Ucapan Perpisahan Akhir Tahun 6

3
Ucapan wakil murid. Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Subgai Kechil, Nibong Tebal, En. Abd Halim bin Aris, Yang Dikasihi Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru serta rakan- rakan seperjuangan sekalian. Asslamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada jamuan perpisahan tahun enam tahun 2010 ini. Saya selaku wakil murid tahun enam di kesempatan ini ingin menyampaikan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil. Betapa besarnya jasa guru yang telah mengajar kami daripada tidak mengenal huruf hingga mengenal huruf, daripada tidak tahu membaca hingga dapat membaca dengan lancar, daripada tidak tahu mengarang hingga boleh mengarang dengan baik. Kami juga tahu bahawa semua guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil ini merupakan guru berdidikasi yang sentiasa memupuk minat kami supaya lebih berdikari dan sentiasa mendengar nasihat guru. Mungkin dulu kami tidak mendengar nasihat guru tapi kami berjanji akan sentiasa mendengar nasihat guru dan ibu bapa kami pada masa hadapan. Kami juga berjanji akan menjaga maruah dan nama baik Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil walau di mana jua kami berada, bak kata pepapatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri adalah lebih baik bagi kami sekolah ini yang telah banyak jasa kepada kami.

description

ok

Transcript of Ucapan Perpisahan Akhir Tahun 6

Page 1: Ucapan Perpisahan Akhir Tahun 6

Ucapan wakil murid.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Subgai Kechil, Nibong Tebal, En. Abd Halim bin Aris, Yang Dikasihi Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Asslamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada jamuan perpisahan tahun enam tahun 2010 ini. Saya selaku wakil murid tahun enam di kesempatan ini ingin menyampaikan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil.

Betapa besarnya jasa guru yang telah mengajar kami daripada tidak mengenal huruf hingga mengenal huruf, daripada tidak tahu membaca hingga dapat membaca dengan lancar, daripada tidak tahu mengarang hingga boleh mengarang dengan baik.

Kami juga tahu bahawa semua guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil ini merupakan guru berdidikasi yang sentiasa memupuk minat kami supaya lebih berdikari dan sentiasa mendengar nasihat guru. Mungkin dulu kami tidak mendengar nasihat guru tapi kami berjanji akan sentiasa mendengar nasihat guru dan ibu bapa kami pada masa hadapan. Kami juga berjanji akan menjaga maruah dan nama baik Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil walau di mana jua kami berada, bak kata pepapatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri adalah lebih baik bagi kami sekolah ini yang telah banyak jasa kepada kami.

Kepada rakan-rakan sekalian, ingatlah kita semua akan menjejak kaki ke tingkatan 1. Kita semua akan meninggalkan sekolah ini yang memberikan seribu kenangan manis dan pahit yang kita telah alami bersama. Janganlah kita merosakkan nama baik sekolah dengan membawa imej buruk semasa berada di sana nanti. Selain itu, janganlah kita terikut-ikut dengan gejala-gejala yang negatif yang akan kita tempohi nanti.

Saya mewakili rakan-rakan memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang telah kami lakukan selama kami berada di sini. Kami juga memohon restu segala ilmu yang cikgu curahkan kepada kami. Kami

Page 2: Ucapan Perpisahan Akhir Tahun 6

berharap agar kami dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

        Kami seluruh tahun enam meminta maaf jika kami berlaku kasar dan menyakitkan hati guru-guru semua.Kami mengharapkan agar guru-guru semua memaafkan kami.Kami juga memaafkan guru-guru yang telah membuat silap ke atas kami.

    Kami tidak akan melupakan guru semua kerana terdapat kenangan manis dan pahit di antara kita.Kami juga tidak akan melupakan kesemua ilmu yang telah guru-guru semua beri.Kami akan berusaha untuk mencapai kejayaan demi guru-guru semua.

         Pulau Pandan jauh ke tengah,

                 Gunung Daik bercabang tiga,

         hancur badan dikandung tanah,

                 budi yang baik dikenang jua.        

Sekianlah serba sedikit ucapan saya pada pagi yang mulia ini. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin berpesan kepada rakan-rakan saya supaya janganlah jadi anak murid yang tidak kenang jasa guru dan tidak menghormati guru semasa berada di sekolah menengah nanti.

Sekian, terima kasih.