Tugasan 1 KPD4033

download Tugasan 1 KPD4033

of 34

Transcript of Tugasan 1 KPD4033

KPD 4033: PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJARTAJUK TUGASAN: PENGUASAAN KONSEP

DISEDIAKAN OLEH: Nama NOR FAZILAH BINTI IBRAHIM NOORAIDA BINTI MAHYUDIN No. Matrik L20112008554 L20112008574

KUMPULAN KULIAH PENSYARAH

: KUMPULAN X : DR. MOHD UZI BIN DOLAH

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

ISI KANDUNGAN1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Teori Perkembangan Kognitif Jasmani: Jean Piaget Perkembangan Emosi Fizikal (Psikososial) Erikson Teori Pelbagai Kecedasan (Howard Gardner) Teori Permodelan Bandura Autisme Pengurusan dan Pengajaran Penilaian Pelajaran Pelbagaian Pemulihan dan Pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran Rakan Sebaya Penyoalan Dengan Pemikiran Kritis dan Kreatif Memadatkan Kurikulum dan Pengajaran Pintar Cerdas Disleksia Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) Pendekatan Pembelajaran Kooperatif Bibliografi 1-2 3-4 5-6 7-8 9-10 11-12 13-14 15-16 17-18 19-20 21-22 23-24 25-26 27-28 29-30

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP 1. TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JASMANI : JEAN PIAGET

Maksud konsep Jean Piaget berasal dari Switzerland, merupakan ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan. Kajian Piaget adalah menjurus kepada perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui 4 peringkat mengikut perubahan umur mereka. 4 peringkat dalam perkembangan kognitif tersebut adalah: a) Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun) Kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan

berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas 2 bulan, kanak-kanak boleh membezakan objek dalam persekitarannya.Apabila mencapai umur 4-8 bulan bayi mempunyai daya kordinasi antara penglihatan dan sentuhan manakala pada umur 1 tahun kanak-kanak mula menyedari objek lain.Pada peringkat 1-2 tahun kanakkanak cuba menggunakan berbagai-bagai skema untuk mengadaptasi persekitarannya dan akhir 2 tahun, kanak-kanak mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah.

b) Peringkat Pra-Operasi (2-7 Tahun)

Kanak-kanak pada waktu ini boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila umur meningkat ke 4 tahun, kanak-kanak mula boleh bertutur dengan fasih melalui bahasa yang dikuasainya. Mereka juga beranggapan pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka percaya setiap benda mempunyai jiwa dan mereka juga mula memberi sebab utuk menyokong kepercayaan mereka dan berupaya mengelaskan objek ikut cirri tertentu.

c) Peringkat Operasi-Konkrit

Egosentrik kanak-kanak mula luput, kanak-kanak mula memperoleh konsep transformasi dan boleh mempelajari1

lebih dari 1 perkataan dalam satu masa.

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

Kanak-kanak boleh memikir serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan dan boleh berfikir secara abstrak.

d) Peringkat Operasi Formal

Bermula umur 12 tahun ,perkembangan diperingkat kemuncak iaitu pada umur 16 tahun,kanak-kanak telah dapat berfikir secara abstrak, mereka dapat menyelesaikan masalah yang kompleks dan boleh mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain.

Sebab pemilihan teori Teori ini dipilih kerana teori ini amat sesuai diaplikasikan untuk semua peringkat umur kanak-kanak bermula dari 0 hingga 2 tahun, sehingga ke peringkat operasi formal iaitu selepas 12 tahun. Pada peringkat awal perkembangan, kanak-kanak telah dapat mengadaptasi persekitarannya. Pada peringkat perkembangan deria motor kanak-kanak menggunakan struktur kognitif untuk mengadaptasi persekitarannya, manakala pada peringkat pra-operasi pula kanak-kanak mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka.

Perkaitan teori dengan pengajaran kepelbagaian pelajar Berdasarkan kepada teori kognitif Jean Piaget, teori ini sesuai diintegrasikan didalam semua kelas mengikut peringkat umur yang berbeza.Ini kerana peringkat perkembangan pelajar berkembang seiring dengan umur mereka. Guru juga dapat melihat perkembangan para pelajar berdasarkan kepada kemajuan dan kecerdasan yang ditunjukkan. Guru juga dapat melihat perkembangan mental kanak-kanak mengikut kematangan fisiologi dan pengalaman seorang kanak-kanak sejak kecil lagi. Perubahan dalam diri pelajar juga berlaku disebabkan interaksi dengan persekitaran. Contohnya dapat dilihat apabila pelajar dapat memahami konsep promosi apabila melihat promosi yang berlaku di pasaraya melalui jualan murah dan iklan di televisyen.

2

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

2.

PERKEMBANGAN EMOSI FIZIKAL (PSIKOSOSIAL) ERIKSON

Maksud konsep Erik Erikson adalah tokoh psikologi yang membentuk teori yang sesuai dengan perkembangan manusia berdasarkan jangkamasa kehidupan mereka. Manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu atasi kesulitan mengikut masa dan peringkat perkembangan tertentu. Teori yang dibentuk adalah berdasarkan pengalaman kehidupan dan apa yang dipelajari. Perkembangan individu adalah bergantung kepada tindakbalas terhadap keperluan-keperluan asas mereka. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia. Setiap peringkat timbul tingkahlaku positif dan negatif yang membawa masalah dan penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya.

3

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

Peringkat

Anggaran

Ciri-ciri

Umur Kepercayaaan lawan Lahir 18 Bayi menjalinkan hubungan kasih sayang dan kepercayaan ketidakpercayaan bulan dengan pengasuh atau membentuk perasaan tidak percaya. Autonomi lawan 18 bulan Perkembangan kemahiran fizikal iaitu berjalan, malu/keraguan 3 tahun menggenggam dsb. Kanak-kanak boleh belajar mengawal tetapi mungkin membentuk perasaan malu dan keraguan Inisiatif sekiranya tidak diuruskan dengan baik. lawan 3 tahun6 Kanak-kanak menjadi lebih mendesak tetapi kemungkinan

perasaan bersalah tahun keterlaluan hingga menimbulkan perasaan bersalah. Ketekunan lawan 6 tahun Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran rasa rendah diri Identiti 12 tahun baru atau menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan, dan tidak cekap. lawan 12 tahun Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan,

kekeliruan identiti 18 tahun peranan jantina, politik dan agama. Kerapatan lawan 18 tahun Dewasa membina hubungan rapat atau merasa terasing. pengasingan Generativiti 35 tahun lawan 35 tahun Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan

pemusatan kendiri 60 tahun menyokong generasi akan datang. Kesepaduan lawan 60 tahun Kemuncak ialah perasaaan diterima oleh masyarakat dan putus asa akhir hayat perasaan kepuasan.

Sebab pemilihan teori Teori ini dipilih kerana teori ini amat sesuai untuk melihat perkembangan emosi manusia yang sentiasa berubah mengikut peringkat peringkat umur yang tertentu. Kehidupan manusia yang mempunyai pelbagai konflik sepanjang perjalan hidup mereka dapat diatasi berdasarkan peringkat unur serta perkembangan emosi mereka. Oleh itu, teori ini amat sesuai diintegrasikan kepada para remaja kerana, pada tahap ini remaja adalah pihak yang paling banyak berkonflik terutamanya pada tahap pembelajaran diperingkat menengah, yang mana pelajar mula mempunyai perasaan ingin mencuba berbagai perkara baru yang lebih mencabar sehingga pada satu tahap tanpa kawalan, perkara baru tersebut akan mendatangkan konflik dalam diri mereka. Contohnya remaja yang terpengaruh dengan rakan sebaya ingin mencuba rokok, akibat dari perbuatan mereka ini akan mendatangkan konflik dalam diri sendiri serta konflik luaran dari pelbagai pihak. Konflik ini perlu diselesaikan agar remaja berada pada tahap yang selesa tanpa gangguan emosi dan sebagainya.4

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

Perkaitan teori dengan pengajaran kepelbagaian pelajar Seperti yang umum ketahui, di sekolah kita mempunyai pelbagai pelajar yang berbeza dari pelbagai segi. Teori ini dapat diaplikasikan kepada kepelbagaian pelajar ini. Teori ini menitikberatkan perkembangan emosi peljaar sejak kecil lagi sehingga mereka dewasa. Perkembangan psikologi yang sihat akan membawa kepada kejayaan dalam hidup para pelajar.Sebagai seorang guru kita perlu lebih sensitif dengan psikologi pelajar. Kita perlu sentiasa melihat reaksi pelajar dalam proses pembelajaran supaya P&P kita berjalan lancar dan tidak mempunyai gangguan. Pada peringkat sekolah rendah, kita perlu menjalankan P&P mengikut kesesuaian emosi mereka yang lebih suka belajar sambil bermain. Kita perlu sentiasa memerhati perubahan-perubahan yang berlaku pada mereka supaya mereka rasa disayangi dan dihargai. Pada peringkat menengah, guru haruslah lebih memahami tahap psikologi mereka yang ingin mengetahui dan mencuba perkara baharu. Guru haruslah menggunakan pendekatan yang lebih sesuai kepada para pelajar mereka di samping mengambil berat emosi dan perkembangan mereka.

3.

TEORI PELBAGAI KECERDASAN (HOWARD GARNER)

Maksud konsep Howard Gardner adalah pensyarah kecerdasan di University Harvard Amerika Syarikat. Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur berdasarkan darjah kecerdasan. Menurut Howard juga, potensi manusia terdapat 7 kecerdasan dalam diri. a) Kecerdasan Linguistik Merangkumi kecerdasan membaca dan penggunaan perbendaharaan kata. Juga merangkumi penulisan kritis dan kreatif. Pihak yang mempunyai keceerdasan ini akan lebih cenderung untuk berbahas, berjenaka dan bercerita. b) Kecerdasan Logikal-Matematikal

5

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

Kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik yang mudah dan kompleks, selain itu pada tahap ini juga manusia suka menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. c) Kecerdasan visual-Spatial Kecerdasan menepati ruang melukis, bentuk corak, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual. d) Kecerdasan Muzik Kecerdasan muzik adalah mengenalpasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu. Kepekaan manusia pada tahap ini adalah terhadap ritma dan melodi muzik. e) Kecerdasan tubuh kinestetik Kecerdasan tahap ini adalah lebih kepada gerak badan dan gimnastik serta kawalan fizikal terhadap tubuh badan, seperti kesukanan,permainan dan tarian.

f) Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan ini adalah kecerdasan intraksi social termasuk semangat kerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan. g) Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan intrapersonal adalah tentang ilmu peng etahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama, refleksi pemikiran kendiri dan mendisiplinkan diri serta kecerdasan terhadap perasaan diri. Sebab pemilihan teori Teori ini dipilih kerana , teori Gardner berpendapat bahawa orang yang mempunyai kecerdasan berupaya menggunakan bahasa secara berkesan, sama ada lisan ataupun penulisan. Kebolehan memanipulasi ayat,gaya bahasa,pengucapan yang baik, tepat dan sempurna.6

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

Perkaitan teori dengan pengajaran kepelbagaian pelajar Teori ini sesuai di integrasikan kepada pelajar di setiap peringkat, tertutamanya bagi pelajar yang kurang kemahiran berbahasa, khususnya bagi kelas peralihan. Ini kerana penggunaan bahasa adalah amat penting, bukan sahaja bahasa Melayu, Inggeris,Cina dan sebagainya, tetapi penguasaan bahasa juga penting untuk mempelajari matapelajaran yang lain.Diperingkat sekolah, tumpuan hanya diuji pada tahap kecerdasan kognitif sahaja seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan logikal, dan matematik.Penilaian kognitif seperti penilaian kecerdasan dari segi muzik, interpersonal atau intrapersonal amat jarang diadakan oleh itu ia perlu diberi perhatian untuk dikembangkan.

4.

TEORI PERMODELAN BANDURA

Maksud konsep Teori permodelan bandura membuktikan bahawa kanak-kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Bandura menyatakan oranor-faktor yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Terdapat 4 unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau permodelan iaitu : a) Perhatian Pembelajaran hanya berlaku jika ada penumpuan perhatian. Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dan pemerhatian, kegunaan dan faedahnya serta kemahiran pemerhati.7

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP b) Mengingati

Pemerhatian harus berupaya mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan.Ini boleh dikekalkan dalam ingatan dengan menggunakan bahasa dan imaginasi. c) Reproduksi Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkahlaku yang ditirunya , kecekapan mengulangi tingkahlaku orang lain bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tiruan motor pemerhati serta kemahiran mengingati dengan tepat. d) Peneguhan/motivasi Individu biasanya meniru dan melakukan semula tingkah yang diperhatikan sekiranya mendatangkan kepuasan, peneguhan positif atau ganjaran dan individu tersebut tidak akan melakukan semula tingkahlaku sekiranya didenda atau ditegur. Jenis-jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru: Peneguhan secara lansung,pujian Peneguhan secara tak lansung cthnya melihat orang lain menerima hadiah Sebab pemilihan teori Teori aadlah sesuai bagi guru dalam menjalankan proses P&P. Pembelajaran dapat dicapai melalui beberapa cara iaitu penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar menjadi rolemodel yang gemar dicontohi oleh pelajar.Demonstrasi guru yang jelas turut memainkan peranan penting untuk menarik pelajar meniru dengan lebih mudah. Menurut tekani dipaklikasori bandura lagi, implikasi hasilan guru seperti kraftangan, senilukis dan sebagainya mestilah mempunyai hasil yang bermutu tinggi. Sebagai guru kita akan menjadi contoh kepada pelajar. Pengajaran kita didalam kelas beserta dengan pertunjukan model dan hasil pembelajaran akan menjadikan P&P kita bertambah menarik. Oleh itu ia akan menarik minat pelajar supaya datang ke sekolah untuk belajar. Perkaitan teori dengan pengajaran kepelbagaian pelajar

8

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

Konsep ini boleh membantu dalam kita mendidik pelagai pelajar di sekolah. Di sekolah terdapat pelbagai pelajar dan salah satunya adalah pelajar yang suka melihat guru mereka. Apa sahaja yang menarik tentang guru mereka pasti akan menjadi ikutan. Justeru itu, guru perlu menunjukkan sikap dan perwatakan yang positif kerana segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru akan menjadi contoh kepada pelajar. Selain itu, guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan, guru hendaklah menunjukkan contoh yang terbaik. Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu meluas terhadap pelajar, guru boleh member nasihat berkenaan jenis program yang harus dipilih. Di samping itu,guru juga boleh menjadikan rakan-rakan pelajar yang terbaik sebagai role model supaya boleh ditiru oleh rakan yang lain Guru juga boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif daripada situasi tersebut dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Akhir sekali, guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya sebagai role model kepada pelajar yang lain di dalam kelas.

5.

AUTISME

Maksud konsep Autisme adalah gangguan perkembangan kompleks dan keadaan ini muncul ketika kanakkanak berusia 3 tahun. Gangguan neurologi pervasif ini terjadi pada aspek neurobiologi otak dan mempengaruhi proses perkembangan anak. Akibat gangguan ini kanak-kanak tidak dapat secara belajar untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan lingkungan sekitarnya, sehingga ia seolah-olah hidup dalam dunianya sendiri. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah: # Tidak menghiraukan orang lain dan lebih suka bermain sendiri # Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain # Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap # Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang) # Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran9

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

# Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif: # Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya # Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau buat perangai) # Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas) Sebab pemilihan konsep Konsep ini dipilih kerana satu keunikan dan kesesuaian terhadap sikap pelajar minoriti golongan ini dalam kalangan pelajar. Guru juga dapat mempelajari pelbagai perkara dari segi psikologi kanak-kanak autisme, kemahuan dan kehendak mereka dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Keunikan pelajar ini juga telah mencipt satu sejarah dalam Pendidikan Negara apabila seorang pelajar autisme telah Berjaya menndapat 9A dalam peperiksaan PMR 2011.

Perkaitan konsep dengan pengajaran kepelbagaian pelajar Selepas meneliti konsep ini, perkaitan yang dapat dilihat adalah guru dapat mengaplikasikan dengan mempelajari kekuatan,kelemahan serta sikap pelajar autisme dan menggunapakai konsep tersebut dalam pengajaran. Asas dalam komunikasi bersama pelajar autisme adalah melalui ayat pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas . Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif dan menjaga serta mendidik golongan ini. Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah. Cara lain yang boleh diterapkan kepada pelajar autisme adalah Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak10

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa. Contohnya lagi lima minit kita akan tutup televisyen atau dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanakkanak autismemen dengarnya.

6.

PENGURUSAN DAN PENGAJARAN

Maksud konsep Pengurusan bermaksud tanggungjawab guru menguruskan kelas dengan memastikan

kelasnya teratur dan baik. Sebab pemilihan konsep Saya memilih konsep ini kerana pengurusan penting sebelum kita memulakan pelajaran di dalam kelas. Pengurusan kelas yang baik akan memberikan banyak impak yang positif kepada pelajar dari segi tanggungjawab dalam kehidupan seharian. Selain itu pelajar juga mampu membentuk sahsiah pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perkaitan konsep dengan pengajaran kepelbagaian pelajar Pengurusan kelas berkait rapat dengan kepelbagaian pelajar kerana didalam kelas mempunyai pelbagai jenis pelajar dari segi umur, jantina , budaya dan etnik serta lain-lain.11

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

Guru bertanggungjawab untuk menguruskan rutin kelas yang pelbagai pelajar dengan menyediakan, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar didalam sebuah kelas seperti merekod dan menulis maklumat pelajar dalam buku daftar sekolah. Guru kelas juga perlu menyediakan jadual kedatangan kelas untuk setiap pelajar dan merekod kedatangan pelajar ke sekolah. Guru kelas juga akan menyiapkan kad 001 dan 002 untuk pelbagai pelajar dalam kelas tersebut. Setiap pelajar didalam kelas akan mempunyai fail peribadi pelajar dan sistem fail mestilah mempunyai maklumat peribadi pelajar yang lengkap untuk kegunaan dan rujukan sekolah tentang diri pelajar tersebut. Guru kelas juga bertanggungjawab memastikan rekod kutipan yuran untuk memudahkan pelajar menduduki peperiksaan. Oleh itu, guru perlu melaksanakan rutin kelas seperti menanda kedatangan pelajar setiap hari dan mengambil tindakan yang sewajar berkaitan dengan kes ponteng sekolah yang sering berlaku dikalangan pelajar. Guru juga mendidik pelajar bertanggungjawab memastikan keceriaan kelas supaya pelajar dapat belajar dalam suasana yang bersih dan harmoni. Guru juga perlu memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini. Selain daripada itu, guru juga menjalankan tugas-tugas lain iaitu mengurus pinjaman buku teks kepada pelajar dan menguruskan biasiswa pelajar. Seterusnya, guru juga menguruskan dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas seharian serta

memastikan pelajar memahami dan mematuhi peratura kelas dan sekolah. Pengajaran bermaksud cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Konsep ini dipilih kerana perubahan dalam tingkah laku merupakan suatu penambahan yang baru , pengukuhan dan yang bersesuaian pengubahsuaian yang berlaku terhadap pelajar. Konsep ini berkaitan dengan pelbagai pelajar kerana guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan pelajar supaya berlaku penambahbaik suatu yang baru kepada pelajar. Perancangan pengajaran perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukan mengikut jadual kelas. Guru juga perlu menepati kehendak objektif dan matlamat pengajaran supaya maklumat dapat disampai kepada pelajar mengikut tahap kebolehan pelajar. Selain itu, perancangan perlulah berkesan sepanjang waktu pengajaran didalam kelas. Guru juga perlu menarik perhatian dan tidak membosankan pelajar didalam kelas. Objektif pengajaran boleh disampaikan dalam bentuk implisit dan eksplisit. Guru boleh menggunakan objektif implisit yang melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui dan menghargai sesuatu yang telah diajar. Seterusnya objektif eksplisit yang12

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, memberikan contoh dan menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan. Guru memainkan peranan merancang rancangan pelajaran tahunan berdasarkan takwim minggu persekolahan serta mengandungi isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan. Selain daripada itu, guru juga perlu mengajar pelajar mengikut sukatan pelajaran sepanjang tahun persekolahan pelajar mengikut tahap kesesuaian pelajar. Kesimpulannya pengurusan kelas dan pengajaran penting mengetahui pelbagai pelajar yang akan dihadapi oleh guru. Guru memainkan peranan utama dalam menyediakan pelajar yang bertanggungjawab dan modal insan yang baik dengan mengukuhkan pengurusan dan pengajaran setiap pelajar.

7.

PENILAIAN PELAJAR PELBAGAIAN

Maksud konsep Penilaian dapat didefinisi mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar. Konsep ini dipilih kerana guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan kerja-kerja pelajar. Sebab pemilihan konsep Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian yang terdapat di sekolah iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. Perkaitan konsep dengan pengajaran kepelbagaian pelajar Penilaian Formatif adalah penilaian yang dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar . Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran13

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

telah difahami oleh seseorang pelajar. Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang pelajar dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan pelajar dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat semasa di sekolah. Penilaian Sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun di Universiti. Penilaian ini dapat memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang pelajar dengan pelajar lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan pelajar. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk semua pelajar di Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian pelajar di seluruh negara dan juga dapat mengkaji peningkatan kualiti pelajar pelajar dalam bidang pendidikan. Penstrukturan sistem pendidikan dengan memberi tumpuan penilaian di peringkat sekolah memberi peluang guru menilai prestasi anak didik masing-masing berdasarkan kebolehan dan keupayaan mereka. Pengstrukturan ini mengambil kira pelbagai aspek pencapaian dan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada peperiksaan awam di sekolah. Guru dapat mengenal pasti tahap pencapaian serta kebolehan setiap pelajar berdasarkan minat dan kebolehan pelajar. Pencapaian akademik, kecenderungan serta minat individu itu berbeza sekiranaya proses pembelajaran bersifat statik dengan mengukur prestasi berdasarkan peperiksaan. Selain itu bakat pelajar yang dapat dinilai guru ialah dalam bidang seni dan sukan. Kelebihan ini perlu digilap pada peringkat awal supaya kebolehan yang ada dapat menjana pelbagai kegiatan sebaik pelajar menamatkan proses pendidikan formal. Namun begitu proses pembelajaran tanpa bergantung kepada sistem peperiksaan ini dilaksanakan di negara maju dan hasilnya mereka dapat mengklasifikasikan pelajar berdasarkan kebolehan dan keupayaan pelbagai bidang tidak hanya kepada kecemerlangan akademik. Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tidak jelas kelihatan. Kelebihan pelajar yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuh dan diperkayakan. Seterusnya aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran supaya memperolehi pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral. Guru perlu kreatif dan inovatif dalam melaksanakan modul penilaian kepada pelajar berdasarkan kepada sukatan pelajaran. Guru bijak dalam menilai prestasi pelajar, selain mengenal pasti14

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

keistimewaan serta kelebihan dimiliki untuk dioptimumkan kebolehan pelajar. , Sistem pendidikan perlu lebih anjal dengan memberi tumpuan keperluan perkembangan murid pada peringkat awal yang sesuai untuk individu berkenaan. Selain itu, proses pembelajaran menjadi lebih seronok dan tidak memberi tekanan kepada pelajar kerana mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada minat dalam sesuatu bidang. Antara yang lebih penting menerusi proses penilaian di peringkat sekolah, guru tidak boleh membandingkan pencapaian setiap murid kerana mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaannya sendiri. Proses penilaian murid tanpa bergantung kepada peperiksaan berpusat akan melahirkan generasi muda berkebolehan dalam pelbagai bidang bagi memenuhi tenaga professional sebagai penggerak ekonomi negara.

8.

PEMULIHAN DAN PENGUKUHAN

Maksud konsep pemulihan Pemulihan adalah pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. pengajaran pemulihan ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi pelajar-pelajar yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira. Sebab Pemilihan konsep Konsep ini dipilih kerana satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu pelajar untuk belajar secara konsisten dari segi idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu pelajar apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk pelajar mencapai tahap tinggi dengan berpandukan kriteria yang jelas. (Anderson & Block, 1975). Perkaitan konsep dengan pengajaran kepelbagaian pelajar Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu pelajar yang belum melepasi aras kemajuan pelajar . Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan pelajar. Contoh-contoh aktiviti15

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

pemulihan yang boleh dijalankan guru mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain. Guru juga perlu membetulkan perlakuan yang salah dengan menasihati pelajar. Guru mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula. Guru menggunakan bahan visual untuk pelajar supaya mereka lebih mudah dapat bahan belajar. Selepas aktiviti pengajaran kita perlu permudahkan dan mempelbagaikan latihan dengan menjalankan latih tubi kepada pelajar. Guru perlu menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya. Guru perlu memotivasikan pelajar untuk belajar lebih bersungguh-sungguh dengan membimbing pelajar menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda. Selain itu, guru melatih pelajar mengenal pasti idea utama semasa proses pembelajaran. Kesimpulannya dalam membentuk strategi pendidikan tambahan ,satu program menyeluruh yang melibatkan ibu bapa dan komuniti hendaklah dititikberatkan. Program ini juga harus meliputi program untuk kesihatan yang sempurna,makanan dan pemakanan. Pendidikan pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu.Dalam pendidikan pemulihan, pelajar ini biasanya di tempatkan dalam kelas khas di sekolah. Seterusnya aktiviti pemulihan biasanya dijalankan dalam jangka masa yang pendek dan ditumpukan kepada usaha untuk mengatasi kelemahan dalam kemahiran-kemahiran asas. Maksud konsep pengukuhan Pengukuhan bermaksud proses, cara, perbuatan, mengukuhkan, peneguhan; penetapan dan pengesahan. Sebab pemilihan konsep Konsep ini dipilih berdasarkan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan pelajar dalam sesuatu perkara yang diajar. (Bloom, 1968) dan juga berasaskan kepada falsafah bahawa semua pelajar boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk pelajar itu menguasai pembelajarannya. (Bloom, 1968) Perkaitan konsep dengan pengajaran kepelbagaian pelajar

16

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

Pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh pelajar dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti guru memberikan latihan yang lebih mencabar kepada pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Guru akan memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk kepada pelajar untuk menguji tahap kecerdasan pelajar. Guru melatih pelajar menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah. Guru melatih murid membuat nota dan menjalan latih tubi. Guru melatih murid mengenal pasti idea utama dan mengakses maklumat dari laman web untuk aktiviti pembelajaran. Kesimpulannya pelajar harus diberikan pengayaan dari segi pengukuhan latihan supaya pelajar lebih memahami setiap tajuk yang diajar oleh guru.

9.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RAKAN SEBAYA

Maksud konsep Pengajaran dan pembelajaran rakan sebaya adalah kaedah menggabungkan isi kandungan pelajaran dengan pengalaman hidup harian individu dan masyarakat.

Sebab pemilihan konsep Konsep ini adalah satu strategi yang melibatkan dua orang pelajar bekerjasama merancang pengajaran pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas tentang persediaan dan penyampaian pelajaran. Perkaitan konsep dengan pengajaran kepelbagaian pelajar Melalui pengajaran berpasangan pelajar dapat mewujudkan kerjasama di kalangan pelajar secara formal berasaskan ungkapan two heads are better than one. Selain itu berfikir dan berbincang mengenai teknik pengajaran pembelajaran, cara-cara meningkatkan pembelajaran pelajar dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tugas mereka. Pengajaran dan pembelajaran rakan sebaya adalah dengan berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran mengajar. Selain itu rakan sebaya juga dapat mengkaji kelemahan pengajaran pembelajaran mereka dan berikhtiar mencari jalan untuk mengatasinya. Kaedah ini juga memerhati pengajaran orang lain dan membina kemahiran memerhati serta menilai dengan17

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

meningkatkan kreativiti. Jenis-jenis komunikasi yang selalu digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran rakan sebaya adalah Tandem: proses dalam aktiviti pengajaran berpasangan di mana dua orang pelajar bersama-sama merancang dan mengajar sesuatu pelajaran. Seterusnya Berpasukan : proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan di mana dua orang pelajar bersama-sama merancang pengajaran tetapi mengajar berasingan. Manakala Individu : proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan di mana dua orang pelajar berbincang bersama tetapi menyediakan pelajaran dan mengajar berasingan. Pengajaran berpasangan mengandungi ciri-ciri seperti peringkatperingkat perkembangan kemahiran iaitu pengurusan bilik darjah dan merancang persediaan mengajar serta kemahiran mengajar. Seterusnya menganalisis dan mengkaji semula kemahiran mengajar serta mencuba pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang berlainan. Dalam menjayakan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar, aspek minda pelajar dan tenaga pengajar serta pendekatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu selaras dengan falsafah pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkan pelajar. Di antara strategi yang boleh diamalkan adalah menjadikan pelajar lebih aktif dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti kerja lapangan, kuiz, dan penggunaan ICT secara optimum. Seterusnya. menggalakkan pelajar bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dengan menjadikan pelajar lebih sedar apa yang dipelajari oleh pelajar dan sebab mengapa mereka perlu mempelajari sesuatu. Selain daripada itu mengamalkan model pengajaran dan pembelajaran aktif bersesuaian dengan peringkat pengajian termasuk pembelajaran koperatif, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran komuniti, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek, kajian kes, pembelajaran berasas rakan sebaya, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Pembelajaran aktif dalam pembelajaran berpusatkan pelajar memerlukan beberapa teknik penilaian pelajar yang berkualiti . Persekitaran penilaian berpusatkan pelajar menyediakan peluang untuk memberi maklum balas dan penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran. Penilaian yang berbentuk formatif ini akan menyumbang kepada penilaian dan penaksiran di penghujung proses pembelajaran. Disini boleh dijelaskan kaedah pengajaran dan pembelajaran rakan sebaya dapat memberikan impak yang positif kepada pelajar dalam pembelajaran dan menarik minat pelajar untuk belajar dan menerokai sesuatu mata pelajaran.

18

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

10.

PENYOALAN DENGAN PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF Maksud konsep Penyoalan dengan pemikiran kritis dan kreatif lebih bermaksud pertanyaan dengan menggunakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Sebab pemilihan konsep Konsep ini dipilih kerana penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan danmenggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Perkaitan konsep dengan pengajaran kepelbagaian pelajar Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras , skop dan fokus. Soalan juga boleh diaplikasi mengikut teori tertentu mengikut aras taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, analisis, aplikasi, kefahaman, penilaian, sintesis, aras tinggi dan aras rendah. Pemikiran secara kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk: menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai,dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Seterusnya menerokai dan mencari makna ,pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif. Contoh-contoh kemahiran19

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

berfikir secara kritis adalah pelajar dapat membanding dan membeza pembelajaran. Pelajar dapat membuat kategori dalam kumpulan pembelajaran. Pelajar dapat meneliti bahagianbahagian kecil dan keseluruhan. Pelajar juga dapat membuat urutan setiap tahap pembelajaran yang diberikan oleh guru. Guru menerangkan sebab dan melatih pelajar membuat ramalan semasa pengajaran dijalankan. Pelajar mampu membuat andaian dan inferens serta memproses maklumat pembelajaran. Pelajar juga dapat mengesahkan sumber maklumat yang diguna pakai oleh guru dengan memikirkan secara kritis. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dengan mencipta analogi dalam pembelajaran dan menjana dan menghasilkan idea baru serta mencipta metafora dalam aktiviti pembelajaran. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif diajarkan kepada pelajar secara terpisah iaitu secara kritis terpisah dengan kreatif. Cara yang lain adalah mengabungkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar diajar kemahiran membuat kepautusan dan menyelesaikan masalah dengan memasukkan masalah ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif. Selain itu kaedah penyebatian sepenuhnya menggunakan kemahiran berfikir kritis dan kreatif secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenalpasti tajuk atau isi pelajaran dan seterusnya tentukan kemahiran berfikir secar kritis dan kreatif pelajar dan mengenalpasti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan tentukan isi pelajaran yang sesuai serta bahan. Selain itu penyebatian separa adalah strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur kemahiran berfikir kritis dan kreatif dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai melalui unsur kemahiran berfikir kritis dan kreatif hanya disepadukan dalam langkah-langkah tertentu sahaja mengikut keperluan dan kesesuaian. Penyebatian separa biasanya setelah pelajar telah mengikut penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran yang lepas. Proses berfikir berlaku dalam dua tahap iaitu apabila minda membuat persepsi dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal. Guru mengajar pelajar berfikir juga bererti mengajar pelajar membuat persepsi iaitu menajam dan mendalamkan daya persepsi serta kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat keputusan. Selain itu. kemahiran berfikir hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran reka cipta. Jelaslah apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea, yang kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan. Kemahiran reka cipta melalui konkrit seperti teknikal membina sesuatu model dan abstrak reka cipta dengan merancang atau merangka strategi dan taktik mereka cipta. Kesimpulannya ciri ciri pemikir yang yang bijak bagi kemahiran berfikir secara kritis dan20

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

kreatif adalah cekal melaksanakan tugas, mendengar secara akif dan pendengar yang baik, bekerjasama dengan orang lain dengan jujur dan terbuka iaitu menerima pandangan orang lain. Kita perlu peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah dan mahir menyoal. Pemikir yang bijak juga dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang berlainan kerana sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi. Pemikir juga perlu bersedia mengambil risiko dan cabaran dalam menyelesaikan masalah pembelajaran.

11.

MEMADATKAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN

Maksud konsep Secara ringkasnya kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Kita membahagikan kurikulum kepada beberapa bahagian iaitu kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah. Sebab pemilihan konsep Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas. Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan. Konsep kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu apa itu persekolahan. Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan menyenaraikan kepelbagaian pelajar, keperluan masyarakat dan strategi-strategi pengajaran. Perkaitan konsep dengan pengajaran kepelbagaian pelajar Seterusnya pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil

pembelajaran yang diperolehi, dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu dan pengalaman dibawah naungan sekolah bagi pertumbuhan murid dari aspek kecekapan sosial peribadi secara berterusan.Oleh itu kurikulum sekolah juga dapat dibentuk melalui satu peristiwa yang terancang bertujuan untuk memberi impak pendidikan pelajar di21

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

sekolah. Selain itu, semua pengalaman yang dirancang akan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan Negara kita. Rancangan kurikulum yang dibuat untuk membimbing pembelajaran di sekolah lazimnya termaktub sesuatu dokumen yang mengandungi pelaksanaannya dalam bilik darjah seperti yang dialami pelajar dan dirakam oleh pemerhati, pengalaman tersebut berlaku dalam suasana pembelajaran yang turut mempengaruhi semua perkara yang dipelajari. Terdapat dua jenis kurikulum utama iaitu kurikulum formal dan tersembunyi. Kurikulum formal adalah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ini merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan dan mengandungi hal sebenar yang berlaku dibilik darjah dan apa yang telah disediakan akan dinilai. Setiap sekolah mempunyai kurikulum objektif yang berstruktur dengan kandungan dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan daripada pelajar. Manakala kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ini menunjukkan perlakuan dan sikap yang dibawa kedalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Selain itu perkara kurikulum ini terdiri dari peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Pembentukan kurikulum ini dipengaruhi faktor-faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid. Selain daripada itu, terdapat kurikulum yang lain dapat membantu pembelajaran pelajar iaitu kurikulum bertulis yang menjadi panduan pengajaran dan pembelajaran seperti KBSR dan KBSM. Kurikulum cadangan adalah kurikulum yang dicadangkan oleh pendidik-pendidik kepada pelajar. Manakala kurikulum masa depan pula dilihat kurikulum yang sepanjang hayat. Kurikulum sokongan adalah dibentuk melalui sumber yang sedia ada. Kurikulum yang diajar lebih kepada kurikulum yang nampak semasa guru mengajar di dalam atau di luar kelas. Kurikulum yang seterusnya adalah kurikulum penilaian guru membuat penilaian perubahan tingkah laku berdasarkan pengalaman pembelajaran. Kesimpulannya kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran pelajar di sekolah . Setiap rancangan kurikulum mengandungi visi untuk diterjemahkan nilai sosial dan struktur ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang dapat dinilai dan diterjemah melalui pengalaman pembelajaran pelajar. Selain daripada itu, perkembangan kurikulum adalah satu proses iaitu menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai. Proses ini digunakan untuk semua peringkat dalam pembentukan konsep dan menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti bagi program persekolahan.

22

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan negara kita.

12.

PINTAR CERDAS

Maksud konsep Pintar cerdas bermaksud seseorang pelajar yang merujuk penampilan luaran yang mempunyai personaliti yang merangkumi pemikiran kecerdasan yang setiap individu yang menentukan tingkah laku dan pemikiran seseorang. Sebab pemilihan konsep Konsep ini dipilih kerana personaliti adalah penting kerana ramai dalam kalangan masyarakat kita yang beranggapan bahawa pelajar yang pintar adalah lebih baik kelakuannya daripada pelajar normal yang lain. Selain itu semua pelajar di dalam bilik darjah mempunyai nilai baik dalam diri mereka. Perkaitan konsep dengan pengajaran kepelbagaian pelajar Konsep ini berkaitan dengan kepelbagaian pelajar iaitu kepercayaan bahawa pelajar pintar adalah lebih baik daripada pelajar lemah yang menyebabkan guru menerapkan Kita mengetahui pelajar dapat dinilai tingkah laku yang tidak adil atau tingkah laku negatif bagi pelajar lain di dalam sesebuah kelas. berdasarkan kebolehan kognitif atau kebolehan akademik mereka. Jesteru kebolehan kognitif yang dipunyai oleh seseorang pelajar tidak sepatutnya menjadikan pelajar tersebut menjadi individu yang baik atau tidak baik. Setiap pelajar di dalam sesebuah kelas mempunyai keistimewaan dan nilai yang sama sebagai insan ciptaan Tuhan.

23

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

Oleh itu, setiap pelajar mempunyai hak yang sama untuk dihormati sebagai manusia dan menerima pengajaran dan pengalaman pendidikan yang sewajarnya. Pelajar pintar adalah berbeza daripada pelajar yang lain, tetapi kebolehan mereka tidak membuat pelajar tersebut mempunyai potensi kebaikan yang lebih tinggi daripada pelajar yang lain. Pelajar pintar tidak sepatutnya diberi pujian dan layanan yang istimewa sehingga pelajar lain merasa diri mereka diketepikan kerana pelajar lain juga mempunyai tahap kognitif yang berbeza. Semua guru sepatutnya memberi bimbingan dan layanan yang sama rata dan adil saksama. Pencapaian akademik seorang pelajar juga berkait rapat dengan faktor kecerdasan mental pelajar, namun peranan faktor lain seperti faktor personaliti, persekitaran, psikologi dan sosiologi seorang pelajar tidak boleh diketepikan. Selain itu, kesemua faktor diatas mempengaruhi pelajar dan perkembangan ini dialami secara berbeza bagi setiap individu semakin hari apabila seorang pelajar semakin membesar. Perkembangan seorang pelajar mengikut faktor perkembangan dalaman dan luaran. Pelajar normal dan pelajar pintar cerdas akan mengalami peringkat perkembangan yang hampir sama. Seterus kajian awal oleh Terman ini mendapati bahawa pelajar pintar dan cerdas lebih mudah mesra, popular dan gemar bergaul dengan rakan sebaya. Kesemua sifat ini boleh mempengaruhi pencapaian akademik mereka (Fatanah, 1997). Selain itu, kebolehan dan kecerdasan kognitif dalam kalangan pelajar pintar cerdas sering kali dikaitkan dengan personaliti suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka (Che Mah & Mariani, 2001). Jelaslah perkara diatas bertujuan memberi gambaran yang lebih baik mengenai personaliti dalam kalangan pelajar pintar cerdas akademik Kajian tentang perbezaan personaliti antara jantina juga akan memberi satu pendedahan

baru dalam konteks ilmu pendidikan pintar cerdas di Malaysia. Perbandingan yang dijelaskan melalui kajian ini juga akan membolehkan kita melihat jurang perbezaan personaliti antara pelajar berdasarkan jantina antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

24

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

13. DISLEKSIA Maksud konsep Disleksia adalah suatu masalah kesukaran belajar. Disleksia mempengaruhi kemampuan seseorang untuk belajar, mengolah, dan memahami suatu informasi dengan baik. Secara khusus, keadaan ini menyebabkan masalah dalam membaca dan menulis kerana mereka mempunyai masalah dalam mengenali dan memahami sesuatu perkataan atau bacaan, dan sukar mengenali bunyi. Disleksia umumnya disebabkan oleh genetik namun terdapat juga sebab lain seperti kecederaan pada kepala atau trauma. Para pelajar disleksia didapati mempunyai masalah kesukaran belajar seperti: 1. Kesukaran berbahasa 2. Ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual 3. Tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak 4. Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat 5. Kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku 6. Mata menjadi letih selepas beberapa minit menumpukan perhatian kepada tulisan dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual) 7. Membaca kurang baik berbanding kanak-kanak yang lebih muda daripadanya 8. Kerap ditempatkan dalam kelas pemulihan khas kerana gagal menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)25

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

Terdapat dua kaedah yang dicadangkan untuk mengenalpasti kanak-kanak disleksia iaitu melalui kaedah ujian dan kaedah senarai semak. Kaedah ujian yang boleh dijalankan untuk mengenalpasti kakank-kanak disleksia seperti Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan, Ujian Saringan dan Ujian Komprehensif. Ujian Saringan mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid. Selain itu, ujian Komprehensif pula mengandungi aktiviti bacaan ejaan tulisan, matematik dan kecerdasan, penglibatan, literasi urutan dan sebagainya. Murid yang mengalami disleksia ini biasanya mengalami masalah penguasaan kosa kata, tulisan tidak seimbang dengan kota lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi karangan, tahu pada suatu ketika dan lupa pada hari berikutnya. Sebab pemilihan konsep Konsep ini dipilih kerana keunikan pelajar ini yang sering menunjukkan sikap yang berlainan dari pelajar yang lain. Melalui kajian dan penyelidikan, para pelajar ini seringkali cuba mendapatkan perhatian para guru melalui sikap mereka. Pemilihan konsep ini telah menambah pengetahuan dan pendedahan terhadap pelajar ini dengan memahami tentang cara khusus pembelajaran yang sepatutnya diterapkan kepada mereka. Pelajar disleksia tergolong dalam golongan pelajar berkeperluan khas yang turut memerlukan pendidikan yang sempurna dan berkesan dalam memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan yang bermakna. Perhatian khusus bagi anak disleksia terutama unsur psikologi sangat diperlukan. Selain sokongan daripada pihak sekolah, keluarga juga perlu memainkan peranan penting bagi membantu anak disleksia ini untuk berjaya seperti kanak-kanak yang lain. Pihak kerajaan juga telah membantu anak disleksia melalui dasar Pendemokrasian Pendidikan bagi memastikan peluang kanak-kanak disleksia ini tidak dipinggirkan. Potensi yang ada dalam kalangan mereka mampu menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan Negara keseluruihannya.

Perkaitan konsep dengan pengajaran kepelbagaian pelajar Pelajar disleksia memerlukan cara pembelajaran khusus, walaupun mereka tidak boleh disembuhkan, namun melalui program khusus yang dilaksanakan, pelajar ini dapat belajar serta dapat menunjukkan potensi mereka untuk berjaya. Setelah mengenalpasti para pelajar disleksia, mereka perlu diasingkan kedalam kelas pemulihan khas atau kelas berkeperluan26

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

khas untuk melatih mereka memahami apa yang dipelajari melalui teknik yang berlainan dari pelajar biasa, antaranya penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembagi belajaran. Penggunaan Alat Bantu Mengajar yang bersesuaian juga penting bagi menggantikan kaedah lama dalam pengajaran seperti menggunakan computer dan kalkulator untuk bidang literasi, rakaman kaset dan cakera padat bagi numerasi untuk mengatasi ketidakupayaan mereka. Guru yang dilantik juga perlu mempunyai pengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam mengendalikan pelajar-pelajar ini.

14.

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBL)

Maksud konsep Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran. Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya (Universiti Teknologi Malaysia, 2005). Hall (2006) menyatakan bahawa Problem Based Learning (PBL) adalah teknik yang terbentuk daripada perkara-perkara tanpa sedar yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Bagi Torp dan Sage (2002) pula, PBL berfokus kepada pengalaman pembelajaran yang melibatkan mind-on dan hands-on yang disediakan melalui penyiasatan dan keputusan daripada masalah yang sebenar. Dalam PBM, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi sebenar dan dikehendaki menyelesaikannya dengan mencari inputinput daripada buku, jurnal, suratkhabar, risalah, internet dan organisasi-organisasi yang terlibat. Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, 1980 yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri seperti: a) Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah,

27

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

b) Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian, c) Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri, d) Pensyarah sebagai pembimbing, e) Masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah ilmu perubatan. Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBL. Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut a) Pembahagian Kumpulan b) Mengenalpasti Masalah c) Menjana Idea d) Isu Pelajaran Sebab pemilihan konsep Konsep ini dipilih kerana pembelajaran lebih berpusatkaan kepada pelajar. Guru bertindak sebagai fasilitator dalam memantau pelajar. Konsep ini juga menggalakkan kerjasama dan pergaulan antara pelajar. Dengan ini pelajar akan lebih berkeyakinan dalam kelas. Di samping itu, pelajar akan berkemampuan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan situasi. Pelajar juga lebih aktif di dalam kelas berbanding jika berfokus kepada guru. Perkaitan konsep dengan pengajaran kepelbagaian pelajar Pembelajaran berasaskan masalah adalah salah satu kaedah bagi membolehkan pengajaran kepelbagaian pelajar. Ia adalah satu rangsangan yang berjaya dihasilkan oleh guru dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu. Dengan itu iam kan meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk terus belajar.Di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian pelajar, cara ini adalah terbaik bagi menonjolkan sikap mereka yang sebenar. Kebiasaannya, guru akan menyuruh pelajar duduk di dalam kumpulan, diberi satu permaslahan dan mereka akan cuba menyelesaikannya. Di dalam kumpulan tersebut mereka akan berbincang dan bekerjasama dalam menghasilkan hasil pembelajaran yang baik. Secara amnya, jelas membuktikan bahawa Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mampu untuk melahirkan dan mendidik pelajar menjadi seorang pemimpin yang mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan28

e) Pembelajaran Kendiri f) Sintesis dan Aplikas g) Refleksi dan Tindak Balas

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

minat dan motivasi untuk terus belajar, membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Oleh hal demikian, pelajar dapat meningkatkan pemahaman dan pengetahuan isi pelajaran bagi sesuatu matapelajaran dengan mudah dan mendalam. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar tersebut. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat. Kepelbagaian pelajar memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui potensi diri mereka, dan mengenali kekurangan dan kelebihan pelajarpelajar lain. Guru juga lebih mudah dalam memberi arahan kerana mereka sudah mengenali rakan masing-masing. 15. PENDEKATAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF

Maksud konsep Pembelajaran kooperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan refomasi pendidikan. Pembelajaran kooperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan pembelajaran. Pada dasarnya menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui pembentukan kumpulan yang terdiri daripada pelbagai pelajar yang mempunyai pelbagai pencapaian. Ianya boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran.Pembelajaran kooperatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991). Selain dari itu, ciri-ciri umumnya ialah mempunyai matlamat kumpulan dalam mencapai kecemerlangan dalam menguasai sesuatu konsep yang di ajar. Matlamat ini dicapai melalui usaha bersama semua bersama ahli di dalam kumpulan. Dalam kumpulan ini setiap ahli kumpulan mempunyai peranan tertentu dan jelas dalam usaha kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan. Ciri kedua ialah interaksi sosial dalam kumpulan secara bersemuka. Interaksi yang serentak berlangsung pada masa yang sama untuk setiap kumpulan melalui perbincangan yang akan menyebabkan lebih ramai individu yang turut serta mengambil bahagian. Setiap ahli kumpulan perlu berhubung rapat, saling memenuhi dan bantu-menbantu. Di samping itu, kejayaan kumpulan bergantung kepada pembelajaran individu yang ahli sesuatu kumpulan. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab ke atas29

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

keberkesanan pembelajaran kumpulan. Prinsip ini dikenali sebagai saling bergantungan secara positif. Sebab memilih konsep Konsep ini dipilih kerana ia sesuai dilakukan ke dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian pelajar. Pelajar-pelajar di agihkan ke dalam kumpulan kecil dalam kelas tanpa mengira tahap pencapian akademik mereka. Di samping mereka belajar dan saling bantu membantu dalam kumpulan untuk mendapat ilmu pengetahuan, mereka juga boleh beinteraksi antara satu sama lain dan membina keyakinan diri mereka. Mereka boleh memnyatakan buah fikiran dalam kumpulan mereka. Mereka juga dilatih untuk berdikari dan bekerjasama antara satu sama lain dan bantu rakan yang tidak dapat memahami pelajaran. Dengan itu, pelajar yang lemah dapat dibantu oleh rakan mereka sendiri dan mereka tidak akan malu kerana mereka belajar dari kawan mereka sendiri dalam kumpulan yang kecil. Perkaitan konsep dengan pengajaran kepelbagaian pelajar Konsep ini sesuai di gunakan oleh guru yang mempunyai anak murid yang pelbagai kecerdasan dan perangai. Pelajar-pelajar ini boleh diberi dalam kumpulan dan mereka boleh berkenalan dan lebih memahami kawannya yang lain. Dengan ini lebih mudah bagi guruguru untuk mengajar kerana mereka akan sering mengambil berat antara satu sama lain dan akan menegur sekiranyya kawannya tidak mendengar arahan guru. Di dalam kumpulan kecil pelajar lain boleh membantu rakannya yang kurang memahami sesuatu pelajaran dengan member penerangan berdasarkan pemahaman mereka. Pembelajaran dalam kumpulan ini juga dapat membantu pelajar yang lemah dalam komunikasi dalam membentuk keyakinan diri mereka supaya mampu memberi pendapat dan buah fikiran kepada rakan-rakan mereka. Bagi pelajar yang pintar pula dapat membantu rakan-rakan mereka yang kurang pandai dalam berkongsi kejayaan. Walaupun agak sukar untuk mencapai matlamat sekiranya pelajar-pelajar yang nakal atau tidak memberikan kerjasama sepenuhnya dalam kumpulan, tetapi dengan tunjuk ajar dan pengawasan guru iai mampu ditangani dengan baik.

30

KPD 4033-PENGUASAAN KONSEP

31

BibliografiMok Soon Sang, 2008,Ilmu pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah : Komponen 1&2) psikologi pendidikan & pedagogi (7th Ed) Selangor: Kumpulan Budiman Mok Soon Sang, 2008,Ilmu pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah : Komponen 3) Profesionalisme Keguruan (4th Ed) Selangor: Kumpulan Budiman Suppiah Nachiappan, Ramlah jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor, (2008) Psikologi Pendidikan (1st Ed) Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Rohayaty Muhd Majzub, Shafie Mohd. Nor, (2005) Simptom Disleksia Kanak-kanak Prasekolah Jurnal symptom disleksia kanak-kanak; 30 http : //www.artikata.com/arti-369221 http://www.freewebs.com/ptk2/ptkhusus2htm http://www.mahirkbkk.tripod.com.html http://www.mujahidkbkk.tripod.com.html http://www.notamengajarbelajar.blogspot.com