Tugasan 3 krt 3013
Transcript of Tugasan 3 krt 3013
Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada 30 April 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada 1 April 2012
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik
pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
Syarat berikut perlu dipatuhi:
1. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger).
2. Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan matapelajaran utama yang ditugaskan
disekolah.
3. Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka
hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini
sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan sebelum tarikh akhir penghantaran
tugasan.
4. Sediakan link/pautan maklumat mengenai Sukatan Pelajaran matapelajaran yang dipilih.
5. Blog mengandungi contoh Rancangan Mengajar (Lesson Plan) bagi satu masa
pengajaran mengikut subjek yang diajar di sekolah.
6. Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada
kandungan yang dipaparkan.
7. Masukkan pautan klip video rakaman aktiviti anda dalam kelas bagi sesuatu sesi
pengajaran. Sila gunakan kemudahan muatnaik video ke Youtube.com.
8. Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook,
Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.