Tutorial minggu 5

7
Hubungan Etnik (WAJ 3062) - Tutorial Minggu 5 Menganalisis perkembangan modenisasi di Malaysia dan luar negara Pengenalan Modenisasi di Malaysia 1. Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kedatangan penjajah British. 2. Malaysia mencontohi jejak langkah pengalaman modenisasi di Eropah Barat. 3. Malaysia mencapai matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat perindustrian. Perubahan yang dialami oleh suatu masyarakat berlangsung secara: Berencana Modenisasi Suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat telah dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuhi oleh semua bangsa atau negara. Tidak Berencana Pembaratan Suatu proses peniruan gaya hidup barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana Modenisasi Satu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan dalam masyarakat, yang perlu ditempuh oleh semua bangsa atau negara. secara berencana tidak berencana

Transcript of Tutorial minggu 5

Page 1: Tutorial minggu 5

Hubungan Etnik (WAJ 3062) - Tutorial Minggu 5

Menganalisis perkembangan modenisasi di Malaysia dan luar negara

Pengenalan

Modenisasi di Malaysia

1. Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kedatangan penjajah British.

2. Malaysia mencontohi jejak langkah pengalaman modenisasi di Eropah Barat.

3. Malaysia mencapai matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah

masyarakat perindustrian.

4. Bagi mencapai tujuan, pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan

prasarana ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.

Matlamat modenisasi di Malaysia

Mewujudkan masyarakat perindustrian.

Perubahan yang dialami oleh suatu masyarakat berlangsung secara: 

Berencana

ModenisasiSuatu proses transformasi

atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat

telah dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuhi

oleh semua bangsa atau negara.

Tidak Berencana

PembaratanSuatu proses peniruan gaya hidup barat yang

tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana

Modenisasi

Satu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan dalam masyarakat, yang perlu ditempuh oleh semua bangsa atau negara.

secara berencana

tidak berencana

Page 2: Tutorial minggu 5

Komponen Ekonomi:

Pembangunan Ekonomi, Perindustrian, Kadar Pertumbuhan dan Peningkatan Kualiti

Hidup.

1) Malaysia menumpukan kepada peningkatan prasarana ekonomi, pembangunan

pertanian dan industri gentian import.

2) Pada akhir tahun 1960-an, pembangunan ekonomi berasaskan kepada pembanguan

teknologi dan peralihan daripada industri gantian import kepada industri

berorientasikan eksport.

3) Menjelang tahun 2000-an, Malaysia memberikan perhatian kepada pembangunan

ekonomi berteraskan k-ekonomi (ekonomi berteraskan kepada ilmu).

4) Kadar pembangunan ekonomi Malaysia tidak sahaja diukur berdasarkan kepada

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi juga kualiti hidup rakyat yakni

penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.

Ekonomi Malaysia

1) Dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial.

2) Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modal asing dibawa masuk oleh

British.

3) Perkembangan ekonomi dunia memerlukan bahan mentah dan menyebabkan

pembukaan lombong bijih timah dan ladang getah.

4) Buruh dibawa masuk.

5) Kemajuan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan bekalan air dan

elektrik.

Komponen Politik:

Pembinaan Negara Bangsa; Dasar Awam; Penilaian Pencapaian Dasar Awam;

Integrasi Nasional

Proses migrasi dan penjajahan telah menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa

yang sempadan wilayahnya terdiri daripada gabungan daerah yang berbeza, gabungan

bangsa yang berbeza, gabungan kerajaan berbeza sehingga menghasilkan konsep

pembinaan negara bangsa yang berbeza.

Page 3: Tutorial minggu 5

Modenisasi di luar Negara

Konsep dan proses modenisasi bermula di Eropah Barat akibat daripada 2 revolusi

besar:

Secara umumnya, modenisasi di Eropah Barat yang dipacu oleh 2 perkembangan

besar ini telah melimpah ke dunia ilmu pengetahuan dan maklumat.

Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada 2 sudut. Pertama, sudut falsafah yang

berkaitan dengan pemahaman tentang kemajuan atau evolusi, yang akhirnya melahirkan

pelbagai teori sosial tentang perubahan sosial. Dalam hal ini, teori evolusi merupakan teori

yang sangat berpengaruh dalam perbincangan tentang kemajuan masyarakat.

Evolusionisme berkaitan dengan gagasan bahawa perkembangan negara miskin ke arah

menjadi masyarakat moden ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, sehingga dapat

diramalkan.

Teori evolusi berpijak atas gagasan bahawa terdapat semacam ketentuan atau arah

yang bersifat sehala (unilinear) dalam perkembangan kebudyaan manusia, yang berjalan

melalui tahap-tahap tertentu. Semua masyarakat yang dikenali diberi tempat dalam suatu

skala tahap perkembangan, daripada yang dianggap tidak bertamadun sehinggalah kepada

yang moden. Namun demikian, dalam teori evolusi juga muncul gagasan bahawa evolusi itu

tidak semestinya bersifat sehala tetapi mungkin juga bersifat banyak hala (multilinear), iaitu

boleh mengalami perkembangan yang bersifat khusus sesuai dengan keadaan masing-

masing.

Kedua, sudut praktikal atau kenyataan yang merujuk kepada kemajuan yang dicapai

di Eropah Barat. Kemajuan ini bertitik tolak daripada berlakunya kemajuan sains dan

teknologi yang akhirnya mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam

sekitar. Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi, masyarakat di Eropah Barat mula

mencari cara untuk menguasai alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan. Aspek

yang menonjol dalam proses tersebut ialah penggantian teknik produksi daripada cara-cara

tradisional yang menggunakan tenaga haiwan kepada cara-cara moden yang menggunakan

jentera. Manifestasi proses ini pertama kali muncul di Britain pada abad ke-18, dan disebut

sebagai Revolusi Perindustrian.

Revolusi Perancis:

Mengubah sistem politik feudal Eropah Barat.

Revolusi Perindustrian:

Mengubah sistem ekonomi Eropah Barat.

Page 4: Tutorial minggu 5

Secara ringkas, dapat dikatakan bahawa matlamat modenisasi di Eropah Barat

adalah untuk mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden. Matlamat tersebut dicapai

dengan cara meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat melaksanakan

industrialisasi. Industrialisasi kemudiannya dilihat sebagai satu cara untuk meningkatkan

perekonomian dan kemakmuran negara,yang dapat diukur dengan kaedah-kaedah

perhitungan ekonomi seperti kadar pertumbuhan ekonomi dan Keluaran Dalam Negara

Kasar (KDNK).

Menghubungkaitkan pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia

Ekonomi Malaysia zaman Penjajahan

Latarbelakang

Penjajahan British merubah lanskap ekonomi Tanah Melayu dari pertanian sara diri kepada ekonomi komersilModal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modal asing yang dibawa masuk British untuk sektor ekonomi yang sedang berkembangPerkembangan ekonomi dunia yang memerlukan kepada bahan mentah mempengaruhi ekonomi Tanah MelayuKedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah menarik minat kuasa besar untuk menjajah dan membuka lombong bijih timah dan ladang getahBuruh dibawa masuk dari China dan India untuk bekerja di sektor berkenaanKemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan bekalan air dan eletrik kesan dari kemajuan ekonomi yang berlaku

Page 5: Tutorial minggu 5

Ekonomi Malaysia Selepas Merdeka

Identifikasi Kaum Mengikut Penempatan dan Pekerjaan

Penjajah British mementingkan jaminan jentera ekonomi dapat bergerak cekap dan teratur. Oleh demikian keadaan struktur dan ekonomi sedia ada dikekalkan dan tidak diganggu.Dasar Pecah dan Perintah antara kaum dari segi penempatan menyebabkan bukan Melayu dapat melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan ekonomi manakala Melayu kekal di luar bandar

Ketidakseimbangan Ekonomi Antara Kaum

Dasar Pecah dan Perintah menyebabkan orang Melayu terpisah dari arus ekonomi moden dan kekal menjalankan ekonomi tradisionalKegiatan ekonomi moden tertumpu di pantai barat kerana terdapat kemudahan pengangkutan yang baik – menyebabkan ekonomi tradisional terpinggir.Jurang Kemiskinan antara kaum semakin meluas menyebabkan masalah ketidakseimbangan ekonomi antara Melayu dan bukan MelayuHalangan Sektor Ekonomi Tradisional dari sudut tiada galakan dari penjajah serta kurang kemudahan asas menyebabkan sektor ini tidak berkembang maju, mengalami kelembapan, produktiviti serta kadar pendapatan yang rendah

Ekonomi Malaysia Selepas Merdeka

Mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan, tekstil, dan getah.Pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport.Menjelang 2000an, Malaysia mula memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8%-9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an.Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur melalui KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup. Kualiti hidup rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.

Page 6: Tutorial minggu 5

Pertumbuhan dan Agihan

Kepesatan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi menyebabkan isu agihan

kekayaan atau pendapatan berlaku di negara kita. Di Malaysia, isu agihan pendapatan

dapat dilihat dari 2 sudut:

I. Kelas sosial yang berbeza (kelas atasan, menengah dan bawahan)

II. Kelompok etnik yang berbeza (Melayu, Cina, India dan lain-lain)

Masyarakat Cina dianggap sebagai aset yang terpenting pada zaman penjajahan

British kerana ketekunan mereka serta kebolehan mereka menguasai pelbagai bidang. Dari

satu segi, kejayaan ekonomi masyarakat Cina turut menyumbang terhadap pendapatan

negara kita. Malahan menurut bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad,

masyarakat Cina merupakan pembayar cukai yang tertinggi di Malaysia. Pendapatan ini

penting untuk agenda pembangunan negara.

Dari sudut lain, masyarakat India telah menyumbang tenaga mereka dalam

pembangunan negara terutamanya dalam sektor perladangan getah atau kelapa sawit.

Selain itu, masyarakat India juga memainkan peranan penting dalam penyediaan prasarana

negara khasnya membina jalan raya dan jalan kereta api. Mereka telah digunakan

sebelumnya oleh British untuk membina jaringan yang menghubungkan pusat ekonomi

seperti lombong atau ladang. Namun perbincangan yang diutarakan oleh kerajaan lebih

menjurus untuk pengagihan yang lebih sama rata baik dari segi identifikasi pekerjaan

mahupun membasmi kemiskinan.

Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan etnisiti di Malaysia sememangnya berkait rapat.Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum.Oleh itu, integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dll.Ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan.