TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

4
Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana aman damai dalam pelbagai budaya, bahasa dan adat resam serta mempunyai kestabilan politik dan ekonomi yang mantap. Ini adalah hasil daripada semangat persefahaman yang terjalin kukuh sejak negara mencapai kemerdekaan, sikap toleransi dan saling menghormati serta kesediaan untuk bertolak ansur, bermuafakat demi kepentingan bersama. Impak postif yang berunsur kestabilan dalam negara yang diwujudkan telah membolehkan negara terus maju membangun menuju landasan yang cemerlang terutamanya mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Salah satu aspek signifikan yang akan mengiktiraf sesebuah negara itu sebagai sebuah negara ialah aspek ekonomi dalam sesebuah negara. Ekonomi negara kita dianggap salah satu kegiatan ekonomi yang terbesar di dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ekonomi Malaysia berada di tempat ke-29 di dunia pada tahun 2007.Ekonomi negara kita bertambah baik kian hari kian kerana peranan signifikan pihak kerajaan dalam merealisasikan matlamat keseimbangan ekonomi dalam merealisasikan perpaduan kaum di Malaysia. Keseimbangan ekonomi di Malaysia ini akan membantu untuk merealisasikan perpaduan kaum dan ini akan memastikan Malaysia berada dalam landasan yang paling kukuh untuk mencapai Wawasan 2020. Pihak kerajaan mengaplikasikan beberapa dasar-dasar yang dianggap sebagai prinsip-prinsip penting dalam mencapai matlamat keseimbangan kaum serta merealisasikan perpaduan kaum di Malaysia. Salah satu modus operandi yang diaplikasikan oleh pihak kerjaan untuk diterapkan dalam ekonomi negara kita ialah Dasar Ekonomi Baru. Sebenarnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk iaitu

description

PISMP SEMESTER 3_Sathiswaran

Transcript of TUGASAN HUBUNGAN ETNIK

Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana aman damai dalam pelbagai budaya, bahasa dan adat resam serta mempunyai kestabilan politik dan ekonomi yang mantap. Ini adalah hasil daripada semangat persefahaman yang terjalin kukuh sejak negara mencapai kemerdekaan, sikap toleransi dan saling menghormati serta kesediaan untuk bertolak ansur, bermuafakat demi kepentingan bersama. Impak postif yang berunsur kestabilan dalam negara yang diwujudkan telah membolehkan negara terus maju membangun menuju landasan yang cemerlang terutamanya mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Salah satu aspek signifikan yang akan mengiktiraf sesebuah negara itu sebagai sebuah negara ialah aspek ekonomi dalam sesebuah negara. Ekonomi negara kita dianggap salah satu kegiatan ekonomi yang terbesar di dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila ekonomi Malaysia berada di tempat ke-29 di dunia pada tahun 2007.Ekonomi negara kita bertambah baik kian hari kian kerana peranan signifikan pihak kerajaan dalam merealisasikan matlamat keseimbangan ekonomi dalam merealisasikan perpaduan kaum di Malaysia. Keseimbangan ekonomi di Malaysia ini akan membantu untuk merealisasikan perpaduan kaum dan ini akan memastikan Malaysia berada dalam landasan yang paling kukuh untuk mencapai Wawasan 2020. Pihak kerajaan mengaplikasikan beberapa dasar-dasar yang dianggap sebagai prinsip-prinsip penting dalam mencapai matlamat keseimbangan kaum serta merealisasikan perpaduan kaum di Malaysia.Salah satu modus operandi yang diaplikasikan oleh pihak kerjaan untuk diterapkan dalam ekonomi negara kita ialah Dasar Ekonomi Baru. Sebenarnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk iaitu untuk membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan menstruktur masyarakat diteruskan dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Falsafah yang ditegaskan dalam dasar kerajaan ini ialahpertumbuhan dengan agihan dan falsafah ini digunakan sebagai panduan kerajaan untuk merealisasikan perpaduan kaum yang dihasratkan oleh kerajaan. Falsafah ini mengandaikan bahawa sekiranya perbezaan dan ketidakseimbangan ekonomi antara etnik dapat dihapuskan, maka perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang etnik, budaya dan agama akan dapat dicapai. Agihan yang dimaksudkan ialah agihan ekonomi dan pertumbuhan pula pertumbuhan ekonomi. pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini. Pengagihan ekonomi yang seimbang haruslah dilaksanakan kerana pengagihan yang tidak seimbang akan menyebabkan berlakunya konflik etnik di negara kita. Agihan ekonomi ini sangat penting kerana ia akan meningkatkan taraf hidup dan pendapatan seseorang serta melalui ini dorongan atau motivasi akan wujud dalam sanubari setiap rakyat Malaysia.Hal ini dapat dijelaska lagi apabila kadar agihan ekonomi ini hanya bertambah apabila berlakunya pertumbuhan ekonomi. Matlamat kedua DEB juga telah dilaksanakan apabila kumpulan etnik yang jauh ketinggalan dari segi ekonomi dapat kembali bersaing dengan etnik-etnik lain. Hal ini adalah kerana tujuan kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan mewujudkan keadaan ekonomi yang agak seimbang dalam kalangan etnik di negara kita. Sekiranya keseragaman ekonomi ini tidak dapat dilaksanakanya maka akan berlaku konflik antara etnik dan ini membantu untuk mewujudkan golongan masyarakat yang bersatu-padu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa matlamat dan falsafah yang telah diterapkan melalui DEB ini sangat efektif dan ini telah membawa anjakan padarigma dari segi ekonomi. Dorongan atau motivasi ini akan membantu negara kita untuk mencapai kemajuan yang dingini manakala agihan ekonomi yang seimbang telah mewujudkan berlakunya perpaduan antara kaum.Pihak kerajaan juga mengaplikasikan Dasar Pembangunan Nasional sebagai dasar untuk mencapai keseimbangan ekonomi dalam merealisasikan perpaduan kaum. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomi Malaysia yang digunakan sekarang. Ia merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan DEB. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum. Matlamat akhir DPN ialah perpaduan negara yang akan menjadikan negara kita maju dan membantu untuk mencapai Wawasan 2020. Hal ini masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi yang saksama, memastikan keseimbangan pembangunan bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saing melengkapi antara sektor bagi mengoptimunkan pertumbuhan ekenomi, serta mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia. Inilah serba sedikit tentang tujuan DPN secara mendalam. Pada pendapat saya, modus operandi ini sangat efektif dalam mencapai matlamat keseimbangan ekonomi dalam merealisasikan perpaduan kaum. Hal ini adalah kerana agihan ekonomi yang saksama ini dapat menghalang berlakunya konflik antara etnik seperti insiden 13 Mei 1969 dan wadah digunakan untuk menghalang insiden sebegini berulang ialah DEB dan DPN. Pertumbuhan ekonomi ini menyebabkan taraf hidup rakyat meningkat dan kadar pengangguran berkurangan. Salah satu panduan penting dalam DPN ialah mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Hal ini dapat membantu untuk menyeragamkan ekonomi antara etnik,taraf hidup masyarakat dan wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara serta dapat mewujudkan hubungan etnik harmonis kerana tiada wjudnya perbezaan antara malah semua dianggap bangsa Malaysia. Tidak dapat disangkal lagi dasar DPN dapat mencapai matlamat keseimbangan ekonomi dalam merealisasikan perpaduan kaum.