[Type the document subtitle] - Guru Coklat Magmag.gurucoklat.com/download/edisi2.pdfEdisi 2 5 | H a...

11
qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz Guru coklat mag [Type the document subtitle] Edisi 2 Compaq

Transcript of [Type the document subtitle] - Guru Coklat Magmag.gurucoklat.com/download/edisi2.pdfEdisi 2 5 | H a...

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty

uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd

fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx

cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq

wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg

hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc

vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq

wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg

hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc

vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq

wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg

hjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbn

mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert

yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas

dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz

Guru coklat mag

[Type the document subtitle]

Edisi 2

Compaq

Edisi 2

2 | H a l a m a n

Usahawan Muda United Kingdom, Louis Barnett 3

Tips seimbangkan rasa manis coklat 5

Resipi Peanut Butter Almond Crunchy 6

Facebook Timeline - Medium untuk mencipta jenama coklat anda 8

Edisi 2

3 | H a l a m a n

Louis Barnett ialah usahawan coklat

termuda di United Kingdom (UK). Beliau

telah memulakan perniagaan coklat jenama

beliau iaitu Chokolit sejak beliau berusia 12

tahun (Kini beliau telah berusia 20 tahun).

Kehidupan beliau sebenarnya tidak seperti

kanak-kanak normal yang lain. Ketika

berusia 11 tahun, beliau telah mengidap penyakit kehilangan memori jangka pendek.

Walaupun sedemikian, ianya tidak mematahkan minat beliau terhadap pembuatan coklat.

Minat beliau terhadap coklat bermula selepas

beliau mendapat permintaan daripada ibu

saudara beliau untuk membuat kek hari lahir

ibu saudara beliau yang ke 50. Kemudian, kek

buatan beliau mendapat permintaan dari pada

ahli keluarga lain dan rakan-rakan. Seterusnya

berkembang menjadi pembekal ke restoran-

restoran tempatan.

Semasa masih lagi membuat kajian untuk menghasilkan keunikkan pada coklat buatan

beliau, beliau dapati kebanyakkan coklat mengandungi minyak kelapa sawit yang mana

beliau berpendapat bahawa penanaman kelapa sawit menjadi penyebab kemusnahan

habitat hutan. Justeru itu, beliau mengeluarkan bahan tersebut dari coklat buatan beliau

yang mana menjadikan coklat jenama beliau (Chokolit) unik berbanding coklat jenama lain.

Kejayaan perniagaan coklat beliau bukan dibangunkan oleh beliau seorang diri tetapi

dibantu oleh ibu dan bapa beliau. Beliau berpendapat bahawa perniagaan perlu

dibangunkan secara berkumpulan dan setiap seorang memainkan peranan masing-masing

dalam menjayakannya.

Edisi 2

4 | H a l a m a n

Pencapaian beliau dalam pembuatan dan perniagaan coklat.

Menerima pingat peringatan Lord Carter untuk

sumbangan cemerlang kepada industri makanan.

Telah dipilih sebagai wakil UK pada simposium St

Gallens di Switzerland.

Diberi penghormatan untuk memberi ucapan

pembukaan di Olimpik belia pertama di Singapura.

Telah menjadi duta pada kebanyakkan badan amal

orang kurang upaya.

Telah berjaya mencapai jualan coklat jenama beliau sebanyak RM151,092.45 (31,000

Pound Sterling) pada 1 petang sempena kempen Save The Children.

Telah dijemput sebagai Chef Selebriti di Mexico.

Coklat jenama beliau (Chokolit) telah di ekspot ke seluruh dunia dan kuantitinya meningkat

setiap tahun.

Kesimpulan

1. Minat yang mendalam terhadap pembuatan coklat perlu ada dalam membangunkan

perniagaan coklat.

2. Walaupun beliau tidak sempurna, beliau mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan

ini perlu ada pada semua usahawan coklat.

3. Kajian terhadap pembuatan coklat perlu dilakukan untuk menghasilkan keunikkan

pada coklat jenama sendiri.

4. Buat satu kumpulan perniagaan yang mana setiap seorang memainkan peranan

masing-masing untuk membangunkan perniagaan yang berjaya.

Edisi 2

5 | H a l a m a n

Kadang kala kita rasakan sesuatu coklat

tersebut terlalu manis apabila dicampurkan

dengan bahan lain. Dan ada juga yang terasa

terlalu pahit. Jadi, bagaimana cara untuk

menjadikan rasa coklat tersebut seimbang dan

tidak terlalu manis atau pahit? Ada beberapa tips

saya akan kongsikan bersama anda pada GC Mag

edisi kali ini. Teruskan membaca.

Tips seimbangkan rasa manis coklat.

1. Kaji rasa bahan lain yang digunakan bersama coklat.

Sesetengah coklat, kita akan gunakan bahan lain bersamanya seperti filling dan

caramel. Kaji rasa bahan tersebut dahulu. Jika ianya terlalu manis, kita gunakan

bersama coklat gelap. Jika rasa manis bahan tersebut sedang-sedang sahaja,

mungkin sesuai digunakan bersama coklat susu.

2. Cuba rasa coklat dari jenama yang berbeza.

Sesetengah jenama coklat, coklat susu mereka terlalu manis. Dan coklat gelap juga

terlalu pahit. Banyakkan mencuba rasa coklat jenama yang berlainan untuk

mendapatkan rasa yang ideal.

3. Campurkan coklat susu dan gelap sehingga mencapai takat manis yang sesuai.

Kadang kala coklat susu yang kita beli mempunyai rasa yang terlalu manis. Jadi,

untuk elakkan pembaziran, campurkan coklat gelap bersama coklat susu tersebut

sehingga rasanya menjadi seimbang.

Edisi 2

6 | H a l a m a n

Perkongsian resipi coklat pada edisi kali ini

ialah Coklat Peanut Butter Almond Crunchy.

Resipi ini sebenarnya telah ditulis di Blog Guru

Coklat pada suatu ketika dahulu. Jika anda

pembaca Blog GC, pasti pernah terbaca resipi ini.

Jika anda belum mengetahui lagi resipi ini,

dijemput untuk mencuba resipi ini nanti.

Tentang resipi ini, resipi ini merupakan gabungan coklat Truffle(Coklat berintikan Soft-filling

atau Ganache) dan Praline(Coklat berintikan nut) di mana pada isi tengah coklat tersebut

saya menggabungkan Badam dan Soft-filling Peanut Butter.

Coklat ini ada 3 lapisan. Lapisan yang paling luar ialah coklat Compound/Couverture.

Lapisan kedua ialah inti gabungan Peanut Butter dan Badam. Lapisan terakhir ialah lapisan

Cornflakes yang dikisar dan disalut dengan coklat.

Rasa coklat ini ada rasa pahit-pahit peanut butter, manis berkrim coklat, dan rangup-

rangup cornflakes dan badam. Sangat sedap rasanya.

Bahan – bahan yang diperlukan ialah :

1. Coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan.

2. Badam.

3. Peanut butter.

4. Cornflakes yang telah dikisar.

5. Acuan coklat.

6. Berus mewarna/stik.

Edisi 2

7 | H a l a m a n

Cara – cara membuatnya ialah :

1. Masukkan coklat Compound/Couverture yang telah cair kedalam acuan coklat

sehingga memenuhi 1/3 ruang didalam acuan coklat.

2. Ratakan 1/3 coklat tadi sehingga memenuhi permukaan ruang dalam acuan tadi

dengan menggunakan berus mewarna/stik. (Dibahagian ini akan terhasil kelongsong

coklat.)

3. Masukkan sedikit inti peanut butter ke dalam kelongsong coklat tadi. (Boleh

menggunakan sudu atau piping bag.)

4. Kemudian, masukkan pula badam kedalam peanut butter tadi.

5. Tuangkan semula coklat yang telah cair sehingga memenuhi 2/3 acuan.

6. Hentakkan acuan sehingga memenuhi ruangan bawah acuan.

7. Taburkan Cornflakes yang telah dikisar ke atas permukaan coklat.

8. Tuangkan lagi coklat yang telah cair kedalam acuan sehingga memenuhi acuan.

9. Hentakkan acuan semula.

10. Ratakan permukaan coklat dengan menggunakan perata.

11. Masukkan acuan coklat kedalam peti sejuk selama beberapa minit.

12. Keluarkan acuan dari peti sejuk, dan keluarkan coklat dari acuan.

13. Sedia untuk dihidangkan.

*Gambar coklat yang terhasil

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Edisi 2

8 | H a l a m a n

Pada perkongsian tips perniagaan coklat pada kali ini, saya nak terangkan tentang cara anda

boleh gunakan Facebook Timeline dalam meningkatkan jenama coklat buatan tangan anda.

Pertama sekali, kepada yang tidak tahu, Facebook Timeline ialah ciri-ciri profile baru

menggantikan profile lama di Facebook. Antara ciri-ciri yang menarik ialah pengguna boleh

meletakkan gambar yang besar pada profile page mereka dan boleh jadikan sesuatu status

update sebagai sesuatu yang penting dan akan dipaparkan secara besar-besaran di profile

page pengguna.

Sekarang, Facebook Timeline juga diaplikasikan di fanpage pengguna. Kepada yang tidak

tahu apa itu Fanpage, Fanpage ialah 1 aplikasi dari Facebook yang biasanya digunakan untuk

mempromosikan sesuatu perniagaan dan membina jenama serta berkomunikasi dengan

peminat dan prospek. Contoh yang paling jelas sekali penggunaan fanpage ialah artis

Malaysia. Mereka menggunakan fanpage untuk berhubung dengan peminat mereka.

*Contoh fanpage salah seorang artis Malaysia (Liyana Jasmay)

Edisi 2

9 | H a l a m a n

Untuk mencipta jenama coklat buatan tangan anda, sangat direkomenkan untuk

menggunakan Facebook fanpage berbanding Facebook profile kerana:

1. Tiada batasan jumlah untuk orang meminati fanpage anda. Berbanding dengan

facebook profile, cuma 5000 orang sahaja boleh menjadi rakan anda. Sebagai

contoh, fanpage Liyana Jasmay ada 937,000 orang meminatinya dan semakin

bertambah dari masa ke semasa berbanding facebook profile beliau iaitu kurang dari

5000 orang.

2. Berpeluang untuk berkomunikasi kepada berjuta orang peminat fanpage anda dan

menyebarkan apa-apa pengumuman dengan cepat.

3. Facebook fanpage lebih mudah diindex di Google yang mana boleh menarik lebih

ramai lagi peminat yang menjumpai page anda di Google.

4. Anda boleh meletakkan aplikasi Facebook Like Box di halaman web anda.

5. Dan banyak lagi..

Untuk tips kali ini, saya akan menggunakan Facebook Fanpage untuk membina jenama

coklat buatan tangan. Pada edisi akan datang, saya akan sentuh pula cara untuk

memaksimakan penggunaan Facebook Profile anda dalam membina reputasi anda sebagai

pembuat coklat.

Cara utama yang saya nak sentuh pada edisi kali ini dalam membina jenama coklat dengan

menggunakan Facebook Timeline di fanpage ialah memaksimakan penggunaan ruang

gambar yang disediakan dalam timeline tersebut.

Ada 2 ruang gambar dalam timeline iaitu foto profile dan foto cover. (Lihat gambar rajah di

bawah).

Edisi 2

10 | H a l a m a n

*Klik pautan berikut untuk mencipta fanpage anda:

http://www.facebook.com/pages/create.php

Idea saya ialah design foto cover dan foto profile tersebut dengan baik dan menunjukkan

dengan jelas jenama anda.

Tips untuk design foto cover dan profile:

1. Jangan sesekali letak harga dan ayat promosi pada foto cover.

2. Gambar yang digunakan perlu jelas dan berkaitan dengan perniagaan anda iaitu

coklat.

3. Rekemen saiz untuk design foto cover ialah 859x313 pixels dan foto profile ialah

250x250 pixels.

Contoh design fanpage yang anda boleh gunakan untuk fanpage anda.

Sampai disini sahaja perkongsian pada kali ini. Moga perkongsian kali ini memberi manfaat

kepada anda.

Edisi 2

11 | H a l a m a n

Terima kasih kerana membaca.

Oleh Editor Guru Coklat Mag

Khairul Akmal Ibrahim

http://www.gurucoklat.com

http://blog.gurucoklat.com

Berminat untuk menyumbang tips berkenaan perniagaan dan pembuatan coklat?

Hubungi saya di [email protected]

Setiap sumbangan tips yang dipaparkan di GC Mag akan disertakan sekali sumber artikel tersebut

seperti laman web dan maklumat penulis.