Tutorial B&KKK
-
Upload
jacquen-wen -
Category
Documents
-
view
35 -
download
5
description
Transcript of Tutorial B&KKK
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
TUTORIAL BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Pensyarah :En. Meor Shaharuddin
Disediakan oleh :Jacquan Tanius
Jecqveline Paulus
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
Soalan : No 13
a)Banding beza di antara konsep bimbingan dan kaunseling dari perspektif Islam dan Barat. Gunakan penyusunan grafik untuk memaparkan perbezaan ini.
b)Buat perbandingan antara bimbingan kaunseling dan psikoterapi.
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
PERSPEKTIF BARAT ASPEK PERSPEKTIF ISLAM
• Membantu individu bersikap lebih terbuka terhadappengalaman mereka dan seterusnya akan dapat menerima orang lain. (Rogers, C.R 1951)
Konsep •suatu proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam keadaan suasana yang harmoni, penuh kesedaran dan saling memahami (Aziz Salleh, 1996).
•menolong klien mengesan halangan-halangan dan mengenalpasti bakat serta kebolehan agar dapat hidup dengan lebih sempurna
Objektif Kaunseling
• klien memahami hubungan dengan Allah swt, hubungan dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah, tujuan hidup dunia dan matlamat akhir hidup ini.
Banding beza antara konsep bimbingan dari perspektif Barat dan Islam
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
•klien akan menceritakan hal-halnya dari keadaan semasa tentang dirinya sahaja
Ciri-ciri Kaunseling
berkaitan dengan keimanan seseorang (kepercayaan kepada Tuhan, alam akhirat, pahala dosa, syura,neraka dan hari kiamat. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati ‘. (Ali Imran:185)
•Membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti kesejahteraan, pertumbuhan personal, kerjaya, dan patologi.
Kepentingan Kaunseling
1.Pembangunan Roh 2. Pembangunan Akal 3. Pembangunan Hati 4. Pengimbangan Nafsu
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
1.Pembangunan Roh
Pembangunan roh merupakan aspek paling penting dalam kaunseling Islam. Bilamana roh itu sudah mula mengenali Allah, mencintai Allah, mula takut pada Allah, yakin pada Allah dan akur pada segala suruhan dan larangan Allah, maka manusia mula mengetahui apa tujuan hidupnya.
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
Membangunkan akal atau dalam kata lain, pencerahan akal (celik akal) dapat membimbing manusia kepada kemuliaan dan ketinggian darjat sebagai hamba disisi Allah swt. Akal fikiran adalah amanah dan tanggungjawab daripada ALLAH yang tidak dilibatkan kepada makhluk lain dimuka bumi. Akal fikiran dapat membezakan kebenaran dan kebatilan , juga antara petunjuk (hidayah) dan kesesatan .
2. Pembangunan Akal
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
Pembangunan hati bukan sahaja sekadar menumpukan zikir pembaikan hati dan sebagainya, tetapi yang lebih utama adalah membuang dahulu segala kekotoran yang lahir dari dosa dan maksiat yang dilakukan. Hati manusia ibarat bebola kaca yang jernih dan bersinar. Andai ia dikilau dengan cahaya yang benar-benar terang, maka pancarannya akan menjadi semakin menyerlah dan menarik orang lain untuk melihatnya. Hati yang elok berupaya memberi ilham kepada manusia tentang hakikat dirinya dan juga Penciptanya iaitu Allah swt.
3. Pembangunan Hati
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
Mengapa tidak dikatakan penghapusan atau perlupusan nafsu? Ini kerana manusia juga memerlukan nafsu dalam kehidupannya. Nafsu yang diimbang dengan hati yang jernih, ruh yang dibangunkan dan akal yang terpimpin akan mampu membawa manusia kearah kesejahteraan lahiriah dan batiniah.
Contohnya, makan adalah satu aktiviti dalam kehidupan. Andai nafsu jahat yang menguasai nafsu makan, maka kita akan makan secara berlebihan sehingga lahiriah menjadi malas, dan impak yang lebih buruk akan menimpa batiniah sehingga menyebabkan rosaknya hati dan jiwa .
4. Pengimbangan nafsu
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
Perbandingan antara bimbingan, kaunseling dan
psikoterapi.
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
Gladding (2003) menjelaskan perbezaan ketara antara bimbingan dan kaunseling ialah bimbingan berfokus kepada membantu individu memilih apa yang paling mereka inginkan dan hargai. Manakala, kaunseling perlu berfokus kepada membantu klien untuk berubah.
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
Cottone dalam Rickey (1995) pula membezakan kedua-dua faktor ini dari aspek jenis klien, seting tempat, perbezaan matlamat dan keseriusan yang dihadapi oleh klien.
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
BIMBINGAN KAUNSELING PSIKOTERAPI
Mohamed Mansor Abdullah dan Siti Nordinar Mohd Tamin (1996) bimbingan merupakan bantuan yang diberikan kepada individu yang bertujuan untuk mengembangkan pemahaman terhadap diri sendiri dan juga terhadap sesuatu di persekitarannya.
Shertzer dan Stone (1974) dalam Abdul Ghani Sulaiman (2003) menegaskan bahawa kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu ini memahami diri dan situasinya.
Mahmood Nazar Mohamed (2001), menyatakan kaedah terapi jiwa atau lebih dikenali dengan nama psikoterapi membawa erti rawatan kecelaruan jiwa dan tingkah laku menggunakan kaedah psikologi.
ASPEK : DEFINISI
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
BIMBINGAN KAUNSELING PSIKOTERAPIProses bantuan kepada individu ke arah pengetahuan , pemahaman, dan kemahiran
Proses interaksi antara kaunselor terlatih dengan klien yang mengalami kekeliruan kepada memahami diri dan persekitaran
Proses rawatan psikologi yang dijalankan oleh pakar kepada pesakit ke arah perubahan persepsi terhadap dunia realiti
ASPEK : KONSEP ASAS
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
BIMBINGAN KAUNSELING PSIKOTERAPIMemberi nasihat, panduan dan pengajaran kepada pelajar yang memerlukan
Mengatasi dan menangani kekeliruan, kebuntuan, dan kekusutan fikiran dan perasaan klien
Memulihkan kekeliruan, kecelaruan mental dan emosi dalam pembentukan semula jiwa
ASPEK : MATLAMAT
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
BIMBINGAN KAUNSELING PSIKOTERAPI
• Masa yang singkat dan ringkas
• Satu hingga lapan sesi
•Lebih daripada 6 bulan
ASPEK : TEMPOH
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
BIMBINGAN KAUNSELING PSIKOTERAPI
•Masalah peribadi, akademik, keluarga, kerjaya, hubungan interpersonal
•Masalah peribadi, akademik, keluarga, kerjaya, hubungan interpersonal
•Masalah neorosis dan psikosis
ASPEK : JENIS MASALAH
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
BIMBINGAN KAUNSELING PSIKOTERAPI
•Kaedah pengajaran dan nasihat
•Kaedah perbincangan dan pendidikan
•Kaedah rawatan
ASPEK : KAEDAH
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
BIMBINGAN KAUNSELING PSIKOTERAPI
Guru biasa, guru mata pelajaran, guru bimbingan dan kaunseling
Guru bimbingan dan kaunseling, pakar psikologi kaunseling
•Kaunselor menurut Brems (2001) adalah seorang yang mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang kaunseling
Pakar psikologi kaunseling klinikal psikatris, psikonalisis
•Mahmood Nazar (2001), pakar psikoterapi mempunyai Ijazah Kedoktoran (ph.D.) dalam bidang psikologi.
ASPEK : PIHAK PROFESIONAL
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
BIMBINGAN KAUNSELING PSIKOTERAPI
Individu, kelompok kecil atau besar
Individu, kelompok kecil
Individu yang mengalami masalah psikologi
ASPEK : SASARAN
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
BIMBINGAN KAUNSELING PSIKOTERAPI
Sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi
Sekolah,kolej, institusi pengajian tinggi, pejabat, kilang
Hospital, klinik, pusat perubatan
ASPEK : SETING
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kaunseling menurut pandangan barat lebih berfokus kepada perubahan jasmani dan Islam lebih berfokus kepada perubahan rohani dan secara menyeluruh. Manakala bimbingan, kaunseling dan psikoterapi pula, dapat disimpulkan bahawa dalam psikoterapi terdapat elemen kaunseling dan bimbingan, dalam kaunseling terdapat elemen bimbingan tetapi dalam bimbingan tiada elemen psikoterapi dan kaunseling. Hal ini bermakna, ketiga-tiga elemen ini saling berkait.
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
Abdul Ghani Sulaiman. (2003). Kemahiran Asas Kaunseling. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Aziz Salleh. (1996). Kaunseling Islam Asas. Kuala Lumpur: Utusan Publications
Brems. (2001). Basic skills in Psychotheraphy and Counseling. Australia: Thomas Learning
George, Rickey L. (1995). Counseling: Theory and Practice. Boston: Allyn and Bacon
Gladding, N.C (2003). Group Work: A Counseling Specialty. Upper Saddle River, NJ: Merrill
Mahmood Nazar Mohamed. (2001). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
RUJUKAN
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak 2015
Mohamed Mansor Abdullah dan Siti Nordinar Mohd Tamin. (1996). Kaunseling Kelompok. Skudai Johor: Universiti Teknologi Malaysia
Rogers, C.R (1951). Client Centered Theraphy . Boston: Houghton Mifflin
Terjemahan Al-quran Tajwad Rasm uthmani dalam bahasa melayu