Tugasan Pemerhatian Kelas

download Tugasan Pemerhatian Kelas

of 13

Transcript of Tugasan Pemerhatian Kelas

  • 8/6/2019 Tugasan Pemerhatian Kelas

    1/13

    PENYELIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN

    TUGASAN:

    Pemerhatian bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran serta

    membuat laporan pemerhatian.

  • 8/6/2019 Tugasan Pemerhatian Kelas

    2/13

    PENGENALAN

    Pemerhatian yang akan dilakukan boleh dibuat berdasarkan pemerhatian kepada

    pengajaran guru atau juga kepada pembelajaran oleh murid dalam sesebuah kelas

    yang dipilih. Sekiranya pemerhatian dilakukan ke atas guru, pemerhati mempunyai

    pilihan untuk memerhatikan samada ke atas seorang sahaja guru atau membuat

    perbandingan terhadap dua orang guru. Bagi seorang guru sahaja, pemerhatian perlu

    dilakukan sebanyak lima kali sementara pemerhatian perbandingan perlu dibuat

    sebanyak 3 kali setiap guru itu.

    Untuk tujuan ini, pengarang telah memilih untuk melaksanakan pemerhatian

    kepada seorang guru sahaja. Aktiviti pemerhatian ini telah mendapat persetujuan dari

    Pengetua sekolah dan juga guru yang menjadi subjek pemerhatian ini. Oleh itu di

    dalam laporan pemerhatian ini, guru yang diperhatikan itu akan dikenali sebagai

    Subjek. Sebagai makluman juga, pengarang bukan sahaja sekadar melaksanakan

    pemerhatian ini untuk tujuan penyelidikan bagi kursus ini tetapi juga untuk memenuhi

    tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Panitia di dalam Panitia Sejarah dan untuk

    membantu Pengetua mencerap serta membimbing guru-guru di bawah panitia mata

    pelajaran berkaitan. Dalam kes ini subjek yang terpilih merupakan ahli panitia Sejarah

    yang di bawah tanggungjawab pengarang sebagai Ketua Panitia Sejarah (Abu Bakar

    Nordin dan Ikhsan Othman, 2003).

    LATAR BELAKANG SUBJEK YANG DIBUAT PEMERHATIAN

    Subjek adalah seorang guru lelaki berketurunan Cina yang berasal dari negeri Perak

    dan merupakan seorang guru lepasan universiti yang baru melaporkan diri untuk

    lantikan pertama di sekolah pengarang di Sarawak. Beliau memiliki kelulusan ijazah

    Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian). Major beliau semasa di universiti

    adalah Fizik dan minor dalam Matematik.

    Walaupun subjek jelas memiliki kelayakan dalam jurusan Sains Tulen, namun

    sekolah terpaksa meletakkan beliau untuk mengajar mata pelajaran Sejarah Tingkatan

    2

  • 8/6/2019 Tugasan Pemerhatian Kelas

    3/13

    Satu dan juga Pendidikan Moral Tingkatan Satu kerana sekolah ini amat kekurangan

    guru dalam mata pelajaran Sejarah. Selain daripada Sejarah, mata pelajaran lain yang

    amat kronik kekurangan guru adalah mata pelajaran Bahasa Malaysia, English dan

    Pendidikan Moral. Sebaliknya pula, sekolah ini mempunyai guru jurusan Sains yang

    lebih daripada mencukupi.

    Sesi Persekolahan Tahun 2008 ini telah bermula dengan sekolah pengarang

    mempunyai kekosongan berjumlah 30 jawatan guru yang belum dapat diisi walaupun

    hari persekolahan telah berlangsung hingga minggu pertama Januari. Walaupun

    sekumpulan guru-guru baru seramai 22 orang (termasuk subjek) akhirnya telah

    melaporkan diri ke sekolah pada akhir minggu pertama Januari namun penempatan

    guru-guru baru ini didapati tidak dapat mengisikan kekosongan guru yang

    diperlukan oleh sekolah dengan tepat. Guru-guru baru ini memiliki kelulusan dalam

    jurusan berlainan daripada keperluan sekolah. Memandang keadaan sedemikian yang

    agak terdesak, maka kebanyakan guru baru itu terpaksa ditugaskan mengajar dalam

    mata pelajaran di luar daripada pengkhususan mereka.

    Subjek telah ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Sejarah dalam empat

    buah kelas Tingkatan Satu iaitu Tingkatan 1C, 1E, 1J dan 1M dalam sesi persekolahan

    petang. Oleh yang demikian pemerhatian ini hanya akan bertumpu di sekitar kelas-

    kelas Sejarah yang diajar oleh beliau sahaja. Subjek telah diberitahu terlebih dahulu

    untuk bersedia sebelum hari sebenar pemerhatian akan dilakukan.

    3

  • 8/6/2019 Tugasan Pemerhatian Kelas

    4/13

    LAPORAN PEMERHATIAN

    Pemerhatian Pertama:

    Tarikh: 14 Januari 2008 (Isnin)

    Jam: 4.25-5.35pm (Waktu ke-7 dan ke-8 dalam Jadual Waktu)

    Kelas: Tingkatan 1E

    Untuk memulakan siri pemerhatian, pemerhatian dilakukan semasa beliau mengajar di

    kelas Tingkatan 1E. Pada tarikh ini, subjek sudahpun mengajar genap seminggu di

    sekolah.

    Kehadiran beliau di kelas Tingkatan 1E telah disambut dengan ucapan Selamat

    Petang, Cikgu oleh para pelajar yang kelihatan sedikit keletihan. Ini mungkin

    berpunca daripada waktu kelas ketika itu iaitu waktu ke-7 dan ke-8 dalam jadual

    waktu hari itu. Hanya tinggal satu lagi waktu terakhir (waktu ke-9) iaitu waktu

    Perhimpunan yang diadakan sebelum semua bersurai.

    Subjek berusaha bersungguh-sungguh untuk cuba menarik perhatian

    pelajarnya untuk mendengar pelajaran yang hendak disampaikan oleh beliau.

    Penggunaan suara oleh subjek masih belum dapat dikuasai dengan berkesan. Keadaan

    ini merupakan suatu yang menjadi kebiasaan bagi kebanyakkan guru baru, di mana

    unsur suara guru masih lemah dan tidak kesampaian hingga ke bahagian belakang

    kelas, Oleh itu agak sukar untuk guru menarik perhatian pelajar supaya memberikan

    tumpuan yang sewajarnya. Suara guru yang tidak jelas kedengaran terutamanya di

    bahagian belakang kelas akan menyebabkan pelajar menjadi lebih bising kerana tidak

    mengikuti pelajaran yang disampaikan.

    Subjek juga kelihatan sedikit cemas ketika menjalankan proses pengajaran. Ini

    mungkin disebabkan beliau berasa takut kerana sedang dicerap oleh pengarang.

    Namun beliau terus berusaha untuk mengawal perasaan dan meneruskan pelajaran

    yang hendak disampaikan pada hari itu.

    4

  • 8/6/2019 Tugasan Pemerhatian Kelas

    5/13

    Dari segi teknik penyoalan, subjek dapat menggunakan teknik penyoalan

    dengan berkesan. Beliau tidak mengabaikan mana-mana pelajar yang kurang

    memberikan tumpuan tetapi sebaliknya menggunakan soalan-soalan untuk

    menggalakkan pelajar berfikir. Para pelajar diberi sedikit petunjuk (clue) dan

    seterusnya diajak untuk mencari jawapan di dalam buku teks mereka.

    Memandangkan terdapat dua waktu Sejarah pada hari itu, beliau telah

    menggunakan waktu pertama untuk memberikan penerangan dan nota kepada pelajar.

    Waktu kedua pula digunakan untuk para pelajar bersoal-jawab. Baki waktu itu

    digunakan untuk pelajar menyalin dan membuat sedikit latihan pengukuhan.

    Bimbingan serta teguran telah diberikan kepada subjek selepas sesi pengajaran

    untuk memperbaiki kelemahan yang ada supaya menjadi guru yang lebih mahir dan

    berkesan di dalam kelas. Subjek telah dibawa untuk membuat refleksi kendiri tentang

    sesi pengajaran tadi untuk mengenalpasti apakah kekuatan dan kelemahan beliau

    sendiri.

    Pemerhatian Kedua:

    Tarikh: 18 Januari 2008 (Jumaat)

    Jam: 2.00-3.10pm (Waktu pertama dan ke-2 dalam Jadual Waktu)

    Kelas: Tingkatan 1M

    Pada hari ini subjek mempunyai kelas Sejarah di Tingkatan 1M. Kehadiran beliau di

    kelas tersebut juga telah disambut dengan ucapan Selamat Petang, Cikgu oleh para

    pelajar yang kelihatan segar. Ini mungkin berpunca daripada waktu kelas ketika itu

    iaitu waktu pertama dan ke-2 dalam jadual waktu hari Jumaat.

    Subjek kelihatan lebih berkeyakinan untuk menyampaikan isi kandungan

    pelajaran hari itu. Kali ini, suara guru lebih jelas kedengaran berbanding dengan

    ketika guru berada di Tingkatan 1E tempoh hari. Subjek jelas telah mengambil

    ikhtibar daripada sesi perbincangan dan tunjukajar dengan pengarang tempoh hari.

    Namun suasana di Tingkatan 1M agak bising kerana terdapat beberapa pelajar

    yang nakal sedang sibuk mengganggu rakan-rakan mereka yang lain. Jika

    5

  • 8/6/2019 Tugasan Pemerhatian Kelas

    6/13

    dibandingkan antara kelas Tingkatan 1M dengan 1E, kelas Tingkatan 1E mempunyai

    tahap disiplin yang jauh lebih baik.

    Subjek terpaksa mengarahkan para pelajar di Tingkatan 1M untuk berkongsi

    buku teks Sejarah dalam kelas kerana bekalan buku Skim Pinjaman Buku Teks

    (SPBT) itu tidak mencukupi untuk diedarkan kepada semua pelajar dalam Tingkatan

    Satu tahun ini yang terlalu ramai jumlahnya.

    Subjek juga bertungkus-lumus untuk cuba menarik perhatian pelajarnya untuk

    mendengar pelajaran yang hendak disampaikan oleh beliau. Suara guru yang tidak

    jelas kedengaran terutamanya di bahagian belakang kelas menyebabkan pelajar

    menjadi lebih bising kerana tidak mengikuti pelajaran yang disampaikan. Penggunaan

    suara oleh subjek ada menunjukkan kemajuan tetapi secara umumnya masih lemah

    dan boleh ditingkatkan lagi.

    Beliau juga cuba membawa murid-murid yang lebih cerdas untuk membuat

    reflkesi tentang apa yang telah dipelajari di akhir pelajaran hari itu dengan

    mengemukakan beberapa soalan yang bertujuan untuk mencungkil sejaumanakah

    kefahaman pelajar terhadap pelajaran hari tersebut.

    Pemerhatian Ketiga:

    Tarikh: 30 Januari 2008 (Rabu)

    Jam: 3.15-4.25pm (Waktu ke-5 dan ke-6 dalam Jadual Waktu)

    Kelas: Tingkatan 1J

    Hari ini subjek mempunyai kelas Sejarah di Tingkatan 1J. Kehadiran beliau di kelas

    tersebut juga telah disambut dengan ucapan Selamat Petang, Cikgu oleh para

    pelajar yang kelihatan masih mengunyah makanan yang dimakan semasa waktu rehat

    yang baru tamat. Kelihatan juga beberapa pelajar lelaki yang baru masuk ke kelas.

    Apabila ditanya oleh guru, mereka menjawab bahawa mereka terlewat balik ke kelas

    kerana mereka baru balik dari tandas sekolah.

    Pelajaran hari ini dimulakan dengan beberapa soalan kuiz yang

    bertujuan untuk menarik perhatian pelajar. Subjek kelihatan semakin berkeyakinan

    6

  • 8/6/2019 Tugasan Pemerhatian Kelas

    7/13

    untuk mengajar mata pelajaran Sejarah yang begitu jauh berbeza dengan mata

    pelajaran pengkhususan subjek iaitu Fizik dan Matematik. Subjek jelas telah

    mengambil ikhtibar daripada sesi perbincangan dan tunjukajar dengan pengarang

    untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan.

    Pemerhatian Keempat:

    Tarikh: 13 Feruari 2008 (Rabu)

    Jam: 3.15-4.25pm (Waktu ke-3 dan ke-4 dalam Jadual Waktu)

    Kelas: Tingkatan 1C

    Pada hari ini subjek mempunyai kelas Sejarah di Tingkatan 1C. Kehadiran beliau di

    kelas tersebut telah disambut dengan ucapan Selamat Petang, Cikgu oleh para

    pelajar.

    Kelas ini terdiri daripada para pelajar yang mempunyai keputusan UPSR yang lebih

    baik berbanding dengan kelas 1E, 1J dan 1M. Oleh itu ciri-ciri pelajar dalam kelas ini

    adalah seperti berikut:

    i. aktif

    ii. suka bertanya

    iii. mempunyai motivasi diri yang tinggi

    iv. minat belajar

    v. sentiasa cuba menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh guru

    vi. menunjukkan minat terhadap subjek Sejarah yang diajar

    Daripada sesi soal jawab yang dikendalikan oleh subjek, pengarang dapat

    melihat wujudnya dua golongan utama di dalam kelas ini untuk pelajar yang kerap

    memberi respons. Golongan pertama merupakan pelajar yang mempunyai minat dan

    rajin termasuk untuk mempelajari subjek Sejarah. Golongan kedua pula

    sememangnya tertarik untuk memberi respons kerana pendekatan penyoalan dan

    aktiviti P&P yang menyebabkan mereka turut sama memberi respons.

    Namun daripada jumlah enrolmen kelas itu, seramai enam daripada 35 orang

    pelajar dalam kelas tersebut yang didapati sangat kurang memberi respons pada waktu

    7

  • 8/6/2019 Tugasan Pemerhatian Kelas

    8/13

    P&P Sejarah itu. Melalui pemerhatian pengarang dan juga setelah ditanya kepada

    subjek, didapati kesemua enam pelajar itu memaparkan ciri seperti tidak aktif

    melibatkan diri dalam aktiviti P&P di dalam kelas, dan kurang memberi perhatian

    kerana tidak berminat terhadap subjek Sejarah yang diajar.

    Pada pandangan pengarang, para pelajar berkaitan mungkin juga tidak

    memberi respons disebabkan oleh pendekatan penyoalan dan aktiviti P&P yang

    kurang sesuai untuk kumpulan pelajar ini. Teknik penyoalan dan aktiviti P&P

    biasanya dirancang untuk melibatkan semua pelajar di dalam sesebuah kelas. Namun,

    bagi pelajar yang mempunyai kecerdasan yang kurang, mereka mungkin akan

    ketinggalan dalam proses P&P. Ini ditambah pula dengan sikap tidak suka bertanya,

    dan tidak aktif akhirnya menyebabkan mereka jauh ketinggalan dalam pelajaran

    terutamanya subjek Sejarah.

    8

  • 8/6/2019 Tugasan Pemerhatian Kelas

    9/13

    MASALAH DAN ISU YANG TIMBUL

    Pemerhatian untuk subjek hanya dapat dilakukan setakat Pemerhatian Keempat

    kerana subjek telah ditukarkan atas kepentingan perkhidmatan oleh pihak sekolah ke

    sesi pagi untuk menggantikan seorang guru Matematik Tambahan dalam Tingkatan

    Lima yang telah diluluskan perletakan jawatannya oleh pihak Kementerian. Tempat

    subjek di kempat-empat kelas itu terpaksa ditinggalkan kosong kerana tiada pengganti

    buat sementara waktu ini.

    Untuk makluman seterusnya, majoriti pelajar di dalam kelas-kelas tersebut

    adalah pelajar dari keturunan Iban yang berasal dari rumah-rumah panjang yang telah

    ditetapkan sebagai feeder bakal pelajar Tingkatan Satu kepada sekolah ini. Tahap

    penguasaan Bahasa Malaysia para pelajar ini agak ketara lemah kerana mereka masih

    terbawa-bawa dengan kebiasaan mereka untuk bertutur dalam Bahasa Iban semasa di

    sekolah rendah dahulu. Pelajar-pelajar ini lebih cenderung berbahasa Iban sesama

    mereka ketika di dalam kelas.

    Subjek pula adalah seorang guru yang berasal dari negeri Perak. Ini adalah

    pertama kali beliau menjejakkan kaki ke negeri Sarawak, oleh itu subjek masih belum

    memahami Bahasa Iban. Oleh itu terdapat sedikit masalah dalam berkomunikasi

    antara guru dengan pelajarnya. Pengaruh bahasa ibunda kadang-kadang

    mempengaruhi Bahasa Malaysia yang dipertuturkan oleh para pelajar itu. Bahasa Iban

    telah bercampur-aduk dengan Bahasa Malaysia dan ini menyebabkan guru terkeliru

    dan sukar memahami apa yang hendak disampaikan oleh pelajarnya kerana terdapat

    istilah dan perkataan yang walaupun dieja sama di dalam kedua-dua bahasa tetapi

    membawa maksud yang jauh berbeza. Di kalangan pelajar juga, mereka akan

    mengalami kesukaran memahami apakah mesej yang hendak disampaikan oleh guru

    kepada mereka.

    Masalah kekurangan guru atau mismatch dalam pengkususan guru dengan

    kekosongan sedia ada adalah perkara biasa dan sering berlaku di sekolah. Masalah ini

    akan menjadi lebih nyata apabilamismatch ini melibatkan sejumlah guru yang terlalu

    9

  • 8/6/2019 Tugasan Pemerhatian Kelas

    10/13

    besar seperti yang berlaku di dalam kes di atas. Dalam keadaan sedemikian, sekolah

    terpaksa bergantung kepada guru-guru terlatih yang ditempatkan oleh Kementerian

    Pelajaran tanpa mengira pengkhususan mereka. Sekolah terpaksalah mengambil

    tindakan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Kadang-kadang sekolah

    dibenarkan oleh pihak Jabatan Pelajaran untuk menggajikan Guru Sandaran Tidak

    Terlatih (GSTT) untuk berkhidmat di sekolah sementara menunggu penempatan guru-

    guru terlatih yang baru untuk mengisikan kekosongan jawatan berkenaan.

    CADANGAN

    Teknik Penyoalan

    Berkaitan dengan masalah kekurangan respons daripada para pelajar, adalah

    dicadangkan guru terus menggunakan teknik penyoalan yang menarik tetapi dalam

    aras rendah. Guru juga harus memberikan masa yang mencukupi kepada semua

    pelajar sebelum memanggil nama pelajar untuk menjawab soalan. Guru juga patut

    memberikan masa yang cukup kepada seseorang murid untuk memberi jawapan dan

    soalan tersebut tidak dialihkan kepada pelajar lain sekiranya belum dapat dijawab.

    Dengan kata lain guru menyuruh murid tersebut memikirkan jawapan terhadap soalan

    tersebut dan memberikan jawapan di hari akan datang

    Untuk kumpulan pelajar yang aktif, guru perlu merangka soalan supaya pelajar

    akan memberi respons melalui soalan-soalan yang menjurus kepada kemahiran HOT

    ( Higher Order Thinking). Guru juga boleh mengajukan soalan yang berbentuk

    aplikasi pengetahuan kepada pelajar. Misalannya soalan Apakah itu Sumber

    Sejarah? boleh ditukar kepada:

    Bayangkan di rumah panjang datuk anda terdapat senjata-senjata lama

    seperti parang, peta-peta lama Sarawak dan tengkorak-tengkorak manusia

    yang telah lama. Datuk anda juga sering menceritakan cerita-cerita bagaimana

    beliau berjuang menentang askar Jepun. Adakah itu Sumber Sejarah?

    Mengapa?

    10

  • 8/6/2019 Tugasan Pemerhatian Kelas

    11/13

    Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

    Perubahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan di mana

    kedua-dua kumpulan aktif dan tidak aktif dipecahkan kepada kumpulan yang lebih

    kecil yang mengandungi tiga orang pelajar. Ahlinya terdiri daripada dua pelajar yang

    aktif dan seorang pelajar pasif. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk menggalakkan

    bimbingan dan komunikasi berkesan di kalangan rakan sebaya.

    Permainan seperti Teka Silang Kata dan turut Kuiz secara lisan boleh

    diperkenalkan kepada pelajar. Penggunaan teknik permainan ini telah terbukti boleh

    menyebabkan pelajar yang kurang memberi respons semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran biasa menjadi lebih berminat dan lebih memberi fokus terhadap

    pembelajaran. Mereka akan kelihatan lebih bermotivasi untuk belajar dan ingin untuk

    melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan

    kelihatan seronok dan ceria sepanjang kelas dijalankan. Akhirnya mereka juga akan

    dapat menumpukan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta

    lebih tekun untuk menyiapkan apa-apa latihan atau tugasan yang diberikan oleh guru.

    Bahasa

    Dari segi bahasa, kebiasaannya seseorang guru dari luar negeri Sarawak akan dapat

    memahami atau berjaya menguasai Bahasa Iban dalam masa yang singkat bergantung

    kepada tahap pergaulan guru itu dengan orang tempatan. Ini adalah kerana BahasaIban agak mirip dengan Bahasa Malaysia tidak seperti Bahasa Kadazandusun di

    negeri Sabah yang jauh berbeza sama sekali. Oleh itu Bahasa Iban lebih mudah

    dipelajari dan difahami dengan cepat. Seseorang itu cuma perlu berhati-hati dengan

    beberapa istilah atau perkataan yang sama dalam kedua-dua bahasa tetapi membawa

    maksud yang berbeza. Dengan itu, masalah berkomunikasi ini antara guru dengan

    pelajarnya dengan sendirinya akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

    11

  • 8/6/2019 Tugasan Pemerhatian Kelas

    12/13

    RUMUSAN

    Pemerhatian ini di samping memerhatikan kemahiran subjek yang mengajar di dalam

    kelas juga telah dapat mengenalpasti apakah kelemahan dan kekurangan secara umum

    guru yang ditempatkan mengajar di negeri Sarawak buat kali pertamanya. Selain

    daripada itu, pemerhatian ini juga memaparkan bagaimana seseorang guru yang

    memiliki kelayakan tertentu diarahkan mengajar mata pelajaran di luar daripada

    pengkhususan mereka. Pemerhatian ini memperlihatkan bagaimana seseorang guru itu

    walaupun mempunyai pengkhususan yang berbeza dengan mata pelajaran yang diajar,

    mereka dapat mengadaptasikan diri dengan keadaan yang ada.

    Subjek adalah seorang graduan Bacelor Sains dengan Pendidikan. Oleh itu,

    subjek adalah seorang guru terlatih dan sepatutnya bersedia mengajar walau apapun

    mata pelajaran yang diberikan kepadanya. Sharifah Alwiah (1984) menyatakan:

    Guru harus bersedia dan rela bekerja... dan menurut beliau lagi Sudah tentu guru

    ini kenal dan faham akan berbagai-bagai perkara.dan juga mengetahui perkara yang

    diajar oleh guru lain supaya pengajarannya dapat disesuaikan. Seseorang guru yang

    berada di dalam keadaan sedemikian cuma perlu menggarap isi kandungan mata

    pelajaran berkaitan sebelum dapat mengajarkan kepada anak muridnya. Menurut

    Kauchak & Eggen (2007), We cant teach what we dont understand ourselves .

    Segala teori, teknik dan amalan pendidikan yang telah dipelajari oleh guru di

    universiti atau institut perguruan masih relevan dan dapat diaplikasikan dalam situasi

    dan topik-topik tertentu atau juga memerlukan sedikit penyesuaian sebelum dapat

    diamalkan.

    12

  • 8/6/2019 Tugasan Pemerhatian Kelas

    13/13