Tugasan 1

20
HNS2013 KENEGARAAAN 1 KURSUS PENSYARAH: DR.MAZDI BIN MARZUKI TUGASAN 1 DISEDIAKAN OLEH: TARIKH SERAHAN: 06 APRIL 2012 Nama No.ID No. Telefon NOORLIES BINTI SUKUR D20112054887 014-5697242 HNS 2013 KENEGARAAN KUMPULAN: A112PJJ Jelaskan sumbangan Dato’ Onn Jaafar dalam proses kemerdekaan negara kita.

Transcript of Tugasan 1

Page 1: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 1

KURSUS

PENSYARAH: DR.MAZDI BIN MARZUKI

TUGASAN 1

DISEDIAKAN OLEH:

TARIKH SERAHAN: 06 APRIL 2012

Nama No.ID No. Telefon

NOORLIES BINTI SUKUR D20112054887 014-5697242

HNS 2013 KENEGARAAN

KUMPULAN: A112PJJ

Jelaskan sumbangan Dato’ Onn Jaafar

dalam

proses kemerdekaan negara kita.

Page 2: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 2

ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1.0 PENGENALAN 2

2.0 BIODATA DATO’ ONN JAAFAR 3

2.1 PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR 4

2.2 KEPERIBADIAN DATO’ ONN JAAFAR 5

2.3 KERJAYA AWAL DATO’ ONN JAAFAR 6

2.4 KEHIDUPAN RUMAHTANGGA DATO’ ONN JAAFAR 7

2.5 KERJAYA POLITIK DATO’ ONN JAAFAR 8

2.6 KEHILANGAN PAHLAWAN NEGARA 9

3.0 SUMBANGAN-SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR 10

3.1 MENYERU ORANG MELAYU BERSATU DAN MENUMPASKAN

MALAYAN UNION. 11

3.2 CADANGAN PENUBUHAN SEBUAH PARTI POLITIK UNTUK

MENENTANG MALAYAN UNION. 12

3.3 BERJAYA MENGANJURKAN KONGRES MELAYU PADA TAHUN 1946

DI KUALA LUMPUR. 13

3.4 MENJELAJAH SELURUH SEMENANJUNG TANAH MELAYU DAN

BANTAHAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION. 14

3.5 BERJAYA MEMUJUK RAJA-RAJA MELAYU MEMULAUKAN

UPACARA PERLANTIKAN SIR EDWARD GENT. 15

3.6 MENJADI AJK MENGGUBAL PERLEMBAGAAN UMNO PADA

TAHUN 1949. 16

4.0 PERJUANGAN DAN PERKEMBANGAN UMNO 17

5.0 PENUTUP 19

RUJUKAN 20

Page 3: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 3

1.0

PENGENALAN

Petikan daripada ucapan Dato’ Onn Jaffar, Utusan Melayu, 25 Mac 1946. 1

1 Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa dan Pustaka

Yang Dipertua pertama UMNO, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah dimartabatkan sebagai

Pengasas Sebuah Negara Bangsa dalam sejarah kemerdekaan negara. Badan Perhubungan UMNO

Negeri Johor mahu Allahyarham dirujuk demikian setelah mengambil kira sumbangannya

menyatupadukan penduduk negara ini, termasuk ketika memulakan langkah tersusun menentang

Malayan Union.

Sejarah perjuangan dan sumbangan besar Dato’ Onn Jaafar dalam menentukan hala tuju bangsa

Melayu di zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu patut dikenang dan diingati oleh seluruh

rakyat Malaysia dan dijadikan sebagai satu pembakar semangat bangsa Melayu agar dihormati di mata

dunia sebagai bangsa yang berani, setia dan bersemangat waja dalam menuntut hak berkerajaan sendiri

dan dipimpin oleh bangsa sendiri.

“Cogan kata ‘Hidup Melayu’ yang paling tepat kerana dengan cogan kata ini, orang Melayu akan

memelihara semangat, maruah serta kesopanan bangsa, kita berkehendakkan tanah air dan bangsa ini

terselamat dan kauat bagi menolak keaiban yang menyebabkan kebinasaan dan terhapusnya bangsa”

Page 4: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 4

2.0 BIODATA DATO’ ONN JAAFAR

LATAR BELAKANG DATO’ ONN JAAFAR

Dato’ Onn Jaafar semasa kecil

Ayahanda Dato’ Onn Jaafar Ibunda Dato’ Onn Jaafar yang berketurunan Turki

Menteri Besar Johor pertama

Beliau dilahirkan di Bukir Gambir, Johor Bahru. Keluarga Dato’ Onn Jaafar merupakan antara

keluarga yang paling berpengaruh di Johor semenjak lewat abad ke 19 dan sehinggalah ke hari ini.

Ayahanda beliau, Allahyarham Dato’ Jaafar Haji Mohamed (1838-1919) merupakan Menteri Besar

Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor, seperti mana yang wujud sehingga

hari ini. Ayahanda beliau berbangsa Melayu dari keturunan Bugis dan berasal dari Daik. Beliau

dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura, dan mendapat pendidikan awal di sekolah

Melayu dan Inggeris. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara

Kerajaan Melaka. Ibu Dato Onn Jaafar bernama Hanim Rogayah seorang wanita Timor Dekat

berketurunan Turki. Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan perempuan seibu sebapa,

sebapa dan juga seibu sahaja.

Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak daripada kecil lagi. Beliau merupakan

anak angkat kepada sultan. Beliau telah diasuh oleh seorang wanita Inggeris di Johor Bahru sebelum

melanjutkan pelajaran ke England bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku

Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad. Pada tahun 1903, Beliau telah melanjutkan

Page 5: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 5

pelajaran di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia ke sana adalah sebagai pengiring putera-

putera Sultan Johor.

2.1 PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR

MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR

Dato’ Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.

Beliau belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika menjadi anak

angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Alderbury

Lodge di Suffolk, England. Dato’ Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air pada

(1910-1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Johor Bahru

dan berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani sambilan di Pejabat Perkhidmatan Pos .

Page 6: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 6

2.2 KEPERIBADIAN DATO’ ONN JAAFAR

Dato’ Onn Jaafar seorang yang berjiwa nasionalisme. Beliau seorang yang bersikap tenang tetapi

tegas dalam membuat keputusan. Beliau telah membangkitkan kesedaran orang Melayu ke arah

kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada bangsa Melayu. Beliau telah mengharungi jerih perih

hidup di hutan pada zaman pemerintahan Jepun bersama-sama orang-orang kampung, pengalaman itu

telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dalam

peperangan. Apabila tamatnya perang, beliau membakar semangat orang Melayu untuk bergerak dalam

satu barisan bagi mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan mematikan hasrat

penubuhan Malayan Union. Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik yang berkarisma

dan berpandangan jauh. Hasrat beliau yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira

bangsa dan keturunan dalam satu ideologi yang sama.

Sikap beliau yang sentiasa tenang dan tidak terburu-buru dalam mengecap kemerdekaan negara

telah digunakan oleh pesaing politiknya yang sering membakar semangat kemerdekaan dengan

mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin dan

tekun. Beliau sangat degil dan tidak akan mengubah haluan sesudah menetapkan hala tuju

matlamatnya. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga

merupakan seorang pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak mementingkan

pangkat.2

Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakn seorang pemimpin yang tabah dan berani dalam

mengharungi saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa tersebut beliau mengalami pahit getir hidup yang

belum pernah dirasainya ketika berada di Singlap. Peristiwa ini jelas memperlihatkan keperibadiannya

yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun beliau dilihat

sentiasa mementingkan sultan. Sikapnya tidak pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil sesuatu

tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa daripada

terkorban. Dalam hal ini, keselamatan dirinya sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua

kepadanya.

2 Unit Media Dan Komunikasi(MedKom)Pejabat Menteri Besar Johor

www.johordt.gov.my. Dipetik daripada sumber internet pada 10/3/2012

Page 7: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 7

2.3 KERJAYA AWAL DATO’ ONN JAAFAR

Dato’ Onn Jaafar mula berjinak-jinak dengan dunia kewartawanan bermula daripada minat dan

kebolehan beliau dalam bidang penulisan. Beliau mengambil peluang baik ini apabila beliau diberi

kepercayaan menyumbangkan sebuah rencana oleh sebuah syarikat akhbar iaitu Syarikat Akhbar

Percetakan Singapura dan akhirnya ditawarkan sebagai penulis tetap pada tahun 1930 ketika beliau

berusia 35 tahun.

Dato’ Onn Jaafar menggunakan sepenuhnya kesempatan ini untuk mencurahkan isi hati dan

ketidakpuasan diri beliau terhadap Sultan Johor. Beliau menganggap Sultan Johor bedan tidak mesikap

boros dan tidak mempedulikan nasib rakyat jelata. Beliau juga pernah mengkritik Sultan Johor kerana

memaksa Askar Timbalan Setia membuat kerja-kerja buruh seperti buruh paksa untuk kepentingan

perladangan milik peribadi Sultan.

Kelancangan dan keberanian beliau mendapat liputan meluas dari akhbar-akhbar lain. Dato’ Onn

mula dikenali dan popular dengan cepat. Latar belakang beliau juga diketahui dan banyak penulis dan

masyarakat pembaca Melayu menyukai tulisan yang berani seperti tulisan Dato’ Onn.3 Di samping itu,

beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun,

Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

3 Unit Media Dan Komunikasi(MedKom)Pejabat Menteri Besar Johor

www.johordt.gov.my. Dipetik daripada sumber internet pada 10/3/2012

Page 8: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 8

2.4 KEHIDUPAN RUMAHTANGGA DATO’ ONN JAAFAR

Dato’ Onn mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah binti Hussein pada 3 Mei 1921.

Perkahwinan ini ialah kali yang ketiga bagi Dato’ Onn dan kali kedua bagi Datin Halimah. Dato’ Onn

berkahwin bagi kali pertamanya dengan Rafi’ah, salah seorang anak angkat kepada Dato’ Jaafar. Hasil

perkongsian hidup ini maka lahirlah tiga orang anak beliau yang kesemuanya perempuan. Mereka ialah

Hawa, Rokiah dan Salehah. Rafi’ah meninggal dunia semasa melahirkan anak bongsu mereka, Salehah

berumur 10 hari. Daripada isteri yang kedua, Dato’ Onn mendapat seorang anak perempuan lagi, tetapi

anaknya itu meninggal dunia semasa bayi lagi. Beliau bercerai hidup dengan isteri kedua ini.

Datin Halimah ialah seorang balu yang jelita apabila Dato’ Onn mengahwininya pada 1921. Suami

Datin Halimah yang pertama ialah Muhammad, salah seorang saudara tua Dato’ Onn. Setelah isteri

pertamanya, Rafi’ah, meninggal dunia dengan meninggalkan tiga orang anak yag masih kecil, Datin

Halimahlah yang menolong memelihara anak-anak Dato’ Onn yang telah kehilangan ibu itu. Beliau

menolong Dato’ Onn memelihara Hawa, Rokiah dan Salehah tanpa beza membeza dengan anak-anak

kandungnya sendiri, Abid dan Abidin. Anak Dato’ Onn bersama dengan Datin Halimah ialah Hussein (

kemudian menjadi Perdana Menteri ), Ja’afar, Gharieb, Nel, Nurziah dan Tahir.4

Dato’ Onn sentiasa memberi kepercayaan penuh kepada isterinya, terutama sekali dalam urusan

rumah tangga. Beliau sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak dan isteri. Dato’ Onn menganggap

isteri bukan sahaja sebagai teman kelamin tetapi sebagai kawan dan sahabat yang sentiasa menjadi

pendamping dalam hidup seseorang manusia. Dato’ Onn sebagai seorang bapa juga telah berjaya

menanam semangat kekeluargaan, persahabatan dan kemasyarakatan dalam jiwa anak-anaknya, baik

lelaki ataupun perempuan. Beliau sentiasa kelihatan riang gembira apabila berada di sisi anak-anak dan

isterinya, seolah-olah tiada tempat lain lagi di bawah langit ini yang dapat menghiburkan hatinya

seperti di dalam rumah tangganya sendiri.

4 Tributetodatoonnjaafar.blogspot.com.Dipetik daripada sumber internet pada 10/03/2012

Page 9: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 9

2.5 KERJAYA POLITIK DATO’ ONN JAAFAR

Kepimpinan Dato’ Onn terserlah apabila beliau dilantik khas menjadi pegawai daerah Batu Pahat

bagi menghentikan persengketaan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina. Majoriti orang Cina

Batu Pahat telah menyertai MPAJA ketika zaman Jepun kerana penindasan tentera Jepun terhadap

orang Cina. Setelah tentera Jepun menyerah kalah, mereka menjadi komunis dan telah menzalimi dan

menganiayai orang Melayu.

Orang Melayu telah bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merah yang diketuai oleh Kiai

Salleh dan membalas serangan-serangan orang Cina. Dalam masa yang singkat beribu orang Cina

terbunuh. Apabila sultan menerima laporan dan bantuan perlindungan dari saudagar Cina dari

BatuPahat, Dato’Onn telah dititah menyelesaikan persengketaan itu.

Dato’ Onn telah berjaya memujuk angkatan kumpulan Selimpang Merah yang diketui oleh Kiai

Salleh agar menghentikan serangan dan berdamai. Ketika Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan

idea pemerintahan Malayan Union yang melenyapkan keistimewaan dan hak-hak orang Melayu, Dato’

Onn segera menubuhkan Kesatuan Melayu Semenanjung Johor yang akhirnya berjaya

menyatupadukan persatuan dan kesatuan Melayu seluruh Tanah Melayu bagi menghalang pencabulan

Inggeris dan menentang Malayan Union.

Beberapa persidangan dan kongres telah diadakan dan di Kongres Melayu di Johor Bahru pada 11

Mei 1946, UMNO dengan rasminya telah ditubuhkan. Dato’ Onn telah dilantik menjadi Yang

DiPertua. Melalui UMNO, beliau menyusun strategi dan aktiviti menentang Malayan Union sehinggga

Inggeris terpaksa membubarkan penubuhan Malayan Union pada 1 Februari 1948 dan digantikan

dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Page 10: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 10

2.6 HILANGNYA PAHLAWAN NEGARA

Allahyarham Dato’ Onn Jaafar meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan

di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Berita kematian putera Tanah Melayu ini yang juga

‘hero’ politik kebangsaan yang ulung itu, diterima dengan rasa sedih yang amat sangat oleh rakyat

jelata seluruh negara. Antara berjuta-juta penduduk Malaya yang terharu dengan kehilangan anggota

Parlimen yang berkaliber besar dan negarawan yang paling bijak itu ialah Perdana Menteri, Tunku

Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pada saat keharuannya itu, beliau dengan serta merta mengumumkan

bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberi penghormatan terakhir kepada Dato’ Onn dengan

mengadakan istiadat pengkebumian negara kerana mengenangkan jasanya yang tidak ternilai harganya

kepada nusa dan bangsanya.

Dato’ Onn dilahirkan dalam zaman tanah tempat tumpah darahnya masih berada di bawah

pemerintahan asing iaitu penjajahan British. Tetapi beliau meninggal dunia semasa bangsa dan nusa

yang dicintainya mencapai kemerdekaan dan wujud dengan penuh kedaulatan, hasil daripada

perjuangan keringat dan semangat serta pengorbanan rakyat di seluruh negara.

Dato’ Onn semasa hayatnya menempuh dua zaman, zaman penjajahan dan zaman kemerdekaan,

zaman kehambaan dan zaman ketuanan dengan dirinya terlibat secara langsung dengan aktifnya.

Beliau mengalami rentak ragam dan gaya kedua-dua zaman itu dengan memperlihatkan sikap

keperwiraan dan kebijaksanaan yang sukar dicari taranya di kalangan tokoh politik atau pemimpin

kebangsaan yang segenerasi.

Dato’ Onn dalam arena politik, menongkah langit mengatasi dan jauh ke hadapan mendahului,

rakan-rakan seperjuangan dan seterunya. Tetapi yang lebih penting daripada itu ialah Dato’ Onn

mengambil bahagian yang lebih besar dan meninggalkan banyak kesan dalam bidang pentadbiran,

sosial dan kebudayaan juga dalam arena politik semasa dalam penjajahan dan selepas Tanah Melayu

mencapai kemerdekaan.

Maka dengan pemergian beliau, hilanglah sebutir permata namun kilauannya sentiasa akan bersinar

menyuluh hati bangsa Malaysia amnya dan bangsa Melayu khasnya dalam mempertahankan

kesepaduan rakyat yang berbilang kaum yang hidup aman damai di bawah satu bumbung iaitu negara

Malaysia.MERDEKA!!!!...MERDEKA!!!...MERDEKA!!!...

Page 11: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 11

3.0 SUMBANGAN-SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR

PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION

AHLI KONGRES MELAYU 1946 YANG BERSATU MENENTANG

MALAYAN UNION

Page 12: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 12

BANTAHAN TERHADAP PENUBUHAN MALAYAN UNION

MELALUI AKHBAR

3.1 MENYERU ORANG MELAYU BERSATU PADU DAN MENUMPASKAN

MALAYAN UNION

Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union boleh dibahagikan kepada dua

peringkat yang utama iaitu secara individu dan secara kolektif dan teratur pada peringkat

pertama pelbagai penentangan telah dilakukan antaranya melalui akhbar-akhbar telah

memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap

Malayan Union. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami

oleh orang Melayu jika Malayan Union dilaksanakan.

Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang Malayan Union dan diseru

supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-

pertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan

Union. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orang-

orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu, Warta

Negara, Majlis dan Pelita Malaya.

Dato’ Onn Jaafar telah membakar semangat orang Melayu dengan menyeru orang Melayu agar

bersatu padu menentang Malayan Union. Beliau banyak menulis rencana menyedarkan rakyat bahawa

misi sebenar Malayan Union tidaklah seperti yang dijanjikan oleh pihak British. Beliau menggunakan

akhbar sebagai wadah menyampaikan maklumat berkenaan tujuan penubuhan Malayan Union dan

menggesa orang Melayu menentang Malayan Union secara terbuka. 5

Pada 4 April 1946, petikan daripada ucapan Dato’ Onn Jaafar yang disiarkan di dalam

akhbar Majlis. Antaranya ialah:

“Barang siapa di antara orang-orang Melayu yang menyertai Malayan Union tiada diakui

Melayu”.

5 HNS2013, Kenegaraan;Penjajahan dan Proses Membina Negara, UPSI (MODUL)

Page 13: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 13

“Barang siapa di antara orang-orang Melayu yang tiada berkabung maka ertinya ia sukakan

Malayan Union”. 6

Perhimpunan parti-parti politik seluruh Tanah Melayu berhimpun

di Istana Besar, Johor Bahru pada 11 Mei 1946

Dato’ Onn Jaafar telah mencetuskan penubuhan sebuah parti politik yang menyatukan parti-parti

politik seluruh Tanah Melayu yang boleh dijadikan wadah perjuangan orang Melayu bagi

memperkasa kemajuan bangsa. Maka terciptalah sebuah parti politik yang berdiri atas nama UMNO

yang tujuan utamanya adalah menentang penubuhan Malayan Union. UMNO berjaya menyatukan

orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Ianya juga bertujuan bagi mewujudkan

sebuah organisasi nasional yang boleh menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu. UMNO

telah membuka minda bangsa Melayu akan kepentingan pendidikan dalam meningkatkan dan

memajukan jati diri orang Melayu.

6Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa dan Pustaka

3.2 CADANGAN PENUBUHAN SEBUAH PARTI POLITIK UNTUK MENENTANG

MALAYAN UNION

Page 14: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 14

3.3 BERJAYA MENGANJURKAN KONGRES MELAYU PADA TAHUN 1946

DI KUALA LUMPUR

Kongres Melayu yang pertama telah diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan sulaiman,

Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung

Tanah Melayu. Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah telah merasmikan kongres tersebut.

Baginda telah menderma sebanyak $5000. Kongres bersetuju menubuhkan United Malays National

Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Berkembar untuk menentang

Malayan Union. Pengerusi Kongres Melayu yang pertama ialah Dato’ Onn Jaafar.

Kongres yang berlangsung ini telah mendapat sambutan yang hebat. Pada hari pertama, beribu-ribu

orang Melayu yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah memenuhi padang

Kelab Sultan Sulaiman. Mereka membawa sepanduk yang bertulis kata-kata patriotik menentang

Malayan Union. Seorang wakil kaum perempuan telah tampil berucap membantah pengenalan

Malayan Union. Paling mengharukan ialah ucapan seorang wakil kanak-kanak, yang berpesan dengan

mengatakan; “Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar”. Kata-kata

itulah yang telah menjadi pendorong dan semangat kepada pemimpin dan ahli-ahli kongres untuk

bersatu dan berjuang menentang Malayan Union. Kesedaran itulah yang telah menyelamatkan generasi

hari ini. 7

Kongres Melayu yang kedua telah diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946 untuk membantah

pengisytiharan Malayan Union yang akan diadakan pada 1 April 1946. Seramai 9 orang wakil daripada

persatuan-persatuan negeri Melayu telah hadir. Mesyuarat diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala

Lumpur. Kongres kedua ini memutuskan tiga perkara penting sebagai tindakan lanjut menentang

Malayan Union yang di antaranya pemulauan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union oleh

raja-raja Melayu dan orang Melayu yang menganggotai pentadbiran Malayan Union dan menuntut

orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok.

7 Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 15: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 15

3.4 MENJELAJAH SELURUH SEMENANJUNG TANAH MELAYU DAN BANTAHAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION

Orang-orang Melayu dengan diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar telah mengadakan demonstrasi secara

aman bagi membantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu.

Mereka juga membantah Malayan Union yang akan menghapuskan kedaulatan negeri-negeri Melayu

dan kedudukan mereka sebagai anak negeri. Demonstrasi telah diadakan di beberapa Bandar besar di

Tanah Melayu seperti di Kota Bharu, Kelantan;Alor Setar, Kedah;dan Johor Bahru, Johor.

“Tanah Melayu hak Melayu, Malayan Union tidak dikehendaki”, antara slogan dalam

penentangan Malayan Union. Orang Melayu juga menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan

Union. “Bersatu teguh bercerai roboh”, itulah semangat yang patut diamalkan oleh seluruh orang

Melayu.

Page 16: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 16

3.5 BERJAYA MEMUJUK RAJA-RAJA MELAYU MEMULAUKAN UPACARA

PERLANTIKAN SIR EDWARD GENT

Menyedari hakikat bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa di negeri mereka sendiri, maka

Datuk Onn Jaafar dan golongan nasionalis Melayu lain bangun menentang pembentukan Malayan

Union. Antara sebab utama Malayan Union ditentang adalah seperti berikut:

kedaulatan raja-raja Melayu akan tergugat.Baginda akan hanya berfungsi sebagai ketua adat

dan agama sahaja.

pemberian hak kerakyatan yang bebas kepada kaum bukan Melayu membimbangkan orang

Melayu kerana bilangan mereka akan melebihi bilangan orang Melayu

hak keistimewaan orang Melayu sebagai kaum pribumi akan terhapus

orang-orang Melayu tidak suka dengan cara peras ugut yang digunakan oleh Harold Mac

Michael8

Walaupun terdapat bantahan, kerajaan Inggeris tetap mahu meneruskan penubuhan Malayan Union.

Pada 1 April 1946, Malayan Union dilancarkan dengan rasminya dan Edward Gent dilantik sebagai

Gabenor yang pertama .Namun majlis perasmian tersebut telah dipulaukan oleh raja-raja dan pembesar

-pembesar Melayu hasil pujukan Dato’ Onn.

Ekoran daripada bantahan dan pemulauan itu ,satu rundingan antara Edward Gent ,raja-raja Melayu

dan Datuk Onn telah diadakan .Perundingan itu memutuskan bahawa Malayan Union akan digantikan

dengan satu pemerintahan baru .Akhirnya pada bulan Julai 1946 Malayan Union dibubarkan.

8 http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2010/08/sejarah-awal-negara-malaysia.html

Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012

Page 17: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 17

3.6 MENJADI AJK MENGGUBAL PERLEMBAGAAN UMNO PADA TAHUN 1949

Dato’ Onn Jaafar telah menjadi ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab menggubal

perlembagaan UMNO pada tahun 1949. Beliau telah mengambil beberapa perlembagaan parti terkenal

daripada luar negara sebagai panduan dalam menggubal perlembagaan UMNO. Melalui perlembagaan

pertama ini, maka UMNO telah menjadi sebuah parti politik sepenuhnya.

Antara isi kandungan perlembagaan UMNO ialah;

Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (politik) di Tanah Melayu yang sempurna sebagai

penyatu bangsa Melayu.

Menjalankan ikhtar dan langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang

memerintah Tanah Melayu.

Memajukan orang Melayu dalam hal yang berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup,

kebudayaan dan ikhtisas.

Menjadi pelindung kedaulatan tanah air.

Mula menuntut kemerdekaan

Penubuhan UMNO telah menonjolkan kepimpinan beberapa orang tokoh yang terlibat secara

langsung dalam jawatan kuasa penggubalan perlembagaan UMNO pada tahun 1949. Antaranya ialah

Dato’ Onn Ja’afar sendiri yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama (1946-

1951), Dato’Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmed Kamil Nik Muhamud dan Zainal Abidin bin

Ahmad (Za’ba).

Page 18: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 18

3 PERJUANGAN DAN PERKEMBANGAN UMNO

9

9 HNS2013, Kenegaraan;Penjajahan dan Proses Membina Negara, UPSI (MODUL)

Page 19: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 19

5.0 PENUTUP

Jasa Dato’ Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa yang tidak akan dilupai zaman, ialah

kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh malapetaka

politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu. Beliau membina landasan untuk mereka

meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan

konsep perjuangan kebangsaan daripada ”Hidup Melayu” kepada ”Merdeka”.

Dato’ Onn menaja RIDA (sekarang MARA) untk membuka peluang perdagangan dan perusahaan

orang Melayu yang tertutup sepanjang masa yang Tanah Melayu dikuasai oleh penjajah. Beliau

menyedari kelemahan orang Melayu dalam lapangan ekonomi tetapi beliau yakin sepenuhnya bahawa

kedudukan politik tidak boleh kekal dengan lebih kuat jika keadaan ekonomi lemah atau pincang

dalam sebuah negara merdeka yang moden. Nasib ekonomi orang Melayu pada masa hadapan

bergantung kepada jaya atau tidaknya MARA melaksanakn rancangannya; meninggikan taraf hidup

bangsa Melayu.

Dato’ Onn berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk mewujudkan satu dasar

negara yang menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Ini adalah satu

sumbangan yang paling besar Dato’ Onn kepada negara dalam kempen kerajaan Tun Abdul Razak

menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, kepercayaan serta kebudayaan.10

Sesebuah bangsa berhak menentukan nasib bangsa mereka sendiri namun perlu pengisian rohani,

ilmu yang tinggi dan jiwa yang kental dengan semangat bangsa masing-masing. Kita sebagai pewaris

bangsa Melayu haruslah menjadikan gaya pemikiran dan hala tuju beliau untuk membentuk generasi

akan datang agar tidak hilang Melayu di dunia dengan ‘kemelayuan’ yang penuh dengan kesopanan,

adat resam dan tradisi yang sentiasa terpelihara dengan jenama Melayu.

10

http://mrf79.design.officelive.com/Documents/Etnik%20Complete.pdf Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012

Page 20: Tugasan 1

HNS2013 KENEGARAAAN 20

RUJUKAN

HNS2013, Kenegaraan;Penjajahan dan Proses Membina Negara, UPSI (MODUL)

Ramlah Adam,Abdul Hakim Samuri,Muslimin Fadzil.Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Dewan Bahasa

dan Pustaka

Unit Media Dan Komunikasi(MedKom)Pejabat Menteri Besar Johor

www.johordt.gov.my. Dipetik daripada sumber internet pada 10/3/2012

Tributetodatoonnjaafar.blogspot.com.Dipetik daripada sumber internet pada 10/03/2012

http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/06/dato-onn-jaafar-sebelum-malayan-union.html.

Dipetik daripada sumber internet pada 11/03/2012

http://mrf79.design.officelive.com/Documents/Etnik%20Complete.pdf.

Dipetik daripada sumber internet pada 11/03/2012

http://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2010/08/sejarah-awal-negara-malaysia.html

Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012

http://sejarahmgcm.files.wordpress.com/2009/07/bab22.pdf

Dipetik daripada sumber internet pada 13/03/2012