Tugasan 2 edu sem 3 pismp

8
Cerita ini mengisahkan tentang kekentalan jiwa seseorang guru bernama En Mark Thackeray dalam mendidik anak muridnya. Melalui cerita ini saya dapat mengenal pasti dinamika hubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Tambahan pula beberapa konsep pengurusan bilik darjah dan model-model pengurusan tingkah laku diaplikasikan oleh watak En.Mark Thackeray dalam cerita ini. Dinamika hubungan bermaksud pertembungan yang menghasilkan sesuatu yang positif, sihat dalam membantu perkembangan pelajar. Dinamika hubungan iaitu hubungan positif antara guru dengan pelajar mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran murid. Melalui cerita ini saya sedar bahawa pembinaan hubungan yang positif antara guru dengan pelajar boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak dan memerlukan masa yang lama untuk menjalin hubungan positif, terutamanya satu pihak merupakan pelajar yang bermasalah . Dalam cerita ini, En.Mark Thackeray telah membina hubungan dengan mendekati pelajar secara sendiri. Contohnya, beliau telah mendekati seorang pelajar bernama Seales yang dalam keadaan sedih dan bertanya tentang masalah pelajar itu serta dia telah menunjukkan sikap prihatinnya semasa Seales menangis atas kematian ibunya di kelas. Tambahan pula, beliau mempamerkan sikap kejujurannya dalam memenangi hati pelajarnya. Beliau sentiasa jujur memberi jawapan atas soalan pelajarnya serta kongsi pengalaman hidup dalam mendidik pelajarnya. Contohnya, En.Mark Thackeray memasukkan pengalaman hidupnya semasa mengajar cara membuat salad dan semasa menerangkan tentang perkahwinan. Selain itu, Mark Thackeray juga membina hubungan positif dengan mewujudkan komunikasi dua hala. Komunikasi dua hala antara dua pihak dapat meningkatkan iklim pembelajaran kepada yang lebih baik. Pelajar akan dapat merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh guru dan rakan kelasnya sekiranya tidak ada unsur mencelah semasa pelajar tersebut memberi pendapat. Komunikasi dua hala yang diwujudkan oleh En.Mark Thackeray adalah bagi melatih pelajar meluahkan pendapat atau masalah dengan gurunya. Contohnya, hubungan positif antara guru dan pelajar menyebabkan Pamela bersedia meluahkan perasaan serta berkongsi masalah yang dihadapinya kepada Mark Thackeray semasa beliau mengajak Pamela untuk membincangkan perkara yang diberitahui oleh ibu Pamela. Dengan mengambil kesempatan itu beliau telah memberi nasihat yang bersesuaian bagi mengubah tingkah laku Pamela yang balik ke rumah lewat malam.

description

to sir with love

Transcript of Tugasan 2 edu sem 3 pismp

Page 1: Tugasan 2 edu sem 3 pismp

Cerita ini mengisahkan tentang kekentalan jiwa seseorang

guru bernama En Mark Thackeray dalam mendidik anak

muridnya. Melalui cerita ini saya dapat mengenal pasti

dinamika hubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar

dengan pelajar. Tambahan pula beberapa konsep

pengurusan bilik darjah dan model-model pengurusan

tingkah laku diaplikasikan oleh watak En.Mark Thackeray

dalam cerita ini.

Dinamika hubungan bermaksud pertembungan yang menghasilkan sesuatu yang

positif, sihat dalam membantu perkembangan pelajar. Dinamika hubungan iaitu hubungan

positif antara guru dengan pelajar mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran

murid. Melalui cerita ini saya sedar bahawa pembinaan hubungan yang positif antara guru

dengan pelajar boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah

pihak dan memerlukan masa yang lama untuk menjalin hubungan positif, terutamanya satu

pihak merupakan pelajar yang bermasalah. Dalam cerita ini, En.Mark Thackeray telah

membina hubungan dengan mendekati pelajar secara sendiri. Contohnya, beliau telah

mendekati seorang pelajar bernama Seales yang dalam keadaan sedih dan bertanya

tentang masalah pelajar itu serta dia telah menunjukkan sikap prihatinnya semasa Seales

menangis atas kematian ibunya di kelas. Tambahan pula, beliau mempamerkan sikap

kejujurannya dalam memenangi hati pelajarnya. Beliau sentiasa jujur memberi jawapan atas

soalan pelajarnya serta kongsi pengalaman hidup dalam mendidik pelajarnya. Contohnya,

En.Mark Thackeray memasukkan pengalaman hidupnya semasa mengajar cara membuat

salad dan semasa menerangkan tentang perkahwinan.

Selain itu, Mark Thackeray juga membina hubungan positif dengan mewujudkan

komunikasi dua hala. Komunikasi dua hala antara dua pihak dapat meningkatkan iklim

pembelajaran kepada yang lebih baik. Pelajar akan dapat merasakan dirinya dihargai dan

disayangi oleh guru dan rakan kelasnya sekiranya tidak ada unsur mencelah semasa pelajar

tersebut memberi pendapat. Komunikasi dua hala yang diwujudkan oleh En.Mark Thackeray

adalah bagi melatih pelajar meluahkan pendapat atau masalah dengan gurunya.

Contohnya, hubungan positif antara guru dan pelajar menyebabkan Pamela bersedia

meluahkan perasaan serta berkongsi masalah yang dihadapinya kepada Mark Thackeray

semasa beliau mengajak Pamela untuk membincangkan perkara yang diberitahui oleh ibu

Pamela. Dengan mengambil kesempatan itu beliau telah memberi nasihat yang bersesuaian

bagi mengubah tingkah laku Pamela yang balik ke rumah lewat malam.

Page 2: Tugasan 2 edu sem 3 pismp

Di samping itu, beliau juga membina hubungan positif dengan mengenal potensi

pelajar. Contohnya, beliau telah memberitahu bahawa beliau akan berbincang kepada pihak

tertentu bagi mendapatkan kerja sebagai guru tinju kepada Denham. En.Mark Thackeray

sentiasa bersabar dengan kerenah Denham dan beliau juga tidak bermusuhan dengan

Denham tetapi berusaha membantu Denham memajukan diri menggunakan potensi dalam

dirinya. Hubungan positif ini juga menyebabkan pelajar tersebut rela mematuhi segala

arahan guru dan peraturan bilik darjah.

Seterusnya, dalam cerita ini juga En.Mark Thackeray telah mengambil berat tentang

perkara-perkara seperti ingat nama setiap pelajar, masukkan unsur kecindan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, mengadakan hubungan mata semasa berkomunikasi,

memberi perhatian semasa memberi pendapat, menghormati pelajar dan sebagainya bagi

membina hubungan positif antara guru dengan pelajar. Pencapaian akademik dan tingkah

laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan guru dengan pelajar dan pelajar dengan

pelajar. Hubungan positif antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar adalah

penting demi membina iklim bilik darjah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran

serta dapat membentuk tingkah laku yang positif yang dapat memajukan diri pelajar.

Melalui cerita ini saya dapat mengenal pasti penggunaan model modifikasi tingkah laku B.F Skinner dalam memperbaiki tingkah laku pelajarnya. Abdul Ghani Abdullah (2009)

dalam bukunya Mengurus Tingkah Laku Pelajar telah menyatakan bahawa model modifikasi

tingkah laku B.F Skinner menggunakan prinsip peneguhan dengan elemen-elemen luaran

untuk meningkatkan tingkah laku yang dingini. Model modifikasi tingkah laku B.F Skinner

membahagikan peneguhan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif adalah memberikan rangsangan yang selesa kepada pelajar bagi

meningkatkan tingkah laku yang dingini manakala peneguhan negatif pula mengeluarkan

rangsangan serta merta atau memberikan rangsangan yang tidak selesa atau menyakitkan

selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan bagi mewujudkan tingkah yang dingini. Dalam

cerita ini guru tersebut telah menggunakan peneguhan positif bagi memastikan pengekalan

tingkah laku. En Mark Thackeray telah membawa pelajar-pelajarnya ke British History

Museum sebagai ganjaran atas kelakuan mereka dalam mengikut peraturan yang

ditetapkan oleh beliau. Pada pagi hari lawatan tersebut, kita dapat melihat semua pelajar

kelas beliau berpakaian kemas dan cantik sehingga En Mark Thackeray juga teruja dan

sangat gembira dengan cara pemakaian pelajar-pelajarnya. Pada pendapat saya,

rangsangan yang menyelesakan (lawatan) telah menyebabkan para pelajarnya untuk

meneruskan tingkah laku yang dingini oleh gurunya seperti berpakaian kemas dan bersih.

Page 3: Tugasan 2 edu sem 3 pismp

Dalam cerita ini, guru tersebut juga telah menggunakan peneguhan negatif bagi

mengembalikan perhatian pelajarnya ke arah proses pdp. Contohnya, ketika En Mark

Thackeray sedang mengajar, pelajarnya bernama Denham leka membaca majalah di

belakang lalu En Mark Thackeray mengkoyakkan majalah tersebut dalam mendapatkan

perhatian pelajar tersebut. Apabila rangsangan(majalah) dikoyakkan, guru tersebut dapat

meningkatkan tingkah laku yang diingini iaitu memberi perhatian semasa guru mengajar.

Tambahan pula, En Mark Thackeray sentiasa memberi peneguhan sebaik sahaja tingkah

laku tidak diingini ditunjukkan. Sebagai contoh, En Mark Thackeray telah memarah dan

menasihat pelajar-pelajar perempuannya yang berkelakuan buruk iaitu membakar tuala

wanita dalam ketuhar perapi.

Dalam situasi ini En Mark Thackeray telah mengendalikan masalah dengan baik

walaupun dalam keadaan marah. Hal ini demikian kerana, dia telah menjaga maruah

perempuan dengan memarah para pelajar perempuan tanpa kehadiran pelajar lelaki. Beliau

juga telah memasukkan kata-kata nasihat semasa marah mereka dan menyuruh mereka

membersihkan tempat tersebut bagi menyedarkan mereka bahawa mereka harus

bertanggungjawab atas perbuatan mereka. Pada mulanya, saya rasa tindakan guru tersebut

memarah semua pelajar perempuan adalah salah tetapi jika kita menetiti lebih mendalam

mereka perlu sedar bahawa mendiamkan diri semasa seseorang rakan kelasnya melakukan

perbuatan tidak baik, mereka sebagai kawan perlu menegurnya, jika mereka tidak tegur

pelajar tersebut, ia bermaksud mereka juga bersubahat dan bersetuju dengan perbuatan

rakannya. Dengan memarahi semua pelajar perempuan beliau telah mengajar bahawa

mereka juga ada hak dalam menjaga kebersihan kelas dan mereka telah membuat

kesalahan dengan mendiamkan diri semasa rakannya melakukan perbuatan yang tidak

baik. Hal ini pasti menyedarkan pelajar-pelajar lain perlu menegur tindakan rakan yang tidak

baik bagi mengelakkan rangsangan yang tidak baik (dimarahi oleh guru) dan bagi

mewujudkan bilik darjah yang kondusif .

Peneguhan positif seperti lawatan juga dijadikan sebagai hukuman tarik dalam cerita

ini. Contohnya, guru besar sekolah tersebut telah menarik balik arahan membenarkan kelas

tersebut membuat lawatan sehari dalam seminggu akibat perbuatan Potter yang hampir nak

memukul guru pendidikan jasmani mereka. Rangsangan yang selesa (lawatan) ditarik balik

bagi mewujudkan tingkah laku yang dingini.

En.Mark Thackeray juga telah menggunakan model disiplin asertif Canter dalam

menangani masalah tingkah laku pelajarnya. Haliza Hamzah, dalam bukunya Pengurusan

Bilik Darjah Dan Tingkah, telah menyatakan bahawa model disipin asertif Canter

menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Beliau juga

Page 4: Tugasan 2 edu sem 3 pismp

menjelaskan hak murid adalah belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak

guru adalah untuk mengajar tanpa gangguan. Guru dalam cerita ini telah membuat

peraturan dan menguatkuasakan peraturan bilik darjah bagi memastikan hak setiap orang

dipelihara serta aktiviti bilik darjah dapat berjalan dengan berkesan. Canter juga

berpendapat bahawa guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam

bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Contohnya, En.Mark Thackeray telah mewujudkan peraturan-peraturan seperti:

Pelajar perlu memanggilnya sebagai "Sir" atau "Encik Thackeray".

Apabila guru atau pelajar bercakap pelajar lain tidak akan mencelah.

Pelajar-pelajar perempuan akan dipanggil dengan menambah perkataan “Miss"

di hadapan namanya manakala pelajar-pelajar lelaki akan dipanggil dengan

menggunakan nama keluarga mereka.

Pelajar perempuan perlu berkelakuan seperti seorang yang bermaruah kerana

lelaki dewasa tidak akan berkahwin dengan perempuan yang tidak berakhlak.

Pelajar-pelajar lelaki perlu bersih dan berpakaian kemas.

Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berinteraksi.

Abdullah Sani Yahaya dalam bukunya Guru Sebagai Pemimpin telah menyatakan bahawa

Richards (1990), mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru

ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung

supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Guru dalam filem ini dapat

mengurus bilik darjah yang berkesan dengan mewujudkan peraturan selaras dengan

pendapat Richards. Guru dalam filem ini mempunyai matlamat yang jelas dalam pengurusan

bilik darjah. Hal ini demikian kerana, peraturan yang ditetapkan adalah selaras matlamat

beliau bagi membiasa pelajarnya menghadapi dunia luar dengan tingkah laku yang

bersopan. Beliau juga yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa yang

sama beliau juga bersikap adil kepada semua murid. Contohnya, beliau telah membenarkan

pelajarnya untuk mengkritik dirinya jika beliau tidak dapat mengikuti peraturan yang

ditetapkan.

Model ini merupakan sesuatu pendekatan sistematik dan berstruktur untuk

membantu pendidik yang mengelola alam belajar dalam bilik darjah guru. Model ini

berlandaskan kepentingan pematuhan murid untuk membentuk persekitaran pembelajaran

yang kondusif serta berkesan dalam pembelajaran mereka. Untuk mencapai matlamat ini,

guru harus bertindak secara asertif dan bukan agresif atau bukan asertif. Pada pendapat

saya guru dalam filem itu konsisten bersikap asertif. Hal ini dapat membantu membina

persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial

Page 5: Tugasan 2 edu sem 3 pismp

murid. Tambahan pula, peraturan yang diwujudkan dapat melahirkan pelajar yang

mempunyai akhlak yang baik dan terpuji disamping dapat menjalankan proses pengajaran

dan pembelajaran dengan berkesan. Hal ini demikian kerana, apabila tidak berlaku aktiviti

mencelah guru dapat menjelaskan lebih maklumat dan guru tidak akan terkeluar daripada isi

pengajaran hari itu serta pelajarnya juga dapat memahami isi pelajaran yang ingin

disampaikan. Tambahan pula, pelajar juga akan rasa dirinya dihargai jika pelajar tersebut

dapat meluahkan pendapatnya tanpa sebarang gangguan.

Beliau juga telah dapat membina hubungan saling mempercayai dan saling

menghormati antara satu sama lain dengan mewujudkan peraturan memanggil rakan kelas

dengan hormat. Beliau juga telah memberi kebenaran kepada pelajarnya untuk berbincang

tentang apa-apa sahaja bagi meningkatkan komunikasi dua hala. Komunikasi dua hala

merupakan asas kepada pengurusan bilik darjah yang baik. Ia memberikan peluang kepada

guru bersikap mesra dan menikmati interaksi dengan murid-muridnya. Murid akan dapat

merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh guru. Interaksi yang berpanjangan antara

mereka akan membantu beliau dalam memahami pelajar secara mendalam, sekaligus akan

meningkatkan prestasi mereka sama ada dari segi pembelajaran dan juga aspek disiplin.

Lanjutan itu, beliau juga telah membantu pelajarnya untuk memahami bentuk tingkah

laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah

kegagalan seperti yang ditekankan dalam model ini. Contohnya, semasa pelajarnya yang

bernama Potter telah mengambil kayu untuk memukul guru pendidikan jasmaninya, En Mark

Thackeray telah menjelaskan perbuatannya tidak baik dan kita tidak sepatutnya bertindak

ganas apabila seseorang menimbulkan kemarahan dan meminta Potter untuk meminta maaf

terhadap perbuatannya. Dalam situasi ini, beliau sedaya upaya ingin mengajar cara

menghadapi dunia luar dan membentuk sikap tanggungjawab dalam diri pelajarnya.

Selain itu, En Mark Thackeray telah menggunakan teknik ulangan positif iaitu cara

mengulangi peraturan bagi menyedarkan kesalahan yang dilakukan serta membetulkan

perbuatan. Sebagai contoh, Mark Thackeray telah mengulangi peraturan lebih dari satu kali

bagi membetulkan tindakan murid yang bernama Bert Denham yang enggan menggunakan

gelaran “Sir” apabila bercakap dengan beliau. Penggunaan gelaran “sir” merupakan salah

satu peraturan kelas tersebut. Teknik ini berkesan juga ke atas Denham kerana semasa

mengulangi peraturan beliau telah menunjukkan muka dan nada yang tegas seperti yang

ditegaskan dalam model disiplin asertif canter.

Saya juga berpendapat bahawa ada satu masa beliau bertindak sebagai guru

bersikap authoritarian. Contohnya, semasa membuat peraturan beliau seharusnya membuat

peraturan bersama-sama muridnya dan memaparkannya di hadapan kelas serta perlu

Page 6: Tugasan 2 edu sem 3 pismp

menerangkan hukuman yang dikenakan jika melanggar peraturan yang dibuat. Tetapi beliau

telah membuat peraturan dengan sendiri dan tidak menerangkan akibat yang terpaksa

dihadapi jika melanggar peraturan. Jika kita berfikir secara rasional, kita boleh sedar bahawa

anak murid En Mark Thackeray bukanlah pelajar yang boleh dibawa berbincang untuk

membuat peraturan. Mungkin ada di kalangan kita rasa perbuatan tersebut salah iaitu

bersikap authoritarian dalam membuat peraturan kelas tetapi peraturan yang diperbuat oleh

beliau adalah bagi kebaikan para pelajarnya yang akhirnya membentuk akhlak yang mulia

dalam diri setiap pelajarnya.

Lanjutan itu, En Mark Thackeray juga telah menggunakan model terapi realiti William

Glasser. Glasser menyatakan model ini merupakan satu teknik kaunseling untuk membantu

individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan

membuat perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang. Fokus

utama model ini ialah individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku sendiri. Beliau telah

menggunakan teknik kaunseling bagi menyedarkan kesalahan Potter. Sebagai contoh, En

Mark Thackeray telah membuat Potter sedar perbuatannya mengambil kayu untuk memukul

guru Pendidikan Jasmani (PJ) adalah salah dan mengajar Potter untuk bertanggungjawab

terhadap tingkah laku sendiri dengan meminta maaf kepada guru PJ. Tambahan pula, beliau

menerangkan kepada Potter bahawa seseorang perlu meminta maaf sekiranya dia berasa

dirinya salah bukannya kerana takut atas akibat tingkah lakunya. Dengan ini, beliau telah

mengajar pelajarnya membina kekuatan diri untuk menghadapi masalah dalam kehidupan

seharian tanpa keganasan.

Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada

murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadaan

persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah.

En Mark Thackeray telah menghapuskan masalah tingkah laku dan membina bilik darjah

yang berkualiti selaras dengan apa yang ditekan oleh Glasser dalam modelnya. Beliau

dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar serta membina

hubungan baik antara beliau dengan pelajarnya dengan memenuhi keperluan asas pelajar

iaitu kasih sayang, keseronokan, kebebasan dan mempunyai kuasa dan kawalan.

kasih sayang keseronokan kebebasan mempunyai kuasa dan kawalan.

Page 7: Tugasan 2 edu sem 3 pismp

Perasaan kasih sayang dan dipunyai menjadi sebahagian daripada keperluan asas

individu. En Mark Thackeray telah memberikan kasih sayang ini dengan mengambil berat

dan memberi perhatian kepada para pelajarnya. Contohnya, beliau mendekati Seales yang

berkelihatan tertekan lalu menanya masalah dan beliau juga telah memeluk Seales yang

baru kehilangan ibunya bagi menenangkan perasaannya. Beliau juga telah mewujudkan

perasaan mereka adalah sebahagian daripada komuniti bilik darjah dalam diri setiap

pelajarnya. Hal ini dapat diterangkan dengan adegan pembakaran tuala wanita di ketuhar

perapi. Beliau telah memarahi semua pelajar perempuan dengan menyatakan bahawa

kebersihan bilik darjah adalah tanggungjawab semua. Tambahan pula, beliau juga telah

menghapuskan sikap negatif Denham dengan menggunakan sikap positifnya.

Contohnya,beliau juga menunjukkan sikap kasih sayang dan mengambil berat dengan

menolong Denham memajukan dirinya walaupun dia telah mencabar tahap kesabaran dan

kuasa beliau.

Glasser juga menekankan bahawa kebebasan juga merupakan salah satu keperluan

yang perlu dimiliki oleh individu. En Mark Thackeray telah memberi kebebasan kepada

pelajarnya untuk memilih topik bagi berbincangan. Kebebasan membuat pilihan akan

membangkitkan rasa tanggungjawab pelajar terhadap perbincangan yang dijalankan dan

mereka akan bersifat aktif serta komited semasa sesi perbincangan.

Keseronokan merupakan salah satu keperluan asas yang perlu dipenuhi bagi

menggelakkan masalah tingkah laku. En Mark Thackeray telah menggunakan pelbagai

kaedah pengajaran seperti membuat lawatan, demonstrasi masakan, berbincangan dan

sebagainya bagi menimbulkan keseronokan di samping meningkatkan ilmu pengetahuan

mereka. Apabila mereka berasa seronok, fikiran mereka lebih fokus dengan aktiviti yang

dijalankan oleh mereka. Beliau telah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan

mengubah persekitaran (membuat lawatan) bagi meningkatkan penglibatan pelajarnya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

Glasser juga telah menyatakan bahawa bagi mempunyai rasa dipunyai dan

mempunyai kepentingan di dalam sesebuah komuniti, seseorang perlu mempunyai kuasa

dan kawalan ke atas komuniti persekitarannya. Contohnya, kita dapat melihat bahawa

pelajar-pelajar dalam cerita ini mempunyai hak dalam memilih tajuk perbincangan dan hak

mencadangkan aktiviti seperti lawatan. En. Mark Thackerey juga telah setuju dengan

cadangan pelajarnya dan membawa pelajarnya melawat Muzium. Persetujuan beliau pasti

telah membangkitkan rasa dipunyai dan rasa dihargai dalam diri pelajar.

Page 8: Tugasan 2 edu sem 3 pismp

Selaras dengan itu, En Mark Thackeray juga telah menggunakan model akibat

logikal Dreikurs bertujuan membetulkan tingkah laku bermasalah. Model ini berpegang

kepada prinsip bahawa pelajar harus diberikan pilihan untuk membetulkan tingkah lakunya

serta tidak dipaksakan untuk bertingkah laku mengikut arahan. Dengan itu, pelajar boleh

belajar menjadi lebih bertanggungjawab. Bagi situasi tingkah laku bermasalah yang

dilakukan oleh Pamela iaitu masuk ke kelas tanpa ketuk pintu dan tidak meminta kebenaran

untuk masuk dan akhirnya tidak meminta maaf atas kelewatan masuk ke kelas. Beliau telah

memberikan pilihan untuk Pamela membetulkan perbuatannya dengan mendemonstrasikan

cara yang betul untuk memasuk ke dalam bilik darjah. Beliau tidak mengarah Pamela untuk

menuruti arahannya atau memberi hukuman terhadap kesalahan Pamela tetapi beliau telah

memberi pilihan untuk Pamela untuk membetulkan kesalahannya.

Secara keseluruhannya, model-model pengurusan disiplin bilik darjah boleh

digunakan sebagai cara untuk mengenal pasti masalah yang berlaku dalam bilik darjah dan

memberi panduan kepada guru bagaimana untuk membina strategi bagi mengatasi

permasalahan ini sekaligus melahirkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik

darjah.