Tugasan Individu Ptk Dg48 Tahun 2010
-
Upload
zainon-bt-mohamed -
Category
Documents
-
view
439 -
download
1
Transcript of Tugasan Individu Ptk Dg48 Tahun 2010
650716-01-5094
RINGKASAN EKSEKUTIF
“Bagaimana anda berusaha untuk menjadi guru berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran anda?”
Topik perbincangan ini mengupas bagaimana saya berusaha untuk menjadi guru
berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui lima langkah.
Lima langkah tersebut ialah : pertama, merancang pengajaran, kedua , membentuk
personaliti dan komunikasi berkesan, ketiga, mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran, keempat, membudayakan kajian tindakan dan kelima, mewujudkan suasana
kelas yang kondusif.
“Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.”
(Usman Awang, 1979)
Demikianlah sebahagian daripada kata-kata puitis nukilan Datuk Dr. Usman Awang yang
menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai pembina modal insan cemerlang
sejak zaman berzaman. Kini, profesion perguruan bukan profesion yang dipandang tinggi
jika dibandingkan dengan profesion lain seperti doktor, jurutera atau arkitek.
Saya sebagai seorang guru yang berkesan perlu berani dan mampu menyesuaikan
keadaan, suasana, pelajar dan tajuk yang hendak diajar dengan kaedah yang paling efektif
untuk sesuatu kumpulan pelajar. Hal ini bagi mengelak pelajar berasa bosan dan mudah
hilang tumpuan serta melakukan tingkah laku negatif. Oleh itu, saya juga berperanan untuk
mengubah persepsi masyarakat dengan melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
1
650716-01-5094
1.0 PENDAHULUAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986 Panitia Mata Pelajaran menyatakan kejayaan
para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata
pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan
guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam
menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau
tidak. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar
sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan
aktiviti-aktiviti mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat
bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk
memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan Pengajaran &Pembelajaran (P&P) yang
dilaksanakan. Peranan guru adalah penting dalam mendidik anak didiknya. Di dalam kelas,
guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara atau fasilitator. Guru yang pandai
mendidik akan memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran,
manakala guru yang tidak pandai mendidik akan menyebabkan pelajar sukar untuk
memahami sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran. Keadaan ini akan menyebabkan
pelajar bosan, hilang tumpuan dalam pelajaran,ponteng sekolah dan menimbulkan pelbagai
masalah disiplin.
Oleh yang demikian, saya sebagai Guru Akademik Tingkatan 6 yang mengajar
Pengajian Am telah berusaha untuk menjadi guru yang berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P). . Saya telah mencuba untuk melakukan yang terbaik sebagai guru
yang berkesan, kerana ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah dari Allah s.w.t .
Allah s.w.t telah berfirman di dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud: “Sesungguhnya
kami telah menawarkan amanah (tanggungjawab) kepada langit, bumi dan gunung-ganang,
tetapi mereka enggan untuk memikulnya dan takut terhadap tanggungjawabnya. Manusia
mahu memikulnya tetapi manusia itu banyak kesalahan dan bodoh.” ( surah al-Ahzab: 72 ).
2
650716-01-5094
2.0 DEFINISI KONSEP
2.1 Pengajaran
Menurut Mok Soon Sang (2009), konsep pengajaran ditafsirkan sebagai suatu
proses, komunikasi atau interaksi, sains dan seni. Pengajaran boleh dihuraikan
sebagai suatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau
kemahiran supaya pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan.
Pengajaran juga sebagai proses komunikasi yang meliputi aktiviti perhubungan dan
interaksi di antara guru dengan pelajar. Pengajaran juga dianggap sebagai suatu
bidang sains kerana pengajaran yang berkesan hanya boleh berlaku atas
penggunaan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar yang telah dikaji dan diuji
oleh pakar pendidik. Pengajaran juga mengandungi ciri seni kerana ia melibatkan
emosi, nilai dan tingkah laku manusia. Guru perlu mempunyai bakat seni mengajar
iaitu boleh mengubahsuai model dan teori P&P agar sesuai dengan kebolehan
kumpulan pelajar yang berbeza-beza.
Kesimpulannya, pengajaran melibatkan proses mengubah tingkah laku dan
pemikiran melalui penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi
perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan
dan penilaian, yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran
kepada pelajar-pelajar secara berkesan.
2.2 Pembelajaran
Pembelajaran merupakan suatu usaha berterusan yang dilakukan oleh setiap
insan untuk menguasai ilmu, nilai dan kemahiran. Pembelajaran itu sendiri adalah
satu fungsi berkombinasi 'multi-faceted experience'. Pengalaman yang pelbagai rupa
dan bentuk dialami melalui rangsangan luaran dan dalaman. Rangsangan ini
mengakibatkan pengamatan atau persepsi tertentu pada insan yang menerimanya.
Berdasarkan persepsi tersebut individu berkenaan akan memproses segala maklumat
yang diterimanya.
3
650716-01-5094
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “belajar” diertikan
sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Maka pembelajaran boleh
diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Robert M.
Gagne (1970) dalam bukunya “The Condition of Learning” mendefinisikan
pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku.
Kesimpulannya, konsep pembelajaran meliputi proses perubahan tingkah laku
yang agak kekal hasil daripada latihan dan pengalaman seseorang pelajar.
2.3 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Pengajaran bertujuan untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran. Malah
keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran
mengajar yang berjaya memudahkan aktiviti pembelajaran pelajar. Seharusnya,
segala aktiviti pengajaran adalah semata-mata ditumpukan untuk merangsang pelajar
belajar. Oleh itu, pengajaran mempunyai dua fungsi utama iaitu merangsang
pembelajaran dan mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Guru
berperanan untuk membekalkan motivasi sebagai rangsangan untuk menimbulkan
minat pelajar dan menggerakkan mereka belajar.
P&P bukan sahaja saling berkait tetapi juga proses yang dijalankan secara
berterusan seumur hidup dalam kerjaya keguruan. Perhubungan P&P begitu rapat
sehingga ia dipandang sebagai suatu aktiviti yang menyeluruh. Tanpa pelajar, guru
tidak dapat mengajar; tanpa guru, pelajar tidak mengetahui bagaimana belajar.
Pelajar mendapat manfaat dalam aktiviti P&P; guru pula memperolehi pengalaman
tambahan daripada aktiviti P&P.
Kesimpulannya, konsep P&P berkesan bermaksud keupayaan guru untuk
menyampaikan pengajaran atau kemahiran yang mudah difahami oleh pelajar, mudah
diingat dan menyeronokkan. Oleh itu, guru perlu menyampaikan isi pengajaran secara
tersusun dan sistematik; menggunakan bahasa yang jelas dan mudah, penerangan
yang jelas dan memberikan contoh-contoh yang berkaitan, penekanan kepada isi-isi
4
650716-01-5094
penting dan pelajaran itu cuba dikaitkan pula dengan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada pelajar dan menggunakan alat bantu mengajar bagi membantu
menerangkan sesuatu konsep. Selain ini, objektif pelajaran hendaklah jelas dan
khusus, isi kandungan adalah mencukupi serta guru perlu mengadakan penilaian.
2.4 GURU BERKESAN
Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah
telah menyenaraikan ciri-ciri seorang guru berkesan yang bersikap profesional,
mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori, kaya ilmu, bertindak di atas landasan etika dan
tatasusila kerja, bermoral teguh, sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil
pengajaran, prihatin dengan kehendak pelajar dan ibu bapa, berkebolehan menilai
kekuatan dan kelemahan pelajar-pelajar, melengkapkan diri dengan kemahiran yang
sejajar dengan tuntutan semasa, menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi
mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa, memastikan situasi
‘Guru mengajar pelajar belajar’ wujud di dalam kelas, berupaya melahirkan
‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti
sihat dan serba boleh, berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik,
berupaya membentuk perwatakan pelajar dengan pelbagai keteguhan nilai diri, taat
dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya,
menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi,
profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Oleh yang demikian, saya berpendapat seorang guru berkesan perlu
memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu yang dapat membantunya menjalankan
proses P&P dengan berkesan serta menampilkan dirinya dengan pelbagai sifat dan
ciri yang positif.
5
650716-01-5094
3.0 Langkah Menjadi Guru Berkesan dalam P&P Pengajian Am
3.1 Merancang Pengajaran
Bagi memastikan saya menjadi guru yang berkesan, saya membuat
persediaan dan perancangan yang mantap sebelum P&P dijalankan di
dalam bilik darjah. Saya perlu mengetahui kelompok pelajar yang hendak
diajar, isi kandungan pelajaran dan matlamat serta objektif yang
dihasratkan untuk dicapai oleh pelajar di akhir pelajaran nanti.
Oleh sebab itu, sebelum bermulanya proses P&P iaitu pada awal tahun lagi
saya telah membuat Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) berdasarkan Sukatan
Pelajaran Pengajian Am STPM yang telah dibekalkan oleh Majlis Peperiksaan
Malaysia (MPM) dengan penuh teliti dan bertanggungjawab. Pada setiap hari pula
saya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Memanglah terbukti,
dengan adanya perancangan pengajaran yang baik dan teratur ini telah membantu
saya untuk menjadi guru berkesan dalam P&P seperti kata pepatah : “ Sekiranya
kamu gagal untuk merancang, maka kamu merancang untuk gagal. “
Perancangan Strategik 2009-2011 Jabatan Pelajaran Johor telah
menggariskan visi dan misi yang dikongsi bersama Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM). sebagai panduan pelaksanaan sepanjang tahun dan strategi masa hadapan.
Visi tersebut adalah ”Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”. Misi pula
berbunyi ”Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”. Saya
telah memasukkan sasaran pencapaian peratus kelulusan Pengajian Am dari 2009
hingga 2011 iaitu 80.5%, 81% dan 81.5% berasaskan kelulusan pada tahun 2008
sebanyak 79.7% ke dalam Perancangan Strategik SMK Dato’ Seth 2009-2011.
Sasaran ini perlu diutamakan dalam perancangan kerana ia akan menentukan aktiviti-
aktiviti yang hendak dilaksanakan bagi mencapai sasaran. Aktiviti-aktiviti tersebut
merangkumi program-program Headcount, Program Intensif dan Latih Tubi Berfokus.
6
650716-01-5094
Selain daripada Rancangan Pelajaran Tahunan dan perancangan Strategik,
perancangan awal yang lain adalah penyediaan bahan-bahan P&P selain daripada
buku teks seperti nota-nota tambahan, bahan-bahan ’power points’ dan bahan
bantuan mengajar yang lain bagi mempermudahkan pelajar memahami sesuatu tajuk.
Saya juga membuat pengukuran masa bagi sesuatu topik yang hendak diajar sama
ada dapat diselesaikan dalam satu masa atau lebih.
Saya juga merancang kemudahan pembelajaran seperti kemudahan
peralatan kegunaan pelajar. Saya sentiasa berbincang dengan pihak pentadbiran dan
pihak PIBG untuk menggunakan peruntukan kewangan mereka bagi membiayai
pembelian pelbagai jenis ”marker pen” dan kertas yang berbagai warna yang dapat
memberi keseronokan kepada pelajar untuk belajar. Malah pemasangan LCD dalam
setiap kelas Tingkatan 6 dapat membantu saya menjadi guru berkesan melalui
penggunaan komputer dalam P&P.
Sebelum proses P&P, saya membuat rujukan mengenai tajuk yang hendak
diajar. Sebagai guru mata pelajaran Pengajian Am yang mempunyai liputan sukatan
yang luas, saya sentiasa menambah dan mengemaskini maklumat mengenai isu-
isu semasa dengan membuat rujukan sama ada melalui media cetak atau media
elektronik seperti majalah, suratkhabar “online” dan juga buku-buku di dalam
simpanan saya ataupun di pusat sumber sekolah. Saya juga membuat rujukan di
laman-laman web yang berkaitan dengan Pengajian Am seperti http://pa900.
blogspot.com/, http://goaypastpm.wordpress.com/, http://www.pam900.blogspot.com/,
http://pengajianamsemega.blogspot.com/ serta laman-laman web lain yang berkaitan.
Tidak ketinggalan juga saya mengadakan perbincangan ilmiah bersama rakan guru
lain melalui Jawatan Kuasa Daerah Pengajian Am Daerah Batu Pahat untuk
menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai penemuan-penemuan baru untuk
dikongsikan bersama dengan pelajar semasa proses P&P berlaku. Saya berusaha
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas kerana pelajar masa kini tidak
7
650716-01-5094
akan menerima sesuatu maklumat secara bulat–bulat tanpa diterangkan rasionalnya.
Saya perlu mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam berbanding dengan
pelajar.
Sebagai rumusannya, ingin saya tegaskan bahawa perancangan awal yang telah
saya sediakan secara teliti dan rapi itu sememangnya telah membantu saya menjadi
guru berkesan untuk memastikan kelangsungan proses P&P berjalan dengan baik,
lancar dan telah meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam diri pelajar.
Sekiranya kita mendidik pelajar dengan baik, maka orang lain akan mendidik anak kita
dengan lebih baik.
3.2 Membentuk Personaliti dan Komunikasi Berkesan
Pada umumnya, proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan interaksi
antara guru dan pelajar. Melalui interaksi dua hala ini, guru sentiasa berusaha untuk
berkomunikasi dengan pelajar supaya idea guru dapat merangsang pelajar.
Komunikasi yang berkualiti tinggi adalah komunikasi yang dijalankan berdasarkan
semangat kerjasama. Kedua-dua belah pihak sama-sama ingin saling faham
memahami apa yang diucapkan oleh satu sama lain.
Sebagai guru berkesan, saya mempunyai sikap positif dan memiliki
ketrampilan, pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikaikan, berfikiran terbuka,
pandai mengurus masa dan keperibadian yang tinggi seperti menepati masa, masuk
ke kelas dengan cepat, mengajar dengan penuh dedikasi, suka bekerjasama dengan
rakan sejawat dan mempunyai sifat dan ciri-ciri profesionalisme dan profesionaliti
yang tinggi. Saya juga menjaga personaliti dengan datang ke bilik darjah tepat pada
masanya. Saya juga perlu berpenampilan menarik dengan cara berpakaian kemas,
ringkas dan tidak memakai perhiasan yang keterlaluan ketika mengajar. Saya
memakai pakaian yang sederhana dari segi fesyen dan warnanya tidak terlampau
terang atau berkilat-kilat . Pakaian dan perhiasan yang keterlaluan akan mengganggu
konsentrasi pelajar terhadap isi pengajaran gurunya.
8
650716-01-5094
Cara duduk guru juga turut dalam pemerhatian pelajar di sekolah. Pelajar
sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses P&P. Oleh itu,
sekiranya saya berada dalam posisi duduk, saya tidak terlalu menyandar ke kerusi.
Saya duduk dalam keadaan tegak mahupun condong sedikit ke hadapan bagi
menunjukkan yang saya berminat untuk membantu pelajar. . Bagi membina
hubungan guru dengan pelajar yang berkesan,saya duduk di atas kerusi secara
berhadapan ataupun duduk dalam keadaan yang membolehkan saya melihat
keseluruhan posture (kedudukan tubuh) dan gesture(gerakan badan) pelajar. Bagi
posisi berdiri pula, saya akan berdiri secara berhadapan dengan pelajar. Posisi ini
akan membolehkan saya melihat keseluruhan tingkah laku tanpa lisan yang
ditunjukkan oleh pelajar. Saya juga memastikan ruang komunikasi tidak terlalu
dekat ataupun tidak terlalu jauh iaitu kira-kira sedepa tangan guru atau antara 1
meter hingga 1.5 meter dengan pelajar bagi mewujudkan kontak atau hubungan mata
yang sesuai.
Saya juga mengetahui tingkah laku tanpa lisan kerana mesej-mesej yang
lahir daripadanya boleh memberi makna-makna tertentu kepada pelajar. Saya
sentiasa membentuk ekspresi wajah, kedudukan dan pergerakan badan yang
sesuai ketika proses P&P. Ekspresi wajah mampu menunjukkan saya dalam
keadaan gembira, marah, terperanjat, sedih dan sebagainya dengan kombinasi
pergerakan mata, kening, pipi, hidung dan mulut. Bagi pelajar yang memahami
pergerakan tubuh, jika saya kerap berpeluk tubuh, ia menggambarkan marah, rasa
tidak selamat dan “defensive”. Pergerakan yang berjalan ke hulu dan ke hilir
menggambarkan seseorang itu dalam keadaan resah, gelisah dan bimbang.
Manakala pergerakan yang mengangkat bahu membawa maksud ragu-ragu dan tidak
tahu. Suara juga turut memainkan peranan yang mana bunyi-bunyi suara seperti
mengecis, menarik ataupun menghela nafas, tinggi atau rendah nada suara ataupun
pic suara yang dikeluarkan dan juga kelajuan percakapan. Semua aspek ini
9
650716-01-5094
mempengaruhi pelajar untuk menarik minat terhadap pengajaran yang disampaikan
oleh guru.
Manakala menurut Sue Leach (2006), personaliti dan cara pengendalian kelas
boleh mencerminkan keperibadian seseorang guru. Seseorang guru perlu belajar dari
pengalaman sendiri, dari pengalaman sewaktu bergelar pelajar dan seseorang guru
itu perlu memperuntukkan masa untuk memikirkan strategi pengajaran di antara guru
dan pelajar bagi memastikan P&P berjalan dengan berkesan. Oleh yang demikian,
saya berusaha menjadi seorang pendengar yang baik, boleh berkomunikasi melalui
pandangan mata di antara guru dan pelajar, mempunyai perbendaharaan kata yang
banyak bagi memastikan pelajar memahami apa yang saya sampaikan, berkemahiran
berkomunikasi secara lisan dan tanpa lisan, berkemahiran untuk memujuk pelajar
dan bukan terus menghukum pelajar sekiranya melakukan kesalahan dan
berkeyakinan untuk menyakinkan pelajar bahawa saya adalah seorang yang berilmu
dan berpengetahuan terhadap apa yang ingin disampaikan.
Kesimpulannya, saya sentiasa memastikan ciri-ciri personaliti seorang guru
berkesan sentiasa diamalkan dan juga komunikasi berkesan sentiasa berlaku. Saya
sentiasa berusaha mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya
mempercayai dengan pelajar. Ciri-ciri personal guru yang saya miliki digemari oleh
pelajar. Saya juga mendapati pelajar-pelajar bersedia lebih awal dan tidak ponteng
kelas, malahan apabila mereka terlewat sedikit, mereka akan segera meminta maaf.
Dengan ini jelaslah bahawa penampilan diri dan komunikasi berkesan seorang guru
berkesan dapat mempengaruhi secara langsung terhadap keberkesanan proses P&P
pelajarnya. Oleh itu saya lebih mudah diterima dan mendapat sokongan daripada
pelajar-pelajar, seterusnya memudahkan tugas P&P.
3.3 Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Keberkesanan pengajaran seorang guru bergantung kepada kebolehan
menyampaikan pengajarannya dengan tujuan menjadikan seseorang pelajar itu
10
650716-01-5094
sebagai penyelesai masalah yang baik bagi memudahkan aktiviti pembelajaran.
Tujuan utama mempelbagaikan kaedah P&P adalah untuk merangsang pembelajaran
dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan. Rangsangan
yang sesuai akan tiimbul dan mengekalkan minat pelajar pada P&P dalam
membentuk perubahan tingkah laku daripada suatu tahap yang rendah ke suatu tahap
yang lebih tinggi. Secara praktiknya guru mungkin sukar menggunakan satu kaedah
atau teknik sahaja melainkan menggabungkan dua teknik secara serentak bagi
membantu menghasilkan proses P&P yang berkesan dan bermakna.
Semasa P&P, saya memilih kaedah P&P yang sesuai dengan minat,
keupayaan dan pengetahuan yang sedia ada pada pelajar-pelajar. Saya
menggunakan Kaedah P&P berasaskan Teknologi Maklumat dan bukan
berasaskan Teknologi Maklumat kerana kedua-dua teknik ini dapat menarik minat
dan motivasi pelajar serta menangani pelbagai masalah disiplin semasa proses P&P.
Saya menggunakan kaedah P&P berasaskan teknologi maklumat seperti
penggunaan komputer kerana mampu memberi cabaran dan menjana ilmu yang lebih
luas dan tepat kepada pelajar. Sebelum mengajar, saya mengenal pasti topik-topik
yang sesuai dan boleh diaplikasikan dalam bentuk bahan bantu mengajar dengan
menggunakan program ‘Power Point’ sebagai usaha menarik minat serta
motivasi pelajar semasa sesi pengajaran di dalam bilik darjah. Penggunaan
program ini amat bersesuaian dengan penerimaan pelajar terhadap isi pelajaran
seperti petikan berikut :
Kita hanya mendapat : 10 % Apa yang kita baca20 % Apa yang kita dengar30 % Apa yang kita lihat50 % Apa yang kita dengar dan lihat70 % Apa yang kita bincang dengan orang lain80 % Apa yang kita alami sendiri95 % Apa yang kita ajar kepada orang lain
11
650716-01-5094
Bagi mata pelajaran Pengajian Am, Bahagian Kenegaraan Malaysia
merupakan satu komponen yang penting dan pelajar memerlukan pengetahuan dan
kefahaman yang tinggi. Pelajar-pelajar perlu mempunyai kefahaman dan
penghayatan tentang kenegaraan Malaysia dari perspektif sejarah dan semasa; dan
juga prihatin terhadap perkembangan pembangunan negara, dasar-dasar negara, dan
isu-isu semasa. Bagi tajuk Sistem Pentadbiran Malaysia, saya membahagikan
pelajar kepada tujuh kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki mencari maklumat
terperinci tentang komponen dalam Sistem Pentadbiran Malaysia iaitu Yang di-
Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, Badan Legislatif, Badan Eksekutif, Badan
Kehakiman, Suruhanjaya dan Ketua Audit Negara. Pelajar-pelajar mengakses
internet untuk mencari maklumat dan mendapat gambaran sebenar tentang
tajuk-tajuk yang telah ditetapkan mengikut kumpulan masing-masing. Cara ini akan
menjadikan pelajar lebih seronok dan mendapat gambaran yang sebenar dalam
pentadbiran negara. Ini akan mendorong pelajar untuk mengetahui lebih mendalam
tentang topik yang dipelajari dan meninggalkan kesan yang lebih lama dalam ingatan
pelajar. Saya memantau dan membimbing pelajar dari satu kumpulan ke kumpulan
yang lain dan saya beri pujian dan kata perangsang supaya mereka berasa dihargai
dan meningkatkan lagi keyakinan mereka. Kaedah ini dapat menarik perhatian pelajar
kerana ia tidak membosankan dan pelajar dapat memberi fokus sepanjang
pembelajaran dan lebih berkesan. Pelajar akan menjadi lebih kreatif, inovatif dan
meningkatkan motivasi untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru. Selain
itu, saya mendapati keadaan Bilik Komputer yang sejuk dan nyaman juga dapat
membantu pelajar belajar dengan selesa, seronok dan mendorong pelajar bersikap
positif.
Kesimpulannya, saya mendapati penggunaan komputer dalam P&P secara
terancang dapat memupuk kesedaran kendiri, ingin tahu, fokus dan memberi kesan
yang positif serta menjamin kualiti pencapaian pelajar dalam bidang akademik.
12
650716-01-5094
Secara tidak langsung, masalah disiplin di dalam kelas terkawal serta dapat
menghasilkan proses P&P yang berkualiti.
Kaedah kedua yang saya gunakan ialah teknik pengajaran bukan
berasaskan teknologi maklumat. Saya mendapati bukan semua topik P&P
memerlukan penggunaan komputer dan ada kalanya saya mendapati penyesuaian
pendekatan, kaedah dan teknik dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan amat
penting. Justeru saya juga menggunakan teknik pengajaran seperti perbincangan,
simulasi dan lain-lain supaya pelajar lebih seronok dan faham tentang topik yang
diajar. Saya juga menggunakan Pendekatan Kaedah Pembelajaran secara
Kolaboratif dan Kooperatif semasa mengajar tajuk Dasar Dalam Negeri. Kaedah
ini menggalakkan pelajar-pelajar bekerjasama di antara satu sama lain dan memberi
sumbangan idea yang bernas dan kritis bagi kejayaan kumpulan masing-masing.
Sebelum memulakan aktiviti, pelajar-pelajar dibahagikan kepada empat
kumpulan kecil dan melantik seorang ketua. Setiap kumpulan diberi topik
perbincangan seperti: Kumpulan 1 : Pra-Dasar Ekonomi Baru (1956-1970),
Kumpulan 2 : Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama(Dasar Ekonomi Baru)
(1971-1990), Kumpulan 3 : Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua: Dasar
Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Kumpulan 4 : Rancangan Jangka Panjang
Ketiga : Dasar Wawasan Negara (2001-2020). Pelajar-pelajar diberi masa 15 minit
untuk berbincang tentang matlamat dan strategi dengan merujuk buku teks dan buku
rujukan. Selepas itu pelajar bergerak dan membentuk kumpulan baru iaitu masih
terdiri daripada empat kumpulan tetapi rakan yang berlainan. Setiap pelajar dalam
kumpulan baru menerangkan hasil isi perbincangan kumpulan sebelumnya dan
semua pelajar terlibat secara aktif dan dapat bekerjasama dalam kumpulan yang baru.
Dari pemerhatian saya, pelajar-pelajar yang kurang yakin atau yang lemah akan lebih
faham, berani dan bermotivasi kerana dibimbing oleh rakan mereka yang pandai.
Secara tidak langsung ia dapat menjalin hubungan yang baik antara satu sama lain,
13
650716-01-5094
menyeronokkan pelajar dan tahap kefahaman mereka lebih tinggi semasa
pengajaran. Pelajar yang seronok dan ingin belajar tidak akan menimbulkan masalah
disiplin di dalam kelas.
Kaedah lawatan juga dapat saya kategorikan sebagai satu kaedah yang
berkesan dan menyeronokkan walaupun ia melibat perbelanjaan dan masa yang
panjang. Lawatan ke Parlimen, Jabatan Perdana Menteri dan Istana Kehakiman
dapat menyakinkan pelajar saya tentang tajuk Perundangan, Pentadbiran dan
Kehakiman Malaysia yang dibincangkan di dalam kelas. Daripada lawatan sambil
belajar ini, mereka memperoleh pengalaman dan maklumat terus daripada pegawai
berkenaan. Bidang kerjaya yang ditawarkan di jabatan berkenaan yang
memerlukan kelayakan mata pelajaran Pengajian Am akan menambahkan minat
kepada mereka untuk belajar dan dapat bekerja selepas tamat persekolahan nanti.
Pelajar dapat mengetahui dan memahami sistem pentadbiran negara akan
menjadikan mereka lebih berpengetahuan dan bertanggungjawab.
Kesimpulannya, mempelbagaikan kaedah dan teknik P&P adalah satu usaha
untuk menjadikan pelajar-pelajar seronok , tidak bosan dan bermotivasi untuk belajar
dan menjadikan pelajar lebih berdisiplin serta membolehkan pencapaian akademik
meningkat.
3.4 Membudayakan Kajian Tindakan
Dalam memantapkan pendemokrasian pendidikan, guru-guru sering terdedah
kepada pelbagai situasi kompleks yang berkaitan dengan proses P&P. Isu ini timbul
kerana terdapat jurang perbezaan antara jangkaan dan amalan guru dalam
pengajaran. Oleh yang demikian, kajian tindakan telah dibudayakan dalam kalangan
guru-guru sebagai asas kepada tindakan perkembangan ikhtisas guru.
Sebagai guru berkesan, saya juga menggunakan Kajian Tindakan sebagai satu
cara meningkatkan keberkesanan proses P&P. Kenyataan ini selaras dengan
pendapat Ellirt (1976), kajian tindakan dapat mempertingkat mutu profesionalisme
14
650716-01-5094
guru terhadap situasi sosial di sekolah serta bertujuan memperbaiki kualiti amalan
guru. Begitu juga dengan Lomax (1994), yang berpendapat kajian tindakan ialah
penyelidikan pendidikan dan guru sendiri menyelidik untuk memperkembang dirinya
serta profesionnya.
Saya telah melaksanakan Kajian Tindakan yang bertajuk Latihan Pratopik
Bagi Meningkatkan Tahap Persediaan dan Penguasaan Terhadap Topik
Kenegaraan Dalam Pengajian Am sebagai usaha meningkatkan tahap persediaan
pelajar untuk mengikuti proses P&P. Saya mendapati, lebih 90% daripada seramai
34 orang pelajar 6 Atas 1 mengaku langsung tidak pernah membaca topik yang
dibincangkan sungguhpun telah diingatkan sebelumnya. Lebih 80% daripadanya juga
menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan semasa P&P. Akibatnya, pelajar
tidak dapat melibatkan diri dalam proses P&P, tidak responsif dan tidak dapat
menjawab dengan baik soalan pengukuhan di akhir P&P. Sekiranya pelajar tidak
berusaha membaca terlebih dahulu topik yang akan dibincangkan dalam kelas, maka
mereka akan mendapat input yang minimum. Apatah lagi jika kaedah kuliah
diamalkan seperti yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia selaras
dengan penjenamaan semula Tingkatan 6 baru-baru ini. Mengikut dasar tersebut,
sistem P&P bagi pelajar Tingkatan 6 akan lebih mirip dengan sistem universiti iaitu
kuliah dan tutorial. Ini membawa implikasi negatif kepada pelajar sendiri sekiranya
mereka tidak bersedia dengan topik yang akan dibincangkan oleh guru. Sesi tutorial
sememangnya membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan terhadap topik
yang disampaikan dalam sesi kuliah tetapi adalah lebih bermakna jika pelajar lebih
faham semasa kuliah topik berkenaan disampaikan.
Objektif am Kajian Tindakan yang saya jalankan adalah untuk meningkatkan
gred/nilai GNP keputusan Pengajian Am Kertas 1 bagi peperiksaan peringkat sekolah
dan juga Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Objektif khususnya adalah
meningkatkan tahap persediaan pelajar terhadap topik pelajaran yang akan
15
650716-01-5094
dibincangkan dalam kelas; meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar
terhadap topik pelajaran; menyediakan pelajar yang lebih responsif terhadap P&P dan
mewujudkan suasana P&P yang aktif dan dinamik dalam kalangan pelajar.
Program yang dilaksanakan adalah Program Latihan Pratopik. Saya
memberi Latihan Bertulis Pratopik, sekurang-kurangnya sehari sebelum topik
tersebut diajar dalam kelas. Soalan-soalan (objektif/struktur) yang diberi meliputi
topik/pengisian P&P yang dirancang. Pelajar menjawab latihan tersebut di rumah/luar
kelas dengan merujuk bahan rujukan seperti buku teks, internet, perbincangan.
Pelajar dikehendaki menghantar jawapan sebelum P&P bermula.
Ujian Pengesanan Prestasi Pelajar dijalankan sebaik sahaja P&P topik
berkenaan selesai, ataupun dalam sesi P&P seterusnya dengan tujuan untuk
mengesan prestasi pelajar. Begitu juga dengan Soalan Lisan, Pemerhatian dan
Temubual dengan pelajar. Sebelum analisis dibuat terhadap hasil ujian, saya mesti
mengenal pasti pelajar yang telah membuat dan juga tidak membuat Latihan Bertulis
Pratopik. Saya menggunakan dua waktu mengajar yang bersambungan untuk
melaksanakan P&P dan pengesanan prestasi. Kajian ini dijalankan dalam tempoh dua
bulan.
Saya mendapati bahawa tahap persediaan mempunyai hubungan langsung
dengan tahap penguasaan pelajar. Peratusan tinggi terhadap tahap persediaan
pelajar adalah selari dengan peratusan tinggi terhadap tahap penguasaan pelajar
tersebut. Tahap persediaan pelajar (menyiapkan latihan topik & menjawab
sebahagian) adalah 69.56%, sementara tahap penguasaannya ialah 65.22%. (Rujuk
Lampiran 1).
Saya mendapati juga bahawa membuat latihan amat berkait rapat dengan
tahap penguasaan pelajar. Pelajar yang telah membaca topik berkenaan tidak
semestinya dapat menguasai dengan baik sekiranya tidak membuat latih tubi. Oleh
yang demikian, walaupun hanya 4 orang pelajar yang langsung tidak membuat
16
650716-01-5094
Latihan Pratopik, namun bilangan yang mendapat 5 markah ke bawah adalah 12
orang. Ini disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi sehingga tahap pemahaman
dan penguasaan terhadap topik berkenaan adalah rendah.
Saya dapat membuat tiga kesimpulan utama daripada kajian tindakan ini.
Pertama : Pelajar akan lebih memahami dan menguasai topik yang diajar sekiranya
telah membuat persediaan awal iaitu membaca dan membuat latihan berkaitan topik
tersebut. Oleh itu, pelajar perlu membuat persediaan awal (membaca, membuat
latihan) sebelum topik berkenaan diajar atau dibincangkan dalam kelas. Kedua :
Pembacaan yang disertai dengan latihan tentang topik yang dibaca akan
meningkatkan pemahaman dan penguasaan pelajar. Pembacaan sahaja tidak
menjamin pemahaman dan penguasaan yang membanggakan. Oleh itu, pelajar perlu
membaca dan membuat latihan pengukuhan/latih tubi terhadap topik yang telah
dibacanya itu. Ketiga : Pelajar yang mempunyai persediaan secukupnya untuk
mengikuti P&P akan lebih aktif dan responsif. Pelajar yang membuat latihan Pratopik
lebih banyak mengambil bahagian dalam proses P&P sama ada menyoal, menjawab
soalan mahupun memberikan pendapat.
Saya sebagai guru berkesan dalam P&P, merumuskan bahawa Program
Latihan Pratopik boleh digunakan sebagai salah satu kaedah untuk mempertingkatkan
prestasi pelajar. Amalan persediaan awal (pembacaan dan latihan Pratopik) juga
wajar dihebahkan dan digalakkan dalam kalangan pelajar kerana telah terbukti ia
dapat meningkatkan keberkesanan P&P.
3.5 Mewujudkan suasana kelas yang kondusif
Faktor fizikal kelas memainkan peranan yang penting kerana suasana fizikal
yang baik akan menjamin kelicinan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Aspek yang perlu diberi perhatian ialah susunan meja dan kerusi, saiz kelas,
peralatan, peredaran udara, cahaya serta kebersihan dan keceriaan kelas.
Sebagai guru yang berkesan dalam P&P, saya bertanggungjawab dalam
17
650716-01-5094
pengurusan kelas agar kelas sentiasa berada dalam keadaan baik, ceria, bersih dan
kemas. Suasana kelas yang kondusif dapat mempengaruhi pembelajaran yang
berkesan dan disiplin pelajar terkawal. Sebelum memulakan pengajaran, saya
memastikan kedudukan kerusi meja pelajar diatur dengan teliti, tiada sampah sarap
di atas lantai dan langsir diikat dengan rapi agar sistem udara dapat berjalan dengan
lancar. Oleh yang demikian, pelajar sentiasa berasa segar, tidak mengantuk, fokus
pada pembelajaran dan menunjukkan tingkah laku yang positif sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan
diurus dengan berkesan. Pelajar-pelajar diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim
yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan. Tugasan-
tugasan diberikan kepada setiap pelajar pada awal tahun untuk membantu
mengembangkan budaya bertanggungjawab, bekerjasama serta hubungan yang baik
antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan pelajar.
Saya memastikan pelan tempat duduk pelajar serta nama di tampal di atas
meja guru untuk memudahkan guru-guru mengenali dan memantau pelajar dengan
lebih mudah semasa proses P&P. Pelajar-pelajar sentiasa bekerjasama dalam
mempelbagaikan hiasan kelas dan diubah setiap minggu bagi mewujudkan
suasana kelas yang tenang dan menarik. Pelajar tidak bosan kerana perubahan
suasana kelas yang menceriakan, malah meningkatkan lagi motivasi , fokus dan
tingkah laku mereka. Saya sentiasa prihatin dan menyokong dengan segala usaha
pelajar dengan turut menyumbang tenaga dan wang untuk membentuk suasana
kelas yang kondusif.
Hasil kerja pelajar seperti carta-carta , gambar-gambar yang berwarna-warni,
keratan akhbar dan majalah ditampal di dalam kelas sebagai satu penghargaan
untuk meningkatkan motivasi, dorongan serta menyediakan suatu suasana yang
kondusif bagi proses P&P berkesan. Pelajar berasa bangga kerana hasil kerja
18
650716-01-5094
mereka dihargai dan ini akan menambahkan lagi minat pelajar untuk berusaha lebih
tekun dan tidak membuang masa.
Kesimpulannya, suasana persekitaran kelas yang kondusif dapat
meningkatkan motivasi, keseronokan dan menggalakkan pelajar untuk menimba
ilmu sebanyak mungkin dan seterusnya mencapai matlamat dan objektif yang
diharapkan. Oleh yang demikian, saya sebagai guru berkesan telah berjaya
meningkatkan P&P.
4.0 Penutup
Rumusannya, usaha-usaha yang saya laksanakan untuk menjadi guru berkesan
dalam P&P ternyata berjaya apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan
positif dalam kalangan pelajar. Tahap keberkesanan guru lazimnya dikaitkan dengan tahap
pencapaian pelajar sama ada dalam perolehan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan
apresiasi. Semua ini menjadi ‘key performance index” (KPI) terhadap keterampilan guru
berkesan.
Pelajar yang mempunyai jati diri mudah dibentuk untuk meneruskan kepimpinan
negara pada masa akan datang. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang
memfokuskan kepada pembinaan modal insan yang bertaraf global, minda kelas pertama
serta berakhlak mulia jelas begitu menekankan pentingnya peranan guru sebagai pendisiplin
dan pembentuk akhlak. Sebagai guru berkesan yang menjunjung profesion perguruan, saya
telah mengambil usaha yang praktikal merangkumi lima langkah yang dibincangkan bagi
memastikan aspirasi negara di bawah PIPP dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan.
Daripada usaha yang dijalankan, saya mendapati tingkah laku pelajar-pelajar telah
berubah. Mereka lebih berfokus dalam menuntut ilmu, mempamerkan akhlak yang positif
dan ternyata dapat berinteraksi secara baik dengan orang lain. Pencapaian akademik
mereka juga turut menunjukkan peningkatan dan akhirnya imej sekolah juga semakin baik.
19
650716-01-5094
Senarai Rujukan
Surat Pekeliling Ikhtisas, Bil 4/1986, Panitia Mata Pelajaran
Mak Soon Sang (2009), Kursus Penilaian Tahap Kecekapan P&P Gred DGA34, DG44 &
DG48, K.Lumpur : Multimedia-ES Resources Sdn.Bhd.
Sue Leach (2006), How to be a Successful Secondary Teacher, London, New York :
Continuum International Publishing Group.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Robert M. Gagne (1970), The Condition of Learning, New York : Rinehart and Winston.
Cruickshark, Jenkins & Metcalf (2006), The Act of Teaching (5th Edition), Mc Graw Hill’s.
Shahril @ Charil bin Hj Marzuki (2004), Amalan Pengajaran Yang Berkesan: Kajian Di
Beberapa Sekolah Menengah Di Wilayah Persekutuan Dan Selangor. Jurnal
Pendidikan 2004, Universiti Malaya, hlm 29-40.
Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007), Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif
Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Seminar Penyelidikan
20
650716-01-5094
LAMPIRAN 1
Jadual 1: Tahap Penguasaan Pelajar
Topik Kerajaan Tempatan Pengajian Am 1
(10 soalan objektif)
Jumlah markah Bilangan
Pelajar
Peratus
10 6 17.39
7 dan ke atas 16 47.83
5 dan ke bawah 12 34.78
Jumlah Pelajar 34 Orang 100.00
Jadual 2: Tahap Persediaan Pelajar
Topik Kerajaan Tempatan Pengajian Am 1
(Latihan Pratopik berbentuk struktur)
Tahap Persediaan Bilangan
Pelajar
Peratus
Menyiapkan latihan Pratopik 18 52.17
Menjawab sebahagian 6 17.39
Langsung tidak menjawab tetapi
ada membaca topik
6 17.39
Langsung tidak membaca
topik/tidak pernah membaca
tentang topik berkaitan
4 13.04
Jumlah Pelajar 34 Orang 100.00
21