TUJU TIN

3
PENGENALAN Permainan ini dikenali baling tin kerana bahan asas permainan ini adalah tin. Oleh itu permaianan ini dikenali sebagai baling tin. Di sesetengah kawasan dikenali sebagai baling pot atau lecut pot. Permainan baling tin hanya mula diperkenalkan pada awal tahun 1950- an dan terus popular hingga pertengahan tahun 1970-an. Dari segi pengamalan, kebanyakan masyarakat Melayu dan Cina yang gemar memainkannya. Lazimnya permainan ini dimainkan di kawasan kampung yang kekurangan hiburan. Permainan baling tin memerlukan kemahiran,ketangkasan dan kebijaksanaan untuk memenangi sesuatu permainan tersebut. Selain itu permainan ini juga memerlukan kerjasama yang erat antara pemain dalam sesuatu pasukan. ASAL-USUL Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana telah sedia dimainkan di Negara inisejak dahulu lagi. Namun begitu permainan ini terus berkembang ke seluruh Tanah Melayu dan dimainkan oleh pelbagai kaum. Jika dahulu kebanyakkan kanak-kanak menggunakan tin susu yang telah terbuang sebagai bahan asas, tetapi kini terdapat kanak-kanak yang menggunakan barangan plastic dan sebagainya. ALAT PERMAINAN 1.Tin-tin kosong. Tin-tin kosong ini harus dibersihkan dan ipastikan mana-mana bahagianyang tajam diratakan supaya tidak mendatangkan bahaya kepada pemain. Biasanya sepuluh tin kosong diperlukan. Tin-tin tersebut hendaklah disusun secara bertingkat. Di bahagian bawah perlu diletakkan sebanyak empat buah tin. Tingkat kedua perlu diletakkan tiga buah tin dan diikuti dua tin pada tingkat ketiga dan satu di bahagian atas. Ada juga bilangan tin ditambah untuk menjadikan permainan ini lebih mencabar. Tin-tin yang telah disusun inilah yang akan dijadikan sasaran para pemain.Adalah lebih menarik sekiranya tin-tin tersebut dicat dengan warna yang terang supaya memudahkan pemain melihat dengan nyata susunan tersebut. Warna yang berbezatidak digalakkan kerana boleh mengelirukan pemain. 2. Bola Bola hendaklah bersaiz lebih kurangtiga tau empat inci pada garis pusatnya. Walaupun hanya sebiji bola yang akan digunakan dalam permainan ini, bola simpanan diperlukan sekiranya bola

description

TUJU TIN

Transcript of TUJU TIN

PENGENALAN Permainan ini dikenali baling tin kerana bahan asas permainan ini adalah tin. Oleh itu permaianan ini dikenali sebagai baling tin. Di sesetengah kawasan dikenali sebagai baling pot atau lecut pot. Permainan baling tin hanya mula diperkenalkan pada awal tahun 1950-an dan terus popular hingga pertengahan tahun 1970-an. Dari segi pengamalan, kebanyakan masyarakat Melayu dan Cina yang gemar memainkannya. Lazimnya permainan ini dimainkan di kawasan kampung yang kekurangan hiburan. Permainan baling tin memerlukan kemahiran,ketangkasan dan kebijaksanaan untuk memenangi sesuatu permainan tersebut. Selain itu permainan ini juga memerlukan kerjasama yang erat antara pemain dalam sesuatu pasukan.

ASAL-USUL Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana telah sedia dimainkan di Negara inisejak dahulu lagi. Namun begitu permainan ini terus berkembang ke seluruh Tanah Melayu dan dimainkan oleh pelbagai kaum. Jika dahulu kebanyakkan kanak-kanak menggunakan tin susu yang telah terbuang sebagai bahan asas, tetapi kini terdapat kanak-kanak yang menggunakan barangan plastic dan sebagainya. ALAT PERMAINAN 1.Tin-tin kosong. Tin-tin kosong ini harus dibersihkan dan ipastikan mana-mana bahagianyang tajam diratakan supaya tidak mendatangkan bahaya kepada pemain. Biasanya sepuluh tin kosong diperlukan. Tin-tin tersebut hendaklah disusun secara bertingkat. Di bahagian bawah perlu diletakkan sebanyak empat buah tin. Tingkat kedua perlu diletakkan tiga buah tin dan diikuti dua tin pada tingkat ketiga dan satu di bahagian atas. Ada juga bilangan tin ditambah untuk menjadikan permainan ini lebih mencabar. Tin-tin yang telah disusun inilah yang akan dijadikan sasaran para pemain.Adalah lebih menarik sekiranya tin-tin tersebut dicat dengan warna yang terang supaya memudahkan pemain melihat dengan nyata susunan tersebut. Warna yang berbezatidak digalakkan kerana boleh mengelirukan pemain. 2. Bola Bola hendaklah bersaiz lebih kurangtiga tau empat inci pada garis pusatnya. Walaupun hanya sebiji bola yang akan digunakan dalam permainan ini, bola simpanan diperlukan sekiranya bola

PERATURAN PERMAINAN TRADISIONAL - TUJU TIN

1.Terdapat 2 kumpulan. 1 kumpulan melontar, 1 kumpulan penyerang.2. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang. 8 Orang pemain dibenarkan bagi setiap permainan.3. 2 kumpulan akan diundi. Sama ada menjadi penyerang atau pelontar.4. Separuh masa pertama selama 10 minit. Separuh masa kedua juga selama 10 minit. 5 minit untuk rehat.5. Setiap ahli kumpulan dibenarkan membuat 3 kali percubaan. Sekiranya lontaran yang dibuat dapat ditangkap oleh penyerang sebelum bola jatuh ke tanah secara automatik semua pelontar akan mati.6. Apabila tin telah jatuh. Pihak pelontar akan sedaya- upaya menyusun semula tin tersebut.7. Apabila pihak penyerang membaling bola ke arah pelontar lalu terkena bola, secara automatik pelontar akan mati.8. Pelontar yang berjaya menyusun kesemua tin. Akan mendapat 1 mata.9. Pelontar yang mati tidak dibenarkan bermain lagi. Sehingga semua ahli pelontar mati baru penyerang akan menjadi pelontar.10. Separuh masa kedua penyerang semasa separuh masa kedua akan menjadi pelontar.11.Sekiranya markah seri, jumlah tin yang paling sedikit berjaya dijatuhkan akan dikira sebagai pemenang. Jika seri lagi. Seorang ahli akan membuat lontaran yang paling sedikit akan menjadi pemenang.