TUGASAN_JEREBU.docx

33
HBHE 3103 HEALTHY LIFE STYLE HBHE 3103 HEALTHY LIFE STYLE JANUARY 2015 Nama : TEE LEE HONG No. matrik : 850822016820001 No. Kad Pengenalan : 850822016820 No. Telefon : 0162497978 Alamat E-Mail : [email protected] Learning Centre: OUM MELAKA LEARNING CENTRE

Transcript of TUGASAN_JEREBU.docx

HBHE 3103HEALTHY LIFE STYLE

HBHE 3103HEALTHY LIFE STYLEJANUARY 2015

Nama : TEE LEE HONG

No. matrik : 850822016820001

No. Kad Pengenalan : 850822016820

No. Telefon : 0162497978

Alamat E-Mail : [email protected]

Learning Centre: OUM MELAKA LEARNING CENTRE

Setinggi tinggi penghargaan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpahNya dapat saya menyiapkan tugasan Kesihatan Diri dan Keluarga bagi Semester 6 ini. Selaku manusia biasa, saya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan di samping terpaksa menghadapi cabaran dan dugaan. Segalanya saya ambil dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Setinggi tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Tutor HBHE 2203, ENCIK ROSHAIMI BIN MOHD YUSOFF di atas segala kepakaran, sumbangan ilmu dan tenaga dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya dapat menyempurnakan tugasan kali ini. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya.Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor OUM khasnya serta rakan rakan kuliah di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah banyak menyumbangkan idea dan ilmu yang bernas sepanjang semester ini.Penghargaan ini juga ditujukan buat suami dan anak anak yang tercinta kerana begitu memahami serta sentiasa memberi semangat dalam usaha membawa segulung ijazah.Sesungguhnya segala usaha murni ini pasti mendapat balasan yang setimpalnya. INSYAALLAH.

ISI KANDUNGANPERKARA MUKA SURAT1.0 Pengenalan 41.1 Definisi Jerebu 41.2 Indeks Pencemaran Udara (IPU) 52.0 Punca-punca Terjadinya Jerebu 62.1 Pembakaran 62.2 Pembakaran Bahan Api 62.3 Proses Urbanisasi 72.4 Pertambahan Perindustrian 73.0 Dapatan Data Indeks Pencemaran Udara 84.0 Cadangan-cadangan Mengatasi Masalah Jerebu 94.1 Melalui Pendidikan10 4.2 Kempen Hijau104.3 Pembenihan Awan114.4 Larangan Pembakaran Terbuka114.5 Kawalan Perundangan Dan Polisi Kerajaan115.0 Kesan Jerebu 125.1 Kesan Jerebu Kepada Manusia125.2 Kesan Jerebu Kepada Sektor Ekonomi146.0 Kesimpulan15Rujukan 17Lampiran 1 : Keratan Akhbar Kosmo 24 Jun 201318Lampiran 2 : Muka Depan Berita Harian 21 Jun 201319Lampiran 3 : Berita Harian 21 Jun 201319Lampiran 4 : Utusan Online 20 Jun 201321Lampiran 5 : Harian Metro231.0 PENGENALANUdara adalah anugerah Tuhan yang sangat penting. Tanpa udara, manusia dan hidupan lain tidak boleh menjalankan proses pernafasan. Udara membekalkan oksigen yang sangat diperlukan dalam sistem pernafasan hidupan. Udara juga melambangkan sesuatu yang bermakna, kebersihan udara melambangkan kesucian, kedinginannya melambangkan kedamaian dan tiupannya melambangkan kesegaran. Namun begitu, udara tidak selamanya melambangkan kesucian atau kedamaian. Kenyataannya udara juga boleh melambangkan kerakusan manusia terhadap alam sekitar.Baru-baru ini, udara di persekitaran bandar-bandar utama di Malaysia berjerebu. Sebelum ini, tidak siapa peduli tentang jerebu, walaupun ianya telah meliputi sebahagian besar angkasa negara ini sejak awal tahun lalu. Daripada golongan tua, dewasa, remaja hinggalah kepada anak-anak kecil semua memperkatakan tentang jerebu.

1.1 Definisi Jerebu

Jerebu adalah satu fenomena yang disebabkan kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar terapung di atmosfera. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi atau kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya akan menyerap dan menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Situasi ini kemudiannya akan menurunkan kadar penglihatan serta menyumbang kepada permasalahan pernafasan. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat ,jerebubermaksud kabut yang disertai debu yang terapung-apung di atmosfera sehingga mengakibatkan pemandangan alam sekitar kelihatan kabur.Jerebu tebal dikenali sebagai asbut. Jerebu merupakan satu fenomena yang amat merunsingkan pada satu waktu dahulu. Jerebu bukan sahaja membawa kesan negatif kepada individu tetapi juga kepada sesebuah negara. Jerebu lazimnya berlaku di sekitar kawasan bandar. Pandangan seperti dilihat dari jauh (seperti dari kapal terbang), jerebu selalunya kelihatan sedikit keperangan-perangan. Namun apabila dari dekat, jerebu seakan-akan berwarna putih seperti asap. Jerebu adalah satu masalah yang sudah biasa di Asia Tenggara disebabkan pembakaran hutan yang tidak terkawal.1.2 Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau Air Pollutant Index (API) adalah petunjuk kepada kualiti udara. IPU dikira berdasarkan paras purata parameter-parameter kumin-kumin pepejal bersaiz kurang daripada10 mikron dan beberapa jenis gas iaitu Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida, Ozon dan Karbon Monoksida. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui status kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan. Berikut adalah jadual bacaan Indeks Pencemaran Udara:-

Nilai IPUStatus

0-50Baik

51-100Sederhana

101-200Tidak Sihat

201-300Sangat Tidak Sihat

>300Berbahaya(Jikalau IPU mencapai 400 ke atas, darurat akan isytiharkan)

Rajah 1 : Jadual Indeks Pencemaran UdaraSecara amnya, sistem mengukur indeks pencemaran udara (IPU) dinyatakan dalam bentuk suatu julat nilai yang mudah difahami bagi mengambarkan kualiti udara atau tahap pencemaran yang berlaku. Sistem indeks tidak menggunakan nilai kepekatan sebenar setiap bahan pencemar yang dikesan kerana maklumat berkenaan akan menyukarkan masyarakat untuk membuat penilaian dan memahaminya.

Jabatan Alam Sekitar juga telah merancang satu Indeks Pencemar Udara yang juga dikenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang dibangunkan bagi memaklumkan kepada orang awam tentang tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan mereka dengan cara yang termudah. IPU juga merupakan suatu sistem pengukuran kepekatan pencemar yang diukur pada skala antara 0-500.

Gambar 1 : Kategori IPU dan Warna

2.0 PUNCA-PUNCA TERJADINYA JEREBU

2.1 PembakaranKejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun 2013 baru-baru ini adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran, Sumatera. Negeri Johor, terutamanya daerah Muar (telah disytiharkan darurat kerana mencatat bacaan IPU 400 ke atas) telah terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Sumatera nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan membakar sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Sumatera agak berdekatan dengan Semenanjung Malaysia maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap daripada pembakaran ini telah meliputi negeri pantai barat semenanjung dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Malaysia terpaksa menghantar bantuan kepada Sumatera dan Indonesia untuk memadam kebakaran ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menghantar anggotanya untuk memadam kebakaran tersebut. Situasi ini bukan sahaja mendatangkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunei dan Filipina juga tercemar. Akibatnya pembakaran ini telah mewujudkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang.

2.2 Pembakaran Bahan Api

Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon. Oleh sebab itu, pembakaran yang tidak lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Misalnya, arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila sulfur terbakar , ia akan berpadu dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan:

S + 2O2-----------SO4

Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan membentuk asid sulfurus. Selain daripada itu, karbon dioksida juga akan berpadu dengan ion hidrogen dan membentuk asid karbonat.

Gambar 2 : Asap dari kenderaan

2.3 Proses Urbanisasi

Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi yang telah menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian yang menyediakan peluang-peluang pekerjaan. Situasi ini wujud akibat daripada proses pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau proses migrasi. Jadi peningkatan bilangan industri yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan impak positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini (Tuan Pah Rokiah Syed Husin, 2003: 102).

2.4 Pertambahan Perindustrian

Pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang akan dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api seperti petroleum. Dan jika sekiranya bahan pencemaran ini tidak dikawal, kehidupan manusia dan haiwan akan mengalami masalah kerana manusia berada di sekeliling kehidupan alam sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang-kilang perindustrian, gas-gas beracun, asap, debu dan sebagainya lagi. Oleh sebab itu, hasil daripada situasi ini akan membahayakan kesihatan manusia kerana bahan pencemar tersebut boleh menyebabkan sesak nafas di kalangan pesakit-pesakit asma, gatal-gatal hidung, mata menjadi pedih dan lain-lain lagi. (Mohmadisa Hasyim dan Mohamad Suhaily Che Ngah, 1997: 147-148).

Gambar 3 : Pelepasan asap kilang

3.0 DAPATAN DATA INDEKS PENCEMARAN UDARA Lokasi7 AM11 AM5 PMStatus

Kota Tinggi13712491sederhana

Larkin Lama11710089sederhana

Muar746690507bahaya

Pasir Gudang12711096sederhana

Jadual 2 : Dapatan Indeks Pencemaran Udara di Johor

Catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen di kawasan Johor, yang direkodkan bermula jam 7 pagi, 11 pagi dan 5 petang pada 23 Jun 2013 hari Ahad berdasarkansumber rujukan di Portal rasmi Jabatan Alam sekitar. Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, meningkat kepada tahap bahaya dengan bacaan IPU 746 pada waktu pagi, kemerosotan kualiti udara yang paling terjejas berbanding hari sebelumnya sejak 4 hari lalu. Keadaan ini, turut menyebabkanhad jarak penglihatan terjejas. Menurut sumber di kawasan sekitar, jerebu turut menyelubungi ruang dalam rumah selain bau asap dan debu yang kuat. Manakala di tiga stesen lagi kekal kepada IPU kategori tidak sihat pada pagi dan menjelang petang IPU bertambah baik.

Gambar 4 : Jerebu di Muar

Orang ramai terutamanya di kawasan Muar harus mengambil langkah sepatutnya kerana difahamkansituasi itu boleh menyebabkan masalah pernafasan, selain boleh mendatangkan pelbagai penyakit dengan tanda awal antaranya batuk, sakit mata atau kerongkong dan demam.

Manakala di tiga stesen lagi kekal kepada IPU kategori tidak sihat pada pagi dan menjelang petang IPU bertambah baik. Berikut adalah catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen di kawasan Johor, yang direkodkan bermula jam 7 pagi, 11 pagi dan 5 petang berdasarkansumber rujukan di Portal rasmi Jabatan Alam sekitar.

Arahan bercuti diberikan kepada sekolah-sekolah di Kluang dan Batu Pahat.Sementara sekolah-sekolah di daerah di Segamat, Muar dan Ledang yang diisytiharkan kawasan darurat berikutan IPU mencecah 400 iaitu diparas berbahaya juga ditutup. Bagaimanapun, semua sekolah rendah dan menengah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang, yang ditutup sejak Khamis lalu akibat jerebu, mula dibuka semula pada (Isnin)selepas IPUmencatatkan bacaan yang bertambah baik

4.0 CADANGAN-CADANGAN MENGATASI MASALAH JEREBUPelbagai kaedah boleh perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah jerebu.Cadangan-cadangan tersebut ialah;

4.1 Melalui pendidikanPengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam sekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanaksekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitarserta tanggungjawabbagimemperbaiki danmenjaganya. Aktiviti inidianggappenting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar (Department ofInvironment, 1989).

Melalui pendidikan, dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi. Bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai kuasa pertimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana boleh dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar,Sekitar danpenubuhanUnit Maklumat danPendidikan Bahagian AlamSekitar,sebaran radio, televisyen, kursus dan seminar (Sham Sani, Abdul Samad Hadi,1990: 402).

4.2 Kempen HijauKerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok dirumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Pokok-pokok hijau membantu menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai nilai yang amat besarkepada alam sekitar kita keranaia mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting seperti dapat mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal komposisi atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun keranaproses urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam sekitaryang serius pada masa kini. Justeru itu pihakkerajaan sepatutnya mengambil inisiatifdengan melakukan penggezetan dan meluaskan hutan yang sedia ada (Sham Sani, Abdu Samad Hadi,1990). Contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah Taman Negara, Hutan Belum,Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron Higlands.

4.3 Pembenihan AwanAkibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara. Keadaan ini telah memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerjapembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering,suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidakdapat gugur ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk merendahkansuhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi danbertukar menjadi titisan air akibat tindak balas daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi.

4.4 Larangan Pembakaran Terbuka

Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula,kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti kepada semua warganegara Malaysia. Kerajaan telah melarang pembakaran terbuka kerana asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca daripada aktiviti pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri dan ia telah merebak ke Malaysia dibawa oleh angin lazimnya monsun barat daya. Peraturan Kualiti Alam Sekitar iaitu peraturan Udara Bersih,1978 mengatakan bahawa jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter atau 1 kilometer persegi (Chan Ngai Weng, 2002: 43).4.5 Kawalan Perundangan Dan Polisi KerajaanKawalan secara penguatkusaan undang-undang seperti denda dan saman yang dikeluarkan merupakan tindakan terakhir dalam menangani masalah jerebu. Tindakan kerajaan dalam mengawal pencemaran udara yang menyumbangkan kepada masalah jerebu adalah berdasarkan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Pengawalan berdasarkan akta terutamanya Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 ini hanya bersesuaian dijalankan di peringkat kebangsaan.

Di dalam akta udara bersih 1978 tersebut menyentuh soal-soal berkaitan dengan kemudahan-kemudahan perindustrian di sebelah kawasan kediaman, pembakaran buangan, asap hitam dan bendasing udara. Bagi masalah pencemaran yang berpunca dari negara-negara jiran tindakan kerajaan adalah berdasarkan kepada perjanjian undang-undang melalui kerjasama serantau atau undang-undang yang dipersetujui di peringkat dunia pada persidangan antarabangsa.

Keadaan pencemaran jerebu mengakibatkan penguatkuasaan undang-undang diperkukuhkan terutamanya berpandukan kepada seksyen 21 dn 22 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (pindaan 196) dalam memanteras kegiatan pembakaran terbuka yang banyak menyumbangkan kepada masalah jerebu. Jabatan Alam Sekitar merupakan pihak yang berkuasa mengenakan sebarang tindakan terhadap kesalahan pencemaran berdasarkan akta tersebut.

5.0 KESAN JEREBU

5.1 Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan yang wujud daripada jerebu melibatkan penyakit saluran pernafasan seperti asma, bronkitis dan konjunktivitis. Kemungkinan kesan kesihatan ialah kesukaran untuk bernafas, serangan jantung, gatalgatal pada tekak, mata dan kulit. Tahap konsentrasi jerebu yang tinggi memberikan kesan yang berbahaya kepada golongan berisiko tinggi. Menurut Bahagian Kawalan Penyakit (1998) golongan yang berisiko tinggi tersebut adalah: kanak-kanak; orang tua; golongan berpenyakit seperti, asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit jantung dan alahan, perokok; dan mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah.Jadual satu dibawah menunjukkan kesan akibat jerebu kepada kesihatan manusia.

Bahan PencemarPuncaKesan

Asap- Pembakaran bahan api - Pembakaran sampah sarap- Cerobong asap kilang- Ekzos kenderaan bermotor- Menggangu pernafasan normal- Pembentukkan asbut akan mengganggu penglihatan

Debu- Kilang papan, kuari, simen,asbestos,batu kapur- Serangan lelah pada pesakit asma- Batuk-batuk- Sesak nafas

Plumbum- Pembakaran petrol berplumbum- Bahan bercat

- Menggangu keupayaan badan membina sel darah baru- Kecacatan dan kerencatan otak pada kanak-kanak

Karbon monoksida- Pembakaran bahan api yang tidak lengkap - Ekzos kenderaan- Menghalang pembentukan oksihemoglobin - Berpadu dengan hemoglobin untuk membentuk karboksihemoglobin - Melembabkan otak- Membawa kesan maut sekiranya diambil atau disedut dalam kuantiti yang banyak

Oksida nitrogen- Pembakaran bahan api pada suhu tinggi dalam kenderaan berat atau kilang - Tindakan bakteria dalam tanah- Menurunkan pertahanan badan kanak-kanak terhadap selsema- Mengganggu tisu peparu serta menyebabkan terjadinya bronkitis serta kanser- Bertindak balas bersama hidrokarbon untuk membentuk pengoksida fotokimia yang memedihkan mata dan merosakkan tisu peparu

Jadual 3 : Kesan pencemaran jerebu kepada kesihatan manusia.Apabila dikaitkan dengan pencemaran udara dan jerebu, dua masalah kesihatan iaitu pernafasan dan alahan kulit memang sukar dielak. Bagi orang dewasa yang mempunyai daya ketahanan badan atau imuniti lebih tinggi, sistem mekanisme badannya mungkin boleh menangkis penyakit bawaan jerebu itu. Namun tidak bagi kanak-kanak. Banyak kes berkaitan masalah alahan dan pernafasan dilaporkan di kalangan kanak-kanak yang dimasukan ke wad kecemasan akibat pernafasan dan batuk setiap kali berlakunya jerebu. Malah ketika negara dilanda jerebu paling teruk sekitar tahun 1997 dulu jumlah kes berkaitan alahan pernafasan dan kulit telah meningkat lebih kurang 20 peratus.Ini kerana kedua-dua masalah tersebut amat sensitif dengan perubahan kualiti udara persekitaran mereka.Dalam kes-kes yang teruk, saluran pernafasan menjadi begitu sempit sehingga anak anda tidak dapat bernafas dengan secukupnya dan ini boleh mengakibatkan keadaan yang boleh membawa gejala maut. Gejala-gejala ini adalah disebabkan oleh penyempitan saluran udara sehingga mengurangkan aliran udara yang masuk dan keluar dari paru-paru.

Terdapat juga pelbagai amaran yang jelas bagi penyakit asma, ini adalah termasuk bunyi nafas yang berdehit, dan berdehem dengan kerap serta batuk tanpa ia mengalami selsema. Perkara ini perlu dipandang serius kerana ia amat penting untuk mengawasi tanda-tanda ini.

Kajian menunjukkan terdapat hubung kait yang konsisten antara kualiti udara dan penyakit asma yang begitu teruk. Ketika musim jerebu, ia terbukti bahawa dengan peningkatan dalam bahan-bahan pencemar udara akan mengurangkan fungsi paru-paru disebabkan oleh keradangan pada lapisan pada paru-paru. Saluran pernafasan akan beriaksi secara keterlaluan untuk mencetuskan dan merangsangkan banyak perubahan yang dikaitkan dengan keradangan paru-paru. Ini memberitahu kita mengapa kekerapan kejadian penyakit asma dan jangkitan bahagian atas sistem pernafasan meningkat semasa musim jerebu.

5.2 Kesan Jerebu Kepada Sektor EkonomiApabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia mula memberi kesan yang lebih besar. Ia boleh mengancam pendapatan negeri apabila mula menjejaskan sektor ekonomi. Industri pelancongan misalnya adalah punca pendapatan yang paling berpotensi di Sabah, industri ini akan terjejas kerana para pelancong bimbang dengan keselamatan mereka. 6.0 KESIMPULAN Fenomena jerebu yang terjadi bermula pada pertengahan Ogos 1997 dan yang terbaru bulan Jun 2013 di Malaysia telah mewujudkan masalah kepada alam persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu. Kesan dari kehadiran jerebu terhadap masalah kesihatan jelas membuktikan bahawa tahap kesihatan masyarakat adalah di peringkat tidak sihat. Tahap kesihatan ini adalah bergantung sepenuhnya kepada keadaan kesihatan dan juga Indeks Pencemaran Udara yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Di Muar keadaan jerebu adalah yang terburuk pada tahun 2013 ini sehingga memaksa kepada pengisytiharan Darurat Jerebu apabila indeks IPU melepasi tahap kesihatan berbahaya, namun langkah-langkah berjaga-jaga untuk mengawal jerebu perlu diberi perhatian agar tidak menerima nasib yang serupa.

Kerjasama di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa harus diperkukuhkan dan sentiasa berterusan agar sama-sama dapat mengawal masalah jerebu dan pencemaran udara. Persidangan dan mesyuarat harus kerap kali dilaksanakan untuk membincangkan langkah-langkah yang sesuai diambil untuk menangani masalah pencemaran dengan berkongsi kepakaran teknikal dan peralatan canggih dan peruntukan kepada undang-undang yang sesuai mengikut keadaan sesebuah negara terbabit.

Selain dari Malaysia negara lain yang turut terlibat dilanda masalah jerebu adalah Singapura dan Brunei sedangkan punca pencemaran adalah di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia yang jauh beribu kilometer dari negara-negara tersebut. Jelaslah bahawa pencemaran jerebu yang telah diketahui tidak mengenal had atau sempadan sesebuah negara boleh disebarkan oleh agen penyebaran seperti angin yang bertiup dari pelbagai arah mengikut musim. Oleh yang demikian, di dalam membendung masalah jerebu, kerjasama serantau dari negara-negara yang dilanda jerebu adalah amat penting bagi menjamin keselesaan kehidupan agar jauh dari dijangkiti masalah kesihatan.

Kerajaan bersama badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti kepada semua masyarakat di Malaysia. Kerajaan telah mewartakan larangan pembakaran terbuka kerana asap adalah penyumbang utama kepada terjadinya jerebu seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang telah menyebabkan jerebu merebak ke Malaysia dibawa oleh angin lazimnya monson barat daya. Sehinggakan Malaysia terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu baru-baru ini pada Jun 2013 dan 23 24 September 1997.

Justeru itu, kerjasama dari seluruh lapisan masyarakat dalam menjaga alam sekitar adalah penting supaya kualiti udara berada di tahap yang baik. Semai azam dan minat di hati masing-masing untuk mengambil bahagian dalam menjaga alam sekeliling agar terpelihara dan dapat memberi keselesaan dan keharmonian hidup. Pemuliharaan alam sekitar, tanggungjawab bersama.

(2866 patah perkataan)

RUJUKANTuan Pah Rokiah Syed Hussain (2003). Masalah Pembangunan Industri di Malaysia. Selangor: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (1997). Pembangunan dan Alam Sekitar Di Malaysia. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Norkhalid Salimin, Dr Azali Rahmat et al (2012). HBHE2203 Kesihatan Diri dan Keluarga. Seri Kembangan: Open Universiti MalaysiaAb. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan KesannyaTerhadap Alam Sekitar diMalaysia: Satu Pendekatan Geografi. Bahagian Geografi Pusat Pengajian IlmuKemanusiaan, Pulau Pinang: Universiti SainsMalaysia.

Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan PeningkatanBahaya dan Bencanadi Malaysia. Pulau Pinang:Universiti SainsMalaysia.

Department of Environmental (1989). Environmental Quality Report 1988. Kuala Lumpur: Ministry of Sciences, Technology andthe Environment.

Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam SekitardiMalaysia Isu dan Pengurusannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain. (2001). Hubungan Jerebu Dengan Kes Asma:Kajian di Beberapa Buah Hospital di Lembah Kelang diperolehi 8 November 2013 daripada http://ejournal.ukm.my/akademika/article/viewFile/2952/1884Siti Manisah Ngalim. (2013). Lindungi Anak-anak Daripada kesan Jerebu diperolehi pada 8 November 2013 daripada http://my.theasianparent.com/lindungi-anak-anak-daripada-kesan-jerebu/#ixzz2kczNADQoPoruman. (2013). Gambar Terkini Jerebu di Seluruh Malaysia 23 Jun 2013 diperolehi pada 10 November 2013 daripada http http://plbgaimacam.blogspot.com/2013/06/gambar-terkini-suasana-jerebu-di.htmlMy. (2013). Bacaan Indeks IPU Jerebu diJohor 23 Jun 2013 diperolehi pada 1 November 2013 daripada http http://www.mysumber.com/berita/bacaan-indeks-ipu-jerebu-di-johor-23-jun-2013Lampiran 1: Keratan Akhbar Kosmo 24 Jun 2013

Lampiran 2 : Muka Depan Berita Harian 21 Jun 2013

Lampiran 3 : Berita Harian 21 Jun 2013Jerebu cecah paras bahaya

Jerebu di sekitar bandaraya Johor Bahru.Tutup sekolah IPU lebih 300.Nusajaya: Semua 491 sekolah di Muar, Ledang, Batu Pahat dan Pasir Gudang membabitkan 273,433 pelajar ditutup serta-merta selama dua hari mulai semalam akibat jerebu yang mencapai tahap berbahaya.Arahan dikeluarkan Jabatan Pendidikan Johor selepas menerima surat pekeliling Kementerian Pendidikan yang mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menutup semua sekolah di daerah berkenaan berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 300, iaitu tahap berbahaya.Bacaan IPU di Muar mencatatkan 337 pada jam 7 pagi sebelum meningkat kepada IPU 383 mulai jam 11 pagi, manakala di Pasir Gudang meningkat sehingga 333 pada jam 5 petang.

Langkah keselamatan

Pengarah Pendidikan negeri, Mohd Nor A Ghani, berkata penutupan semua sekolah rendah dan menengah itu perlu sebagai langkah keselamatan apabila jerebu semakin teruk.

Murid sesi pagi yang datang diminta pulang, manakala murid sesi petang diminta tidak hadir, katanya pada sidang media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Penggal Ke-13, di Kota Iskandar di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Azuri Azizah Saedon.

Mohd Nor berkata, sekolah di daerah lain yang mencatatkan bacaan tidak sihat IPU 101-200, diminta mengambil langkah berjaga-jaga selain mengehadkan aktiviti di luar bilik darjah.

Sementara itu, tinjauan sekitar Muar mendapati notis pemberitahuan PPD dipamerkan di pintu masuk menyatakan sekolah ditutup bermula esok.

Henti aktiviti kokurikulum

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Jawa, Nora Abdullah, berkata sejak Isnin lalu PPD sudah menghantar pekeliling bagi memaklumkan keadaan jerebu terkini dan langkah keselamatan yang perlu diambil.

Katanya, pagi semalam pihaknya menerima notis terbaru supaya menutup sepenuhnya sekolah sehingga diberitahu berikutan jerebu yang semakin teruk.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud pula mengarahkan semua aktiviti kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah dihentikan jika IPU melebihi 150 bagi murid berisiko dan 250 untuk semua murid.

Kita juga sudah mengarahkan pentadbiran menutup semua sekolah yang berada dalam kawasan mempunyai IPU melebihi 300, katanya.

Sementara itu, kementerian membuka bilik gerakan untuk memantau perkembangan bagi memudahkan langkah sewajarnya

Lampiran 4 : Utusan Online 20 Jun 2013

PEMANDANGAN waktu pagi di Jambatan Sultan Abdul Aziz di Banda Hilir, Melaka menuju ke arah Pantai Klebang yang masih berjerebu semasa tinjauan semalam. - UTUSAN/GAIE UCHEL

KUALA LUMPUR 20 Jun - Situasi jerebu di negara ini semakin buruk hari ini apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di enam kawasan mencatat bacaan melebihi 100 terutama di Muar, Johor yang berada pada tahap berbahaya dengan bacaan 383.Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan menyebut, Muar diikuti dengan Kota Tinggi yang berada pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 232 manakala Pasir Gudang, Larkin, Bandar Raya Melaka dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing dengan bacaan 199, 181, 137 dan 119.Menurut kementerian, situasi jerebu tersebut dijangka berterusan sehingga September depan ekoran keadaan udara yang masih dipengaruhi pencemaran merentasi sempadan, selain musim monsun barat daya yang sedang dialami negara ketika ini."Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan oleh Pusat Pakar Meteorologi ASEAN (ASMC) semalam menunjukkan pergerakan asap jerebu tebal dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah barat daya membawa pencemaran jerebu ke kawasan Pantai Barat dan merentasi ke kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia."Laporan ASMC juga menunjukkan bilangan titik panas (hotspot) masih tinggi di Sumatera, Indonesia semalam iaitu 173 berbanding 187 titik panas kelmarin. Kebanyakan kawasan titik panas (hotspot) adalah tertumpu di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia," katanya dalam kenyataan di sini.Jelas kementerian, bilangan titik panas yang dikesan di Malaysia semalam adalah sebanyak 83 iaitu satu di Selangor, Melaka, Terengganu dan Sabah, dua (Pahang), enam (Kelantan) dan 70 (Sarawak).Dalam pada itu, jelas kenyataan itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memaklumkan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengaktifkan Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Jerebu selaras dengan 'tahap amaran 3A' dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.Jawatankuasa itu, katanya, akan bertindak di dua kawasan yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat dan berbahaya iaitu Kota Tinggi dan Muar.Kenyataan itu berkata, mereka yang disabit kesalahan melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya."Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan."Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727," katanya.DiMELAKA, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Abd. Hafiz Abd. Samad berkata, keadaan jerebu di negeri ini kembali buruk selepas menunjukkan tanda-tanda penurunan dengan mencatat IPU tahap sederhana di bawah bacaan 100 pada Isnin dan Selasa lalu."Justeru, JAS negeri meminta mana-mana pihak dan individu untuk mengurangkan aktiviti luar rumah," katanya.Jelas Abd. Hafiz, bacaan IPU di negeri ini mula naik pada malam tadi setelah jerebu ini dibawa oleh angin pada tengah malam sehingga pagi ini."Lebih memburukkan keadaan, ramalan kaji cuaca menunjukkan negeri ini mungkin tidak akan menerima hujan selama lima hari bermula semalam sehingga Ahad."Ekoran itu, keadaan jerebu di negeri ini mungkin sukar untuk dikurangkan kerana hujan merupakan faktor penting untuk menghilangkan jerebu selain angin."Keadaan jerebu ini bergantung kepada keadaan cuaca serta angin dan masih belum boleh ditentukan bila ia akan pulih sepenuhnya," katanya lagi.Beliau memberitahu, pihak JAS negeri sentiasa memantau titik panas yang menjadi punca keadaan jerebu di negara ini yang direkodkan di Sumatera Tengah, Indonesia.

Lampiran 5 : Harian Metro