Tugasan Jurnal Reflektif

download Tugasan Jurnal Reflektif

of 4

Transcript of Tugasan Jurnal Reflektif

  • 7/30/2019 Tugasan Jurnal Reflektif

    1/4

    JURNAL REFLEKTIF

    Secara keseluruhannya, pertandingan batu seremban yang dijalankan pada hari dan

    tarikh yang ditetapkan berjalan dengan baik dan lancar. Namun begitu, terdapat juga

    kekurangan yang berlaku walaupun perancangan yang dibuat begitu teliti. Namun, kita

    sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

    Permainan ini dapat melatih murid-murid untuk menggerakkan motor-motor halus

    serta dapat menimbulkan kegembiraan dalam kalangan rakan ketika bermain.Permainan ini

    amat berkait rapat dengan perbezaan individu,gaya pembelajaran dan motivasi murid-murid

    melalui proses pengajaran dan pembelajaran.Perbezaan individu yang dimaksudkan ialah

    setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap

    individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya

    walaupun kembar seiras. Oleh itu kami sebagai guru kelak harus memahami perkara ini

    dalam kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam

    kelas.Seterusnya permainan ini dapat melibatkan pembelajaran yang berterusan dalam

    kalangan murid. Pembelajaran yang dimaksudkan ialah perkembangan yang melibatkan

    latihan dan usaha. Seseorang kanak-kanak belajar menggunakan potensi yang diperolehi

    melalui pembelajaran permainan tersebut. Justeru itu,permainan ini amat sesuai diterapkandalam kalangan murid-murid.

    Permainan ini juga dapat diterapkan dalam gaya pembelajaran ketika mempelajari

    sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri

    peribadi yang mempengaruhi bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses

    maklumat. Dalam bilik darjah, pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza

    dan guru perlu peka terhadap kebolehan pelajar yang berbeza. Melalui permainan batu

    seremban ini,kebanyakan individu mampu dan boleh belajar secara betul dan lebih berkesan.

    Melalui permainan ini, kami dapat mengenalpasti bahawa setiap individu mempunyai gaya

    pembelajaran tertentu terhadap sesuatu permainan. Contohnya bagaimana mereka berfikir

    dan bertindak untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang rumit dalam permainan. Jika kita

    mempunyai pengalaman dalam permainan batu seremban, kita akan menyedari bahawa

    kemahiran dan ketangkasan akibat daripada latihan motor halus dan kasar yang betul dapat

    menentukan siapa yang boleh menguasai permainan ini. Jika kita hendak aplikasikan perkara

    ini di dalam proses P&P, murid yang menguasai dan berminat dalam proses P&P

    kebiasaannya murid yang telah mendapat latihan yang baik. Konsep menang atau kalah juga

  • 7/30/2019 Tugasan Jurnal Reflektif

    2/4

    boleh diterapkan di dalam proses P&P di mana ia boleh menyeronokkan lagi perjalanan

    proses P&P di mana murid akan bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan dan

    menyiapkan latihan jika mendapat peneguhan positif dari guru dan ia dapat meningkatkan

    motivasi diri murid tersebut di dalam segala latihan yang diberikan oleh guru.

    Melalui permainan ini juga gaya pembelajaran seseorang individu bertindak balas

    dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.Dengan iklim, sumber

    dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran,

    seorang murid dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya dengan lebih lancar.

    Permainan batu seremban ini membolehkan berlakunya pembelajaran secara semula jadi.

    Malahan kecenderungan bermain seperti ini adalah satu gesaan yang semula jadi. Ia harus

    digunakan sebaik mungkin oleh guru, terutama yang sentiasa berusaha mencari jalan

    merangsang keinginan pelajar untuk belajar. Pembelajaran melalui bermain berlaku dalam

    diri pelajar dan ia adalah satu proses yang perlahan. Banyak aspek yang berhubung dengan

    pembelajaran menerusi permainan boleh berlaku melalui proses yang semula jadi. Ia

    terlaksana apabila seseorang itu terlibat dengan penggunaan bahan permainan itu secara

    langsung.

    Motivasi pula adalah satu insentif atau rangsangan sesuatu aksi. Murid-murid

    biasanya ingin bekerja secara aktif dan bukan hanya bertindak sebagai penonton sahaja.

    Motivasi mereka untuk terus belajar akan dapat dipertingkatkan sekiranya mereka dapat

    melihat potensi kemahiran yang dipelajari di dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan

    dengan kegunaannya di luar bilik darjah. Permainan memerlukan penyertaan individu.

    Sewaktu pelajar memainkan permainan, mereka akan melibatkan diri dalam semangat

    pertandingan dan berhempas pulas untuk mendapatkan jawapan yang betul.Dalam hal

    ini,permainan batu seremban amat bertepatan untuk diserapkan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran

    Melalui konteks ini,motivasi murid akan lebih meningkat dan berupaya untuk

    melakukan sesuatu tanpa rasa sangsi dan ragu-ragu.Oleh itu,amat sesuailah permainan batu

    seremban diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, melalui

    pengalaman diri kita sendiri dalam apa jua permainan yang kita sertai. Jika kita menang

    dalam permainan yang kita sertai, sudah pasti kita berasa gembira dan ingin meningkatkan

    lagi kemahiran kita di dalam permainan yang kita ceburi. Ringkas di sini saya ingin

    menegaskan bahawa pengaplikasian permainan dalam proses P&P dapat meningkatkan

  • 7/30/2019 Tugasan Jurnal Reflektif

    3/4

    penglibatan murid yang mempunyai perbezaan individu, mempengaruhi gaya pembelajaran

    dan dapat meningkatkan lagi motivasi murid-murid dalam memberi sepenuhnya penglibatan

    yang tinggi kepada proses P&P.

    KEKURANGAN-KEKURANGAN YANG DI DAPAT KENALPASTI

    Perjalanan keseluruhan program

    Pertandingan Batu Seremban ini merupakan kali pertama diadakan disekolah ini .

    Ianya dijalankan secara sederhana dengan peruntukan kewangan yang tidak banyak.

    Justeru itu terdapat beberapa kelemahan yang timbul semasa menjalankan program

    ini. Memandangkan sekolah saya berada di kawasan luar bandar maka timbul sedikit

    masalah dari segi menyediakan persiapan awal terutama dari segi hadiah dan

    sebagainya. Walaubagaimanapun perkara ini dapat diatasi dengan kerjasama semua

    kakitangan sekolah.

    Murid tidak faham dengan syarat dan peraturan pertandingan

    Terdapat beberapa orang murid yang tidak memahami syarat dan peraturan permainan

    walaupun telah dimaklumkan sebelum pertandingan dijalankan. Semasa pertandingan

    berlangsung kelihatan beberapa orang murid mengganggu tumpuan murid lain yangsedang bermain. Perbuatan ini dianggap telah melanggar peraturan permainan.

    CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

    1. Peranan sekolahSekolah memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu program. Pihak

    sekolah hendaklah sentiasa memastikan perjalanan program berjalan lancar dan cuba

    menanggani masalah yang timbul tanpa membiarkan kecacatan program terus

    menerus.

    2. Peranan guruGuru memainkan peranan utama dalam menyelesaikan segala permasalahan yang

    timbul. Guru sewajarnya memberi tindakan ke atas murid yang tidak mematuhi

    peraturan. Guru tidak seharusnya membiarkan murid bebas berbuat apa sahaja tanpa

    menegur perlakuan tidak sopan murid. Selain itu, guru yang bertugas, perlulah

  • 7/30/2019 Tugasan Jurnal Reflektif

    4/4

    menjalankan amanah yang diberi sebaiknya. Guru tidak sewajarnya melepaskan tugas

    mereka kepada orang lain tanpa alasan yang kukuh.

    3. Peranan MuridSebagai murid sekolah, mereka perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan.

    Disiplin dalam diri mesti diperkuatkan lagi supaya murid dapat melakukan aktiviti

    dengan sebaiknya. Oleh yang demikian, setiap murid perlu menjaga setiap perlakuan

    mereka bermula dari sekarang supaya mereka memliki akhlak dan sahsiah yang tinggi

    kelak.

    PENUTUP

    Program seperti ini merupakan satu aktiviti yang sangat penting dalam mendidik

    anak bangsa agar menjadi murid yang cemerlang dari pelbagai sudut di samping membina

    ketrampilan diri yang tinggi Tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional banyak

    membawa manfaat dan peranan kepada masyarakat umumnya. Dalam bidang pelancongan,

    permainan tradisional dapat dijadikan daya tarikan pelancong. Dalam usaha mengekalkan

    permainan tradisional ini, pihak yang berkenaan haruslah mengambil langkah yang sesuai

    untuk mengetengahkan kepelbagaiannya. Khazanah permainan tradisional, sekiranya tidak

    dikekalkan akan menghilangkan pengenalan peribadi dan jati diri bangsa. Oleh itu, kita juga

    perlu menyokong usaha untuk menghidupkan permainan tradisional kembali.