sebelah kanan atau kiri.

4Sebelum anda sematkan pin kerongsang, pastikan bahagian pendek itu hanya berukuran 3 inci. Setelah itu, sematkan pin kerongsang di bawah dagu anda dengan kemas.

4

Cara Ringkas Menggayakan TudungBawal Hanya Dalam Masa Dua Minit!

Page 33: tudung

33

www.zolace.com

Share E-book

5Kemas-kemaskan dahulu tudung di bahagian muka anda. Kemudian, ambil bahagian hujung tudung yang panjang tadi dan bawa ke se-belah bertentangan untuk dililit.

5

6

6Lilitkan bahagian tudung yang panjang tadi ke bahagian atas kepa-la anda. Pastikan lilitan anda kemas dan tanpa lipatan mahupun kedutan untuk hasil yang lebih cantik.

7

7Lilitkan tudung mengikut keselesaan anda. Jangan terlalu ketat dan longgar. Setelah anda puas hati, ambil jarum peniti dan sematkann-ya di atas kepala anda dengan kemas seperti di dalam gambar.

8

8Taadaaa! Inilah hasilnya, mudah dan cepat bukan? Tunggu apa lagi, cubalah.

D O N E

Untuk gaya ini, adalah penting untuk anda memastikan panjang bahagian pendek hanya 3 inci. Ini kerana bahagian pendek ini tidak akan digunakan. Gaya tudung bawal yang ringkas dan mudah ini boleh anda gayakan tidak kira ke mana tujuan anda sama ada ke tempat kerja, bertemu rakan, berjalan-jalan ataupun ke kuliah. Gaya ini amat santai dan bersahaja, namun masih mampu menampilkan keanggunan dan keayuan si pemakainya.

Jenis kain tudung yang digunakan iaitu chiffon juga membantu dalam meng-gayakannya kerana sifatnya yang mudah dibentuk dan terletak. Jika anda merasa gaya ini terlalu ringkas dan ingin menambah aksesori tambahan, anda boleh memilih pelbagai pilihan jarum peniti yang bergaya dan menarik untuk disematkan di bahagian atas kepala anda.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan pin kerongsang di bahu kiri dan kanan anda agar tudung tidak bergerak dan sentiasa kelihatan kemas. Peng-gunaan rantai juga boleh anda tambahkan dalam gaya ini untuk penampilan keseluruhan yang lebih elegan dan menawan.

Cara Ringkas Menggayakan TudungBawal Hanya Dalam Masa Dua Minit!

Page 34: tudung

34

www.zolace.com

Share E-book

Gaya Selendang Yang Ringkas Dan Anggun Untuk Ke Tempat Kerja

Penggunaan selendang sebagai busana para wanita dan gadis sudah tidak asing lagi. Malah, ia berjaya menar-ik perhatian ramai wanita dan gadis di luar sana untuk bergaya dengannya. Kini, terdapat pelbagai jenis kain selendang dengan corak-corak menarik boleh didapati di mana-mana. Lebih hebat lagi, kebanyakan selendang mempunyai harga mampu milik!

Beratus gaya dan fesyen selendang boleh anda cuba sendiri. Tutorial video mahupun bertulis boleh anda temui dengan mudah di internet. Jadi, tiada alasan lagi untuk anda tampil menawan dan bergaya dengan selendang. Tutorial selendang kali ini akan menunjukkan anda cara yang ringkas dan anggun yang boleh anda gayakan ke tempat kerja.

Gaya Selendang Yang Ringkas DanAnggun Untuk Ke Tempat Kerja

Page 35: tudung

35

www.zolace.com

Share E-book

Antara perkara yang diperlukan:Sehelai selendangJarum penitiPin kerongsang

Langkah-langkah :

1

1Ambil selendang dan letakkan atas kepala anda. Mulakan dengan langkah asas memakai selendang iaitu dengan membahagikannya kepada dua bahagian, iaitu bahagian panjang dan pendek. Pastikan selendang sebelah kanan lebih panjang.

2

2Pegang bahagian tepi selendang kedua-dua bahagian tadi dan bawa ke bahagian belakang tengkuk anda seperti di dalam gambar. Pas-tikan ia tidak terlalu ketat ataupun longgar untuk keselesaan anda. Kemudian, sematkan pin kerongsang kecil dengan kemas di baha-gian belakang tengkuk anda.

33

Pada gaya ini, bahagian pendek di sebelah kiri tidak akan digunakan. Seterusnya, bawakan bahagian selendang di bahagian kanan yang panjang tadi ke sebelah ke bahu kiri anda untuk dililit.

4Lilit ke bahagian atas kepala anda dengan kemas tanpa kedutan dan lipatan agar kelihatan lebih cantik.

4

Gaya Selendang Yang Ringkas DanAnggun Untuk Ke Tempat Kerja

Page 36: tudung

36

www.zolace.com

Share E-book

5Pastikan lilitan selendang tadi menyelesakan anda tanpa terlalu ketat ataupun longgar. Setelah puas hati, ambil jarum peniti dan sematkan di bahagian lilitan di atas kepala.

5

66

Bawa bahagian lebihan lilitan tadi ke bahagian sisi kepala anda seperti di dalam gambar. Kemas-kemaskan bersama-sama dengan alunan yang terbentuk hasil daripada lilitan tadi sebagai langkah terakhir.

7Inilah hasil akhir gaya ini. Kelihatan menawan dan ringkas bukan? Cubalah.

7

Penggayaan selendang yang amat ringkas dan cepat ini menjadikannya satu gaya yang ideal untuk dipakai ke pejabat. Kini anda tidak perlu lagi mengambil masa yang lama untuk bersiap ke pejabat. Malah, hasil akhir gaya ini yang anggun pasti menarik perhatian rakan sekerja wanita yang lain untuk mencubanya. Bukan itu sahaja, fesyen selendang yang menutup dada ini juga pasti menarik minat ramai Muslimah lain. Kesopanan yang ditonjolkan membantu dalam menyerlahkan lagi keayuan dan kejelitaan pemakainya.

Gaya versatil ini juga boleh anda gayakan dengan jenis kain selendang yang lain. Selendang kosong ataupun ber-corak? Terpulanglah kepada anda dalam memilih selendang idaman untuk digayakan dengan cara ini. Anda juga boleh menggunakan kerongsang menarik dan cantik di bahu kiri dan kanan anda sebagai aksesori tambahan yang secara tidak langsung dapat menyerlahkan lagi keanggunan anda melalui gaya ini.

Akhir sekali, tidak kira apa jenis gaya dan fesyen yang anda suka, keselesaan adalah sangat penting untuk tampil yakin dan bersemangat dalam melakukan aktiviti seharian. Gaya selendang yang kelihatan menyelesakan ini su-dah pasti akan menjadikan si pemakainya berasa lebih selesa.

D O N E

Gaya Selendang Yang Ringkas DanAnggun Untuk Ke Tempat Kerja

Page 37: tudung

37

www.zolace.com

Share E-book

Gaya Harian Kasual dengan Tudung Bawal

Gaya di atas sangat mudah digayakan dan sangat sesuai jika dibawa ke pejabat. Anda boleh mengenakan gaya seperti di atas bersama blazer atau kemeja. Sesuai di gayakan ke majlis-majlis formal. Di bawah adalah cara-cara berkenaan pemakaian tudung di atas.

Jika anda sudah mencuba gaya ini, kongsikan pendapat anda dan cara anda menggayakannya!

Gaya Harian Kasual dengan Tudung Bawal

Page 38: tudung

38

www.zolace.com

Share E-book

1Letakkan tudung di atas kepala dan bahagikan tudung sebelah pan-jang dan sebelah pendek.

1

2

2Pinkan brooch di bawah dagu anda. Gunakan brooch yang kecil supaya pergerakkan anda selesa.

3

3 Ambil tudung di bahagian belakang dan bawakannya ke depan.

4 Pinkan bahagian belakang yang sudah di bawa ke hadapan itu me-ngunakan jarum peniti.

4

5 Ambil bahagian hujung yang panjang itu dan pinkannya di bahagian hujung tudung yang di ambil dari belakang tadi.

5

Gaya Harian Kasual dengan Tudung Bawal

Page 39: tudung

39

www.zolace.com

Share E-book

6

6 Bawa hujung panjang A dan B , ikatkannya antara satu sama lain.

7

7 Sorokkan dibawah helaian tudung yang lain.

Jika anda mahu tampak lebih comel dan bergaya, anda boleh mengenakan headband bercorak bunga-bunga. Digayakan juga bersama dress panjang dan kembang. Sangat cantik jika digayakan ke majlis-majlis makan malam. Pasti anda akan memenangi anugerah pakaian tercantik malam itu.

D O N E

Gaya Harian Kasual dengan Tudung Bawal

Page 40: tudung

40

www.zolace.com

Share E-book

Gaya Kasual Yang Mudah Dan PantasUntuk Pencinta Selendang

Saiz selendang yang panjang memudahkannya untuk digayakan dengan pelbagai fesyen yang menarik. Oleh itu, tidak hairanlah apabila selendang menjadi pilihan utama para fesyenista untuk tampil bergaya dan menarik. Selain daripada itu, langkah yang mudah dan cepat dalam menggayakannya juga turut menjadi salah satu faktor tarikan utamanya. Pemakaian selendang yang fleksibel dan versatil pasti menjadi pilihan ideal untuk wanita berk-erjaya ataupun yang mempunyai masa singkat untuk bersiap.

Tutorial selendang kali ini akan menunjukkan anda satu lagi cara yang mudah, ringkas dan pantas untuk digaya-kan tatkala anda mempunyai masa yang singkat untuk bersiap dan berhias. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat langkah-langkah untuk menggayakannya.

Antara perkara yang diperlukan:Selendang (kosong atau bercorak)Inner neckJarum peniti

Gaya Kasual Yang Mudah Dan PantasUntuk Pencinta Selendang

Page 41: tudung

41

www.zolace.com

Share E-book

1 Pada gaya ini, bahagian sisi selendang yang pendek digunakan.

1

2

2 Bawa kedua-dua bahagian hujung selendang tadi ke bahagian be-lakang tengkuk anda. Rujuk gambar.

3

3 Ikatkan di bahagian belakang tengkuk anda dengan kemas. Untuk memastikan ikatan tidak mudah tertanggal, ikat sebanyak dua kali seperti di dalam gambar. Namun, pastikan tidak terlalu ketat agar anda berasa selesa.

4 Selepas tiga langkah tadi, selendang anda harus kelihatan seperti di dalam gambar.

4

5

5 Seterusnya, ambil bahagian selendang sebelah kanan yang panjang tadi dan bawakan ke bahagian atas kepala anda seperti di dalam gambar.

Gaya Kasual Yang Mudah Dan PantasUntuk Pencinta Selendang

Page 42: tudung

42

www.zolace.com

Share E-book

6

6 Bawa bahagian tudung tadi sehingga ke bahu kiri anda, pada gaya ini anda tidak perlu melilit selendang dengan ketat. Hanya cuk-up untuk menutup bahagian kepala seperti di dalam gambar. Ke-mas-kemaskan bahagian alunan selendang mengikut cita rasa anda.

7

7 Setelah puas hati dengan bahagian hadapan selendang tadi, semat-kan jarum peniti dengan kemas di kedua bahagian sisi kanan dan kiri selendang mengikut aras telinga anda.

8

8 Lakukan seperti di dalam gambar. Jangan tinggalkan langkah ini supaya selendang anda kelihatan kemas dan cantik terletak di atas kepala.

9 Ambil lebihan selendang di sebelah kiri anda dan perbetulkannya untuk langkah seterusnya.

9

1010 Selitkan bahagian lebihan selendang tadi ke bahagian sebelah

kanan selendang yang terbuka untuk menghasilkan kesan seperti selendang yang diikat.

Gaya Kasual Yang Mudah Dan PantasUntuk Pencinta Selendang

Page 43: tudung

43

www.zolace.com

Share E-book

11 Inilah hasil gaya selendang yang mudah ini. Menarik dan unik bu-kan? Cubalah sendiri.

11

Penggayaan selendang yang kasual, santai dan ringkas ini membolehkan anda menggayakannya di mana-mana sahaja. Anda boleh membayangkan diri anda memakai selendang dengan cara ini ke kuliah mahupun bersiar-siar di taman pada waktu petang bersama rakan-rakan atau yang tersayang. Meskipun kelihatan ringkas, anda masih mampu tampil bergaya dan menonjol di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, mana-mana gadis dan wanita yang meng-gayakannya pasti kelihatan ayu dan menawan.

Sekiranya anda ingin tampil berani dan unik di majlis-majlis istimewa dengan gaya ini, tambahkan aksesori seperti anting-anting besar dan rantai untuk menyerlahkan lagi gayanya. Pasti banyak mata yang tertumpu kerana gaya anda.

D O N E

Gaya Kasual Yang Mudah Dan PantasUntuk Pencinta Selendang

Page 44: tudung

44

www.zolace.com

Share E-book

Tampil Anggun Dan Ranggi Di MajlisIstimewa Dengan Tudung Bawal

Bosan dengan pemakaian tudung bawal anda yang biasa? Tercari-cari idea mudah untuk menggayakan tudung bawal anda agar kelihatan ranggi dan anggun di majlis-majlis istimewa? Tutorial tudung bawal kali ini adalah mudah namun mampu menarik perhatian setiap mata untuk memandang anda. Gaya ini juga amat sesuai untuk si gadis yang ingin menghadiri majlis atau jamuan istimewa tetapi mempunyai masa yang singkat untuk bersiap.

Gaya ini bukan sahaja mudah dan menjimatkan masa, malah hasilnya pasti membuat anda kelihatan bergaya wa-laupun hanya dengan sehelai tudung bawal!

Tampil Anggun Dan Ranggi Di MajlisIstimewa Dengan Tudung Bawal

Page 45: tudung

45

www.zolace.com

Share E-book

1 Untuk menggayakan tudung bawal dengan gaya ini, pilih warna inner neck mengikut warna tudung bawal atau yang bersesuaian. Mulakan dengan langkah asas iaitu melipat tudung bawal menjadi segi tiga dan kemudian letakkan atas kepala. Untuk gaya ini, anda tidak perlu risau untuk menyamakan panjang kedua-dua bahagian tudung.

Antara perkara-perkara yang diperlukan:1. Tudung bawal (sama ada kosong atau bercorak)2. Inner neck3. Jarum peniti

Langkah-langkah:

1

22 Kemaskan bahagian kepala dan setelah anda berasa puas hati, lipat-

kan sedikit bahagian atas tudung, terpulang kepada anda sama ada untuk melipat bahagian tudung sebelah kiri atau kanan. Lipat den-gan kemas untuk hasil yang cantik. Ambil jarum peniti dan semat-kannya dengan kemas.

3 Pastikan anda mendapat hasil seperti di dalam gambar. Kemaskan bahagian tepi tudung mengikut lipatan yang terhasil untuk langkah seterusnya.

3

4Ambil bahagian hujung tudung mengikut lipatan bahagian atas tu-dung. Sekiranya anda melipat bahagian atas tudung sebelah kiri, ambil hujung tudung sebelah kiri dan bawa ke sebelah kanan. Tidak perlu terlalu tinggi, cukup pada aras telinga anda. Kemaskan baha-gian alunan tudung dan kemudian sematkan dengan jarum peniti.

4

Tampil Anggun Dan Ranggi Di MajlisIstimewa Dengan Tudung Bawal

Page 46: tudung

46

www.zolace.com

Share E-book

5Setelah anda puas hati dengan hasil di sebelah kiri, mulakan di bahagian kanan dengan mengambil bahagian hujung dan mem-bawanya ke belakang seperti di dalam gambar. Kemaskan dahulu alunan tudung, setelah berasa puas hati, pinkan. Sesudah langkah ini, kemas-kemaskan tudung dan alunan tudung tadi agar tidak ke-lihatan serabut.

5

Tadaaa! Inilah hasilnya. Mudah bukan? Tunggu apa lagi, cubalah!

Anda juga boleh menambah atau menggunakan aksesori tambahan kege-maran seperti anting-anting besar untuk melengkapkan gaya ini. Namun, pastikan anda bijak memilih aksesori agar hasil keseluruhan tidak menjad-ikan anda kelihatan seperti seorang mangsa fesyen. Sekiranya anda meng-gunakan tudung bawal corak untuk gaya ini, pemakaian aksesori mungkin tidak diperlukan. Sederhana itu lebih baik bukan?

Untuk opsyen jarum peniti, pelbagai pilihan jarum peniti yang bergaya dan cantik yang boleh anda temui dan miliki sekarang. Anda boleh memilih jarum peniti yang cantik untuk hasil yang lebih elegan. Secara tidak langsung jarum peniti tersebut juga berperanan sebagai aksesori tambahan anda.

Gaya ini bukan sahaja mudah dan ringkas, malah juga fleksibel dan boleh di-gayakan oleh semua gadis di luar sana. Mungkin ada yang meminati gaya ini namun mematahkan hasrat untuk menggayakannya kerana tidak menutup bahagian dada. Usah risau, kerana anda boleh menyelaras saiz tudung bawal mengikut keselesaan anda pada langkah pertama.

Sekiranya anda gemarkan gaya mudah yang anggun dan ranggi ini, anda juga boleh menggayakannya pada bila-bila masa, sama ada di tempat kerja ataupun bertemu rakan-rakan. Pasti rakan-rakan anda tidak jemu bertanya cara untuk melakukannya dan turut teruja untuk mencuba gaya ini!

D O N E

Tampil Anggun Dan Ranggi Di MajlisIstimewa Dengan Tudung Bawal

Page 47: tudung

47

www.zolace.com

Share E-book

5 Cara Menggayakan Tudung Bersama Barang Kemas

Macam Mana Menggayakan Tudung? Rahsia Di siniMengenakan aksesori pada pakaian telah menjadi suatu trend yang semakin popular daripada musim ke musim. Kami mempunyai beberapa teori bagaimana hal ini berlaku. Teori yang pertama ialah wanita menyukai barangan yang berkilau. Pasti ada kajian saintifik yang dapat membuktikan hal ini.Teori yang kedua adalah, mereka boleh merapi dan menghias pakaian yang pada asalnya sangat ringkas.

Bagi golongan wanita yang berhijab, ianya selalu menjadi satu masalah untuk menggayakan barang kemas dengan pakaian yang sederhana. Saya percaya yang para Muslimah juga suka untuk memakai barang kemas seperti wani-ta-wanita lain. Tetapi agak sukar untuk memakai barang kemas seperti subang, rantai kecil apabila aksesori-aksesori ini akhirnya diselindungi hijab.

Tetapi tunggu! Sebelum anda berputus asa dalam usaha untuk menggayakan barang-barang kemas, Zolace ingin membawakan kepada anda beberapa tips yang berguna untuk menggayakan barang-barang kemas dan perhiasan di samping mengekalkan imej berhijab! Dan dengan menggunakan informasi ini, anda boleh memilih untuk memakai apa sahaja barang kemas atau perhiasan yang anda suka.

5 Cara Menggayakan Tudung Bersama Barang Kemas

Page 48: tudung

48

www.zolace.com

Share E-book

1 Rantai statementIa boleh dipakai bersama hijab untuk dijadikan sebagai tarikan, lebih-lebih lagi jika ianya bersaiz besar. Jika anda adalah seorang turbanista, anda hanya perlu memakai rantai ini dengan cara biasa.

Terdapat beberapa kesukaran untuk memakai rantai ini. Wanita yang berhijab perlu menyesuaikan lapisan-lapisan fabrik hijab di bawah rantai itu, atau belajar untuk meletakkan rantai itu di sekeliling leher anda dan di bawah lapisan hijab tanpa mewujudkan ketulan pada lapisan hijab. Cara terbaik ialah dengan menyelak beberapa lapisan hijab pada bahagian leher dan pakai rantai itu. Lihatlah beberapa cara yang cantik untuk menggayakan rantai statement. Penampilan ini menunjukkan cara yang paling ringkas untuk seorang hijabista memakai rantai statement.

Rantai-rantai statement tidak perlu kelihatan trendy. Penampilan ini menunjukkan bahawa rantai-rantai statement boleh terdiri daripa-da gaya klasik dan tidak lapuk dek zaman. Mutiara-mutiara ini sesuai untuk wanita pada apa jua usia; ia merupakan langkah sederhana yang boleh diambil oleh wanita-wanita yang matang, dan untuk pe-makai yang lebih muda, ia menambahkan sedikit penyempurnaan kepada penampilan mereka.

Memakai rantai statement ke tempat-tempat biasa mungkin mem-buat hati anda berdebar-debar. Adakah anda akan kelihatan terla-lu bersungguh jika memakainya ke kedai runcit atau apabila anda hendak keluar minum dengan beberapa rakan? Saya ingin membuat sedikit pembantahan, “Tidak!” Ia mampu menyerlahkan lagi pakaian yang anda gayakan dan menjadikan anda bersedia untuk mengha-dapi hari-hari yang sibuk. Dan jika anda terserempak dengan rakan atau musuh lama semasa memakainya, anda akan berasa bangga untuk menggayakan aksesori yang cantik ini.

5 Cara Menggayakan Tudung Bersama Barang Kemas

Page 49: tudung

49

www.zolace.com

Share E-book

Ini membuktikan bahawa anda tidak perlu mewujudkan tarikan yang besar; anda boleh mewujudkan satu tarikan yang halus dan cantik.

Salah satu rantai statement kegemaran kami adalah rantai leher Peter Pan. Anda boleh menyerlahkan rantai ini bersama selen-dang-selendang untuk menghasilkan satu penampilan yang berseri di samping kelihatan sederhana.

Meletakkan rantai pada atas kepala andaYa, itulah yang tertulis di atas. Anda boleh menggunakan rantai anda sebagai perhiasan pada kepala. Langkah ini han-ya sesuai untuk beberapa majlis, melainkan ia memang kena dengan gaya seharian anda. Jika begitu, tidak ada masalah untuk anda menggayakannya pada hari-hari biasa.

2

5 Cara Menggayakan Tudung Bersama Barang Kemas

Page 50: tudung

50

www.zolace.com

Share E-book

Untuk penampilan yang lebih kasual dalam menggayakan barang kemas pada hijab anda, cekak adalah satu item yang lebih ringkas. Dan jangan lupakan penyepit rambut: jika ianya bertatahkan perma-ta, cantik atau comel, klipkannya pada bahagian hadapan hijab anda seperti yang anda lakukan pada rambut anda.

SubangMemakai subang bersama hijab merupakan sesuatu yang sedikit sukar untuk dilakukan. Anda tidak mahu kelihatan seperti Dumbo Si Gajah dengan subang besar yang mewujudkan ilusi seakan-akan anda mempunyai telinga yang besar! Untuk menyelesaikan hal ini, ubah cara anda mengenakan hijab. Dengan memakai turban atau memakai hijab dengan longgar, anda boleh memakai dan menyer-lahkan subang anda tanpa menampakkan bahagian leher anda.

3

Turbanista tidak akan mempunyai masalah untuk memakai subang. Walaupun anda menutup bahagian leher anda dengan skarf dalam, anda akan tetap berjaya menggayakan penampilan ini. Subang itu akan tergantung dengan elok pada bahagian tepi tanpa membuat anda kelihatan pelik seperti makhluk asing.

Gelang tangan dan cincinMemakai perhiasan tangan adalah satu jenis penggayaan yang bia-sa dilakukan – pakai perhiasan anda di bawah lengan baju ataupun pada hujung lengan baju iaitu dengan memakai cincin.

4

5 Cara Menggayakan Tudung Bersama Barang Kemas

Page 51: tudung

51

www.zolace.com

Share E-book

Tali pinggangSama ada anda mahu mencipta satu tarikan fesyen atau menambah se-dikit kelainan pada pakaian yang biasa, tali pinggang boleh membantu anda berbuat demikian. Kadangkala, anda tidak perlukan aksesori-ak-sesori yang lain kerana seutas tali pinggang boleh melengkapkan kes-eluruhan penampilan anda! Ada banyak perkara yang anda perlu tahu; bermula dengan jenis tali pinggang sehinggalah bagaimana cara untuk menggayakannya.

5

Tali pinggang yang ringkas dan terdiri daripada satu warna tidak akan mengalihkan fokus orang ramai daripada pakaian anda, tetapi ia menyer-lahkan susuk tubuh badan anda.

Selain berfungsi sebagai fesyen, tali pinggang juga amat berguna apa-bila dipakai. Anda boleh menyesuaikannya dengan pakaian yang kasual dengan hanya memakainya pada pinggang, untuk menghasilkan susuk penampilan yang lebih kurus dan kemas.

Jika anda mahu menyerlahkan keyakinan anda, cubalah memakai tali pinggang besi berwarna emas seperti yang digayakan oleh model ini! Ianya cantik bukan? Tali pinggan ini boleh didapati di Zolace.

5 Cara Menggayakan Tudung Bersama Barang Kemas

Page 52: tudung

52

www.zolace.com

Share E-book

5 Langkah Mudah Dan RingkasUntuk Bergaya Dengan Tudung Bawal Squircle Terkini

Pemakaian tudung pada masa kini tidak hanya terhad kepada tudung empat segi biasa ataupun lebih dike-nali sebagai tudung bawal. Pelbagai fesyen dan jenis tudung lain boleh di temui seperti selendang, tudung sarung dan syria. Kepelbagaian fesyen dan jenis tudung terkini menyebabkan tudung bawal juga berevolusi mengikut kesesuaian dan lambakan fesyen tudung sekarang.

Tutorial tudung kali ini memperkenalkan anda dengan tudung bawal terkini squircle. Ia sama seperti tudung segi empat biasa tetapi berbeza dari segi fabrik yang digunakan dan tidak mempunyai bucu tajam. Pelbagai gaya yang boleh anda lakukan dengan tudung ini yang pasti memberi hasil yang anggun dan menarik kepa-da si pemakainya.

Mari kita mulakan cara penggayaan mudah tudung bawal squircle ini.

Perkara yang diperlukan adalah:• Tudung squircle• Pin kerongsang

5 Langkah Mudah Dan Ringkas Untuk Bergaya Dengan Tudung Bawal Squircle Terkini

Page 53: tudung

53

www.zolace.com

Share E-book

Langkah- langkah:

1Mulakan dengan langkah asas dalam memakai tudung bawal. Li-patkan tudung menjadi bentuk segi tiga dan letakkan atas kepala. Jangan lupa pakai anak tudung agar kelihatan lebih kemas.

1

2Sematkan kerongsang di bahagian bawah dagu anda. Pastikan kedua belah bahagian tudung mempunyai panjang yang sama. Bawa tudung di sebelah kiri anda ke bahagian belakang dahulu un-tuk memudahkan langkah seterusnya.

2

3Ambil bahagian dalam tudung sebelah kanan seperti yang ditunjuk-kan di dalam gambar.

3

4Bawa bahagian dalam tudung di sebelah kanan tadi ke bahu kiri anda. Kemas-kemaskan bahagian tepi tudung agar tidak kelihatan serabut dan alunan yang terhasil kelihatan cantik terletak. Kemudi-an sematkan kerongsang dengan kemas.

4

5Setelah selesai pin, ambil pula tudung di sebelah kiri tadi dan bawa ke sebelah kanan. Anda boleh mengambil hujungnya ataupun se-jengkal dari hujung tudung tadi. Kemaskan dahulu alunan tudung untuk efek yang lebih cantik sebelum anda sematkan kerongsang.

5

5 Langkah Mudah Dan Ringkas Untuk Bergaya Dengan Tudung Bawal Squircle Terkini

Page 54: tudung

54

www.zolace.com

Share E-book

6Taadaaa! Inilah hasilnya. Mudah, cepat dan kelihatan menarik bu-kan? Cubalah.

6

Sama seperti model di atas, anda juga boleh menggunakan kerongsang bunga ataupun kerongsang lain yang menarik sebagai aksesori tambahan kepada gaya ini.

Gaya tudung bawal yang mudah dan ringkas ini sesuai dipraktikkan di ma-na-mana pada bila-bila masa sahaja. Ingin bergegas ke pejabat mahupun ke kuliah kerana takut terlewat? Gaya tudung bawal ini adalah gaya yang paling ideal untuk si pemakai yang mempunyai masa yang singkat namun masih mahu kelihatan bergaya. Gaya tudung squircle yang juga menutup dada dan sopan ini pasti menarik ramai gadis di luar sana untuk mencubanya.

Keunikan tudung squircle yang tidak mempunyai bucu tajam seperti tudung bawal biasa memberi ruang kepada pencinta setia tudung bawal untuk ber-gaya dan berfesyen. Bukan itu sahaja, tudung ini juga mempunyai harga yang murah dan diperbuat daripada fabrik yang berkualiti.

5 Langkah Mudah Dan Ringkas Untuk Bergaya Dengan Tudung Bawal Squircle Terkini

Page 55: tudung

55

www.zolace.com

Share E-book

8 Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang

Kepelbagaian fesyen tudung pada masa kini memberi banyak pilihan kepada setiap gadis di luar sana. Jika se-belum ini pemakaian tudung hanya terhad kepada tudung bawal dan gaya biasa, kini tidak lagi. Selendang ter-utamanya menjadi pilihan si gadis muda kerana hasil gayanya yang cantik dan sopan. Selain daripada harganya yang mampu milik, anda juga boleh tampil dengan pelbagai fesyen yang hebat dan anggun hanya dengan sehelai selendang.

Namun, mungkin ada gadis di luar sana yang mempunyai banyak koleksi tudung bawal sebelum beralih kepada selendang. Jika anda merancang untuk membuangnya atau memberikannya kepada orang lain, tunggu dulu, kerana tutorial kali ini akan menunjukkan kepada anda cara yang mudah dan cepat untuk menggayakan tudung bawal seperti selendang. Mari mulakan tutorial tudung bawal yang mudah dan cepat ini.

Antara perkara yang diperlukan:1. Inner neck atau anak tudung yang bersesuaian2. Sehelai tudung bawal (bercorak atau kosong)3. Pin kerongsang4. Jarum peniti

8 Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang

Page 56: tudung

56

www.zolace.com

Share E-book

1Untuk gaya tudung bawal ini, anda tidak perlu melipatnya menjadi bentuk segi tiga. Hanya letakkan tudung di atas kepala. Sama seper-ti langkah asas memakai selendang, bahagikan tudung anda kepada bahagian panjang dan pendek. Terpulang kepada anda membaha-gikan bahagian tersebut sama ada di sebelah kiri atau kanan.

1

Langkah- langkah:

2Sematkan kerongsang di bahagian bawah dagu. Kemaskan dahulu bahagian kepala dan kemudian ambil hujung bahagian tudung yang pendek dan bawa ke sebelah kiri. Pin dengan kemas.

2

3Ambil hujung sebelah atas bahagian tudung yang panjang dan lilit ke atas kepala dengan kemas mengikut kepanjangan tudung. Pas-tikan lilitan tidak terlalu ketat ataupun longgar untuk keselesaan anda.

3

4Setelah puas hati dengan lilitan tudung, sematkan jarum peniti den-gan kemas. Pastikan lilitan tersebut tegang tanpa kedutan dan lipa-tan untuk hasil yang lebih kemas dan cantik.

4

5Tudung anda harus kelihatan seperti di dalam gambar. Pada langkah ini, anda boleh kemas-kemaskan bahagian alunan tudung atau ma-na-mana bahagian yang anda ingin betulkan.

5

8 Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang

Page 57: tudung

57

www.zolace.com

Share E-book

6Ambil bahagian hujung bawah tudung anda seperti di dalam gam-bar dan sematkan kerongsang di bahagian bahu anda dengan ke-mas.

6

7Kemaskan-kemaskan bahagian alunan tudung agar efek yang terha-sil kelihatan cantik terletak.

7

8Bahagian belakang tudung anda pula akan kelihatan seperti di da-lam gambar.

8

9 Inilah hasilnya! Mudah dan menarik bukan? Cubalah.9

Gaya yang ringkas dan kasual ini boleh dipakai pada bila-bila masa di ma-na-mana sahaja. Di tempat kerja, membeli-belah, bertemu rakan-rakan mahu-pun ke kuliah. Sekiranya anda ingin menggayakannya di majlis-majlis istime-wa, hanya tambahkan aksesori seperti rantai leher untuk menyerlahkan lagi stail keseluruhan anda. Pilihan jarum peniti dan pin kerongsang yang cantik dan menarik juga akan membantu dalam menyerlahkan lagi gaya ini.

Kini anda tidak perlu lagi membazir membeli selendang baru. Hanya guna semula koleksi tudung bawal lama anda dan gayakannya seperti selendang mengikut tutorial mudah ini. Ia sangat menjimatkan! Anda juga kini boleh tampil bergaya seperti rakan-rakan anda yang menggunakan selendang, bezanya anda hanya menggu-nakan tudung bawal. Pasti rakan-rakan anda yang mempunyai banyak tudung bawal turut tertarik untuk men-cuba gaya mudah ini.

8 Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang

Page 58: tudung

58

www.zolace.com

Share E-book

5 Tips Mengemaskan SusunanTudung & Shawl Anda

Jika anda merupakan seorang hijabi atau berminat dalam mengumpulkan skarf/tudung, anda pasti mempunyai koleksi tudung yang sangat BANYAK! Dan apabila anda memiliki terlalu banyak tudung, mungkin agak sukar untuk anda menguruskan tudung-tudung itu dengan kemas di dalam almari pakaian anda.

Setelah bertahun lamanya saya menjadi seorang hijabi, saya telah mengumpulkan sungguh banyak tudung . Pada mulanya, saya menggulung tudung-tudung itu dan menyusunnya di dalam laci. Tetapi apabila saya mem-beli lebih banyak tudung, ruang di dalam laci itu menjadi semakin tidak mencukupi untuk menampungnya, dan saya mendapati bahawa teknik susunan yang saya telah praktikkan adalah tidak sesuai, kerana menggulung dan membuka semula gulungan tudung itu adalah satu perkara yang agak leceh untuk dilakukan.

Jadi, saya mula mencari pelbagai cara untuk menyusun dan mengemaskan tudung-tudung saya. Rupa-rupanya terdapat sangat banyak cara susunan tudung yang boleh dilakukan!

Di sini, anda akan mendapat beberapa cara dan idea baru untuk menyusun koleksi hijab anda. Ada di antaranya memerlukan anda membeli sesuatu daripada kedai-kedai berhampiran, dan ada juga di antaranya yang memer-lukan anda untuk merekanya sendiri. Jadi, anda perlu mempertimbangkan bajet dan berapa banyak masa yang anda ada untuk memilih cara susunan yang terbaik untuk anda. Mari kita mulakan!

5 Tips Mengemaskan Susunan Tudung & Shawl Anda

Page 59: tudung

59

www.zolace.com

Share E-book

Rak

Anda boleh menyusun tudung-tudung anda dengan mudah di da-lam rak-rak yang ada di rumah anda, ataupun anda boleh juga membeli rak-rak dengan harga yang berpatutan di Ikea. Ini adalah satu cara menyusun yang sesuai untuk mereka yang mempunyai koleksi tudung yang banyak dan mahu menggunakan ruangan simpanan dengan maksimum.

Melipat tudung adalah satu cara yang agak leceh, lebih-lebih lagi apabila anda mahu mengambil hijab yang terletak di bahagian bawah. Jadi, saya lebih suka untuk menggulung tudung-tudung itu, teknik ini menyenangkan proses penyimpanan dan juga memu-dahkan anda untuk mencari tudung untuk dipakai pada satu-satu masa!

Ruang Penyimpanan Yang Diubah suai

Alang-alang anda mahu membeli almari pakaian yang boleh diu-bah suai, apa kata anda menambah satu lagi ruang penyimpanan, iaitu rak penyimpanan untuk koleksi hijab anda? Cara penyelesa-ian ini mungkin merupakan tip penyelesaian yang paling mahal, tetapi ianya juga sangat efektif! Anda boleh menentukan sendiri lebar setiap unit penyimpanan untuk menyesuaikannya dengan panjang tudung anda. Dan anda juga boleh menambah seberapa banyak unit penyimpanan sesuai dengan keperluan anda!

Bakul

Menyimpan hijab-hijab di dalam bakul adalah satu lagi cara yang murah jika anda tidak mahu membeli apa-apa perabot yang baru. Ia merupakan satu cara yang amat mudah kerana anda hanya perlu membelinya di mana-mana kedai runcit atau kedai-kedai yang lebih besar seperti Ikea, dan bakul-bakul ini juga tidaklah mahal.

Dengan menggulung tudung-tudung anda dan meletakkannya di dalam bakul mengikut kepanjangan tudung, anda akan lebih mudah untuk mencari tudung untuk dipakai. Bakul-bakul ini juga mudah di-simpan di bawah katil atau pun di dalam almari pakaian.

1

2

3

5 Tips Mengemaskan Susunan Tudung & Shawl Anda

Page 60: tudung

60

www.zolace.com

Share E-book

Penyangkut tudung

Cara lain untuk menguruskan koleksi hijab anda adalah dengan membeli penyangkut yang direka khas untuk menyusun hijab-hijab.

Jika anda tidak menjumpai penyangkut khas un-tuk hijab ini, anda boleh juga menggunakan pen-yangkut baju biasa sebagai ganti. Ia adalah satu lagi cara yang menjimatkan kos dan juga amat senang untuk diuruskan untuk jangka masa yang lama.

Penyangkut Baju BuatanSendiri Dan Relung Lang-sir Bilik Mandi

Jika anda sedang berada dalam mood untuk men-cipta sesuatu yang kreatif, apa kata anda beli satu paket relung langsir bilik mandi di kedai berham-piran dan tambahkannya pada penyangkut-pen-yangkut baju yang ada di rumah anda.

Satu perkara yang saya suka mengenai cara penyusunan hijab ini ialah anda hanya memerlukan bahan-bahan yang mungkin sudah ada di rumah anda! Ia tidak memerlukan apa-apa alat pertukangan, malah ia menyenangkan anda untuk mengambil hijab yang disusun pada penyangkut baju itu.

Cara ini sangat sesuai untuk hari-hari anda yang sibuk, di mana anda tidak mempunyai masa untuk melipat setiap tudung; anda hanya perlu mengambilnya untuk dipakai, dan menggantungnya semula setelah dipakai. Sungguh senang!

Demikianlah tips menyusun hijab daripada saya! Saya harap entri ini membantu sedikit-sebanyak dalam menyele-saikan masalah anda.

Senyum selalu, wahai wanita-wanita yang anggun!

4

5

5 Tips Mengemaskan Susunan Tudung & Shawl Anda

Page 61: tudung

61

www.zolace.com

Share E-book

Apakah Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Tona Kulit Anda?

Setiap hijabi memerlukan warna tudung yang berwarna solid yang sesuai dengan tona kulit mereka. Sudahkah be-rulang kali anda tidak mempunyai corak yang sesuai atau pakaian anda terlalu berserabut dan memerlukan tudung berwarna solid?

Baca tip-tip di bawah berdasarkan tona kulit anda dan jangan lupa untuk melihat kesemua solid skaf di Zolace!

Kulit Yang CerahBagi anda yang mempunyai tona kulit yang cerah, warna solid yang sesuai dengan anda bergantung sama ada kulit anda lebih bertona merah jambu atau kuning.

Antara peraturan yang umum, warna putih dan hitam tampak cantik untuk kulit yang cerah (walaupun warna hitam berpotensi untuk nampak kasar di kulit yang cerah) dan warna yang anda perlu elakkan adalah warna beige, camel dan warna taupe kerana warna-warna ini tidak melakukan apa-apa efek untuk tona kulit anda.

1

Apakah Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Tona Kulit Anda?

Page 62: tudung

62

www.zolace.com

Share E-book

Jangan berasa takut untuk cuba warna yang lain! Warna yang terang dan be-rani dan warna pastel akan melakukan keajaiban terhadap anda dan kelihatan cantik di kulit yang cerah dan jika anda lebih bertona merah jambu. Namun jika anda lebih bertona kuning, warna pastel akan menenggelamkan anda.

Gambar di atas adalah contoh yang tepat untuk perbezaan tona pink dan kun-ing. Oleh sebab tona kulitnya agak kekuningan dia haruslah mengelakkan war-na olive-y neutral, manakala Yaz the Spaz di bawah, mempunyai tona kulit yang agak merah jambu dan berkulit cerah yang memudahkannya menggayakan warna pastel dengan mudah.

Bagaimanakah cara untuk anda mengetahui anda mempunyai tona cerah ber-warna merah jambu atau kuning? Anda nampak cantik dengan barang kemas emas atau silver?Jika warna silver, bermakna kulit anda bertona merah jambu manakala emas bertona kuning. Nampak cantik dengan kedua-duanya? Anda sangat bertuah! Anda akan nampak cantik dengan semua warna solid!

Kulit Yang SederhanaUntuk gadis kulit bertona sederhana, beberapa bukti pilihan warna neutral yang baik adalah warna ivory, beige, sand, taupe, light blush, olive green dan camel.

1

Apakah Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Tona Kulit Anda?

Page 63: tudung

63

www.zolace.com

Share E-book

Gambar di bawah ini adalah bukti yang sempurna tentang pilihan warna solid untuk tona kulit sederhana. Warna camel sangat bersesuaian dengan tona kulit sederhana seperti ditunjukkan dalam gambar, menyerlahkan lagi warna dan tona sesuai di muka saya, sementara warna hitam solid sangat sesuai untuk Nura dan tona kulitnya yang cerah dan ciri-ciri warna gelapnya.

Selain daripada warna neutral untuk tona kulit sederhana, cubalah warna yang berani dan barang kemas dalam warna seperti zamrud, kobalt, royal purple, merah ruby dan merah jambu. Elakkan memakai warna pastel – oleh sebab ia menampakkan warna muka anda pudar.

Apakah Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Tona Kulit Anda?

Page 64: tudung

64

www.zolace.com

Share E-book

Kulit Yang GelapTona kulit gelap adalah tona kulit yang paling versatail berbanding tona ku-lit yang lain. Selain warna coklat atau mocha yang warnanya hampair sama dengan warna kulit asal anda, anda akan nampak cantik dengan kebanyakkan warna solid yang lain.

Nadiya nampak sangat menawan dengan warna ungu, manakala Rukiyat dari Nigeria sangat sesuai dengan semua warna Tiffany Blue yang ditunjuki di bawah!

Tidakkan semua warna solid ini tampak hebat dipakai oleh Basma di bawah? Sama ada ia warna terang, warna mati, neutral atau pastel-hampir ke semua warna solid sesuai dengan tona gelapnya.

3

Apakah Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Tona Kulit Anda?

Page 65: tudung

65

www.zolace.com

Share E-book

Cara Memakai Pashmina Untuk Menghadiri Kenduri

Entri pada kali ini adalah cara untuk mempelbagaikan gaya pashmina anda. Pashmina adalah sejenis kain yang lembut dan agak berat. Wanita yang memperkenalkan pashmina adalah Hana Tajima. Gadis yang menetap di London dan mula memeluk agama Islam seawal usia 17 tahun.

Walaubagaimanapun, gaya pada kali ini bukanlah berasas pada gaya Hana Tajima. Gaya ini lebih sesuai digayakan dengan budaya dan cuaca di Malaysia. Gaya ini juga mudah dipadankan dengan fesyen-fesyen muslimah terkini yang berada di Malaysia.

Antara pakaian yang sesuai untuk dipadankan dengan gaya tudung di atas adalah maxi dress, blouse dan kemeja dari jenis kain yang tidak tebal. Ini adalah kerana, Pashmina ini adalah sejenis kain licin dan agak panas. Untuk keselesaan anda digalakkan memakai pakaian yg selesa dan cantik.

Anda boleh menggayakannya dengan baju kurung moden. Sebab gaya tudung di atas mempamerkan pernampi-lan yang anggun dan ayu, jadi sangat sesuai jika mahu digayakan denga baju kurung moden.

Bagi pilihan warna tudung pula , anda digalakkan untuk memilih warna tudung yang gelap tetapi pekat seperti warna hitam, biru navy dan coklat gelap.

Tona warna juga boleh memberikan peranan besar sebagai pelengkap keseluruhan penampilan anda. Anda ha-ruslah memilih warna bersesuai dengan kulit supaya menampakkan diri anda kelihatan cantik dan menaikkan keyakinan diri anda.

Cara Memakai Pashmina Menghadiri Kenduri

Page 66: tudung

66

www.zolace.com

Share E-book

Mari kita mulakan!Perkara-perkara yang anda perlu ada adalah:

1. Tudung Pashmina2. Jarum peniti3. Brooch kecil

Langkah pertama:

• Gaya ini memerlukan pemakai membahagikan tudung sama rata kedua-dua belah bahagian, iaitu bahagian kiri dan kanan.

• Pinkan di bawah dagu anda.

• Perlu diingatkan Pashmina adalah kain yang sangat lembut, jadi sedikit sukar untuk membentukkan di bahagian dahi.

• Model melipatkan lebar pashmina, supaya pashmina menjadi sedikit tebal dan tidak terlalu lebar dan besar.

1

2

3

Langkah kedua:• Ambil bahagian kanan anda dan bukakan lipatan yang dibuat di

langkah pertama tadi.

4

Cara Memakai Pashmina Menghadiri Kenduri

Page 67: tudung

67

www.zolace.com

Share E-book

5

6

• Bawa kan ia ke kepala sebelah kiri.

• Pastikan tudung sebelah kiri berada di bawah dan tudung sebe-lah kanan (yang lebar) di luar.

• Pin kan jarum peniti di bahagian atas kepala bagi mengelakkan tudung ini bergerak semasa melakukan aktiviti harian.

7

8

Langkah ketiga:• Bawa lebihan tudung tadi ke kepala bahagian kanan dan pink-

annya menggunakan jarum peniti.

• Selaraskan bahagian bawah tudung (bahagian dada) bagi mengemaskan penampilan dan selaraskan panjang mengikut keselesaan anda.

9

10

Langkah keempat:• Ambil bucu tudung bahagian kiri, dan bawakannya ke kepala

bahagian kanan.

Cara Memakai Pashmina Menghadiri Kenduri

Page 68: tudung

68

www.zolace.com

Share E-book

11

12

• Pinkan bucu tudung tadi atas kepala sebelah kiri.

• Pinkan bucu tadi di atas kepala mengikut kesesuaian anda, di mana anda mahu pinkan tudung itu.

• Pinkan menggunakan jarum peniti.

• Kemaskan bahagian tudung di atas kepala anda.

• Lipatkan ia dengan kemas, menjadi berlapis-lapis seperti dalam gambar.

• Ini adalah bagi mengelakkan penampilan kita menjadi tidak ke-mas dan nampak serabut.

• Pinkan lipatan yang telah dibuat tadi menggunakan jarum pen-iti satu persatu.

13

14

Cara Memakai Pashmina Menghadiri Kenduri

Page 69: tudung

69

www.zolace.com

Share E-book

15

16

• Ambil bucu bahagian tudung belah kiri yang belum disentuh tadi, dan pinkan dia di bahu belah kanan anda.

• Pinkan menggunakan brooch yang sederhana.

Selesai!

Sekarang bolehlah anda keluar dan menggayakannya.

Bagi gadis yang menggayakan Pashmina jenis plain ini, anda digalakkan untuk menambah aksesori seperti rantai leher di luar tudung ini.

D O N E

Cara Memakai Pashmina Menghadiri Kenduri

Page 70: tudung

70

www.zolace.com

Share E-book

Cara Menggaya Tudung Bawal Dengan 4 Langkah Mudah

Gaya hijab pada kali ini boleh digayakan pada bila-bila masa. Gaya ini akan bertambah cantik jika anda bijak memilih warna dan corak yang bakal digayakan. Pilihan warna yang terang dan tampak berani akan menaikkan lagi seri pakaian anda, walaupun anda hanya menggayakan baju tanpa corak dan kosong.

Sebelum memulakan langkah pertama, gaya ini memerlukan anda memakai inner kerana terdapat langkah yang memerlukan anda in tudung terus ke bahagian inner anda .

Cara Menggaya Tudung Bawal Dengan 4 Langkah Mudah

Page 71: tudung

71

www.zolace.com

Share E-book

1

2

3

4

Langkah pertama:1

• Lipatkan tudung bawal anda menjadi bentuk segi tiga.

• Bahagikan tudung anda kepada dua bahagian secara sama rata.

Langkah pertama:2

• Ambil tudung di bahagian kiri anda dan pinkannya di bahagian bawah telinga anda.

• Biarkan lebihan tudung itu jatuh kebawah dan kemaskannya.

Langkah ketiga:3

• Ambil bucu tudung bahagian kanan anda, dan pinkannya di bahagian atas kepala anda.

• Pinkan tudung anda menggunakan brooch yang kecil atau jarum peniti.

Langkah ketiga:4

• Kemaskan bahagian dada anda.

• Selaraskan labuh di bahagian dada anda mengikut keselesaan anda.

• Anda boleh meletakkan brooch besar di kedua-dua bahagian bahu kiri dan kanan untuk tampil lebih anggun dan elegan.

Anda sudah selesai menggayakan tudung anda.

Sekarang masanya untuk anda memilih pakaian dan menambah aksesori kegemaran anda untuk menjadikan penampilan anda lebih menarik ketika keluar bersama dengan rakan-rakan anda.

D O N E

Cara Menggaya Tudung Bawal Dengan 4 Langkah Mudah

Page 72: tudung

72

www.zolace.com

Share E-book

Tutorial Gaya Elegan Dengan Tudung Bidang 60”

Gaya pada kali amat cantik sekali. Menggayakan tudung bawal berbidang 60” dengan cara yang baru dan memper-sonakan.

Penggunaan tudung bermaterial silk atau satin memberikan efek licin dan penghasilan daripada pantulan cahaya menambahkan lagi keistimewaan gaya tudung ini.

Gaya ini sesuai digayakan ketika menghadiri majlis-majlis istimewa mahupun ke pejabat.

Gaya yang nampak kompleks ini sebenarnya amat mudah digayakan dan hanya mengambil masa yang singkat untuk menyiapkan keseluruhan gaya ini.

Tutorial Gaya Elegan Dengan Tudung Bidang 60”

Page 73: tudung

73

www.zolace.com

Share E-book

1

Ambil bucu bahagian tudung dan bahagikan secara sama rata.1

Langkah per tama:

2Pinkan tudung yang telah dibahagiakan tadi di bawah dagu anda.2

Langkah per tama:

• Ambil bahagian belakang tudung di salah satu bahagian tudung dan bawakannya ke bahagian hadapan badan anda.

• Model mengambil bahagian belakang kanan tudung dan mem-bawanya ke hadapan.

3

Langkah ket iga:4

• Ambil bahagian tepi tudung daripada belakang tadi dan bawanya ke atas kepala bahagian kiri.

• Pastikan bahagian tudung sebelah kanan berada di bawah tudung bahagian kiri.

4

Tutorial Gaya Elegan Dengan Tudung Bidang 60”

Page 74: tudung

74

www.zolace.com

Share E-book

• Pinkannya di atas kepala anda menggunakannya jarum peniti.

• Hasil daripada gaya tudung di atas akan meninggalkan lebihan tudung di bahagian sebelah kiri anda.

5

5

6• Pinkan lebihan tudung tadi menggunakan brooch kecil bagi mengelakkan lebihan tudung itu berterbangan ketika anda melakukan aktiviti seharian.

Kini tutorial tudung anda sudah lengkap dengan hanya tiga langkah mu-dah.

6

Gaya tudung ini sangat ringkas dan menggunakan jumlah pin peniti dan brooch yang sangat sedikit.

Gaya tudung ini menghasilkan efek beralun hasil daripada lebihan tudung yang sengaja dibiarkan tidak berpin itu.

Pilihan warna yang menarik dan corak yang menarik boleh mengubah kes-eluruhan tema gaya anda.

DONE

Tutorial Gaya Elegan Dengan Tudung Bidang 60”

Page 75: tudung

75

www.zolace.com

Share E-book

Cara Memvariasikan GayaWideshawl Anda!

Entri pada kali ini menunjukkan salah satu cara untuk memvariasikan wideshawl anda. Tutorial kali ini agak kom-pleks dan memerlukan sedikit trial and error untuk menyesuaikan gaya ini dengan anda .

Apa yang dimaksudkan dengan trial and error tadi?

Ianya bermaksud, anda perlulah kerap menukar lebar tudung anda kerana tidak biasa dengan gaya ini. Ditakuti jika lebarnya terlalu pendek akan menampakkan bahagian leher belakang anda ataupun tudung akan kelihatan terlalu singkat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

1. Shawl (Gaya ini memerlukan wideshawl)2. Brooch3. Jarum peniti

Tudung yang digayakan model ini adalah berjenis cotton viscose. Jika anda memakai jarum peniti yang biasa dan kecil, jarum peniti tersebut boleh hilang atau beralih arah kerana struktur kain tersebut. Anda digalakkan untuk memakai jarum peniti yang sedikit tebal dan panjang bagi mengelakkan jarum itu beralih arah.

Cara Memvariasikan Gaya Wideshawl Anda!

Page 76: tudung

76

www.zolace.com

Share E-book

1Langkah Pertama:1

• Anda digalakkan untuk memakai inner neck kerana gaya ini memerlukan anda pinkan tudung anda terus ke inner neck.

• Bahagikan kedua-dua tudung ini dengan sama panjang.

2Langkah Kedua:2

• Pinkan kedua-dua tudung tersebut di inner neck anda selari dengan tulang pipi anda menggunakan jarum peniti.

• Kemaskan bahagian atas tudung mengikut keselesaan anda.

• Jika anda lebih menggemarkan tudung anda menjadi sedikit bulat dan tidak berbucu, lipatkan bahagian atas tudung anda supaya tudung lebih rapat dengan dahi anda.

3

Langkah Ketiga:3

• Ambil tudung di bahagian kanan anda, pastikan kedua-dua kiri dan kanan tudung anda mempunyai panjang yang sama.

4Langkah Ketiga:4

• Bawa tudung anda ke kiri, melalui belakang badan anda.

• Pusingkan tudung itu ke belakang untuk membawanya ke bahagian kiri anda.

Cara Memvariasikan Gaya Wideshawl Anda!

Page 77: tudung

77

www.zolace.com

Share E-book

5Langkah Kelima:5

• Bawa tudung anda ke bahagian kiri anda dan letakkan ia di bawah baha-gian tudung sebelah kiri .

• Ini bermakna , tudung yang asalnya di bahagian kiri tadi berada di atas , dan tudung yang daripada bahagian kanan tadi berada di bawah .

6Langkah Kelima:6

• Pegang tudung dari bahagian kanan anda, dan tudung di bahagian kiri anda.

• Bawa tudung di bahagian kiri tadi melalui bawah tudung bahagian kanan anda.

• Bawa tudung itu ke sebelah kanan anda.

• Sekarang ini tudung bahagian kiri anda berada di sebelah kanan, dan tu-dung bahagian kanan anda berada di atas tudung bahagian kiri anda di sebelah kiri.

DONE

• Lebarkan hujung bahagaian tudung anda, dan bawanya ke atas kepala anda dan lilitan ia hingga ke sebelah kiri.

• Untuk mendapatkan efek seperti di gambar rajah nombor lapan, lipatkan sedikit tudung anda ke atas, supaya mendapat efek seperti gelembong.

• Letakkan jarum peniti di atas kepala dan bahagian tepi berhampiran tel-inga anda.

7 7Langkah Ketujuh:

Selesai sudah sesi penggayaan tudung kita pada kali ini! Disebabkan corak tudung yang sudah terlalu serabut dan penuh digabungkan dengan cara penggayaan yang agak kompleks dan beropol, anda tidak digalakkan untuk mengenakan aksesori tambahan seperti rantai atau anting-anting di luar.

Anda juga disarankan untuk menggayakan gaya tudung ini dengan baju kosong atau plain. Anda juga boleh menggayakan tudung ini dengan skirt kembang dipadankan dengan baju kemeja yang berkain chiffon atau men-genakan gaya ini dengan seluar Jeans dan t-shirt disarungkan dengan Kimono Kardigan. Selain itu , gaya tudung ini juga boleh digayakan untuk ke pejabat. Anda bolehlah padankan gaya ini dengan sepasang baju kurung yang bercorak minimal. Jika anda tidak mahu berbaju kurung , gaya ini juga boleh dipadankan dengan blazer berwarna gelap bagi menonjolkan lagi gaya tudung anda. Gaya tudung ini juga sangat sesuai untuk remaja-remaja dan gadis berumur awal 20-an kerana ia menonjol sifat wanita muda yang menggemarkan fesyen dan trend-trend terkini.

Cara Memvariasikan Gaya Wideshawl Anda!

Page 78: tudung

78

www.zolace.com

Share E-book

Tutorial Halfmoon Gaya Felixia Yeap

Entri pada kali ini digayakan oleh seseorang yang agak terkenal dengan kisah dia berhijrah ke Islam baru-baru ini . Walaupun baru berhijab , Felixia sangat kreatif tentang cara pemakaian tudung supaya ia nampak menarik dan tidak bosan.

Tutorial pada kali ini sangat mudah dan ringkas . Hanya boleh disiapkan dalam masa 5 minit sahaja! Gaya seperti ini sangat sesuai di bawa ke mana-mana sahaja, seperti pergi ke kuliah atau ke pejabat . Gaya seperti ini juga sesuai digayakan ketika pergi ke majlis-majlis formal. Jenis tudung yang digayakan oleh model ini lebih kepada tudung jenis halfmoon. Tudung jenis ini adalah berbentuk separa bulat. Tudung ini terdapat pelbagai corak dan pelbagai jenis. Ada yang tudung halfmoon kosong, berlabuci dan halfmoon yang labuh.

Jenis kain yang digayakan pula kain chiffon lembut dan tidak panas. Walaubagaimanapun kain seperti ini agak jarang dan akan menampak sedikit bentuk leher dan kepala si pemakai. Oleh itu , pemakai haruslah memakai sesuatu di dalam sebelum mengenakan tudung ini seperti memakai inner neck untuk menutup bahagian leher and kepala.

Ayuh kita mulakan tutorial ini!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

1. Tudung halfmoon. (Pada kali ini model memakai tudung jenis instant plane jane )2. Brooch (perlu memakai 3 brooch kecil sahaja)

Tutorial Halfmoon Gaya Felixia Yeap

Page 79: tudung

79

www.zolace.com

Share E-book

1

• Tudung yang dikenakan oleh model , adalah tudung instant jadi model tidak perlu membahagikan bahagian panjang dan pendek.

• Bagi yang tidak memiliki tudung seperti ini, anda perlulah membahagikan tudung anda kepada dua bahagian.

• Tentukan bahagian panjang dan pendek anda mengikut keselesaan anda sendiri.

• Kemudian , pinkan kedua-dua bahagian tudung ini di bawah dagu anda.

• Untuk tudung jenis instant shawl ini, dua bahagian panjang dan pendek itu telah dijahit dan meninggalkan bahagian yang panjang sahaja untuk digayakan.

1 Langkah pertama:

• Bagi yang tidak mempunyai tudung seperti di atas, anda bolehlah men-cantumkan dua bahagian panjang dan pendek anda menggunakan jarum peniti.

• Adalah terpulang kepada anda untuk menjahit atau hanya meletakkan jarum peniti.

• Ambil hujung bahagian yang panjang tadi.

• Pegang tudung anda dengan ukuran lebih kurang setengah depa dari hu-jung tudung anda.

2 Langkah kedua:

2

3

• Rapatkan hujung tudung anda dengan hujung yang lain.

• Jadikan ia kelihatan beralun dan ropol-ropol.

• Untuk menghasilkan efek di atas, anda perlulah melipakan tudung anda secara kecil2 dan rawak supaya alunan nampak lebih natural.

3 Langkah ketiga:

Tutorial Halfmoon Gaya Felixia Yeap

Page 80: tudung

80

www.zolace.com

Share E-book

4

• Bawa alunan dibuat tadi ke kepala dan pinkan alunan tersebut di kepala.

• Kedudukan tempat untuk dipinkan itu ada di bahagian kepala tudung yang lebih pendek.

• Letakkannya di tepi kepala selari dengan mata anda.

4 Langkah keempat:

5

• Kemaskan bahagian bawah tudung dan di belakang tudung.

• Terpulang kepada anda jika anda mahu meletakkan brooch di tepi bahu kiri dan kanan anda.

5 Sentuhan terakhir:

Mudahkan cara menggayakan tudung seperti ini?

Tidak menggambil masa yang lama dan tidaklah bosan si jejaka pilihan menunggu kita kerana bersiap terlalu lama. Hasilnya pula sungguh mengagumkan.

Jika anda mahu gaya seperti ini nampak lebih versetile , bolehlah menambah brooch yang lebih besar di bahagian kepa-la untuk dipinkan bersama ropol-ropol tadi supaya nampak lebih menyerlah.

Gaya ini juga sangat sesuai untuk anda yang sangat padat jadualnya, selepas pulang dari kerja, perlu menghadiri maj-lis-majlis formal yang lain.

Nah! Inilah gaya tudung yang sangat sesuai, jika dipadankan dengan dress labuh berlace.

Gaya yang ringkas ini membolehkan tudung ini digayakan dengan baju yang bercorak penuh dan tidak menampakkan si pemakai nampak crowded. Padankan baju tadi dengan selendang bewarna hitam dan tambah perhiasan dileher dengan memakai rantai leher di luar selendang.

Sesetengah orang gemar menambah labuci dan manik-manik di atas kepala mereka bagi menampakkan efek seo-lah-olah memakai crown atau takhta untuk tidak menampakkan tudung itu terlalu kosong dan bosan .

Tetapi ingat, “less is more” atau lebih sedikit perhiasan lagi bagus. Kita tidak mahu badan kita penuh dengan pelbagai perhiasan sehingga menjadikan keseluruhan imej kita “berat” ataupun terlalu “penuh”.

DONE

Tutorial Halfmoon Gaya Felixia Yeap

Page 81: tudung

81

www.zolace.com

Share E-book

Tutorial Tudung untuk GadisBerwajah Bulat

Tutorial gaya loose pada entri kali ini adalah untuk gadis berwajah bulat. Gaya ini amat mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Cara penggayaannya juga amat senang dan ringkas.

Disebabkan oleh gaya ini menghasilkan efek loose pada si pemakai , gaya ini hanya sesuai dipadankan dengan jenis kain yang ringan seperti chiffon crepe supaya mudah dibentuk untuk menghasilkan efek loose yang lebih cantik .

Mari kita mulakan tutorial ini.

Tutorial Tudung untuk Gadis Berwajah Bulat

Page 82: tudung

82

www.zolace.com

Share E-book

1

• Ambil tudung bawal anda.

• Pemakaian tudung pada kali ini memerlukan anda memakai inner neck bagi menutup leher anda, kerana pada akhir penggayaan anda akan dapa-ti gaya ini menghasilkan ruang di bahagian leher ke dada bagi menghasil-kan efek loose.

• Lipatkan tudung bawal anda menjadi segi tiga.

1 Langkah pertama:

2

• Bahagikan bahagian pendek dan panjang anda.

• Model meletakkan tudung yang pendek di bahagian kanan dan panjang di bahagian kiri.

2 Langkah kedua:

3

Ambil bahagian yang panjang dan bawakannya ke atas kepala anda.3

4

Letakkan di bahagian atas kepala anda dan pinkannya menggunakan jarum peniti.

4

Tutorial Tudung untuk Gadis Berwajah Bulat

Page 83: tudung

83

www.zolace.com

Share E-book

• Pinkan bahagian tepi kiri dan kanan anda dengan menggunakan jarum peniti.

• Pinkannya di bahagian berhampiran dengan kawasan telinga anda.

• Langkah ini adalah bagi mengelakkan tudung anda daripada bergerak dan berubah bentuk ketika anda melakukan aktiviti harian.

5 Langkah keempat:5

6

• Ambil bahagian tudung yang pendek tadi.

• Pastikan bahagian tudung yang pendek ini berada dibawah tudung yang panjang.

• Ambil bucunya dan bawakannya ke bahagian kiri anda (dibahagian yang panjang)

6 Langkah keenam:

7• Pinkan kedua-dua bucu tadi di bahagian bahu kiri anda.

• Penggunaan brooch yang kecil atau besar adalah terpulang ke-pada anda.

• Model memilih brooch yang kecil untuk dipinkan di bahunya.

7

8Selesai sudah sesi penggayaan tudung bawal ini.

Bagi menyerlahkan lagi gaya ini,anda boleh mengenakan aksesori seperti rantai atau anting-anting jika anda merasakan di bahagian leher anda terlalu kosong dan tidak berhias.

Cadangan tempat yang sesuai digayakan dengan gaya tudung ini adalah seperti ke parti hari jadi rakan anda, atau ke temu janji, candle light dinner bersama teman lelaki anda. Walaubagaimanapun, ianya tetap sesuai digayakan ke pejabat mahupun ke kuliah. DONE

Tutorial Tudung untuk Gadis Berwajah Bulat

Page 84: tudung

84

www.zolace.com

Share E-book

6 Tips Nampak Menawan Dengan Tudung Dan Cermin Mata

Meskipun terdapat berbagai warna dan model kanta lekap di pasaran, ada di antara kita yang masih memilih untuk menggayakan kaca mata kerana ia dianggap lebih praktikal dan mudah. Hijab menutupi seluruh bahagian kepala kec-uali muka anda. Oleh itu, ia agak rumit bagi segelintir wanita untuk memakai kaca mata bersama hijab.

Jika anda pandai menggayakan kaca mata anda dengan pakaian anda, satu personaliti yang anggun akan terhasil da-lam penampilan anda, tidak kiralah apa tujuan anda memakai kaca mata tersebut. Sama ada kerana penglihatan anda yang kurang jelas, untuk berfesyen ataupun kerana sinaran matahari sangat terik.

Pernahkah anda memiliki sepasang kaca mata yang memusnahkan penampilan tudung anda? Kini, anda tidak perlu menghadapi itu semua kerana Zolace mempunyai senarai tips yang membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Tips ini telah dikumpulkan daripada berbagai sumber. Ikuti senarai ini dan anda boleh mencubanya sendiri untuk menge-tahui hasilnya.

6 Tips Nampak Menawan Dengan Tudung Dan Cermin Mata

Page 85: tudung

85

www.zolace.com

Share E-book

1 Sebesar mana hijab anda

Kaca mata yang berbingkai separa atau tidak berbingkai ada-lah pilihan yang terbaik untuk digayakan bersama hijab yang besar seperti khimar Gulf, cadur Iran dan tudung labuh Ma-laysia. Memakai kaca mata yang berbingkai tebal hanya akan membuat wajah anda kelihatan terlalu ‘tersorok’.

2 Corak hijab anda

Jangan sesekali memadankan hijab yang banyak corak den-gan kaca mata yang terlalu mewah dan bergaya. Jika anda memakai hijab yang menonjol, pilihlah kaca mata berbing-kai hitam yang klasik dan ringkas.

Jika anda mahu memakai kaca mata berbingkai mewah dan bergaya, lupakan selendang-selendang yang bercorak, dan pakailah skarf segi empat yang ringkas.

3 Warna hijab anda

Warna bingkai kaca mata anda seharusnya melengkapkan warna hijab yang anda pilih, bukannya memadankannya dengan warna yang sama.

Sebagai contoh, hijab tidak bercorak yang berwarna hitam akan nampak menarik jika digayakan dengan kaca mata berwarna fuschia/merah jambu, manakala tudung bawal berwarna krim nampak anggun apabila dipadankan dengan kaca mata klasik yang berwarna hitam. Hijab yang berwarna kecoklatan juga sesuai dengan kaca mata berbingkai biru. Warna sejuk sesuai dipadankan dengan warna yang hangat.

4 Kepekatan dan keterangan warna hijab anda

Pilihan warna bingkai kaca mata anda pula haruslah sema-kin halus dan pudar apabila warna hijab pilihan anda sema-kin pekat dan terang.

Juga sebaliknya, jika anda memakai hijab yang berwarna suram, bingkai kaca mata yang berwarna terang amat sesuai untuk digayakan bersamanya.

6 Tips Nampak Menawan Dengan Tudung Dan Cermin Mata

Page 86: tudung

86

www.zolace.com

Share E-book

5 Bagaimana hijab itu membentuk wajah anda

Dengan memakai hijab yang longgar, kaca mata yang tidak berbingkai atau mempunyai bingkai besi akan membuat anda kelihatan seperti seorang nenek. Pili-hlah kaca mata yang berbingkai penuh untuk gaya lebih menarik dan menawan.

6 Fesyen hijab yang anda pilih

Jangan sesekali memadankan hijab yang banyak lilitan (gaya turban, gaya Hana Tajima) dengan kaca mata berb-ingkai mewah dan terlalu bergaya. Anda tidak akan nampak bergaya jika anda terlalu bersungguh dalam berhias.

Bagi wanita yang berhijab, berfesyen dengan kacamata mungkin menjadi satu perkara yang agak sukar.

Kadang-kadang bingkai kaca mata yang tersepit pada daun telinga anda akan menimbulkan rasa tidak selesa, bah-kan boleh menyebabkan sakit kepala yang mengganggu. Ruangan kecil yang terhasil apabila memakai kaca mata juga boleh menyebabkan rambut anda terkeluar melaluinya. Memakai kaca mata pada bahagian dalam hijab akan merosakkan hijab anda, manakala jika dipakai pada bahagian luar, mungkin ia akan tergelincir daripada wajah anda.

Berikut adalah langkah-langkah memakai hijab yang mudah dan ringkas untuk membantu dalam menyelesaikan masalah-masalah ini.

1. Letakkan kaca mata pada lapisan hijab yang pertamaSetelah mengemaskan hijab anda dengan menggunakan peniti pada bahagian bawah dagu atau melingkarkan hijab sekali pada kepala, pakai kaca mata anda, tetapi jangan sampai terkena kulit anda. Letakkan kaca mata itu di atas lapisan hijab anda supaya ia tidak menyebabkan anda sakit kepala. Selain itu, kaca mata juga akan menjadi senang untuk ditanggalkan apabila anda tidak mahu memakainya.

Kemudian, hiaslah hijab anda seperti yang anda suka, sesuai dengan selera anda. Ini adalah cara yang paling sesuai dan selesa, lebih-lebih lagi untuk dipakai pada hari yang sentiasa hujan, yang menyebabkan anda selalu membuka kaca mata untuk mengelapnya. Ia adalah teknik yang mudah; mengurangkan sakit kepala dan selesa.

6 Tips Nampak Menawan Dengan Tudung Dan Cermin Mata

Page 87: tudung

87

www.zolace.com

Share E-book

2. Memakai dua lapis hijabAnda juga boleh menggayakan kaca mata dengan mudah apabila memakai dua lapis hijab.

Hijab yang nipis pada bahagian dalam, dipinkan pada bawah telinga dan dililitkan ke belakang.

Kemudian, ambil lapisan kedua, apa sahaja yang anda suka, yang mungkin terdiri daripada warna yang sama atau ber-lainan. Warna yang berlainan akan menghasilkan kontra war-na dan penampilan yang lebih menarik.

Lilitkan ia di atas hijab yang nipis tadi, dan pinkan pada tepinya. Anda boleh mengemaskannya pada kepala anda dengan menggunakan lebih banyak pin atau biarkan sahaja ia terletak pada kepala anda.

Semua orang mempunyai gaya yang sesuai untuk diri mereka. Kadangkala terdapat beberapa kombinasi hijab dan kaca mata yang mungkin tidak sesuai untuk wajah anda. Cara untuk mengatasinya adalah dengan terus mencuba pelbagai gaya sehinggalah anda jumpa gaya yang sesuai untuk wajah anda.

Kaca mata dan hijab bukanlah dua fesyen yang bertentangan antara satu sama lain. Bahkan, penambahan kaca mata dalam penggayaan anda akan membuatkan penampilan anda semakin cantik dan anggun. Oleh sebab itu, teruslah mencuba gaya-gaya baru untuk menjadikan penampilan anda semakin berkeyakinan dan cantik.

6 Tips Nampak Menawan Dengan Tudung Dan Cermin Mata

Page 88: tudung

88

www.zolace.com

Share E-book

Cara Memakai Selendang BergayaKurang Dari 10 Minit

Entri ini akan mengajar anda cara memakai selendang kurang dari 10 minit. Style ini adalah sangat ringkas, mudah digaya tetapi cantik dan versatile.

Gaya tudung ini sangat sesuai untuk wanita yang sibuk dengan tugasan harian tetapi mahu tampil bergaya ketika berhadapan dengan khalayak umum kerana gaya ini tidak membataskan pergerakkan anda.

Gaya ini juga sangat selesa untuk digayakan ke pejabat dan menghadiri majlis-majlis formal kerana gaya ini seme-mangnya ringkas tetapi tidak mempamerkan imej yang selekeh kepada si pemakai.

Mari kita mulakan:

Antara barang-barang yang diperlukan adalah:

• Shawl• Jarum peniti• Brooch

Cara Memakai Selendang Bergaya Kurang Dari 10 Minit

Page 89: tudung

89

www.zolace.com

Share E-book

• Bahagikan tudung kepada dua bahagian secara sama panjang, iaitu di bahagian kiri dan kanan.

• Gaya pada kali ini memerlukan anda memakai inner neck kerana ia akan menampakkan leher dan rambut anda jika anda tidak me-makai inner neck. Selain itu, gaya ini juga memerlukan anda pinkan tudung terus ke inner neck tersebut.

Langkah pertama:1 1

2

• Pinkan kedua-dua tudung tersebut di inner neck anda selari den-gan tulang pipi anda menggunakan jarum peniti.

• Kemaskan bahagian atas tudung mengikut keselesaan anda.

• Jika anda lebih menggemarkan tudung anda menjadi sedikit bulat dan tidak berbucu, lipatkan bahagian atas tudung anda supaya tu-dung lebih rapat dengan dahi anda.

Langkah kedua:2

3

• Ambil bucu tudung di kedua-dua bahagian kiri dan kanan.

• Pinkan bucu tudung tesebut di atas kepala anda menggunakan brooch yang kecil.

Langkah ketiga:3

4

• Ambil bahagian bawah tudung anda di sebelah kiri, dan bawakan-nya ke kepala sebelah kanan.

• Pinkannya di kepala sebelah kanan selari dengan mata anda meng-gunakan jarum peniti ataupun brooch kecil.

Langkah keempat:4

Cara Memakai Selendang Bergaya Kurang Dari 10 Minit

Page 90: tudung

90

www.zolace.com

Share E-book

• Ambil tudung sebelah kiri, di kawasan bahu dan bahu belakang anda.

• Pinkannya di bahagian belakang kepala anda (tempat dimana anda ikat rambut)

Langkah kelima:55

6

Anda telah berjaya menyempurnakan gaya di atas!

Model menggunakan tudung shawl bercorak bunga-bunga kecil bagi menampakkan keseluruhan penampilan tidak bosan dan suram.

Jika anda memilih corak bunga yang lebih besar dan warna yang lebih terang dan menyerlah, gaya ini akan menjadi lebih menarik.

Oleh sebab gaya yang dikenakan adalah ringkas dan tidak terlalu penuh, anda boleh menambahkan hiasan seperti rantai dan anting-anting di atas tudung tersebut.

Langkah kelima:6

Cara Memakai Selendang Bergaya Kurang Dari 10 Minit

Page 91: tudung

91

www.zolace.com

Share E-book

Tutorial Tudung Untuk Si GadisSopan Dan Elegan

utorial tudung untuk gaya pada entri kali ini adalah sedikit kompleks. Gaya seperti ini sangat sesuai digayakan ketika menghadiri majlis-majlis formal atau makan malam bersama yang tersayang.

Disebabkan oleh gaya ini menghasilkan banyak ropol-ropol di bahagian dada si pemakai, gaya ini hanya sesuai di-padankan dengan jenis shawl yang plain dan jenis kain berat seperti kain satin untuk mengasilkan efek beralun yang lebih cantik.

Antara perkara-perkara yang diperlukan adalah:

1. Shawl (jenis shawl yang disarankan kain satin , berat dan lebar)2. Jarum peniti3. Brooch

Tutorial Tudung Untuk Si Gadis Sopan Dan Elegan

Page 92: tudung

92

www.zolace.com

Share E-book

1 Langkah pertama:

• Langkah yang paling asas semasa memakai shawl, iaitu pilih bahagian mana yang mahu dijadikan bahagian yang panjang. Dan bahagian mana yang perlu dijadikan bahagian yang pendek.

• Model memilih bahagian kanan lebih pendek daripada bahagian kiri.

• Ukuran untuk panjang sebelah kanan adalah lebih kurang 1/3 daripada panjang sebelah kiri.

1

22 Langkah pertama:

• Pinkan kedua-dua bahagian panjang dan pendek tadi betul-betul di bahagian bawah dagu anda.

• Bagi mengelakkan shawl bergerak semasa proses penggayaan, sila pa-kai inner neck atau cotton scarf.

• Ini adalah kerana jenis kain shawl yang dipakai adalah kain yang licin.

3

4

4 Langkah ketiga:

• Ambil bahagian yang panjang tadi dan bawakkan ia ke sebelah kanan (bahagian pendek).

• Pastikan bahagian yang pendek tadi berada di luar dan bahagian yag pan-jang berada di dalam.

• Tarikkan shawl itu ke arah atas kepala anda.

• Lilitkan bahagian yang panjang tadi ke atas kepala secara kemas dan rapi.

Langkah keempat:• Kemaskan lilitan di atas kepala tadi kemas dan tegang (tiada kedutan atau

lipatan) dan selaraskan bahagian bawah shawl tersebut untuk menampa-kkan efek alunan yang cantik dan kemas.

• Boleh meletakkan pin di bahagian atas kepala untuk mengelakkan shawl bergerak.

Tutorial Tudung Untuk Si Gadis Sopan Dan Elegan

Page 93: tudung

93

www.zolace.com

Share E-book

5

5 Langkah kelima:

• Bawa lebihan shawl tadi kebawah dan pinkannya di kepala selari den-gan bahagian pipi anda.

6

6 Langkah keenam:

• Pada ketika ini, terdapat dua bahagian (kiri dan kanan) mempunyai leb-ihan shawl yang lebih kurang sama panjang.

77 Langkah ketujuh:

• Ambil kedua-dua bucu lebihan shawl tersebut, dan pinkan mereka menggunakan jarum peniti.

• Jangan tinggalkan langkah ketujuh dan lompat ke langkah kelapan dengan cara membawa bucu tersebut ke belakang dan pinkan terus daripada belakang.

• Langkah ketujuh tadi adalah bertujuan untuk menghasilkan efek alu-nan yang lebih cantik dan beralun.

Tutorial Tudung Untuk Si Gadis Sopan Dan Elegan

Page 94: tudung

94

www.zolace.com

Share E-book

86 Langkah kelapan:

• Bawa bahagian bucu yang sudah dipinkan sebentar tadi ke belakang kepala anda. Bawanya melalu atas kepala anda.

• Pinkan dengan menggunakan brooch yang kecil supaya dua bucu tadi tidak akan tercabut daripada shawl.

• Kemaskan alunan shawl supaya nampak lebih kemas dan tidak serabut.

D O N E

Sekarang gaya yang diingini sudah siap didandankan.

Pemakai boleh menambah seri gaya ini dengan menambah aksesori sep-erti rantai atau anting-anting besar selepas memakai shawl ini. Letak-kan rantai tersebur di atas shawl dan pinkan rantai menggunakan jarum peniti ataupun brooch. Terpulanglah kepada berat rantai dan keselesaan anda .

Selain itu , pemakai juga menambahkan brooch di kiri dan kanan bahu untuk menampakkan gaya shawl ini lebih elegen.

Pemakaian juga penting untuk tidak merosakkan keseluruhan look. Dise-babkan ropol di shawl sudah penuh dan padat, pemakai digalakkan un-tuk memakai gaya shawl in dengan baju yang simple dan plain.

Selepas menggayakan shawl anda seperti gaya di atas, anda akan dapati tidak banyak langkah yang diperlukan untuk menyiapkan gaya tersebut. Yang penting adalah ketelitian ketika mendandankan shawl anda atas faktor penggunaan kain yang licin.

Gaya ini amat sesuai bagi muslimah-muslimah di luar sana yang sudah lama mengidamkan cara pemakaian shawl yang boleh menutup dada dan tidak nampak bosan.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah individu yang tidak menggemarkan shawl yang terlalu labuh, panjang dan pendek bolehlah diselaraskan oleh kita sendiri ketika di bahagian langkah pertama.

Jangan takut untuk mencuba sesuatu gaya dan menambahkannya dengan aksesori sendiri sebab itulah yang melambangkan peribadi dan cara kita berfikir secara tak langsung.

Tutorial Tudung Untuk Si Gadis Sopan Dan Elegan

Page 95: tudung

95

www.zolace.com

Share E-book

Cara Memakai Tudung ke OfficeDalam Masa Singkat

Entri ini adalah untuk mengajar anda cara untuk tampil bergaya dan anggun ke pejabat hanya dalam masa yang singkat dengan tudung segi empat. Gaya ini sesuai digayakan oleh pelbagai golongan kerana lang-kahnya yang mudah dah ringkas.

• Lipatkan tudung bawal anda menjadi bentuk segi tiga.

• Bahagikan tudung anda secara sama panjang di bahagian kiri dan

kanan anda.

Langkah pertama:1

1

Cara Memakai Tudung ke Office Dalam Masa Singkat

Page 96: tudung

96

www.zolace.com

Share E-book

• Ambil tudung di bahagian kiri anda

dan bawakannya ke bahagian tepi

kepala anda.

• Pinkan di tepi kepala anda selaras

dengan mata anda.

• Lipat tudung di bahagian kanan anda.

• Lipatkannya sedikit sahaja bagi menampilkan efek alunan untuk tudung

anda .

• Pinkan bahagian tudung yang dilipat tadi menggunakan jarum peniti.

• Ambil bucu tudung anda di bahagian kanan, dan pinkannya di bahu ba-

hagian kiri.

Langkah kedua:

Langkah ketiga:

Langkah keempat:

2

3

4

2

3

4

Cara Memakai Tudung ke Office Dalam Masa Singkat

Page 97: tudung

97

www.zolace.com

Share E-book

Tudung bawal bercorak ini sesuai digayakan dengan jubah dari kain dull satin untuk menyer-lah gaya si pemakai. Pemilihan kombinasi war-na corak dan warna pakaian juga haruslah tepat bagi menjadikan keseluruhan penampilan anda tampak lebih bergaya.

Disebabkan tudung bawal bercorak ini mem-punyai warna yang gelap dan terang, ditambah lagi dengan aksesori seperti brooch bunga di tepi bahu kanan anda. Anda tidak disarakan un-tuk menambah aksesori lain di bahagian dada mahupun kepala anda. Kerana ianya akan men-jadikan keseluruhan penampilan anda tampak terlalu berat.

• Pastikan tudung di bahagian kiri anda berada di bawah tudung bahagian kanan anda.

• Langkah ini adalah bagi mengelakkan tudung nampak terlalu kembang

dan tidak kemas.

• Selaraskan labuh tudung di bahagian dada anda mengikut keselesaan anda.

• Pinkan menggunakan brooch yang besar.

• Model menggunakan brooch berbentuk bunga bagi mempamerkan gaya anggunnya ke pejabat.

D O N E

Cara Memakai Tudung ke Office Dalam Masa Singkat

Page 98: tudung

98

www.zolace.com

Share E-book

Cara Pakai Tudung BawalYang Berbeza

Gaya tudung bawal pada kali ini boleh digayakan pada bila-bila masa. Gaya ini akan bertambah cantik jika anda bijak memilih warna dan corak yang bakal digayakan . Pilihan warna tudung yang terang dan tampak berani akan menaikkan lagi seri pakaian anda, walaupun anda hanya menggayakan baju tanpa corak dan kosong.

Sebelum memulakan langkah pertama , gaya ini memerlukan anda memakai inner kerana terdapat langkah yang memerlukan anda pin tudung terus ke bahagian inner anda.

• Lipatkan tudung bawal anda menjadi bentuk segi tiga.

• Bahagikan tudung anda kepada dua bahagian secara sama rata.

Langkah pertama:11

Cara Pakai Tudung Bawal Yang Berbeza

Page 99: tudung

99

www.zolace.com

Share E-book

Anda sudah selesai menggayakan tudung anda.

Sekarang masanya untuk anda memilih pakaian dan menambah aksesori kegemaran anda untuk menjadikan penampilan anda lebih menarik ke-tika keluar bersama dengan rakan-rakan anda.

• Ambil tudung di bahagian kiri anda dan pinkannya di bahagian

bawah telinga anda.

• Biarkan lebihan tudung itu jatuh ke bawah dan kemaskannya.

• Ambil bucu tudung bahagian kanan anda , dan pinkannya di baha-

gian atas kepala anda.

• Pinkan tudung anda menggunakan brooch yang kecil atau jarum

peniti.

• Kemaskan bahagian dada anda.

• Selaraskan labuh di bahagian dada anda mengikut keselesaan anda.

• Anda boleh meletakkan brooch besar di kedua-dua bahagian bahu

kiri dan kanan untuk tampil lebih anggun dan elegan.

Langkah kedua:

Langkah ketiga:

Langkah keempat:

2

3

4

3

2

D O N E

Cara Pakai Tudung Bawal Yang Berbeza

Page 100: tudung

100

www.zolace.com

Share E-book

Cara Menggayakan Tudung Bercorak Penuh

Adakah anda mempunyai banyak shawl bercorak tetapi sudah kering idea tentang cara untuk menggayakan shawl tersebut?

Shawl bercorak penuh sememangnya mudah untuk digayakan, namun gaya yang dikenakan haruslah berse-suaian supaya gaya tersebut tidak menyebabkan si pemakai nampak begitu penuh dengan gabungan corak dan cara penggayaan yang salah.

Gaya pada kali ini sangat sesuai untuk wanita korporat, sesuai dipakai ke office kerana gaya ini tidak nampak begitu berlebih-lebihan dan sangat ringkas.

Antara perkara-perkara yang diperlukan adalah:

Pada entri kali ini, adalah wajib untuk memakai inner neck kerana gaya ini akan menampakkan sedikit susuk leher dan akan menampakkan rambut anda jika anda tidak memakai inner neck.

• Shawl (panjang dan lebar adalah terpulang kepada individu masing-masing)

• Brooch

• Inner neck (scarf menutup leher)

• Jarum peniti (kuantiti jarum adalah bergantung kepada si pemakai)

Cara Menggayakan Tudung Bercorak Penuh

Page 101: tudung

101

www.zolace.com

Share E-book

• Lipatkan lebar shawl tersebut supaya lebar shawl bersesuaian

dengan anda.

• Jadikan bahagian yang lebih lebar sebagai bahagian luar dan baha-

gian yang pendek sebagai bahagian dalam.

• Ambil bahagian hujung shawl yang berlipat dan pinkan di kepala

selaras dengan bibir anda.

• Pinkannya menggunakan jarum peniti.

• Lilitkan shawl dengan cermat dibahagian kepala.

• Jadikan lilitan itu semakin serong ke bahagian telinga, menampak-

kan sedikit Inner Neck yang anda pakai sebentar tadi.

• Teruskan melilit secara serong sehingga lilitan tadi bertemu den-

gan tempat anda mulakan lilitan, iaitu di bahagian kepala selaras

dengan bibir anda.

Langkah pertama:

Langkah kedua:

Langkah ketiga:

1

2

3

1

2

3

• Kemaskan bahagian shawl anda, pastikan bahagian depan dan be-

lakang dengan berada ditempat yang betul.

Langkah keempat:4

4

Cara Menggayakan Tudung Bercorak Penuh

Page 102: tudung

102

www.zolace.com

Share E-book

• Bawa dan lilitkan shawl tadi sekali lagi di kepala anda dengan ke-

mas. Kali ini lilitan tidak dilakukan dengan lilitan serong.

• Pinkan ia untuk mengekalkan kedudukan shawl supaya tidak

bergerak dengan menggunakan jarum peniti.

• Pinkan shawl di bahagian kepala selaras dengan bibir anda.

• Bawakan shawl tadi ke sebelah. Jika pada langkah kelima kedudu-

kan shawl anda di bahagian kiri, maka bawakan shawl anda ke ba-

hagian kanan.

• Buka bahagian lipatan untuk lebar yang anda lakukan di langkah

pertama tadi.

• Sekarang, ambil 1/3 daripada bahagian shawl tadi dan pinkann-

ya di belakang kepala. Bahagian belakang atas kepala, tempat di

mana perempuan tocang rambut.

• Kemaskan shawl tadi supaya ia nampak lebih kemas dan tidak

bersepah.

• Shawl akan kelihatan beralun sedikit, selaraskan bahagian shawl

yang perlu dipinkan itu supaya alunan tadi nampak lebih cantik.

Langkah kelima:

Langkah keenam:

Langkah ketujuh:

5

6

7

5

6

7

Cara Menggayakan Tudung Bercorak Penuh

Page 103: tudung

103

www.zolace.com

Share E-book

8• Ambilkan bahagian bawah dan hujung shawl untuk dipinkan shawl

di bahagian leher sebelah yang berlainan. Jika langkah ketujuh

anda disebelah kiri, bermakna anda harus pinkan bahagian hujung

shawl tadi di leher sebelah kanan.

• Jika anda mahu tampak lebih berani dan menyerlah, letakkan

brooch yang cantik dan bersaiz sederhana semasa mengepin di ba-

hagian langkah ketujuh, tetapi perlulah direndahkan sedikit tem-

pat untuk pinkan shawl tersebut.

Langkah kelapan:

Sentuhan terakhir:

8

D O N E

Cara Menggayakan Tudung Bercorak Penuh

Page 104: tudung

104

www.zolace.com

Share E-book

Cara Ubah Gaya Tudung Bawal Dengan 1 Langkah Mudah

Entri pada kali ini sangat unik dan comel. Ia juga sangat mudah digayakan.

Gaya seperti ini sangat sesuai digayakan oleh para remaja masa kini. Ia boleh digayakan ke majlis-majlis formal dan juga ketika keluar bersama rakan-rakan anda.

Mari kita lihat bagaimana cara untuk menggayakan tudung bawal yang comelini.

Langkah pertama:• Lipatkan tudung bawal anda menjadi bentuk segi tiga.

• Bahagikan tudung anda secara sama panjang di bahagian kiri dan kanan anda.

• Kemaskan bahagian bucu tudung anda bersesuaian dengan bentuk muka anda.

Cara Ubah Gaya Tudung Bawal Dengan 1 Langkah Mudah

Page 105: tudung

105

www.zolace.com

Share E-book

Langkah kedua:

Langkah ketiga:

• Ambil bahagian tepi tudung anda, dan lipatkan menjadi lipatan yang sangat kecil.

• Pinkan ia menggunakan brooch yang kecil atau jarum peniti.

• Ambil bahagian dalam tudung anda (di bahagian kanan), dan bawakannya ke tepi kepala anda.

• Pinkannya selaras dengan mata anda.

• Kemaskan tudung di bahagian dada anda.

Langkah keempat:

Final Look

• Ambil bucu tudung di bahagian kiri anda dan pinkannya di bahagian bahu kanan anda.

• Anda boleh melaraskan labuh tudung anda di bahagian dada mengikut keselesaan anda.

Cara Ubah Gaya Tudung Bawal Dengan 1 Langkah Mudah

Page 106: tudung

106

www.zolace.com

Share E-book

Nota:

Anda boleh mengenakan brooch yang lebih besar di bahagian lipatan untuk tepi atas kepala itu untuk menjad-ikan gaya dan penampilan anda tampak lebih comel.

Lihatlah betapa comel dan cantiknya gaya tudung bawal pada kali ini. Kami amat sukakan sentuhan di bahagian tepi itu, ia mengubah gaya tudung bawal yang bosan kepada gaya yang lebih menyerlah sekaligus menjadikan keseluruhan penampilan tampak lebih klasik.

Untuk menghasilkan bahagian tepi itu, ia memerlukan inner dan pemilihan warna inner anda serta warna tu-dung anda haruslah tepat dan bersesuaian.

Untuk menjadikan gaya ini lebih ranggi dan terkini, and boleh mengenakan anting-anting besar di bahagian luar tudung anda.

Pilihan aksesori juga penting agar anda tidak nampak sangat ganjil di hadapan rakan-rakan anda dan khalayak umum.

Anda perlu mempertimbangkan tiga perkara ketika memilih aksesori anda iaitu warna aksesori anda, saiz akse-sori anda dan juga gaya yang anda mahu aksesori itu pamerkan.

Harap anda sukakannya!

Cara Ubah Gaya Tudung Bawal Dengan 1 Langkah Mudah

Page 107: tudung

107

www.zolace.com

Share E-book

[GAMBAR] Cara Pakai SelendangGaya Ringkas & Cantik

Apa kata anda cuba sesuatu yang baru untuk digayakan dengan selendang harian anda supaya ia tidak kelihatan bosan seperti hari-hari biasa!

Tutorial selendang ini adalah sesuai digayakan untuk setiap ketika. Plain shawl sangat disyorkan untuk digaya-kan seperti ini kerana akan tampak lebih menarik dan stylish.Gaya ini sesuai untuk golongan wanita yang ingin berketerampilan elegan dalam selendang. Mari mulakan!

Barang-barang yang diperlukan adalah seperti berikut:

Sehelai selendang (panjang dan keleberan mengikut kesesuaian pemakai)4 biji kerongsang (1 besar dan 3 kecil)5 pin jarum atau lebih

[GAMBAR] Cara Pakai Selendang Gaya Ringkas & Cantik

Page 108: tudung

108

www.zolace.com

Share E-book

1

2

3

Langkah pertama:

Langkah ke-2:

Langkah ke-3:

1

2

3

• Pakai skaf terlebih dahulu kerana untuk mengekalkan kedudukan selen-dang daripada bergerak ketika pemakaian. Tidak mengapa jika anda ti-dak mahu mengenakan skaf kerana ini mengikut keselesaan seseorang individu.

• Bahagikan selendang kepada dua bahagian. Salah satu bahagian, leb-arnya hendaklah melebihi separuh daripada bahagian yang satu lagi.

• Putarkan bahagian yang lebar dahulu untuk jadikan ia berpintal/berpu-las. Selepas itu, ambil bahagian belakang dan lakukan yang sama.

• Guna satu kerongsang yang kecil dan pin dibawah dagu anda.

• Ambil pula bahagian yang pendek dan pin pada bahagian panjang selendang dibawah bahu.

• Contoh: jika anda pilih selendang yang panjang disebelah kanan dan bahagian pendek di sebelah kiri, pinkan bahagian pendek selendang di bahu kanan anda.

• • Pin dengan menggunakan kerongsang dan sesuaikan kepanjangan

mengikut kemudahan anda.• Jika kepanjangan selendang terlalu pendek dan anda mahu menjadikan

ia lebih panjang, sila rujuk “Langkah pertama”, pastikan anda tambah kepanjangan pada bahagian yang pendek untuk jadikan ia panjang ke-tika anda mengenekan pin.

• Sekarang, ambil selendang yang panjang yang telah anda putarkan.• Ambil bahagian dimana yang anda masih belum pin dibawah dagu dan

pinkan ia menggunakan pin jarum supaya menampakkan ia lebih be-ralun.

[GAMBAR] Cara Pakai Selendang Gaya Ringkas & Cantik

Page 109: tudung

109

www.zolace.com

Share E-book

4

5

6

Langkah ke-4:

Langkah ke-5:

Langkah ke-6:

4

5

6

• Sekarang ambil bahagian selendang yang telah dipin dibawah dagu dan tarik keatas menuju ke bahagian pendek selendang.

• Ini akan menyebabkan selendang anda berkedudukan disebelah pipi. Jangan pin selendang terlebih dahulu. (selendang akan berlapis)

• Tarik selendang anda dengan perlahan dan letak dibahagian kepala se-hingga sampai ke bahagian asal iaitu bahagian yang panjang itu tadi.

• Kemudian pin menggunakan kerongsang dibahagian tepi garisan pipi.• Langkah ini akan menghalang selendang daripada bergerak atau

terangkat ketika angin bertiup atau semasa berjalan.• Untuk menampakkan gaya elegan tersebut, anda perlu menggunakan

kerongsang yang besar pada bahagian ini.

• Pada ketika ini, bahagian panjang selendang akan lebih seimbang.• Sebelum kita imbangkan ia, mari kita kemaskan sedikit bahagian depan

yang panjang.• Apabila anda sudah berpuas hati dan selesa, pin kedua-dua pada bahu.

Anda boleh menggunakan kerongsang yang menyerlah untuk nampak menarik pada bahagian ini. Pada bahagian inilah yang menampakkan selendang anda bergaya.

• JANGAN sesekali letak kerongsang yang besar pada bahu jika anda tel-ah memilih untuk meletakkannya pada “Langkah ke-5”. Ini akan menye-babkan gaya anda menjadi pelik.

• Jadi, tips untuk masalah ini adalah dengan memilih satu sahaja kerong-sang yang besar untuk diletakkan pada bahagian samada kepala atau bahu. Pilihlah kerongsang yang sesuai dengan warna selendang untuk mengelakkan gaya menjadi pudar.

[GAMBAR] Cara Pakai Selendang Gaya Ringkas & Cantik

Page 110: tudung

110

www.zolace.com

Share E-book

7Langkah ke-7:7

• Ambil bahagian hujung selendang daripada “Langkah ke-5” dan bawa ke bahagian belakang.

• Pin pada bahagian belakang kepala anda dan laraskan kepanjangan selendang tersebut. Ini kerana untuk menampakkan selendang yang di-pakai lebih beralun ketika dilihat.

D O N ESelesai sudah bagi cara-cara pemakaian selendang hijab gaya ringkas dan funky.Ada pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk digayakan dengan selen-dang ini. Contohnya, anda boleh memakai rantai yang menarik untuk dihiasi pada bahagian depan selendang. Ini akan lagi menyerlahkan gaya berhijab anda dan akan tampak lebih funky dan moden yang sesuai pada era kini.

Jangan takut dan malu untuk mencuba sesuatu yang baru. Seperti kata pepatah

“A woman can be over dressed but never over elegant.-COCO CHANEL”Jadi, ini dia tutorial ringkas yang mengambil masa dalam lebih kurang 20-minit ke 30-minit jika betul-betul mahir dalam gaya ini.

[GAMBAR] Cara Pakai Selendang Gaya Ringkas & Cantik