tugasan KKP psikologi

download tugasan KKP psikologi

of 9

description

kpp

Transcript of tugasan KKP psikologi

EDC 22031.0 Pengenalan

HARTA paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualiti rakyat sesebuah negara disifatkan modal insan yang perlu ditagih bagi memacu kegemilangan.Cabaran pembinaan modal insan terletak sebahagian besar di bahu para pendidik. Mereka terbabit yang dalam dunia pendidikan mempunyai tugas dan tanggungjawab besar untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seseorang murid atau pelajar. Pendidikan penting dalam menyediakan negara dengan modal insan berkualiti yang memiliki sahsiah, berkemahiran tinggi serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi ruang dalam menghadapi arus pemodenan semasa.

Antara tugas penting warga pendidik dalam membangun modal insan adalah membentuk personaliti unggul dalam membina kepimpinan mantap. Personaliti unggul bakal diterjemahkan melalui peribadi mulia, mempunyai sifat amanah dan kepimpinan mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan. Sudah pastinya warga pendidik akan mengahadapi cabaran dalam usaha menyemai benih nilai murni ke arah pembentukan personaliti unggul itu. Namun, prasyarat bagi merealisasikan hasrat tersebut menuntut seseorang pendidik itu turut mempunyai personaliti yang baik dan unggul.

Sebelum menyentuh lebih lanjut tentang personaliti unggul, adalah lebih baik jika dihuraikan terlebih dahulu maksud personaliti itu sendiri. Sigmund Frued (1939, dalam Tang, 1995), mendefinisikan personaliti sebagai sifat yang menggambarkan diri seseorang individu, iaitu merujuk kepada tingkah laku yang yang boleh diperhatikan oleh orang lain atau merujuk kepada perasaan yang boleh diperhatikan oleh orang lain atau merujuk kepada perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya sendiri. Sementara itu, Mischel (1981, dalam Mok Soon Sang, 2011) menghuraikan personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupannya. Di samping itu, personaliti juga boleh ditakrifkan sebagai satu siri kombinasi atribut, motif, nilai dan tingkahlaku yang unik kepada setiap orang individu (Ragbir Kaur, 2007).

Pusat Rujukan Persuratan Melayu ( 2006), mendefinisikan personaliti unggul sebagai membawa maksud manusia yang berhemah tinggi, illmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektual yang tinggi. Azhani (2008) mentakrifkan personaliti unggul sebagai satu konsep yang menggambarkan keperibadian seseorang manusia. Oleh itu, penulisan ini akan menyentuh peranan guru dalam membentuk personaliti unggul dalam kalangan pelajar.

2.0 Ciri-ciri Personaliti Unggul

Dalam konteks perguruan, Md. Nasir Masran (2000) telah menggariskan beberapa ciri personaliti unggul yang perlu ada dalam diri seorang guru cemerlang.

Rajah 1 : Ciri Personaliti Unggul Guru Cemerlang

mesramenepati masategassabaradil

Ciri Personaliti Unggul Guru Cemerlangprihatinkerjasama

berakhlak muliaKonsep kendiri positifkesungguhan

bertanggungjawabkecindan (unsur jenaka)

Sumber : diubahsuai daripada Md. Nasir Masran, (2000)

Personaliti unggul dapat diterjemahkan menerusi peribadi mulia, mempunyai sifat amanah dan kepemimpinan mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan yang dijalankan (Nurul Hidayah, 2012). Selain ciri-ciri di atas, dalam usaha membentuk dan menyemai nilai-nilai murni dalam sanubari setiap pelajar setiap guru juga perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti Rajah 2.

Rajah 2 : Ciri-ciri Personaliti Unggul

Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara.

Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana

Ciri-ciri Personaliti Unggul

Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja

Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik

Sumber : Pusat Rujukan Persuratan Melayu, ( 2006)

3.0 Pembentukan Peribadi Unggul dalam Kalangan Pelajar

Guru merupakan individu terpenting dalam pembentukan diri seseorang pelajar kerana mereka menghabiskan sebahagian besar masa di sekolah. Seorang kanak-kanak berhadapan dengan guru bermula sejak umur mereka 6 tahun iaitu di peringkat prasekolah sehingga peringkat remaja. Seseorang guru mempunyai peranan yang profesional di mana mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, malah mendidik untuk membentuk sikap, nilai, akhlak dan peribadi pelajar melalui pembentukan disiplin yang baik. Bagi mencapai matlamat ini, guru hendaklah menunjukkan contoh personaliti yang baik seperti bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa, bersimpati, berdedikasi dan bersikap positif. Ciri-ciri personaliti unggul yang pada seseorang guru mampu mencorakkan sahsiah para pelajar. Guru sebagai agen perubah akhlak dan budi bahasa pelajar telah ditegaskan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam perutusan Perayaan Hari Guru 2007 yang bertemakan Guru Penjana Modal Insan Gemilang melalui ucapannya;....dalam usaha menyuntik nilai murni kepada murid, guru perlu terlebih dahulu menjadi contoh pengamal dan pemelihara nilai-nilai tersebut. Ini adalah kerana tutur kata dan tindak tanduk guru menjadi perhatian dan rujukan murid, ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, guru harus memiliki peribadi yang cemerlang dan menjadi teladan ataurole modelterbaik kepada anak didik dan masyarakatnya.Guru sebagai ibu bapa kedua berperanan mencorak masa depan murid.Sikap proaktif, berdaya saing, bersemangat kental, berakhlak mulia dan ketrampilan diri perlu menjadi amalan dan budaya kerja. Hanya guru yangversatiledapat menghasilkan generasi murid yang berkualiti iaitu murid yang mampu mencipta kelainan, mampu memberi sumbangan bermakna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta mampu menjadi modal insan yang gemilang...

Mendidik adalah satu amanah kepada seseorang pendidik di mana apabila seseorang itu mendidik pelajarnya dengan ikhlas secara tidak langsung pelajarnya akan turut menjadi seorang yang celik akal dan akhlak yang dibentuk semakin baik serta mulia. Segala gerak laku dan perbuatan guru yang disenangi atau sebaliknya akan diperhatikan dan ditiru oleh pelajar. Oleh itu, segala tingkah laku dan perbuatan guru akan mempengaruhi sikap dan pembelajaran pelajar. Contohnya cara guru berpakaian, gaya berjalan, cara pertuturan dan lain-lain penampilan diri guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar terutama guru yang menjadi idola kepada pelajarnya. Dengan kata lain, guru merupakan role model kepada pelajar.

Selain bertindak sebagai role model, guru juga berperanan menerapkan nilai murni secara tidak langsung dalam kurikulum setiap mata pelajaran di sekolah. Setiap guru mata pelajaran perlu difahamkan bahawa akhlak mulia yang dihasratkan perlulah merentasi kurikulum. Semua guru perlu sedar bahawa akhlak mulia perlu ditekankan semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam semua pelajaran yang diajar, akhlak mulia tidak boleh diketepikan.Jika boleh apa saja bahan yang dibekalkan kepada pelajar berasaskan kepada unsur-unsur pemurnian akhlak. P&P tidak dapat berjalan sejajar dan ouput pengajarannya akan minimum hasilnya, jika dinafikan persoalan pemurnian akhlak ini. Aktiviti kokurikulum juga perlu menjadikan pembinaan pelajar berakhlak mulia sebagai teras aktivitinya di samping kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. Sehubungan itu, Dato Sri Hishammuddin Tun Husseinketika majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni peringkat kebangsaan pada 21 Jun 2005 menegaskan;

... dalam alam pendidikan, ilmu pengetahuan tanpa budi belum tentu dapat menjamin kemajuan bangsa terutamanya dari segi ketahanan budaya dan moralnya. Oleh itu, saya menyeru kepada warga pendidikan terutamanya guru-guru untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam memperkasa budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam kehidupan.. (Utusan Malaysia, 2005).Kenyataan ini jelas menunjukkan kepentingan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan. Guru juga harus memperbaiki hubungan mereka dengan para pelajar di dalam bilik darjah dengan menunjukkan keprihatinan mereka terhadap para pelajar mereka. Setiap guru pasti mempunyai cara tersendiri dalam menaikkan semangat pelajar untuk belajar dan terus memperbaiki pencapaian mereka. Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid dengan penuh dedikasi akan membantu membentuk personaliti dan membina konsep kendiri mereka. Menurut Mok Soon Sang (2011) guru boleh membantu dan membimbing mereka membentuk nilai-nilai yang positif melalui cara; 1) memberikan dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajarannya 2) memberikan bimbingan yang wajar dengan memperbetulkan kesilapan murid dalam proses pembelajaran3) mengajar murid dengan mengikut kebolehan mereka supaya mereka sentiasa menikmati pengalaman berjaya, dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan diri dan keyakinan4) menerima murid sebagai dirinya5) menggalakkan interaksi positif dalam kalangan rakan sebaya6) member peluang kepadanya memainkan peranan yang penting7) memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.Menurut Ragbir Kaur (2007), seorang guru tidak boleh melabelkan seperti memanggil murid-muridnya bodoh, lambat atau sebagainya. Ini ialah kerana lambat laun murid-murid itu akan mempercayai bahawa mereka betul-betul bodoh berdasarkan prinsip self-fullfilling prophecy.Guru akan sentiasa berhadapan dengan kelemahan dan kekurangan para pelajarnya. Walau bagaimanapun, guru yang berkualiti tidak akan membesarkan kelemahan tersebut, sebaliknya memberi fokus kepada tingkah laku positif para pelajarnya dan menggunakan kekuatan tersebut untuk menarik minat mereka. Hal ini diakui oleh Arrends (1994) yang menyatakan guru yang berkesan berupaya mewujudkan hubungan dengan pelajar di samping memupuk suasana penyayang untuk memupuk minat para belajar dan menggalakkan perkembangan diri pelajar. Budaya kemesraan dan sayang-menyayangi adalah dua teras utama yang perlu dalam membina akhlak mulia pelajar.Hubungan yang mesra antara guru dan murid, guru dan ibubapa serta sayang-menyayangi antara satu sama lain dalah mekanisme penting dalam pembinaan akhlak dan budi bahasa.Dua teras ini perlu dilihat secara bertanggungjawab dan serius, jika ingin melihat palajar yang dilahirkan berakhlak mulia.

Sementara itu, Fredriksen dan Rhodes (2004) menyatakan bahawa hubungan antara guru dan pelajar boleh memberi kesan terhadap pembelajaran pelajar dan pencapaian akademik mereka. Mereka berpendapat guru yang memberi sokongan kepada pelajarnya akan menyemarakkan motivasi pelajar untuk mengambil bahagian yang aktif dalam mata pelajaran yang sebelum ini kurang diminatinya.

Perbezaan yang wujud antara individu juga perlu diambilkira oleh guru dalam usaha membentuk personaliti pelajar. Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti di dalam sesebuah kelas. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan.Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.

Teori Personaliti Freud menjelaskan bahawa setiap murid di dalam kelas mempunyai tahap komponen personaliti yang berbeza-beza (Suppiah, Ramlah & Abd Aziz, 2008). Komponen yang dimaksudkan ialah id, ego dan superego. Id merupakan cairan protein yang membawa sifat kebinatangan, manakala ego ialah hasil cairan protein yang terbentuk daripada pengalaman dan superego pula ialah cairan protein yang terbentuk daripada baka dan persekitaran. Sekiranya seorang murid lebih menonjolkan idnya, maka murid ini akan mengutamakan keperluannya sahaja tanpa mengira keperluan orang lain. Manakala murid yang mengutamakan keperluan egonya lebih daripada id, murid ini akan membuat pertimbangan-pertimbangan sebelum melakukan sesuatu tindakan. Sebaliknya, murid yang mempunyai kawalan superego yang tinggi akan sentiasa mengawasi tindak-tanduknya mengikut norma masyarakat sekeliling.

Carl Jung seorang ahli psikologi terkenal pula melihat personaliti dari aspek bagaimana manusia bersosialisasi (Suppiah et al., 2008). Menurut beliau perbezaan dapat dilihat sama ada seseorang itu lebih bersifat ekstrovert ataupun introvert. Sekiranya, seseorang lebih bersifat ekstrovert, individu itu lebih mahir bersosialisasi atau bercampur gaul berbanding dengan rakannya yang bersifat introvert. Personaliti merupakan kualiti-kualiti individu yang menunjukkan keperibadian dan perwatakannya. Setiap orang mempunyai berbagai-bagai tabiat dan pembawaan sifat semulajadi yang akan membeza seseorang individu dengan individu yang lain. Proses penerapan nilai murni dan pembentukan personaliti menjadi lebih mudah jika faktor ini diberikan keutamaan oleh semua guru.

Di samping itu, Teori Perkembangan Moral Kohlberg (1988, dalam Nik Rusila, 2010), menyatakan bahawa pengajaran nilai merupakan tanggungjawab bagi membantu murid-murid melalui peringkat perkembangan pemikiran moral. Ini bermakna pengajaran nilai di sekolah bertujuan untuk membimbing pelajar mencapai satu peringkat pemikiran dan kesedaran yang tinggi. Kohlberg juga menekankan bahawa pendidikan nilai berkait rapat dengan perkembangan personaliti pelajar. Manakala, latihan kemahiran yang dilakukan secara bersepadu dapat memperkembangkan diri pelajar dalam aspek emosi, rohani dan jasmani bagi melahirkan pelajar beretika dan matang

4.0 Implikasi pembentukan personaliti unggul

Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan keseimbangan dalam keempat-empat aspek tersebut. Setiap pelajar yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dapat menghubungkan ilmu pengetahuan yang mereka pelajari dengan kehidupan seharian. Mereka yang mempunyai nilai-nilai positif akan bertindak dengan lebih bijak dan matang dalam menilai baik atau buruk sesuatu perkara. Ianya penting bagi seorang pelajar dalam menepis anasir-anasir negatif yang boleh mendatang keburukan kepada diri sendri.

Dalam aspek guru pula, personaliti guru yang memiliki sifat-sifat yang mulia dalam diri mereka seperti peramah, mesra, penyayang, bertimbang rasa, kemas dan suka buat lawak akan lebih suka didampingi oleh murid-murid. Pada waktu yang sama, guru yang menepati masa menghadiri kelas, ikhlas dan sabar semasa menyampaikan pengajaran, tertib dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas, yakin pada diri akan turut diminati dan disukai oleh pelajar. Ini akan membantu proses (P&P) supaya menjadi lebih mudah dan berkesan kerana murid-murid akan berminat dan menumpukan perhatian dalam bilik darjah. Faktor pelajar yang mempunyai personaliti baik dan berakhlak mulia akan menjadikan P&P lebih lancar tanpa gangguan masalah disiplin. Seterusnya ia memberikan manfaat besar terhadap pencapaian akademik murid-murid.

Walau bagaimanapun, umum mengakui bahawa tanggungjawab dan peranan sebagai seorang guru menjadi semakin berat dan kompleks kerana modal insan pada masa depan yang hendak dihasilkan bukan sahaja perlu diterapkan dari segi pemikiran dengan nilai teknologi tinggi semata-mata, tetapi perlu diseimbangkan dengan nilai moral dan etika yang murni. Sekiranya ia tercicir dari landasan untuk mencapai hasrat ini maka akan timbul masalah dalam kalangan pelajar contohnya wujud pelbagai masalah yang boleh membawa mereka ke arah keruntuhan akhlak. Hal ini secara tidak langsung akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap pembangunan sesebuah negara. Nik Rusila (2010), berpendapat bahawa sesebuah negara maju bukan sahaja terletak pada pembangunan material semata-mata, sebaliknya bergantung kuat pada modal insan yang mempunyai kapasiti moral dan kerohaniannya pada tahap teratas. Manakala Abd Rahim (2004) mengatakan nilai-nilai positif perlu dipupuk, dihayati dan diamalkan untuk menjamin kualiti kehidupan sosial dan moral yang baik dan membebaskan individu dan anggota masyarakat daripada masalah dan gejala sosial.

5.0 Kesimpulan

Menerusi kupasan ringkas ini diharapkan mampu memberikan gambaran umum bagaimana personaliti unggul dalam diri warga pendidik berperanan melonjakkan kecemerlangan modal insan bak melentur rebung yang masih hijau. Namun segala-galanya tidak akan menjadi realiti andai usaha ini tidak disokong semua pihak.Kejayaannya juga amat bergantung kepada kerjasama guru, kakitangan sekolah, pelajar dan ibu bapa.Jika empat unsur penting ini digembeling secara mantap, kita akan mampu melahirkan generasi baru pelajar.Institusi pendidikan seperti sekolah adalah takungan yang penting untuk memproses dan melahirkan pelajar berakhlak mulia yang menghayati nilai-nilai murni dan berbudi bahasa.Usaha-usaha menjadikan budi bahasa, nilai-nilai murni dan akhlak ini perlu ditumpukan supaya kebaikan yang terhasil darinya bukan mesti disuruh-suruh tetapi dijadikan tabiat dan tercerna dalam kehidupannya. Budi bahasa dan nila-nilai murni bukanlah seperti tumbuhan di hutan yang akan bercambah tanpa dijaga dan dibajai. Oleh itu ianya perlu dipupuk dan diperkukuhkan dari masa ke masa.Kecemerlangan dan kegemilangan sesuatu bangsa tidak akan tercapai jika bangsanya tidak memiliki akhlak mulia, berbudi bahasa dan mempunyai nilai-nilai murni yang boleh menjadi tempat berteduh orang lain.Budi bahasa dan akhlak mulia perlu diperkayakan supaya ianya terus bersambung dari satu generasi ke generasi yang lain.

9 | Psikologi Pendidikan