Tutorial 8&12
description
Transcript of Tutorial 8&12
Tutorial 8
Nama ahli: Mohd Nor bin Mat Rahim
Noraini binti Anur
Nurul Mardhiah binti Mohamad
Thaatchayani A/P Muralle
Enzim memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Salah satu
daripadanya ialah dalam industri makanan. Bincangkan bagaimana enzim
memainkan peranan dalam industri tersebut. Senaraikan pautan internet yang
berjaya diakses untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
Enzim Fungsi
Amilase Untuk menghilangkan kanji dalam buah-buahan dan koko
semasa pemprosesan jus buah-buahan dan coklat.
Ditambah dalam proses pencairan kanji sebelum
penambahan malt dalam industri alkohol.
Mengurai tepung kanji kepada gula dalam pembuatan ban
dan roti
Lipase Menguraikan lemak dalam makanan seperti daging.
Bertindak balas terhadap lemak susu dalam penyediaan keju
Protease Penyediaan pelembut daging bagi melembutkan daging yang
liat supaya mudah dikunyah.
Membantu menanggalkan kulit ikan dalam industri
pengetinan ikan
Selulase Melembutkan sayur-sayuran dengan mencernakan
sebahagian selulosa sayur itu.
Mengeluarkan kulit daripada bijirin seperti gandum.
Mengasingkan agar-agar daripada rumpai laut dengan
menguraikan dinding sel daun rumpai dan membebaskan
agar-agar yang terkandung dalamnya.
Zimase Terdapat dalam yis dan digunakan dengan meluas dalam
penyediaan minuman beralkohol seperti bir dan wain.
Renin Menggumpal protein susu dalam pengeluaran keju
Laktase Menghasilkan susu tanpa laktosa
Laktase menguraikan laktosa kepada glukosa dan galaktosa
Tripsin &
papain
Mencernakan dan melembutkan daging supaya mudah dan
cepat dimasak
Pektinase Mencernakan protein dalam sel tumbuhan
Menjernihkan dan menambahkan isipadu jus buah-buahan
Rujukan
Enzim. http://lcpang.tripod.com/enzim.htm. Diakses pada 15 April 2012
Kegunaan enzim dalam beberapa industri. http://eddiewejak.blogspot.com. Diakses
pada 15 April 2012
Enzyme used in food industry. http://prof.dr.semih.otles.tripod.com. Diakses pada 15
April 2012
Enzyme used in dairy products. http://biotech.about.com. Diakses pada 15 April 2012
Tutorial 12
Nama ahli: Mohd Nor bin Mat Rahim
Noraini binti Anur
Nurul Mardhiah binti Mohamad
Thaatchayani A/P Muralle
Bincangkan penyesuaian dari segi struktur bagi tumbuhan xerophyte yang
mengurangkan kadar transpirasi.
Adaptasi Keterangan
Bilangan stomata yang kecil Hanya sedikit liang terdedah
kepada proses kehilangan air
melalui transpirasi
Daun yang berbentuk jarum Mengurangkan luas permukaan
yang terdedah kepada proses
transpirasi
Permukaan daun mempunyai kutikel
berlilin
Mengurangkan kehilangan air
melalui transpirasi
Akar yang panjang Menyerap air jauh ke dalam
tanah untuk memastikannya
terus hidup
Mempunyai akar superficial Membentuk lanjatan luas di
permukaan tanah untuk
menggunakan air hujan
Mempunyai daun yang berbulu Memerangkap wap air di antara
daun untuk merendahkan
kecerunan resapan seterusnya
mengurangkan kadar
kehilangan air