Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

25
(MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN HBML3303 Psokolinguistik dan Sematik SEM 11/MEI 2014 NAMA : ROSNANI BT HASSAN NAMA TUTOR : EN JAMAL MOHD NASIR B. ATAN NO. MATRIKULASI : 720424085518001 NO. KAD PENGNEALAN : 720424085518 NO. TELEFON : 0197312429 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT

Transcript of Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Page 1: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

HBML3303

Psokolinguistik dan Sematik

SEM 11/MEI 2014

NAMA : ROSNANI BT HASSAN

NAMA TUTOR : EN JAMAL MOHD NASIR B. ATAN

NO. MATRIKULASI : 720424085518001

NO. KAD PENGNEALAN : 720424085518

NO. TELEFON : 0197312429

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT

Page 2: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

1

Rosnani bt Hassan

720424085518001

Sekalung Penghargaan

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat

saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta

cabaran dugaan yang dihadapi telah dilalui, sangat memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Pada mulanya agak sukar memahami kehendak soalan tetapi atas bimbingan

,nasihat serta tunjuk ajar tutor saya En Jamal Mohd Nasir B. Atan saya berjaya

menyempurnakan tugasan ini, terima kasih tidak terhingga atas bantuan tuan

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta tidak pernah

merungut walaupun kekurangan perhatian kerana keterbatasan waktu dalam usaha saya

meneruskan cabaran untuk menggengam segulung ijazah.

Daun selasih di dalam raga,

Kirimkan tuan dibuat alas,

Terima kasih tidak terhingga,

Budimu tuan tidak terbalas.

Page 3: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3

2.0 Konsep makna 4 - 8

2.1 Perubahan Makna 9-12

3.0 Faktor yang mempengaruhi perubahan dan makna. 13-15

4.0 Aplikasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran 15

4.1 Pengajaran berpusatkan murid 15

4.2 Teknik Nyanyian ( bahan senikata lagu) 16-17

4.3 Penggunaan Keratan Akhbar dalam Pengajaran 18

4.4 Tayangan Video Kemudian Guru Menayangkan 19

Video / Bahan interaktif

4.5 Didik Hibur-Tatabahasa antonim dan sinonim 20

4.6 Kamus Elektronik atau Kamus Digital 21

5.0 Kesimpulan 23

Rujukan 24-25

1.0 PENGENALAN

Page 4: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

3

Psikolinguistik dan semantik merupakan dua bidang kajian bahasa yang sangat penting

kerana psikolinguisti adalah disiplin yang mengkaji dan meneliti penyelesaian dalam

persoalan bahasa. Manakala semantik merujuk kepada makna perkataan. Justeru sebagai

seorang guru bahasa sewajarnyalah saya memahami sesuatu makna dengan tepat,

menjadi penutur baik dan pendengar yang peka terhadap apa yang dituturkan dan juga

apa yang didengar. Sehubungan dengan itu kajian ini amat membantu saya dalam

mempertingkatkan kemahiran bahasa kerana di dalam tugasan kali ini saya perlu kuasai

objektif berikut:

a. Menghuraikan konsep makna dengan jelas dan tepat

b. Menghuraikan perubahan-perubahan makna dalam Bahasa Melayu

c. Membincangkan faktor-faktor perubahan makna dalam Bahasa Melayu

d. Mengaplikasikan pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

peringkat sekolah rendah.

Menurut Abdullah Hassan (1992:1), semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian

makna. Oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga

menjadi sebahagian daripada linguistik. Kajian makna kata dalam bahasa Melayu

menurut sistem penggolongan semantik adalah cabang linguistik yang berperanan

semata-mata untuk meneliti makna kata, bagaimana asal mulanya, bahkan bagaimana

perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan makna dalam sejarah

bahasa. Bidang semantik terbatas pada usaha memperhatikan dan mengkaji proses

transposisi makna kata dalam pemakaian bahasa.

Ullman (1972) menyatakan bahawa apabila seseorang memikirkan maksud sesuatu

perkataan, sekaligus memikirkan rujukannya atau sebaliknya. Hubungan dua hala antara

maksud dengan perkataan itulah yang menyebabkan lahirnya makna, oleh yang demikian

walaupun rujukan tetap, namun makna dan perkataan dapat dibezakan.

Bidang semantik merupakan bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji aspek makna

dalam bahasa. Bidang ini sangat berkait rapat dengan tatabahasa.Untuk memahami

Page 5: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

4

bahasa , makna perkataan dan morfem yang membentuknya perlu difahami terlebih

dahulu.Bidang semantik atau makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik,

merupakan satu aspek yang sangat penting kerana kajian bahasa tidak akan sempurna jika

tiada unsur makna. Oleh itu saya mengambil pendapat beberapa orang tokoh bahasa

untuk memperjelaskan kupasan pengertian dan konsep semantik.

Nathesan(2001) menyatakan semantik sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna

perkataan dan ayat dalam bahasa. Sementara itu menurut, Adenan Ayob (2014)di dalam

modul Pembelajaran HBML3303, istilah semantik berasal daripada kata adjektif bahasa

Yunani, ‘semantikos’ yang bermaksud ‘significant’ iaitu ‘penting’ atau’ bererti’.

Manakala Nik Safiah Karim (2001) pula mengatakan semantik ialah bidang yang

mengkaji makna atau erti bahasa.

Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi struktur dan fungsi

bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.Berdasarkan

pendapat tokoh-tokoh bahasa di atas, dapatlah dirumuskan bahawa semantik ialah

sebahagian daripada cabang ilmu linguistik yang mengkaji bidang makna dalam bahasa.

Tanpa unsur makna sesuatu ujaran atau tulisan tidak akan beerti , komunikasi tidak akan

tercapai dan maklumat tidak dapat difahami. Justeru itu memahami ilmu semantik

merupakan satu kompenen terpenting dalam kajian bahasa supaya kita boleh membina,

atau melafazkan ayat yang tepat dari segi ilmu semantik.

2.0 KONSEP MAKNA

Makna memainkan peranan penting dalam penterjemahan. Terjemahan ialah salah satu

aktiviti yang dilakukan oleh manusia untuk berkomunikasi antara satu bahasa dengan

bahasa yang lain. Penterjemahan dikatakan ‘mempunyai makna yang sama’ dengan teks

asal. Namun tidak semua perkataan hanya mempunyai satu makna sahaja. Walau dalam

bahasa apa sekalipun, terdapat perkataan mempunyai banyak makna dan para ahli bahasa

sering berselisih pendapat tentang maksud makna dan cara pendekatan yang harus

digunakan untuk menerangkan makna. Definisi makna telah dibahaskan oleh ahli-ahli

Page 6: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

5

falsafah lebih dua ribu tahun yang lalu namun tiada sesiapapun yang telah memberikan

jawapan yang memuaskan (John Lyons, 1994:156).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), semantik membawa maksud kajian

tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, semantik boleh

dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan. Makna

sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk kepada maksud sesuatu benda. Namun,

apabila sesuatu perkataan itu tidak mempunyai benda hendak ditunjuk dan bersifat

abstrak, seperti perasaan, maka perkataan tersebut tidak dapat diberikan makna.

Siti Hajar (2009), pula menjelaskan semantik ialah kajian makna dalam bidang linguistik.

Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan fikiran

penutur kepada fikiran pendengar.Makna pula membawa pengertian yang sangat

luas.Ahli-ahli bahasa berpendapat perkataan ialah unit bahasa yang terkecil mengandungi

makna. Misalnya perkataan me rah menggambarkan warna yang terang dan panas.

Perkataan a ir menggambarkan sejuk , boleh dijadikan minuman atau memasak makanan.

Menurut Abdullah Hassan (1981), kata-kata mengandungi makna dan bagaimana kata-

kata itu berhubungan sebenarnya bergantung pada bagaimana pengguna sesuatu bahasa

tersebut menyusun segala pengalamannya dalam ungkapan yang berbentuk kata-kata.

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur

ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang

kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang

ditulis. Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa

yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini.

Kebanyakan ahli linguistik bersetuju bahawa perkataan akan menjadi bermakna jika

dilihat dalam konteks (S. Nathesan 2002:20). Ada juga yang berpandangan bahawa

bahasa pada amnya bersifat taksa, tetapi akan menjadi bermakna jika dilihat dalam

konteks penggunaannya (Ibid 2002:20). Sebagai contoh , perkataan ‘cerah’ tidak jelas

maknanya kerana ‘cerah’ mendukung beberapa makna. ‘Cerah’ boleh membawa erti

Page 7: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

6

‘baik atau bahagia’, ‘terang’, ‘tidak gelap’, atau ‘wajah berseri’ (Kamus Dewan Edisi ke

empat).

Oleh sebab itu, makna perkataan ‘cerah’ menjadi lebih jelas dalam ayat seperti ‘Masa

depannya semakin cerah kerana dia telah berjaya dalam peperiksaan itu’. Dalam ayat ini,

perkataan ‘cerah’ bermaksud ‘menjalani kehidupan yang lebih baik’. Jelaslah kini

bahawa amat sukar untuk menentukan makna sebenar yang dimaksudkan daripada

sesuatu ujaran. Walaupun begitu, ujaran akan menjadi sebahagian daripada perbualan

dan makna ujaran tersebut akan lebih jelas.

Oleh hal yang demikian, makna ayat amat bergantung pada makna yang didukung oleh

perkataan dalam ayat tersebut. Untuk memahami makna kata ayat tersebut perludifahami

secara keseluruhannya. Dua ayat yang mengandungi perkataan yang sama tidak

semestinya membawa makna yang sama. Contohnya seperti beberapa ayat berikut:

(a) Isteri saya mempunyai teman baru.

(b) Teman saya mempunyai isteri baru.

(c) Isteri baru saya mempunyai teman.

(d) Teman baru saya mempunyai isteri.

Empat ayat di atas mengandungi lima perkataan yang sama. Cuma urutan perkataan

dalam ayat tersebut agak berbeza. Semua ayat di atas mempunyai pengertian yang jauh

berbeza walaupun perkataannya hampir sama . Oleh itu, jelas bahawa makna ayat

bergantung pada perkataan yang digunakan.

Selain itu, terdapat juga perkataan dalam bahasa Melayu satu bentuk tetapi banyak makna

misalnya sepak, rendang dan semak. Perkataan ini banyak makna di dalam kamus .

Terdapat juga perkataan bertindan makna dengan maksud perkataan lain contohnya,

contohnya bercakap bertindan makna dengan bisik, jerit dan teriak kerana semua

kompenan makna melibatkan penyuaraan. Begitu juga dengan basikal, kereta, motosikal ,

Page 8: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

7

lori dan feri bertindan makna kerana semuanya memiliki makna umum sebagai

‘kenderaan ‘.

Rajah 1.1.2 di bawah menjelaskan tentan kajian makna yang tergolong kepada makna

denotasi dan konotasi:

Rajah 1.2.1 Jenis- jenis Makna

DENOTASI KONOTASI

Kursi Tempat Duduk Kekuasaan, pangkat, produk kayu,hutan

tropika.

Kereta Kenderaan Kecepatan, bergerak, berpindah, sombol

social, kekayaan, teknologi.

Baju Pakaian Fesyen, aurat, kekemasan, kecantikan

,tubuh, bergaya, warna.

Rajah 1.1.2 Rajah Model kajian semantik berdasarkan unsur konotasi dan denotasi

Kajian Makna

Konotasi Denotasi

Konotasi Positif Konotasi Negatif

Page 9: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

8

Konotatif menurut pengertian linguistiknya berkaitan dengan atau mempunyai konotasi.

Konotasi bermaksud asosiasi atau idea yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau

ungkapan selain maknanya yang tersirat. Konotasi pula merupakan makna kiasan atau

makna yang timbul setelah disusun dalam kalimat. Makna konotasi terbahagi kepada dua

iaitu:

1) Konotasi positif - merupakan kata yang memiliki makna yang dirasakan baik dan

lebih sopan. Konotasi jenis ini pula ialah asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh

sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat: erti istilah perlulah

tepat dan tidak boleh mempunyai maksud buruk Kalimat yang mengandung

makna konotasi positif adalah :

a. Isteri kesayangannya yang En Ruslan telah mengandung anak pertama mereka.

b. Bunga desa itu sudah menjadi seorang pendidik. Perkataan “bunga desa”

bermakna sesuatu yang dianggap cantik.

2) Konotasi negatif- merupakan kata yang bermakna kasar atau tidak sopan.

Konotasi pula ialah asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan

atau ungkapan selain maknanya yg tersurat. Kalimat yang menggunakan kata

berkonotasi negatif adalah;

a. Selama meringkuk di penjara, Azlan berubah menjadi pendiam dan warak.

Perkataan penjara membawa maksud konatasi negatif.

b. Wanita rendah akhlak itu bekerja sebahagai pelayan di pusat hiburan. Perkataan

rendah akhlak membawa konatasi negatif.

Denotatif menurut Kamus Dewan pula berkaitan dengan denotasi. Denotasi bermaksud

makna eksplisit sesuatu perkataan, atau lawan konotasi. Pengertian kedua untuk kata ini

ialah hubungan semantik antara satuan bahasa dengan benda, simbol dan lain-lain.

Denotasi adalah merupakan makna kata yang sesuai dengan makna yang sebenarnya atau

sesuai dengan makna kamus. Contoh : Adik makan nasi. Makan artinya memasukkan

sesuatu ke dalam mulut. Pengertian denotasi ialah makna eksplisit sesuatu perkataan

berlawanan dengan konotasi hubungan semantik antara satuan bahasa dengan benda

simbol dan lain-lain.

Page 10: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

9

Kesimpulannya, konsep memainkan perana penting kepada manusia untuk mentakrif,

memahami dan juga menyatakan buah fikiran. Tanpa konsep juga tidak akan wujud

makna denotatif ataupun dalam erti kata lain makna sebenar. Makna konotatif pula

ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna afektif. Makna memainkan peranan

penting untuk mentafsir, mentakrif, membuat ujaran dan sebagainya. Tidak beerti kita

hanya tahu menulis, membaca sahaja tetapi tidak mampu mengetahui makna disebalik

apa ditulis dan juga apa yang dibaca. Oleh itu pengetahuan tentang makna kata sangat

penting dalam memahami sesuatu perkataan, istilah, frasa mahupun ayat.

2.1 PERUBAHAN MAKNA

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa

merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi.

Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks

atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Makna juga

keseluruhannya adalah berkenaan hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia

bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan.

Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam

mana-mana bahasa di dunia ini. Faktor berlakunya perubahan akibat terdedah kepada

pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, kemasukan idea-

idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti sains dan teknologi, maka bahasa

sentiasa menampilkan perubahan makna.

Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya

termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, social, psikologi, pengaruh luar,

dan keperluan untuk kata baharu. Sementara itu, Bloomfield (1992) pula menyenaraikan

sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna

dalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna, metafora,

metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi. Menurut Stren ( 1965:

Page 11: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

10

163) perubahan makna bagi suatu kata ialah “ apabila sesuatu kata digunakan untuk

menyatakan sesuatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi”

Perubahan makna bermaksud penggantian makna secara total daripada maksud kata

asalnya. Namun, makna yang baru itu mempunyai kaitan dengan makna asal kata yang

dipinjam. Makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa,

teknologi dan hubungan sosial masyarakat. Sebagai contoh perkataan ’rawat’. Menurut

Kamus Dewan perkataaan rawat bermaksud’ menjaga dan mengubati orang sakit’, tetapi

makna perkataan ini boleh berubah maksud iaitu ’merawat sisa kumbahan’ dan ’merawat

pokok’. Perubahan makna ini telah membentuk struktur makna dalam sesuatu . Struktur

makna ini ialah sinonim, antonim, hiponim, homonim, homofon dan homograf, polisemi,

pertindihan dan ketaksaan. Rajah di bawah menunjukkan struktur makna dalam bahasa

Melayu.

Rajah 1.2.1 Menunjukkan struktur makna dalam bahasa Melayu.

i. Sinonim - adalah suatu kata yang memiliki bentuk yang berbeza namun memiliki

erti atau pengertian yang sama atau mirip. Sinomin juga bermaksud persamaan kata atau

padanan kata. Contohnya ‘binatang’ membawa maksud fauna, ‘bohong’ bermakna dusta

Struktur Makna

Sinonim

Polisemi Ketaksaan Pertindihan

Antonim Homofon Homonim Hiponim

Page 12: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

11

manakala ‘haus’bererti dahaga. Abdullah Hassan (2007) memberi contoh , perkataan

‘banyak’ adalah sama makna dengan perkataan ‘ramai’. Perkataan ‘ banyak’ digunakan

dengan pelbagai kata nama manakala ‘ramai’ hanya digunakan untuk manusia sahaja.

Contoh-contoh lain;

(a) renek-rendah

(b) Tengik-busuk

(c) Serak-parau-garau

(d) Kacak- tampan

(e) Cantik- rupawan

(f) Sedap- lazat

ii. Antonim ialah perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan. Antonim

disebut juga dengan lawan kata atau berbeza makna contohnya , keras lawannya lembek ,

dalam lawannya cetek dan kaya lawannya miskin. Hubungan makna yang berlawanan

antara suatu perkataan, frasa, ayat atau ungkapan dengam suatu perkataan, frasa, ayat,

atau ungkapan lain, misalnya seperti sungai berantonim dengan perkataan laut (Lyons,

1979).

iii. Hiponim ialah perkataan yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna atau

bersifat generalisasi contohnya kumpulan bunga, bunga raya, bunga matahari, bunga

mawar, bunga kenang, bunga anggerik dan bunga teratai.

iv. Homonim pula merujuk kepada homograf dan homofon contohnya:

a. Homofon ialah kata yang sama sebutannaya tetapi berbeza dari segi ejaan

dan makna contohnya massa dengan masa dan sesi dengan sessi.

b. Manakala homograf ialah perkataan yang sama ejaannya tetapi membawa

maksud yang berbeza kerana mewakili bunyi e-taling atau e-pepet.

Contohnya perkataan sepak ( bermaksud menampar) , sepak juga boleh

menbawa maksud (menendang ).

Page 13: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

12

v. Polisemi ialah merujuk kepada perkataan banyak makna contohnya kata bantu

‘tentang’ yang membawa maksud kaitan tentang sesuatu perkara.

vi. Pertindihan ialah ayat yang mempunyai struktur makna yang bertindih. Contoh:

’Murid tahun 5 Melur menyiapkan tugasan’. Ayat ini terlalu umum. Oleh itu, struktur

makna pertindihan yang tepat ialah ’Murid tahun 5 Melur menyiapkan tugasan

Matematik ’

vii. Ketaksaan ialah penggunaan kata, frasa, klausa atau ayat yang mempunyai

pelbagai maksud. Contoh : Alya Batrisya berjaya menampilkan kreativiti dalam

persembahan pertandingan bercerita dan meningkatkan prestasi cemerlang dalam

pertandigan bercerita di sekolahnya.

a. Pengembangan Makna

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pengembangan makna dan

penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor

Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980)

bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang

dihajati pleh penutur. Contohnya ‘belayar’, dulu digunakan dengan pengertian bergerak

di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau

perairan dengan alat apa saja disebut ‘belayar’ .

b. Penyempitan Makna

Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada

kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang

cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97)

menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata

daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik. Sebagai

contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau

orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’ juga

Page 14: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

13

telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau

disebut juga pakar dalam sesuatu bidan

3.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN DAN MAKNA.

a. Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.

Bahasa Melayu sentiasa menerima perubahan oleh sebab itu, terdapat perkataan-

perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal

perkataan tersebut. Contohnya perkataan “ tangan”, pada asalnya dirujuk kepada salah

satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah juga perkataan ‘tangan’ juga

membawa makna ‘menguruskan’, ‘ mengendalikan’, seperti dalam ayat “ Kita perlu

berhati-hati ketika menangani kes ini”. Ayat ini membawa maksud mengendalikan kes

tersebut.

Selain daripada itu perkataan “ hayat” dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan

“hidup” tetapi sekarang telah mengalami perubahan. Contohnya dalam ujaran berikut,

“ Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu”. Berdasarkan ayat ini perkataan

“ menghayati” bukanlah membawa maksud “ menghidupkan” tetapi “ mengikuti dengan

sepenuhnya”. Begitu juga dengan perkataan “hantu” dalam contoh “ Kejadian itu

menghantui fikirannya”, “hantu” itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa

makna “ mengganggu” kejadian atau peristiwa yang sentiasa dalam ingatan seseorang.

Selaras dengan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami

perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, pada asalnya digunakan untuk

merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi makna tersebut telah berubah menjadi “ kawasan

perumahan” , “ kawasan perindusterian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman

Negara Bako. Perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri kerana

pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan

semasa.

b. Pengaruh bahasa asing

Page 15: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

14

Ullman berpendapat bahawa perubahan makna itu berlaku kerana pengaruh bahasa

asing seperti bahasa Inggeris. Contohnya perkataan ‘paper’ bermakna ‘kertas’ namun

dalam bahasa Melayu pada masa kini perkataan ‘paper’ sering dikaitkan dengan karya

ilmiah yang bakal dibentangkan ketika seminar , perbincangan atau mesyuarat.

c. Perubahan kerana berlakunya perubahan tanggapan penutur

Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa itu sendiri tanggapan

penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu

perkataan itu. Misalnya di Negara Malaysia perkataan “ abang”, yang asalnya ialah

panggilan kepada saudara lelaki yang lebih tua, tetapi sekarang perkataan ini juga

digunakan untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau

tidak. Di samping itu ada juga perkataan “abang” sebagai panggilan untuk suaminya

sebagai tanda hormat akan ststusnya sebagai suami. Di samping itu, ada juga pengguna

atau penutur bahasa melayu cenderung menggunakan perkataan “saudara” dengan

tanggapan yang lebih luas misalnya “ saudara sesama Islam”. Nyatalah, bahawa

hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian darah tetapi juga pertalian

agama.

d. Kata pantang

Dalam masyarakat lama kita, terdapat kata-kata pantang yang dianggap boleh membawa

bencana, keburukan atau kecelakaan jika disebut secara terang-terangan. Hal ini ada

hubungannya dengan kepercayaan kepada unsur-unsur ghaib dalam sesebuah masyarakat

dan berusaha menghindari dari kecelakaan. Terdapat masyarakat yang percaya apabila

bertemu dengan binatang-binatang buas atau mendapat bencana sebagai petanda

diganggu oleh roh-roh atau penunggu-penunggu yang dipercayai menjaga sesuatu tempat.

Oleh itu, mereka percaya bahawa binatang-binatang atau benda-benda itu perlu disebut

dengan menggunakan nama-nama yang lebih lembut agar mereka akan terhindar

daripada bencana. Contohnya panggilan-panggilan seperti Pak Belang ( ditujukan kepada

Page 16: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

15

harimau), akar (ditujukan kepada ular), dan ’datuk’ ( kepada roh atau jin penunggu) dan

sebagainya.

Malahan terdapat juga perkataan bukan bersifat “pantang” atau “taboo” tetapi kalau

disebut secara terus terang boleh membawa unsur negatif kepada seseorang atau boleh

mengecilkan hati seseorang. Bagi mengelakkan rasa tidak senang , perkataan-perkataan

itu ditukar kepada bentuk yang lebih halus misalnya ’mati’ disebut ’meninggal dunia’.

’gemuk dikatakan “semangat”, ’orang gaji’ disebut ’pembantu rumah’. Penggantian

kata-kata pantang dan kata-kata yang membawa unsur negatif kepada kata-kata yang

lebih lembut dan hormat diistilahkan sebagai “eufemia” dan memang wujud dalam

kebanyakan bahasa.

4.0 APLIKASI PENGAJARAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU

Mata pelajaran Bahasa Melayu dianggap membosankan dan tidak menarik minat murid,

justeru menjadi tugas guru untuk menjadikan bahasa Melayu suatu mata pelajaran yang

menarik dan digemari murid dan mempastikan objektif pembelajaran pada hari tersebut

dapat dicapai dengan jayanya. Guru berperanan menyampaikan pengajaran kepada

muridnya. Sejauh mana tercapainya objektif ini adalah bergantung kepada kaedah atau

cara penyampaian guru itu sendiri . Guru yang berjaya ialah guru yang bukan sahaja luas

dalam ilmu pengetahuannya, tetapi juga bijak menggunakan kaedah dan teknik

pengajaran yang berkesan . Pelbagai aplikasi bermakna boleh diaplikasikan dalam

pengajaran saya memilih lirik lagu untuk mengajar tajuk sinonim dan keratan akhbar bagi

pengajaran tajuk antonim. Antara kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu yang

dikenal pasti sesuai untuk menarik minat pelajar ialah teknik nyanyian dan didik hibur

menggunakan keratan akhbar dalam pengajaran, kerja kumpulan .

4.1 Pengajaran berpusatkan murid

Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran

(P n P) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang

Page 17: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

16

kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa

hadapan. Kaedah pengajaran bergantung kepada buku teks yang berpusat kepada guru

semata-mata. Sebaliknya pengajaran perlu berpusat kepada pelajar melalui pelbagai

aktiviti pembelajaran. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai

pembelajaran akan mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya

keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri dapat dikuasai.

4.2 Teknik Nyanyian ( bahan senikata lagu)

Seperti yang telah dinyatakan di atas, antara teknik pengajaran tatabahasa yang menarik

dan tidak membosankan pelajar ialah teknik nyanyian atau lagu. Hal ini demikian kerana,

banyak lagu yang mengandungi senikata yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.

Lagu yang saya pilih ilah lagu j yang bertajuk Suasana Hari Raya nyanyian Anuar dan

Ellina . Di samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Oleh itu,

guru perlu menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada

pelajar. Berikan arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh mereka selepas

menyanyikan lagu tersebut.

Senikata Lagu : Suasana Hari Raya

Berlalulah sudah Ramadhan

Sebulan berpuasa

Tiba Syawal kita rayakan

Dengan rasa gembira

Anak muda di rantauan

Semuanya pulang ke desa

Ibu dan ayah keriangan

Bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam

Ziarah-menziarahi

Page 18: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

17

Tutur dan kata yang sopan

Saling memaafi

Suasana Hari Raya

Walau di mana pun jua

Memberikan ketenangan

Dan mententeramkan jiwa

Korus

Kuih dan muih

Beranika macam

Makanlah jangan

Hanya dipandang

Ketupat rendang

Sila nikmati kawan

Penat memasak

Malam ke pagi

Wajik dan dodol

Jangan lupakan

Peninggalan nenek

Zaman berzaman

Asyik bersembang

Pakcik dan makcik

Hai, duit raya

Lupa nak diberi

Berlalulah sudah Ramadan

Sebulan berpuasa

Tiba Syawal kita rayakan

Dengan rasa gembira

Anak muda di rantauan

Semuanya pulang ke desa

Page 19: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

18

Ibu dan ayah keriangan

Bersyukur tak terkira

Sebagai contohnya, guru mengedarkan senikata lagu Suasana Hari Raya seperti di atas

dan meminta murid membaca senikata terlebih dahulu. Murid diminta membaca senikata

lagu terlebih dahulu dan murid diipih secara rawak membaca senikata lagu tersebut.

Selain teknik nyanyian, guru-guru juga boleh menggunakan keratan akhbar atau majalah

untuk membincangkan aspek tatabahasa. Karya-karya komsas selain puisi dan sajak

seperti cerpen, prosa tradisional, novel, pantun, syair dan gurindam juga boleh digunakan

untuk pegajaran tatabahasa. Hal ini bermakna, semasa pengajaran komponen sastera,

guru-guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa dalam perbincangan pelajar. Dengan

kata lain, pengajaran tatabahasa tidak diajarkan secara langsung tetapi secara tidak

langsung. Hal ini dapat mengurangkan masalah kebosanan dan kurang minat murid untuk

belajar tatabahasa.

4.3 Penggunaan Keratan Akhbar dalam Pengajaran

Satu daripada kaedah yang digunakan dalam pengajaran bahasa adalah melalui

penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaaannya bertujuan menarik perhatian pelajar

supaya meminati pelajaran yang diajarkan. Hal itu dikatakan demikian kerana pengajaran

secara langsung yang berterusan akan membosankan pelajar dan mampu menghilangkan

semangat untuk belajar. Rasional penggunaan keratan akhbar sebagai bahan bantu

mengajar disandarkan kepada pendapat seorang pakar pendidikan, Edgar Dale (1978)

yang menggariskan tujuh kepentingan penggunaan BBM:

I. Merangsang minat yang tinggi dalam kalangan pelajar.

II. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman serta corak

pemikiran dan oleh itu mengurangkan pelbagai gerak lisan daripada pelajar.

III. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pemelajaran pelajar dan oleh

itu menjadikan pelajaran mereka lebih kekal.

Page 20: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

19

IV. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudahnya

melalui cara-cara lain.

V. Menolong pelajar dalam kefahaman dan oleh itu mempercepat perkembangan

perbendaharaan kata.

VI. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan

kegiatan seorang pelajar.

VII. Mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan

bacaan sukarela.

4.4 Tayangan Video Kemudian Guru Menayangkan Video / Bahan interaktif

Memetik kata - kata Prof. Dr. Awang Sariyan di dalam tulisannya yang bertajuk ‘

Bagaimana Tatabahasa Dapat Diajarkan Dengan Berkesan? Kata beliau“Nampaknya

tugas pertama saya sebelum memberikan pandangan tentang kaedah dan teknik

pengajaran tata bahasa yang menarik ialah berusaha membetulkan anggapan salah

tentang tatabahasa. Kata pepatah “Tak Kenal maka tak cinta”. Mudah-mudahan dengan

mengenal hakikat tata bahasa, tumbuhlah rasa cinta kepadanya. Teringat pula saya akan

satu baris dalam lagu Melayu lama yang berbunyi “Kalau hati sudah suka, semua indah

saja”. Demikianlah mudah-mudahan tatabahasa akhirnya dapat dilihat sebagai sesuatu

yang indah.

Sejajar dengan ungkapan beliau maka penggunaan ICT juga sesuai dengan zaman kini

sesuai dengan perkembangan arus dunia moden semasa dan cabaran dunia pendidikan

khususnya terhadap bahasa Melayu, satu pendekatan pengajaran yang lebih inovatif dan

kreatif perlu dirancang dengan teliti dan bersesuaian dengan kandungan pelajaran. Antara

pendekatan yang sering dan rancak digunakan ialah melalui bahan interaktif. Animasi

merupakan salah satu bentuk komunikasi grafik yang dipersembahkan secara menarik

dan ringkas untuk menyampaikan maklumat dan pesanan.

Oleh kerana sifatnya yang unik, animasi mampu meninggalkan kesan ingatan dan

mengukuhkan ingatan pelajar. Animasi juga berfungsi untuk mendidik murid-murid ke

arah menumpukan minat terhadap penggunaan animasi yang bermutu tinggi dari segi

Page 21: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

20

grafik, mesej, dan sudut persembahan serta bahasa yang digunakannya. Kartun boleh

memperjelaskan maksud dan menggambarkan makna isi kandungan bahan yang diajar

dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik.

Pengajaran sinonim dan antonim menjadi lebih mudah difahami jika disampaikan dengan

mengunakan bahan animasi. Contohnya semasa video nyanyian dipaparkan murid boleh

melihat sendiri cara penyanyi melontarkan sebutan dan gaya penyanyi tersebut ini akan

menjadikan mereka lebih mengingati perkataan tersebut. Selain itu, pengajaran sinonim

dan antonim juga harus dijalankan dengan menggunakan kaedah dan teknik yang

menarik. Penggunaan ICT boleh diterapkan untuk menghasilkan ilustrasi yang

menggambarkan maksud perkataan dan perkatan berlawan. Pengajaran secara visual ini,

seperti tayangan klip video dapat memudahkan murid memahami maksud perkataan

dengan lebih mendalam.

Disamping itu juga, terdapat unsur-unsur penggunaan audio yang jelas dan menarik

boleh membantu pengguna untuk memahami sesuatu aktiviti yang dijalankan atau

masalah yang dihadapi. Grafik dan animasi juga berkesan untuk menyampaikan

maklumat . Penggunaan grafik dan animasi komponen-komponen komputer juga dapat

menjelaskan pemahaman , menerangkan konsep dan fakta pengguna terhadap kandungan

perisian yang digunakan. Penggunaan audio dan video seperti dalam nyanyian Suasana

di Hari Raya ini akan memberikan kesan konkrit dan penegasan dalam menyampaikan

maklumat . Audio dapat disampaikan dalam bentuk suara manusia yang lebih ringkas dan

tepat serta lebih menarik dengan pelakuan penyanyi itu sendiri.

4.5 Didik Hibur-Tatabahasa antonim dan sinonim

Pengajaran Tatabahasa Menggunakan Cerpen Dan Lagu Juga Merupakan Salah Satu

Aktiviti Didik Hibur Yang Dapat Menarik Minat Murid Terhadap Pembelajaran.Murid

Akan Ternanti-Nanti Guru Mengajar Menggunakan Kaedah Ini Kerana Mereka Berasa

Seronok Dan Tidak Tertekan Dengan Pengajaran Guru. Murid Belajar Sambil Berhibur

Dengan Nyanyian Pembacaan Cerpen Dan Aktiviti Yang Memerlukan Mereka Bergerak.

Page 22: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

21

4.6 Kamus Elektronik atau Kamus Digital

Menurut Tg.Zawawi di dalam nurakmalku.blogspot (2012), pelbagai kaedah pengajaran

dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan oleh para pendidik bestari. Antaranya

strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan yang jauh,

pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses

maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensaiklopedia eletronik; belajar dari

courseware eletronik dan komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan kepada aspek

konteks di dalam meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk itu, aplikasi multimedia

membolehkan pembelajaran dalam konteks digunakan untuk mengajar pengetahuan dan

kemahiran yang relevan.

Sehubungan dengan itu , pengajaran tatabahasa sinonim dan antonim ini boleh

menggunakan kamus elektronik yang telah dibekalkan dalam perisian komputer setiap

sekolah atau pun menggunakan kamus digital bagi murid yang memilikinya. Disamping

mengajar tatabahasa guru juga telah menggabungjalinkan pengajaran berbantukan

computer. Jika bilangan computer tidak mencukupi bentuk kumpulan minta murid

mencari makna dan perkataan berlawan bagi perkataan bergaris dalam senikata lagu atau

cerpen. Cara ini akan membantu murid belajar berdikari, jika mereka menghadapi

masalah mencari perkataan sinonim dan antonim mereka boleh merujuk kamus elektronik

atau kamus digital kerana cara ini murid akan mendapat maklumat dengan lebih pantas

berbanding Kamus biasa.

5.0 KESIMPULAN

Sebagai rumusannya, semantik adalah ilmu yang mengkaji makna perkataan. Semantik

juga sebahagian daripada ilmu linguistik yang mengkaji makna dalam

morfem,kata,frasa.klausa mahupun ayat. Konsep memainkan perana penting kepada

manusia untuk mentakrif, memahami dan juga menyatakan buah fikiran. Sekiranya

konsep tidak dapat difahami ianya tidak akan wujud. Tanpa konsep juga tidak akan

wujud makna denotatif ataupun dalam erti kata lain makna sebenar. Perlu diberi perhatian

Page 23: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

22

bahawa makna konotatif pula ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna afektif.

Bidang semantik perlu dikuasai dengan baik supaya fungsibahasa dapat dilihat dengan

jelas. Makna sesuatu perkataan dapat difahami dengan lebih jelas dan terperinci mengikut

konteks sesuatu ayat.

Oleh itu, dengan terhasilnya kerja kursus ini dapatlah kita mengetahui tentang aspek

makna sesuatu ayat yang diujarkan atau digunakan oleh manusia. Perubahan makna

merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa di

dunia ini. Makna sesuatu perkataan akan berubah mengikut masa , pengaruh teknologi

dan hubungan sosial dalam masyarakat. Sebagai bangsa yang cintakan bahasa kita

sewajarnya peka dengan sebarang perubahan makna kata dalam bahasa Melayu.

Page 24: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

23

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Abdullah Yusof et. al., (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Pustaka Salam Adn. Bhd.

Abdullah Hassan. (1992). Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka &

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Abdullah Hassan (2005a). Linguistik am: siri pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu. Pahang: PTS Profesionall Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Asmah Haji Omar. (1995). Rekonstruksi Kata Dalam Bahasa Melayu Induk . Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.

Azman Wan Chik.(1985). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur:DBP

Dr Adenan Ayob dan Dr Nathesan Sellapan.(2014).HBML 3303 Psokolinguistik dan

Semantik(Edisi Kedua).Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Hjh Noresah Baharom.(2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka

Modul BMM3111 Semantik dan Pengistilahan Bahasa Melayu.(2011). Cyberjaya:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Modul BMM3111 Semantik dan Pengistilahan Bahasa Melayu.(2012). Cyberjaya:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Izani Hj Daud 2010. “Belajar Bahasa dengan Keratan Akhbar”. dlm. Pelita Bahasa: Jld.

22, Bil. 05: 5 Mei. hlm. 24-25.

S.Nathesan.(2008).MAKNA dalam BAHASA MELAYU.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz.(2009).Bahasa Melayu II.Selangor:Oxford Fajar.Sdn.Bhd.

Ullmann, Stephen (1972). Semantics.Introduction to the Science Of Meaning. Oxford :

Page 25: Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)

Rosnani Hassan - 720424085518001 HBML3303

24

Basil Black Well.

Http://Tintatualangilmu.Blogspot.Com/2012/06/Peribahasa-Dan-Kaedah-

Pengajarannya.Html

Http://nuramalku.blogspot.com/2012_04_01_archive.html