Tugasan Literasi Bahasa Esei Boneka

14
1.0 Pengenalan Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang menyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan boneka adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya. Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam terutamanya manusia atau haiwan serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Dengan ini, murid-murid akan lebih menghayati dan memahami sesebuah penyampaian itu dengan khusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan 1

Transcript of Tugasan Literasi Bahasa Esei Boneka

Page 1: Tugasan Literasi Bahasa Esei Boneka

1.0 Pengenalan

Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak lakonkan

oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan

mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan

mencuba untuk menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan

oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.

Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan

yang menyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau

barang permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan

boneka adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan

tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya.

Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada

perkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud sejenis mainan yang dapat

berbentuk macam-macam terutamanya manusia atau haiwan serta tokoh-tokoh fiksi.

Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan.

Dengan ini, murid-murid akan lebih menghayati dan memahami sesebuah

penyampaian itu dengan khusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung

melalui penggunaan boneka.

Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untuk

berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam

penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi. Selain daripada itu, penggunaan

boneka juga mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan.

Tambahan pula, boneka juga dapat membantu murid untuk memahami jalan cerita

yang cuba disampaikan oleh guru.

1

Page 2: Tugasan Literasi Bahasa Esei Boneka

2.0 JENIS-JENIS BONEKA

Terdapat beberapa jenis boneka. Antaranya adalah ;

2.1 Boneka Sarung Tangan / Jari.

Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa

menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari

dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan

anggota boneka. Setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Contohnya:

ulat, serangga dll.

Contoh gambar boneka sarung tangan/jari.

2.2 Boneka Lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Rupa bentuk

boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong

keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas

tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada

anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa

menggunakannya.Boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya

digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

Contoh gambar boneka lidi

2

Page 3: Tugasan Literasi Bahasa Esei Boneka

2.3 Boneka wayang kulit

Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus

diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa

memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih.

Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di

atas skrin . Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP

sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

Contoh boneka wayang kulit

2.4 Boneka bertali

Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache

plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-

bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-

tarik untuk membuat angota angooota badan itu bergerak. Contohnya robot

dan orang.

Contoh boneka bertali.

3

Page 4: Tugasan Literasi Bahasa Esei Boneka

2.5 Boneka Tongkat

Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan,

buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuaan

untuk menyokongnya. Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi

berbentuk tiga dimensi. Seperti contoh rama-rama dan bunga.

Contoh boneka tongkat

2.6 Boneka Beg Kertas

Boneka ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg

kertas. Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak

terbatas. Contoh: beruang dan rambutan.

Contoh boneka beg kertas

4

Page 5: Tugasan Literasi Bahasa Esei Boneka

3.0 AKTIVITI BONEKA

Guru boleh mengaplikasikan teknik bercerita dengan menggunakan boneka bagi

pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti

mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis

boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita.

Guru mempunyai dua pilihan untuk menggunakan aktiviti ini. Pertama, guru

perlu memilih untuk bercerita terlebih dahulu dengan mencipta skrip, kemudian guru

perlu membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita tersebut. Kedua, guru

menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam cerita. Cara kedua

ini lebih member kebebasan kepada guru di samping menggalakkan daya kraetiviti

pendengaran murid.

Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, guru perlu menulis dalam

bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan

skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah

disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanyalah dijadikan

sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai sewaktu guru

menyampaikan cerita.

Guru perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka

supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Kepelbagaian

suara perlu difikirkan kesesuaiannya dengan boneka yang akan digunakan.

Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita.

Walau bagaimanapun guru boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan

pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut.

4.0 KAEDAH MENCIPTA BONEKA

Boneka-boneka ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, di antaranya

sarung tangan, sarung kaki, beg kertas, kertas , cawan kertas dan sebagainya.

5

Page 6: Tugasan Literasi Bahasa Esei Boneka

Contoh cara membuat boneka sarung tangan

Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat, ia mempunyai bahagian

kepala, pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang

kaki. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas dimana pemain

boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya

dapat ditonton dengan bahagian badan dan kepala sahaja.

Alat / Bahan :

- kain belacu, sarung tangan, pensel, gunting, jarum, benang jahit dan benang bulu

berus cat.

Cara membuatnya:

1. Lipat belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur

dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama

tadi.Ini adalah garisan jahitan. Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan

terputus-putus itu, ini garisan pengguntingan.

2. Gunting garisan pengguntingan.

3. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus.

4. Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas.

5. Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang

dikehendaki.

6. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya.

7. Boneka siap untuk dilakonkan.

6

Page 7: Tugasan Literasi Bahasa Esei Boneka

5.0 PERSEMBAHAN BONEKA

5.1 Persekitaran

Persekitaran tempat pertunjukkan boneka perlu lapang. Seeloknya dihamparkan

sebidang permainan atau tikar untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan

selesa sambil menghadap kepada pentas boneka.

5.2 SUSUN ATUR

Boneka hendaklah disusun di sudut perkembangan bahasa atau di sudut kompenan

kreativiti. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa sebarang gangguan

yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah

mengikut cerita yang hendak disampaikan.

5.3 TEKNIK PENYAMPAIAN

Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu

daripada teknik yang boleh digunakan ialah guru menggerak lakonkan boneka

dengan berdialog secara selari duduk di depan kanak-kanak tanpa menggunakan

pentas. Guru jua boleh mendapatkan khidmat pembantu dalam menggeraklakonkan

boneka. Cara kedua, ini disesuaikan dengan pents boneka.

Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-

olah boneka berkomunikasi dengan kanak-kanak. Kedudukan boneka di pentas

perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas, jarak serta pertukaran masa dan waktu.

Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik.

6.0 PERSEMBAHAN BONEKA

Semasa membuat persembahan boneka, pelbagai jenis pentas boleh digunakan.

Jenis-jenis pentas tersebut adalah seperti berikut :

6.1 Pentas kerusi

7

Page 8: Tugasan Literasi Bahasa Esei Boneka

Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas. Gunakan dua atau

empat batang penyapu untuk dijadikan tiang. Rentang kain hitam sebagai tirai.

Guru sebagai pemain boneka duduk di belakang kain semasa menggerak

lakonkan boneka.

6.2 Pentas rentang

Tirai kain hitam diikat merentang pada dinding.

6.3 Pentas tingkap

Tingkap terbuka ( tanpa cermin) boleh digunakan sebagai pentas. Guru duduk di

luar dan murid di dalam kelas.

6.4 Pentas pintu

Seperti tingkap juga boleh digunakan sebagai pentas, Kain, papan atau kertas

tebal boleh direntangkan untuk menutupi bahagian bawah pintu. Pemain boneka

berada di luar dan penonton di dalam bilik darjah.

6.5 Pentas meja

Susun beberapa buah meja dan tutup dengan kain di bahagian hadapan. Guru

duduk di belakang meja semasa bermain boneka.

6.6 Pentas berlipat

Pentas ini boleh dibuat dengan menggunakan rangka kayu sebagai bingkainya

kemudian ditutup dengan kain.

6.7 Boneka tanpa pentas

Boneka (biasanya sarung tangan) dimainkan kearah penonton. Aktiviti yang

sesuai ialah aktiviti lisan yang dilakukan secara berpasangan.

6.8 Teknik overhead projector (OHP)

Overhead projektor boleh digunakan untuk menggantikan teknik wayang kulit.

Objek diletakkan dan digerakkan di atas cermin lutsinar. OHP dipancarkan ke

dinding atau kain layar.

8

Page 9: Tugasan Literasi Bahasa Esei Boneka

7.0 Penutup

Aktiviti menggunakan boneka dapat merangsang minda murid untuk memahami

sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan,

kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam

penyediaan bahan. Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti, perkembangan

komunikasi dan bahasa, sosio emosi, menambah ilmu pengetahuan dan juga

pengalaman.

Kepentingan, boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang

pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak,

menghubungkaitkan dengan keseronokan, meningkatkan perhatian kanak-kanak

dan meredakan tekanan, meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak disamping

memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik.

Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang

mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.

Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu

penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Pengetahuan

mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di

samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan.

Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat

menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

9

Page 10: Tugasan Literasi Bahasa Esei Boneka

NAMA : SITI ZAWIYAH BT ABDUL HALIM

NO K/P : 760228-07-5116

REFLEKSI

Sebaik sahaja mendapat tugasan Literasi Bahasa , saya dan pasangan saya

berbincang untuk membuat pengagihan kerja dalam menyiapkan tugasan ini.Oleh

kerana faktor jarak yang jauh untuk melakukan perbincangan lebih lanjut kami

berdua sepakat untuk berinteraksi secara talian telefon atau pun medium internet

bagi menyelesaikan tugasan yang diberi.

Perkara pertama yang saya lakukan adalah mencari bahan rujukan yang

berkaitan dengan tajuk yang diberi. Saya banyak menggunakan kemudahan internet

untuk mencari bahan. Sememangnya saya akui, bahan-bahan dari internet banyak

membantu saya menyiapkan tugasan yang diperolehi. Walau bagaimanapun, saya

tidak lupa juga merujuk kepada modul WAJ 3104 yang saya perolehi serta buku

literasi bahasa yang telah dibeli.

Setelah membaca maklumat berkaitan boneka saya dapat menghasilkan esei

yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Saya juga berusaha untuk menyiapkan

maklumat berkaitan pratulisan, prabacaan dan kaedah asas membaca dalam bentuk

grafik. Cara ini membantu saya mengingat maklumat yang berkaitan dengan lebih

baik, kerana saya perlu membuat rujukan dan mempersembahkannya dalam bentuk

grafik.

Bukan mudah untuk menjadi seorang guru. Guru bukan sahaja perlu kreatif

malah perlu lebih inovatif serta mampu berfikir secara lebih mendalam bagi

memastikan proses pembelajaran berjalan dengan sempurna dan lancar. Kekuatan

subjek ini adalah kerana ia berkait rapat dengan bidang tugas sebagai seorang guru.

Tugasan yang diperolehi ini secara tidak langsung memberi saya idea untuk menarik

10

Page 11: Tugasan Literasi Bahasa Esei Boneka

minat murid mempelajari subjek matematik, kerana saya merupakan seorang guru

matematik.

Bagaimana penerimaan, penglibatan dan reaksi murid apabila boneka yang

dihasilkan digunakan dalam sebahagian pengajaran. Kesesuaian bahan mengikut

tahap dan latarbelakang murid juga perlu diambil kira ketika menyiapkan boneka.

Pelbagai gabungan warna dan wujudnya beberapa watak bagi menceriakan

persembahan boneka pasti meninggalkan kenangan indah di peringkat awal

persekolahan. InsyaAllah saya cuba merealisasikan penggunaan boneka untuk

pengajaran saya disekolah mengikut kesesuaian terhadap murid-murid saya.

11