tugas pengawas
-
Upload
khaleefah-mujahideen -
Category
Documents
-
view
264 -
download
13
description
Transcript of tugas pengawas
BIDANG TUGAS PENGAWAS SEKOLAH
1. Mengawal disiplin diri dan pelajar.
2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada
pelajar dan pengawas junior.
3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian
arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
5. Memastikan keceriaan sekolah, bilik gerakan pengawas dan taman
pengawas dijaga dengan baik.
6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
7. Memimpin rakan-rakan pelajar dalam mencapai misi dan visi sekolah.
8. Mencegah kes jenayah di sekolah.
9. Menghormati guru dan kakitangan serta tetamu sekolah.
10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas,
sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam
bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan
dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki
keadaan.
15. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba
sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
16. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan
teguran kepada mereka yang bersalah dengan menggunakan Bahasa
yang sopan
17. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai
panduan masa hadapan.
18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke
tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
1- ketika mengawal di pintu pagar sekolah pada waktu pagi
2- ketika bertugas di kantin, koperasi, surau, dll
3- sebelum perhimpunan berlangsung, pengawas perlu memanggil
dan menyusus barisan pelajar.
19. Memastikan para pelajar beratur semasa makan di kantin, ketika
membeli di koperasi sekolah, ketika perhimpunan, ketika hendak masuk
ke dalam surau dan ketika pulang.
20. Menjalankan tugas-tugas semasa mengikut arahan guru-guru dan
pihak sekolah
21. Mencatat nama pelajar yang terlibat dengan salah laku di sekolah.
22. Melaporkan kes salah laku pelajar kepada Guru Pengawas.
SENARAI SALAH LAKU PELAJAR DI SEKOLAH.
1. Tidak memakai pakaian seragam seperti yang diarahkan
2. Memakai selipar ke sekolah
3. Tidak beratur ketika mengambil makanan di kantin
4. Tidak beratur ketika hendak masuk ke dalam surau
5. Tidak beratur ketika membeli di koperasi
6. Tidak beratur ketika waktu bacaan doa sebelum pulang
7. Tidak meletakkan pinggan / cawan dengan betul
8. Membuang sampah di kawasan sekolah
9. Menconteng dinding sekolah
10. Merosak, mencuri atau menyembunyikan barang pelajar lain
11. Tidak menyusun kasut ketika masuk ke dalam surau
12. Tidak melakukan tugasan di surau / kelas
13. Membiarkan telekung solat @ barang peribadi pelajar bersepah di
dalam surau.
14. Bermain @ membuat bising ketika di dalam surau
15. Bergaduh
16. Ponteng kelas
17. Bersikap biadap dengan pelajar lain @ guru
18. Makan di dalam kelas / surau / perpustakaan
19. Tidak menyimpan Al-Quran di tempat yang sepatutnya
20. Mencuri
21. Membuat bising ketika di dalam kelas
22. Merosakkan harta benda sekolah / kelas
23. Menggunakan Bahasa yang tidak sopan
24. Masuk ke perpustakaan di luar waktu yang dibenarkan
25. Masuk ke dalam bilik guru tanpa arahan / urusan
26. Masuk ke dalam pejabat tanpa arahan / urusan
27. Menggunakan tandas guru dengan sengaja
28. Bermain di kawasan larangan seperti kawasan parkir kereta