TUGASAN 1 Kajian Tindakan Abg

12
TUGASAN 1 : SOROTAN PENYELIDIKKAN TINDAKAN Bil Sumber 1 Nama Sumber Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1) (2009 ) : 111-129 Judul Artikel Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT (Development and Evaluation of Webquest for Information and Communication Technology Subject) Penulis Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong Jenis Kajian Jurnal ini menyatakan tentang proses pembangunan dan penilaian bahan pengajaran berasaskan web bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat, iaitu Webquest Tujuan Kajian Menjelaskan bahawa Webquest berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan guru untuk pembinaan bahan pembelajaran berpusatkan pelajar menggunakan internet Kaedah Pengumpulan dan Analisis Data Dijalankan dalam dua fasa : Fasa pembangunan sistem P&P berasaskan webquest. (analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi, penilaian) Fasa penilaian sistem P&P berasaskan webquest. (antara muka webquest, isi kandungan webquest, struktur P&P webquest) Instrumen : soal-selidik bagi mengukur persepsi pelajar terhadap webquest. Pengumpulan data : pelajar Tingkatan Empat , dua buah sekolah yang mengambil mata pelajaran ICT , homogenous dari aspek umur , kemudahan prasana

description

kta

Transcript of TUGASAN 1 Kajian Tindakan Abg

Page 1: TUGASAN 1 Kajian Tindakan Abg

TUGASAN 1 : SOROTAN PENYELIDIKKAN TINDAKAN

Bil Sumber 1

Nama Sumber Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1) (2009 ) : 111-129

Judul Artikel

Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan

Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata

Pelajaran ICT (Development and Evaluation of Webquest

for Information and Communication Technology Subject)

Penulis Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong

Jenis Kajian

Jurnal ini menyatakan tentang proses pembangunan dan penilaian

bahan pengajaran berasaskan web bagi mata pelajaran ICT

Tingkatan Empat, iaitu Webquest

Tujuan Kajian

Menjelaskan bahawa Webquest berfungsi sebagai rangka kerja yang

boleh digunakan guru untuk pembinaan bahan pembelajaran

berpusatkan pelajar menggunakan internet

Kaedah Pengumpulan

dan Analisis Data

Dijalankan dalam dua fasa : Fasa pembangunan sistem P&P

berasaskan webquest. (analisis, reka bentuk, pembangunan,

implementasi, penilaian) Fasa penilaian sistem P&P berasaskan

webquest. (antara muka webquest, isi kandungan webquest, struktur

P&P webquest) Instrumen : soal-selidik bagi mengukur persepsi

pelajar terhadap webquest.

Pengumpulan data : pelajar Tingkatan Empat , dua buah sekolah

yang mengambil mata pelajaran ICT , homogenous dari aspek

umur , kemudahan prasana sekolah , tenaga pengajar terlatih ,

mendapat sekurangnya-kurangnya 3A dalam keputusan PMR

Analisis kajian menggunakan program SPSS Versioan 11.5

Menggunakan statistik deskriptif untuk melihat taburan kekerapan,

peratus, min dan sisihan piawai bagi menerangkan demogradi dan

persoalan kajian yang dikemukakan.

Dapatan Kajian Persepsi pelajar terhadap webquest adalah tinggi. Responden

Page 2: TUGASAN 1 Kajian Tindakan Abg

memberikan respon yang baik dan menyatakan ia sesuai dan

menarik perhatian pengguna. Rekabentuk antara muka pengguna

yang konsisten memudahkan pengguna sistem P&P berasaskan

webquest. Web ini mesra pengguna kerana butang kawalan yang

digunakan mudah dinavigasikan. Pelajar seronok kerana web

mengaplikasikan unsur- unsur hipermedia seperti animasi, grafik,

bunyi dan warna.

Page 3: TUGASAN 1 Kajian Tindakan Abg

Bil Sumber 2

Nama SumberKAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN

DIKALANGAN PELAJAR JURUSAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN

VOKASIONAL DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI NEGERI JOHOR

Judul Artikel

Pengunaan e-pembelajaran dikalangan pelajar jurusan

pendidikan teknikal dan vokasional di institut pengajian tinggi

negeri Johor.

Penulis Ting Kung Shiung

Jenis KajianKajian tinjauan deskriptif dengan menggunakan soal selidik.

Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kecekapan diri (self-efficacy)

terhadap e-pembelajaran, halangan-halangan dalam menggunakan

e-pembelajaran dan hubungan antara kecekapan diri dengan

halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran oleh

siswazah yang menyikuti kursus Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Penumpuan kajian kepada dua pembolehubah utama iaitu

kecekapan diri terhadap e-pembelajaran dan halangan-halangan

dalam penggunaan e-pembelajaran. Kajian ini akan memberi

manfaat kepada kementerian pendidikan tinggi, pensyarah dan

siswazah sendiri.

Kaedah Pengumpulan

dan Analisis Data

Data dikumpulkan melalui pemerhatian dan pengumpulan

maklumat

Dapatan Kajian Dapatan kajian menunjukkan pekali korelasi bagi pasangan

pembolehubah halangan-halangan

dalam penggunaan e-pembelajaran dan kecekapan diri

terhadap e-pembelajaran adalah rendah memandangkan nilai

pekali korelasi sebanyak -0.38 iaitu dalam lingkungan 0.20

hingga 0.40. Nilai pekali korelasi yang negatif memberitahu

pengguna bahawa perkaitan atau perhubungan yang wujud

antara kedua pembolehubah tersebut merupakan satu

hubungan yang negatif. Ini menunjukkan bahawa sekiranya

Page 4: TUGASAN 1 Kajian Tindakan Abg

kecekapan diri pengguna terhadap e-pembelajaran adalah

tinggi maka halangan-halangan yang akan dihadapi dalam

penggunaan e-pembelajaran adalah kurang.

Halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran untuk

kajian ini menggunakan kerangka konsep yang dihasilkan oleh

Schilke’s (2001). Terdapat empat halangan utama yang dikaji

dalam kajian ini iaitu halangan personaliti, halangan institusi,

halangan teknologikal dan halangan situasi. Antara keempat-

empat halangan, halangan teknologikal mencatat min yang

tertinggi iaitu 4.06. Hasil kajian menunjukkan masalah utama

yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan e-

pembelajaran adalah kekurangan kemudahan internet. Ini

menunjukkan bahawa masalah utama dalam pelaksanaan e-

pembelajaran adalah kekurangan kemudahan ICT. Nisbah

bilangan komputer dengan bilangan pelajar masih pada tahap

yang rendah.

Halangan personaliti pula mencatat min yang terendah iaitu

2.57. Hasil kajian adalah sama

dengan hasil kajian Mohd Koharuddin, Adanan Mat Junoh et al.

(2003) mengenai kesediaan

pelajar Universiti Malaysia menggunakan e-pembelajaran

sebagai satu alat pembelajaran oleh

pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Masalah peribadi

termasuk seperti tidak minat terhadap

aplikasi komputer, dan tidak selesa dengan ICT.

Page 5: TUGASAN 1 Kajian Tindakan Abg

Bil Sumber 3

Nama Sumber

Koleksi artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari

2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012,

ms 1-15

Judul ArtikelPenggunaan Peta Minda Dalam Meningkat Kefahaman Murid

Tahun 5 Bagi Mengusai Konsep Sains

Penulis Amanda Ting Yii

Jenis Kajian Kajian Berbentuk Kuantitatif dan Kualitatif

Tujuan KajianBagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah peta minda

dalam meningkatkan kefahaman murid tentang konsep sains.

Kaedah Pengumpulan

dan Analisis Data

Data dikumpulkan melalui pemerhatian dan catatan nota

lapangan, ujian Pra dan ujian Pasca, temu bual, borang soal

selidik, hasil kerja murid, dan gambar.

Dapatan Kajian

Hasil analisis data mendapati bahawa kelapan-lapan

responden telah mendapat kemajuan. Penganalisisan data

menunjukkan bahawa kaedah peta minda sangat berkesan

dalam meningkatkan kefahaman murid tentang konsep sains

“Methods of Dispersal of Seeds and Fruits”.

Page 6: TUGASAN 1 Kajian Tindakan Abg

Bil Sumber 4

Nama Sumber

Judul Artikel

Penulis

Jenis Kajian

Tujuan Kajian

Kaedah Pengumpulan

dan Analisis Data

Dapatan Kajian

Page 7: TUGASAN 1 Kajian Tindakan Abg

Bil Sumber 4

Nama Sumber

Judul Artikel

Penulis

Jenis Kajian

Tujuan Kajian

Kaedah Pengumpulan

dan Analisis Data

Dapatan Kajian

Page 8: TUGASAN 1 Kajian Tindakan Abg

TUGASAN 2 : ULASAN SUMBER

Dalam penyelidikan ini saya banyak tertumpu dalam penggunaan peta minda sebagai salah

satu kaedah pembelajaran yang menarik dan sekaligus dapat meransang minat pelajar

untuk mempelajari subjek Reka Bentuk Teknologi. Bagi mengumpul dan menganalisis data

yang lebih tepat dan jelas saya memilih untuk menumpukan pada salah satu topik dalam

subjek ini iaitu Pemilihan Biji Benih Yang Baik. Bagi membantu saya melakukan kajian ini

saya telah merujuk kepada beberapa buah jurnal dan artikel sebagai sumber rujukan saya.

Sumber rujukan ini telah diperolehi dari perkongsian di laman sesawang. Kesemua artikel

dan jurnal ini banyak membantu saya dalam pemahaman konsep pengajaran mengguna

peta minda dan memberikan saya pandangan yang lebih jelas dengan proses pelajar

memproses maklumat menjadi sebuah peta minda.

Pada pemerhatian saya, murid-murid sukar untuk mengingat apa yang guru telah ajar dan

apabila guru memberikan lembaran kerja, murid sering memberikan jawapan yang salah.

Mereka juga kelihatan kurang memberikan perhatian yang sepenuhnya sewaktu guru

mengajar. Saya telah mengenal pasti beberapa punca-punca berlakunya pengajaran dan

pembelajaran yang tidak berkesan. Antara punca-punca yang utama ialah kaedah

pengajaran guru yang kurang sesuai untuk murid yang lemah daya ingatannya. Guru boleh

menggunakan kaedah yang lebih mudah dan menarik seperti kaedah simulasi, perbincangan

ataupun peta minda ini agar murid-murid dapat mengingat dengan lebih mudah dan cepat.

Guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap pencapaian murid di dalam

kelas tersebut.

Menurut hasil kajian Amanda Ting Yii, penggunaan peta minda mampu meningkatkan

pencapaian skor murid semasa ujian dan peperiksaan. Ini kerana dengan kaedah peta

minda, murid mula memahami dan merasakan subjek tersebut mudah untuk dipelajari.

Pengunaan peta minda juga sekali gus membantu murid meningkatkan daya ingatan

mereka.

Liew (2009), beliau menyatakan peta minda ialah teknik grafik yang hebat yang

menyediakan kata kunci yang universal untuk menghuraikan potensi otak. Justeru itu,

penggunaan teknik peta minda ini telah dibuktikan sebagai teknik yang dapat

merangsangkan otak ke tahap yang maksimum dalam proses mengulang kaji nota pelajaran.

Page 9: TUGASAN 1 Kajian Tindakan Abg

Gregg A. Condon (1990) berpendapat peta minda rupakan suatu pembinaan yang dibuat di

atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah sebagai pusat utama dan idea lain

yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan,

bongkah geometri, warna dan sebagainya.

Berdasarkan kajian Mohd Zamri bin Ibrahim, peta minda mampu meningkatkan penguasaan

pelajar dalam subjek yang dipilih. Ini adalah kerana berdasarkan kajian beliau telah berjaya

menunjukkan prestasi pelajar dalam subjek yang dipilih telah meningkat dan keputusannya

setanding malah ada yang lebih baik berbanding murid yang diajar secara kaedah biasa.

Berdasarkan kajian Mohd Zamri ini sedikit sebanyak membuat saya yakin dengan fokus

kajian saya.

Selain itu kajian yang dilakukan oleh Wong Leng Sim dan Amir Hamzah Sharaai pula telah

menunjukkan minat pelajar terhadap subjek pembelajaran dan membuat ulang kaji dengan

menggunakan nota berbentuk peta minda juga telah meningkat berbanding nota bentuk

linear. Kajian tersebut juga telah dapat membuktikkan bahawa kaedah penggunaan peta

minda untuk membuat catatan nota dapat meningkkatkan pencapaian dan minat belajar

pelajar dalam subjek yang dipilih untuk kajian ini. Maka dengan itu ia akan lebih

memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran.

Perkara ini juga sebenar berhubung kait dengan subjek mata pelajaran yang ingin di kaji. Ini

adalah kerana pemilihan kaedah pembelajaran yang tepat dan bersesuaian dengan subjek

yang diajar mampu memberikan impak yang berbeza pada hasil kajian. Kaedah yang sesuai

mampu menbantu memberikan data yang positif dalam kajian.

Subjek Pemilihan Biji Benih Yang Baik dalam mata pelajaran RBT tahun 5 ini sememangnya

memerlukan kaedah pembelajaran yang mudah difahami dan menarik. Ini adalah kerana

mempelajari pemilihan biji benih yang baik dan berkualiti mampu untuk meningkatkan hasi

tanaman di negara kita. Berdasarkan petikan artikel yang diambil di laman sesawang Harian

Metro, majoriti biji benih di negara kita ini telah diimport dari dari luar terutamanya sayur -

sayuran. Manakala berdasar kan Laporan Perseketuan Biji Benih Kebangsaan (ISF) di

dalam artikle tersebut mendapati saiz pasaran biji benih dunia sebanyak RM78 billion pada

tahun 2005 dan jumlah makin meningkat pada tahun- tahun berikutnya. Perkara ini mampu

Page 10: TUGASAN 1 Kajian Tindakan Abg

menjadi satu potensi besar bagi negara kita dalam bidang pertanian. Memberi peluang pada

generasi muda mempelajari menimba ilmu dalam bidang ini mampu menjadi pelaburan

jangka masa panjang kepada negara.Maka dengan itu pendedahan yang jelas pada

peringkat awal akan membantu murid lebih dekat dengan dunia pertanian. Dengan adanya

kaedah pembelajaran menggunakan peta minda, ia mampu membantu pelajar untuk

membezakan ciri- ciri biji benih yang baik atau biji benih yang rosak. Bagi melahirkan

generasi yang mampu berdaya saing haruslah para guru mencari alternatif kaedah

pembelajaran yang lebih interaktif dan inovatif berbanding kaedah tradisional.