TUT.docx
-
Upload
harraf-ain -
Category
Documents
-
view
134 -
download
0
Transcript of TUT.docx
LENTURAN (layering)
Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup.
Terdapat empat jenis lenturan:a) Lenturan Pucuk (tip layerage)b) Lenturan Busutc) Lenturan Peparitan (berbaringan)d) Lenturan udara (tut)
a) Lenturan udara (tut)Lenturan yang biasa di buat. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.
Cara-cara mengetut
Sediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran.
Tanah campuran biasa digunakan ialah:a) 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organik
b) 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahbahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu bajaorganik
Cara memilih dahan yang sesuaia) Dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga.b) Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya lcm garis pusat.c) Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk lurus dan mendapat cukupcahaya matahari.
Cara mengetut
a) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab.
b) Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaranyang akan dibuat.
c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuatsekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama.
d) Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.
e) Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas
f) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah.
g) Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanah itu padat dan melekat dengan baik.
h) Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya.
i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik.
Pembiakan tumbuhan secara tut merupakan satu teknik pembiakan yang di lakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk. Teknik ini menyekat
bahagian yang terlibat dari mendapat makanan dan air dari pokok induk.Apabila dahan itu tersekat dari memperolehi makanan dan air maka keluarlah akar pada dahan tersebut untuk
mencari makanan dan air
PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA TUT (MARKOT)
Langkah-Langkah Pembiakan
1. Sediakan medium dengan nisbah 1:1 (1 bahagian tanah loam: 1 bahagian bahan organik)
2. Campurkan medium ini dengan air dan buat medium ini seperti bola 3. Pilih dahan yang sesuai untuk dibuat tut 4. Buat dua kelaran pada dahan 5. Kopek kulit nya 6. Kikis Kambium 7. Sapu hormon pengakaran pada bahagian atas kelaran 8. Lekakpkan medium pada kelaran 9. Balutkan dengan plastik lutsinar dan ikat balutan dengan tali
Contoh pokok :
Pokok Bunga Kertas Pokok Bunga Puding
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
KELEBIHAN
1. Ciri pokok induk diwarisi2. Tanaman baru cepat matang
KEBURUKAN
1. Tanaman mudah tumbang kerana tiada akar tunjang2. Perlu kemahiran membuat tut3. Tidak boleh membiak dengan kuantiti banyak pada pokok induk
Kaedah tut merupakan cara pembiakan yang biasa digunakan bagi tanaman buah-buahan.
Tut melalui proses pembuangan kulit kayu untuk tujuan pengakaran. Kulit ranting atau
dahan pokok dengan saiz 1-2 cm garis pusat dipotong kira-kira 5 cm panjang dan dibuang
kulitnya. Bahagian yang terdedah disapukan dengan hormon penggalak akar dan
ditutupkan dengan tanah campuran. Bahagian tersebut dibalut dengan plastik untuk
menghalang kemasukan air dari luar. Media yang digunakan adalah campuran dua
bahagian tanah atas dan satu bahagian bahan organik bersama sedikit air.
PEMBIAKAN TAMPANG (VEGETATIF)
Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif
tumbuhan seperti keratan batang, pucuk daun, mata tunas dan akar/rizom untuk
memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya. Tumbuh-tumbuhan yang
dihasilkan secara demikian dipanggil klon. Bahagian-bahagian vegetatif ini adalah paling
istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili pokok keseluruhannya. Oleh itu, pokok yang
dibiak dahulu adalah sama dengan yang dibiak sekarang. Ia dilakukan untuk tanaman yang
tidak mengeluarkan biji benih atau sukar berbunga. Kaedah pembiakan ini kerap menjadi
pilihan kerana caranya mudah dan juga dapat memendekkan tempoh matang. Kaedah
keratan, tut, cantuman, belahan rumpun dan bebawang adalah cara yang selalu dilakukan,
tetapi kejayaan pembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman, keadaan cuaca,
tanah, air dan juga kemahiran.
Kelebihan:
* Boleh mendapat pokok yang seragam.
* Menyerupai induk yang dipanggil klon.
* Cepat berbunga/berbuah.
* Boleh dibiak sepanjang tahun.
* Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa.
* Dapat membiakkan tumbuhan yang tidak boleh dibiak dengan biji benih.
Keburukan :
* Pemindahan penyakit lebih mudah terutama oleh virus.* Tumbesaran tanaman adalah terhad.* Tidak semua jenis tumbuhan boleh dibiak dengan cara ini.* Setengah kaedah memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit.
LENTURAN (layering)
Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup. Lenturan yang biasa di buat ialah lenturan udara atau lebih dikenali sebagai tut. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku. Kaedah tut biasa digunakan kerana tekniknya mudah dan pokoknya cepat berbuah. Kelemahan kaedah ini adalah bahan tanaman daripada satu pokok induk tidak banyak diperolehi. Pokok tut mudah tumbang terutama jika ditanam di kawasan yang mengalami angin kencang.
a. Persediaan mengetut
Sediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran.
Tanah campuran biasa digunakan ialah:* 2 bahagian isipadu tanah peroi : 1 bahagian isipadu baja organik* 4 bahagian isipadu habuk papan : 3 bahagian isipadu tanah peroi : 2 bahagian isipadu baja organik
Cara memilih dahan yang sesuai* Dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga.* Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya 1cm garis pusat.* Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk lurus dan mendapat cukup cahaya matahari.
b. Cara-cara mengetut
* Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab.* Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaran yang akan dibuat.* Buat kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3cm di bawah darikelaran pertama.
* Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.
* Sapukan hormon penggalak akar di atas kelaran.* Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah.* Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanah itu padat dan melekatdengan baik.
* Bungkuskan kepalan tanah dengan plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya.
* Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam polibeg.
Kaedah tut biasa digunakan kerana tekniknya mudah dan pokoknya cepat berbuah. Kelemahan kaedah ini adalah bahan tanaman daripada satu pokok induk tidak banyak diperolehi. Pokok tut mudah tumbang terutama jika ditanam di kawasan yang mengalami angin kencang.
Cara Membuat Tut
Pucuk yang sihat mempunyai saiz dahan berukuran garispusat 1.0-1.2 cm dipilih untuk ditutkan. Satu lingkaran kira-kira 2 cm panjang dibuat pada batang pucuk. Lingkaran tersebut dibiarkan 1-2 minggu. Sedikit hormon seperti Seradix No. 2 disapukan pada lingkaran ini. Kepalan tanah disediakan dengan menggunakan campuran tanah atas dan tahi lembu dengan kadar 2:1. Campuran ini ditambah sedikit air sehingga boleh dikepal. Bahagian batang yang dilingkarkan dibalut dengan kepalan tanah dan seterusnya dibungkus dengan plastik dan diikat. Dahan akan mengeluarkan akar dalam masa 4-6 bulan. Dahan yang telah berakar ini boleh dipotong dan ditanam di dalam politen beg yang berisi tanah campuran iaitu tanah atas, pasir dan bahan organan dengan kadar 3:2:1.
Pokok tut ini disimpan selama 2-3 bulan di bawah rumah lindungan sebelum dialih ke ladang. Penyiraman dilakukan sekali sehari dan pastikan tanah di dalam politen beg tidak terlalu basah atau bertakung air. Proses penyediaan bahan tanaman ini memakan masa 7-10 bulan.
PANDUAN MENANAM LIMAU(Tanaman Jangka Panjang)
PENGENALAN:
Limau merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga ke bujur. Pokok limau mempunyai sistem perakaran akar tunjang.
Varieti limau mandarin mempunyai daun berbentuk 'lanceolate/oblong' dengan tiada pembentukan kepak (wing) di tangkai daun. Pada kebiasannya daun berwarna daripada hijau muda ke hijau tua. Pada bahagian daun, terdapat kelenjar-kelenjar minyak (oil glands) yang mengeluar aroma yang menarik apabila dilipat atau diramas.
Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam. Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda. Kebiasaannya bunga mengeluarkan bau yang harum. Bunga mempunyai 5 kelopak yang berasingan, berwarna putih dan terletak di atas kalik. Stamennya yang banyak dan bercantum dipangkal biasanya
berwarna puteh dengan hujungnya (anther) berwarna kuning. Stigma pula berwarna hijau kekuningan dan mempunyai stil yang sama panjang dengan stamen dan kedua-dua stamen dan stil terdapat di dalam kuntum bunga.
Pendebungaan pokok limau berlaku secara pendebungaan sendiri. Agen pendebunga ialah serangga seperti kutu trip, hamama dan lebah madu. Angin juga membantu proses pendebungaan pokok limau. Stigma bunga berupaya menerima debunga antara 1-3 hari sebelum antesis dan antara 6-8 hari selepas antesis. Enam hari selepas proses pendebungaan, semua bahagian bunga akan luruh kecuali ovari dan stil. Ovari akan mula membesar dan stil mulai kering bermula dari bahagian stigma (101-5 hari selepas antesis).
Biji limau boleh mengeluar 2 hingga 5 anak benih dan salah satu daripada anak benih tersebut terbentuk melalui proses seksual (lihat maksudnya) manakala yang selebihnya dihasilkan melalui proses aseksual (necellar embryo).
Pembiakan Vegetatif (Tampang)Pembiakan vegetatif atau tampang adalah cara pembiakan dengan menggunakan bahagian tertentu tanaman seperti keratan batang, pucuk, daun dan rizom. la dilakukan bagi tanaman yang tidak mengeluarkan biji benih atau sukar berbunga. Kaedah pembiakan ini kerap menjadi pilihan kerana caranya mudah dan dapat menghasilkan pokok dengan baka tulen. Kaedah ini juga dapat memendekkan tempoh matang di mana pokok mengambil masa lebih pendek untuk berbunga atau berbuah, tetapi tumbesaran tanaman dengan cara ini adalah terhad. Kaedah keratan, tut, cantuman, belahan rumpun dan bebawang selalu dilakukan tetapi kejayaan pembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman, keadaan iklim, tanah, air dan juga kemahiran.
Kaedah tut merupakan cara pembiakan yang biasa digunakan bagi tanaman buah-buahan. Tut melalui proses pembuangan kulit kayu untuk tujuan pengakaran. Kulit ranting atau dahan pokokdengan saiz 1-2 cm garis pusat dipotong kira-kira 5 cm panjang dan dibuang kulitnya. Bahagian yang terdedah disapukan dengan hormon penggalak akar dan ditutupkan dengan tanah campuran.Bahagian tersebut dibalut dengan plastik untuk menghalang kemasukan air dari luar. Media yang digunakan adalah campuran dua bahagian tanah atas dan satu bahagian bahan organik bersama sedikit air.
TUT
- Teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada induk
- Bahagian yang terlibat mendapat makanan dan air dari pokok induk
- Apabila tut telah berjaya, ia dipisahkan daripada pokok induk
- Kelebihan tut
i. Ciri pokok induk diwarisi sepenuhnya
ii. Tanaman baru lebih cepat matang
- Kekurangan tut
i. Tidak boleh dibiakkan dalam kuantiti yang banyak pada sesuatu pokok
induk
ii. Tanaman lebih mudah tumbang kerana tidak mempunyai akar tunjang
iii. Memerlukan kemahiran membuat tut
- Medium pengakaran
i. nisbah yang sesuai ialah 1 bahagian tanah loam dan 1 bahagian bahan
organik
ii. medium digaul rata dan dicampur sedikit air supaya melekit untuk
dibentuk bebola
- Pemilihan dan penyediaan dahan
* pilih dahan pokok induk yang sihat, ukuran diameter 1 cm dantiada
ranting kecil pada bahagian yang
hendak dilakukan tut
* buat dua kelaran mengelilingi dahan pada jarak 2.5 � 5 cm
* kopek kulit antara kelaran tersebut dan kikis lapisan kambium untuk
mengelakkan kulit bercantum semula
* sapukan hormon penggalak akar pada bahagian atas
* bentuk medium seperti bebola � 5 cm diameter
* bahagikan bebola kepada dua bahagian dan lekapkan pada bahagian
yang dikikis
* kejapkan medium pada dahan dan balut dengan plastik lut sinar
* ikat kedua-dua hujung bahagian yang telahdibalut
- Penjagaan tut * ranting yang dibuat tut akan mula berakar setelah beberapa minggu
* rekodkan
a. Tarikh membuat tut
b. Tarikh tut mengeluarkan akar
c. Kira peratus kejayaan tut
- Mengubah anak pokok
* tut akan berakar dalam masa 1-3 bulan
* tut yang berjaya boleh diubah ke beg politena atau pasu
* potong dahan bahagian bawah tut untuk asingkan dari induk
* buang plastik lut sinar sebelum anak pokok ditanam untuk
membolehkan akar berkembang
Pembiakan Secara Tut(Markot) back
Terdapat dua cara pembiakkan secara tut (Markot) iaitu:
MENYEDIAKAN TUT UDARA Pilih ranting atau batang yang bergaris pusat sebesar ibu jari (lebih kurang 1-2cm); Buat dua kelaran mengelilingi ranting atau dahan yang mana jarak di antara kedua kelaran itu ialah
2.5-3cm; Buang dan keluarkan kulit ranting yang telah dikelar dan kikis bahagian dalam sehingga nampak
bahagian kayu yang putih, semua lapisan cambium (yang berwarna hijau) perlulah di kikis habis-habis sebab jika lapisan cambium masih ada, tut udara tidak berjaya di hasilkan;Sapu sedikit serbuk hormon pengakaran di bahagian atas kelaran;
Sediakan medium campuran tanah tut; Medium campuran tanah tut di buat dengan mencampurkan tanah dengan bahan organik (1:1),
medium campuran tanah tut hendaklah dilembapkan sedikit sebelum dikepalkan dalam bentuk bola golf atau tennis atau dengan mengunakan “Jiffy Plant Starter”;Belah kepalan tanah tut tadi dan letakkan di sekeliling bahagian ranting atau dahan yang telah di kelar tadi;
Balut kepalan tanah tut itu dengan mengunakan plastik lut sinar ataupun sabut kelapa; Pisahkan yang sudah berakar daripada pokok induk dengan memotong ranting atau dahan di
bahagian bawah tut tersebut; Tanam anak pokok ke dalam beg politena ataupun pasu.
MENYEDIAKAN TUT LENTUR Pilih dahan tanaman yang renek yang agak lampai; Lukakan dahan tersebut sedalam 15cm dari hujung; Tanam dahan yang telah di lukakan di dalam tanah dan sentiasa di lembapkan. Gunakan cabang
kayu ataupun paku logam untuk memegang dahan ke tanah; Potong dahan yang telah berakar di sebelah bawah dan anak pokok yang terhasil di tanam di dalam
pasu atau beg politena.