Tutorial 19.doc

8
Tutorial 19 ( 27/1/2010 ) PETA ( 2 ) Peta mewakili sesuatu tempat yang sebenar. Melibatkan penggunaan simbol untuk menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budaya. Ciri-ciri fizikal semula jadi seperti sungai, bukit, gunung, laut, paya dan sebagainya. Ciri-ciri budaya – buatan manusia seperti petempatan, jambatan, jalan raya dan sebagainya. PETA BERGAMBAR 1. Peta yang menggunakan gambar untuk menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budayanya. 2. Peta bergambar sangat menarik dan mudah difahami oleh orang ramai. 3. Peta pelancongan merupakan satu daripada peta bergambar. 4. Menggunakan 3 jenis simbol iaitu : a) Simbol bergambar – lukisan yang menggambarkan tempat pelancongan.

Transcript of Tutorial 19.doc

Page 1: Tutorial 19.doc

Tutorial 19 ( 27/1/2010 )

PETA ( 2 )

Peta mewakili sesuatu tempat yang sebenar.

Melibatkan penggunaan simbol untuk menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budaya.

Ciri-ciri fizikal – semula jadi seperti sungai, bukit, gunung, laut, paya dan sebagainya.

Ciri-ciri budaya – buatan manusia seperti petempatan, jambatan, jalan raya dan sebagainya.

PETA BERGAMBAR

1. Peta yang menggunakan gambar untuk menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budayanya.

2. Peta bergambar sangat menarik dan mudah difahami oleh orang ramai.

3. Peta pelancongan merupakan satu daripada peta bergambar.

4. Menggunakan 3 jenis simbol iaitu :

a) Simbol bergambar – lukisan yang menggambarkan tempat pelancongan.

b) Simbol huruf – diwakili oleh huruf A, B, C dan seterusnya.

c) Simbol angka – terdiri daripada angka 1, 2, 3 dan seterusnya.

5. Simbol ini dapat dirujuk kepada petunjuk simbol peta bergambar.

6. Contoh ciri – ciri budaya(buatan manusia) yang terdapat dalam peta bergambar :

a) Hotel b) Jeti

c) Resort d) Padang Golf

e) Pelabuhan f) Kota Bersejarah

g) Jambatan h) Jalan raya

i) Kawasan Pertanian i) Pusat Membeli Belah

j) Dan Lain-Lain

Page 2: Tutorial 19.doc

Peta Pelancongan Dengan Simbol HURUF Dan ANGKA

Tempat-Tempat Pelancongan di Pulau Pangkor

Contoh ciri-ciri budaya :

a) Jeti Pangkor Laut / Jeti Pangkor / JetiSungai Pinang Kecil / Jeti Lumutb) Kota Belandac) Golf Coursed) Kelab Pelayaran Antarabangsae) Kelab Diraja Teluk Rubiahf) Pan Pasific Resortg) Beach Huts Hotelh) Rumah Api

Page 3: Tutorial 19.doc

Soalan 1 hingga 4 berdasarkan peta di bawah.

1. Antara berikut, ciri fizikal yang digambarkan dengan simbol huruf ?

I Lembah Bujang II Tasik Pedu

III Tasik Muda IV Mata Air Ulu Legong

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

Jawapan : D

( Rujuk nota )

Page 4: Tutorial 19.doc

2. Kedua-dua tempat di atas digambarkan dengan simbol ...

A. angka B. huruf C. gambar D. fizikal

Jawapan : B

( Rujuk nota )

3. Apakah ciri-ciri fizikal yang dapat anda lihat sekiranya anda menaiki kereta dari Bukit Kayu Hitam ke Sungai Petani melalui Lebuh Raya Utara-Selatan ?

I Pulau Langkawi II Gunung Keriang

III Air Terjun Puncak Janing IV Gunung Jerai

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

Jawapan : C

( Rujuk nota )

4. Sekiranya Alor Setar dijadikan titik rujukan, arah Mata Air Ulu Legong ialah ...

A. Barat laut B. Timur laut C. Tenggara D. Barat daya

Jawapan : C

( Rujuk nota )

5. Di manakah pelancong boleh melihat kesan-kesan sejarah di negeri Kedah ?

A. Air Terjun Lata Bayu B. Bukit Kayu Hitam

C. Lembah Bujang D. Pantai Merdeka

Jawapan : C

( Rujuk nota )

Pekan Rabu Lembah Bujang

Page 5: Tutorial 19.doc

6. Apakah simbol yang mewakili Pedu Golf & Lake Resort ?

A. Huruf B. Angka C. Gambar D. Singkatan

Jawapan : B

( Rujuk nota )

Soalan 7 hingga 10 berdasarkan peta di bawah.

7. Antara berikut manakah cirri budaya yang terdapat pada peta Selangor ?

I Sunway Lagoon II Mines Wonderland

III Muzium Negara IV Pulau Ketam

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

Jawapan : A

( Rujuk nota )

Page 6: Tutorial 19.doc

8. Berikut merupakan cirri fizikal yang terdapat dalam peta tersebut kecuali ...

A. Pantai Morib B. Batu Caves C. Zoo Negara D. Pantai Morib

Jawapan : C

( Rujuk nota )

9. Antara ciri fizikal berikut, yang manakah terdapat di daerah Hulu Langat ?

A. Muzium Negara B. Air Terjun

C. Pantai Morib D. Batu Caves

Jawapan : B

( Rujuk nota )

10. Kelip-Kelip Kg. Kuantan merupakan tempat pelancongan yang terletak di daerah ...

A. Kuala Selangor B. Kuala Langat

C. Gombak D. Sepang

Jawapan : A

( Rujuk nota )