TUGASAN 2 KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH.pdf

4
KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH. TAJUK TUGASAN 2 : KUMPULAN : UPSI 200 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO MATRIK PROGRAM HAYATI BINTI SATIN D20102046612 PJJ PENSYARAH : PN JAMILAH OMAR TARIKH : 12 MEI 2014 a) Bincangkan objektif-objektif yang anda cadangkan untuk tajuk yang anda pilih berdasarkan tajuk yang ditetapkan. b) Apakah kepentingan soalan tersebut kepada anda. c) Bincangkan refleksi atau pernyataan masalah sehingga kajian ini perlu dibuat tersebut.

Transcript of TUGASAN 2 KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH.pdf

Page 1: TUGASAN 2 KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH.pdf

KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH.

TAJUK TUGASAN 2 :

KUMPULAN : UPSI 200

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO MATRIK PROGRAM

HAYATI BINTI SATIN D20102046612 PJJ

PENSYARAH : PN JAMILAH OMAR

TARIKH : 12 MEI 2014

a) Bincangkan objektif-objektif yang anda cadangkan untuk

tajuk yang anda pilih berdasarkan tajuk yang ditetapkan.

b) Apakah kepentingan soalan tersebut kepada anda.

c) Bincangkan refleksi atau pernyataan masalah sehingga

kajian ini perlu dibuat tersebut.

Page 2: TUGASAN 2 KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH.pdf

1. Bincangkan objektif-objektif yang anda cadangkan untuk tajuk yang anda pilih

berdasarkan tajuk yang ditetapkan.

Objektif kajian

1. Objektif am :

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid terhadap

penggunaan warna yang betul

2. Objektif khusus :

2.1 Meningkatkan kemahiran murid mewarna dengan betul

2.2 Membantu murid mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan

2.3 Mengubah cara pengajaran guru supaya murid merasakan proses pembelajaran

adalah menyeronokkan.

2.4 Meningkatkan daya ingatan murid terhadap jenis-jenis warna skunder dan primer.

Saya ingin melihat perubahan murid sama ada dari segi penggunaan warna

yang betul atau sikap mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga

saya mengharapkan hasil seni yang mereka lakukan akan mendapat penilaian yang

baik yang baik.

2. Apakah kepentingan soalan tersebut kepada anda?

Pada pendapat saya kepentingan soalan tersebut ialah

1. Saya dapat meningkatkan cara pengajaran dan pembelajaran saya. Memandangkan

subjek seni bukanlah opsyen saya, Oleh itu saya ingin meningkatkan tahap pengajaran

Page 3: TUGASAN 2 KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH.pdf

dan pemahaman saya dalam seni. Pada mulanya saya menganggap seni adalah satu

mata pelajaran yang senang. Tetapi apabila saya mula mengajar seni saya tahu

dimana kesukaran seorang guru seni untuk melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran, menilai hasil karya murid, menerangkan unsur-unsur seni kepada murid

dan banyak lagi.

2. Dapat mengenalpasti murid yang tegar dalam masalah mewarna. Setakat ini saya

mendapati sebahagian murid dikelas kurang mahir menggunakan warna dan tidak

menggunakan warna yang sesuai.Oleh itu saya berpendapat soalan-soalan saya nanti

akan membantu saya dalam kajian ini.

3. Dapat membantu saya dalam proses pengajaran dan persembahan yang lebih

menarik dalam kelas seni.

3. Bincangkan refleksi atau pernyataan masalah sehingga kajian ini perlu dibuat.

Masalah yang wujud sehingga kajian ini perlu dibuat kerana sebelum ini saya

telah mengajar murid-murid tersebut pada tahun lalu. Memandangkan mereka baru

tahun satu, maka saya beranggapan mereka perlu dibimbing semasa mewarna. Saya

sudah memperkenalkan mereka berkenaan 3 warna asas dan sebahagian besar

mereka dapat menjawabnya. Walau bagai manapun jawapan mereka betul kerana

meniru jawapan kawan sebelah mereka. Oleh itu pembelajaran mereka tidak pada

tahap yang memberansangkan. Mereka kenal warna tersebut semasa mewarna dikelas

sahaja. Tetapi pada waktu yang lain apabila ditanya mereka tidak dapat menjawabnya.

Selain daripada itu cara mewarna sebahagian murid tidak betul. Pada pendapat

saya mereka boleh melakukannya dengan betul tetapi sikap mereka yang hanya seperti

melepaskan batuk ditangga, kurang cermat dan cepat bosan. Berbanding dengan

beberapa orang murid mereka dapat melakukan aktiviti mewarna dengan baik

walaupun tidak kemas.

Sekiranya saya masuk kelas tersebut saya akan berfikir apa aktiviti yang akan

saya laksanakan. Saya kurang menggunakan warna poster kerana warna akan

Page 4: TUGASAN 2 KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH.pdf

dijadikan permainan bagi mereka. Saya selalu melaksanakan aktiviti mengunting dan

tampal, origami, membuat binaan dengan polar dan topeng. Saya amat

mengharapkan masalah ini ada penambahbaikan sekiranya saya membuat kajian

terhadap murid-murid tersebut..