Tugasan Folio 1

6
TUGASAN FOLIO 1 Latar Belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari Umur - 57 tahun (2009) Pendidikan - SPM Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) Kekayaan -RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007 Ke 7 terkaya di Malaysia Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes) Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat Kereta - Proton Perdana

description

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

Transcript of Tugasan Folio 1

Page 1: Tugasan Folio 1

TUGASAN FOLIO 1

Latar Belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

Umur - 57 tahun (2009)

Pendidikan - SPM

Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

Kekayaan -RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007

Ke 7 terkaya di Malaysia

Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,

BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

Kereta - Proton Perdana

Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Page 2: Tugasan Folio 1

Maklumat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham.

Tidak banyak yang diketahui mengenai latarbelakang beliau. Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempat ketujuh di dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbar perdagangan Business Economics, 2004.

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliau bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya. Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.

Beliau salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh singkat. Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.

Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti.

Page 3: Tugasan Folio 1

Mengapa Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari memilih kerjaya Usahawan :

Pada asalnya terlibat dalam perniagaan ini kerana tiada pilihan lain

Membantu bapanya menguruskan perniagaan

Mempunyai latar belakang keluarga yang miskin

Bertanggungjawab terhadap soal simpanan kira-kira dan urusan pengangkutan.

Kekecewaan ayah beliau telah menjadi titik perubahan yang penting dalam kehidupan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari untuk  lebih bersemangat dan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya serta mengembangkan lagi sumber perniagaan.

Page 4: Tugasan Folio 1

Maklumat yang dapat dikongsikan hasil bacaan mengenai Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan. Beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan.

Sifat ini perlu dijadikan sumber inspirasi serta kekuatan sama ada dalam perniagaan, pelajaran mahupun kehidupan seharian. Walau sukar atau banyak rintangan yang perlu dihadapi, janganlah cepat melatah, mengalah dan berputus asa kerana tidak ada jalan singkat untuk berjaya. Jika orang lain mampu berjaya, mengapa mustahil untuk kita untuk sama-sama mencapai kejayaan. Di dunia ini tiada perkara yang senang, yang ada cuma manusia yang rajin atau pemalas. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. Segala kesilapan yang dilakukan jadikan pengajaran dan pengalaman serta kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang akan datang.

Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan.

Zaman sekarang ramai yang memikirkan kepentingan dan keuntungan diri sendiri. Contohnya dalam perniagaan, mengenakan harga atau bayaran yang tinggi untuk pelanggan sedangkan harga modal dikeluarkan jauh lebih rendah. Sikap ini haruslah dihindari dalam perniagaan. Jujur dan ikhlas untuk membantu antara satu sama lain terutamanya sesama melayu.

Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju.

Ya, saya sangat setuju dengan kata-kata beliau. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Perniagaan apa yang dilakukan jangan hanya sekerat jalan. Naik turun kehidupan dalam perniagaan adalah perkara biasa. Teruskan usaha sehingga mencapai matlamat. Sesama melayu juga jauhilah sifat hasad dengki dan cemburu serta bersainglah secara sihat.

Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah.

Sifat ini adalah sangat penting dan perlu diamalkan dalam kehidupan harian kita dalam apa jua yang dilakukan. Sifat-sifat terpuji ini bukan sahaja disanjung oleh manusia malahan disukai oleh Allah. Apabila berada dalam keadaan senang, janganlah takbur dan sombong serta sentiasa mengingati asal usul kita dahulu. Adakalanya kita di atas, ada masanya kita di bawah. Rezeki dan kejayaan tak akan datang bergolek tanpa usaha tetapi haruslah ingat segala kebaikan yang datang adalah dari keredhaan Allah.

Page 5: Tugasan Folio 1