Tugasan 1 - Kertas Kerja Penubuhan Pusat Pakk

12
TUGASAN 1 PRASEKOLAH MUTIARA, KOTA BELUD SABAH 1.0 Latar Belakang/Pengenalan Pada zaman negara Malaysia yang pesat membangun ini penggunaan ICT semakin meluas kepada semua golongan tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi ini. Kanak-kanak kini juga sudah tahu menggunakan komputer. Mereka boleh membuka dan menutup komputer. Mereka juga boleh menerokai perkara-perkara baru. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah- olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak- kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif. 2.0 Rasional Rasional penubuhan prasekolah ini adalah seperti berikut: 2.1 Memberikan peluang pendidikan kepada kanak-kanak luar bandar.

description

free

Transcript of Tugasan 1 - Kertas Kerja Penubuhan Pusat Pakk

Page 1: Tugasan 1 - Kertas Kerja Penubuhan Pusat Pakk

TUGASAN 1

PRASEKOLAH MUTIARA, KOTA BELUD SABAH

1.0 Latar Belakang/Pengenalan

Pada zaman negara Malaysia yang pesat membangun ini penggunaan ICT semakin

meluas kepada semua golongan tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa sahaja

tetapi kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi ini. Kanak-

kanak kini juga sudah tahu menggunakan komputer. Mereka boleh membuka dan menutup

komputer. Mereka juga boleh menerokai perkara-perkara baru.

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam

kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup

yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT

dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan

supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan

interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh

membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.

2.0 Rasional

Rasional penubuhan prasekolah ini adalah seperti berikut:

2.1 Memberikan peluang pendidikan kepada kanak-kanak luar bandar.

2.2 Memberi pendedahan kepada kanak-kanak luar bandar berkenaan dengan

pembelajaran berkonsepkan ICT

2.3 Memberikan persediaan kepada kanak-kanak untuk ke alam persekolahan

rendah/ tahun satu.

3.0 Nama, Misi dan Visi Prasekolah

3.1 Nama Prasekolah

Nama prasekolah yang dicadangkan adalah Prasekolah Mutiara. Nama Mutiara

dipilih adalah berdasarkan kepada makna perkataan mutiara tersebut iaitu sesuatu

yang kecil tetapi sangat bernilai. Melaui inspirasi Mutiara ini, diharapkan dapat

Page 2: Tugasan 1 - Kertas Kerja Penubuhan Pusat Pakk

melahirkan murid-murid yang boleh bersaing di peringkat global dalam apa aspek

sekalipun.

3.2 Visi Prasekolah

Menghasilkan budaya pembelajaran yang berterusan dalam diri murid dan

mengasah bakat, kemahiran dan minat individu.

3.3 Misi Prasekolah

Misi penubuhan prasekolah adalah seperti berikut:

3.3.1 Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berlandaskan penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

3.3.2 Melahirkan individu yang boleh bersaing dengan individu lain di peringkat

global dalam semua aspek pendidikan.

4.0 Objektif Penubuhan

Penubuhan Prasekolah Mutiara dilihat selaras dengan kehendak yang digariskan

dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) iaitu membangunkan ICT dalam pendidikan yang mengambil kira keperluan

kanak-kanak untuk mengetahui dan mempelajari literasi ICT, memperoleh kemahiran ICT

dan menggunakan ICT ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlaku secara

langsung.

Objektif-objektif yang hendak dicapai adalah:

4.1 Memperkembangkan potensi individu melalui tunjang dalam Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

4.2 Membentuk tahap perkembangan individu yang menyeluruh iaitu dari aspek

intelektual, sosial, fizikal dan emosi.

4.3 Melatih kanak-kanak yang mahir dalam penggunaan ICT dalam

pembelajaran.

4.4 Memupuk perpaduan dalam kalangan kalangan murid pelbagai kaum.

Page 3: Tugasan 1 - Kertas Kerja Penubuhan Pusat Pakk

5.0 Lokasi tapak dan Bangunan

Lokasi yang dipilih untuk dijadikan bangunan prasekolah ialah bertempat di negeri

Sabah. Tapak bangunan ini beralamat di Kampung Bangkahak Baru, Peti Surat 163, 89158,

Kota Belud, Sabah, Malaysia. Lokasi yang dipilih ini terletak di kawasan luar bandar.

6.0 Pelan Lantai Bahagian Dalam dan Luar Prasekolah

6.1 Pelan Lantai Bahagian Dalam (Rujuk lampiran 1)

Berdasarkan lampiran 1, pelan lantai bahagian dalam prasekolah yang direka

bentuk adalah menepati konsep pengajaran dan pembelajaran yang

difokuskan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Bangunan ini adalah seluas 10 x 12 meter persegi di atas sebidang tanah

seluas 18 x 21 meter persegi. Antara sudut yang telah direka dalam

bangunan prasekolah ini ialah berteraskan komponen dalam KSPK iaitu

sudut sains dan teknologi, fizikal dan estetika, bahasa dan komunikasi,

pendidikan Islam dan moral, keterampilan diri dan kemanusiaan. Selain itu,

terdapat juga sudut ICT, sudut santai, sudut ekspresi kreatif murid dan sudut

1Malaysia. Dalam bangunan prasekolah ini juga mempunyai pusat

perpustakaan kelas iaitu ‘mini library’ dan ruangan bagi sesi perbualan pagi.

Sudut ICT diadakan bagi memberikan kemahiran kepada murid dalam

menggunakan komputer. Di samping itu, sudut santai memberikan

kebebasan kepada murid untuk melepaskan rasa tekanan. Sudut ekspresi

kreatif membantu murid untuk meluahkan dan memperkembangkan

kemahiran dan bakat murid dalam berkarya. Seterusnya, sudut 1Malaysia

diadakan bertujuan untuk memupuk rasa perpaduan dan hormat antara

murid. Pusat perpustakaan kelas merupakan sumber bagi murid untuk

mendapatkan maklumat dan bahan bacaan.

Kerusi dan meja disediakan di ruang pembelajaran untuk keselesaan murid

semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

6.2 Pelan Lantai Bahagian Luar (Rujuk lampiran 2)

Page 4: Tugasan 1 - Kertas Kerja Penubuhan Pusat Pakk

Pelan lantai bahagian luar kawasan prasekolah dibina dengan beberapa

landskap, sudut dan taman. Antara sudut dan taman yang dibina ialah kolam

ikan, taman herba, sudut pasir dan air, taman permainan, ruang makan,

bahagian dapur,stor dan tandas. Terdapat dua pintu utama yang disediakan

bagi laluan masuk dan keluar.

7.0 Kurikulum dan Program Pembelajaran

7.1 Kurikulum Utama

Kurikulum utama yang menjadi rujukan ialah Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK). Kurikulum ini merangkumi enam komponen dalam

KSPK iaitu bahasa dan komunikasi, keterampilan diri, perkembangan fizikal

dan estetika, kerohanian dan moral, sains dan teknologi dan kemanusiaan.

7.2 Kurikulum Tambahan

Kurikulum tambahan yang ditawarkan adalah pendidikan penggunaan ICT.

Hal ini bagi mengasah kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan ICT

dalam pembelajaran.

7.3 Jadual Pembelajaran

Sesi pembelajaran bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Tambahan masa selama 10 minit bagi setiap hari bagi mengajarkan

pendidikan ICT. Jadual pembelajaran boleh dirujuk pada lampiran 3.

7.4 Buku

Buku yang digunakan sepanjang sesi pembelajaran ialah adalah berdasarkan

kepada KSPK. Pengajaran ICT pula diintegrasikan dalam semua mata

pelajaran yang diajarkan di prasekolah seperti bahasa Melayu, Inggeris, sains

dan matematik.

7.5 Program Tambahan

Program tambahan yang dirancangkan adalah program yang melibatkan

kerjasama antara ibu bapa, pihak pengurusan prasekolah dan komuniti

setempat.

Page 5: Tugasan 1 - Kertas Kerja Penubuhan Pusat Pakk

8.0 Aspek Pemakanan

8.1 Prinsip penyediaan makanan.

Penyediaan makanan disediakan sendiri oleh pembantu prasekolah. Dalam

sehari, murid diberi makan sebanyak 2 kali iaitu pada waktu sarapan pagi dan

rehat iaitu makan tengah hari. Pemakanan seimbang disediakan bagi

keperluan murid mengikut panduan pemakanan piramid makanan.

8.2 Menu Makanan

Terdapat 4 set menu makanan bagi sarapan dan tengah hari bagi

perancangan dalam sebulan. Menu akan ditukar pada setiap minggu.

Lampiran 4 menjelaskan set menu bagi sarapan dan tengah hari.

9.0 Aspek kebersihan dan keselamatan

9.1 Aspek Kebersihan

Untuk memastikan murid-murid prasekolah dapat belajar dalam keadaan

yang selesa dan kondusif tahap kebersihan sentiasa dipastikan berada pada

tahap yang optimum. Oleh itu, pihak prasekolah akan memastikan agar

bangunan prasekolah dibersihkan dua kali sehari iaitu pada awal pagi

sebelum pembelajaran bermula dan pada waktu tengahari selepas selesai

sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan kebersihan seperti sabun

tangan ubat gigi juga perlu mempunyai stok dan penyediaan tong sampah di

dalam dan luar prasekolah untuk memastikan murid dapat belajar menjaga

kebersihan.

9.2 Aspek Keselamatan

9.2.1 Bahagian dalam bangunan Prasekolah

Keselamatan di dalam prasekolah merangkumi pemilihan saiz dan

bentuk meja serta kerusi kanak-kanak. Meja dan kerusi perlulah

mempunyai saiz yang ideal untuk digunakan oleh kanak-kanak dan

reka bentuknya juga perlulah tidak mempunyai bucu yang tajam. Suis

elektrik dipasang pada aras yang tidak boleh dicapai oleh murid.

Page 6: Tugasan 1 - Kertas Kerja Penubuhan Pusat Pakk

tambahan pula, tingkap dan pintu juga mempunyai grill mengikut

spesifikasi jabatan bomba.

9.2.2 Bahagian luar bangunan prasekolah

Setiap longkang yang ada disekeliling prasekolah diletakkan dengan

penutup khas longkang untuk mengelakkan murid–murid prasekolah

terjatuh. Kawasan persekitaran bangunan prasekolah juga dipagar

supaya murid-murid tidak berkeliaran di luar kawasan prasekolah.

Taman permainan pula dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti

alat permainan sentiasa diselenggarakan. Hal ini untuk memastikan

setiap peralatan yang digunakan oleh murid-murid prasekolah berada

dalam keadaan baik serta selamat digunakan. Pintu pagar masuk dan

keluar akan sentiasa dikunci ketika sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Selain itu, rumput dan lalang di luar prasekolah juga

akan sentiasa dipotong agar tiada binantang berbisa mendiami

kawasan tersebut.

9.2.3 Ruang dapur

Benda-benda tajam seperti pisau disimpan dalam suatu bekas khas

dan diletakkan di tempat yang tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.

Piring dan gelas yang digunakan juga diperbuat daripada plastik agar

ianya tidak membahayakan kanak-kanak. Semua peralatan juga

dibersihkan sebelum disimpan di tempat penyimpanan.

9.2.4 Tandas

Penyediaan dua tandas yang berasingan khas untuk murid lelaki dan

murid perempuan, Jubin yang digunakan di dalam bilik air juga

perlulah mempunyai permukaan yang agak kasar sedikit agar ia tidak

licin jika terkena air. Selipar tandas disediakan kepada kanak-kanak

untuk mengelakkan mereka tergelincir. Selain itu, singki dan mangkuk

tandas juga mempunyai saiz yang sesuai untuk kanak-kanak.

9.2.5 Bahan bantu mengajar

Bahan bantu mengajar yang digunakan mempunyai saiz yang sesuai

untuk dikendalikan oleh kanak-kanak. Bahan tersebut juga tidak boleh

Page 7: Tugasan 1 - Kertas Kerja Penubuhan Pusat Pakk

mempunyai bucu yang tajam. Bahan bantu mengajar dilabel dengan

kemas dan disimpan di tempat yang khas selepas digunakan.

9.2.6 Murid

Semasa waktu pembelajaran, kanak-kanak akan berada di bawah

jagaan pihak prasekolah sepenuhnya. Waktu untuk ibu bapa

menghantar dan mengambil anak mereka ditetapkan agar

keselamatan murid sentiasa terjamin.

9.2.7 Lain-lain

Prasekolah ini juga dilengkapi dengan peralatan bagi mencegah dan

memadam kebakaran seperti alat pemadam api, pengesan asap dan

haba serta pelan laluan kecemasan. Alatan ini akan diselenggarakan

oleh pihak bomba mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak

bomba. Pihak bomba juga akan dijemput untuk memberikan ceramah

kebakaran untuk murid-murid prasekolah sebagai persediaan untuk

murid-murid apabila berlakunya kecemasan. Selain itu, peti

kecemasan juga disediakan untuk membolehkan rawatan awal

dijalankan jika kanak-kanak mengalami sebarang kecederaan. Ubat-

ubatan juga sentiasa diganti sebelum tamat tarikh luputnya.

9.2.8 Pelan Kecemasan

Ketika berlaku kecemasan, semua yang berada di dalam bangunan

prasekolah akan keluar melalui mana-mana pintu yang berhampiran

dan kemudian berkumpul di kawasan berhampiran taman permainan.

Latihan kebakaran akan dilakukan setahun sekali.

10.0 Aspek Kesihatan

Setiap kanak-kanak yang berdaftar sebagai murid Prasekolah Mutiara layak untuk

menerima rawatan kesihatan pergigian dan kesihatan diri. Sekiranya ada murid yang

mengalami masalah kesihatan mereka akan dibawa ke klinik kesihatan atau hospital yang

berdekatan. Sebelum murid yang sakit dibawa untuk mendapatkan rawatan, pihak

prasekolah akan menghubungi ibu bapa terlebih dahulu bagi mendapatkan kebenaran.

Page 8: Tugasan 1 - Kertas Kerja Penubuhan Pusat Pakk

Tambahan pula, jika kanak-kanak itu berada dalam keadaan yang kurang sihat semasa

dihantar ke prasekolah, pihak prasekolah tidak akan membenarkan anak itu dihantar ke

sana. Pihak prasekolah akan menyarankan ibu bapa untuk menghantar anak mereka terus

ke klinik atau hospital dengan kadar segera. Jika kanak-kanak mengalami penyakit yang

boleh berjangkit seperti cacar/campak, maka kanak-kanak itu akan diberikan cuti supaya

murid lain tidak dijangkiti.

11.0 Kos penubuhan

Modal permulaan bagi penubuhan RM 35 000 penubuhan prasekolah ini adalah hasil

perkongsian 3 orang pemilik Prasekolah Dinamik iaitu:

1) Ali bin Abu

2) Bedal bin Bedul

3) Effe fizfe Shunting

Anggaran pendapatan dan perbelanjaan Prasekolah Mutiara yang lengkap adalah

seperti dalam lampiran 5.

12.0 Staf

Seramai 2 orang staf iaitu seorang guru dan seorang pembantu dipilih untuk bekerja

di prasekolah ini. Mereka di pilih berdasarkan kepada minat dan juga pengalaman mengajar

dan keputusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa malaysia, Bahasa Inggeris dan

Sains di peringkat diploma Pendidikan atau sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Persekolahan

Malaysia, serta mahir dalam penggunaan ICT. Butir-butir mengenai guru-guru adalah seperti

berikut:

Bil Nama No. K/P Kelulusan Pengalaman Berkaitan

1 Effe Fizfe Shunting 940203-12-5987 Ijazah

Pendidikan

Awal Kanak-

Kanak IPG

Menjadi guru tadika

di Kota Kinabalu

selama 4 tahun.

2 Stella Jeffey 901112-12-5949 Diploma Mengasuh kanak-

Page 9: Tugasan 1 - Kertas Kerja Penubuhan Pusat Pakk

Asuhan

Kanak-Kanak

UMS

kanak di sebuah

taman asuhan

selama 5 tahun.

12.0 Penutup

Sambutan terhadap pendidikan prasekolah sekarang adalah sangat menggalakkan

kerana ibu bapa sudah mulai sedar akan kepentingan pendidikan awal bagi anak-anak

mereka. Melalui prasekolah juga, ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka membuat

persediaan bagi menjalani alam persekolahan. Oleh itu, seawal lima tahun, ibu bapa sudah

menghantar anak mereka ke prasekolah.

Diharapkan Kertas Kerja ini dipertimbangkan untuk diberi kelulusan. Sokongan dan

kerjasama dari pihak tuan dalam meluluskan permohonan ini akan dapat membantu

menyerlahkan kecemerlangan kanak-kanak Malaysia melalui pendidikan Prasekolah yang

berkualiti.