Ujian psikologi

11
PENGENALAN Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia penting dalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsi untuk memilih dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan pelajar. Salah satu ujian yang dikendalikan di sekolah rendah ialah ujian PEKA. PEKA merupakan penilaian berasaskan sekolah yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian ini adalah berasaskan model CIPP (Context, Input, Process and Product) yang terbahagi kepada penilaian terhadap empat aspek sesuatu program yang terdiri daripada konteks, input, proses dan produk atau hasil. Model ini digunakan dalam kajian ini kerana model ini menepati kegunaan penilaian, jenis penilaian, metodologi yang digunakan dan persoalan yang ditetapkan dalam kajian ini (Stufflebean 2003). Pengenalan Penilaian Kemahiran Amali (PEKA) di peringkat darjah 5 pada tahun 2008 oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) membuktikan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengatasi masalah murid yang lemah dalam menguasai konsep sains dan kemahiran proses sains (KPS). Ujian ini lebih kepada menilai kriteria penguasaan murid. PEKA merupakan penilaian yang dijalankan dengan melibatkan teori dan amali. Pentaksiran dilakukan terhadap KPS dan kemahiran manipulatif sains yang dapat dikuasai oleh murid. Pengetahuan dan pendedahan yang efektif kepada guru dapat memastikan kualiti perlaksanaan PEKA dijalankan dengan baik. Keperluan pendedahan amat diperlukan oleh guru dalam melaksanakan kurikulum PEKA ini. Richards (2001) menyatakan bahawa setiap program pendidikan perlu berteraskan kepada keperluan dan program ini memerlukan kepada prosedur tertentu untuk menganalisis dan menilai pencapaian murid. 1

description

ilmiah

Transcript of Ujian psikologi

Page 1: Ujian psikologi

PENGENALAN

Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh

pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek

pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia penting dalam memperlihatkan kejayaan

atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsi untuk memilih dan

menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan

pelajar.

Salah satu ujian yang dikendalikan di sekolah rendah ialah ujian PEKA. PEKA

merupakan penilaian berasaskan sekolah yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses

pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian ini adalah berasaskan model CIPP (Context, Input,

Process and Product) yang terbahagi kepada penilaian terhadap empat aspek sesuatu program

yang terdiri daripada konteks, input, proses dan produk atau hasil. Model ini digunakan dalam

kajian ini kerana model ini menepati kegunaan penilaian, jenis penilaian, metodologi yang

digunakan dan persoalan yang ditetapkan dalam kajian ini (Stufflebean 2003).

Pengenalan Penilaian Kemahiran Amali (PEKA) di peringkat darjah 5 pada tahun 2008

oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) membuktikan kesungguhan Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) mengatasi masalah murid yang lemah dalam menguasai konsep

sains dan kemahiran proses sains (KPS). Ujian ini lebih kepada menilai kriteria penguasaan

murid.

PEKA merupakan penilaian yang dijalankan dengan melibatkan teori dan amali.

Pentaksiran dilakukan terhadap KPS dan kemahiran manipulatif sains yang dapat dikuasai oleh

murid. Pengetahuan dan pendedahan yang efektif kepada guru dapat memastikan kualiti

perlaksanaan PEKA dijalankan dengan baik. Keperluan pendedahan amat diperlukan oleh guru

dalam melaksanakan kurikulum PEKA ini. Richards (2001) menyatakan bahawa setiap program

pendidikan perlu berteraskan kepada keperluan dan program ini memerlukan kepada prosedur

tertentu untuk menganalisis dan menilai pencapaian murid.

1

Page 2: Ujian psikologi

MATLAMAT PEKA

Ujian Rujukan Kriteria ialah satu pendekatan penaksiran di mana prestasi pelajar ditaksir

berdasarkan kriteria yang telah di tentukan dan ditakrifkan dengan jelas dan tidak dibanding

dengan prestasi pelajar lain (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999). Penjaminan kualiti pula

merujuk kepada tindakan yang terancang dan tersusun yang perlu dilaksanakan bagi memberi

keyakinan yang mencukupi bahawa produk yang akan dilahirkan memenuhi keperluan kualiti

yang dinyatakan. Produk dalam konteks ini ialah individu yang telah melalui satu proses

pendidikan manakala kualitinya ialah ciri-ciri individu yang tertera dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

PEKA sains merupakan sistem penaksiran yang dilaksanakan (dirancang, ditadbir, diskor,

dirumus dan dilaporkan) di peringkat sekolah sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan kerangka yang ditetapkan dan dimoderatkan. Dimana penaksiran yang

dilakukan mestilah berdasarkan prinsip-prinsip penaksiran. Prinsip-prinsip penaksiran yang

digunakan di dalam PEKA ialah

1. Pentaksiran terhadap pelajar hanya boleh dilakukan sekiranya pelajar tersebut telah

mengikuti proses pembelajaran.

2. Pelajar hendaklah diberitahu terlebih dahulu apa yang hendak ditaksir terhadap dirinya.

3. Pelajar bersedia untuk ditaksir.

Dalam pemeratian guru penaksir dan laporan amali yang dibuat oleh pelajar, guru

penaksir boleh mencari petunjuk-petunjuk prestasi bagi membuktikan penguasaanpelajar

terhadap sesuatu kriteria. Tahap penguaaan sesuatu aspek adalah berdasarkan kriteria-kriteria

yang ditetapkan. Kriteria-kriteria merupakan penyataan yang menunjukkan satu aras minimum

yang mesti dikuasai oleh pelajar. Dapatan daripada PEKA akan diambil kira dalam pemberian

gred bagi mata pelajaran yang berkenaan. Selain daripada itu dapatan PEKA digunakan oleh

guru untuk mengesan penguasaan dan pencapaian pelajar dalam elemen yang diukur. Disamping

itu PEKA juga digunakan untuk mengetahui keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

dan seterusnya mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan tersebut.

2

Page 3: Ujian psikologi

KEPENTINGAN UJIAN PEKA

Per Morten (1999) membuat kajian mengenai aktiviti penilaian saintifik dalam TIMSS

( Third International Mathermatics and Science Study) ke atas pelajar-pelajar Norwegian

(Norway). Beliau mendapati penilaian prestasi kerja sains pelajar boleh diukur melalui

kebolehan menyelesaikan masalah dan kemahiran ini merupakan kemahiran peringkat tinggi

melibatkan pendekatan secara inkuiri. Daripada kaji selidik yang dijalankan boleh dirumuskan

bahawa:

i) Bukti adalah diperlukan untuk setiap kesimpulan atau keputusan yang dibuat

ii) Perbincangan untuk setiap hasil aktiviti kajiselidik perlu disertai oleh alasan yang bernas

Revital T. Tal et.al, (2000) telah membuat kajian ke atas pelajar gred 6 th. di utara Israel

mengenai sistem penilaian alternatif berdasarkan projek dalam sains dan mendapati bahawa

penilaian berasaskan sekolah telah memberikan maklumat yang sah atau kukuh tentang

pencapaian pelajar. Ia juga merupakan suatu penilaian berbentuk formatif yang boleh membantu

pencapaian pelajar dan seterusnya meningkatkan profesionalisme perguruan (Black 1998; Worth

1993).

Menurut Harlen (1998) penilaian formatif memberi banyak ruang kepada guru untuk

mengesan penguasaan pelajar dan halangan yang wujud. Menurut beliau lagi penilaian secara

berterusan ini dapat membantu pembelajaran pelajar. Oleh itu guru dan pelajar harus sedar

bagaimana ia boleh dilaksanakan. Harlen mencadangkan strategi yang boleh digunakan untuk

membantu pembelajaran kemahiran proses sains pelajar iaitu:

a) Menyediakan banyak peluang kepada pelajar menggunakan proses sains.

b) Menggalakkan pelajar memberi pandangan yang kritikal bagaimana aktiviti sains mereka

boleh dilaksanakan dengan membincangkannya. Sekiranya mereka perlu mengulangi aktiviti,

mereka boleh memperbaikinya.

c) Memberi maklum balas berdasarkan kualiti tugasan dan bukan berdasarkan individu

d) Melibatkan pelajar dengan perbincangan metakogmisi tentang prosedur yang telah dilaLui

supaya pelajar dapat melihat kesesuaian dengan penyiasatan lain.

e) Mengajar teknik dan bahasa untuk kemahiran yang tinggi

3

Page 4: Ujian psikologi

f) Memberi pelajar akses kepada percontohan yang memenuhi kriteria berkualiti dan

menjelaskan aspek penting.

Penekanan dalam Peka ini bukan sahaja kepada aspek kognitif (pengetahuan) tetapi juga

terhadap kemahiran saintifik atau kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan kemahiran

(afektif) nilai murni. Penilaian dalam peka juga melibatkan penilaian prestasi, penilaian produk

(hasil) dan penilaian proses. Kebiasaannya penilaian ini dijalankan serentak dengan proses

pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perancangan strategik dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dan kawalan disiplin dalam kelas yang saiznya mungkin seramai 30

hingga 40 orang pelajar.

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN BERDASARKAN KAJIAN

KEBERKESANAN PROGRAM PENTAKSIRAN KERJA AMALI (PEKA)

a) Kesahan Konstruk

Satu Kajian Keberkesanan Program Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA) telah

dijalankan oleh Mat Rasid Ishak dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 39(2)(2014): 83-93. Melalui

kajian tersebut telah dinyatakan dapatan kajian secara keseluruhan mendapati guru tidak dapat

memahami objektif atau matlamat perlaksanaan PEKA dengan baik (min = 3.28, s.p = 0.98)

yang memberikan interprestasi sederhana. Sebagai penilai PEKA guru perlu memahami dengan

jelas tentang objektif yang disasarkan supaya mereka dapat mamandu hala tuju dan perlaksanaan

kurikulum itu dengan baik dan berkesan. Min keseluruhan item dalam perlaksanaan pengajaran

PEKA ialah 3.28 (s.p = 0.98) berada pada tahap sederhana. Bagi item matlamat perlaksanaan

PEKA pula, pemahaman guru terhadap matlamat pengajaran PEKA (min = 3.00, s.p = 1.07)

menunjukkan peratus guru setuju dan sangat setuju adalah 35% dan tidak setuju 45%. Min untuk

objektif perlaksanaan PEKA ialah 3.05 (s.p = 1.09) dengan peratus setuju dan sangat setuju,

masing-masing 40% dan tidak setuju 45% manakala guru yang tidak pasti apakah objektif

perlaksanaan PEKA ialah 15%. Masalah ini adalah signifikan dengan objektif PEKA

dilaksanakan.

4

Page 5: Ujian psikologi

Dapatan kajian ini juga menunjukkan (min = 3.00, s.p = 0.82) bahawa murid tidak faham

akan matlamat PEKA. Oleh yang demikian, guru perlu memberikan taklimat dan penerangan

yang jelas terhadap perlaksanaan PEKA sebelum penilain dilaksanakan. Hal ini berupaya untuk

menarik minat murid mempelajari sains dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap

pencapaian dalam mata pelajaran sains. Murid amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar

secara intensif untuk membolehkan mereka melaksanakan PEKA dengan baik dan berkesan.

Guru adalah agen yang penting di sebalik keberkesanan program PEKA ini. Murid akan bersedia

untuk berubah dan menjalankan program PEKA sekiranya guru menjadikan mereka pemudah

cara dalam pengajaran dan pembelajaran yang disediakan. Dapatan ini selari dengan dapatan

menggunakan instrumen temu bual yang dijalankan, setiap murid mempunyai minat yang tinggi

dalam mata pelajaran Sains, tetapi pencapaian mereka hanya pada tahap yang sederhana sahaja

ini kerana murid terlibat secara minima dalam sesi pembelajaran yang melibatkan pembelajaran

kooperatif dan koloboratif. Menurut kajin ini juga, didapati minat murid terhadap mata pelajaran

Sains ialah positif, iaitu min 3.60, s.p = 0.88. Dapatan ini menyokong dapatan daripada kajian

yang dijalankan oleh Sharifah Nor Ashikin dan Rahman (2005) yang menyatakan minat terhadap

mata pelajaran Sains adalah bergantung kepada aktiviti yang dilakukan oleh guru dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran yang mana mencetuskan minat murid yang tinggi terhadap mata

pelajaran Sains.

b) Kesahan Kandungan

Kefahaman guru terhadap sukatan program PEKA adalah pada tahap sederhana (min =

3.25, s.p = 0.97), menurut kajian yang dijalankan sebanyak 50% guru setuju bahawa mereka

memahami isi kandungan mata pelajaran, 30% guru tidak setuju memahami sukatan PEKA,

manakala 20% tidak pasti akan isi kandungan PEKA. Disini kesahan interpretasi guru terhadap

kandungan serta cara pelaksanaan PEKA masih sederhana. Guru perlu dibimbing bagi

memahami matlamat dan objektif PEKA selain sukatan yang perlu dinilai.

Satu lagi isu yang telah dikaji ialah berkaitan kemudahan yang disediakan bagi tujuan

penilaian PEKA. Persediaaan kemudahan yang digunakan untuk melaksanakan PEKA turut

memainkan peranan penting. Perancangan terhadap kemudahan yang akan digunakan dalam

perlaksanaan kurikulum PEKA memastikan segala perlaksanaannya berjalan dengan baik dan

5

Page 6: Ujian psikologi

lancar (Theh 2005). Perlaksanaan tanpa perancangan yang baik akan mendatangkan masalah

yang banyak semasa kurikulum ini dilaksanakan. Dapatan kajian mendapati secara

keseluruhannya, min ialah 3.16 (s.p = 1.01) dengan interpretasi min sederhana. Dapatan

menunjukkan bahawa persediaan kemudahan melaksanakan PEKA berada pada tahap yang

sederhana baik dan terdapat kemudahan kemudahan asas yang masih tidak mencukupi untuk

melaksanakan PEKA. Perkara ini menjadi faktor kesahan luaran kerana masalah ini bukan sahaja

berlaku di sekolah yang dikaji malahan turut melanda sekolah-sekolah lain di bawah kendalian

KPM. Pihak sekolah dan KPM perlu menyediakan kemudahan yang lebih baik bagi

keberkesanan PEKA ynag lebih baik di masa akan datang.

c) Kesahan Kriteria

Kaedah pengajaran dan penilaian boleh menyebabkan sesuatu pembangunan program

yang dilaksanakan lemah kerana guru mempunyai pelbagai cara untuk menilai dan

melaksanakan program PEKA ini. Terdapat beberapa aspek yang harus diberi penekanan dalam

pengajaran PEKA. Aspek memerhati, mengelas dan membuat inferen sahaja yang menjadi aspek

paling kerap diberikan penekanan dan menjadikan aspek ini mendapat min paling tinggi daripada

persepsi guru dan murid. Aspek ini diberi penekanan kerana mudah dilaksanakan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Penekanan dan penerapan semua aspek dalam kemahiran PEKA

menjadikan seorang murid itu berfikiran kreatif dan kritis (Hazrulrizawati 2007). BBM

merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam

menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Keberkesanan BBM dapat membantu

mempercepatkan proses pemahaman murid. Kajian yang dilakukan oleh Havard Business School

menunjukkan otak manusia menerima informasi melalui lima deria pada kadar yang berbeza.

Dapatan dalam kajian ini menyatakan bahawa deria rasa 1%, sentuh 1.5%, bau 3.5% dan lihat

83%. BBM yang berkesan akan dapat merangsang minat murid untuk belajar. Selain itu, BBM

juga berperanan untuk memperkembangkan kefahaman dan pemikiran murid serta memberikan

pengukuhan kepada murid terhadap apa yang dipelajari (Oemar 1989).

6

Page 7: Ujian psikologi

KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN

Dari segi instrumen yang digunakan, dapatan (min = 3.30, s.p = 0.96) menunjukkan

pemerhatian dan soal jawab merupakan instrumen yang paling kerap digunakan dan dinilai

dalam PEKA. Selain itu pemerhatian dengan 80% (n = 20) guru kerap menggunakannya, 15%

kadang-kadang dan 5% sangat jarang dengan interpretasi yang positif (min = 4.10, s.p = 0.85).

Manakala untuk instrumen soal jawab 85% guru kerap menggunakannya dalam perlaksanaan

PEKA dan 15% kadang-kadang menggunakannya. Interpretasi positif pada min 4.15, s.p = 0.67.

Instrumen soal selidik terhadap penjelasan murid secara lisan paling banyak digunakan iaitu 40%

guru tidak pernah menggunakan dalam perlaksanaan PEKA, 20% sangat jarang, 20% kadang-

kadang dan 20% sahaja yang kerap menggunakan instrumen ini. Interpretasi juga negatif (min =

2.20, s.p = 1.20). Manakala untuk instrumen lain, iaitu porfolio dengan 30% tidak pernah

digunakan, 40% sangat jarang dan 25% kadang-kadang dan hanya 5% kerap digunakan dengan

dapatan interpretasi yang negatif iaitu (min = 2.05, s.p = 0.89). Instrumen senarai semak pula

mendapati 30% tidak pernah digunakan, 30% sangat jarang, 25% kadang-kadang dan 15% sahaja

yang kerap menggunakannya di dalam perlaksanaan PEKA. Interpretasi negatif, iaitu min = 2.25

(s.p = 1.07). Instrumen projek pula didapati 10% tidak pernah dilaksanakan, 30% sangat jarang,

40% kadang-kadang, 15% kerap dan 5% sangat kerap dijalankan. Interpretasi yang negatif (min

= 2.75, s.p = 1.02). Dapatan untuk instrumen sidang kendalian murid pula menunjukkan

sebanyak 15% tidak pasti, 20% sangat jarang, 45% kadang-kadang dan 20% kerap

melaksanakannya di dalam PEKA. Interpretasi negatif (min = 2.70, s.p = 0.98). Dapatan

instrumen temu bual pula menunjukkan sebanyak 10% tidak pernah, 15% sangat jarang, 35%

kadang-kadang dan 40% kerap digunakan semasa perlaksanaan PEKA. Interpretasi min

menunjukkan sederhana (min = 3.15, s.p = 1.14). Kepelbagaian penggunaan instrumen penting

dalam menilai keupayaan murid melaksanakan Chap 1.indd 88 02/12/2014 11:52:18 Kajian

Keberkesanan Program Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA): Satu Penilaian di Sekolah

Rendah.

Penggunaan bahan-bahan sumber dalam perancangan PEKA ialah buku rujukan, buku

teks, buku kerja amali dan sumber rujukan lain seperti majalah, jurnal, risalah dan lain-lain.

Daripada dapatan yang diperoleh, buku rujukan merupakan sumber rujukan utama dalam

melaksanakan PEKA iaitu sebanyak 80% (n = 10) diikuti buku teks 75%, manakala sumber

7

Page 8: Ujian psikologi

rujukan yang paling sedikit digunakan ialah sumber rujukan lain (rujukan alternatif), iaitu 30%

penggunaannya. Hal ini menunjukkan bahawa guru tidak mencari sumber lain dan hanya

bergantung pada sumber yang dibekalkan oleh pihak KPM sahaja. Bahan bantu mengajar (BBM)

juga memainkan peranan yang penting dalam membantu guru-guru menjalankan PEKA. Antara

BBM yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PEKA ialah instrumen soal selidik,

instrumen portfolio. Instrumen senarai semak, instrumen pemerhatian, instrumen projek,

instrumen sidang kendalian murid, instrumen soal jawab dan instrumen temu bual termasuk juga

buku rujukan, buku teks, buku kerja amali, majalah dan risalah.

RUMUSAN

Dalam menyediakan ujian yang baik dan berkesan, guru merupakan penggerak utama.

Hal ini demikian kerana guru yang lebih arif tentang bidang yang telah diliputi sepanjang

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ujian yang dilaksanakan oleh guru dapat memberikan

tentang kesan pembelajaran untuk tempoh yang pendek mahupun jangka waktu yang lebih

panjang. Ujian yang dilakukan dalam tempoh pengajaran pembelajaran yang berlangsung

membolehkan guru mengetahui tahap penguasaan pelajar tentang topik-topik yang telah

dibincangkan di samping mengetahui masalah yang dihadapi pelajar dan seterusnya menjalankan

aktiviti yang bersesuaian seperti aktiviti pemulihan.

Menurut Piaget, pelajar yang berada dalam operasi formal dapat menguasai pemikiran

abstrak dalam kemahiran proses sains bersepadu dengan syarat pelajar tersebut telah menguasai

sepenuhnya kemahiran asas sains, iaitu kemahiran memerhati, mengelas, menginferens,

meramal, berkomunikasi, mengukur menggunakan nombor dan menggunakan perhubungan

ruang dan masa, seperti yang diklasifikasi oleh kurikulum SAPA (AAAS, 1967). Melalui kajian

yang telah dijalankan ini didapati bahawa ujian PEKA adalah amat berkesan sekiranya dapat

mengatasi beberapa isu yang dibangkitkan seperti :

1. Kejelasan objektif dan matlamat pelaksanaan ujian PEKA kepada guru dan murid.

2. Instrumen yang digunakan mestilah sesuai dan dapat mengukur kemahiran yang dinilai

dengan tepat.

3. Kemudahan dan infrastruktur yang sempurna bagi tujuan penilaian.

8

Page 9: Ujian psikologi

4. Sumber rujukan yang pelbagai.

5. Kaedah penilaian yang setara dan seragam.

Kajian seumpama ini penting demi mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran sains dan penguasaan kemahiran proses sains khasnya,semoga hasrat negara untuk

menyediakan masyarakat celik sains tercapai. Kesahan ujian PEKA dapat membantu guru dalam

mengukur sikap dan motivasi murid dalam mendalami ilmu sains selain membantu murid

meningkatkan potensi diri mereka. Diagnosis yang dilakukan mampu mengatasi sebarang

kekurangan dan kesilapan sepanjang proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

9

Page 10: Ujian psikologi

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. 1986. Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.

Bhd.

Ivan Filmer dan Foh Swee Hiang. 1997. Penilaian Amali Sains Sekolah Rendah: Satu Kajian

Perintis. Jurnal Pendidik dan Pendidikan USM, Jilid 15: 33-42.

Laporan Pusat Perkembangan Kurikulum. 1998. Kajian Penguasaan Kemahiran Proses Sains

Murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mat Rasid Ishak. 2014. Kajian Keberkesanan Program Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA):

Jurnal Pendidikan Malaysia 39(2)(2014): 83-93.

Per Morten Kid. 1995. Performance Assessment in Science: What are we measuring Studies in

Educational Evaluation, 25 : 179-194.

Sharifah Nor Ashikin, S.A.R. 2005. Keberkesanan program PEKA dalam penguasaan kemahiran

proses sains bersepadu. Jurnal Pendidikan 1: 67-77.

Theh, S.A. 2005. Kerja Amali & Bahagian B UPSR Proses Sains. Petaling Jaya: Pearson

Malaysia Sdn. Bhd.

10