Tugasan fpk pbs

50
1 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ”Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Definisi Falsafah Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti. E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan. Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.

Transcript of Tugasan fpk pbs

1

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

”Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara."

Definisi Falsafah

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos

bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang

dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan

sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau

pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah

menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir

secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah noleh

diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang

penting mengenai pendidikan.

Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 )

ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap

perkara yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip reality,

ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan rumusannya

kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.

2

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan

asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab ةفسلف

yang juga berasal daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud

"cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

• Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas.

• Tujuannya untuk mendapatkan kebenaran

Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan

falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak

dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah1.

Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif

falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri.

Bagi rujukan umum, di sini kita mengambil satu contoh takrif falsafah daripada Drs. Sidi

Gazalba yang menyatakan bahawa Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari

kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan

berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian

dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu

telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu

adalah falsafah.

Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya

ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah.

Maka hasilnya adalah karya falsafah.

3

Definisi Pendidikan

Pendidikan berasal daripada perkataan Latin, educare yang membawa maksud

memelihara atau mengasuh.

Menurut Kamus Pendidikan (1979), “Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang

bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu

proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu individu untuk

memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia

dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan

dikenali sebagai sekolah.”

Mengikut John Dewey (1859-1952), Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan

untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu

persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial.

Mengikut Yusuf al-Qardawi (1980), Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup

termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk

menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang serting menghadapi kebaikan dan

kejahatan, kemanisan dan kepahitan.

Bagi Hassan Langgulung (1987), Pendidikan merupakan proses mengubah dan

memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu. Proses pemindahan

tersebut berlaku melalui cara-cara berikut:

(i) pengajaran – pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu

yang lain;

(ii) Latihan – membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran;

(iii) Indoktrinasi – menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang

lain.

• Ketiga-tiga cara ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden.

4

Negara Malaysia sedang mengalami proses pembangunan, oleh itu agak penting

kita mempunyai falsafah pendidikan kita sendiri. Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

digubal pada 1988, berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi Negara. Kini

FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menjadi panduan

bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Dengan adanya FPK, maka sistem

pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan

mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk

sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada

peringkat tertinggi iaitu universiti.

FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.

Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia

dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.

Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,

seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang

paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan

peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada

kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan

menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu

mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu

yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang

amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan

manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan

pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan

mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada

manusia.

5

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau

perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan

diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan

individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat

memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri

manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli

keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak

mulia, dan berbakti.

Berlandaskan kepada FPK yang telah dihuraikan diatas, maka Matlamat

Pendidikan Negara ialah bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya

menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat

Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki

serta menghayati ciri-ciri berikut:

Percaya dan patuh kepada Tuhan.

Berilmu pengetahuan.

Berakhlak mulia.

Bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.

Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

6

MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya

adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu

jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang

baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati cirri-ciri:

1. Percaya kepada tuhan.

2. Berakhlak mulia.

3. Berilmu pengetahuan.

4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.

5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang

bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara.

Malaysia adalah negara hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke

hari. Oleh itu, warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina

negara Malaysia.

Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap

supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta

sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf

ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada

Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana akan

dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan diceroboh

kerana pengkhianatan rakyatnya.

7

Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-

prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan

perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang

membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara

Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi

teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan

kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada

undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan.

Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi

sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan

yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di lombong

dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat

ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju

berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan penting dalam

merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-

murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan

bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan kemakmuran

Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang

mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan

sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada dewasa kelak.

Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai

nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan

peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni

ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara tercapai.

8

2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN(FPK).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi idea dan pandangan yang rasional

terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan

haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem

pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara kita Malaysia.

Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi

dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang

berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.Untuk

menggubal FPK yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang manfaat kepada

segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan

terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor( Mok Soon Sang:2000:89) yang mempengaruhi

pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah :-

2.1 Faktor Agama

Agama Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama

Kristan, Agama Budha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut

undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-

faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah

Pendidikan Negara. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu

“:...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...“

9

2.2 Faktor Politik

Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah

berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen

rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam

usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam

penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini,matlamat pencapaian perpaduan

kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara.

Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Negara,

sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas.

“...melahirkan rakyat Malaysia.... berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara...”

2.3 Faktor Ekonomi

Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara

memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini

dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan

terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah

menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah

Pendidikan Negara

“...melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri...”

10

2.4 Faktor Sosial

Masyarakat Malaysia terdiri daripad berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran

negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-

menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam

usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk

mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah

menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan

Negara, iaitu:

”...melahirkan rakyat Malaysia...memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara...”

2.5 Faktor Individu

Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini

meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan

harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur,

sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup

dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan

pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Negara.

“…memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani…”

11

2.6 Faktor Sejagat

Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara pula tidak terpisah daripada pengaruh

perkembangan sistem pendidkan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang

dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke

atas Falsafah Pendidikan Negara. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan,

pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO

dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan

Negara iaitu pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan. Hal Ini

jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.

“..Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh...”

Warganegara yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan

andainya diberi pendedahan awal tentang kepentingan ilmu semasa di sekolah lagi.

Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh

melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf dengan negara maju yang

lain.

12

3.0 ELEMEN-ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Terdapat beberapa elemen yang dikenalpasti di dalam FPK, iaitu :

3.1 Pendidikan suatu usaha berterusan

• Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan

nilai murni.

• Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari

kecil sehingga ke akhir hayat.

• Pendidkan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-

kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun.

• Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan.

• Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu,

kemahiran dan akhlak mereka.

• Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri

dengan pelbagai perubahan.

3.2 Perkembangan potensi individu

• Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang

mungkin terpendam.

• Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk dan dikembangkan

dan dipertingkatkan.

• Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain

dan alam sekeliling.

• Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi

dan kebolehan mereka.

13

3.3 Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu

• Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan,

sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu

sama lain.

• Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi 4 aspek, iaitu intelek,

rohani, emosi dan jasmani.

3.4 Insan yang seimbang dan harmonis

• Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya

kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik

(jasmani).

• Keseimbangan antara keepat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang

mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain.

• Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup

serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.

3.5 Unsur intelek

• Mempunyai kemahiran asas 3M; membaca, mengira dan menulis.

• Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar.

• Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif.

• Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan

ilmu).

14

3.6 Unsur rohani

• Menyedari dan percaya kepada Tuhan.

• Bersyukur dengan pemberian Tuhan.

• Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

3.7 Unsur emosi

• Mempunyai emosi yang matang dan stabil.

• Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang.

• Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

3.8 Unsur jasmani

• Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal.

• Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial.

• Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

3.9 Kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan

• Mengakui tentang kewujudan Tuhan.

• Mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam.

• Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan

oleh Tuhan.

• Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan

dan tindakannya.

• Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.

15

3.10 Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

• Cintakan ilmu pengetahuan.

• Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca.

• Mempunyai fikiran luas dan terbuka.

3.11 Rakyat Malaysia yang berketrampilan

• Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.

• Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna.

• Berpandangan jauh dan berinisiatif.

• Memupuk pembawaan diri yang baik.

3.12 Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

• Mempunyai perwatakan diri yang baik.

• Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.

3.13 Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

• Boleh dipercayai.

• Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus

dilaksanakan dengan baik.

• Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap.

• Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

• Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

3.14 Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesjahteraan diri

• Berfikiran waras dan berjiwa tenang.

• Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.

16

3.15 Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara

• Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa,

kekitaan, hormat menghormati dan sebagainya.

• Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang

ditetapkan.

• Sering mengamalkan kestabilan politik dan keamanan negara.

• Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara.

• Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

3.16 Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

• Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yan tinggi.

• Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.

3.17 Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat

dan negara

• Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup.

• Memupuk persefahaman keluarga.

• Mematuhi norma masyarakat.

• Cintakan negara.

17

4.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MENJAYAKAN HASRAT FALSAFAH

PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK). Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh

ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid

untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu

yang sedia ada.Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya

sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan

diaktifkan secara menyeluruh.

4.1 Peranan pihak pengurusan, guru dan organisasi sekolah.

Sekolah amat berperanan penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). Hal ini kerana sekolah merupakan agen sosialisasi dan agen

perubahan seseorang insan. Di sekolah jugalah nilai-nilai murni harus diterapkan dalam

diri murid-murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek

JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan

objektif FPK.

Pengurusan sesebuah sekolah yang berkesan memainkan peranan yang penting

untuk memastikan sekolah berkenaan mencapai matlamat yang diharapkan. Jika

sesebuah sekolah ingin mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, maka

pentadbir sekolah berkenaan perlulah mempunyai matlamat dan strategi yang jelas

untuk mencapai maksud yang diharapkan. Kerjasama dan kesepaduan yang baik

antara pentadbir dan guru-guru dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai prestasi

yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Namun begitu, tidak semua guru dapat

memberi kerjasama sepenuhnya antara satu sama lain.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak akan dapat dilaksanakan jika tidak ada pihak

yang ingin mainkan peranan masing-masing. Pihak sekolah merupakan peranan

terbesar dalam pelaksanaan FPK. Pendidikan itu bermula dari rumah tetapi sekolah

18

merupakan tempat mendidik yang lebih khusus. Oleh itu, FPK ini dijalankan di sekolah.

Di sekolah setiap individu memainkan peranan masing-masing untuk melaksanakan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Antara pihak yang berkaitan ialah:

Guru Besar

Guru Penolong Kanan

Ketua Panitia

Guru Bilik Darjah

4.1.1Guru Besar

Guru Besar merupakan tonggak utama di sekolah kerana beliaulah yang menguruskan

dan menggerakkan semua hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran

sekolah. Guru Besar merupakan ketua dan pemimpin yang perlu mempunyai matlamat,

strategi, gaya dan pemantauan kepimpinan terhadap guru-guru ke arah pencapaian

objektif sekolah. Jika Guru Besar tersebut seorang yang tidak berdisiplin, maka

pincanglah segala perancangan dan pengurusan sekolah tersebut. Jadi,

kecemerlangan sesebuah sekolah wajar dirintis oleh kepimpinan sekolah yang diterajui

oleh Guru Besar untuk melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek JERIS

selaras dengan hasrat FPK.

Guru Besar juga bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan

kewangan sekolah. Segala duit debit dan kredit yang digunakan oleh sekolah perlu

mendapat pengesahan dari Guru Besar terlebih dahulu. Siapa kata tugas seorang Guru

Besar itu merupakan tugas yang senang? Guru Besar juga berperanan penting dalam

merangka matlamat sekolah, menerangkan matlamat sekolah, memantau dan menilai

pengajaran guru, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, mengawal masa

pengajaran, sentiasa kelihatan, memberi ganjaran untuk guru, menggalakkan

perkembangan profesionalisme guru dan menyediakan insentif untuk murid

Edmond (1977), Sweeney (1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan

Jantzi (1997) menekankan bahawa Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap

bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan, memberi

19

latihan pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi

terhadap guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar berperanan penting dalam

meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru untuk mencapai objektif sekolah

yang dengan lebih efektif dan sistematik.

Guru Besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah,

namun perlu turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di

sekolah. Guru Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan

galakan kepada guru-guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik

dan menarik minat murid-murid untuk belajar. Beliau bukan sahaja pandai memberi

arahan, namun perlu turut serta terlibat dengan program-program serta perlaksanaan

yang dijalankan di sekolah. Penglibatan secara langsung Guru Besar dengan

organisasi sekolah amat penting dalam mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang

harmonis dan damai selaras dengan kehendak FPK.

Selain itu, Guru Besar juga dijadikan tempat rujukan organisasi sekolah. Jika

terdapat kakitangan sekolah yang menghadapi masalah, guru besar perlu peka dan

prihatin terhadap mereka. Seorang pemimpin yang baik akan dapat memahami

kesulitan yang dialami oleh kakitangannya. Beliau perlu meringankan tangan dan

bersedia untuk menolong kakitangannya yang mempunyai masalah tersebut. Sifat

empati yang tinggi perlu ada di dalam diri seorang pemimpin agar sentiasa dihormati

dan disenangi oleh semua pihak sekolah. Jika kita berbuat baik kepada orang lain,

orang lain akan senang memberikan pertolongan kepada kita kelak dan begitulah

sebaliknya. Pemimpin yang tidak mengendahkan keadaan staf-stafnya akan

menyebabkan banyak berlaku implikasi negetif. Contohnya, guru tidak akan

memberikan kerjasama yang baik kepada Guru Besar jika Guru Besar meminta

pertolongan dari guru tersebut.

Oleh itu, Guru Besar yang baik dan dihormati oleh semua warga sekolah

termasuk murid-murid perlulah mempunyai keterampilan yang baik dalam

melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menguruskan pentadbiran

sekolah.

20

· 4.1.2 Guru Penolong Kanan

Guru Penolong Kanan (GPK)juga memainkan peranan yang penting di sesebuah

sekolah. Terdapat 3 jenis guru Penolong Kanan di setiap sekolah iaitu GPK 1, GPK

Kokurikulum dan GPK HEM. Tugas-tugas GPK ini adalah untuk melicinkan segala

pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Mereka bertanggungjawab kepada Guru Besar

dalam hal pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.

Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) merupakan orang yang paling hampir dengan

guru besar. Beliau akan menggantikan guru besar ketika ketiadaannya. Segala urusan

berkaitan dengan jadual waktu dan guru terletak di bawah tugas GPK 1. Apabila

terdapat guru yang tidak hadir maklumat perlu disampaikan kepada GPK 1 dan beliau

akan mencari guru ganti mengisi kekosongan kelas. GPK 1 merupakan orang kedua

selepas guru besar dan perlu sama-sama memastikan kelancaran pentadbiran sekolah.

Segala masalah berkaitan dengan guru, GPK 1 akan menyelesaikannya. Ini kerana

semua masalah guru terletak di bawah tanggungjawab GPK 1. jadual waktu yang

disediakan hendaklah selaras dan tiada berlaku pertindihan waktu antara guru. Struktur

organisasi sekolah juga berada di bawah kawalan GPK 1 ini. Kesimpulannya,GPK 1 ini

memainkan peranan penting dalam membantu guru besar untuk melaksanakan

Falsafah Pendidikan Kebanfsaan dengan jayanya.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Ko) merupakan orang yang

bertanggungjawab dalam bidang kokurikulum di sesebuah sekolah. Kurikulum

merupakan satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu

pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan

yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahlinya. GPK Ko

mempunyai dua bidang iaitu kurikulum dan kokurikulum. Dari segi kurikulum beliau

bertanggungjawab dalam pembelajaran yang berlaku di sekolah. Beliau menyelaraskan

sistem pembelajaran supaya menepati kehendak dan matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Dari segi kokurikulum pula beliau melaksanakan sukan dan persatuan di

dalam sekolah. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

21

jasmani. Pelajar di sekolah bukan sahaja pandai dari segi pelajaran tetapi pandai dari

segi sukan dan persatuan. Guru Penolong Kanan Ko yang bertanggungjawab untuk

melaksanakan hasrat Falsafah ini.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) merupakan guru yang

bertanggungjawab dalam hal kebajikan dan masalah palajar di sekolah. Jika terdapat

pelajar yang sakit, PK HEM yang bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada ibu

bapa pelajar tersebut. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga berada di bawah

kawalan guru ini. Pelajar yang kurang bernasib baik akan diberikan bantuan RMT dan

guru inilah yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar yang kurang bernasib baik

itu. Selain itu, PK HEM juga bertanggungjawab mengenalpasti murid-murid yang

cemerlang namun dalam golongan miskin untuk diberi biasiswa. Pemberian biasiswa

kecil kerajaan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga murid tersebut.

Murid-murid yang mempunyai masalah Masalah disiplin juga terletak di bawah kawalan

guru ini. Jika berlaku pergaduhan pelajar tersebut akan dipanggil oleh guru ini untuk

diberikan sedikit teguran dan ibu bapa akan dipanggil bagi sama-sama menyelesaikan

masalah. Guru ini bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin di sekolah

dan mengambil berat kebajikan pelajar supaya pelajar yang keluar dari sekolah nanti

akan seimbang dirinya.

Kesimpulannya, guru Penolong Kanan ini adalah pendokong kepada kelancaran

perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. GPK bukan sahaja untuk

melicinkan pentadbiran sekolah tetapi turut merupakan penasihat kepada Guru Besar.

Guru Besar dapat meminta pertolongan dan pandangan dari GPK agar segala

pengurusan yang dijalankan itu selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan

warganegara yang menyeluruh dan seimbang dari pelbagai aspek.

22

4.1.3 Ketua Panitia

Guru yang dilantik menjadi ketua panitia kebiasaannya dipilih berdasarkan

kecemerlangannya dalam mata pelajaran tertentu. Setiap mata pelajaran mempunyai

seorang ketua panitia masing-masing. Sebagai contoh panitia Bahasa Melayu akan

diketuai oleh seorang ketua iaitu ketua panitia bahasa Melayu. Namun terdapat mata

pelajaran yang tidak mempunyai ketua panitia iaitu mata pelajaran prasekolah, J-Qaf

dan pendidikan khas.

Ketua panitia bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan panitia yang

diketuainya. Menyediakan rancangan mengajar bagi panitia dan setiap guru akan

merujuk kepada rancangan mengajar tersebut. Rancangan mengajar yang disediakan

hendaklah selaras di semua sekolah demi untuk mencapai matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Ketua panitia merancang untuk meningkatkan kecemerlangan

pelajar dalam bidang yang diuruskannya. Maksudnya jika panitia matematik maka ketua

panitia matematik merancang satu kem untuk meningkatkan kecemerlangan dalam

matematik. Ketua panitia ini memainkan peranan yang besar untuk memajukan subjek-

subjek di sekolah bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Jika seseorang guru mempunyai masalah berhubung dengan kurikulum dan

pengajaran, mereka perlu berjumpa dengan ketua panitia masing -masing sebelum

dirujuk kepada Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan sekolah. Jadi ketua panitia

hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan guru-guru di bawah naungannya. Jadi,

peranan ketua panitia ini amat penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran

selain dapat meningkatkan prestasi dan mutu semasa proses pengajaran dan

pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang ingin melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi sumbangan kepada kemajuan

negara.

23

4.1.4 Guru Bilik Darjah

Guru bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan murid-

murid di sekolah. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar semata-mata namun

mereka telah diberikan tugas untuk menjaga dan memegang kelas yang terdapat di

sekolah. Guru kelas bertindak menggantikan bapa atau ibu ketika murid-murid di

sekolah. Setiap masalah pelajar guru harus mengetahui supaya tidak mengganggu sesi

pembelajaran. Kehadiran pelajar guru harus mengambil berat dan menanyakan sebab

jika tidak hadir ke sekolah. Setiap masalah yang berlaku guru kelas harus

menyelesaikannya supaya pelajar minat untuk hadir di sekolah. Guru bilik darjah juga

bertanggungjawab untuk menghias kelas masing-masing kerana terdapat program

keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan organisasi di dalam kelas dan jadual

bertugas juga dilakukan oleh guru bilik darjah. Bilik darjah yang ceria dan menarik dapat

menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah.

Guru bilik darjah juga perlu membimbing murid-murid mereka cara belajar yang

baik. Sebagai contoh, guru perlu memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada

murid kelas mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang.

Guru bilik darjah yang baik bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di

dalam kelasnya. Nasihat yang diberikan haruslah dapat membina keyakinan mereka

untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni. Kata-kata nasihat yang baik dapat

membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid agar sejajar dengan nilai dan norma

dalam masyarakat pada hari ini.

Tuntasnya, guru bilik darjah ini merupakan tempat bergantung murid-murid

ketika di sekolah. Hal ini kerana, guru bilik darjahlah merupakan orang yang paling

rapat dengan murid-murid .Oleh itu, peranan guru bilk darjah amat penting dalam

melahirkan murid-murid yang seimbang dan berpekerti mulia.

24

4.2 Prasarana

4.2.1 Kemudahan sekolah

Sekolah memainkan peranan yang amat penting untuk mendidik dan mengembangkan

potensi individu murid-murid supaya menjadi seorang warganegara yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia. Sekolah juga merupakan sebuah

tempat untuk bersosialisasi bersama individu lain dengan mengamalkan budaya dan

nilai murni yang tinggi selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ini. Jadi kemudahan-kemudahan di sekolah amat penting untuk membantu

objektif FPK ini berjaya dilaksanakan.

Kemudahan-kemudahan yang dinyatakan di bawah merupakan antara kemudahan

yang berada di Sk. Batu 22 :

Sudut Pembelajaran

Di Sk.Batu 22 terdapat sudut pembelajaran yang khusus untuk murid-murid. Di sudut

tersebut mempunyai pelbagai jenis bahan bacaan untuk kemudahan murid di sekolah

seperti akhbar, majalah Pintar, Kuntum dan banyak lagi. Mereka boleh menggunakan

sudut pembelajaran itu pada bila-bila masa sahaja kerana sudut tersebut berada di

tempat terbuka. Keadaan di sekeliling sudut bacaan dihiasi dengan landskap yang

indah dan menarik. Perkembangan intelek dapat dipertingkatkan dengan wujudnya

sudut seperti ini di sekolah. Selain itu, budaya membaca serta penerapan unsur nilai-

nilai murni dapat diwujudkan dalam kalangan murid di sekolah selaras dengan hasrat

yang didokong di dalam pembentukan FPK.

25

Dewan

Dewan sekolah berada pada aras bawah di blok C. Dewan berfungsi pada hari-hari

majlis tertentu seperti perjumpaan ibu bapa dan guru (PIBG), majlis ceramah,

pertandingan bercerita dan lain-lain. Selain itu, dewan ini juga digunakan sebagai

dewan peperiksaan untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dewan ini ádalah

sederhana besar yang dapat memuatkan lebih daripada 100 orang murid.

Kantin

Apa yang saya perhatikan, kawasan kantin sangat kemas dan ceria. Terdapat pelbagai

jenis hiasan yang berada dalam kawasan kantin itu.Kantin sekolah ini adalah dalam

keadaan yang bersih dan dianugerahkan Gred B oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

dalam kebersihan premis makanan. Makanan yang disediakan juga sentiasa ditutup

rapat untuk mengelakkan lalat dari dihinggapi oleh serangga seperti lalat. Selain itu, ia

dapat mengelakkan murid-murid mengalami keracunan makanan serta menyediakan

mendapat makanan yang berkhasiat dan bersih. Harga makanan dan minuman yang

dijual di kantin sekolah kepada murid-murid sekolah adalah amat murah dan berpatutan

.

Tandas

Tandas pada umumnya adalah amat penting di sebuah sekolah dan memerlukan

penjagaan yang baik kerana tempat ini adalah tempat yang kotor. Terdapat 2 buah

tandas untuk kegunaan murid-murid dan tandas tersebut telah diasingkan antara murid

lelaki dengan murid perempuan. Tandas guru juga mempunyai 2 buah yang mana turut

diasingkan antara guru lelaki dan guru perempuan. Pihak sekolah telah menyediakan

program-program kebersihan tandas agar keadaan tandas sentiasa berada dalam

keadaan bersih dan selesa. Selain itu juga, program tersebut dapat melatih murid-murid

menggunakan tandas dengan cara yang betul dan dapat mengelakkan sebarang bau

yang tidak menyenangkan dari kawasan tandas semasa proses P&P berjalan.

26

Padang

Sk. Batu 22 mempunyai sebuah padang yang sangat luas iaitu kira-kira 2500

kaki persegi. Kedudukan padang adalah di hadapan blok bangunan C. Semua aktiviti

kokurikulum dan sukan akan diadakan di kawasan padang. Di padang terdapat

pelbagai kemudahan yang lengkap seperti trek larian untuk acara balapan serta

kawasan olahraga untuk murid-murid.Di tengah kawasan padang terdapat 2 gol untuk

permainan bola sepak, hoki dan sebagainya. Murid-murid dibenarkan bermain di

kawasan padang pada waktu petang untuk menjalani sebarang aktiviti sukan. Murid-

murid juga perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti

memakai kasut ketika berada di padang, memakai baju sukan ketika berada di padang,

tidak membuang sampah di kawasan padang dan lain-lain yang telah dinyatakan di

dalam peraturan semasa menggunakan padang. Melalui hasil dapatan saya tentang Sk.

Batu 22 ini, kebanyakkan kejayaan yang dicapai adalah dalam bidang sukan. Jadi,

kemudahan-kemudahan yang disediakan banyak membantu sekolah dalam menempa

nama di persada sukan. Selain itu, kemudahan padang permaian yang tersedia ini

dapat membantu perkembangan fizikal murid-murid selaras dengan aspirasi FPK.

Padang Permainan

Terdapat sebuah padang permainan untuk kegunaan murid-murid prasekolah.

Kawasan permainan ini dibina berdekatan dengan kawasan kelas prasekolah untuk

kemudahan murid-murid dalam menjalani aktiviti kokurikulum dengan jayanya.

27

Pusat Sumber

Pusat sumber amatlah penting di sesebuah sekolah kerana ia memberi kemudahan

kepada murid-murid untuk mencari maklumat dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Selain itu, budaya ilmu juga dapat diterapkan di dalam diri setiap murid-murid agar

mereka menjadi seorang yang berilmu.Kedudukan pusat sumber di sekolah adalah di

blok C bangunan lama,di aras 2. Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat

murid-murid untuk datang meminjam buku di pusat sumber tersebut walaupun agak

jauh dari blok-blok lain.

Pusat sumber tersebut memiliki kurang bahan bacaan dan hal ini akan

menyebabkan murid-murid tidak dapat memperolehi sumber rujukan ilmu pengetahuan

yang cukup lengkap. Buku-buku cerita yang disediakan juga agak lama dan tidak dapat

menarik perhatian murid-murid untuk meminjamnya. Menurut guru penyelaras pusat

sumber sekolah, pihak sekolah telah merancang untuk membeli bahan bacaan yang

baru dan lengkap selepas bangunan baru siap sepenuhnya. Jadi, murid-murid tidak

perlu lagi berjalan jauh untuk datang ke pusat sumber ini nanti.

Pusat sumber dijaga dan dikawal oleh pengawas pusat sumber yang bertugas.

Pengawas pusat sumber memakai pakaian seragam yang berwarna biru dan berkain

hitam. Mereka diberi tanggungjawab untuk menjaga kebersihan perpustakaan dan

merekodkan setiap buku yang dipinjam oleh murid-murid lain.

28

Makmal Sains

Makmal sains di Sk.Batu 22 berada di blok B. Di dalam makmal sains terdapat pelbagai

peralatan yang lengkap untuk digunakan dalam mata pelajaran Sains seperti

mikroskop, tabung uji, termometer, radas, balang kaca, neraca dan lain-lain. Peralatan-

peralatan yang disediakan ini adalah bertujuan untuk kemudahan pembelajaran murid-

murid ketika menjalankan eksperimen di dalam makmal tersebut.

Semasa berada di dalam makmal, terdapat banyak peraturan yang perlu

dipatuhi. Hal ini disebabkan makmal merupakan tempat yang sangat bahaya kerana

terdapat bahan-bahan kimia yang mudah terbakar seperi alkohol dan sebagainya. Jadi,

murid-murid perlulah berhati-hati dan tidak bergurau ketika berada di dalam makmal

untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Selain itu juga,

murid-murid perlu mendapat kebenaran dari guru sebelum memasuki makmal sains ini.

Makmal Komputer

Makmal komputer di SK.Batu 22 baru ditubuhkan pada tahun 2009. Pembinaan blok

bangunan baru untuk makmal komputer ini adalah selari dengan hasrat kerajaan yang

inginkan pendedahan awal murid-murid dalam bidang ICT ini. Terdapat sebanyak 20

buah komputer telah dibekalkan untuk kemudahan pembelajaran murid-murid. Selain

itu, meja dan kerusi khas untuk meletakkan komputer juga telah dibekalkan sebanyak

20 buah.Murid-murid tidak boleh masuk sesuka hati di dalam makmal komputer . Hal ini

kerana untuk menjaga komputer daripada berlaku sebarang kerosakan. Jadi guru-guru

perlulah sentiasa memantau keadaan murid-murid semasa mereka menggunakan

komputer. Guru-guru juga perlu cekap dalam kemahiran menggunakan komputer agar

dapat mendedahkan teknik penggunaan komputer yang betul kepada murid-murid. Jika

guru tidak cekap menggunakan komputer, maka murid-murid akan berasa bosan dan

tidak akan berminat untuk mempelajari komputer. Oleh itu pengurusan dalam bidang

ICT yang cekap oleh para guru amat perlu agar dapat membolehkan murid-murid

berminat dalam mempelajari komputer.

29

Pejabat

Pejabat merupakan tunjang utama dalam segala sistem pengurusan dan pentadbiran di

sekolah. Di pejabat terdapat bilik Guru Besar dan bilik Penolong-penolong Kanan

sekolah. Selain itu juga, di pejabat terdapat kemudahan alat penghawa dingin untuk

memberi keselesaan kepada pihak pengurusan sekolah. Sistem pengurusan pejabat

yang sistematik diibaratkan sebagai nadi kecemerlangan yang dicapai oleh sekolah.

Andaikata pentadbiran yang dilakukan oleh pihak mengurusan itu lemah, maka segala

hasilnya juga adalah lemah.

Di pejabat terdapat 5 orang staf sokongan yang membantu pentadbiran dan

pengurusan di sekolah. Kelima-lima staf ini mempunyai bidang tugas yang berbeza dan

masing-masing dalam bidang kewangan, pembantu pengurusan murid, urusan

pengkeranian serta pengurusan pejabat. Dalam aspek keselamatan, pintu pejabat

dikunci dengan pintu pagar grill untuk mengelakkan sebarang kes pencerobohan dari

pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini kerana, di pejabat terdapat semua fail-fail

yang berkaitan dengan hal pengurusan dan maklumat sekolah. Jadi keselamatan

amatlah dititikberatkan untuk menjaga keselamatan sekolah ini.

Bilik Guru

Bilik guru merupakan bilik yang disediakan kepada setiap guru-guru yang berada di

sekolah tersebut. Bilik guru terletak bersebelahan dengan pejabat sekolah. Di SK.Batu

22 terdapat seramai 46 orang guru maka terdapat 46 buah meja dan kerusi. Kedudukan

tempat guru lelaki dan guru perempuan diasingkan. Selain itu terdapat satu set perabot

di dalam bilik guru untuk kemudahan dan keselesaan para guru selepas penat

mengajar. Mereka juga dapat berbincang masalah yang berlaku di sekolah dengan

rakan guru yang lain.

30

Di dalam bilik guru juga terdapat sebuah komputer dan sebuah printer untuk

kemudahan para guru. Bilik guru juga sentiasa berada di dalam kedaan kemas

walaupun meja yang disediakan untuk meletakkan bahan-bahan pengajaran itu

mempunyai ruang yang sempit.

Bilik Gerakan

Bilik gerakan dikenali juga sebagai bilik mesyuarat. Setiap kali perjumpaan atau

mesyuarat akan dijalankan di dalam bilik gerakan ini. Bilik ini amat penting untuk

menggerakkan pengurusan dan pentadbiran yang berlaku di sekolah. Segala

keputusan yang dicapai adalah hasil perbincangan para guru dengan pihak pengurusan

sekolah. Bilik gerakan di sekolah ini sangat kemas dan cantik. Setiap sudut dan dinding

telah dihias dengan pelbagai perhiasan dan rekabentuk yang unik. Selain itu, terdapat

pelbagai maklumat tentang pencapaian sekolah di bilik gerakan ini.

Kelas Pemulihan

Kelas pemulihan telah diadakan pada sesi persekolahan petang iaitu untuk murid tahun

1 dan 2. Pada setakat ini, terdapat seramai 81 orang murid yang dikenalpasti tidak

dapat menguasai kemahiran 3M dengan baik. Objektif utama kelas ini ditubuhkan

adalah supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran asas 3M iaitu Membaca,

Menulis dan Mengira. Selepas mereka dapat menguasai ketiga-tiga kemahiran tersebut

dengan baik, maka mereka dapat meneruskan pelajaran mereka di kelas normal. Kelas

ini diuruskan oleh 3 orang guru.

31

Bengkel Kemahiran Hidup

Bengkel Kemahiran Hidup (KH) terletak di kawasan belakang sekolah. Bengkel ini

mempunyai peralatan yang cukup lengkap untuk digunakan semasa subjek Kemahiran

Hidup. Hal ini dapat melancarkan proses P&P kerana segala keperluan serta peralatan

adalah lengkap. Menurut Guru penyelaras bengkel KH, murid-murid diajar kemahiran-

kemahiran asas dalam aktiviti kehidupan seharian. Kebiasaannya murid-murid akan

melaksanakan amali seperti bercucuk tanam, membuat aktiviti pertukangan dan

sebagainya. Kawasan di dalam bengkel KH adalah sangat luas dan selesa. Terdapat 6

buah meja panjang dan 12 buah kerusi panjang di dalam bilik tersebut. Murid-murid

tidak dibenarkan masuk ke dalam bengkel jika tidak menerima arahan daripada guru.

Ini kerana, di dalam bengkel tersebut terdapat peralatan yang membahayakan seperti

gergaji, tukul, paku, pisau dan lain-lain.

Kelas PPSMI

Kelas PPSMI baru dilaksanakan pada tahun 2007 di Sk.Batu 22 ini. Kelas ini digunakan

untuk mata pelajaran Sains dan Matematik untuk kemudahan murid-murid di sekolah.

Ruang di dalam bilik ini sangat luas. Pembinaan bilik ini adalah bertujuan untuk

memudahkan P&P dalam subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Bilik ini

masih belum mempunyai kelengkapan alatan yang cukup kerana masih lagi

kekurangan guru Sains dan Matematik.

32

Prasekolah

Terdapat 2 buah kelas prasekolah di SK.Batu 22 ini. Prasekolah Melati merupakan

prasekolah yang baru ditubuhkan pada tahun 2006. Hal ini disebabkan oleh permintaan

ibu bapa yang menginginkan pendidikan awal kanak-kanak sebelum mereka ke tahun 1

kelak. Setiap prasekolah mempunyai bilangan murid-murid seramai 25 orang yang

berumur 6 tahun.

Bangunan prasekolah berwarna warni untuk menarik minat murid-murid ke

sekolah. Selain itu, prasekolah-prasekolah ini mempunyai taman permainan yang

lengkap dan cantik untuk perkembangan fizikal kanak-kanak tersebut. Dalam taman

permainan tersebut terdapat banyak kemudahan-kemudahan untuk kanak-kanak

prasekolah bermain seperti gelongsor, buaian, jongkang-jongkit dan banyak lagi.

KESIMPULAN

Jadi jelaslah prasarana-prasarana yang disediakan di sekolah banyak membantu

murid-murid belajar dengan selesa dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Prasarana merupakan salah satu faktor yang dapat melaksanakan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Kemudahan yang lengkap akan melicinkan lagi sesi

pembelajaran di sekolah. Kemudahan yang lengkap akan melahirkan pelajar yang

seimbang dan dapat meningkatkan aspek JERIS murid-murid. Di perpustakaan mereka

boleh membaca surat khabar bagi menambahkan lagi pengetahuan dalam diri pelajar.

Di musalla pula mereka dapat meningkatkan aspek kerohanian dan juga moral. Padang

juga penting bagi pembentukan jasmani pelajar-pelajar supaya berkembang selaras

dengan perkembangan aspek lain. Maka ini bertepatanlah dengan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan bahawa ingin melahirkan insan yang seimbang dari semua

aspek dan sempurna.

33

4.2.2 Keceriaan sekolah dalam memupuk nilai estetika, kebersihan dan

keselamatan.

Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran haruslah

diwujudkan untuk menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan

menyeluruh dari segala aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Untuk

mencapai hasrat ini, iklim dan budaya sekolah haruslah berada dalam keadaan selesa,

tenteram, aman damai, mesra dan juga riang.

Sekolah perlulah sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk melahirkan

individu yang dapat berkembang secara menyeluruh. Kebersihan di seluruh kawasan

sekolah amat penting kerana ia akan mempengaruhi proses P&P di dalam darjah.

Sebagai contoh, jika keadaan tandas di sekolah tidak terurus dan berbau busuk, maka

murid-murid belajar dalam keadaan yang tidak selesa. Ini akan menggangu

pembelajaran mereka dan akan menyebabkan objektif pengajaran tidak berhasil. Jadi,

pihak sekolah perlu sentiasa mengadakan aktiviti kebersihan agar keceriaan sekolah

dapat diwujudkan.

Selain itu, keceriaan sekolah diserikan dengan mural-mural yang berada di dinding-

dinding bangunan. Mural-mural yang mempunyai kepelbagaian hasil kreativiti dapat

meningkatkan keceriaan sekolah. kata-kata hikmah yang berada di dalam kawasan

sekolah juga amat penting dalam meningkatkan nilai estetika di sekolah. Kata-kata

hikmah seperti usaha tangga kejayaan, melentur buluh biarlah dari rebungnya, cintai

alam sekitar ,membaca jambatan itu adalah sebahagian contoh kata-kata hikmah yang

biasa kita lihat di sekolah. Ia juga berfungsi sebagai motivasi kepada murid-murid untuk

belajar bersungguh-sungguh dan berusaha mencapai cita-cita yang diimpikan serta

memupuk kecintaan terhadap alam semulajadi.

Amalan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia merupakan salah satu elemen di dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita. Guru berperanan penting dalam pemupukan

akhlak mulia murid-murid di sekolah. Nilai-nilai murni tersebut akan diamalkan oleh

murid-murid walaupun berada di luar kawasan sekolah andai guru dapat menerapkan

34

nilai murni dalam amalan pengajaran harian mereka. Nilai murni seperti memberi salam

kepada guru dan orang yang lebih tua, membaca doa sebelum dan selepas belajar

adalah perlu untuk melahirkan warganegara yang beragama dan seimbang serta

menyeluruh. Selain itu, budaya hormat menghormati dan tolong menolong dapat

melahirkan iklim sekolah yang baik.

Keselamatan juga merupakan salah satu faktor yang dapat menyuburkan suasana

sekolah agar sentiasa kelihatan aman damai dan selesa. Jika sekolah tidak mempunyai

tahap keselamatan yang baik, maka murid-murid akan berasa takut dan tidak selesa

semasa berada di sekolah. Jadi hal ini akan membantutkan segala aktiviti yang ingin

mereka lakukan. Sebagai contoh, P&P dijalankan di blok bangunan yang lama, jadi

murid-murid berasa tidak selamat dan sentiasa gelisah. Maka hal ini akan mengganggu

pembelajarannya. Oleh itu, pengurusan keselamatan di sekolah amat penting untuk

memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat

.

35

4.3 Program dan Aktiviti

4.3.1 Kurikulum

Dewasa ini, arus globalisasi yang melanda dunia mencetuskan persaingan yang hebat

dalam pelbagai aspek kehidupan. Aspek pendidikan adalah teraju yang amat penting

dalam mencapai persaingan ini, maka perancangan yang teliti dan berkesan perlu

dilakukan agar dapat melahirkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan

mempunyai daya saing yang tinggi. Oleh itu, guru memainkan peranan yang sangat

penting untuk melahirkan anak didik yag cemerlang dengan sokongan semua pihak

iaitu pihak ibu bapa dan seluruh warga sekolah.

Dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan murid dalam bidang kurikulum,

pelbagai aktiviti yang disediakan di sekolah seperti Minggu Bahasa, English Days, kuiz

dan pertandingan, program motivasi, kelas intensif UPSR untuk murid tahun 6, kelas

tambahan pada waktu cuti dan banyak lagi. Strategi yang mantap haruslah dirancang

dan dilaksanakan dengan penuh komitmen dan memerlukan semangat kerja

berpasukan yang tinggi oleh warga sekolah untuk menjana kurikulum yang cemerlang.

Pengurusan kurikulum yang baik dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam

semua bidang sama ada akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Jadi, sekolah

berperanan penting dalam melaksanakan matlamat FPK ini dengan meningkatkan

keberkesanan dan pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Sebagai contoh, peranan sekolah menaiktarafkan pusat sumber sekolah dengan

menambah bilangan buku dan kemudahan-kemudahan di dalam pusat sumber seperti

alat penghawa dingin, sudut kognitif dan sudut bacaan akhbar dapat menarik minat

murid dan guru-guru untuk ke sana. Jadi hal ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan

murid-murid selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan warganegara yang

berilmu pengetahuan.

36

Proses P&P di dalam bilik darjah juga dapat dipertingkatkan dengan

penyelarasan rancangan mengajar. Guru memainkan peranan yang penting dalam

menjayakan P&P yang berkesan. Oleh itu guru perlu menggunakan modul pengajaran

KBKK semasa P&P berjalan kerana ingin mewujudkan suasana yang dapat menarik

minat murid-murid. Guru juga perlulah memberi latihan dari sumber luar agar cara

pengajaran dapat dipelbagaikan supaya murid-murid tidak bosan. Murid-murid akan

berasa lebih seronok dengan teknik pengajaran yang berbeza. Namun guru perlulah

memilih teknik pendekatan mengajar yang sesuai dengan situasi murid agar dapat

mencapai objektif pengajaran yang dihasilkan.

Selain itu, kurikulum sekolah dapat dipertingkatkan dengan mengadakan

program-program khas seperti program motivasi, program juara 5A, program kelas

pemulihan dan banyak lagi. Program-program sebegini dapat mempertingkatkan

pencapaian kecemerlangan dan keseluruhan dalam bidang akademik murid di semua

peringkat khususnya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Sekolah juga

perlu mengadakan sebuah majlis anugerah kecemerlangan akademik murid-murid

sebagai pengiktirafan kepada pencapaian mereka. Penganugerahan ini secara tidak

langsung akan meningkatkan prestasi mereka agar lebih bersungguh-sungguh.

Tuntasnya, pengurusan kurikulum yang baik dapat menghasilkan acuan yang

bagus dan mantap dari segala aspek. Kurikulum juga memberi peluang kepada murid

untuk membina ilmu pengetahuan melalui pengalaman dan mengasah bakat dalam

pelbagai bidang di sekolah. Suasana yang harmoni dan mesra dapat diwujudkan serta

melahirkan individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan taat setia

sebagaimana yang terkandung di dalam FPK.

37

4.3.2 Ko kurikulum

Aktiviti kokurikulum adalah satu kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan di

luar bilik darjah. Ia bertujuan untuk mengukuhkan dan penggayaan pembelajaran,

saling lengkap melengkapi pembelajaran di dalam bilik darjah bagi menyuburkan nilai-

nilai murni dan mengembangkan bakat kepimpinan murid-murid. Selain itu aktiviti

kokurikulum ini juga dapat menyediakan murid-murid yang sedia berkhidmat untuk

masyarakat. Aktiviti kokurikulum terdiri daripada gerak kerja pasukan unit beruniform

(GERKO), persatuan dan kelab serta sukan dan permainan.

Kokurikulum amat penting di sekolah kerana aktiviti ini merupakan pelengkap

pengetahuan dan pengalaman murid-murid ketika mereka di sekolah. Menerusi gerak

kerja kokurikulum pula mereka dapat mengembangkan bakat dan minat, meningkatkan

perkembangan sosial dan mental murid-murid. Jadi aktiviti kokurikulum yang dijalankan

di sekolah dapat memajukan dan meningkatkan perkembangan jasmani dan sosial

murid-murid sejajar dengan matlamat dalam FPK.

Semua murid mempunyai bakat dan potensi yang boleh dimajukan. Jadi sekolah

memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk dan memajukan

masyarakat secara menyeluruh dari segala aspek. Aktiviti ini juga berperanan

menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif murid selaras dengan FPK dan

Rukun Negara. Hal ini dapat dilihat dari segi pemakaian uniform yang seragam dan

kemas. Di sekolah kebiasaannya terdapat hari yang telah ditetapkan untuk memakai

pakaian seragam. Pakaian seragam yang pelbagai jenis seperti uniform pengakap,

puteri islam, pandu puteri dan lain-lain dapat melahirkan budaya sekolah yang menarik

dan menggembirakan.

Sukan dan permainan adalah satu aspek penting dalam sistem pendidikan hari

ini. Perancangan yang teratur dan sistematik perlu dilakukan untuk mencapai matlamat

FPK yang ingin melahirkan nilai-nilai murni yang dapat membantu murid-murid

meningkatkan pengetahuan dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Aktiviti sukan

dan permainan yang dilaksanakan di sekolah perlu melibatkan semua murid.

38

Matlamat sukan untuk semua adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar

melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan di sekolah.

Secara tidak langsung, individu yang sihat dan cergas dapat dilahirkan serta dapat

melahirkan individu yang prihatan terhadap kesihatan diri. Jadi benarkan aktiviti sukan

bukan sahaja dapat membantu murid-murid dalam perkembangan jasmani semata-

mata namun secara menyeluruh dari segala aspek.

Persatuan dan Kelab merupakan salah satu bidang dalam kokurikulum di

sekolah. Matlamat utama Persatuan dan kelab ini ditubuhkan adalah untuk menyemai

kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan

sebagaimana yang dinyatakan dalam FPK. Hal ini dapat dilihat dengan penubuhan

persatuan agama Islam, kelab Tarannum dan banyak lagi di sekolah. Selain itu,

matlamat gerak kerja kokurikulum yang dijalankan adalah untuk mewujudkan

keseimbangan perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sosial,

jasmani, dan rohani murid-murid sejajar dengan FPK. Murid-murid juga dapat mengisi

masa lapang dengan perkara yang berfaedah serta dapat melahirkan kesejahteraan diri

dengan penglibatan mereka di dalam aktiviti ini.

Jadi dapatlah dirumuskan bahawa kegiatan kokurikulum amatlah penting untuk

melahirkan masyarakat yang seimbang dari segala aspek sejajar dengan matlamat

FPK. Aktiviti yang dirancang itu pula mestilah dapat memajukan serta mengembangkan

bakat, minat serta kemahiran murid-murid secara menyeluruh.

39

4.3.3 Lain-lain

Lain-lain aktiviti yang dilaksanakan di sekolah seperti program ibu bapa dan guru

(PIBG), program keselamatan dan kesihatan serta aktiviti kemasyarakatan merupakan

pelengkap kepada kecemerlangan murid di sekolah. Penglibatan ibu bapa amat penting

dalam menjayakan matlamat FPK yang ingin melahirkan individu yang

bertanggungjawab kepada ibu bapa, masyarakat, agama, bangsa dan juga negara.

Peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan anak-anak yang berjaya selain guru

di sekolah. Ibu bapa akan mengambil tugas guru semasa di rumah. Mereka perlu

memastikan anak-anak mereka belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni yang

diamalkan di sekolah turut diaplikasikan di rumah.

Selain itu, program yang dijalankan di sekolah juga mampu untuk meningkatkan

tahap perkembangan pelajar supaya menjadi pelajar yang seimbang. Sekolah banyak

menjalankan aktiviti supaya pelajar-pelajar bercampur dan membentuk sikap toleransi

serta bekerjasama antara satu sama lain. Melalui sikap ini perpaduan akan dapat

dipupuk di jiwa mereka seterusnya menjadikan mereka seimbang dari segi sosial dan

rohani. Sebagai contoh aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di sekolah bukan

sahaja dapat melahirkan masyarakat yang suka menolong, namun ia juga dapat

melahirkan rasa hormat menghormati dalam kalangan mereka. Setiap aktiviti yang

dijalankan mempunyai matlamatnya yang tersendiri dan semua aktiviti itu menuju ke

arah mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Program keselamatan dan kesihatan yang dijalankan di sekolah amat penting

untuk membentuk murid yang seimbang dari semua aspek. Program sebegini dapat

melahirkan murid yang dapat menguruskan diri sendiri dan dapat mengamalkan nilai-

nilai murni di sekolah sejajar dengan matlamat FPK. Tubuh badan yang sihat dapat

meningkatkan perkembangan fizikal individu. Jadi kebersihan diri dan alam sekitar

dapat melahirkan budaya sekolah yang ceria dan menarik. Program keselamatan

seperti aktiviti demostrasi kebakaran dan program keselamatan di jalan raya dapat

melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan seimbang dari aspek JERIS

selaras dengan matlamat FPK.

40

Kesimpulannya, pihak sekolah merupakan pihak yang mempunyai peranan yang

terbesar untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat itu

diserapkan ke sekolah-sekolah demi untuk melahirkan insan yang seimbang bukan

sahaja dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani malah seimbang dalam pergaulan,

akhlak dan sahsiah.

41

5.0 IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Setelah menganalisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita dapat lihat implikasinya

terhadap sistem pendidkan negara kita. Setiap perkara yang dilakukan mesti

mempunyai implikasinya yang tersendiri. Implikasi itu penting untuk melihat sejauh

manakah keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam sistem pendidikan di

Malaysia. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dapat dibahagikan kepada tiga

bahagian. Bahagian-bahagian ini termasuk di dalam sistem pendidikan negara:

- Implikasi Tehadap Kurikulum

- Implikasi Terhadap Pendidik

- Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan

5.1 Implikasi Terhadap Kurikulum.

Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan

kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama

dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar

kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan

dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu

yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya

nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua

rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan

berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir

dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak

ketinggalan.

42

5.2 Implikasi Terhadap Pendidik.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan

selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi

di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk

mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu

merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020.

Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan

sistem pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap

bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih

dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi

falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti

negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui

perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja

yang diusahakan oleh guru.

5.3 Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.

Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-

kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk

merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini

adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah

juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling

bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk

menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk

melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan

mereka.

43

Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai

satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung

jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.

44

RUMUSAN

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia

dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara

sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan

secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan

Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu

universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.

Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia

dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.

Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,

seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang

paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang

berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk

membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya

kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus

menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi

cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan

terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan

peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada

kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan

menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu

mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu

yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang

amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan

manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan

45

pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan

mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada

manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau

perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan

diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan

individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat

memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri

manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli

keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak

mulia, dan berbakti.

46

CADANGAN

Usaha untuk merealisasikan FPK telah dijalankan dengan penuh iltizam oleh pihak

SKKMB walaupun kedudukan sekolah terletak di kawasan luar bandar. Pelbagai

elemen yang digariskan dalam FPK telah berjaya direalisasikan di sekolah ini. Namun

begitu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak

sekolah ini supaya lebih maju ke hadapan setanding dengan sekolah-sekolah

cemerlang yang lain. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan di

sekolah ini adalah dari aspek kemudahan yang disediakan. Padang sekolah yang

kurang mengutamakan unsur-unsur keselamatan haruslah diperbaiki dengan segera

supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Padang sekolah yang berlubang-

lubang serta tidak rata boleh menyebabkan kecederaan kepada murid-murid yang

menggunakan padang ini. Selain itu juga, keadaan padang yang kurang baik juga

pastinya akan mencemar nama sekolah sekiranya padang itu digunakan untuk acara

rasmi seperti sukan tahunan yang dihadiri oleh ibu bapa atau tetamu khas yang

dijemput.

Pusat sumber merupakan satu tempat rujukan murid-murid untuk mencari

maklumat yang diingini selain menyediakan bahan bacaan bagi murid-murid supaya

masa mereka yang terluang boleh diisi dengan amalan membaca. Pusat sumber SK.

Batu 22 perlu dipertingkatkan lagi dari aspek bilangan bahan bacaan. Pihak sekolah

seharusnya menambah lagi bilangan bahan bacaan yang terdapat di pusat sumber

supaya murid-murid dapat mengeksplorasi ilmu dengan lebih berkesan seterusnya

meningkatkan tahap pencapaian mereka terutamanya dalam akademik. Pusat sumber

juga haruslah diselia dengan baik supaya dapat menarik minat murid-murid untuk

datang ke pusat sumber sekaligus membudayakan amalan membaca.

Penambahbaikan juga boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan juga

merupakan salah satu tarikan yang berupaya menarik minat murid-murid untuk hadir ke

sekolah bagi menimba ilmu yang diajarkan oleh guru mereka. Guru-guru SK. Batu 22

haruslah peka kepada setiap perkembangan murid mereka supaya murid-murid yang

47

belajar di situ akan berasa dikasihi dan dihargai. Guru-guru juga haruslah lebih kerap

menggunakan alat bantu mengajar yang menarik serta menggunakan kemudahan yang

disediakan sekolah bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran seperti

pemancar cahaya dan projektor.

Selain itu juga, pihak sekolah haruslah peka kepada persekitaran sekolah.

Persekitaran sekolah haruslah ditingkatkan lagi dari aspek kebersihan dan keceriaan

kerana persekitaran yang bersih dan sihat akan mewujudkan suasana yang selesa

untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran yang selesa juga amat

penting kerana proses pembelajaran adalah melalui pemerhatian(Bandura,1986).

Mural-mural lama yang terdapat di sekeliling sekolah hendaklah diperbaharui supaya

idea-idea segar daripada murid-murid atau guru-guru dapat diilhamkan dengan

cemerlang.

Sekolah juga haruslah membudayakan membaca sebagai salah satu aktiviti

utama murid-murid terutamanya ketika waktu lapang mereka. Sudut atau pondok

bacaan haruslah disediakan bagi menimbulkan minat membaca dalam kalangan

mereka seterusnya menjadi tempat perbincangan yang membolehkan perkongsian

idea-idea bernas berkaitan pelajaran. Keselamatan sekolah juga haruslah

dititikberatkan contohnya peraturan keluar masuk haruslah diperketatkan lagi supaya

keselamatan semua murid terjamin ketika berada di dalam kawasan sekolah.

Pihak sekolah juga boleh menggalakkan murid-murid belajar berinteraksi dengan

persekitaran supaya mereka dapat menimba pengalaman yang sebenar selaras

dengan saranan tokoh pendidik iaitu Maria Montessori yang mengatakan bahawa

kanak-kanak lebih mudah belajar jika mereka diberi peluang berinteraksi dengan

persekitaran. Oleh itu, pihak sekolah contohnya boleh mendorong murid-murid

melaksanakan Projek Sains seperti projek menanam sayur-sayuran kerana proses

pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya mereka merasai serta melihat

sendiri pertumbuhan tanaman tersebut.

48

PENUTUP

Sebagai deduksinya, segala hasrat kerajaan dalam bidang pendidikan haruslah

dicapai demi melahirkan insan yang seimbang dalam segala aspek selain menjadi

pewaris pemerintahan negara. Semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan

haruslah bersatu hati, menggenggam tekad yang jitu dengan sepenuh hati serta

berusaha bersungguh-sungguh merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi

melahirkan modal insan yang gemilang yang mempunyai mentaliti kelas pertama.

SK.Batu 22 juga perlulah lebih giat menjalankan penambahbaikan serta

meneruskan usaha untuk memajukan sekolah demi melahirkan modal insan yang

mempunyai ciri-ciri yang boleh dikategorikan kepada tiga aspek utama iaitu ilmu,

kemahiran dan penampilan yang unggul. Oleh itu, Malaysia akan terus membangun

bersama generasi yang mampu memimpin negara ke arah kemajuan.

49

REFLEKSI

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia

dekenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan adanya Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan

diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai

asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat

yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. Falsafah

Pendidikan Kebangsaan menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu

dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu,

berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara

yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang

baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan

yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah

falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama.

Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara

harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan

berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang

sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara

yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah

tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat.

Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk

memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting

lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia.

Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan

sesuatu yang amat tinggi nilainya.

50

Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa

berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada

ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu

tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga melihat individu itu dalam beberapa

lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk

pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan

kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga,

meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas bahawa tujuan pendidikan

tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah

untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi

seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,

bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Jadi kita sebagai warga pendidik perlu melaksanakan tugas kita dengan sebaik

mungkin untuk mendidik anak bangsa berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

agar Negara kita mampu melahirkan golongan bijak pandai seterusnya mampu berdiri

sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-nagara maju yang lain.