Tutorial Minggu 3 EDU

8
EDU 3108 Tutorial 3 – Forum Kebelakangan ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita. Samada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan professional. Antara bidang professional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain-lain. Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Sehubungan itu, kita ingin membicarakan isu ini secara lebih ilmiah. Pengerusi : Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para hadirin yang setia berada di dewan ini . Tajuk isu pada pagi ini ialah Keruntuhan Etika Guru Di Malaysia”. Seseorang guru yang melanggar etika ialah mereka yang tidak berpegang prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seorang individu atau sesuatu kumpulan. Mereka tidak beretika atau tidak berpegang kepada etika, berakhlak, bermoral dan sebagainya.

description

Tutorial Minggu 3 EDU

Transcript of Tutorial Minggu 3 EDU

Page 1: Tutorial Minggu 3 EDU

EDU 3108 Tutorial 3 – Forum

Kebelakangan ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita. Samada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan professional. Antara bidang professional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain-lain.

Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.

Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Sehubungan itu, kita ingin membicarakan isu ini secara lebih ilmiah.

Pengerusi :

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para hadirin yang setia berada di dewan ini . Tajuk isu pada pagi ini ialah “Keruntuhan Etika Guru Di Malaysia”. Seseorang guru yang melanggar etika ialah mereka yang tidak berpegang prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seorang individu atau sesuatu kumpulan. Mereka tidak beretika atau tidak berpegang kepada etika, berakhlak, bermoral dan sebagainya.

Bagi membincangkan isu yang dikemukakan pada pagi ini, mari kita menjemput kehadiran dua orang tetamu yang dihormati untuk berkongsi pengalaman atau isu guru yang melanggar etika keguruan di dalam kawasan sekolah mereka. Tetamu pertama yang duduk di sebelah kiri saya ialah Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan © Voon Hwa Papar, Puan Tan Fooi Sang. Manakala tetamu di sebelah kanan saya ialah guru berpengalaman yang menceburi dalam bidang pendidikan selama 30 tahun, Puan Ling Pick Ling.

Puan Tan, apakah perkara-perkara yang puan ingin berkongsi dengan kita tentang isu guru melanggar etika keguruan yang amat hangat kebelakangan ini?

Puan Tan Fooi Sang :

Terima kasih saudari pengerusi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa isu seperti ini semakin meningkat setahun demi setahun. Merujuk kepada berita- berita semasa, banyak isu-isu yang melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika profesion perguruan sekarang ini. Antara isu-isu hangat adalah seperti guru mendera murid hingga mati, guru

Page 2: Tutorial Minggu 3 EDU

disyaki rogol murid, guru mencabul 12 murid, guru kena rotan dan dipenjara 36 tahun kerana kesalahan merogol murid 11 tahun. Itu saja yang saya ingin kongsikan.

Pengerusi :

Terima kasih Puan Tan. Setiap isu yang berlaku memang ada sebab-sebab dibelakangnya. Begitu juga dengan isu guru melanggar etika keguruan. Mari kita mendengar pandangan daripada Puan Ling. Puan Ling, apakah pandangan puan tentang sebab-sebab berlakunya ketidakpatuhan etika keguruan?

Puan Ling Pick Ling :

Terima kasih saudari pengerusi. Saya memberikan salah satu contoh laporan akhbar yang ditulis oleh Mohd Fauzi Abdullah dalam Harian Metro iaitu guru-guru yang berjauhan dengan isteri mereka dan kesepian, seorang guru gagal mengawal nafsu hingga tergamak merogol pelajarnya yang berusia 15 tahun. Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun. Guru seperti yang disebutkan di atas sememangnya mementingkan kehendak dan kepuasan diri tanpa memikirkan nilai sahsiah dan moral yang sepatutnya dimiliki oleh seorang guru.

Tambahan pula, terdapat satu berita dari Berita Harian yang melaporkan bahawa seorang murid bernama Mohd. Khairil pecah gegendang telinga ditampar oleh guru. Kejadian ini berlaku disebabkan Mohd. Khairil mengundang kemarahan guru dan mengakibatkan guru itu tidak dapat mengawal emosi dan terus menampar murid tersebut. Akhirnya, guru itu telah melanggar etika keguruan.

Pengerusi :

Terima kasih Puan Ling. Selain daripada isu-isu yang kita bincangkan, terdapat dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang. Menurut Puan Tan, beliau pernah mengurus isu seperti ini semasa berkhidmat di sebuah sekolah rendah sebelum ini. Marilah kita mempersilakan Puan Tan untuk berkongsi pengalaman beliau. Silakan Puan Tan.

Puan Tan Fooi Sang :

Berdasarkan pengalaman saya semasa berkhidmat di sekolah rendah dulu, contoh-contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah seperti guru yang tidak menepati masa memasuki kelas,  guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari “facebook”, ber “chatting”, bergosip, melepak di

Page 3: Tutorial Minggu 3 EDU

kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi.

Pengerusi :

Jadi, bagaimana puan mengatasi masalah tersebut pada masa itu?

Puan Tan Fooi Sang :

Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru–guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adalah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir  juga perlu berusaha mengenalpasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru–guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

Kedua, rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan–rakan yang bermasalah, memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya. 

Inilah cara-cara untuk mengatasi isu-isu penyalahgunaan masa dalam kalangan guru.

Pengerusi :

Terima kasih cadangan daripada Puan Tan tadi. Baiklah, marilah kita bincang isu-isu penyalahgunaan wang dalam kalangan guru. Puan Ling, bolehkah puan berkongsi isu ini bersama kita?

Puan Ling Pick Ling :

Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa. Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lain, penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian, mengemuk akan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan sebagainya.

Page 4: Tutorial Minggu 3 EDU

Pengerusi :

Jadi, bagaimana puan mengatasi masalah tersebut pada masa itu?

Puan Ling Pick Ling :

Pertama, pihak pentadbir perlu  mempertingkatkan lagi sistem pemantauan dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah.

Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang-undang, peraturan kewangan, pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap.

Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermunasabahah diri dan hidup mengikut kemampuan.

Pengerusi :

Terima kasih cadangan daripada Puan Ling Pick Ling. Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu-isu pelanggaran kod etika keguruan di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan mosal insan dan masa depan anak bangsa.

Tadi kita sudah berbincang isu-isu pelanggaran kod etika keguruan di sekolah. Jadi, apakah kemungkinan-kemungkinan yang berlaku kepada seorang guru yang gagal mematuhi etika, akauntabiliti dan integriti? Marilah kita mendengar pandangan daripada Puan Tan. Silakan Puan Tan.

Puan Tan Fooi Sang :

Terima kasih saudari pengerusi. Pada pandangan saya, guru yang telah melakukan kesalahan yang serius seperti merogol telah mengakibatkan sahsiahnya kelihatan amat rendah, pembangunan sahsiah guru terbabit akan dikategorikan sahsiah yang negatif walaupun dia seorang guru yang berkaliber dan berjasa. Moralnya akan menjadi persoalan dan akan diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat serta mendapat cemuhan.

Page 5: Tutorial Minggu 3 EDU

Guru yang terbabit juga menjatuhkan nama baik dan maruah individu lain dan mewujudkan budaya kerja yang tidak ikhlas. Kesalahan ini boleh melumpuhkan seseorang guru itu untuk maju ke hadapan. Hubungan guru dengan majikan dan rakan sekerja akan bertambah merosot. Akhirnya, guru itu akan dibuang dari perkhidmatannya atau digantung kerja sekiranya melibatkan kesalahan yang terlalu besar.

Pengerusi :

Terima kasih pandangan Puan Tan Fooi Sang. Sebelum kita menamatkan sesi berbicara, saya ingin berkongsi tentang sebuah badan autonomi yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 4 Mac 2004 yang bernama “Institut Integriti Malaysia” (IIM). IIM ditubuhkan sebagai agensi penyelaras dan pemantau pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan objektif utama IIM ialah untuk membangunkan sebuah Negara Malaysia yang berintegriti,berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat.

Antara peranan yang dipikul oleh IIM ialah:

a. Mengendalikan penyelidikan berkaitan dengan integriti institusi dan masyarakat.

b. Menganjurkan persidangan, seminar dan forum.

c. Menghimpunkan pendapat pelbagai sektor mengenai kemajuan atau halangan kepada pelaksanaan integriti.

d. Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan bercetak, mengubal dan melaksanakan program-program latihan dan pendidikan.

e. Mengemukakan perakuan-preakuan dasar bagi peningkatan integriti dan etika.

f. Memberikan khidmat nasihat kepada kerajaan mengenai program-program dan strategi-strategi bagi meningkatkan integriti.

g. Mewujudkan jaringan dengan organisasi antarabangsa bagi membolehkan peranan dan sumbangan IIM diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Demikianlah pandangan-pandangan daripada tetamu kita pada kali ini. Semoga segala maklumat yang diperoleh dalam dewan ini memberi banyak kesedaran kepada kita. Yang dapat disimpul ialah, guru yang mematuhi kod etika dapat mendatangkan pembangunan dalam pendidikan. Oleh itu, guru haruslah menyedari tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik.