UCAPTAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI · PDF fileCiri Kajian Konvensional Kajian Tindakan...

12
1 UCAPTAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KOLOKIUM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KALI PERTAMA 2016 9 10 OKTOBER PENYELIDIKAN PEMANGKIN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULAHI WABAROKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SEHATI SEJIWA. 1. Latar Belakang Kolokium Kolokium Penyelidikan Pendidikan ini merupakan satu usaha berterusan IAB Cawangan Genting Highlands untuk mengembangkan pengetahuan dalam bidang penyelidikan pendidikan. Melalui kolokium ini, pengamal- pengamal pendidikan di bilik darjah dan organisasi akan dapat mengetengahkan dapatan penyelidikan, berkongsi maklumat, pengetahuan dan amalan terbaik, menyebarkan dapatan kajian terkini, membina jaringan serta berbincang secara profesional untuk memantapkan kualiti pendidikan negara.

Transcript of UCAPTAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI · PDF fileCiri Kajian Konvensional Kajian Tindakan...

Page 1: UCAPTAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI · PDF fileCiri Kajian Konvensional Kajian Tindakan Tujuan Menguji teori sedia ada atau menghasilkan teori baharu yang boleh digeneralisasikan

1

UCAPTAMA PENGARAH

INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KOLOKIUM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KALI PERTAMA 2016

9 – 10 OKTOBER

PENYELIDIKAN PEMANGKIN KECEMERLANGAN INSTITUSI

PENDIDIKAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULAHI WABAROKATUH, SALAM SEJAHTERA

DAN SALAM SEHATI SEJIWA.

1. Latar Belakang Kolokium

Kolokium Penyelidikan Pendidikan ini merupakan satu usaha berterusan

IAB Cawangan Genting Highlands untuk mengembangkan pengetahuan

dalam bidang penyelidikan pendidikan. Melalui kolokium ini, pengamal-

pengamal pendidikan di bilik darjah dan organisasi akan dapat

mengetengahkan dapatan penyelidikan, berkongsi maklumat,

pengetahuan dan amalan terbaik, menyebarkan dapatan kajian terkini,

membina jaringan serta berbincang secara profesional untuk

memantapkan kualiti pendidikan negara.

Page 2: UCAPTAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI · PDF fileCiri Kajian Konvensional Kajian Tindakan Tujuan Menguji teori sedia ada atau menghasilkan teori baharu yang boleh digeneralisasikan

2

Melalui penganjuran kolokium seumpama ini juga dapat

membantu IAB meningkatkan peranannya sebagai institusi yang

menjadi sumber utama penyebaran maklumat dalam bidang kepimpinan

pendidikan di Malaysia, serta mewujudkan interaksi profesional sesama

pemimpin pendidikan serta pihak-pihak lain yang berkepentingan.

2. Tema Kolokium Penyelidikan

Tema kolokium penyelidikan yang diadakan buat pertama kalinya ini

ialah “Penyelidikan Pemangkin Kecemerlangan Institusi

Pendidikan”. Mengapakah dikatakan penyelidikan itu sebagai

mangkin kepada kecemerlangan sesebuah institusi? Dalam proses

tindak balas kimia, mangkin digunakan untuk mempercepat atau

menyegerakan berlakunya tindakbalas bagi mendapat hasil. Oleh yang

demikian, sekiranya segala dapatan penyelidikan yang dihasilkan

diambil tindakan yang sewajarnya, dapatan penyelidikan itu akan

menjadi seperti mangkin dalam proses tindak balas kimia, iaitu akan

mempercepat atau menyegerakan sesebuah institusi pendidikan itu

mencapai kecemerlangan.

Kolokium Penyelidikan ini turut memasukkan beberapa subtema

iaitu: pengurusan dan kepimpinan pendidikan; pengajaran dan

pembelajaran abad ke-21; kepemimpinan guru; inovasi dalam

pendidikan; pembangunan sumber manusia; serta kajian tindakan dan

pembangunan organisasi pendidikan.

Page 3: UCAPTAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI · PDF fileCiri Kajian Konvensional Kajian Tindakan Tujuan Menguji teori sedia ada atau menghasilkan teori baharu yang boleh digeneralisasikan

3

3. Peranan Guru dalam Penyelidikan

Hadirin yang dihormati sekalian,

3.1 Masyarakat guru adalah masyarakat berpendidikan mengikut

norma keilmuan. Guru seringkali menjadi rujukan masyarakat

dalam semua aspek kehidupan. Justeru, masyarakat guru perlu

sentiasa berada di hadapan dalam konteks penerokaan,

pencarian dan pengamalan ilmu baharu. Pemerolehan ilmu

yang bersifat dinamik boleh diperoleh melalui pembudayaan

kajian dan penyelidikan.

3.2 Penyelidikan ialah satu proses sistematik yang mengumpul dan

menganalisis maklumat untuk menerang dan memahami

sesuatu topik, masalah atau isu. Proses yang dilalui dalam

pelaksanaan sesuatu penyelidikan merupakan suatu prosedur

penyelesaian masalah atau pencarian jawapan kepada sesuatu

masalah atau tanda tanya.

3.3 Penyelidikan bukan sahaja memerlukan kesabaran, ketekunan

dan ketabahan malahan masa yang terancang juga diperlukan

supaya prinsip, proses dan kaedah yang dijalankan mampu

menghasilkan bukti-bukti empirik yang dapat menyokong

sesuatu tindakan yang dilaksanakan. Dalam proses ini,

pentadbir perlu memainkan peranan penting untuk menyokong

dan menggembleng kepimpinan ke arah pembudayaan

penyelidikan di organisasi masing-masing. Dapatan

penyelidikan akan memberi impak yang positif jika disusul

dengan tindakan yang terancang dan kesannya akan

Page 4: UCAPTAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI · PDF fileCiri Kajian Konvensional Kajian Tindakan Tujuan Menguji teori sedia ada atau menghasilkan teori baharu yang boleh digeneralisasikan

4

menghasilkan dan merealisasikan matlamat pendidikan secara

umumnya. Peranan dan impak inilah yang disesuaikan dengan

tema kolokium kita pada kali ini iaitu “Penyelidikan

Pemangkin Kecemerlangan Institusi Pendidikan” .

4. Penyelidikan Konvensional atau Penyelidikan Tindakan?

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kolokium penyelidikan kali ini menggabungkan pembentangan dapatan

penyelidikan daripada Penyelidikan Konvensional dan Penyelidikan

Tindakan. Mari sama-sama kita meneliti secara ringkas, apakah yang

membezakan antara dua jenis penyelidikan ini.

Jadual 1: Perbezaan antara Kajian Konvensional dan Kajian Tindakan

Ciri Kajian Konvensional Kajian Tindakan

Tujuan Menguji teori sedia ada

atau menghasilkan teori

baharu yang boleh

digeneralisasikan

Memperbaik amalan

sendiri dan organisasi

Kaedah mengenal

pasti masalah

Sorotan terhadap

kajian-kajian yang lalu

Masalah yang sedang

dihadapi

Prosedur kajian

literatur

Ekstensif, penekanan

kepada sumber primer.

Sepintas lalu,

menggunakan sumber

sekunder

Page 5: UCAPTAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI · PDF fileCiri Kajian Konvensional Kajian Tindakan Tujuan Menguji teori sedia ada atau menghasilkan teori baharu yang boleh digeneralisasikan

5

Reka bentuk

kajian

Prosedur kajian yang

tetap dan tidak boleh

diubah suai

Boleh diubah suai

mengikut keadaan dan

keperluan.

Subjek kajian Penyelidik bukan subjek

kajian. Subjek kajian

ialah sampel yang

dipilih oleh penyelidik

Penyelidik adalah

sebahagian subjek

penyelidikan. Subjek

kajian berkaitan dengan

kerja pengkaji

Analisis data Menggunakan perisian khas seperti SPSS

-deskriptif

-inferensi

Data biasanya berbentuk

kualitatif/kuantitatif dan

dianalisis secara

deskriptif dan naratif.

Penyebaran

maklumat

Kepada golongan

profesional dalam

keadaan yang berbeza

Secara khusus kepada

individu dan organisasi

5. Peranan Pemimpin Pendidikan Membudayakan Penyelidikan

Peranan Pengetua dan Guru Besar sangat penting untuk

menyemarakkan budaya menyelidik dalam kalangan guru. Ia amat

bersesuaian dengan teori-teori pengurusan yang berkesan kerana:

i) Penglibatan guru penting terhadap proses membuat keputusan.

ii) Proses membuat keputusan yang demokratik perlu ada.

iii) Nilai, kepercayaan dan matlamat perlu disebarkan.

Page 6: UCAPTAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI · PDF fileCiri Kajian Konvensional Kajian Tindakan Tujuan Menguji teori sedia ada atau menghasilkan teori baharu yang boleh digeneralisasikan

6

iv) Peserta diberi hak yang sama dalam perbincangan.

v) Hak yang sama dalam menentukan dasar.

vi) Hak yang sama dalam pemilihan keputusan.

vii) Akauntabiliti dan tanggungjawab dipikul bersama.

Sama ada Penyelidikan Konvensional mahupun Kajian Tindakan,

kedua-duanya bertujuan untuk mencari jawapan kepada masalah yang

diselidiki. Setelah punca masalah dikenal pasti, intervensi dilakukan

untuk penambahbaikan terhadap masalah yang dihadapi. Intervensi

perlu disertakan dengan kreativiti dan inovasi, jika tidak, hasilnya tetap

sama.

Inovasi yang dilakukan seringkali menambahkan kos walaupun

nilainya bertambah. Dalam keadaan ekonomi yang tidak

memberangsangkan, inovasi yang dilakukan sepatutnya tidak

menambahkan kos. Kini, kita beralih kepada inovasi bernilai

menggunakan Strategi Lautan Biru atau Blue Ocean Strategy atau

ringkasnya BOS.

6. Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy/ BOS)

Strategi Lautan Biru merupakan strategi untuk memberikan nilai unik

(differentiation) kepada pelanggan dan pada masa yang sama

mengurangkan kos untuk organisasi. Dengan nilai unik ini, sama ada

dalam sesuatu perkhidmatan atau produk yang sebelum ini bukan

pelanggan akan berubah menjadi pelanggan. Namun begitu, tiada

Page 7: UCAPTAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI · PDF fileCiri Kajian Konvensional Kajian Tindakan Tujuan Menguji teori sedia ada atau menghasilkan teori baharu yang boleh digeneralisasikan

7

kompromi dengan kualiti. Kualiti sesuatu produk atau perkhidmatan

mesti tinggi.

Mengurangkan kos sahaja tidak cukup untuk dipanggil sesuatu

strategi itu sebagai Strategi Lautan Biru. Begitu juga dengan

meningkatkan nilai untuk pelanggan sahaja tidak cukup untuk sesuatu

strategi itu dipanggil Strategi Lautan Biru. Apabila kos dikurangkan dan

nilai ditingkatkan yang berlaku serentak, barulah sesuatu strategi layak

dipanggil Strategi Lautan Biru.

Apabila kedua-dua aspek, KOS dikurangkan, NILAI pelanggan

ditingkatkan berlaku serentak maka berlakulah “INOVASI BERNILAI”.

Inovasi bernilai bukan bermaksud inovasi yang menjadikan sesuatu

produk itu lebih canggih, sebaliknya inovasi ini memberi nilai baharu

(unik) kepada pelanggan.

Strategi Lautan Biru bukan semata-mata satu strategi untuk

meningkatkan keuntungan sesebuah firma, malah setiap individu

manusia boleh menggunakannya bagi menjadikan kehidupan masing-

masing lebih bermakna.

Persoalannya, apakah yang boleh dimanfaatkan daripada konsep

Strategi Lautan Biru kepada:

1. Institusi Latihan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan seperti IAB?

2. Institut Pendidikan Guru yang melatih guru praperkhidmatan?

3. Pengetua dan Guru Besar selaku pemimpin di sekolah?

Page 8: UCAPTAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI · PDF fileCiri Kajian Konvensional Kajian Tindakan Tujuan Menguji teori sedia ada atau menghasilkan teori baharu yang boleh digeneralisasikan

8

4. Guru-guru di bilik darjah?

Apakah Inovasi Bernilai yang boleh disediakan oleh IAB terhadap

produk latihan dan pelanggannya?

Apakah Inovasi Bernilai yang boleh disediakan oleh IPG terhadap

produk latihan dan pelanggannya (guru-guru praperkhidmatan)?

Apakah Inovasi Bernilai yang boleh disediakan oleh pemimpin sekolah

terhadap proses pembelajaran dan pengajaran dan pelanggannya

(murid dan guru)?

Apakah Inovasi Bernilai yang boleh disediakan oleh guru terhadap

pelanggannya (murid)?

Apakah Inovasi Bernilai yang boleh kita cipta, daripada Strategi Lautan

Biru, yang boleh digunakan bagi menjadikan kehidupan kita lebih

bermakna?

7. Kepimpinan Lautan Biru (Blue Ocean Leadership / BOL)

Sehubungan dengan Konsep Strategi Lautan Biru, munculnya Konsep

Kepimpinan Lautan Biru (Blue Ocean Leadership / BOL). Apakah

perbezaan antara BOS yang bersifat umum dan BOL yang lebih

spesifik?

Page 9: UCAPTAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI · PDF fileCiri Kajian Konvensional Kajian Tindakan Tujuan Menguji teori sedia ada atau menghasilkan teori baharu yang boleh digeneralisasikan

9

Jadual 2: Perbandingan antara BOS dan BOL

Bil Strategi Lautan Biru

(Blue Ocean Strategy, BOS)

Kepimpinan Lautan Biru

(Blue Ocean Leadership, BOL)

1 Mengejar aspek pembezaan (nilai unik) dan kos rendah bagi membuka ruang pasaran (permintaan untuk produk) baharu

Mengejar aspek impak tinggi dan kos rendah bagi memberi akses kepada bakat-bakat baharu sebagai tenaga

2 Mencipta permintaan baharu dengan menukarkan bukan pelanggan kepada pelanggan

Mencipta bakat baharu dengan menukarkan tenaga pekerja yang tidak terlibat kepada terlibat

3 Menawarkan alat-alat visual dan proses yang sitematik serta yang boleh dihasilkan semula bagi memformulasi dan melaksanakan dengan efektif Strategi Lautan Biru

Menawarkan alat visual dan proses yang sistematik serta yang boleh dihasilkan semula bagi memformulasi dan melaksanakan dengan efektif Kepimpinan Lautan Biru

Dengan memindahkan konsep Strategi Lautan Biru, Kepimpinan

Lautan Biru mencadangkan perubahan profil kepimpinan untuk tiga

kumpulan pengurusan yang terlibat dalam sesebuah organisasi.

i) Kumpulan pengurusan kanan (senior management) hendaklah

berubah daripada memberi tumpuan kepada operasi (rutin)

kepada mencartakan dan mendeligasikan masa depan organisasi.

ii) Kumpulan pengurusan pertengahan (middle management)

hendaklah berubah daripada “bertindak dan mengawal dari dalam

Page 10: UCAPTAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI · PDF fileCiri Kajian Konvensional Kajian Tindakan Tujuan Menguji teori sedia ada atau menghasilkan teori baharu yang boleh digeneralisasikan

10

zon selamat” kepada menjadi “bebas memberi coaching,

mengupayakan dan menguasai orang”.

iii) Kumpulan pengurusan barisan hadapan (frontline management)

hendaklah berubah daripada “mengipas bos” kepada “sanggup

berkhidmat untuk pelanggan pada apa jua keadaan”.

Sesungguhnya kecemerlangan organisasi sangat bergantung

kepada perubahan profil tiga kumpulan tersebut. Saya yakin dan

percaya bahawa tuan-tuan dan puan-puan dapat mengimplementasikan

Strategi Lautan Biru dan Kepimpinan Lautan Biru di organisasi

berdasarkan posisi masing-masing.

8. Rumusan dan penutup

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pihak Institut Aminuddin Baki selaku peneraju latihan kepimpinan dan

pengurusan pendidikan di negara ini akan terus menyokong dan

menggalakkan pelaksanaan penyelidikan dan kajian tindakan serta

membudayakan penyelidikan dalam kalangan warga pendidikan. Pihak

Institut Aminuddin Baki juga akan terus berusaha untuk menganjurkan

kolokium seumpama ini pada masa akan datang supaya hasil

penyelidikan dapat dikongsi dan dimanfaatkan.

Kajian Tindakan dapat menonjolkan amalan terbaik dalam

pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Kami juga yakin

kajian tindakan yang dijalankan mampu menghasilkan penemuan yang

Page 11: UCAPTAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI · PDF fileCiri Kajian Konvensional Kajian Tindakan Tujuan Menguji teori sedia ada atau menghasilkan teori baharu yang boleh digeneralisasikan

11

dapat menambah baik dan memperkukuh organisasi pendidikan secara

menyeluruh.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diberikan

kepada para pembentang kertas kerja yang bersama-sama

menyumbang kepada kejayaan kolokium ini. Bagi para peserta, saya

percaya banyak maklumat dan pengalaman dapat dikutip dan

dikongsikan dalam kolokium ini. Sesungguhnya, kolokium sebegini

dapat menjadi wahana penting untuk memacu budaya penyelidikan

kajian tindakan dalam organisasi masing-masing. Saya juga ingin

mencadangkan agar semua institusi pendidikan berusaha menganjurkan

kolokium kajian tindakan ini di peringkat negeri masing-masing supaya

dapatan kajian dapat dikongsikan, disebarluaskan dan dimanfaatkan

bersama.

Pihak Institut Aminuddin Baki berharap semoga kolokium ini dapat

memberi maklumat berguna dan membuka minda warga pendidik untuk

menterjemahkan pengetahuan yang diperoleh bagi diimplimentasikan di

organisasi masing-masing.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah sekali

lagi kepada pihak IABCGH dan semua pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam memastikan kejayaan

pengendalian kolokium ini. Semoga komitmen dan kerja keras anda

semua diberkati oleh Allah Swt.

Page 12: UCAPTAMA PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI · PDF fileCiri Kajian Konvensional Kajian Tindakan Tujuan Menguji teori sedia ada atau menghasilkan teori baharu yang boleh digeneralisasikan

12

Dengan lafaz Bismilahirahminirrahim, dengan sukacitanya saya

merasmikan pembukaan KOLOKIUM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

KALI PERTAMA 2016.

Wabillahitaufik walhidayah wasalammuaalaikum wrt. wbrkt.

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh,

Abd Wahab bin Muda, Phd.