Tugasan Harian 2-keluarga

download Tugasan Harian 2-keluarga

of 2

Transcript of Tugasan Harian 2-keluarga

Tugasan Harian 2. Tajuk: Nyatakan hari-hari istimewa keluarga. Berdasarkan tiga nilai moral, huraikan faedah meraikan hari-hari istimewa keluarga.

Keceriaan dan kegembiraan hidup kita banyak bergantung kepada keluarga. Keluarga merupakan orang yang sangat penting dalam kehidupan kita. Sejak kita di lahirkan sehinggalah dewasa, kasih sayang ahli keluarga seperti ibu bapa dan adik beradik banyak memberi kesan kepada kita. Jadi kita perlu meraikan hari-hari istimewa untuk menyatakan penghargaan kita kepada ahli keluarga seperti ibu dan bapa, datuk dan nenek, emak dan bapa saudara, adik beradik dan sebagainya.Dalam pelajaran Pendidikan Moral, terdapat Bidang Kekeluargaan dengan tiga nilai iaitu nilai kasih sayang terhadap keluarga, nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga dan nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan.

Nilai kasih sayang terhadap anggota keluarga bermaksud kita perlu mempunyai perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap ahli keluarga kita seperti ibu ataupun bapa. Sebagai contoh kita boleh menunjukkan kasih sayang kita dengan meraikan Hari Ibu ataupun Hari Bapa. Ada juga yang menyambut Hari Ulang Tahun perkahwinan ibu bapa mereka. Kita juga perlu menunjukkan kasih sayang terhadap datuk dan nenek kita dan selalu menghormati mereka. Ibu bapa telah banyak berkorban masa dan wang untuk membesadrkan kita di samping memberi kasih sayang, menyediakan tempat tinggal, menyara keluarga dan memberi pendidikan

Nilai hormat dan taat kepada ahli keluarga kita pula bermaksud, sebagai anak mesti memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. Amalan yang boleh dilakukan berdasarkan nilai ini ialah, kita perlu menghormati ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua, mematuhi peraturan dalamkeluarga dan sentiasa cuba untuk memenuhi kehendak nggota keluarga. Pada zaan sekarang, ramai pelajar yang tidak mahumendengar nasihat ibu bapa kerana terpengaruh dengan rakan-rakan dan internet. Ini menyebabkan mereka bertindak lari daripada rumah, dan anak-anak terjebak dengan gejala negative seperti membuli, merokok, ponteng sekolah dan sebagainya.

Nilai yang ketiga tentang isu kekeluargaan ini pula ialah nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan. Nilai ini bermaksud kita perlu menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat, dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga. Amalan seperti penggunaan pokok pisang dalam majlis perkahwinan, memakai pottu berwarna merah atau hitam adalah amalan masyarakat India. Masyarakat Cina pula mengekalkan amalan memakai baju warna merah dan makan

bersama ahli keluarga ketika Tahun Baru Cina. Kita sebagai generasi muda perlu memuliakan setiap ahli keluarga dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga harmoni. Kesimpulannya, ketiga-tiga nilai tentang kekeluargaan di atas, sangat berkait dengan nilai rasional yang perlu diamalkan oleh kita sebagai pelajar. Pelajar mestilah boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata supaya mereka boleh mengambil tindakan berdasarkan pertimbangan yang wajar untuk mewujudkan keluarga bahagia demi kebaikan bersama.