Tugasan PBS Sastera

10
INSTITUT PENDIDIKAN GURU Kementerian Pelajaran Malaysia KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PENULISAN KREATIF PSE 3023 E Nama : HEW JING TING, MICHELLE No. K/P : 920229-08-6060 No. Matriks : 28469 Program : PISMP Ambilan : JAN 2013

description

ipg

Transcript of Tugasan PBS Sastera

Page 1: Tugasan PBS Sastera

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKementerian Pelajaran Malaysia

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN

TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN

SEKOLAH (PBS)

PENULISAN KREATIF

PSE 3023 E

Nama : HEW JING TING, MICHELLE

No. K/P : 920229-08-6060

No. Matriks : 28469

Program : PISMP

Ambilan : JAN 2013

Unit : L7B

Nama Pensyarah : EN HAJI ABDUL RANI BIN HASSAN

Tarikh Serahan : 29 SEPTEMBER 2014

Page 2: Tugasan PBS Sastera

SOALAN 1

Berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 4 KSSR, bincangkan elemen sastera yang

dimuatkan dalam Standard Kandungan Pembelajaran.

Pendidikan sekolah rendah di Malaysia merupakan proses asas pembelajaran

yang sistematik jika diukur daripada perancangan kurikulum yang ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sejak Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KSSR) diperkenalkan sebagai kurikulum standard yang baharu di sekolah rendah, ia

telah melaksanakan transformasi pendidikan dengan mewujudkan perubahan yang

holistic kepada kurikulum persekolahan sedia ada.

Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan tujuh tunjang, iaitu mementingkan

tidak balas komunikasi, pembentukan kerohanian, melahirkan sikap dan nilai

kemanusiaan, berdaya literasi sains dan teknologi, mengamalkan estetika dan

melahirkan keterampilan diri. Elemen sastera telah dimuatkan dalam Standard

Kandungan Kurikulum Bahasa Malaysia melalui penekanan terhadap kemahiran seni

bahasa. Aspek seni bahasa ini merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan

menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan dalam

konteks pendekatan didik hibur (pembelajaran yang menyeronokkan). Oleh itu, melalui

pendekatan didik hibur, pelajar dilihat berupaya memperoleh bahasa yang indah secara

mudah daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon, mendeklamasi atau berpuisi dan

menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan

bertulis melalui variasi teknik yang menarik.

Berdasarkan Standard Kandungan Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun 4,

penyerapan elemen sastera dapat dilihat dalam modul 4 di mana pelajar dikehendaki

menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur,

mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif

semasa bercerita secara didik hibur, mengujarkan bahasa yang indah menggunakan

bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur dan melafazkan dan

memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara

didik hibur. Modul ini bertujuan melahirkan pelajar yang mampu dan berkeupayaan

untuk :

Page 3: Tugasan PBS Sastera

i. menyebut, memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mengandungi nilai secara

berpandu dan menyampaikannya secara didik hibur;

ii. mengujarkan ayat yang gramatis dan bahasa yang indah dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan jelas serta bahasa badan yang sesuai semasa bercerita secara

didik hibur;

iii. mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, bahasa badan

yang sesuai dan memahaminya melalui lakonan;

iv. menghasilkan dialog daripada bahan rangsangan untuk menyampaikan nilai dan

pengajaran serta menyampaikannya melalui lakonan dengan menggunakan bahasa

badan yang sesuai secara didik hibur;

v. mendeklamasi sajak dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik

hibur serta memahami maksud sajak tersebut; dan

vi. membina sajak secara terkawal dan memahaminya serta mendeklamasikan dengan

sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur.

Boleh dikatakan penerapan elemen sastera dalam P&P merupakan satu langkah

yang penting kerana ia membolehkan pelejar lebih memahami kepentingan sastera dan

mampu menghayatinya. Penerepan elemen ini juga mampu menjana idea kreatif pelajar

dan membenarkan pelajar menyerlahkan bakat mereka dan mampu melahirkan murid

yang menguasai kemahiran lisan dan penulisan dengan baik.

Hasrat kerajaan memperkenalkan pendekatan seni bahasa dan didik hibur di

sekolah rendah semata-mata untuk merealisasikan hasrat transformasi P&P dalam bilik

darjah. Pendekatan aspek seni bahasa melalui didik hibur dalam bilik darjah akan

menjadikan proses P&P lebih interaktif serta berpusatkan murid. Oleh itu, pengajaran

guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid. Seni bahasa dan didik hibur

merupakan satu pendekatan dalam proses P&P yang bersifat santai tetapi terkawal

dengan memberi penekanan dan cara pelaksanaannya terhadap empat komponen

bahasa dan sastera, iaitu nyanyia,n bercerita, lakonan dan berpuisi. Oleh itu,

keseronokan murid secara keseluruhan dalam mempelajari Bahasa Melayu akan dapat

direalisasikan secara terancang, bersistematik dan menyenangkan.

Page 4: Tugasan PBS Sastera

SOALAN 2

Bina satu contoh RPH untuk pengajaran 60 minit.

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 4 Merah

Bilangan Murid : 25 orang

Umur : 10 tahun

Tarikh : 29 Ogos 2014

Masa : 60 minit (8:30 – 9:30)

Standard Kandungan : Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul

menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

Standard pembelajaran: 4.4.1 Mendeklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang

betul dan jelas secara didik hibur serta memahami maksud sajak

tersebut.

4.4.2 Membina dan memahami sajak secara terkawal dan

mendeklamasikannya dengan sebutan dan intonasi yang betul

dan jelas secara didik hibur.

Objektif pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid:

1. Mampu m endeklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

2. Mampu memahami maksud sajak yang dideklamasi.

3. Mampu membina dan memahami maksud sajak secara terkawal dan mampu

medeklamasikannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : KBKK, Komunikasi, Menjana idea kreatif

Alat Bantu Mengajar : Video mengenai keindahan alam, Video ‘Sajak Alam Sekitar’,

Carta lirik ‘Sajak Alam Sekitar’

Page 5: Tugasan PBS Sastera

Langkah /

Masa

Prosedur Pelaksanaan Pembelajaran

Bestari /

Kemahiran Generik

Catatan / BSPP /

Nilai Murni

Set Induksi

(5 minit)

1) Guru menunjukkan

video tentang keindahan

alam kepada pelajar.

2) Guru melaksanakan

sesi soal jawab dengan

pelajar mengenai apa

yang mereka lihat dalam

video tersebut.

-video mengenai

keindahan alam

Langkah 1

(20 minit)

1) Guru menunjukkan lirik

‘Sajak Alam Sekitar’

kepada pelajar.

2) Guru menayangkan

video sajak tersebut (di

mana sajak itu dilafazkan

dengan sebutan dan

intonasi yang jelas.

3) Pelajar akan membaca

sajak tersebut sepintas

lalu.

4) Guru akan melafazkan

sajak tersebut untuk

diperdengarkan kepada

pelajar.

5) Guru kemudian akan

melafazkan sajak tersebut

dengan sebutan dan

intonasi baris demi baris

dan diikuti oleh pelajar.

-video ‘Sajak Alam

Sekitar’

-carta ‘Sajak Alam

Sekitar’

Berdisiplin

Mematuhi Arahan

Langkah 2 1) Guru membimbing

Page 6: Tugasan PBS Sastera

(10 minit) pelajar melafazkan

keseluruhan sajak dengan

sebutan dan intonasi yang

betul.

2) Guru akan memilih

beberapa orang pelajar

untuk melafazkan sajak

tersebut di hadapan

kelas.

Berdisiplin

Mematuhi Arahan

Langkah 3

(15 minit)

1) Guru membahagikan

pelajar kepada 5

Kumpulan(setiap

kumpulan 5 orang

pelajar).

2) Dalam kumpulan

tersebut, pelajar diberi

masa 10 minit untuk

menreka cipta sajak yang

bertemakan ‘sekolahku’.

Menjana idea kreatif

Bekerjasama

Bekerjasama

Penutup

(10 minit)

1) Mengikut kumpulan,

pelajar akan melafazkan

sajak ciptaan mereka.

2) Guru akan menilai dan

memberi komen terhadap

persembahan pelajar.

Menjana idea kreatif

Refleksi

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………