Tugasan Elektronik: PENYELENGGARAAN...

download Tugasan Elektronik: PENYELENGGARAAN PENCEGAHANadlielektronikciast.blogspot.com/2015/11/tujuan-purpose-kertas...Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman dan

If you can't read please download the document

Transcript of Tugasan Elektronik: PENYELENGGARAAN...

Tugasan Elektronik: PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

Tugasan Elektronik

Sunday, 8 November 2015

PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

TUJUAN/PURPOSE:

Kertas Penerangan iniadalah bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan kepada pelatihmengenai penyelenggaraan pencegahan bagi peralatan elektronik.

PENERANGAN/INFORMATION:

Penyelenggaraan pencegahan adalah satu aktivitiberkala yang dilaksanakan mengikut satu tempoh tertentu bagi memastikan setiapperalatan yang dibekalkan berada dalam kedaaan baik dan optimum. Aktiviti inimerangkumi aspek fizikal dan maya di mana peralatan diselengarakan secaramenyeluruh dan hasilnya peralatan tersebut akan beroperasi dengan lebih baikdan mempunyai jangka hayat lebih lama berbanding peralatan yang tiada aktivipenyelenggaraan.

1.KESELAMATAN

i.JawatankuasaKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ataupun lebih dikenali dengan nama OSHA (Occupational Safety and HealthAdminstration) merupakan badan yang bertanggungjawab memantau kesihatan dankeselamatan pekerja.

ii.Visi:Budaya Kerja Selamat & Sihat

iii.Objektifpenubuhan OSHA:

a.Memenuhikeperluan Akta 514: Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

b.Melaksanakanarahan Universiti menerusi mesyuarat EXCO Naib Canselor ke 68/97.

c.MelaksanakanPelan Tindakan Mencegah Kemalangan di Makmal/Bengkel

d.Menjalankandan mengkoordinasi aktiviti-aktiviti proaktif bagi memastikan persekitarankerja selamat dan sihat.

2.DEFINISI PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

Penyelenggaraan pencegahan merupakan penyelenggaraan bersifat mencegah dandilakukan mengikut sela masa yang telah ditetapkan mengikut jenis kerja. Inibertujuan untuk mengawal kemungkinan berlakunya kegagalan dan kemerosotanprestasi sesuatu mesin dan peralatan.

2.1 Ciri-CiriPenyelenggaraan Pencegahan

Berikut merupakan ciri-ciri dalam penyelenggarran pencegahan iaitu:

a.Ia dilakukan secara rutin dan berulang dalam sela masa yang telahditetapkan.

b. Ia melibatkan aktiviti penyenggaraanyang mudah sehingga komplek.

c. Pada kebiasaannya ianya melibatkankomponen yang komplek dan sensitif.

d. Ia juga melibatkan komponen yangsentiasa bergerak.

e. Ia memerlukan peralatan penyelenggaraanyang cukup dan lengkap.

3.JENIS-JENIS PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

Terdapatempat (4) jenis Penyenggaraan Pencegahan yang perlu diketahui:

a.Penyenggaraan berkala/berjadual

Penyenggaraan yang dilakukan mengikut jadual yang telahditetapkan walaupun mesin masih boleh beroperasi dengan baik. Penyenggaraan inimempunyai tempoh atau sela masa yang merujuk kepada keperluan mesin.

b.Penyelenggaraan ramalan/jangkaan

Penyenggaraanyang dilakukan mengikut ramalan yang dibuat oleh pakar mesin. Ianya dilakukanmerujuk kepada status mesin yang beroperasi pada keadaaan yang kurang baik.

c.Penyelenggaraan secara peluang

Penyenggaraanyang dilakukan apabila mesin mempunyai masa untuk membuat penyenggaraan tanpamengganggu kualiti dan kuantiti pengeluaran.

d.Penyenggaraan rekabentuk semula

Penyenggaraanyang dilakukan merujuk rekabentuk semula untuk mesin yang sedia ada.

4.SEBAB-SEBAB KERJA PENYELENGGARAANPENCEGAHAN DILAKUKAN

4.1 Pada dasarnya kerja-kerjapenyenggaraan dibuat atas dua (2) sebab, iaitu:

a. Kerja-kerja tersebut telah dirancangawal dan perlu dilaksanakan pada tarikh, tempoh yang telah ditetapkan.

b. Apabila bahagian pengguna mesinmembuat permintaan membaiki mesin yang diluar dari kerja-kerja yang telahdicadangkan.

4.2Untukkerja-kerja penyenggaraan pencegahan, penyelia atau kakitangan tertentumestilah melaksanakan kerja-kerja tersebut mengikut jadual dan dilakukan secaratersusun. Walau bagaimanapun untuk kerja-kerja yang dibuat melalui panggilankecemasan atau arahan daripada pihak atasan, maka perlaksanaan kerja-kerjatersebut agak sukar untuk mendapatkan hasil yang optimum.

4.3 Hal ini berlaku kerana ia dibuatdiluar dari yang dirancang dan diluar dari belanjawan yang ditetapkan. Olehitu, sekiranya pengurusan penyenggaraan menerima aduan kecemasan dari bahagianpengguna mesin, langkah-langkah segera perlu dibuat, begitu juga denganpermintaan dari pihak pengurusan atas.

5.KEBAIKAN PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

Diantarakelebihan ataupun kebaikan yang dapat diperolehi daripada penyenggaraanpencegahan adalah seperti berikut :

a. Kurang masa pengeluaran yang tidakproduktif kerana kerosakkan dapat dikurangkan.

b. Mengurangkan kerosakkan besar dariberlaku dengan sendirinya serta mengurangkan pembayaran gaji kerja lebih masa.

c. Kurang menggunakan tenaga pekerja dankemudahan senggaraan disebabkan jarang berlaku kerosakkan yang berulang-ulang.

d. Kos baik pulih yang rendah

e. Mutu hasil kerja yang lebih tinggikerana alatan sentiasa berada dalam keadaan baik.

f. Kurang pelaburan modal dalam membelialat-alat ganti yang berlebihan.

g. Mengurangkan kos senggaraan (kos buruh& bahan) dalam jangka masa panjang.

h. Keselamatan kerja yang lebih terjamin.

i. Penggunaan peralatan yang lebih lama darijangkaan had umurnya.

j. Kawalan kerja yang lebih sistematik dengan adanyajadual-jadual senggaraan.

k. Meningkatkan pengeluaran kerana tiadagangguan dari kerosakkan peralatan.

l. Mengurangkan kos seunit untuk setiap hasilyang dikeluarkan.

6.KESAN-KESAN JIKA PENYELENGGARAANPENCEGAHAN TIDAK DILAKUKAN

Terdapatbeberapa kesan (effect) akan berlaku ke atas peralatan jika tidak dijalankansenggaraan cegahan seperti :

a.Bertambahkerosakkan pada peralatan yang disebabkan oleh kekuatan (degradation) padaperalatan tersebut yang semakin lama bertambah.

b.Mengurangkanproduktiviti

c.Merendahkankualiti dan mutu kerja

d.

Hasil = Masukan Keluaran x 100%

Masukan

Mengurangkan hasil pengeluarandi mana

e. Lambat kerja-kerja penghantaran barang

f. Tahap pengeluaran barangan tidak menentu

g. Susutan dari segi sistem keselamatan pada lojiberkenaan

h. Melemahkan moral pekerja

i. Menyebabkan kerugian besar

7.KEJAYAAN DAN PERLAKSANAAN PROSES PENYELENGGARAANPENCEGAHAN

8.1 Kunci kejayaan program penyenggaraan pencegahanadalah bergantung kepada perlaksanaan penjadualan penyenggaraan yang telahditentukan. Penyenggaraan ini perlu dilakukan mengikut jadual dan haruslahdilakukan kepada semua komponen yang telah ditetapkan dan mengikut keperluanmesin. Perlu dipastikan bahawa penyenggaraan pencegahan perlu dilakukan dalammasa yang telah ditetapkan oleh pihak organisasi.

8.2 Perlaksanaan penyenggaraan konversionalmenggunakan konsep daripada lengkuk Bathub.Penjagaan ini mempunyai konsep dimana komponen mesin ditukar yang baru sebelumkomponen yang lama itu tamat jangka hayatnya.

8.3 Perlaksanaan penyenggaraan ini akan berjayasekiranya kenyataan atau perkara yang perlu dilakukan kepada mesin dan komponenmesin adalah jelas. Penyenggaraan pencegahan adalah lebih fokus kepada prosespembersihan komponen, proses pelinciran, proses pembetulan. Kekurangan berlakukepada komponen mesin yang diperolehi daripada pengujian dan pemeriksaan keatas komponen tersebut.

8.4 Apabila komponen mesin perlu dilaraskan atauditukar, ia perlulah dilakukan oleh orang yang mempunyai kemahiran yang tinggidan bermotivasikan pakar. Bilangan penukaran komponen atau bahagian mesinperlulah rendah dan ianya dilakukan hanya dimana bukti perangkaan menunjukkanciri-ciri komponen tidak boleh digunakan.

SOALAN

1.Berikanmaksud Penyelenggaraan Pencegahan (PreventiveMaintenance)?

2.Senaraikanempat (4) jenis penyenggaraan dalam Penyelenggaraan Pencegahan?

3.Nyatakankepentingan Penyelenggaraan Pencegahan?

RUJUKAN

1.Fluke,White Paper Publication, Ogos 2005, Thermography, 2nd Edition, FlukeCorporation.

2. http://pendidikanperak.gov.my/perak/attachments/article/1041/SkopKerjaPM.pdf

Posted by

adli khairul mansor

at06:52

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

roselyn Md10 July 2016 at 19:45

Very informative. Thank you.

ReplyDelete

Add comment

Load more...

Newer Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

About Me

adli khairul mansor

View my complete profile

Blog Archive

2015

(2)

November

(2)PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

Simple theme. Powered by Blogger.