Tugasan eml411 semester 1
-
Upload
fadzilah761017 -
Category
Education
-
view
157 -
download
9
Transcript of Tugasan eml411 semester 1
TUGASAN
SEPTEMBER 2013 SEMESTER
KOD KURSUS EML 411
TAJUK KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR FADZILAH BINTI MOHD YUNUS
NO. MATRIK E30209130649
NAMA FASILITATOR AKADEMIK
PUAN ASIAH BINTI HAJI PARIEKUTTY
PUSAT PEMBELAJARAN KUMPULAN A – BANTING C4
1
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirahim.
Alhamdulillah bersyukur ke atas Illahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada Puan Asiah
Pariekutty, pensyarah saya bagi subjek EML 411 Peningkatan Profesionalisme Guru, kerana
dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan
ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada suami serta ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah memberikan
saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga terhasillah tugasan
ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan serta membimbing saya untuk menghasilkan tugasan ini sebaik mungkin. Bimbingan
kalian tidak akan saya lupakan.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini. Sekian.
2
SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENGHARGAAN 2
SENARAI KANDUNGAN 3
1.0 PENDAHULUAN 4
2.0 SOALAN 1 : Perguruan ialah suatu Profesion 5
3.0 SOALAN 2 : Cabaran Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah 10
Rendah (KSSR) di Sekolah Saya : Satu Tinjauan
4.0 SOALAN 3 : Kejayaan sesuatu sekolah sangat bergantung kepada 20
Pucuk pimpinan. Bincangkan secara kritis.
5.0 RUMUSAN 24
RUJUKAN 25
3
PENDAHULUAN
Tugasan Peningkatan Profesionalisme Guru adalah satu daripada subjek yang perlu
dilaksanakan oleh semua pelajar yang mengambil kursus ini. Tugasan ini merupakan salah satu
komponen penaksiran yang telah ditetapkan untuk kursus ini.
Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi, iaitu
kebolehan mengaplikasikan prinsip dan konsep yang telah dipelajari dalam penyelesaian sesuatu
masalah, menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan menghasil sesuatu yang baru atau
mengubahsuai sesuatu yang sedia ada.
Subjek ini merangkumi Tajuk Profesion Perguruan, Tugas dan Peranan Guru, Etika
Perguruan, Standard Guru Malaysia, Pembangunan Profesion Perguruan, Pemuafakatan Guru –
Komuniti, Guru Sebagai Pemimpin dan Cabaran Profesion Perguruan.
Kesemua tajuk ini mendedahkan kepada pelajar tentang persediaan guru untuk
menghadapi segala cabaran, suasana dansituasi di sekolah agar dapat ditangani dengan baik.
Ilmu-ilmu ini dapat memastikan pelajar bersedia menjadi guru yang sanggup menghadapi apa jua
cabaran yang diberi.
Semoga semua peserta kurus ini dapat mengaplikasikan segala ilmu Peningkatan
Profesionalisme Guru dalam kerjaya mereka agar menjadi insan yang tahan dengna cabaran dan
mendokong segala hasrat kerajaan untuk menghasilkan murid yang berjaya dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelektual.
4
SOALAN 1 : PERGURUAN IALAH SUATU PROFESSION
Profesion berasal daripada perkataan Latin ‘profiteor’ yang terbahagi kepada “pro” yang
secara umum bermakna “ke arah” dan “fiteor” yang bermakna “ mengakuji, berjanji,
mendedahkan kepada semua, berikrar”.
Adalah sukar untuk memberi definisi yang tepat berkenaan konsep ‘profesion’.
Walaupun banyak telah ditulis tentang definisi profesion, masih tidak terdapat satu definisi yang
diterima umum. Berikut ini ialah contoh beberapa takrifan konsep profesion.
The Oxford English Dictionary mendefinisikan profesion sebagai peekerjaan yang dibayar
dan melibatkan latihan yang berpanjangan dan penganugerahan kelayakan formal.
Kamus Dewan (2005) menyifatkan profesion sebagai satu bidang pekerjaan yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khusus.
BUKTI BAHAWA GURU IALAH SUATU PROFESION.
1. Perkhidmatan Unik.
Hanya guru sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada
masyarakat untuk membangunkan personaliti, kebolehan mental dan fizikal setiap pelajar (Noran
Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993). Walaupun kanak-kanak boleh dididik oleh ibubapa
mereka, televisyen atau internet, namun guru adalah pakar yang dilatih untk mewariskan
pengetahuan dan kemahiran.
2. Latihan Khusus.
Semua guru yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah guru yang telah
menerima latihan yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Antara latihan yang
ditawarkan adalah seperti Diploma Perguruan Malaysia selama tiga tahun dan Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI) untuk mereka yang sudah memiliki ijazah sarjana muda daripada apa jua
bidang. Program-program Sarjana Muda Pendidikan Guru (B.Ed) yang ditawarkan oleh
universiti-universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang mengambil masa 4 tahun, termasuk
praktikum atau latihan mengajar yang wajib untuk semua guru pelatih.
5
3. Pengetahuan dan Kemahiran
Mengikut Shulman (1987), pengetahun yang perlu dikuasai oleh guru termasuk:
Pengetahuan tentang falsafah dan sejarah pendidikan
Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran (Content Knowledge)
Pengetahuan kandungan pedagogi (Pedagogigal Content Knowledge)
Pengetahuan mengenai kurikulum (sukatan pelajaran, bahan pembelajaran, alat bantuan
mengajar dan sebagainya)
Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah
Pengetahuan mengenai pentadbiran dan budaya sekolah.
4. Tanggungjawab.
Menurut Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia, guru bertanggungjawab terhadap pelajar,
terhadap ibubapa, kepada masyarakat dan Negara, kepada rakan sejawat dan profesion. Namun
begitu, setelah seseorang guru disahkan dalam jawatan, memang sukar bagi guru berkenaan
dipecat kecuali atas alasan jenayah atau kerana hukuman mahkamah.
5. Autonomi
Guru bebas menentukan kaedah mengajar. “Bilik darjah seseorang guru adalah mahligainya,
kerana di sini ia boleh mencuba berbagai-bagai cara pengajaran dan mempunyai atunomi yang
jarang dipersoalkan” (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986, h:223).
6. Kod Etika
Kod etika guru ditentukan oleh ‘Ikrar Guru’ dan ‘Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia’.
Selain itu, mereka dipantau melalui Perintah-Perintah Am Kerajaan yang memperincikan
tindakan yang dilarang dan tindakan yang boleh dilakukan.
7. Badan Profesional
Kesatuan-kesatuan guru lebih mengutamakan perkara berkaitan dengan skim perkhidmatan.
Terdapat banyak kesatuan dan persatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka
yang berbeza.
6
Kesemua ciri di atas telah membuktikan bahawa perguruan telah memenuhi ciri-ciri
tersebut dan boleh diiktiraf sebagai satu profesion.
PERTIKAIAN TENTANG KEDUDUKAN “PERGURUAN SEBAGAI PROFESION”
Perguruan adalah satu profesion. Namun begitu, terdapat beberapa ciri profesion perguruan
dipertikaikan keesahannya. Antara ciri tersebut ialah:
1. Pengetahun dan Kemahiran.
Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menggantikan sama ada guru tetap yang bersalin
atau guru tetap yang mengambil cuti tanpa gaji, tidak terdedah secara mendalam tentang
pengetahuan falsafah dan sejarah pendidikan, isi kandungan mata pelajaran, kandungan
pedagogi, kurikulum, pengurusan bilik darjah serta pentadbiran dan budaya sekolah dalam
menjalankan tugas mereka.
2. Latihan Khusus.
Walaupun terdapat berbagai-bagai program latihan guru, masih terdapat beribu-ribu guru yang
mengajar di tadika dan prasekolah yang tidak memiliki latihan perguruan. Juga terdapat guru-
guru sandaran mengajar di sekolah-sekolah dan tidak mempunyai kelayakan perguruan.
3. Autonomi
Seperti profesion lain, guru mempunyai autonomi. Namun autonomi seorang guru terhad
berbanding profesion yang lain. Contohnya, seorang peguam atau akauntan boleh menolak dan
memilih pelanggannya, manakala guru tidak boleh memilih pelajar yang diajar. Begitu juga
dengan kurikulum yang perlu diajarnya telah ditentukan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia.
4. Tanggungjawab
Perkhidmatan perguruan adalah tertakluk kepada Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia,
walaubagaimanapun, guru jarang sekali atau tidak pernah dipecat jawatannya kerena sebahagian
murid dalam kelasnya tidak dapat membaca. Setelah seseroang guru disahkan dalam jawatan,
memang sukar baginya untuk dipecat.
7
Ciri-ciri di atas amat diragui keesahannya kerana profesion lain amat menitikberatkan
ciri-ciri tersbut untuk mengekalkan kerjaya mereka adalah satu profesion seperti doktor, peguam
dan akauntan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG ‘PERGURUAN ‘ DISIFATKAN SEBAGAI
PRORESION.
Perguruan telah memenuhi segala ciri-ciri yang membolehkannya dianggap sebagai satu
profesion. Walaupun perguruan telah memenuhi ciri-ciri itu tetapi terdapat beberapa faktor yang
menghalang ‘perguruan’ disifatkan sebagai profesion. Antara faktor-faktor tersebut ialah:
1. Wujudnya Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
Mereka ialah individu yang tidak mempunyai kelayakan perguruan tetapi dibenarkan mengajar
di sekolah secara sementara sama ada untuk menggantikan guru yang sedang cuti bersalin atau
cuti tanpa gaji. Begitu juga dengan guru-guru di tadika swasta. Keadaan sedemikian tidak akan
dibenarkan sama sekali bagi profesion perubatan, profesion undang-undang mahupun profesion
kejuruteraan.
2. Tugas Guru yang Rencah.
Tugas guru adalah pelbagai atau rencah. Kadangkala guru dibebankan dengan tugas
perkeranian, pertanian, pembersihan, perubatan, kaunselor, kewangan dan sebagainya.
Sedangkan profesion lain seperti doctor, peguam dan akauntan hanya menjalankan tugas-tugas
yang ditetapkan sahaja dan tidak terlibat dengan beban tugas lain.
3. Tiada Spesifikasi Tugas
Guru pada era sebelum 2000, tugas mereka lebih bertumpu pada proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah, membuat rancangan mengajar harian, merancang Rancangan
Pengajaran Tahunan, pengurusan bilik darjah dan menanda buku latihan murid-murid.
Manakalah guru era selepas 2000 pelbagai cabaran harus ditempuhi yang menyebabkan guru
terpaksa berkorban wang ringgit dan masa yang lebih untuk mencapai hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia. Tugas yang paling mencabar masa kini ialah mengisi pentaksiran secara
online sedangkan system tersebut begitu lambat dan menyebabkan banyak impak negatif.
8
4. Beban Tugas Bertambah.
Tugas-tugas guru masa kini semakin membebankan. Semakin lama, semakin banyak tugasan
diberikan kepada guru terutama yang berkaitan dengan dokumentasi dan teknologi maklumat.
Keghairahan pihak kementerian untuk mengikut jejak langkah Negara luar terutama berkaitan
dengan teknologi maklumat amat menekan guru. Terdapat beberapa program yang memaksa
guru melaksanakannya seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), VLE frog dan yang
terbaru ialah program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KEBAT) yang memaksa guru
menguasai kemahiran teknologi maklumat dan berkorban wang ringgit untuk memenuhi
keperluan tersebut seperti melanggan broadband atau talian internet.
5. Nisbah bilangan guru dan murid yang tidak relevan.
Nisbah guru dan murid yang tidak relevan iaitu seorang guru nisbah 40 orang murid juga
menyebabkan guru tidak dapat mencapai hasrat kerajaan untuk menghasilkan generasi yang
berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masayarakat dan Negara.
Walau apa pun faktor penghalang yang wujud namun perguruan masih lagi dianggap
sebagai satu profesion kerana ia menjadi pilihan utama kepada golongan lepasan sekolah di
Malaysia. Contohnya pada tahun 2000, 90,000 pelajar telah memohon untuk mengikuti program
perguruan sedangkan program yang ditawarkan hanya menghendaki 6,000 orang sahaja. Malah
pemohon tersebut adalah terdiri daripada pelajar cemerlang. Tambahan pula, terdapat beberapa
golongan professional seperti jurutera, akauntan, pengamal undang-undang yang belajar dari
dalam dan luar Negara yang memohon untuk mengikuti program Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah (KPLI) untuk menjadi guru.
9
SOALAN 2 :
CABARAN PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
DI SEKOLAH SAYA : SATU TINJAUAN.
DEFINISI
1) KURIKULUM
Menurut Omstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan
atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati.
Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahun untuk
memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula
mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau
senarai kesemua mata pelajaran di sekolah.
2) STANDARD
Standard pula ditakrif oleh Kamus Dewan edisi keempat sebagai sesuatu yang dapat
diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain.
PENGENALAN
Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak dari keputusan Mesyuarat Susulan
Jemaah Menteri Bil. 6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008.
Satu usaha penambahbaikan dalam system pendidikan Negara terutamanya di peringkat sekolah
rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran
semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi
sekolah rendah.
Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan
penambahbaikan kurikulum persekolah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk
memastikan murid dibekalkan dengan pengetahun, kemahiran dan nilai yang relevan dengan
keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke- 21. Fokus transformasi kurikulum sekolah
rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil
10
kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
serta elemen keusahawanan.
Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolah rendah mendapat kelulusan
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulm Pusat Bil. 3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM
membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Dasar Pendiikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21,
Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat
tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk
bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar
untuk membentuk peribadi (learning to be). Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan
kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis
telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.
Bermula pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, sebanyak 500 buah sekolah telah
dijadikan sekolah rintis untuk menguji keberkesanan KSSR. Daripada 500 buah sekolah itu, 50
buah sekolah telah diuji rintis dengan semua mata pelajaran, manakala bakinya hanya diuji
dengan mata pelajaran terpilih sahaja.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang,
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan
nilai.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul
Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan.
Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Seni Visual dan
Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa
Arab.
Satu Tinjauan dilaksanakan dalam usaha mengenal pasti cabaran-cabaran yang timbul,
semasa pelaksanaan KSSR yang dihadapi oleh guru. Tinjauan ini penting untuk mengetahui
sejauh mana usaha guru dalam pelaksanaan KSSR ini.
11
Soalan Tinjauan
1. Mengetahui sejauh mankah latihan dalam perkhidmatan yang diberi adalah mencukupi.
2. Adakah guru dapat menterjemah Dokumen Standard Kurikulum (DSK) dengan baik?
3. Bagaimanakah pelaksanaan KSSR dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)?
4. Mengetahui sejauh manakah guru memahami Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?
5. Bagaimanakah pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilakukan?
6. Apakah jurang antara dasar dan pelaksanaan KSSR?
7. Adakah guru cekap dalam melaksankan KSSR?
8. Adakah infrastruktur yang disediakan berkesan dalam pelaksanaan KSSR?
Dapatan dan Perbincangan Tinjauan.
Hasil tinjauan merangkumi pandangan guru tentang masalah-masalah yang timbul
terutamanya dari aspek pengetahuan guru serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
dihadapi oleh guru sepanjang tiga tahun pelaksanaan KSSR di sekolah.
1. Sejauh manakah latihan yang diberikan mencukupi.
Hasil temubual berkaitan latihan dalam perkhidmatan mendapati pada tahun pertama
pelaksanaan KSSR bagi tahun 1, guru terlibat hanya dipanggil selama 2 hari utnuk menghadiri
kursus. Latihan atau kursus yang diberi kurang berkesan dan memfokuskan tentang perubahan
penting yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru. Kemungkinan juga disebabkan oleh
kecairan maklumat kerana bukan semua guru yang terlibat dengan PdP menghadiri kursus
tersebut. Manakala tahun berikutnya iaitu bagi tahun 2, 3, dan 4 guru yang teribat diberi latihan
selama 4 hari. Setiap sekolah hanya diwakili oleh seorang guru dan guru tersebut perlu
menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada guru-guru lain di sekolah tempat mereka
berkihdmat. Seorang guru yang ditemubual mencadangkan pihak KPM memanggil semua guru
yang terlibat untuk menghadiri kursus agar lebih memahami tentang pelaksanaan KSSR.
Kemungkinan masalah dari aspek kewangan menyebabkan pihak penganjur kursus tidak mampu
memberi kursus kepada semua guru. Oleh itu pihak sekolah perlu memastikan guru yang
menghadiri kursus tersebut untuk memberi kursus dalaman kepada semua guru yang akan
12
mengajar KSSR. Hal ini penting dalam usaha untuk mengelakkan berlakunya ketidaksampaian
maklumat dan semua guru menerima maklumat yang sama.
Guru tersebut yang telah menghadiri kursus KSSR ini menyatakan bahawa
Kursus yang diberi hanya memberi taklimat tentang KSSR secara umum dan perubahan yang
berlaku di dalam sukatan pelajaran, membincangkan tentang modul, Pentaksiran Berasaskan
Sekolah dan cara pelaksanaan PBS. Semasa Kursus, guru-guru dikehendaki merancang
Rancangan Pengajaran Harian (RPH). RPH yang dibina oleh guru-guru adalah seperti biasa
dilaksanakan di sekolah. Keadaan ini menyebabkan guru-guru melaksanakan pengjaran mereka
berdasarkan apa yang difahami semasa kursus dan tiada perubahan dari segi amalan pengajaran
dilakukan kerana guru sendiri tidak pasti apa yang sepatutnya mereka laksanakan kerana ia
adalah perkara yang baharu.
2. Adakah guru dapat menterjemah Dokumen Standard Kurikulum (DSK) dengan baik?
Hasil temubual yang telah dilakukan mendapati guru dapat menterjemah Dokumen
Standard Kurikulum(DSK) dengan baik. KSSR digubal dalam 2 bentuk; iaitu Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Ia perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh
persekolahan yang ditetapkan. Melalui DSK ini guru dapat mengikuti garis panduan yang telah
ditetapkan, secara tidak langsung dapat mengatasi keciciran dalam pembelajaran murid di
sekolah.
DSK ini adalah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam PdP. Guru menggunakan
dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaran mereka. Namun begitu, guru-guru
juga masih memerlukan dan mengharap pendedahan seperti kursus yang lebih komprehensif
diadakan dalam menentukan strategi pengajaran yang perlu dilaksanakan semasa PdP bagi
meningkatkan penguasaan murid dalam menguasai DSK yang telah ditentukan.
Contohnya seperti kemahiran yang terdapat di dalam Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) di dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, terdapat beberapa
kemahiran yang guru sendiri tidak dapat kuasai terutama guru-guru veteran yang tidak begitu
celik tentang kemahiran komputer. Sehubungan itu, satu kursus yang memfokuskan guru kepada
kemahiran teknologi bermula dari kemahiran yang terdapat dalam Microsoft Word, Microsoft
Excell dan Microsoft Power Point serta strategi pengajartan yang dapat dilaksanakan dan
13
penilaian yang perlu dilaksanakan dalam topik TMK perlu diberi secara terperinci agar
perjalanan PdP berjalan lancar.
3. Bagaimanakah pelaksanaan KSSR dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)?
Dalam pelaksanaan PdP bagi KSSR dapatan tinjauan mendapati guru masih lagi
menggunakan pendekatan yang sama seperti yang dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya.
Tiada perubahan yang dilakukan dari aspek pengajaran. Kebanyakan guru masih menggunakan
buku teks, buku aktiviti, Modul Pengajaran dan ABM serta carta yang ada di sekolah.
Modul Pengajaran yang disediakan oleh KPM untuk panduan guru, boleh dimuat turun
dari laman sesawang KPM, namun tidak diwajibkan penggunaannya kepada semua guru.
Kebanyakan guru menggunakan modul ini pada topik tertentu sahaja. Guru juga terpaksa
menggunakan dan menghabiskan buku aktiviti tambahan yang telah dibeli oleh murid yang telah
ditetapkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Keadaan ini menunjukkan tiada keseragaman dari
segi pelaksanaan dalam penggunaan modul kerana penggunaannya tidak diwajibkan terhadap
semua guru.
4. Mengetahui sejauh manakah guru memahami Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran berdepan tugas berat bagi
melengkapkan kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh
Negara menghadapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Program latihan yang
sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap pelaksanaan
PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan murid yang lebih berkualiti. Sistem PBS
adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran membangunkan modal insan
secara holistic dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual,
pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi.
Tinjauan temubual menunjukkan bahawa guru yang terlibat dengan KSSR ini tidak
memahami bagaimana pelaksanaan PBS ini dijalankan pada awalnya. Tetapi setelah mereka
mula mengajar KSSR dan melaksanakan pentaksiran barulah mereka faham tentang pelaksanaan
PBS. Pentaksiran hendaklah dilakukan setelah habis setiap standard kurikulum yang diajar.
Sekiranya murid tidak menguasai standard tersebut dan tidak melepasi pentaksiran yang dibuat,
guru hendaklah memastikan murid tersebut tetap menguasai standard yang ditetapkan di luar
14
waktu PdP. Guru juga terpaksa memastikan murid tersebut menguasai sepenuhnya pentaksiran
yang dijalankan agar mereka menguasai standard yang telah ditetapkan. Setelah itu, guru
hendaklah melaporkan penilaian yang telah dibuat ke dalam system PBS secara online. Bagi
mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang berkaitan online, guru digalakkan untuk
membuat borang transit PBS agar tahap penilaian terhadap murid tetap boleh dilakukan
walaupun terdapat permasalahan pada sistem yang diwujudkan di laman sesawang yang telah
disediakan.
5. Bagaimanakah pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilakukan?
Tahun 2011 mencatatkan perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia apabila
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada murid Tahun 1 sekolah rendah.
Perubahan yang dimaksudkan ialah perbezaan antrea keadaan semasa dengan sebelumnya (Amir
Hassan Dawi, 2006) iaitu penilaian terhadap pelajar telah ditukarkan kepada Pentaksiran
Berasaskan Sekolah bagi menggantikan penilaian yang berorientasikan peperiksaan.
Pelaksanaan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan
tanggungjawab guru-guru semakin mencabar (Amir Hassan Dawi, 2206).
Hasil temubual yang dijalankan menunjukkan bahawa pada tahun pertama PBS
dilaksanakan guru masih kabur dengan pelaksanaannya. Contohnya seperti bagaimanakah
pentaksiran dibuat, bagaimanakah pula dengan pengumpulan instrument pentaksiran (eviden),
dan bagaimanakah sistem online dilaksanakan.
Namun pada tahun berikutnya, guru-guru telah didedahkan dengan kaedah yang lebih
mudah bagi mengurangkan beban guru. Contohnya tentang pengumpulan bahan instrument/
eviden murid. Pada tahun pertama pelaksanaan PBS semua bahan eviden dikumpulkan bagi
semua subjek ini membebankan guru dan sekolah terutama mengenai tempat penyimpanan
bahan tersebut. Hal ini dipermudahkan oleh Lembaga Peperiksaan dengan mencadangkan agar
guru perlu lebih kreatif dalam menghasilkan eviden, tidak semestinya hanya menggunakan
lembaran kerja, guru juga boleh menggunakan borang senarai semak, menggunakan buku aktiviti
yang dibekalkan atau menggunakan buku tulis sebagai eviden.
Dari segi pengumpulannya pula, mengenai cara yang terkini untuk penyimpanna eviden
ialah guru boleh memulangkan kepada murid eviden yang telah diisi data pentaksirannya di
15
dalam sistem PBS berdasarkan Dokumen
Standard Prestasi (DSP) yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
6. Apakah jurang antara dasar dan pelaksanaan KSSR?
Berdasarkan temubual yang dijalankan, terdapat jurang antara dasar dan pelaksanaan
KSSR. Antara jurang tersebut ialah kekangan sumber manusia dan prasarana, komitmen pihak
pengurusan, guru dan komuniti. Isu dan masalah menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran akibat pembekalan komputer yang tidak seimbang antara
sekolah bandar dan luar bandar, sekolah bantuan kerajaan dan bantuan modal. Latihan dalam
perkhidmatan yang kurang berkesan sama ada oleh faktor masa atau sikap guru itu sendiri.
Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan yang disediakan oleh pihak Kementerian.
Bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
7. Adakah guru cekap dalam melaksankan KSSR?
Menurut Cohan dan Manion (1981, pelajar sukakan guru yang “cekap” (Noran Fauziah
Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob, 1993). Hasil temubual yang dijalankan menunjukkan
bahawa guru perlu cekap dalam melaksanakan KSSR ini kerana guru terpaksa memastikan
semua murid mesti melepasi standard yang telah ditetapkan.
Guru juga telah dibekalkan dengan modul pengajaran yang boleh digunakan dan
dijadikan bahan rujukan pengajaran yang dimuat turun sendiri oleh guru berkenaan. Modul
tersebut juga mengandungi cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan kepada murid.
8. Adakah infrastruktur yang disediakan berkesan dalam pelaksanaan KSSR?
KSSR tealah menyediakan DSK yang lengkap untuk dilaksanakan oleh guru-guru yang
terlibat. Namun begitu terdapat beberapa Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang
tidak dapat dilaksanakan di sekolah akibat kemudahan infrastruktur yang tidak mencukupi dan
relevan dengan sekolah-sekolah yang terdapat di Malaysia.
Hasil temubual yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat beberapa standard kandungan
dan standar pembelajaran yang tidak relevan terutams di sekolah luar Bandar. Contohnya,
seperti DSK bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani, terdapat topic yang menyentuh mengenai
16
asas berenang. Akibat tiada kemudahan kolam renang, murid tidak dapat menguasai kemahiran
yang sepatutnya dicapai oleh mereka. Murid hanya didedahkan melalui tayangan video sahaja
kaedah asas tersebut.
Manakala bagi Standard Pembelajaran TMK di dalam mata pelajaran Dunia Sains dan
Teknologi pula, masih lagi terdapat sekolah yang tidak mempunyai makmal computer ataupun
mempunyai kemudahan computer tetapi ianya terhad akibat tiada penyelenggaraan yang betul
yang perlu dilakukan oleh pihak kementerian tidak memungkinkan bagi murid mencapai
standard yang ditetapkan.
Kesimpulan
Berdasarkan temubual yang dilakukan. Sebenarnya terdapat banyak lagi cabaran yang
dihadapi oleh guru dalam melaksanakan KSSR di sekolah. Walaupun latihan yand diberi telah
mencukupi namun bagi sesetengah guru yang terpaksa mengajar sehingga 8 kelas menyukarkan
pelaksanaan KSSR dijalankan dengan berkesan. Perkara ini harus ditangani oleh pihak
pentadbiran dengan baik.
Guru seharusnya tidak dibebankan dengan jadual pengajaran yang tidak efektif. Pihak
penatdbiran seharusnya memikirkan bahawa seseorang guru tidak dibebankan dengan subjek
yang banyak bagi mengelakkan berlakunya ketidakcekapan proses PdP dilaksanakan. Terdapat
guru yang terpaksa mengajar sehingga 8 subjek yang berlainan, sudah tentulah ia membebankan
terutama dalam penyediaan rancangan pengajaran, bahan pengajaran dan pelaksanaan sistem
online untuk PBS.
Guru memang berkeupayaan untuk menterjemah DSK dengan baik. Namun terdapat
beberapa Standard kandungan dan Standard Pembelajaran yang sukar dicapai oleh murid.
Seharusnya pihak penggubal DSK ini memikirkan keupayaan murid untuk mencapai standard
yang ditetapkan. Terrdapat DSKP yang terlalu tinggi arasnya. Contoh yang terbaru ialah DSKP
bagi mata pelajaran TMK bagi tahun 4, murid terpaksa menguasai kemahiran pengiraan matrix
yang sepatutnya diajar di tingkatan 4 KBSM serta menguasai cara melaksanakan papan cerita
yang juga terdapat di dalam sukatan pelajaran TMK Tingkatan 4. Pihak Penggubal sepatutnya
menggubal DSK yang relevan dengan tahap kebolehan murid mengikut umur mereka dan
mengambil kira kemudahan yang terdapat di sekolah.
17
Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat difahami oleh guru dengan sebaiknya kerana ia
merupakan penilaian yang dibuat setiap kali selepas proses PdP dilakukan. Namun begitu,
pelaksanaan sistem ini menjadi sukar apabila pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri
tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah baik sistem online yang disediakan.
Malahan sistem ini bertambah teruk. Sebelum ini capaian sistem ini boleh diakses daripada enjin
carian yang pelbagai contohnya enjin carian Mozilla Firefox, Safari dan Google. Tetapi kini,
guru-guru hanya dibenarkan untuk mengisi data pentaksiran online murid di dalam enjin carian
internet explorer yang begitu lambat proses cariannya.
Seharusnya pihak KPM maklum bahawa KSSR akan bertambah ke tahun-tahun
seterusnya malahan KSSM juga telah wujud. KPM sepatutnya sedar bahawa guru-guru yang
mengakses sistem PBS ini semakin ramai dan perlu menyediakan ‘server’ yang lebih besar untuk
diakses oleh guru-guru di seluruh negara. Guru-guru juga terpaksa berkorban wang ringgit untuk
melanggan broadband, wifi, strymix dan sebagainya untuk memenuhi hasrat KPM. bukan itu
sahaja, guru-guru juga terpaksa berkorban masa untuk mengisi data pentaksiran secara online
tidak kira pagi, petang, siang, malam, awal pagi mahupun subuh dek kerana sistem yang lambat
dan kadangkala tidak boleh diakses oleh guru.
Ini menunjukkan terdapat banyaknya jurang antara dasar dan pelaksanaan KSSR. Begitu
besar hasrat kementerian yang harus dipatuhi dan dilaksanakan oleh guru. Namun adalah sukar
bagi melaksanakan KSSR jika pihak kementerian tidak menyediakan kemudahan dan prasarana
yang lengkap kepada guru agar tugas-tugas guru tidak terbeban.
Kecekapan guru juga merupakan faktor penyumbang ke arah kejayaan pelaksanaan
KSSR ini. Bagi menghasilkan guru yang cekap, perlunya kepada pentadbiran yang cekap.
Guru-guru tidak akan membuat kerja sambil lewa sekiranya pihak pentadbiran sekolah
menjalankan pentadbiran yang cekap dan efisyen serta mengambil kira permasalahan yang
dihadapi oleh guru dan menanganinya dengan segera. Mengannggap guru-guru bukan sebagai
pekerja tetapi sebagai satu pasukan untuk memajukan organisasi.
Cabaran yang amat besar dalam pelaksanaan KSSR ini ialah mengenai penyediaan
infrastruktur yang lengkap bagi amat perlu bagi memastikan kejayaannya. Pihak KPM
seharusnya menyediakan kemudahan bagi setiap DSK yang telah ditetapkan bagi memastikan
kelancaran guru melaksanakan dan menjayakan KSSR ini. Namun kebiasaannya KPM hanya
menyediakan infrastruktur awal sahaja dan tiada penyelenggaraan secara berjadual dibuat bagi
18
memastikan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan tidak rosak dan boleh digunakan
dalam jangka masa yang lama.
Kementerian Pendidikan Malaysia kini sepatutnya memandang berat cabaran-cabaran ini
bagi menjayakan sistem KSSR ini. Cabaran-cabaran ini harus dipikul bersama dari peringkat
atasan di Kementerian sehinggalah peringkat bawahan iaitu guru. Jangan hanya menjadikan
guru sebagai pelaksana tetapi tidak mengambil peduli kesusahan yang dialami oleh mereka dan
menuding jari kepada guru andai KSSR ini tidak dapat dicapai dengan jaya seperti yang
diharapkan.
19
SOALAN 3 :
KEJAYAAN SESUATU SEKOLAH SANGAT BERGANTUNG KEPADA PUCUK
PIMPINAN. BINCANGKAN SECARA KRITIS.
Definisi Kepimpinan
Kamus Dewan (2002) mendefinisi kepimpinan sebagai keupayaan memimpin.
Kim dan Maubourgne (1992) mendefinisikan kepimpinan sebagai kebolehan seseorang
memberi inspirasi, keyakinan dan sokongan kepada sekumpulan manusia ke arah
mencapai sesuatu matlamat.
Fidler (1992) mentakrifkan kepimpinan sebagai keupayaan meyakinkan dn
mempengaruhi pengikutnya ke arah mencapai matlamat.
1. Pengenalan
Kepimpinan berlaku apabila seseorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang
lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif sekolah. Sekolah yang berjaya dapat
dibezakan dengan sekolah yang tidak berjaya bergantung kepada gaya kepimpinan yang dinamik
dan efektif. Kejayaan sesuatu sekolah bergantung pada kepimpinan yang bewibawa. Sekolah
yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang (Abd. Karim 1989). Atan Long dalam
kajiannya pada 1991 mendapati sekolah-sekolah yang mempunyai kejayaan yang tinggi dlaam
bidang akademik adalah dipimpin oleh pengetua yang berkesan.
Menurut Prof Datuk Dr Ahmad Zainuddin Pengarah UNISEL Shah Alam, kepimpinan
unik seseorang pemimpin yang baik merangkumi kebolehan memberikan hala tuju yang jelas,
menggalalakkan orgaisasi supaya cenderung kepada pendidikan, memacu sekolah supaya lebih
berkesan dan berkeperibadian yang menyokong usaha percambahan ilmu. Beliau menjelaskan,
fator kritikal yang menentukan pencapaian cemerlang sekolah adalah pengurusan yang baik dan
kepimpinan yang strategic.
Pemimpin yang dinamik, berpengalaman dan proaktif dapat mengatasi masalah
perbezaan antara kakitangan dengan bijak menerusi perbincangan yang telus da nada
permuafakatan, sekali gus mencari kaedah dan pendekatan kerjasama yang jelas serta kukuh.
Husin (1993) dalam buku ‘Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah’ membezakan
keberkesanan sekolah ialah kepimpinan guru besar. Kepimpinan guru besar yang dinamik dan
bersungguh merupakan penggerak kepada kejayaan sekolah. Guru besar berkesan ialah guru
20
besar yang memainkan peranan sebagai pemimpin yang berwawasan jelas tentang organisasinya
dan kakitangannya.
Tafsiran Kejayaan Sekolah
Kejayaan Sekolah dapat dicapai apabila sesebuah sekolah itu mempunyai tahap
pengurusanyang paling sistematik dalam melaksanakan semua aktiviti-aktiviti tidak kira dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan aktiviti ko-kurikulum sekolah. Ini melambangkan
sekolah tersebut berkemampuan untuk menyeimbangkan pencapaian murid dari segi pelajaran
dan juga ko-kurikulum. Definisi sekolah cemerlang sudah pasti dapat dicapai oleh mana-mana
sekolah yang berjaya melakukan penyeimbangan dalam pencapaian murid dari semua aspek.
Bagi merealisasikan sekolah cemerlang ini, seorang individu di dalam organisasi sekolah
mestilah mengambil peranan tersebut. Individu tersebut ilah guru besar, iaitu orang yang paling
bertanggungjawab dan paling berhak memberikan arahan dalam pengurusan sekolah. Sekiranya
seseorang guru besar itu tidak bertanggungjawab dan bersikap sambil lewa sahaja dalam
pengurusannya akan mendatangkan kesan yang sangat besar terhadap sekolah. Definisi sekolah
cemerlang juga tidak akan dapat dilaksanakan yang akan menyebabkan prestasi dan pencapaian
murid menurun.
Antara Jenis-jenis Kepimpinan
1. Pemimpin Karismatik
Pemimpin yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, sensitive terhadap
persekitarannya, sensitirf terhadap keperluan ahli, dianggap sebagai agen perubahan, sanggup
mengambil risiko dan melakukan sesuatu yang tidak konvensional atau luar biasa.
2. Pemimpin Demokratik
Pemimpin yang mementingkan keputusan bersama, mengambil kira semua pandangan
majority, kritikikan, teguran dan pujian yang objektif dan adil, paling berkesan, pemimpin yang
membantu ahli membentuk matlamat dan alternative sendiri, pemudah cara, memberi sumbangan
yang optimum, memberi kebebasan kepada ahli dan mementingkan prestasi, pencapaian dan
kesungguhan.
21
3. Pemimpin Autokratik
Pemimpin yang kurang kepercayaan, bersifat kuku besi/ tanpa soal. Bersifat menunggu
arahan, bergantung kepada ganjaran, pemimpin yang menentukan semua matlamat dan dasar
mengenai aktiviti termasuk peraturan, prosedur dan teknik, melantik jawatankuasa dan
menentukan tugas, masa dan tempat bagi sesuatu aktiviti, orang baawahan tidak diberi peluang
untuk memberi cadangan, hubungan sehala, memberi pujian dan kritikan secara peribadi.
4. Pemimpin Laissez-faire
Pemimpin yang tidak ada keyakinan diri, tidak menetapkan matlamat kumpulan, interaksi
kurang, pengurusan lemah, memberi kebebasan sepenuhnya kepada ahli untuk membuat
keputusan, tidak membuat penilaian, tidak membei pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali
diminta oleh ahli, tidak menentukan tugas dan tanggungjawab ahli, tidak menekankan prestasi,
pencapaian dan kecemerlangan ahli, memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada ahli dan
kadangkala ahli mengambil tugas ketua.
Kaitan Corak Kepimpiman dengan Kejayaan Sekolah.
Kepimpinan Karismatik adalah kepimpinan yang banyak dikaitkan dengan kejayaan
sesebuah sekolah. Karisma ialah satu konsep yang agak tersisih. Ianya mudah dikenali tetapi
sukar ditafsirkan. Menurut Bass (1984), Karisma mengikat dan mengurung anjakan kuat emosi
pengikut-pengikut, melampaui aras kendiri yang biasa, kasih sayang, kekaguman dan
kepercayaan.
Konsep karisma ini sebenarnya telah lama diperkenalkan dalam kajian mengenai
kepimpinan oleh seorang ahli Sosiologi berbangsa Jerman, Max Weber (1924/1947) pada awal
dekad abad ke 20. Weber melihat Pemimpin Karismatik ini sebagi individu yang mempunyai
sifat kendiri yang amat tinggi dan dianugerahkan dengan kualiti-kualiti peribadi yang akan
menjadi contoh kepada orang lain. Mereka bekemampuan menonjolkan keyakinan diri, sifat
dominasi, mempunyai hala tuju dan berkemampuan secara psikologi untuk menghubungkan
matlamat dengan idea-idea kepada pengikut-pengikutnya. Mereka juga mempunyai pengaruh
yang luar biasa ke atas pengikut-pengikutnya sehingga mereka berkesanggupan
memperhambakan diri untuk memenuhi tujuan dan aspirasi moral.
22
Kepimpinan karismatik adalah wajar digunakan sebagai pendekatan terkini dalam
pengurusan sekolah memandangkan perubahan pendidikan globalisasi yang lebih menuju
kecemerlangan dalam semua bidang terutamanya pengurusan sekolah dan kejayaan sekolah itu
sendiri. Dariapda hasil dapat kajian M. Al-Mus-Samil bin Yasin dan Nazri bin Mahmood
(Fakulti Pendidikan, UTM) bahawa Pengetua SMK Taman Universiti 2 mengamalkan ciri-ciri
kepimpinan karismatik di dalam pengurusan sekolahnya. Guru selesa dengan corak tingkah laku
yang diamalkan pengetua yang sentiasa memberi kepercayaan dan memandu mereka mencapai
aspirasi sekolah. Mereka dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh iltizam dan
bermotivasi. Sikap pengetua yang sentiasa memastikan guru-guru menjalankan tugasan dengan
penuh keupayaan dengan suntikan semangatnya dalam organisasi menjadi pembakar semangat
kepada guru untuk terus bekerja demi kecemerlangan organisasi.
Menuru Ab. Azizi (2000), antara faktor-faktor yang menentukan kepuasan kerja ialah
keadilan dalam pemberian ganjaran dan sokongan terhadap suasana pekerjaan oleh pemimpin.
Pengetua memainkan peranan dapat meningkatkan kepuasan kerja guru dengan tidak merasa
terbeban dengan tanggungjawab yang diberi oleh Pengetua dan sentiasa mendapat peluang untuk
menunjukkan prestasi kerja yang baik dari semasa ke semasa.
Pengetua yang mengamalkan cara kepimpinan karismatik juga sanggup memuaskan
pekerja supaya dapat meningkatkan produktiviti organisasi melalui pelbagai strategi. Mereka
juga rajin, bertoleransi dan adil dalam melakukan sesuatu pencapain seperti membuat
perancangan dan belanjawan. Guru merasa gembira kerana dapat mencapai sasaran kerja yang
diberi (SKT), dan merasa seronok melaksanakan tugas bersama rakan seperjuangan walaupun
penuh dengan cabaran selain penghargaan di atas hasil usaha yang telah dilakukan.
Kesimpulan
Kejayaan sesebuah sekolah bergantung pada individu yang mentadbir sekolah tersebut,
menggunakan kemudahan yang kondusif, tanpa pembaziran tenaga dan sumber. Bagi mencapai
pendidikan abad ke 21, pemimpin sekolah perlulah dinamk, mempunyai kepimpinan berkesan,
berkualiti dan cemerlang serta perubahan yang berlaku dirancang, dilaksanakan dan dipantau
secara sistematik supaya kejayaan sekolah mendorong kepada penghasilan generasi cemerlang,
terbilang, gemilang dan berakhlak mulia.
23
RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan tugasan Peingakatan Profesionalisme
Guru dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa proses menyiapkan tugasan ini, banyak
pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.
Setelah menyiapkan tugasn ini, saya dapat memahami lebih mendalam tentang
Peningkatan Profesionalisme Guru. Saya telah dapat memahami tentang profesion guru, cabaran
pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), serta kepimpinan sekolah yang
cemerlang.
Semoga dengan terhasilnya tugasan ini dapat memantapkan lagi kerjaya saya sebagai
guru, lebih-lebih lagi dalam menghadapi pelbagai cabaran terutamanya melibatkan kemahiran
teknologi dan pelbagai pendekatan terkini yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Saya berharap agar pendidikan di Malaysia mengiktiraf profesion peruguruan dan
memartabatkan profesion ini di peringkat tertinggi. Saya juga berharap saya dapat mengharungi
apa jua cabaran dalam bidang pendidikan dalam usaha mendidik anak bangsa supaya menjadi
bangsa yang maju dan berdaya saing sama ada di dunia ataupun di akhirat kelak.
Sekian.
24
RUJUKAN
Daripada Halaman Web atau Halaman Sesawang
1. Petikan diambil daripada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dari laman
sesawang http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/index.php/pengenalan
2. Petikan diambil daripada Kertas Kerja Pelaksanaan Sains KSSR Tahun Satu: Satu
Tinajauan Awal oleh Fazliza Che Amat ([email protected]), Zurida Ismail, Nooraida
Yakob Universiti Sains Malaysia, Abdul Majeed Ahmad Universiti Teknologi Mara dari
laman sesawang
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/15.pdf
3. Petikan diambil daripada Blog Cikgu Semasa dari laman sesawang
http://cikgusemasa.blogspot.com/2012/08/kurikulum-standard-sekolah-rendah-
kssr.html
4. Petikan diambil daripada Pekembangan Kurikulum : Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) suatu Transformasi dari laman sesawang
http://cikgusemasa.blogspot.com/2012/08/kurikulum-standard-sekolah-rendah-
kssr.html
5. Petikan diambil daripada Kertas Kerja Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di
Sekolah Menengah dari Perspektif Guru oleh Sharifah Munirah bt Sayed Mohamed Noor
dari laman sesawang http://www.slideshare.net/sharifahmunirah1002/tugasan-3-
15429345.
6. Petikan diambil daripada Kertas Kerta Kepimpinan Berkesan dalam Kalangan Pengetua
di Sekolah Adalah Penentu Pendidikan Abad ke 21 oleh M. Khata Jabor, Zaipah binti
Ismail dari laman sesawang http://www.iab.edu.my/sn20_papers/KK_ADRI_Zaipah.pdf
7. Petikan diambil daripada Pendekatan Terkini Kepimpinan Karismatik dalam Pengurusan
Sekolah oleh M. Khata Jabor, Rahmah Md Yusof dari laman sesawang
http://www.iab.edu.my/sn20_papers/KK_ADRI_Rahmah.pdf
25
Daripada Akhbar
Kerajaan Sedia Menambahbaik Sistem PBS; Rungutan Guru Dikaji. Berita Harian, 5
November 2012 ms 3.
Daripada Jurnal
Sanitah Mohd Yusof dan Norsiwati Ibrahim. (2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun
Satu Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Di Daerah
Kluang, Journal of Science and Mathematics Education, 6, 26-38.
Daripada Buku
Mok Soon Sang (2010), Penyelidikan Dalam Pendidikan, Perancangan dan Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
26
27