Ucapan persaraan Ustazah

5
Bismillah…. Alhamdulillah…… Assalamualaikum wbth, Terima kasih, Pn pengerusi majlis Pn………………………………….. Yang Berusaha Guru Penolong Kanan 1 En. Khairul Affan di b Muhammd Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Hjh Nafsiah bt Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Tn Hj. Abd Hamid b Jabar Yang Dipertua PIBG Pn………………………………………………… Yang diraikan Yang Berbahagia Ustazah Ramziah bt………………… Seterusnya guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Pertamanya, saya ingin memanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya kita dapat bertemu dalam Majlis Persaraan Ustazah Ramziah bt…………………….. Majlis persaraan yang diadakan pada pagi ini amat bermakna, bukan sahaja kepada guru-guru bahkan juga kepada murid-murid dan juge seluruh warka SK Parit Mahang ini. Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala jasa bakti

description

ucapan persaraan ustazah

Transcript of Ucapan persaraan Ustazah

Bismillah.Alhamdulillah

Assalamualaikum wbth,Terima kasih, Pn pengerusi majlis Pn..

Yang Berusaha Guru Penolong Kanan 1 En. Khairul Affan di b MuhammdYang Berusaha Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Hjh Nafsiah bt Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Tn Hj. Abd Hamid b JabarYang Dipertua PIBG PnYang diraikan Yang Berbahagia Ustazah Ramziah btSeterusnya guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.Pertamanya, saya ingin memanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya kita dapat bertemu dalam Majlis Persaraan Ustazah Ramziah bt..

Majlis persaraan yang diadakan pada pagi ini amat bermakna, bukan sahaja kepada guru-guru bahkan juga kepada murid-murid dan juge seluruh warka SK Parit Mahang ini. Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala jasa bakti serta keringat yang dicurahkan oleh Ustazah Ramziah. Perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan Ustazah yang tidak pernah mengenal erti penat lelah telah membawa SK Parit Mahang ke satu tahap yang lebih baik dan membanggakan pada hari ini. Dalam hal ini, kita amat terhutang budi terhadap perkhidmatan, pengorbanan dan kejayaan yang telah disumbangkan oleh Ustazah sepanjang berkhidmat di sini.Percayalah, bahawa ini akan menjadi dorongan kepada kita yang masih berkhidmat untuk terus mengejar kejayaan dan seterusnya meningkatkan ketahanan serta kecekalan untuk mengharungi cabaran pada masa hadapan. Setiap kebaikan yang ditinggalkan pastinya akan menjadi ikutan dan pendorong semangat kepada kita semua.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, yang pastinya setiap perpisahan amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenangkan kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini kita akan merasa terharu kerana perpisahan Ustazah Ramziah yang kita amat kita sayangi. Beliau merupakan guru yang paling lama berkhidmat di sekolah ini, bermula sejak 1989 hinggalah sekarang ini, lebih kurang 26 tahun berkhidmat di sekolah ini, bagi saya, Ustazah bukan saja sebagai guru bahkan juga sebagai bonda kita dalam keluarga SK Parit Mahang.Begitulah perasaan yang kita rasai sekarang. Berat sungguh bagi kita untuk melepaskan pemergian Ustazah, sepanjang tempoh perkhidmatan telah banyak menyumbangkan jasa terhadap kemajuan dan perkembangan SK Parit Mahang.Di kesempatan ini juga, saya selaku mewakili seluruh warga SK Parit Mahang, menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada ustazah andai ada di antara kami yang tersilap kata, terkhilaf bicara dan tersalah tingkah laku yang menyinggung perasaan ustazah. Segala jasa bakti ustazah sepanjang berkhidmat di sekolah ini akan kami kenang selagi hayat dikandung badan. Sesungguhnya terlalu banyak jasa dan sumbangan ustazah, yang pastinya tidak akan kami lupakan.

Tak sungguh tak melata, Tak sungguh orang tak kata, Patah tumbuh hilang berganti, Tapi takkan sama dengan yang pergi.

Marilah sama-sama kita berdoa, semoga Allah SWT akan melimpah rahmat dan peliharaan kepada Ustazah Ramziah dan seisi keluarga agar dipanjangkan usia diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama dan bangsa.Happy Retirement

Selamat Bersara Ustazah

Limau manis dimakan manisManis sekali rasa isinyaDilihat manis dipandang manisManis sekali hati budinyaKalau ada pauh di daikBawa sebiji ke Tanah seberangKalau ada budi yang baikSampai mati dikenang orangTuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara NampakEsok jangan rindu-rinduan.

Kalau ada sumur di lading,

Bolehlah saya menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Bolehlah kita berjumpa lagi,

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah Wasaalam.