Tutorial 1 - Kelas Makanan

4
Tutorial 1 Makanan merupakan keperluan asas bagi setiap organisma hidup dan boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai kepentingan berbeza kepada tubuh kita. Karbohidrat merupakan salah satu jenis nutrien utama dan diperlukan dalam jumlah yang banyak oleh badan kita. Antara 45 dan 65 peratus haruslah datang dari karbohidrat. Karbohidrat sering dikatakan menyumbang kepada kenaikan berat badan, tetapi ia sebenarnya diperlukan untuk badan kita berfungsi dengan baik. Karbohidrat yang diperolehi daripada pengambilan makanan ruji rakyat Malaysia seperti beras dan bijiran merupakan sumber tenaga utama yang diserap segera ke dalam tubuh manusia. Ia menyumbang kira-kira 50 peratus daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia bersesuaian dengan kedudukannya di dalam piramid makanan. Karbohidrat terdiri daripada gula, kanji dan beberapa selulosa. Ia berfungsi untuk menyediakan tenaga,fungsi otak dan memastikan organ- organ berfungsi. Selain itu, ia juga penting untuk kesihatan usus dan penyingkiran bahan toksik. Kekurangan pengambilan karbohidrat boleh menjadikan seseorang itu lemah dan tidak sihat. Seterusnya, daging dan ikan mengandungi suatu kelas makanan yang dipanggil protein. Protein diperlukan untuk pertumbuhan dan menggantikan sel-sel yang rosak. Unit asas bagi protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Asid amino digabungkan melalui beberapa ikatan peptida. Apabila dua asid amino digabungkan, maka satu dipeptida akan terbentuk. Selain itu, tiga atau lebih amino asid yang bergabung akan membentuk polipeptida. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama. Apabila protein didedahkan kepada haba, protein akan mengalami proses denaturisasi, merubah sifat dan bentuknya serta

Transcript of Tutorial 1 - Kelas Makanan

Page 1: Tutorial 1 - Kelas Makanan

Tutorial 1

Makanan merupakan keperluan asas bagi setiap organisma hidup dan boleh

dikelaskan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai kepentingan berbeza kepada

tubuh kita.

Karbohidrat merupakan salah satu jenis nutrien utama dan diperlukan dalam jumlah

yang banyak oleh badan kita. Antara 45 dan 65 peratus haruslah datang dari karbohidrat.

Karbohidrat sering dikatakan menyumbang kepada kenaikan berat badan, tetapi ia

sebenarnya diperlukan untuk badan kita berfungsi dengan baik. Karbohidrat yang diperolehi

daripada pengambilan makanan ruji rakyat Malaysia seperti beras dan bijiran merupakan

sumber tenaga utama yang diserap segera ke dalam tubuh manusia. Ia menyumbang kira-

kira 50 peratus daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia

bersesuaian dengan kedudukannya di dalam piramid makanan. Karbohidrat terdiri daripada

gula, kanji dan beberapa selulosa. Ia berfungsi untuk menyediakan tenaga,fungsi otak dan

memastikan organ-organ berfungsi. Selain itu, ia juga penting untuk kesihatan usus dan

penyingkiran bahan toksik. Kekurangan pengambilan karbohidrat boleh menjadikan

seseorang itu lemah dan tidak sihat.

Seterusnya, daging dan ikan mengandungi suatu kelas makanan yang dipanggil

protein. Protein diperlukan untuk pertumbuhan dan menggantikan sel-sel yang rosak. Unit

asas bagi protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Asid amino digabungkan

melalui beberapa ikatan peptida. Apabila dua asid amino digabungkan, maka satu dipeptida

akan terbentuk. Selain itu, tiga atau lebih amino asid yang bergabung akan membentuk

polipeptida. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan.

Protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Apabila protein didedahkan kepada haba, protein akan mengalami proses denaturisasi,

merubah sifat dan bentuknya serta fungsinya juga terhapus. Penyakit kwashiorkor

disebabkan oleh kekurangan pengambilan protein oleh seseorang itu.

Lemak merupakan bahan organik. Lipid adalah lemak dalam bentuk cecair. Lemak

juga menyediakan dua kali ganda nilai kalori daripada karbohidrat. Molekul lemak paling

ringkas diperbuat daripada satu molekul gliserol dan tiga molekul asid lemak digabungkan

bersama. Lemak merupakan kelas makanan yang penting kepada manusia kerana ia

merupakan sumber tenaga yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Selain itu,

lemak juga berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan.

Namun begitu, pengambilan lemak perlu dikawal kerana ia boleh membawa kepada

masalah kegemukan melampau yang dipanggil sebagai obesiti.

Page 2: Tutorial 1 - Kelas Makanan

Vitamin tidak bertindak sebagai sumber tenaga, seperti karbohidrat, protein dan

lemak, tetapi mereka adalah komponen penting yang membantu badan untuk membesar

dan berfungsi secara optimum. Tiga belas jenis vitamin akan membantu meningkatkan

imuniti badan, menguatkan tulang, meningkatkan daya penglihatan dan membantu

mendapatkan tenaga daripada makanan. Pemakanan yang mengandungi variasi seperti

sayur-sayuran, buah-buahan, gandum, daging dan ikan dapat membantu kita untuk

mendapat vitamin-vitamin yang diperlukan. Kekurangan pengambilan vitamin boleh

menyebabkan kita lebih berisiko untuk diserang penyakit jantung, kanser dan osteoporosis.

Air sangat penting kepada hampir semua organisma hidup. Satu pertiga daripada

jisim manusia merupakan air. Air memberi sokongan kepada haiwan akuatik, membantu

gamet untuk merentasi persekitaran berair, menyejukkan badan melalui peluh dan air mata

juga diperbuat daripada air. Air ialah bahan bukan organik yang mempunyai formula kimia

H2O. Dalam sendi manusia juga terdapat air, jadi geseran antara permukaan tulang dapat

dikurangkan.

Seterusnya, serat terdiri daripada selulosa yang berasal daripada dinding sel

tumbuhan. Ia merupakan sejenis karbohidrat kompleks tetapi tidak seperti karbohidrat yang

lain, yang dihadam oleh badan kita tetapi serat tidak boleh dihadam oleh manusia. Serat

boleh didapati daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran. Terdapat dua jenis serat

iaitu serat larut air dan serat tidak larut air. Serat membantu makanan untuk melepasi salur

makanan seterusnya mengelakkan sembelit. Serat juga dapat merendahkan paras kolestrol

dalam darah seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser kolon.

Kadar gula dalam darah juga menjadi tidak stabil dan mempunyai masalah pencernaan jika

tidak mendapat serat dalam kuantiti yang diperlukan.

Akhir sekali, kita perlu mengambil pemakanan yang seimbang dan mengamalkan

gaya hidup yang aktif. Salah satu cara yang mudah dan disyorkan ialah makan mengikut

piramid makanan kerana para saintis telah mengkaji keperluan manusia terhadap kelas-

kelas makanan ini dalam kuantiti tertentu. Banyak penyakit berpunca daripada kekurangan

pengambilan sesetengah kelas-kelas makanan ini. Oleh itu, kita perlu merancang

pemakanan kita secara berhemah agar tidak mendatangkan mudarat kepada kita.

Page 3: Tutorial 1 - Kelas Makanan

Rujukan

Balachandran, N. T. (2012). Ekspres Biologi Tingkatan 4. Johor Bahru, Johor, Malaysia:

Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.

Ching, L. (2008). Complete Text and Guide SPM Bilingual Biology Form 4. Shah Alam,

Selangor, Malaysia: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Cespedes, A. (2015, May 8). Why Are Vitamins Important to Your Body? Diperolehi daripada

Live Strong: http://www.livestrong.com/article/271425-why-are-vitamins-important-to-

your-body/

Mifsud, J. (2006, February 22). Biology Form Notes. Diperolehi daripada Skola:

http://schoolnet.gov.mt/liceovassalli/mav/resources/Biology/Form%204%20-

%20Biology%20Notes.pdf

SkillsYouNeed. (2012, December 15). What is Fibre? Diperolehi daripada Skills You Need:

http://www.skillsyouneed.com/ps/fibre.html