tugasan pemikiran Islam.docx

12
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015 HIA 3033 PEMIKIRAN ISLAM SEMASA TUGASAN 1 MENGAPA SEORANG MUSLIM PERLU BERFIKIR DALAM KERANGKA YANG DITETAPKAN OLEH ISLAM DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID HAYATI BINTI HAMDI D 20112052457 KUMPULAN : UPSI 04 0 | HIA 3033 PEMIKIRAN ISLAM SEMASA

Transcript of tugasan pemikiran Islam.docx

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015HIA 3033 PEMIKIRAN ISLAM SEMASATUGASAN 1 MENGAPA SEORANG MUSLIM PERLU BERFIKIR DALAM KERANGKA YANG DITETAPKAN OLEH ISLAM

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. ID

HAYATI BINTI HAMDID 20112052457

KUMPULAN : UPSI 04NAMA TUTOR E-LEARNING : HJ. MOHAMAD KHAIRUL AZMAN BIN AJUHARI

ISI KANDUNGANBil

Muka surat

1Abstrak

2

2Pengenalan

2

3Peranan berfikir dan hubungan dengan muslim

2

4Kejahilan merosakkan akal fikiran

3

5Faktor mengapa muslim perlu berfikir berlandaskan syariat Islam.

4

6Contoh dan bukti mengapa muslim perlukan syariat Islam

7

7Kesimpulan

10

8Bibliografi

10

ABSTRAKManusia dimuliakan oleh Allah dengan penganugerahan akal. Namun demikian akal memerlukan syariat Islam sebagai panduan untuk menyempurnakan kehidupan seorang muslim. Hubungan diantara akal dan syariat Islam tidak bertentangan malahan saling berkaitan diantara satu sama lain bahkan kedua-duanya saling menyempurnakan. Muktahir ini pengaruh budaya hendonisme dan Islam Liberal banyak mempengaruhi pemikiran umat Islam berpunca daripada kelemahan dan kerapuhan akidah serta kejahilan umat islam itu sendiri terhadap hukum hakam dalam Islam. Syariat Islam yang mempunyai pelbagai keistimewaan merupakan anugerah Allah kepada manusia untuk dijadikan panduan dalam semua urusan kehidupan. Syariat Islam akan memandu manusia khususnya muslim dalam setiap urusan yang berkaitan dengan kehidupan didunia mahupun akhirat.

1.0PENGENALANAllah telah mengurniakan akal agar manusia dapat berfikir. Perkara inilah yang membezakan manusia dengan makhluk ciptaan Allah yang lain. Fitrah kejadian manusia yang lemah memerlukan panduan dan dorongan dalam sebarang urusan. Dalam kerangka berfikir setiap muslim memerlukan panduan yang bertunjangkan al-Quran dan al-Hadith kerana keupayaan akal manusia amat terbatas. Selain itu akal manusia juga mempunyai kelemahan seperti mudah terpengaruh kepada emosi, keinginan nafsu sehingga terkeluar daripada landasan syariat Islam. Keistimewaan yang terdapat dalam syariat Islam adalah faktor utama mengapa setiap muslim perlu berfikir berdasarkan kerangka yang ditetapkan.

2.0PERANAN BERFIKIR DAN HUBUNGAN DENGAN MUSLIMAkal merupakan komponen yang ada dalam diri setiap manusia yang mampu membawa manusia kearah kebaikkan atau keburukan. Akal yang sihat membolehkan seseorang itu berfikir dengan baik. Istilah fikir disebutkan dalam al-Quran dengan kalimah fikr yang didatangkan dalam bentuk perbuatan. Menurut Kamus Dewan, fikir bererti ingatan, angan-angan, renungan dan akal. Sementara maksud berfikir ialah menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu atau mempertimbangankan dalam ingatan. Oleh itu berfikir adalah merupakan aktiviti atau perbuatan yang dilakukan untuk merenung, menyelidiki, meramal, merancang, mencari penyelesaian mengenal pasti, merumus dan lain-lain.

Akal manusia berkebolehan mengetahui, memahami, menilai sesuatu sehingga Allah telah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada manusia yang tidak diberikan kepada makhluk lain hatta kepada malaikat sekali pun. Bagi seorang muslim, untuk melaksanakan tanggungjawab ini panduan daripada al-Quran dan al-Hadith amat diperlukan kerana akal manusia amat terbatas dan memerlukan bimbingan wahyu. Adakalanya akal manusia mudah dipengaruhi oleh emosi dan dorongan hawa nafsu yang boleh menyesatkan manusia dalam kekufuran. Allah telah menyatakannya dalam al-Quran sebagaimana berikut : Maksudnya : Kerana sesungguhnya nafsu itu sentiasa mendorong kepada kejahatan.(Surah Yusuf, 12: 53) .Oleh yang demikian, setiap muslim perlu berfikir dan bertindak mengikut kerangka syariat Islam sebagai jalan penyelesaian untuk mencapai kebahagian didunia dan akhirat.

3.0KEJAHILAN MEROSAKKAN AKAL FIKIRAN.Untuk menjawab persoalan mengapa setiap muslim perlu berfikir mengikut syariat Islam, terlebih dahulu kita perlu mengenalpasti perkara yang banyak mempengaruhi umat Islam sehingga menyebabkan mereka bertindak diluar kerangka syariat Islam. Antara cabaran yang dikenalpasti ialah kejahilan muslim itu sendiri berkaitan dengan syariat Islam samada dari sudut akidah, syariat dan akhlak. Contohnya dari sudut akidah, kegagalan umat Islam hari ini untuk memahami dan menghayati konsep tauhid merupakan cabaran yang sangat besar. Kelemahan pegangan akidah telah menyebabkan umat Islam terjebak dengan pelbagai fahaman, ideologi moden seperti kapitalisme, materialisme, fahaman liberalisme, pluralisme dan komunisme serta unsur-unsur negatif yang mempengaruhi umat Islam. Kita juga digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam. Selain itu, umat Islam juga diancam dengan budaya songsang seperti lesbian, gay, seks bebas, black metal, budaya punk dan sebagainya. Kesemua ini berlaku kerana umat Islam tidak lagi merasa bersalah atau segan silu melakukan kemungkaran dan melanggar syariat Allah.

Akhir-akhir ini kita juga dikejutkan dengan gerakan golongan yang berfahaman Syiah. Fahaman Syiah ini semakin meruncing apabila ada dari kalangan penganut fahaman Syiah ini berpendidikan tinggi, berlatarbelakang agama dan mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman ini secara serius terutama kepada para pelajar di universiti dan menular kepada masyarakat awam. Banyak penyelewengan yang telah dilakukan oleh golongan ini yang menyentuh samada dari sudut akidah, syariah dan kepentingan umum. Natijah daripada kelemahan akidah, umat islam dengan mudah dipengaruhi oleh emosi dan hawa nafsu dalam setiap tindakan. Kelemahan akidah ini akan mempengaruhi tindakan dan akhlak seorang muslim. Untuk menyelesaikan masalah ini umat Islam perlu kembali semula mengamalkan syariat Islam sebagaimana firman Allah : Maksudnya : Dan barangsiapa yang berlindung dengan Allah, sungguh dia diberi petunjuk ke jalan yang benar.(Surah Ali Imran, 3: 101)

4.0FAKTOR MENGAPA MUSLIM PERLU BERFIKIR BERLANDASKAN SYARIAT ISLAMSyariat adalah peraturan atau sistem yang digubal oleh Allah SWT untuk dipatuhi oleh manusia dalam mengadakan hubungan dengan Allah, dengan sesama manusia dan makhluk lain yang ada di alam maya ini. Syariat sampai kepada umat manusia melalui manusia pilihan Allah yang berkedudukan sebagai nabi dan rasul. Rasul bertanggungjawab menerima, memahami, mengamalkan dan menyebarkan syariat yang diturunkan oleh Allah SWT. Dasar syariat adalah taat kepada Allah SWT dengan mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.Allah berfirman : Maksudnya : Dan barang siapa yang mencari agama selain Islam maka tidak akan pernah diterima darinya dan di akhirat nanti dia akan termasuk orang-orang yang merugi. (Surah Ali Imran 3: 85)

Berdasarkan ayat ini jelaslah syariat Islam adalah satu pemilihan yang tepat untuk manusia mencapai keharmonian dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Syariat Islam mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan. Faktor inilah yang menjadi sebab mengapa setiap muslim perlu berfikir, bertindak dan beramal berdasarkan kerangka yang telah ditetapkan. Allah juga telah memberi jaminan Islam adalah sebaik-baik agama dan mampu menjamin kebahagiaan penganutnya. Antara keistimewaan syariat Islam yang pasti menjamin kesejahteraan penganutnya dan jawapan mengapa setiap muslim perlu berfikir berlandaskan syariat ialah :

4.1 ISLAM SEBAGAI AD- DINIslam adalah Ad-Din. Ad-Din ialah suatu kepercayaan yang hakiki dan suatu cara hidup yang sempurna. Ad-Din merangkumi aspek akidah, ibadah, perundangan dan akhlak Ad-Din yang merangkumi keempat-empat ciri yang tersebut itulah yang diistilahkan ISLAM. Islam adalah Ad-Din yang datang daripada Allah, bukan daripada hasil pemikiran dan pengalaman manusia. Islam adalah ajaran yang syamil (menyeluruh) dan kamil (sempurna) yang merangkumi dan melengkapi seluruh aspek meliputi akidah, ibadah, syariat dan akhlak. Islam juga tidak mengabaikan aspek furu (sistem-sistem kehidupan) yang berkaitan dengan ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan serta aspek dakwah dan jihad. Kriteria yang dimiliki oleh Islam jelas menunjukkan Islam adalah satu cara hidup yang merangkumi kepercayaan, tingkah laku dan amalan seseorang berdasarkan ajaran Islam. Kefahaman yang tinggi terhadap konsep ad-Din akan menjadikan seorang muslim itu akan sentiasa patuh terhadap syariat yang ditentukan.4.3ISLAM AGAMA YANG ADILSyariat Islam amat mementingkan keadilan. Syariat Islam yang diturunkan oleh Allah memberi keadilan kepada semua dari segi keperluan individu, kehidupan bermasyarakat, kebendaan, kerohanian dan lain-lain. Syariat Islam juga memelihara hak individu, keselamatan masyarakat untuk mencapai kehidupan yang aman dan sejahtera. Contohnya Islam menyediakan hukum hudud dan qisas untuk memberi keadilan. Jika seseorang didapati bersalah hukuman akan dijalankan tanpa diskriminasi untuk memberi keadilan kepada semua. Islam juga sangat menjaga hak dan maruah seseorang. Disebabkan itu perbuatan mengumpat, hasad dengki menfitnah, mengadu domba dan lain-lain diharamkan dalam Islam.

4.4SYUMUL ( MENYELURUH DAN LENGKAP )Syariat Islam merangkumi segenap aspek kehidupan manusia meliputi hubungan manusia dengan Allah, sesama manusia dan juga hubungan dengan makhluk lain. Cara hidup yang dianjurkan oleh syariat Islam dapat memenuhi keperluan manusia samada dalam bentuk daruriyyat (keperluan asasi), hajiyyat (keperluan untuk keselesaan hidup) dan tahsiniyyat ( perkara yang membawa kepada kesempurnaan hidup). Jika dibandingkan dengan agama ciptaan manusia sudah pasti tiada ciri-ciri ini kerana agama ciptaan manusia tidak sempurna kerana keterbatasan akal berbanding dengan syariat Islam yang menggabungkan semua unsur yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak dengan tidak memisahkan agama daripada kehidupan politik, ekonomi dan sosial, sains dan teknologi dengan tujuan mencapai kesempurnaan hidup.Contohnya, Islam mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi. Kesemua peratauran yang ditetapkan adalah untuk mengatur perjalanan hidup manusia agar lebih tersusan dalam semua aspek. Ini dapat dilihat sejak dalam kandungan Allah telah menetapkan peraturan sehingga kelahiran, proses membesar dan seterusnya menjalani kehidupan sehinggalah ke akhir hayat, manusia sentiasa dipandu oleh syariat Islam. Kegagalan mematuhi syariat ini akan menyebabkan hidup menjadi kucar- kacir.

4.5UNIVERSAL ( SEJAGAT )Setiap hukum-hakam, perundangan serta dasar syariat membawa rahmat kepada seluruh alam, memberikan petunjuk dan sebagai manhaj hidup kepada manusia. Syariat Islam bukan hanya diturunkan kepada sesuatu bangsa manusia, kawasan, negara atau kepada golongan manusia tertentu sahaja. Malah perundangan Islam untuk semua golongan manusia tanpa melihat kepada warna kulit, bangsa, bahasa dan negara. Dalam Islam tiada sifat fanatik dan kasta. Sesungguhnya semua manusia adalah sama. Seseorang tidak mempunyai apa-apa kelebihan dari orang lain melainkan sifat takwanya. Dalam al-Quran Allah berfirman: Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

4.6IDEAL DAN REALISTIKIslam itu ideal dan realistik kerana berusaha membawa manusia kearah kesempurnaan dengan tidak mengabaikan aspek fitrah semulajadi manusia. Syariat Islam yang ideal akan membawa manusia ke darjat yang lebih tinggi mengikut perbuatan, tingkah laku, matlamat dan sebagainya berlandaskan panduan dan etika Islam. Asas yang terkandung dalam syariat Islam berteraskan kepada kesederhanaan dalam semua perkara menjadikan syariat Islam itu begitu realistik. Realistik yang dimaksudkan ialah islam tidak mengabaikan tabiat semula jadi manusia yang mempunyai kemampuan yang berbeza. Islam menyuruh umatnya melaksanakan sesuatu mengikut kemampuan masing-masing. Firman Allah Maksudnya : Allah tidak memberkati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikkan yang diusahakannya, dan menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. ( al-Baqarah 2: 286 ).

Dalam perlaksanaan ibadah pula Islam meletakkan syarat-syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi namaun jika terdapat keuzuran ruksah akan diberikan. Contohnyadalam ibadah puasa di bulan Ramadhan, orang yang sakit , musafir, orang tua yang uzur atau perempuan yang hamil boleh berbuka dan diganti pada masa yang lain. Kemudahan dan pengecualian dalam syariat adalah bukti Islam itu praktikal, menyenangkan dan tidak membebankan.

4.8AJARAN PROGRESIF DAN DINAMIKAjarannya yang sesuai sepanjang masa dan keadaan, telah dapat memenuhi hajat manusia sehingga manusia tidak merasa sempit semasa menghadapi cabaran hidup di atas dunia ini. Kemajuan dan rekaan yang diusahakan oleh manusia, tidak dipandang sebagai perkara yang luar dari ajaran Islam. Malah,Islam sangat menyukai kepada orang yang mencipta kemajuan yang selari dengan kemaslahatan manusia, bukannya membawa kerosakan di atas muka bumi ini.Semua peraturan dan prinsip Islam adalah dinamik dan progresif, iaitu sentiasa sesuai dilaksanakan pada setiap masa dan tempat. Beberapa penemuan baru selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam adalah diterima dan tidak dianggap sebagai perkara yang ditentang dalam Islam.

Berdasarkan keistimewaan yang terdapat dalam syariat Islam, wajarlah setiap muslim perlu sentiasa berfikir mengikut kerangka syariat Islam. Ini kerana syariat Islam memerlukan umatnya sentiasa berfikir untuk mencari kebenaran bukan sekadar mengikut secara membuta tuli. Justeru kegiatan berfikir perlu dipandu oleh al-Quran dan al-Hadith agar tidak mudah dipengaruhi oleh nafsu yang selalu mengajak kearah kejahatan.

5.0CONTOH DAN BUKTI MENGAPA MUSLIM PERLUKAN SYARIAT ISLAMSyariat Islam berperanan membawa kebaikkan dan kesejahteraan kepada manusia. Manusia terbahagi kepada tiga golongan iaitu; Golongan yang taat kepada Allah SWT. Golongan yang jahat Golongan yang jahil.Golongan pertama merupakan golongan muslim yang sentiasa menginsafi diri daripada perkara-perkara yang boleh menjerumuskan mereka kepada golongan orang yang jahat dan jahil. Golongan kedua pula memerlukan undang-undang yang keras untuk mencegah mereka daripada terus melakukan perbuatan yang jahat dan merosakkan. Manakala golongan ketiga pula memerlukan ilmu untuk membangun dan memandu kehidupan mereka kearah jalan yang diredhai oleh Allah.

Gerakan Islam liberal yang menyusup secara halus dalam masyarakat Islam merupakan satu contoh yang memerlukan setiap muslim perlu berfikir menurut kerangka syariat Islam. Umat Islam dinegara kita kini sedang berhadapan dengan pelbagai kegiatan yang menyimpang daripada syariat seperti pesta sukan bogel, pesta minum arak Oktoberfest dan yang terbaru dikejutkan dengan kempen I want to Touch a dog. Perkara ini memerlukan satu contoh mengapa umat Islam perlu berfikir mengikut kerangka syariat Islam. Bagi orang muslim umumnya telah mengetahui semua perkara tersebut boleh mendatangkan pelbagai keburukan samada pada individu, masyarakat dan negara.

Dengan pelbagai cabaran demi cabaran seperti ini amat memerlukan setiap muslim berfikir menurut kerangka syariat Islam agar dapat memikirkan baik buruknya sesuatu tindakan dan dapat menghalang daripada terlibat dengan aktiviti yang boleh merosakkan akidah, melanggar syariat dan boleh merosakkan kewarasan berfikir. Terlalu banyak ayat-ayat al-quran dan hadith nabi yang menyeru agar setiap muslim berfikir mengikut syariat Islam untuk mencapai keharmonian dan kesempurnaan hidup seperti : Maksudnya : Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah pertunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam. ( An-Nahl 16: 89 )

Hadith nabi banyak menjelaskan berkaitan dengan suruhan mengikuti panduan yang dinyatakan dalam al-Quran dan al-hadith. Antara hadith nabi yang menyatakan tentang maksud ini adalah seperti berikut : . ( )Dari Abu HurairahRasullulah SAW bersabda:"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesatselagi kamuberpegangteguhkepada keduanya, iaitukitabAllahdan sunnahRasulullah SAW(Riwayat Imam malik )

Dalam hadith lain Rasullulah SAW mengingatkan tentang cabaran akidah dimasa akan datang dan Islam adalah panduan yang akan menyelamatkan seluruh umat manusia ketika itu : . ()Maksudnya : Dari Al-'Irbaadh bin Sariyah, r.a., katanya:Rasulullahs.a.w. telah menasihatidanmengingatikami, pada suatu hari lepassembahyangSubuh, dengan satunasihatdanperingatanyang sangat-sangat mendalam dan berkesan, yangmenjadikan (Pendengar-pendengarnya) menitiskan airmatadan menjadikanhati (mereka) gerun gementar. Lalu berkatalah salah seoranglelaki(di antara kami): "Sesungguhnyanasihatini nasihat orang yang member selamattinggal, maka apakah pesanan yang tuan hendak pesankan kepada kami YaRasulullah?" Bagindamenjawab: "Aku berpesan kepada kamu dengan taqwa kepadaAllah, danmendengarsertataatkepada (pemerintah kamu) sekalipun ia seoranghambabangsa Habsyi, kerana sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup (selepas ku) akan melihatperselisihanyangbanyakdan (dengan yang demikian) berjaga-jagalah kamu, jauhkanlah diri dan perkara-perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama), kerana sesungguhnya perkara-perkara itu adalah sesat; oleh itu sesiapa di antara kamu yang berada dalamzamanberlakunya yang demikian, maka hendaklah ia menurut jalanku danjalankhalifah-khalifah (ku) yangmendapatpimpinan lagi beroleh hidayat pertunjuk;berpegangteguhlah kamu kepadanya dengan seteguh-teguhnya."6.0KESIMPULANAkal memainkan peranan yang besar dalam proses berfikir. Pemikiran yang sihat akan membawa seorang muslim kepada tindakan yang baik. Namun pemikiran manusia sentiasa terbatas dan amat memerlukan bimbingan dan petunjuk daripada Allah. Pemikiran yang tidak berpandukan wahyu biasanya akan mudah terpengaruh dengan emosi, nafsu dan persekitaran. Islam telah menyediakan satu landasan berfikir menurut syariat Islam. Keistimewaan yang terkandung dalam syariat Islam akan membawa umat islam kearah kesejahteraan hidup didunia dan akhirat. Pengabaian syariat islam akan menjadikan umat, masyarat dan negara menjadi kuncar kacir.

BIBLIOGRAFI:

Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni (2006). Menjadi Umat yang Berjaya. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. Mahyuddin bin Hj. Ashaari. ( ). Jurnal Pendidikan, Jilid 9 ,Bil 4: Pendidikan al-Quran Menjana Keupayaan Berfikir.

Akmal Hj.Md.Zain (2007).Asas Pengetahuan Agama Islam( Tauhid, Fekah& Akhlak). Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.

Muhammad Syukri Salleh (2003).Tujuh Prinsip Pembangunan Islam. Kuala Lumpur: Zebra Editionas Sdn.Bhd.

Harun Yahya. (2008). Keindahan Hidup dalam al-Quran. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.

Dr. Ibrahim Hashim, Dr. Ahmad Yunus Kasim, En. Samsuddin Abd Hamid. (2014). Modul HIA3033 Pemikiran Islam Semasa.Tanjong Malim: Pusat Pendidikan Luar UPSI7 | HIA 3033 PEMIKIRAN ISLAM SEMASA