tugasan1 MTE3143

7
TUGASAN KERJA KURSUS MTE3143 APLIKASI MATEMATIK PRAKTIKAL 1 1.0 PENGENALAN Menurut William F. Friedman, penciptaan tulisan merupakan permulaan sebenar tamadun. Tidak lama selepas tulisan benar-benar diwujudkan, pelbagai manusia menjumpai keperluan tulisan yang hanya boleh dibaca oleh penerima yang dimaksudkan, tetapi tidak orang lain. Pada zaman Rumawi Kuno, telah ada alat untuk mengirim pesanan rahsia dengan nama Scytale yang digunakan oleh tentara Sparta. Scytale merupakan alat yang memiliki pita panjang dari daun papirus dan sebatang silinder. Pesanan ditulis di atas pita yang dililitkan pada sebatang silinder, setelah itu pita dilepas dari batang silinder lalu dikirim. Untuk membaca pesan, pita tersebut dililitkan kembali pada sebatang silinder yang diameternya sama sehingga yang menjadi kunci pada Scytale adalah diameter silinder. Perkembangan teknologi yang begitu pesat memungkinkan manusia dapat berkomunikasi dan saling bertukar informasi atau data secara jarak jauh.Perhubungan antara kota , wilayah, negara dan bahkan antara benua bukan merupakan suatu halangan lagi dalam melakukan komunikasi dan pertukaran data. Seiring dengan itu keperluan akan keselamatan (keamanan) terhadap kerahsiaan

description

mte

Transcript of tugasan1 MTE3143

TUGASAN KERJA KURSUSMTE3143 APLIKASI MATEMATIKPRAKTIKAL 1

1.0PENGENALANMenurut William F. Friedman, penciptaan tulisan merupakan permulaan sebenar tamadun. Tidak lama selepas tulisan benar-benar diwujudkan, pelbagai manusia menjumpai keperluan tulisan yang hanya boleh dibaca oleh penerima yang dimaksudkan, tetapi tidak orang lain.Pada zaman Rumawi Kuno, telah ada alat untuk mengirim pesanan rahsia dengan nama Scytale yang digunakan oleh tentara Sparta. Scytale merupakan alat yang memiliki pita panjang dari daun papirus dan sebatang silinder. Pesanan ditulis di atas pita yang dililitkan pada sebatang silinder, setelah itu pita dilepas dari batang silinder lalu dikirim. Untuk membaca pesan, pita tersebut dililitkan kembali pada sebatang silinder yang diameternya sama sehingga yang menjadi kunci pada Scytale adalah diameter silinder.Perkembangan teknologi yang begitu pesat memungkinkan manusia dapat berkomunikasi dan saling bertukar informasi atau data secara jarak jauh.Perhubungan antara kota , wilayah, negara dan bahkan antara benua bukan merupakan suatu halangan lagi dalam melakukan komunikasi dan pertukaran data. Seiring dengan itu keperluan akan keselamatan (keamanan) terhadap kerahsiaan informasi yang saling ditukar tersebut semakin meningkat. Begitu banyak pengguna seperti jabatan pertahanan, perusahaan atau individu-individu yang mahu informasi yang disampaikannya tidak diketahui oleh orang lain atau pesaingnya atau negara lain. Oleh kerana itu dikembangkan cabang ilmu tentang cara-cara pengamanan data atau dikenali sebagai Kriptografi.Dalam kriptografi terdapat dua konsep utama yakni enkripsi dan dekripsi. Enkripsi adalah proses dimana informasi atau data yang hendak dikirim diubah menjadi bentuk yang hampir tidak dikenali sebagai informasi awalnya dengan menggunakan algoritma tertentu. Dekripsi adalah kebalikan dari enkripsi iaitu mengubah kembali bentuk tersamar tersebut menjadi informasi awal.

2.0KOD KLASIK DAN CIPHERS

Keperluan untuk menyembunyikan makna sesuatu mesej telah wujud beribu-ribu tahun yang lampau. Keadaan ini menyebabkan manusia telah berjaya memikirkan cara yang lebih kompleks apabila orang lain berjaya merungkaikan kod penyembunyian mesej mereka. Berbeza dengan percakapan, kod dan cipher adalah tidak sinonim. Kod adalah apabila setiap perkataan dalam mesej digantikan dengan kod perkataan atau simbol manakala cipher ialah setiap huruf dalam mesej digantikan dengan huruf cipher atau simbol.Apabila manusia bercakap tentang kod, mereka sebenarnya merujuk kepada cipher. Skrip dan bahasa kuno telah dikenal pasti menggunakan teknik penyahkodan dan teknik mentafsir (encoding dan deciphering technique), seperti yang terdapat pada Roseeta Stone, Mesir Purba. Malah kod dan tulisan rahsia boleh menentukan hasil politik dan peperangan sepanjang sejarah. Terdapat ribuan teks yang tersembunyi, namun kita hanya akan melihat beberapa kod dan cipher yang terkenal.Kod adalah satu set simbol yang mewakili sesuatu. Kod boleh wujud dalam berbagai bentuk. Kod juga digunakan oleh menyimpan rahsia daripada mesej yang akan dihantar. Kod ialah satu peraturan atau petua untuk menukar sebarang maklumat ke dalam bentuk atau perwakilan yang berlainan. Pengkodan pula ialah proses di mana maklumat daripada sumber ditukar kepada simbol untuk dikomunikasi. Pengdekodan ialah Proses songsang pengkodan di mana simbol kod ditukar balik kepada bentuk atau maklumat yang mudah difahami oleh si penerima.Cipher ialah algoritma atau prosedur yang ditetapkan untuk menjalankan proses enkripsi ( mesej dienkod agar maklumat tidak dapat difahami oleh pihak lain kecuali pihak yang dibenarkan) atau dekripsi (proses mengdekod mesej yang diterima kepada mesej yang asal dan mudah difahami)

Kod menggunakan simbol-simbol atau kumpulan huruf untuk mewakili perkataan atau frasa. Kod, seperti yang digunakan dalam mesej menghantar, mungkin koleksi huruf yang mudah seperti SOS bukan rahsia, yang bermaksud, "Saya menghadapi masalah dan saya meminta bantuan." Untuk mesej yang lebih kompleks, kedua-dua penghantar dan penerima memerlukan Buku Kod. Buku Kod adalah senarai kombinasi huruf dan apa yang mereka maksudkan. Penerima akan menyemak kumpulan huruf dan kemudian menterjemahkannya dalam bentuk frasa untuk mendapatkan maksud mesej.Contoh Buku Kod Frasa Lengkap Bentley adalah seperti berikut :DIZUH (contracts for)DAELF (computing)FEAVO (equipment)RUGUB (has/have been signed)KUKIB (New York)CUGYA (commence)OKGAP (production)ICSCO (immediately).

Kod : DIZUHDAELF FEAVORIGUBKUKIBCUGYA OKGAPICSCO

Mesej : "Contracts for computingEquipment have been signed [in]New York Commence productionimmediately. Bagi seseorang tanpa Kod Buku tersebut, mesej itu akan dibaca tanpa menyedari mesej itu sebenarnya dihantar bagi tujuan ekonomi, bukan keselamatan.Bagi Ciphers, di mana satu huruf diganti dengan yang lain, sama ada secara mudah atau skim kompleks. Ciphers telah digunakan sejak sekurang-kurangnya pada masa Rom Purba. Walau bagaimanapun, terdapat tanda-tanda dalam tulisan kuno bahawa mereka telah menggunakannya lebih awal daripada itu. Secara asasnya, sesuatu teks biasa (plain text) itu ditukarkan kepada teks cipher (cipher text) bagi membolehkan sesuatu mesej dihantar tanpa diketahui orang yang tidak berkenaan.

Contoh: Cipher CeasarProses menggantikan setiap huruf dalam abjad dengan abjad pada kedudukan ketiga, adalah seperti berikut :a = D b = E c = F d = G e = H*Kod (code) diwakili oleh FRGH.

Teks biasa disebut sebagai code. Manakala Teks cipher adalah FRGH. Dalam perkembangan kod klasik dan cipher teknik-teknik yang digunakan adalah Transposisi dan Gantian.

3.0PERANAN KOD KLASIK DAN CIPHERS DALAM TEKNOLOGI MODEN