Amanat Bendahari UiTM Tahun Baru 2010 Inovasi & Kreativiti ...
UCAPAN AMANAT TAHUN BAHARU 2016 REKTOR UiTM ...
Transcript of UCAPAN AMANAT TAHUN BAHARU 2016 REKTOR UiTM ...
1
Unit Komunikasi Korporat
UCAPAN AMANAT TAHUN BAHARU 2016
REKTOR UiTM (TERENGGANU)
10 MAC 2016
Assalamualaikum WBT, Salam Hormat dan Salam 1 UiTM.
(A) PENDAHULUAN
1. Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana limpah keizinan Nya, dapat
sama-sama kita berada di Majlis Amanat Tahun Baharu 2016 ini. Terima kasih
diucapkan kepada semua warga kampus yang hadir pada pagi ini. Juga terima
kasih kepada urusetia majlis yang telah berusaha sedaya upaya bagi memastikan
majlis pagi ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Semoga
semuanya diberkati dan dikurniakan kekuatan mental dan fizikal bagi
menyempurnakan tanggungjawab dan amanah sama ada sebagai pendidik
mahupun kakitangan pentadbiran dan sokongan pada tahun 2016 ini.
2. Saya juga bersyukur kerana rezeki saya masih di bumi Terengganu ini untuk buat
kali ke-4 menyampaikan amanat sebagai Rektor UiTM (Terengganu) dihadapan
hadirin sekalian. Besarlah harapan saya agar amanat ini akan memberi panduan
dan hala tuju kepada warga UiTM (Terengganu) untuk mengorak langkah
kehadapan bagi sama-sama meningkatkan keberkesanan dalam melaksanakan
tugas.
3. Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan selamat tahun baharu, tahun
2016. Tahun yang akan membawa kita semua ke suatu tahap kehidupan setahun
lagi dengan pelbagai harapan dan impian. Sepertimana tahun-tahun dahulu yang
kini sudah menjadi kenangan, dan tahun baharu 2016 menyediakan kepada
semua manusia ruang untuk memajukan diri, menjadi lebih baik daripada tahun-
tahun sebelumnya. Manusia yang maju menurut ukuran yang sebenarnya ialah
2
Unit Komunikasi Korporat
manusia yang keadaannya pada hari ini lebih baik daripada semalam dan hari
esoknya lebih baik daripada hari ini. Jika pada tahun sebelum ini manusia itu
berada dalam keadaan tidak baik, maka mereka hendaklah beriltizam untuk
menjadi baik pada tahun ini. Malah mereka sentiasa berazam untuk menjadi lebih
baik lagi pada hari esoknya.
4. Kerana itu, saya menyeru kepada seluruh warga UiTM (Terengganu) untuk
melihat sejenak tahun 2015 yang baru ditinggalkan untuk kita muhasabah diri kita
dan melihat tahun 2016 ini sebagai ruang untuk memperbaiki dan memperelokkan
pencapaian diri, dan tahun 2017, tahun hadapan, sebagai cabaran baharu yang
akan membawa kita kepada pencapaian yang lebih baik lagi.
Hadirin yang dihormati sekelian.
5. Sebelum saya meneruskan ucapan ini, saya ingin mengajak seluruh warga UiTM
(Terengganu) mengenang sahabat-sahabat sejawatan dan seuniversiti kita yang
telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas. Mereka ini ialah;
i. Allahyarham Hj Hussain Dollah,
ii. Allahyarhamah Hjh Sarimah Abdul Latiff,
iii. Allahyarham Hj Mohd Azam Jaafar; dan
iv. Allahyarhamah Prof Madya Dr. Hjh Siti Haryati Shaikh Ali
6. Kepada Allah SWT, marilah kita mendoakan kesejahteraan hidup mereka di alam
barzakh dan semoga dikurniakan kepada mereka balasan baik hingga ke hari
kebangkitan. Daripada kita, marilah kita hadiahkan kepada roh mereka al-Fatihah.
7. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini merakamkan ucapan terima kasih
kepada staf UiTM (Terengganu) yang sudah bersara daripada perkhidmatan di
Universiti ini. Saya mendoakan semoga mereka terus sukses menjalani kehidupan
3
Unit Komunikasi Korporat
baharu di luar sana sama ada terus berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan di
tempat lain atau bekerja sendiri. Kepada warga yang UiTM (Terengganu) pada
waktu ini berhadapan masalah kesihatan yang kurang baik, marilah kita
mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan keceriaan dalam
kehidupan mereka.
Hadirian sekalian,
8. Amanat ini akan menjurus kepada fokus-fokus utama yang telah digariskan oleh
Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi Amanat Tahun Baharu 2016 KPT YB
Dato’ Seri Idris Jusoh yang bertemakan Pendidikan Fleksibel dan Amanat Tahun
Baharu Naib Canselor UiTM, YBhg Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said yang
bertemakan Melonjak UiTM di Persada Global.
(A) AMANAT TAHUN BAHARU 2016 – YB MENTERI KPT
Hadirin Sekalian,
9. YB Menteri Pendidikan Tinggi dengan jelas telah menggariskan langkah kearah
mencapai aspirasi iaitu menyediakan pendidikan tinggi yang terbaik bagi rakyat
Malaysia dan menjadikan pendidikan tinggi Malaysia terkemuka di persada
antarabangsa. Dengan tema Pendidikan Fleksibel, KPT telah meletakkan
pendidikan dalam tiga perkataan mudah iaitu ANYTIME, ANYWHERE dan
ANYONE.
10. 2015 merupakan tahun di mana ‘lahirnya’ istilah Soaring Upwards yang
membawa maksud peningkatan berterusan. Soaring Upwards menjadi inspirasi
dan motivasi warga pendidikan tinggi untuk bergerak seia sekata, serentak
seirama bagi meningkatkan kualiti pencapaian serta terus mara ke hadapan.
4
Unit Komunikasi Korporat
11. Amanat YB Menteri amat signifikan dengan perancangan yang akan UiTM
(Terengganu) laksanakan untuk tempoh lima tahun akan datang. Berikut adalah
beberapa inti pati amanat YB Menteri yang penting untuk kita semua ketahui:
i. Kementerian PendidikanTinggi akan meneruskan kecemerlangan universiti
melalui pendidikan yang bersifat fleksibel atau luwes,
ii. Lonjakan di bawah PPPM (PT) 2015-2025 terus dijadikan asas untuk
melahirkan pelajar bersifat holistic,
iii. Mengubah landskap Universiti melalui penyediaan lima “Playbook” atau
Buku Panduan bagi membantu IPT mentransformasikan institusi masing-
masing. Buku Panduan akan dilancarkan secara berkala pada tahun ini dan
berfokuskan kepada:
a) Governans dan Kecekapan Lembaga Universiti;
b) Produktiviti dan Kewangan;
c) Trek kerjaya dan pembangunan kepimpinan;
d) Pengurusan prestasi dan pelaporan kewangan; dan
e) Penjanaan dana dan endowmen.
iv. Mengekalkan peruntukan dana penyelidikan berjumlah RM450 juta dan
diagihkan kepada semua IPT.
v. Certificate of Quality Compliance (CQC) untuk audit MQA dihapuskan mulai
tahun ini,
vi. Meningkatkan Pendidikan TVET. Pada tahun 2016, Politeknik akan dibuka
untuk kemasukan pelajar dari Negara Asean. Sebuah politeknik lagi akan
ditubuhkan, iaitu Politeknik Besut, Terengganu, menjadikan jumlah terkini
kepada 33 buah politeknik di seluruh negara.
vii. Lonjakan kecemerlangan melalui 4 laluan kenaikan pangkat kakitangan
akademik, iaitu:
a) Pengajaran
b) Penyelidikan
c) Kepimpinan institusi; dan
d) Pengamal Profesional
5
Unit Komunikasi Korporat
viii. Memperkasa program MOOC. MQA telah diberi mandat untuk
melaksanakan inisiatif “MOOCs plus Credit Recognition and Transfer”. Ini
akan membolehkan semua kursus MOOCs dari Malaysia dan luar negara
didaftarkan ke dalam platform MOOCs Malaysia dan diberikan kredit, dan
kredit ini boleh dipindahkan untuk tujuan penganugerahan sijil, diploma dan
ijazah. Selain MOOCs, di peringkat universiti, kita juga sedang dan akan
melaksanakan blended learning. Pensyarah perlu pandai membahagikan
kandungan kurikulum kursus yang mereka ajar kepada bahagian diajar
secara bersemuka dan bahagian yang boleh dilaksanakan secara dalam
talian (e-pembelajaran).
ix. MQA akan memperluaskan program APEL (Accreditation of Prior
Experiential Learning) untuk tujuan penganugerahan kredit. Dan akan bakal
dikenali sebagai APEL(C). Pelaksanaan APEL(C) akan membolehkan
pelajar mendapat pemindahan kredit dari pengalaman kerja. APEL(C) juga
akan membolehkan graduan memilih tempoh pengajian sendiri yang lebih
fleksibel.
x. Memperkasakan kaedah pembelajaran melalui pendekatan/perisian
GAMIFIKASI. Pembelajaran menggunakan gamifikasi sesuai dengan
generasi sekarang yang sejak dari kecil lagi sudah didedahkan kepada
pelbagai permainan komputer. Apabila mereka memasuki alam
persekolahan mereka terus berminat dengan permainan komputer. Selaras
dengan itu, minat mereka belajar juga bertambah apabila mereka
dibenarkan belajar dengan menggunakan permainan komputer. Pasukan
Makmal Penyelidikan diamanahkan untuk membangunkan perisian
berasaskan permainan komputer ini (Gamification).
xi. Mengiktiraf keunggulan global pendidikan tinggi yang bersifat multi-lingual
(pelbagai bahasa) dan multi-disciplinary (pelbagai bidang).
xii. Transformasi kurikulum kesukarelawan melalui pengenalan Intergrated
CGPA (iCGPA). Aktiviti kesukarelawanan akan menjadi salah satu domain
yang akan dinilai di bawah iCGPA. Pensyarah perlu menyesuaikan
pengajaran mereka dengan perkembangan ini.
6
Unit Komunikasi Korporat
xiii. Memperkasa kesepunyaan ekosistem. Berkongsi penyelidikan,
kemudahan, sijil, ijazah melalui asas kerjasama, keserakanan bertujuan
untuk mengoptimum sumber. Kita juga telah melaksanakan dan akan terus
melaksanakan mobiliti pelajar antara universiti tempatan awam dan swasta
dan juga luar negara. Program mobiliti pelajar luar negara, kita laksanakan
melalui Kazakhtan, Jepun dan Indonesia.
12. Beberapa intipati Amanat YB Menteri Pendidikan Tinggi yang disebutkan tadi akan
dijadikan asas untuk UiTM (Terengganu) bertindak lebih proaktif pada tahun ini
selain daripada perancangan yang dirangka sendiri dalam Pelan Strategik 2016-
2020.
13. Saya percaya bahawa dalam konteks untuk membawa UiTM (Terengganu) ke
tahap kecemerlangan yang lebih baik dan benar-benar memiliki nilai bitaranya,
maka transformasi harus diperkasakan.
14. Untuk sampai ke tahun 2020, kita mempunyai masa hanya empat tahun lagi.
Justeru, setiap perancangan yang telah dirangka adalah bertujuan untuk
membawa UiTM (Terengganu) mencapai tingkat kebitaraannya untuk menjadi
salah sebuah universiti pendidikan ternama di AsiaTenggara dan Asia.
7
Unit Komunikasi Korporat
(B) AMANAT TAHUN BAHARU 2016 – DATO’ NAIB CANSELOR UiTM
Hadirin Sekalian,
15. Dato’ Naib Canselor UiTM dalam amanat tahun baru tempoh hari telah melakar
tema “Melonjak UiTM di Persada Global” yang membawa maksud ekosistem
pendidikan yang berevolusi dengan dukungan impak positif, yang mampu
mengangkat UiTM ke kedudukan unggul di peringkat antarabangsa.
16. 4 fokus utama telah digariskan iaitu:
i. Memperkukuh Jaringan Pintar UiTM-Alumni,
ii. Kebolehpasaran graduan (GE) dan Bergraduat dalam tempoh (GOT),
iii. Membudayakan pengurusan kewangan lestari; dan
iv. Melonjak kedudukan UiTM dalam penarafan universiti dunia
Hadirin sekalian,
17. Peranan alumni akan dipertingkatkan melalui kualiti pendidikan, imej dan
kebajikan universiti. Jaringan pintar antara universiti dan alumni di peringkat
industri dan masyarakat akan diperkasakan serta pelaksanaan projek Win-Win
Mega berimpak tinggi di peringkat fakulti dan kampus cawangan bagi melahirkan
graduan berminda global, menjana pendapatan dan mengeratkan hubungan.
18. Disamping itu, Dato’ Naib Canselor turut menekankan aktiviti kesukarelawan
samada diperingkat tempatan mahupun global yang perlu diterapkan sebagai satu
elemen penting dalam nilai pendidikan tinggi negara.
19. Sasaran Kebolehpasaran Graduan (80%) dan Peratusan Graduate On Time
(GOT) [PhD - 17%, Sarjana - 59%, Sarjana Muda & Diploma – 89%] perlu dicapai.
(C) AMANAT TAHUN BARU REKTOR UiTM (TERENGGANU)
8
Unit Komunikasi Korporat
Hadirin Sekalian,
20. Tahun lalu, UiTM (Terengganu) telah mencatat pelbagai suka dan duka dalam
lembaran bukunya. Sekadar menamakan beberapa pencapaian utama yang diraih
oleh kita semua antaranya:
i. Juara Kampus Anugerah Kualiti Naib Canselor
ii. Juara Entrepreneurial Campus of The Year
iii. Kampus Dinamik E-Content
Dan banyak lagi yang boleh dibanggakan sama ada yang diraih oleh staf mahupun
pelajar. Tahniah kepada semua. Tahniah UiTM (Terengganu).
21. Awal tahun ini, UiTM (Terengganu) cukup bertuah kepada telah dipilih sebagai
lokasi Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU). Dengan kehadiran buat kali
pertama Pengerusi LPU dan ahli-ahli yang lain membuktinya bahawa UiTM
(Terengganu) mendapat tempat dan perhatian diperingkat pengurusan tertinggi.
Kampus kita jugalah kampus pertama yang dilawati oleh Dato’ Naib Canselor
UiTM yang baharu dilantik pada 1 Februari yang lalu. Dikesempatan itulah, saya
dan rakan-rakan pengurusan tertinggi mengambil peluang untuk menarik
perhatian mereka kepada isu-isu dan perkara-perkara penting dalam kampus
yang difikirkan sesuai untuk diselesaikan oleh ahli LPU.
Hadirin sekalian,
22. Pelan Strategik UiTM (Terengganu) 2016-2020 adalah satu dokumen yang
terkandung di dalamnya perancangan lima tahun yang disasarkan untuk dicapai
berasaskan Lima Teras utama. Pelan ini dibuat berasaskan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 dan juga berasaskan pada
strategi yang ditetapkan UiTM (Terengganu) sendiri. Setiap pencapaian diukur
dan dinilai pada objektif-objektif dalam setiap Teras menggunakan indek
pencapaian yang ditetapkan. Pelan ini walaupun mempunyai banyak KPI yang
9
Unit Komunikasi Korporat
perlu diukur, namun yang diambil kira di peringkat Kementerian hanya 5 KPI yang
akan saya bentangkan nanti. Perlu diketahui, bahawa PPPM (Pendidikan Tinggi)
2015-2025 yang dijadikan teras perancangan dan pembangunan Pendidikan
Tinggi Negara ini mengandungi 10 Lonjakan, iaitu;
i. Graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang
ii. Kecemerlangan bakat
iii. Menghayati pembelajaran sepanjang hayat
iv. Graduan TVET berkualiti
v. Kemampanan kewangan
vi. Pemantapan tadbir urus
vii. Ekosistem Inovasi
viii. Keunggulan global
ix. Pembelajaran dalam talian tahap global
x. Transformasi penyampaiaan pendidikan tinggi
23. Bersandarkan 10 lonjakan ini dan dengan mengambil kira visi UiTM (Terengganu),
fasiliti dan kebolehupayaan kita, maka Pelan Strategik UiTM (Terengganu) 2016-
2020 dirangka dengan asas kecemerlangan menjelang tahun 2020. Asas-asas
kecemerlangan itu ialah;
i. Pengajaran dan pembelajaran
ii. Penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan
iii. Akademia, industri dan masyarakat
iv. Kepemimpinan; dan
v. Keusahawanan
24. Pelaksanaan program-program dalam Pelan Strategik UiTM (Terengganu) 2016-
2020 distrukturkan mengikut beberapa fasa, iatu;
i. Fasa 1 - 2016-2017
ii. Fasa 2 - 2017-2018
iii. Fasa 3 - 2019-2020
10
Unit Komunikasi Korporat
25. Saya berharap, dengan harapan yang sungguh-sungguh agar semua pihak
khususnya ahli akademik, pegawai sokongan mengambil berat usaha-usaha
mencemerlangkan universiti berasaskan Lima Teras yang ditetapkan ini.
26. Untuk makluman sidang hadirin sekalian, mulai hujung tahun 2015 dan secara
rasminya bermula tahun 2016 ini, pihak Universiti akan merujuk kepada KPI YB
Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia dalam memantau pencapaian KPI universiti.
Di samping itu, KPI Universiti sedia ada sepertimana yang termaktub dalam Pelan
Strategik UiTM (Terengganu) 2016-2020 akan terus dipantau dan dilaksanakan
di peringkat Universiti. KPI YB Menteri akan dipantau oleh LPU setiap dua bulan
dan juga pihak Kementerian.
27. Lima KPI YB Menteri yang perlu universiti penuhi, ialah:
i. Kebolehpasaran graduan (Graduate employability). Telah ditetapkan oleh
KPT, 80% semasa majlis konvokesyen bagi tahun 2015. Pada tahun 2016,
KPI untuk kebolehdapatan kerja yang ditetapkan KPT ialah 85%. InsyaAllah
kita sedang merancang pelbagai aktiviti di bawah Timbalan Rektor (HEP)
untuk memastikan graduan kita mendapat kerja pada tahun ini seperti
disasarkan.
ii. KPI kedua ialah jumlah pelajar antarabangsa.
iii. KPI ketiga ialah penyelidikan, penerbitan dan sitasi. Pada tahun 2016, saya
bercadang supaya semua pensyarah UiTM (Terengganu) mestilah
mendaftar “researchgate” dan “google scholar” sitasi supaya kita jadi
“visible” dan dapat mengukur jumlah sitasi (citation). Kita sedar ramai
pensyarah kita yang tinggi h-index dan perkara ini perlu berterusan bagi
mencapai KPI kita. Usaha mesti dipergiatkan lagi bagi kita mencapai
mencapai target yang ditetapkan. Timbalan Rektor (PJIA) diamanahkan
untuk berusaha memastikan sasaran ini tercapai.
iv. KPI keempat ialah penjanaan pendapatan, dikira peratus pendapatan yang
dijana sendiri daripada keseluruhan perbelanjaan operasi.
v. KPI kelima ialah produktiviti dan keefisienan kos. Ini dikira mengikut kadar
keciciran pelajar dan bergraduat dalam tempoh masa (Graduation on Time
(GOT).
11
Unit Komunikasi Korporat
28. Selain daripada 5 KPI yang ditetapkan kepada UiTM (Terengganu), pihak
universiti juga telah memilih empat KPI utama kita sendiri yang terdapat dalam
Pelan Strategik UiTM (Terengganu) 2016-2020 sebagai KPI tambahan. KPI
tambahan tersebut ialah:
i. Bilangan Penyelidikan Bidang Pendidikan,
ii. Geran Knowledge Transfer Programme (KTP)
iii. Jumlah dana melalui program NBOS di bawa UCTC
iv. Peratusan jumlah graduan sebagai Usahawan
Tuan/puan sidang hadirin yang saya hormati sekalian, keempat-empat KPI ini
akan saya huraikan lebih lanjut nanti.
29. Untuk makluman sidang hadirin juga, mulai tahun ini bagi mencapai sasaran KPI
YB Menteri Pendidikan Tinggi kepada UiTM (Terengganu), maka KPI Universiti ini
telah diselaraskan dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Terdapat
beberapa perubahan pada LNPT tahun 2016 ini. Kriteria lebih lanjut mengenai
perubahan pada LNPT baharu ini, tuan/puan boleh perolehi daripada Timbalan
Rektor (HEA) dan Timbalan Rektor (PJIA) atau Bahagian Sumber Manusia sendiri
selepas ini. Perubahan pada LNPT ini perlu dilaksanakan pada tahun ini, kerana
ia merupakan cara terbaik setakat ini, untuk kita mencapai sasaran KPI YB Menteri
Pendidikan Tinggi, yang diperturunkan sebagai KPI KSU, KPI KPPT, KPI TKPPT,
KPI NC, KPI TNC-TNC, KPI Rektor, KPI Dekan, KPI Timbalan Dekan, KPI Ketua
Jabatan, dan KPI Pensyarah sendiri.
30. Analisis yang kita lakukan membuktikan bahawa UiTM (Terengganu) mempunyai
kekuatan tersendiri dengan keupayaan akademik pensyarahnya, fasiliti dan
prasarana yang ada serta peluang-peluang yang membuka banyak ruang untuk
bergerak dan bertindak.
31. Saya juga menyedari bahawa transformasi yang berlaku sebelum ini agak
perlahan, berdikit-dikit dan masih kurang menampakkan lompatan sarjananya,
ketuntasannya dan keperkasaannya. Justeru, nilai bitara yang kita hambati untuk
12
Unit Komunikasi Korporat
sampai pada tahun 2020 kelihatan masih jauh dan berbalam. Memahami
keupayaan, kelebihan, kekurangan dan peluang yang ada, dan dengan
perancangan yang tersusun dalam Pelan Strategik UiTM (Terengganu) 2016-
2020, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 –2025
dan KPI YB Menteri, saya mengusulkan gerak kerja kita pada tahun 2016 bergerak
atas tema `MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI UiTM (Terengganu)`.
32. Marilah kita berusaha lebih gigih dengan mengoptimumkan keupayaan akademia,
pemikiran kreativiti dan inovatif untuk mencapai cita-cita menjadikan UiTM
(Terengganu) sebagai sebuah universiti bitara dalam Hospitaliti dan Kejuruteraan
serta Sains Komputer di Pantai Timur pada tahun 2020.
(D) MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI UiTM (Terengganu)
Hadirin sekalian,
33. Tema “Memperkasakan Transformasi UiTM (Terengganu))” yang digagaskan
ini membawa suatu iltizam dan komitmen yang khusus pada tahun ini iaitu untuk
memperkasa usaha transformasi bagi mengupayakan secara optimum tenaga
akademik dan pentadbiran dalam melaksanakan perancangan seperti yang
termaktub dalam Pelan Strategik UiTM Terenggganu 2016-2020, PPPM(PT)
2015-2025 dan KPI YB Menteri.
34. Transformasi harus berlaku dalam semua aspek, mengikut keupayaan dan bidang
masing-masing. Transformasi UiTM (Terengganu) perlu bergerak secara
menyeluruh di dalam UiTM (Terengganu) ini, di negeri Terenganu sendiri, dalam
negara dan juga ke luar negara, sehingga menampakkan UiTM (Terengganu)
bukan sahaja terkenal dengan kegemilangan sejarahnya, tetapi juga dengan
kekuatan akademianya, kreativiti dan inovasinya dalam pelbagai bidang.
13
Unit Komunikasi Korporat
35. Kita harus menyedari bahawa UiTM Terenganu pada masa kini sudah terkenal
dalam beberapa bidang yang boleh saya anggap sebagai `trade mark` UiTM
(Terengganu). Ini adalah ̀ wow factor` yang menaikkan bendera kebitaraan (niche)
UiTM (Terengganu). Bidang-bidang itu ialah;
i. Hospitaliti
ii. Kejuruteraan
iii. Sains Komputer
iv. Perniagaan
36. Di hadapan kita terbuka luas ruang untuk ahli akademik mencari apa sahaja
peluang untuk mendapat geran penyelidikan, perkongsian (Smart Partnership)
yang menguntungkan dengan pelbagai agensi dan pihak luar.
37. Dalam amanat tahun baharu 2016 ini, saya akan membawakan warga kampus
kepada 8 fokus utama dalam cabaran dan sasaran tahun 2016:
i. Fokus 1 – Akademik, Pengantarabangsaan, Ranking Universiti dan
Penerbitan,
ii. Fokus 2 – Penyelidikan, Perundingan, Inovasi dan Pengkomersialan,
iii. Fokus 3 – Kemampanan Kewangan,
iv. Fokus 4 – Memperkasakan Kualiti Tadbir Urus,
v. Fokus 5 – Memperkembang Luas UTSSB,
vi. Fokus 6 – Memperkasa Kepimpinan Mahasiswa,
vii. Fokus 7 – Media dan Komunikasi Mengilap Imej Universiti,
viii. Fokus 8 – Kesediaan Merealisasikan Program Memperkasakan UiTM
(Terengganu)
FOKUS PERTAMA – AKADEMIK, PENGANTARABANGSAAN, RANKING
UNIVERSITI DAN PENERBITAN
Hadirin Sekalian,
14
Unit Komunikasi Korporat
38. Tahun 2015 menyaksikan beberapa acara besar mengisi kalendar HEA UiTM
(Terengganu), antaranya ialah penganjuran International Akademik Konferensi
2015 pada bulan Oktober 2015 yang telah menyaksikan UiTM (Terengganu)
menjalinkan kerjasama MoU bersama Kolej Universiti TATI.
39. Pertengahan tahun lalu, HEA bersama staf dan pelajar menganjurkan program
Khidmat Masyarakat terbesar yang dinamakan UCASS bertempat di Pulau
Perhentian bersempena ulangtahun 40 tahun UiTM (Terengganu). Bahagian HEA
turut berjaya menganjurkan Mesyuarat Timbalan Naib Canselor Akademik
bersama Timbalan Dekan/Timbalan Rektor/Penolong Pendaftar Akademik di
Kuala Terengganu pada Oktober 2015.
40. Beberapa lawatan telah diadakan antaranya ke Universiti Sumatera Utara
Indonesia pada September 2015 oleh Fakulti Pengurusan Perniagaan dan
Lawatan ke Universiti di Jepun oleh Fakulti Kejuruteraan. Lawatan balas oleh USU
telah diterima oleh kita pada bulan lalu.
41. Program pertukaran pelajar bersama Universiti Karaganda Kazakhstan daripada
Fakulti Perakaunan dan Perhotelan pada sesi akademik November 2014-Mac
2015. Akhir bulan lalu, kita menerima pula pelajar daripada Gunma University,
Japan bagi program pertukaran pelajar.
42. UiTM (Terengganu) telah menerima Anugerah Kampus Dinamik (e-Pembelajaran)
dengan jumlah bilangan kod yang dibangunkan adalah sebanyak 32 kod kursus.
UiTM (Terengganu) turut berbangga dengan kejayaan Dr Norlela Samsudin
daripada Fakulti Sains Komputer dan Matematik sekalu Ketua Unit ILQAM kerana
dinobatkan Anugerah Ketua iLEARN Dinamik, Anugerah Master Trainer
eLEARNING University dan Anugerah SME Prolifik. Tahniah dan syabas
diucapkan.
15
Unit Komunikasi Korporat
43. Tahun 2016 memperlihatkan beberapa cabaran baharu HEA dengan penubuhan
fakulti-fakulti baharu, sasaran GOT, pelaksanaan iGCPA dan banyak lagi.
44. Berikut adalah fakulti baharu:
No Gabungan Fakulti Sedia Ada Fakulti Baharu
1 Fakulti Pengurusan Perniagaan
Fakulti Perakaunan
Akademi Pengajian Bahasa
Akademi Pengajian Islam
Kontemporari
Fak. Sains Pengurusan &
Kemanusiaan Tengku
Muhammad Ismail (TMIFASAH)
2 Fakulti Sains Komputer dan
Matematik
Fakulti Ilmu Pengkomputeran
3 Fakulti Kejuruteraan Elektrik
Fakulti Kejuruteraan Kimia
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Fakulti Kejuruteraan & Teknologi
4 Fakulti Pengurusan Hotel dan
Pelancongan
Fakulti Pengurusan Hospitaliti
45. Sasaran pelajar Bergraduat Dalam Tempoh (GOT), menjadi Key Performance
Indicator (KPI) baharu kepada HEA mengikut amanat Dato’ Naib Canselor UiTM.
Dalam memastikan sasaran ini berjaya, pihak fakulti perlu memainkan peranan
yang penting terutama fungsi dan peranan Penasihat Akademik (PA) dalam
memastikan pelan pengajian difahami oleh pelajar secara berkesan. Untuk itu
juga, dicadangkan program Intersesi dilaksanakan semula agat GOT dapat
dicapai. Saya juga menyarankan para pensyarah untuk turut melakukan kajian ke
atas isu GOT ini bagi melihat faktor-faktor yang mungkin kepada kegagalan GOT
ini. Bagi staf akademik yang menjalani PhD, GOT program akan dibantu oleh PhD
Power Fellowship yang sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti dan program.
16
Unit Komunikasi Korporat
46. UiTM (Terengganu) akan mula melaksanakan Pengtaksiran dan Pelaporan
Bersepadu iCGPA pada September 2016 dengan Program Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Maklumat (Kej.) Perniagaan Perkomputeran – CS244.
47. UiTM sentiasa melihat kepada kecemerlangan bakat pensyarah. Semua sedia
maklum, empat laluan kerjaya bagi pensyarah iaitu; Pengajaran, Penyelidikan,
Kepimpinan, dan Profesional. Bagi trek Profesional, antara program yang
dirancang oleh Kementerian ialah Program CEO Universiti dengan Ketua
Eksekutif Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kementerian dan agensi kerajaan.
48. Amanat tahun baharu YB Menteri Pendidikan Tinggi telah menyentuh berkenaan
Pendidikan Fleksibel. Dalam konteks ini, penggunaan elemen Massive Open
Online Courses (MOOCs) akan terus diperkembang luaskan. Untuk itu, jumlah
kursus yang diterbitkan secara eContent di UiTM (Terengganu) akan diperluaskan
bagi merealisasikan pembelajaran secara eLearning. Ini turut akan dibantu
dengan melengkapkan prasarana talian internet di bilik-bilik kuliah seluruh
kampus.
49. Bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran pelajar, beberapa langkah yang boleh
dicadangkan iaitu:
i. TVET dalam setiap program diploma
ii. Pelaksanaan iCGPA
iii. 2U2I (2 tahun di U dan 2 tahun di Industri)
iv. Program finishing school
v. Program Keusahawanan
vi. Jaringan Alumni
vii. Penglibatan Bersama Komuniti
17
Unit Komunikasi Korporat
50. Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dibawah selian Prof Madya Dr Azman Che Mat
perlu diperkasakan dengan meningkatkan aktiviti promosi pengambilan pelajar.
Antara inisiatif yang dicadangkan ialah:-
i. Jaringan kerjasama dan MOU bersama agensi-agensi serta jabatan
kerajaan; dan
ii. Misi akademik ke syarikat-syarikat berpotensi
Selain, itu PPS turut disaran untuk menambah bilangan program yang ditawarkan
mengikut kajian pasaran bagi setiap fakulti. Peranan alumni daripada program
Sarjana Muda dan Sarjana dalam meningkatkan jumlah enrolmen pelajar pasca
siswazah adalah sangat penting.
Hadirin sekalian,
51. Fakulti-fakulti, Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Pegawai Hal Ehwal
Antarabangsa dan juga Pusat Perhubungan Alumni mestilah duduk semeja
membentuk jawatankuasa bertindak bersama untuk memperkasakan usaha-
usaha sedia ada dan merancang usaha membawa pelajar luar negara ke UiTM
(Terengganu). Di samping itu, perlu juga diwujudkan program-program silang
budaya untuk pelajar antarabangsa terutama pada waktu semester sebagai satu
tawaran kepada mereka belajar di UiTM (Terengganu). Perlu ada jaringan
kerjasama dengan komuniti setempat untuk menjayakan usaha ini.
52. Bagi mengalakkan kemasukan pelajar antarabangsa, UiTM (Terengganu) juga
akan menyediakan beberapa kemudahan untuk pelajar antarabangsa menerusi
potongan yuran pengajian atau diskaun (tution fee) kepada pelajar dari Thailand
dan Indonesia, dan juga pelajar dari negara miskin atau bermasalah.
53. Perlu ada fokus daripada aspek perancangan, sasaran negara dan jumlah
pelajarnya, program yang diutamakan untuk ditawarkan dan strategi yang paling
18
Unit Komunikasi Korporat
efektif untuk memastikan pelajar antarabangsa ini boleh dibawa masuk untuk
belajar di UiTM (Terengganu).
54. Bagi memastikan usaha untuk menempatkan UiTM (Terengganu) pada
kedudukan yang lebih baik, QS Asia University ranking, para ahli akademik
dimestikan meningkatkan daya usaha untuk memperbanyakkan penulisan artikel
jurnal berindeks yang dihantar ke jurnal scopus, ERA dan ISI untuk terbitan. Ahli
akademik haruslah berkerja dalam satu pasukan, silang kemahiran dan silang
fakulti bagi memastikan guna tenaga akademik yang ada dapat diperkasakan dan
dapat dikembangkan menerusi peranan bidang ilmu yang lain. Dengan tindakan
ini saya berharap nisbah perkadaran ahli akademik dengan jumlah penulisan
dalam jurnal berindeks pada tahun 2016 akan mencapai 0.5.
55. Di samping itu, kita perlu juga sentiasa sedar tentang Citation index. Perluaskan
sebaran penulisan dan mempromosi karya kita untuk dirujuk/dipetik oleh rakan-
rakan kita sebagai rujukan akademik. Aspek Citation ini dijadikan salah satu KPI
Menteri yang mengukur dan menilai sesebuah universiti berdasarkan
penyelidikan, penerbitan dan nisbah citation per lecturer. KPI yang ditetapkan
pada tahun 2016 ialah 4. Ini bermakna setiap pensyarah mesti dirujuk sebanyak 4
kali hasil penulisan mereka.
56. Mengikut rekod PJIA, jumlah penerbitan bagi tahun 2015 adalah seperti berikut:
i. Penerbitan Buku = 3 buah
(berbanding 15 buah tahun 2014)
ii. Penerbitan Jurnal = 107 naskah
(berbanding 119 naskah tahun
2014)
iii. Penerbitan Jurnal Berindeks = 46 naskah
(berbanding 32 naskah tahun
2014)
19
Unit Komunikasi Korporat
iv. Penerbitan Prosiding = 153 naskah
(berbanding122 naskah tahun
2014)
v. Penerbitan Prosiding Berindeks =1 naskah
(berbanding 3 naskah tahun
2014)
vi. Penerbitan Umum = 228 naskah
(berbanding 315 naskah tahun 2014)
57. Perpustakaan adalah organisasi utama bagi setiap universiti. Oleh itu, program
dan aktiviti luar tanggungjawab utama juga perlu dipergiatkan. Sehubungan
dengan itu, pihak Perpustakaan Cendekiawan telah merancang pelbagai program
awal antaranya:
58. Menjayakan Program Khidmat Masyarakat 2016 dengan kerjasama Perpustakaan
Tun Abdul Razak, UiTM Selangor, dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Terengganu.
59. Menjadikan perpustakaan sebagai hab pengetahuan atau knowledge-hub kepada
warga kampus UiTM (Terengganu) dengan penjenamaan semula suasana
pembelajaran yang lebih santai dan selesa di dalam dan persekitaran bangunan
perpustakaan dengan berkonsepkan alam semulajadi dilengkapi kemudahan
kontemporari seperti Smart-Wakaf, Ruang Membaca 24 jam, dan Library Café.
60. Pastinya isu bangunan perpustakaan yang terbengkalai terus menjadi bahan
bicara ramai sejak bertahun-tahun lamanya. Pengurusan tertinggi UiTM
(Terengganu) berjanji akan berusaha menyelesaikan masalah ini sesegera
mungkin menerusi perbincangan secara berterusan dengan pihak yang terlibat.
Sama-samalah kita berdoa agar bangunan baru ini dapat kita gunakan secepat
mungkin.
20
Unit Komunikasi Korporat
61. Pihak HEA perlu secara berterusan bekerjasama dengan Unit Komunikasi
Korporat dalam mempromosikan UiTM melalui program-program pameran, ekspo
dan karnival seperti Ekspo Selangkah Ke UiTM, Karnival Pendidikan Tinggi
Negara, dan lain-lain jemputan pameran oleh pihak sekolah, agensi kerajaan
negeri dan syarikat korporat.
62. Saya juga berharap kempen program Sahsiah Rupa Diri Pelajar diperkasakan dan
diperluaskan. Kempen ini adalah bertujuan untuk memastikan pelajar sentiasa
mematuhi peraturan sahsiah rupa diri di dalam kampus. Tindakan seperti
peringatan dan saman secara berterusan akan mendidik pelajar untuk lebih
menghormati peraturan universiti. Saya juga menyarankan projek Islam Cara
Hidupku dikembangkan ke kampus Bukit Besi dan Kuala Terengganu bagi
menghidupkan suasana ingat-mengingati di dalam kampus.
21
Unit Komunikasi Korporat
FOKUS KEDUA – PENYELIDIKAN, INOVASI DAN PENERBITAN BERTERUSAN
Hadirin Sekalian,
63. UiTM (Terengganu) akan terus memperkasakan lagi transformasi kebitaraan
dalam bidang penyelidikan. Beberapa petunjuk pencapaian tahun 2015 dapat
dijadikan sandaran bahawa UiTM (Terengganu) mampu melakukannya. Cuma
yang penting ialah kesediaan kita untuk beranjak dan mengandakan sedikit lagi
keupayaan kita.
Mengikut rekod dari RMU UiTM (Terengganu), jumlah geran penyelidikan yang
berjaya bagi tahun 2014 dan 2015 adalah seperti berikut:
i. FRGS = RM 509,800.00
ii. RAGS = RM 516,000.00
iii. ARAS = RM 55,000.00
iv. KPT & Kerajaan Negeri
(MAIDAM) = RM 374,000.00
64. Jumlah nilai perundingan adalah sebanyak RM 40,050.00.
65. Pada tahun 2016 kita mensasarkan untuk memperolehi geran KTP melalui dengan
mensasarkan bilangan proposal sekurang-kurangnya satu daripada setiap fakulti.
66. Manakala sasaran Jumlah Dana diterima melalui program NBOS di bawah UCTC
bagi tahun 2016 ialah juga sekurang-kurangnya satu proposal daripada ICAN
dengan dana ini kita boleh memperkasakan lagi usaha-usaha mempertingkatkan
kualiti graduan supaya menjadi seimbang dan holistik sejajar dengan Teras 2
Pelan Strategik UiTM (Terengganu), “Mempertingkat Kualiti Graduan Yang
Holistik dan Seimbang”.
67. Untuk menaikkan nama universiti dan menggalakkan penyelidikan serta
menambah dana penyelidikan bagi kampus ini, setiap pemegang PhD wajib
22
Unit Komunikasi Korporat
memohon dan menjadi ketua kepada satu geran penyelidikan. Semua pensyarah
lain perlu memohon geran dalaman atau geran untuk membantu komuniti seperti
geran KTP (Knowledge Transfer Program), geran GE (Graduate
Employability) atau geran PPRN (Private-Public Research Network).
68. Semua pensyarah perlu menerbitkan 2 artikel sekurang-kurangnya 1 artikel
berindeks dan/atau satu lagi artikel tidak berindeks sebagai KPI dalam SKT
masing-masing. Pensyarah juga digalakkan mempromosi kepakaran masing-
masing untuk mendapat perundingan dari pihak luar dan menjadi “visible” kepada
pihak luar. Sekali gus akan mempromosikan UiTM (Terengganu) kepada agensi
luar tentang kepakaran yang dimiliki.
69. Jesteru itu, pihak PJIA perlu mengadakan latihan-latihan yang bersesuaian
dengan kos yang minima bagi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai selain
menyediakan ruang untuk membantu pensyarah-pensyarah baharu dalam
penyelidikan.
70. Daripada statistik ini, menunjuk perlu lebih ramai dan banyak penerbitan dilakukan
oleh para pensyarah bagi memastikan budaya menulis dan menyelidik terus
mekar subur di hati kita semua.
Hadirin sekalian,
71. Pelajar yang akan tamat pengajian perlu disediakan dengan pelbagai program
yang boleh menyalurkan kemahiran mereka ke laluan kerjaya setelah tamat
pengajian di sini. Ini merupakan satu cabaran besar bagi UiTM (Terengganu),
kerana kita telah membuka program pengajian secara `open market`, maka kita
juga perlu menyediakan program-program yang dapat membuka laluan kerjaya
pelajar dalam pasaran terbuka ini. Pada tahun 2016 juga UiTM (Terengganu)
mensasarkan peratus jumlah graduan sebagai usahawan ialah seramai tiga
hingga lima orang. Saya berharap ETC, RMU dan Fakulti Pengurusan Perniagaan
23
Unit Komunikasi Korporat
serta fakulti-fakulti lain mengambil perkara dan sasaran ini sebagai satu
tanggungjawab.
72. Bidang pengkomersialan masih berada pada tahap sederhana. Prestasi
penjanaan pendapatan daripada produk inovasi masih tidak mencapai angka yang
disasarkan. Justeru, pada tahun 2016, usaha ini perlu diperkasakan lagi. RIBU
dengan kerjasama fakulti dan MASMED serta ICAN perlu melihat secara lebih
spesifik hasil-hasil kajian dan rekacipta inovasi yang boleh dikomersialkan.
24
Unit Komunikasi Korporat
FOKUS KETIGA – KEMAMPANAN KEWANGAN
Hadirin Sekalian,
73. Dalam waktu kita melaksanakan tugas, merancang dan melaksanakan pelbagai
program, kita tidak boleh lupa sama sekali dengan keupayaan kewangan yang
menjadi tunggak sesuatu kejayaannya. Kemampanan Kewangan menjadi satu isu
besar dalam setiap masa, dan pada tahun 2016 isu ini menampakkan situasi
semakin kritikal.
74. Inilah salah satu cabaran terbesar bagi kita, kerana dalam waktu kita bergerak
lebih maju, lebih agresif memperkasakan segala usaha untuk memajukan
Universiti ini, kita dikekang dengan masalah kewangan. Namun begitu, kita tidak
boleh putus asa dan menyerah kalah. UiTM (Terengganu) mengambil jalan tengah
dengan mengamalkan budaya belanja secara berhemah di samping memperkenal
beberapa tindakan untuk mengurangkan kos khususnya bagi perbelanjaan yang
bersifat belanja hangus.
75. Semua orang tahu bahawa peruntukan bagi sektor pendidikan telah dikurangkan
sebanyak 15 peratus dalam Bajet 2016. Pengurangan ini memberi kesan langsung
kepada semua Universiti Awam. Kaedah pembahagian peruntukan pula telah
diubah. Hal ini telah telah saya jelaskan sebelum ini.
76. Namun,secara ringkasnya saya ingin maklumkan bahawa peruntukan kali ini akan
disandarkan pada petunjuk prestasi, special initiative insentive, dan insentif
inovasi. Ini bermakna bajet tambahan akan diberikan jika universiti berjaya
menunjukkan adanya inisiatif dan inovasi. Sebanyak 5% diperuntukan untuk
tujuan ini.
77. UiTM (Terengganu) akan terus bergerak ke hadapan dengan tekad untuk
memperkasakan transformasi kebitaraan. Bagi menjamin kewangan UiTM
25
Unit Komunikasi Korporat
(Terengganu) berada dalam keadaan berimbang, stabil dan tiada ketirisan, maka
sangat penting semua PTj mengambil langkah-langkah perbelanjaan berhemah.
78. Berhemah tidak bermaksud kedekut atau tidak berbelanja langsung, tetapi
mengamalkan ketelitian, keseimbangan, bertindak mengikut keutamaan, berfikir
untuk memberi dan menerima, berfikir tentang untung rugi dan menimbang kesan-
kesan masa hadapan. Inilah yang perlu diambil perhatian oleh semua PTj supaya
setiap sen yang dibelanjakan dapat memberi
79. Keefisienan pulangan kepada universiti. Mana-mana pihak yang tidak berbelanja
akan di ambil tindakan oleh pengawal kewangan kementerian, iaitu KSU. Kita
diminta menggunakan wang kita sendiri dahulu dan diikuti dengan wang
pemberian kementerian. Pihak Bendahari lebih arif dalam pembahagian wang
pemberian kementerian dan wang carian UiTM (Terengganu) untuk dibelanjakan.
Kita akan memastikan bajet pengurusan tahun ini akan dibelanjakan sepenuhnya
supaya pada tahun hadapan kita akan mendapat bajet sepertimana dirancangkan.
80. Selain itu, budget bagi perjalanan ke luar negara dan one off tidak diberikan lagi
dalam bajet tahun ini. Bagaimanapun, pihak Bendahari memberi sedikit
peruntukan untuk tujuan ini dengan menggunakan peruntukan dalaman. Pihak
JKE yang diamanahkan mengawal peruntukan kewangan keluar negara dengan
cara yang baik supaya tidak timbul keadaan tidak diingini. Dalam situasi yang
dinyatakan tentang kedudukan kewangan UiTM (Terengganu), Ketua PTj harus
mengambil langkah mengurus kewangan secara berhemah, mengutamakan
keberkesanan sesuatu program dan mempertingkatkan usaha menjana kewangan
sendiri. Pihak pengurusan universiti menggalakan usaha ini dan wang yang
dikumpulkan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan yang difikirkan perlu dan
berfaedah kepada PTj masing-masing.
81. UiTM (Terengganu) juga telah dan sedang mengambil langkah-langkah
penjimatan tenaga elektrik. Satu jawatankuasa yang dikenali sebagai
26
Unit Komunikasi Korporat
Jawatakuasa Penjimatan Utiliti berperanan merangka strategi penjimatan. Semua
warga UiTM (Terengganu) harus mengambil berat soal penjimatan dan
membudayakan amalan ini.
82. Perkara yang saya sebutkan ini berkait secara langsung dengan dua KPI Menteri
iaitu, KPI ke-4, income generation dan KPI ke-5 productivity and cost efficiency.
Ini bermakna menjana kewangan sendiri adalah satu keperluan bagi kita terutama
dalam konteks untuk menampung pelbagai kegiatan di peringkat PTj dan juga
universiti.
83. PTj termasuk Fakulti, Pusat dan Institut, mestilah mengaktifkan dan
memperkasakan SIG dan Pusat Kecemerlangan (Center of Excellent) masing-
masing. Fungsi Pusat Kecemerlangan wajar diluaskan supaya makna
kecemerlangan itu tidak tertumpu kepada kecemerlangan bidang penyelidikan
semata-mata, tetapi perlu menambah fungsi kepada aspek menjana sumber
kewangan dan perundingan dengan menggunakan kepakaran. Wang yang
diperoleh itu digunakan untuk menyemarakkan lagi penyelidikan yang sedang
dijalankan. Apabila kriteria dipenuhi, CoE ini diharap menjadi HiCoE yang dapat
menjana lebih banyak kewangan dan menaikkan nama dan imej UiTM
(Terengganu).
84. Cabaran dalam mengurangkan kos pembayaran utiliti adalah suatu yang sangat
mencabar dalam keadaan penggunaan elektrik, air dan lain-lain utiliti yang tinggi.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab sosial dan cabaran kepada beberapa
fakulti yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu untuk
menyumbang idea dan inovasi kepada maklamat mengurangkan kos ini.
85. Oleh itu, cadangan saya untuk UiTM (Terengganu) membina sebuah kipas kincir
angin adalah suatu yang relevan dalam keadaan semasa. Kepakaran pensyarah
kejuruteraan dan jurutera yang dimiliki sepatutnya digembeling bagi
merealisasikan hasrat tersebut. Saya yakin dan optimis, jika pembinaan ini berjaya
27
Unit Komunikasi Korporat
kelak, ia akan menjadi sebahagian penyumbang sumber tenaga (iaitu tenaga
angin) kepada universiti dan boleh dikomersialkan untuk komuniti tempatan. UiTM
(Terengganu) turut akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang berminat
dalam projek berimpak tinggi ini.
86. Selain daripada itu, satu lagi idea hebat yang telah dikemukakan akan
dilaksanakan di Kampus Bukit Besi iaitu penjanaan sumber tenaga menggunakan
tenaga solar. Dengan kepakaran ahli akademik dan jurutera serta juruteknik
berkemahiran, pastinya projek ini akan menjadi satu lagi kaedah pengurangan kos
elektrik yang ditanggung oleh UiTM (Terengganu) selama ini. Kajian secara
terperinci telah dilakukan oleh pakar-pakar dan ini akan dibuktikan apabila ianya
dilaksanakan kelak.
87. Warga kampus semua, marilah sama-sama kita berusaha untuk menjimat segala
sumber yang ada dan menggunakan sebaiknya yang diberikan kepada kita.
Sememangkan kita semua inginkan yang terbaik dan sempurna, namun dengan
kekangan kewangan yang dihadapi, kita kena lebih banyak bersabar dengan apa
yang disediakan dan menggunakannya secara berhemat. Saya berharap rakan-
rakan pensyarah di Kampus Bukit Besi dan Kampus Kuala Terengganu yang
baharu berpindah ke sana dapat menerima terlebih dahulu kekurangan yang ada.
InsyaAllah, keperluan yang diperlukan akan dipenuhi dari masa ke semasa.
Lambat-laun, akan lengkap jua kerana saya faham keperluan tersebut adalah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
88. Inisiatif penjanaan pendapatan turut akan diberikan perhatian melalui 2 entiti
utama iaitu Hotel UiTM Dungun dan UiTM (Terengganu) Services Sdn Bhd
(UTSSB). Kedua-dua entiti ini perlu untuk merangka pelbagai perancangan bagi
meningkatkan pendapatan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada
UiTM.
FOKUS KEEMPAT – MEMPERKASAKAN KUALITI TADBIR URUS
28
Unit Komunikasi Korporat
Hadirin Sekalian,
89. Kejayaan transformasi UiTM (Terengganu) sebenarnya banyak disokong oleh
presentasi tadbir urus. Elemen integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan
perkhidmatan menjadi aspek terpenting yang memperlihatkan sebuah presentasi
perkhidmatan itu berkualiti atau sebaliknya.
90. Kita semua adalah pemain terpenting dalam tadbir urus universiti, dan kitalah juga
pihak yang akan menentukan kejayaan atau kegagalannya. Kerana itu, harus
wujud kesedaran dalam diri kita bahawa setiap daripada kita adalah penyumbang
kepada sebuah tadbir urus yang baik dan berkualiti di universiti ini.
91. UiTM (Terengganu) boleh menarik nafas lega, kerana KPI yang menunjukkan
jumlah pensyarah yang berkelulusan Ph.D sudah mencapai sasarannya. Namun
begitu, bagi pensyarah yang masih belum menyiapkan Ph.D mestilah melipat
gandakan usaha untuk menyiapkannya, memperkasakan daya kesarjanaan pada
tahun 2016 ini supaya tanggungjawab akademik kepada Universiti ini dapat
dilunasi. Jangan ada yang sanggup mengejar untuk mengajar kursus-kursus di
luar kemampuannya, seperti PJJ, kursus yang ditawarkan oleh IPT lain di luar
UiTM (Terengganu) atau mengajar kursus-kursus eksekutif, sedangkan
tanggungjawab menyiapkan Ph.D diabaikan. Sikap seperti ini tidak patut berlaku
dan perlu dielakkan. Jangan kita sibuk memasang atap di rumah seberang, tiris
atap di rumah sendiri dibiarkan.
92. Kita juga mensasarkan pada tahun 2016 ini, sejumlah 85-90 peratus staf UiTM
(Terengganu) memperolehi markah LNPT melebihi 85 peratus. Jika dasar baharu
dikuatkuasa, ada kesan ke atas perkhidmatan staf yang mendapat markah LNPT
bawah paras 60 peratus. Kerana itu, saya menyeru supaya semua staf
memperkasakan keupayaan diri dalam bidang tugas masing-masing pada tahun
2016 dan mengambil cakna aspek-aspek penting yang dijadikan asas penilaian
supaya setiap komponen penilaian dapat dipenuhi apabila penilaian prestasi 2016
29
Unit Komunikasi Korporat
dibuat nanti. Sebagaimana yang saya maklumkan di awal ucapan tadi, tuan/puan
boleh mendapatkan kriteria yang digunapakai dalam LNPT 2016 ini secara detail
daripada Timbalan Rektor HEA, Timbalan Rektor PJIA dan juga Bahagian Sumber
Manusia.
93. Bagi menyediakan staf dan pelajar UiTM (Terengganu) dengan minda kreatif dan
bermandiri, pada tahun ini, UiTM (Terengganu) akan menghantar ramai staf
akademik dan bukan akademik mengikuti kursus NLP (Neuro Linguistic Program)
di Pasir Salak. Kursus ini amat penting bagi UiTM Terenggnau dalam
menyediakan jurulatih-jurulatih yang berkebolehan untuk melatih staf dan pelajar
UiTM (Terengganu). Progam NLP ini sesuai dengan gagasan ‘memperkasakan
transformasi UiTM (Terengganu)’ kerana komponen kursusnya adalah bertujuan
untuk membina potensi diri dan keupayaan berfikir untuk menyelesaikan masalah.
94. Untuk mencapai hasrat ini, UiTM (Terengganu) akan mewujudkan satu pusat bagi
menggerakkan program NLP di peringkat Universiti. Pusat ini diletakkan dibawah
portfolio Hal Ehwal Pelajar dan diketuai oleh seorang Koordinator UKP. Kita
berharap Pusat ini akan berfungsi secepat mungkin.
95. Pada tahun 2016 juga, kita mahu supaya tahap kepuasan pelanggan/pekerja
mencapai 90 peratus. Kita mahu staf dan juga pelanggan yang berurusan dengan
pengurusan Universiti berasa lebih selesa, harmoni, mesra dan menyakinkan.
Bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan terus diperkasakan, 5 inisiatif
telah digariskan oleh Bahagian Pentadbiran iaitu:
i. Membudayakan tadbir urus universiti yang baik
ii. Melantik staf yang berkelayakan, berpengetahuan dan berkepakaran
iii. Membangun kepakaran dan kecekapan bagi melahirkan staf yang
profesional dan berjiwa murni
iv. Menginstitusikan Budaya PERDANA UiTM
v. Membudayakan integriti dan akauntabiliti di kalangan staf UiTM
(Terengganu)
30
Unit Komunikasi Korporat
31
Unit Komunikasi Korporat
FOKUS KELIMA – MEMPERKEMBANG LUAS UTSSB
Hadirin sekalian,
96. Pada tahun 2016 ini, anak syarikat UiTM (Terengganu), iaitu UiTM Terenganu
Services Sdn Bhd (UTSSB) disarankan supaya memberi fokus kepada usaha
memperkasakan usaha off shore catering agar nilai pendapatan dari sumber
pendapatan boleh mencecah RM10 juta
97. UTSSB yang menjadi salah satu tunggak penjanaan sumber pendapatan
Universiti. Pada tahun 2015, UTSSB telah menyumbangkan hampir RM7.4 juta
kepada pendapatan Universiti. Walaubagaimanapun jumlah ini masih belum
mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu RM20 juta menjelang 2020.
98. Pada tahun 2016, UTSSB perlu menerokai peluang perniagaan yang lebih luas
dan berimpak untung yang tinggi, berskala sederhana dan besar dengan harapan
sasaran untuk membawa pendapatan kepada Universiti dengan jumlah RM1 juta
dapat dicapai. Kita berharap, CEO UTSSB iaitu En Nazarudin Derani dapat
melakukan usaha memperkasakan transformasi UTSSB agar mampu berdaya
saing, mampu meneroka peluang baharu dan meraih pendapatan yang lebih besar
pada tahun 2016.
32
Unit Komunikasi Korporat
FOKUS KEENAM – MEMPERKASA KEPIMPINAN MAHASISWA
Hadirin Sekalian,
99. Saya ingin menyentuh beberapa perkara yang berkait dengan hal ehwal pelajar.
Pelajar adalah pelanggan utama kita. Oleh itu, perhatian yang berterusan perlu
diberikan terutama yang berkait dengan penempatan dalam kerjaya, kebajikan,
pembentukan sahsiah terpuji, perkhidmatan selepas bergraduat dan pembinaan
nilai jati diri anak bangsa kita.
100. Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan SRK Kolej perlu lebih proaktif
memperkasakan apa jua tindakan untuk memastikan kebajikan pelajar di kolej dan
di fakulti berada dalam keadaan menyakinkan pelajar.
101. Generasi muda (Gen-Y dan Gen-X) Melayu dan Bumiputera yang dilahirkan oleh
UiTM pada hari ini dan esok adalah pewaris bangsa dan negara. Mahasiswa inilah
yang akan mempertahankan kedaulatan dan survival orang Melayu. Melihat
kepada cabaran industri dan kerjaya masa hadapan, kepimpinan mahasiswa
dilihat adalah komponen dan tunjang penting dalam mempersiapkan diri
mahasiswa ke alam pekerjaan. Inilah yang telah, sedang dan akan diteruskan oleh
UiTM dan UiTM (Terengganu) secara khususnya.
102. Matlamat perancangan strategik kepimpinan mahasiswa UiTM (Terengganu) jelas
untuk membangunkan potensi mahasiswa dalam pelbagai bidang kepimpinan
kemahasiswaan. Melatih mahasiswa dalm bidang keusahawanan, melahirkan
pemimpin mahasiswa yang berupaya melatih kepimpinan baru atau pelapis
secara meluas. Selain itu, perancangan strategik kepimpinan mahasiswa turut
melibatkan peringkat pengurusan HEP, UiTM dan dunia luar.
103. Konsep Governan Mahasiswa yang meletakkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
sebagai kuasa Eksekutif. Majlis Kepimpinan Mahasiswa (MEKEM) yang
33
Unit Komunikasi Korporat
ditubuhkan sejak 2 tahun lalu akan bertindak badan Legislatif dan TRIBUNAL
Kepimpinan Mahasiswa pula bertindak sebagai badan Judisiari yang akan
membantu mahasiswa dalam hal-hal perundangan dan keadilan mahasiswa.
104. Menerusi Pelan Perancangan Strategik Kepimpinan Mahasiswa UiTM
(Terengganu) semenjak tahun 2010, fasa pelan tersebut telah memasuki fasa ke-
6 iaitu Memantapkan MPP sebagai Eksekutif dan Membudayakan Audit dan
Penyelidikan. Fasa pelan perancangan strategik yang dirancang sehingga tahun
2020 memperlihatkan keseriusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan UiTM
(Terengganu) dalam proses Transformasi Kepimpinan Mahasiswa.
105. Fasa ke-6 ini memberi fokus kepada perkara-perkara berikut:
i. Kuasa MPP diperluas sejajar dengan Akta,
ii. Kebolehpercayaan keupayaan MPP oleh pengurusan dipertingkatkan,
iii. Skop kerja audit mahasiswa diperluaskan,
iv. Budaya penyelidikan ditekan,
v. Budaya penulisan diperkenalkan; dan
vi. Aspek Bengkel, Latihan, Seminar, Forum, Konferensi dipergiatkan.
106. Oleh itu, suka untuk saya umumkan Model Pemimpin Mahasiswa UiTM
(Terengganu) 2016 adalah untuk melahirkan pemimpin mahasiswa yang
mempunyai kebolehan, pengetahuan dan pengalaman dalam bidang teknikal
dan profesional dalam pengurusan. Kumpulan kepimpinan baru yang
disediakan untuk Malaysia bagi mencapai Wawasan 2020. Model ini berasaskan
kepada:
i. KEPIMPINAN ulung,
ii. AKADEMIK yang cemerlang,
iii. Tinggi KEROHANIAN,
iv. Berciri KEUSAHAWANAN; dan
v. Bersifat KESUKARELAWANAN.
34
Unit Komunikasi Korporat
Hadirin Sekalian,
107. Bagi meneruskan usaha memperkasakan pembangunan akademik dan
keusahawanan mahasiswa, konsep Smart Partnering yang diperkenalkan akan
diperkukuhkan oleh HEP menerusi 2 Majlis Utama iaitu:
i. Majlis Syura Fakulti yang terdiri dari gabungan kepimpinan kelab-kelab
berasaskan fakulti dibentuk bagi mewakili kesemua warga dalam isu
akademik bersama Timbalan Rektor (Akademik); dan
ii. Majlis Syura Keusahawanan pula dibentuk hasil dari gabungan kelab dan
persatuan yang mempunyai objektif penubuhan dan kecenderungan
kearah keusahawanan.
108. Impak yang besar dan jelas dapat diterjemahkan menerusi penyusunan pelan
strategi yang telah dilaksanakan pada 2011-2015. Antaranya:
i. Pembentukan Kerajaan Mahasiswa
ii. MPP sebagai Peneraju Utama dalam Kepimpinan Mahasiswa dan warga
kampus,
iii. Konsep “Kelab Tunjang” terus-menerus diperkasakan,
iv. Program dan aktiviti utama Universiti diterajui oleh Mahasiswa UiTMT,
v. Kepimpinan Mahasiswa membuat keputusan dan mengurus isu-isu
kampus terutama HEP melalui MEKEM,
vi. Pembentangan cadangan berdana besar dan laporan utama dihadapan
pengurusan tertinggi UiTMT,
vii. Konflik diselesaikan melalui Tribunal Kepimpinan Mahasiswa,
viii. Lembaga Pengarah Kepimpinan Mahasiswa bersama Timbalan Rektor
HEP melihat secara bersama perkara dasar dalam pengurusan HEP,
35
Unit Komunikasi Korporat
109. Akhir sekali, dimensi baharu kepimpinan mahasiswa pada tahun 2016 ini ingin
melihat kepada perkara berikut:
i. MPP: Penentu kelulusan program kelab dan persatuan berdasarkan kajian
keperluan dan kajian pasaran, OBB, perancangan strategik dan berimpak
tinggi.
ii. Unit Kualiti Mahasiswa: Perluasan kerja-kerja audit diperingkat
pengurusan kampus dan kelab.
iii. Profiling: Meningkatkan program berfokus kepada keperluan pelanggan.
iv. Kerjasama Berstrategik dan Berintegrasi: MPP, LPKP, 100 Strategist,
Unit Kualiti Mahasiswa dan Sekretariat Perhubungan Pelajar-HEP.
110. Dalam memastikan keberkesanan dan kejayaan program transformasi
kepimpinan mahasiswa itu, pastinya HEP dan UiTM (Terengganu) mengharapkan
penglibatan secara aktif disemua peringkat warga kampus terutama kakitangan
yang perlu dilihat sebagai “Leadership Model” untuk melahirkan pemimpin pelapis
dan ikon kepada mahasiswa baru.
36
Unit Komunikasi Korporat
FOKUS KETUJUH – MEDIA DAN KOMUNIKASI MENGILAP IMEJ UNIVERSITI
Hadirin sekalian,
111. Untuk mencapai tahap sebagai sebuah Leading University terunggul di Pantai
Timur bukan suatu yang mudah dan cantik di atas kertas sahaja. Sebaliknya, pada
sisi lain yang lebih penting ialah peranan media dan komunikasi melakukan kerja-
kerja mengilap imej UiTM (Terengganu). Peranan besar ini sangat penting dalam
menonjolkan imej UiTM (Terengganu) sebagai sebagai sebuah universiti yang
unggul dalam bidang Hospitaliti, Kejuruteraan dan Sains Komputer.
112. Setakat ini, peranan ini telah dilakukan dengan baik oleh Bahagian Komunikasi
Korporat. Namun, pada tahun 2016, kita mahu peranan ini diperkasakan dan dapat
memperluaskan sebaran maklumat tentang UiTM (Terengganu) ke peringkat
antarabangsa. Bahagian Komunikasi Korporat mestilah menjadi pintu utama
keluar dan masuk maklumat UiTM (Terengganu) baik dalam bentuk media cetak,
elektronik mahupun aplikasi dalam talian. Jalingan hubungan kerjasama yang baik
dengan pengamal media haruskan diperkukuhkan agar bahan berita kampus
dapat disampaikan kepada masyarakat melalui terbitan di media.
113. Semua warga UiTM (Terengganu) harus memahami peranan dan fungsi yang
dimainkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat. Bahagian ini tidak sahaja berguna
dalam penyebaran dan penyaluran maklumat, tetapi adalah sumber rujukan
kepada perkara-perkara penting yang melibatkan imej korporat universiti,
pengurusan acara rasmi dan protokol, perhubungan awam dan media serta
program-program misi akademik. Suka untuk saya maklumkan bahawa bahagian
ini bukanlah penganjur kepada acara-acara universiti, akan tetapi peranan yang
dimainkan oleh bahagian komunikasi korporat sangat penting bagi memastikan
kelancaran, susunatur dan gerakcara sesuatu acara mengikut panduan dan
protokol yang sepatutnya.
37
Unit Komunikasi Korporat
114. Radio Kampus, MYUFM haruslah diperluaskan skop siarannya dan kandungan
informasinya haruslah bersifat semasa dan terkini. Maklumat bukan sahaja perlu
dicari tetapi juga perlu kepada kajian supaya informasi yang kita sajikan benar-
benar bermanfaat dan ditunggu oleh pendengar. Sebagai satu-satunya radio
kampus yang terdapat di Pantai Timur, pastinya MYUFM sentiasa mendapat
perhatian terutama dan rujukan daripada universiti yang turut ingin mewujudkan
radio sendiri.
38
Unit Komunikasi Korporat
FOKUS KELAPAN – KESEDIAAN MEREALISASIKAN PROGRAM
MEMPERKASAKAN UITM (TERENGGANU)
Hadirin Sekalian,
115. Apa jua yang akan dilakukan oleh UiTM (Terengganu) untuk menjayakan setiap
gerak kerjanya pada tahun 2016 adalah perlu berlandaskan tema
`Memperkasakan transformasi UiTM (Terengganu)` ini, kita tidak boleh lari
daripada mengharapkan Reda dan Rahmat Allah SWT. Saya meminta Pusat
Hidayah menganjurkan satu masjlis bacaan Yassin dan solat hajat sesegera
mungkin untuk kita lorongkan harapan kita pada tempat yang betul dan benar
supaya dengan Izin Allah SWT membuahkan hasil yang diharapkan.
116. Saya ingin mengulangi seruan yang sama dalam amanat tahun 2013, 2014 dan
2015 iaitu, Para Ketua PTj hendaklah memberi perhatian kepada semua usaha
untuk merealisasikan kejayaan semua objektif yang ditetapkan dalam Pelan
Strategik UiTM (Terengganu) 2015-2020 dan yang penting bagi tahun 2016 ini
ialah mencapai sasaran KPI yang ditetapkan. Malah pihak JKE akan memantau
pencapaian KPI kita setiap dua bulan sekali di mana pelaporan pencapaian KPI
dijadikan sebagai agenda tetap dalam mesyuarat JKE.
117. Marilah kita menyiapkan diri dengan persiapan dan kesediaan yang benar-benar
menampakkan kesungguhan untuk berjaya mencemerlangkan UiTM
(Terengganu) pada tahun 2016 dan tahun-tahun berikutnya. Jika sejengkal orang
ke hadapan, kita pergi jauh selangkah. Jangan duduk hanya menunggu datangnya
terang di waktu siang, sebaliknya capailah awan, bulan dan bintang walaupun hari
masih ditutupi malam.
118. Dalam usaha untuk mencapai cita-cita ini, saya pecaya bahawa UiTM
(Terengganu) juga perlu kepada sokongan daripada semua pihak di luar UiTM
39
Unit Komunikasi Korporat
(Terengganu) termasuk badan-badan NGO, persatuan-persatuan dan orang
persorangan yang bersedia untuk membantu.
119. Saya berharap badan-badan dan persatuan seperti PEWANI, PSKK, KKUiTM,
PERSATUAN ALUMI UiTM, KELAB AKADEMIK, BANGKIT dan NGO lain-lain
terus memberi sokongan bagi menjayakan usaha-usaha bersama. Saya harap
juga Persatuan Alumni UiTM (Terengganu) di bawah kepimpinan Pengerusi
Persatuan berusaha untuk mencari dana bagi pembinaan sebuah bangunan
Akademi Pengajian Bahasa dan MASMED. Saya berharap usaha ini akan berjaya
dan bangunan ini kelak jika berjaya dibina akan menjadi simbol kejayaan alumni
universiti ini.
40
Unit Komunikasi Korporat
(E) PENUTUP
Hadirin Sekalian,
120. Amanat yang saya sampaikan pada pagi ini sebenarnya merupakan himpunan
kesatuan idea pelbagai pihak yang mahu memastikan usaha memperkasakan
transformasi kebitaraan UiTM (Terengganu) berjalan lancer dan mencapai
matlamatnya.
121. Marilah kita tanamkan dalam tekad kita keazaman yang sungguh-sungguh dan
iltizam untuk mencapai kecemerlangan yang berterusan untuk universiti ini.
Marilah kita panjatkan ke Hadrat Allah SWT, doa dan harapan semoga Allah
menujuk kan jalan yang benar, membuka pintu kebaikan, mempermudahkan
setiap gerak kerja kita dengan petunjuk-Nya yang benar dan barakah atas setiap
yang kita usahakan.
122. Dengan harapan yang tulus murni itu, saya menyerahkan kepada seluruh warga
UiTM (Terengganu) suatu tanggungjawab untuk bersama-sama saya bagi
menjayakan setiap perancangan yang ditetapkan dalam Amanat ini serta
pencapaian sasaran KPI yang ditetapkan kepada UiTM Terenggganu pada tahun
2016 dan menjadi sasaran KPI semua pihak di UiTM (Terengganu). Kita akan
berjaya dengan segala upaya yang ada dan dengan berpegang pada nilai
kebersamaan, keserakanan dan keharmonian.
Saya ingin sampai sebuah sajak:
Universiti kita ini
adalah sebuah hamparan kasih
tempat anak-anak bangsa mengukir mimpi
41
Unit Komunikasi Korporat
dengan warna hari depan.
Universiti kita ini
adalah sebuah ladang ilmu
tempat ibu bapa menugal benih cendekiawan
agar dapat dipetik daripadanya
pohon-pohon kebijaksanaan
yang tumbuh dari keringat ilmuwan.
Universiti kita ini
umpama sebuah pelabuhan,
tempat graduan di rantauan
pulang dari kematangan
lalu memunggah kepandaian
untuk ditatang generasi baharu
yang kehausan di padang
dan yang sesat di hutan.
Universiti kita ini
adalah bahtera bakti
namun sering dilanda gelora nafsi
muatan jasa dan pengorbanan ilmuwan
timbul tenggelam dalam lautan ldealisme
karam di batu pragmatisme
simpan siur falsafah kadang kala
menemukan visi dan misi
bergemericingan di lantai angan.
namun, kita perlu tetap terus di sini
menggalas tanggungjawab
menyempurnakan lukisan wajah cendekiawan
memperkasakan transformasi
menyempurnakan wawasan
42
Unit Komunikasi Korporat
untuk dipamerkan
di rumah bernama masa hadapan.
123. Akhir kata, saya amat berharap kita akan dapat terus bekerjasama dalam satu
pasukan yang jitu, hebat dan mantap. Sama-sama kita membantu yang susah,
menolong yang lemah, menegur yang salah, menilai dengan jujur, menghargai
yang dilakukan, menolak dengan berhemah, menampung pada yang lompong,
bersyukur pada setiap yang diperoleh dan istiqamah pada setiap kerja yang kita
lakukan. InsyaAllah, hanya Dia yang mampu membalasnya. Marilah kita bersama-
sama berdoa kepada Allah S.W.T agar segala perancangan dan pelaksanaan
dapat direalisasikan.
124. Mengakhiri amanat ini, saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf
sekiranya sepanjang amanat ini disampaikan, terdapat perkara-perkara yang
menyinggung perasaan sesiapa. Demikian amanat saya bagi tahun 2016 ini buat
seluruh warga UiTM (Terengganu) yang saya kasihi.
125. Terima kasih kepada semua yang hadir, dan urusetia yang bertungkus lumus
memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.
Selamat menjalankan tugas. UiTM Sentiasa DiHatiku. Sekian, wassalam dan terima kasih.