tugasan pokok

7
Penebangan pokok boleh dikaitkan dengan penyahhutanan bermakna penghapusan hutan secara besar-besaran. Kawasan hutan ditebang dan dimusnahkan dengan pelbagai cara dan pelbagai tujuan. Walau apa pun kaedahnya, fenomena penyahhutanan tanpa kawalan membolehkan hutan dimusnahkan , permukaan bumi tergondol dan terdedah secara meluas meliputi skala negara, wilayah dan benua tidak kira sama ada di negara maju mahupun negara sedang membangun. Hutan sememangnya kaya dengan kepelbagaian spesies. Misalnya Hutan Hujan Amazon yang luasnya 0.5 billion hektar mempunyai berjuta spesies haiwan dan tumbuhan. Kesan yang paling penting akibat aktiviti penerokaan hutan ialah terhadap kepelbagaian biologi. Spesies fauna dan flora diancam kepupusan, pelbagai spesies dan genetik fauna serta flora musnah akibat penyahhutanan, elemen-elemen biodiversiti yang lain juga turut musnah. Contohnya habitat, apabila habitat musnah haiwan juga turut musnah atau berlakunya penghijrahan untuk mencari habitat yang baru yang terpaksa pula menghadapi persaingan. Kemusnahan ekosistem terutamanya rantaian makanan juga merupakan kesan akibat daripada penebangan pokok. Apabila tumbuhan dieksploitasi, ia gagal

description

tugasan

Transcript of tugasan pokok

Page 1: tugasan pokok

Penebangan pokok boleh dikaitkan dengan penyahhutanan bermakna

penghapusan hutan secara besar-besaran. Kawasan hutan ditebang dan

dimusnahkan dengan pelbagai cara dan pelbagai tujuan. Walau apa pun

kaedahnya, fenomena penyahhutanan tanpa kawalan membolehkan hutan

dimusnahkan , permukaan bumi tergondol dan terdedah secara meluas meliputi

skala negara, wilayah dan benua tidak kira sama ada di negara maju mahupun

negara sedang membangun.

Hutan sememangnya kaya dengan kepelbagaian spesies. Misalnya Hutan

Hujan Amazon yang luasnya 0.5 billion hektar mempunyai berjuta spesies

haiwan dan tumbuhan. Kesan yang paling penting akibat aktiviti penerokaan

hutan ialah terhadap kepelbagaian biologi. Spesies fauna dan flora diancam

kepupusan, pelbagai spesies dan genetik fauna serta flora musnah akibat

penyahhutanan, elemen-elemen biodiversiti yang lain juga turut musnah.

Contohnya habitat, apabila habitat musnah haiwan juga turut musnah atau

berlakunya penghijrahan untuk mencari habitat yang baru yang terpaksa pula

menghadapi persaingan.

Kemusnahan ekosistem terutamanya rantaian makanan juga merupakan

kesan akibat daripada penebangan pokok. Apabila tumbuhan dieksploitasi, ia

gagal menjalankan fungsinya sebagai pengeluar makanan kepada masyarakat

pengguna hutan. Justeru pengguna primer (herbivor), sekunder (karnivor) dan

tertier (Omnivor) turut kehilangan sumber-sumber makanannya.

Selain daripada kemusnahan kepelbagaian biologi, penerokaan hutan juga

dikenal pasti boleh mengubah cuaca dunia. Hal ini dipersetujui bersama oleh

142 buah negara yang menghadiri Sidang Puncak Bumi di Rio De Janerio,

Brazil pada tahun 1992. Dalam konvensyen Perubahan Cuaca Dunia, kata

sepakat telah dicapai berhubung dengan peranan hutan dalam mengimbangi

lebihan karbon dioksida di atmosfera. Hutan sememangnya berupaya menyerap

Page 2: tugasan pokok

dan menyimpan karbon dioksida serta dalam masa yang sama membebaskan

oksigen. Oleh itu fungsi menyimpan karbon dan membebaskan oksigen ini

sekali gus dapat mengurangkan kesan rumah hijau. Apabila hutan dihapuskan

perlepasan karbon dioksida akan terus berlaku yang boleh menyumbangkan

kepada pemanasan global. Pelbagai jenis flora dan fauna diancam kepupusan

dan kemusnahan akibat penebangan hutan berleluasa. Masalah ini akan

menyebabkan tumbuh-tumbuhan dimusnahkan secara besar-besaran dan

mengakibatkan kepupusan. Hal ini akan mengakibatkan ketidakseimbangan

ekologi yang akan membawa kesan negatif terhadap unsur-unsur seperti cuaca ,

hakisan , banjir dan sebagainya.

Penebangan pokok untuk tujuan pertanian akan mendedahkan permukaan

bumi secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa

dalaman, hakisan dan tanah runtuh. Permukaan bumi kehilangan pelindung,

daya pengikat dan cengkaman akar terhadap butiran tanah yang menyebabkan

cerun-cerun menjadi tidak stabil. Dalam konteks geomorfologi pelbagai proses

akan berlaku apabila permukaan tanah dibajak, digembur, diteres dan diratakan

untuk kegiatan pertanian khususnya di lereng-lereng bukit yang bercerun curam.

Di Tanah Tinggi Cameron, fenomena hakisan dan tanah runtuh merupakan

kesan yang paling besar kelihatan terutamanya di sekitar Ringlet, Tanah Rata

dan Brinchang. Permukaan cerun yang terdedah akan mengalami luluhawa

kimia atau luluhawa dalaman yang menyebabkan struktur batuan diuraikan

menerusi proses larutan, pengkarbonan, hidrasi, pengoksidaan dan hidrolisis

yang menghasilkan regolit yang longgar dan tidak stabil. Tindakan air larian

permukaan yang akan menghakis dan mengangkut regolit atau tanih dari atas ke

bawah cerun. Kesannya permukaan lereng-lereng bukit akan mengalami

hakisan yang ketara seperti wujudnya gegalur dan tanah tergondol. Dalam

jangka masa panjang cerun-cerun yang terhakis itu menjadi tidak stabil dan

pelbagai jenis gerakan jisim seperti kesotan tanah, gelangsaran tanah, dan tanah

Page 3: tugasan pokok

runtuh berlaku. Larian air permukaan akan membawa regolit dari atas cerun ke

bawah cerun dan seterusnya masuk ke sistem sungai yang ada di kawasan

pertanian berkenaan. Justeru, kadar pencemaran sungai meningkat, sistem

sungai menjadi keruh, berkelodak dan berlumpur, serta mengalami kadar

enapan yang tinggi sehingga dasarnya menjadi lebih cetek.

Penebangan pokok akan menyebabkan kehilangan kawasan tadahan

hujan yang menjadi stok atau simpanan air utama kepada sistem saliran seperti

sungai, tasik, kolam dan lain-lain menerusi edaran air bawah tanah. Proses

susupan tidak berlaku, storan air tanah (akuifer) akan berkurangan, sumber air

kepada sungai dan tasik juga akan berkurangan sekali gus boleh mengganggu

sistem bekalan air. Gangguan kepada proses semula jadi air, misalnya melalui

penerokaan kawasan hutan yang menjadi takungan air dan pembebasan bahan

pencemaran yang tidak terkawal ke udara. Keadaan ini boleh menyebabkan

kitaran hidrologi terganggu dan kualiti air yang dicurahkan juga merosot.

Menurut Sharifah Mastura (2006), kesan rumah hijau berlaku apabila muatan

karbon dioksida di atmosfera terus bertambah yang membawa kepada

pemanasan global. Akibat negatif daripada pemanasan global adalah bencana

alam seperti pertambahan episod kemarau dan penggurunan, kegagalan tanaman

dan banir pantai.

Pertandingan dalam ekosistem seperti haiwan pemangsa dan mangsa, jika

diganggu hubungannya maka tergugatlah ciri-ciri imbangan serta keseimbangan

pada ekosistem tersebut dan biasanya punca kepada gangguan tersebut adalah

tindakan dan perbuatan daripada manusia yang tidak menghormati akan

keseimbangan yang dicipta oleh Allah S.W.T. Begitu juga dalam kitaran

oksigen tumbuh-tumbuhan hijau menghasilkan gas oksigen untuk kehidupan

manusia. Manusia pula mengganggu flora dan tumbuhan hijau ini bagi tujuan

Page 4: tugasan pokok

pembangunan menyebabkan manusia telah mengganggu keseimbangannya dan

mewujudkan alam sekitar yang tercemar dan tidak stabil.

Penebangan pokok juga akan menyebabkan terjejasnya bekalan makanan

dan sumber air manusia. Hutan berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Hujan

yang kerap membolehkan kegiatan pertanian dijalankan untuk tujuan bekalan

makanan. Apabila kadar hujan semakin kurang, kegiatan pertanian akan terjejas

kerana tanah menjadi kontang.

Pemusnahan hutan secara besar-besaran menyebabkan proses transpirasi

(perpeluhan) tumbuhan berkurangan dan ini mempengaruhi kelembapan udara

sekitar. Udara menjadi kering yang akan mengganggu pula proses pemeluwapan

dan hujan. Selain itu ia akan mengurangkan proses pintasan tumbuhan, susupan

dan air bawah tanah semakin berkurangan. Kitaran hidrologi kekurangan air

akibat aktiviti pemusnahan tumbuhan semula jadi ini.

Selain itu, sumber air negara akhir-akhir ini kian mengalami pencemaran.

Pencemaran air adalah disebabkan kesan daripada pembalakan untuk tujuan

pembangunan tanah. Hal ini akan menyebabkan hakisan tanah dan kelodak

dalam air sungai bertambah serta mengurangkan kualiti air sungai. Penerokaan

kawasan hutan untuk tujuan pertanian dan jalan perhubungan di tanah tinggi

seperti di Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Tinggi akan mengakibatkan hakisan

tanah yang teruk. Sebagai contoh, pembinaan jalan perhubungan berdekatan

Sungai Ringlet, sungai Terla, Sungai Khazanah, Sungai Bertam, Sungai Burung

dan Sungai Ruil telah mencemarkan sistem saliran dengan dipenuhi kelodak dan

lumpur. Situasi ini membimbangkan kerana sungai-sungai ini merupakan punca

bekalan air kepada penduduk di Cameron Highlands.

Page 5: tugasan pokok

Sekiranya kita berharap kepelbagaian biologi dapat diwariskan kepada

generasi akan datang kesedaran harus diserapkan tentang betapa berharganya

alam sekitar secara am dan hutan khususnya kepada generasi masa depan.

Rujukan

Abdullah Mohamad Said (1999), Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar,

UITM, Shah Alam

Abibullah Haji Samsudin (1994), Isu-isu Semasa Dalam Geografi, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Sharifah Mastura Syed Abdullah (2006), Penyahhutanan Hutan Tropika dan

Cabaran Persekitaran, UKM, Bangi