TUGASAN ( TAFSIR )

5
1.0 PENDAHULUAN Tafsir merupakan salah satu bidang ilmu yang sangat penting didalam Islam. Melalui bidang ilmu tafsir, isi kandungan al- Quran dapat dihuraikan dengan lebih jelas. Usaha pentafsiran al-Quran di lihat berlaku secara pesat selepas kewafatan Rasulullah. Ianya dimulakan oleh para sahabat yang telah mengajarkan segala tafsiran yang telah mereka pelajari daripada Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda. Bahkan ada sebahagian daripada mereka yang giat mentafsirkan al-Quran seperti Ibn Abbas, Ibn Mas’ud dan sebagainya. Tradisi ini berterusan sehingga zaman-zaman seterusnya di mana hampir setiap ulama di sepanjang sejarah Islam telah menghasilkan kitab tafsir tersendiri. Di antara yang kita boleh senaraikan sebagai kitab tafsir yang terkenal ialah Tafsir al-Tabari ( wafat 310H) , Tafsir al-Baghawi ( wafat 510H ), Tafsir Ibn Kathir ( wafat 774 H) dan sebagainya. Senario ini jelas menunjukkan kepentingan untuk mewujudkan kitab-kitab Tafsir al-Quran semasa yang dapat menyesuaikan ajaran Islam dengan perkembangan zaman. 2.0 PENGERTIAN TAFSIR Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad oleh Allah. Sesuai dengan kedudukannya sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW maka ianya penuh dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan serta panduan yang dapat membimbing manusia ke jalan yang selamat. Namun tidak semua orang mampu memahami akan isi kandungan Al-Quran kerana ianya diturunkan dalam bahasa Arab yang tinggi dan penuh sastera sebagai mukjizat dan cabaran kepada kaum

Transcript of TUGASAN ( TAFSIR )

Page 1: TUGASAN ( TAFSIR )

1.0 PENDAHULUAN

Tafsir merupakan salah satu bidang ilmu yang sangat penting didalam Islam. Melalui bidang

ilmu tafsir, isi kandungan al-Quran dapat dihuraikan dengan lebih jelas. Usaha pentafsiran al-

Quran di lihat berlaku secara pesat selepas kewafatan Rasulullah. Ianya dimulakan oleh para

sahabat yang telah mengajarkan segala tafsiran yang telah mereka pelajari daripada

Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda. Bahkan ada sebahagian daripada mereka yang giat

mentafsirkan al-Quran seperti Ibn Abbas, Ibn Mas’ud dan sebagainya. Tradisi ini berterusan

sehingga zaman-zaman seterusnya di mana hampir setiap ulama di sepanjang sejarah Islam

telah menghasilkan kitab tafsir tersendiri. Di antara yang kita boleh senaraikan sebagai kitab

tafsir yang terkenal ialah Tafsir al-Tabari ( wafat 310H) , Tafsir al-Baghawi ( wafat 510H ),

Tafsir Ibn Kathir ( wafat 774 H) dan sebagainya. Senario ini jelas menunjukkan kepentingan

untuk mewujudkan kitab-kitab Tafsir al-Quran semasa yang dapat menyesuaikan ajaran Islam

dengan perkembangan zaman.

2.0 PENGERTIAN TAFSIR

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad oleh Allah.

Sesuai dengan kedudukannya sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW maka ianya penuh

dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan serta panduan yang dapat membimbing manusia ke jalan

yang selamat. Namun tidak semua orang mampu memahami akan isi kandungan Al-Quran kerana

ianya diturunkan dalam bahasa Arab yang tinggi dan penuh sastera sebagai mukjizat dan cabaran

kepada kaum musyrikin Makkah. Maka proses memahaminya memerlukan kepada penafsiran oleh

ahli ilmu dan para ulama’ tafsir.

2.1 MAKSUD TAFSIR DARI SEGI BAHASA

Perkataan tafsir berasal daripada perkataan al-Fasr ( ( الفسر yang membawa makna

penjelasan dan keterangan. Dari segi bahasa berasal daripada perkataan fassara ( ,( ف�سر

yufassiru ( ) tafsiran ,( يف�سر Tafsir menurut Dr. Manna’ Khalil Qathan dalam .(تفسيرا

Mabahis Fi Ulum Quran dari segi bahasa bermaksud “penerangan dan menyingkap sesuatu,

menjelaskan sesuatu atau menyingkap sesuatu rahsia.”

Maksud ini selaras dengan firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 33 yang berbunyi :

� فس�يرا ت حسن حق�وأ �ل ب اك ن �ج�ئ �ال إ �ل �مث كب #ون ت

أ ي وال

Page 2: TUGASAN ( TAFSIR )

Maksudnya : Dan tidaklah kami mendatangkan kepada kamu al-Quran itu kecuali dengan

perumpamaan serta perincian yang elok.

2.2 MAKSUD TAFSIR DARI SEGI ISTILAH

Ibn Abbas mengatakan تفسيرا ialah bermaksud “Penjelasan”. Manakala tafsir dari وأحسن

sudut istilah ulama’ dan para ahli ilmu mengatakan ianya ialah Ilmu yang mengkaji mengenai

maksud dan lafaz ayat dalam Quran, hukum dan hakam serta pengajaran dan manfaat dari

Quran.

Manakala menurut Zarqasyi (التفسير ) Tafsir bermaksud ilmu untuk memahami kitab Allah

yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW serta menjelaskan maknanya dan

mengeluarkan hukum-hakam dan pengajaran.

2.3 SEJARAH PENTAFSIRAN

Sejarah perkembangan tafsir terbahagi kepada tiga fasa iaitu:

Zaman Nabi dan sahabat

Zaman Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in

Zaman Tadwin

Pada zaman nabi,  Nabi Muhammad merupakan ahli tafsir dan pentafsir yang paling

pakar. Ini sesuai dengan tujuan Nabi Muhammad diutuskan adalah untuk menyempurnakan

segala syariat yang telah dimulakan para nabi terdahulu.  Perutusan baginda melalui al-

Quran mewajibkan baginda menghafaz setiap kalimah yang diturunkan dan kemudian

menerangkankan kepada umatnya.  Al-Quran telah diturunkan dalam bahasa Arab sehingga

majoriti daripada orang Arab memahami maksud dari ayat-ayat al-Quran. Malah, banyak di

antara mereka yang masuk Islam setelah mendengar bacaan al-Quran dan mengetahui

kebenarannya.  Akan tetapi tidak semua sahabat mengetahui makna yang terkandung dalam

al-Quran, antara satu dengan yang lainnya sangat berbeza dalam memahami isi dan

kandungan al-Quran.  Sebagai orang yang paling mengetahui makna al-Quran, Rasulullah

selalu memberikan penjelasan kepada sahabatnya, sebagaimana firman Allah, "keterangan-

keterangan (mu’jizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran, agar kamu

menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka supaya mereka

memikirkan." (QS. 16:44).

Page 3: TUGASAN ( TAFSIR )

            Mmengenai tafsir pada Zaman Sahabat pula, memang tidak dapat dinafikan bahawa

bangsa arab ketika itu memang mahir dan mempunyai mutu penguasaan bahasa yang tinggi

hasil daripada perkembangan syair yang hebat. Penafsiran sahabat yang didapatkan dari

Rasulullah kedudukannya sama dengan Hadist Marfu'. Atau paling kurang adalah Mauquf.

Maka para sahabat telah menetapkan tiga kaedah atau metodologi dalam menafsirkan al-

Quran.

Menafsirkan al-Quran dengan al-Quran itu sendiri

Mentasirkan al-Quran dengan hadis nabi

Mentafsir al-Quran dengan fahaman dan ijtihad mereka sendiri

Tafsir Pada Zaman Tabi'in, kaedah penafsiran yang digunakan oleh para tabi’in tidak jauh

berbeza dengan masa sahabat, kerana para tabi'in mengambil tafsir dari sahabat-sahabat nabi

juga. Kegemilangan Islam semakin meluas bukan sahaja di Tanah Arab tetapi telah meliputi

seluruh pelosok dunia menyebabkan al- Quran semakin sukar difahami terutama oleh bangsa

yang bukan berbangsa Arab. Maka, penjelasan terhadap al-Quran amat perlu dan tafsiran oleh

tabien terpaksa dilakukan disamping ulamak mula bertaburan di wilayah islam dan

mempunya ramai murid yang belajar dengan mereka.  

Zaman tadwin

2.4 ULAMA’ TAFSIR

2.5 KITAB-KITAB TAFSIR

2.6 JENIS-JENIS TAFSIR