Ujian_ QGJ3043 - Pergerakan Dan Ritma

4
UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER 2 SESI 2013/2014 (PJJ) QGJ3043 PERGERAKAN DAN RITMA (20 MARKAH) NAMA PELAJAR : MASAYU BINTI BAHARI NO. MATRIK : D20112056082 KUMPULAN : Group UPSI08(A132PJJ) Arahan: Sila jawab semua soalan dalam ruangan yang disediakan. Kembalikan file ini kepada saya melalui tapak tugasan yang disediakan. Tarikh akhir penghantaran adalah pada 6 APRIL 2014. Soalan 1 1. Bagi setiap tema pergerakan kreatif yang dinyatakan di bawah, senaraikan 2 contoh aktiviti pergerakan kreatif yang mengandungi unsur tema pergerakan tersebut. (10 markah) a. Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa 1. Melakukan pergerakan bukan lokomotor seperti mengangkat besi angkat berat dan menjulangnya ke udara dalam kadar yang lambat 2. Melakukan pergerakan lokomotor seperti membawa kereta yang laju b. Kesedaran Ruang 1. Melakukan pergerakan dengan berjalan keberbagai arah seperti layang-layang tanpa melanggar kawan dalam ruang yang dihadkan. 2. Melakukan pergerakan seperti haiwan bergerak ke berbagai arah tanpa melanggar kawan sambil mengeluarkan bunyi haiwan tersebut. c. Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa 1. Melakukan aktiviti Tekan tubi 2. Lari atau bergelop ulang alik secara zig zag atau lurus d. Penggunaan Tubuh Badan Sebagai Alat

Transcript of Ujian_ QGJ3043 - Pergerakan Dan Ritma

Page 1: Ujian_ QGJ3043 - Pergerakan Dan Ritma

UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER 2 SESI 2013/2014 (PJJ)QGJ3043 PERGERAKAN DAN RITMA (20 MARKAH)

NAMA PELAJAR : MASAYU BINTI BAHARI

NO. MATRIK : D20112056082

KUMPULAN : Group UPSI08(A132PJJ)

Arahan: Sila jawab semua soalan dalam ruangan yang disediakan. Kembalikan file ini kepada saya melalui tapak tugasan yang disediakan. Tarikh akhir penghantaran adalah pada 6 APRIL 2014.

Soalan 1

1. Bagi setiap tema pergerakan kreatif yang dinyatakan di bawah, senaraikan 2 contoh aktiviti pergerakan kreatif yang mengandungi unsur tema pergerakan tersebut.

(10 markah)

a. Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa1. Melakukan pergerakan bukan lokomotor seperti mengangkat besi

angkat berat dan menjulangnya ke udara dalam kadar yang lambat

2. Melakukan pergerakan lokomotor seperti membawa kereta yang laju

b. Kesedaran Ruang1. Melakukan pergerakan dengan berjalan keberbagai arah seperti layang-

layang tanpa melanggar kawan dalam ruang yang dihadkan.

2. Melakukan pergerakan seperti haiwan bergerak ke berbagai arah tanpa melanggar kawan sambil mengeluarkan bunyi haiwan tersebut.

c. Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa1. Melakukan aktiviti Tekan tubi

2. Lari atau bergelop ulang alik secara zig zag atau lurus

d. Penggunaan Tubuh Badan Sebagai Alat1. Merapatkan kaki dan tangan ke badan seperti bola

2. Melompat ke atas dengan mempelbagaikan gaya kaki ketika di udara.

e. Penyesuaian terhadap kawan1. Meniru gaya kawan.

2. Melakukan peregerakan seperti mnggergaji kayu berpasangan dan

bertentangan

Page 2: Ujian_ QGJ3043 - Pergerakan Dan Ritma

2. Bincangkan 5 faktor kecergasan fizikal yang perlu ditingkatkan dalam diri setiap murid sebagai persediaan melakukan aktiviti pergerakan gimnastik.

Kecergasan fizikal terdiri daripada dua komponen kecergasan iaitu kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan perlakuan motor. Kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi 5 komponen iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan dan komposisi badan. Kecergasan berlandaskan perlakuan motor merangkumi 6 komponen bagi tujuan khusus dalam kehidupan iaitu koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindakbalas dan kepantasan. Gerak kerja fizikal yang khusus dikaitkan dengan aspek perlakuan motor. Kemampuan serta peningkatan tahap kemahiran motor tersebut akan dapat menghasilkan satu gerak laku yang efisyen serta meringankan bebanan yang timbul ketika melakukan aktiviti yang lebih daripada lakuan kebiasaan harian terutama apabila melibatkan aktiviti-aktiviti sukan prestasi tinggi. Sebagai persediaan untuk melakukan aktiviti pergerakan gimnastik, kecergasan fizikal yang perlu ditingkatkan dalam diri setiap murid ialah:

1. Kelenturan

Kelenturan ialah keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak dengan sepenuhnya. Contohnya ialah membongkokkan badan ke hadapan. Menurut Safrit & Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari fleksi ke ekstensi ataupun ekstensi ke fleksi. Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok. Ekstensi pula adalah pergerakan untuk meluruskan. Contoh bagi teori ini ialah gerakan ayunan lutut pada kegiatan gerak jalan.Gerakan ayunan ke depan merupakan (ante) fleksi dan ayunan ke belakang disebut (retro) fleksi / ekstensi. Ayunan ke belakang yang lebih lanjut disebut hiperekstensi. Manakala menurut Johnson & Nelson (1986), kebolehan anggota dan sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian “ artikulasi” dan penyambung otot.

2. Keseimbangan

Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak. Ianya juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan ialah seperti, aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat serta meluncur yang merupakan antara lakuanmemindahkan beban yang lazim. Contoh lain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan lurus dan juga berjalan di atas bangku gimnastik.

3. Ketangkasan

Ketangkasan adalah berkaitan dengan cara penggunaan peralatan, pergerakan atlet dari satu tempat ke satu tempat, dan kedudukan atlet semasa melakukan pergerakan dari aras bawah , atas, tinggi dan rendah. Antara pergerakan yang melibatkan ketangkasan ialah gulingan di dalam gimnastik berirama. Empat teknik gulingan yang biasa digunakan ialah

Page 3: Ujian_ QGJ3043 - Pergerakan Dan Ritma

Gulingan hadapan

Gulingan sisi

Bulingan belakang

Gulingan bahu

Bentuk fizikal seseorang atlet gimnastik terutamanya gimrama boleh mempengaruhi pergerakan yang dilakukan. Bagi memperoleh pergerakan yang lancar, atlet perlu mempunyai badan yang fleksibel, kesedaran daya ,ruang ,tubuh badan,dan perkaitannya dengan ritma.

4. Kekuatan dan daya tahan otot

Kekuatan otot   ialah kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan dengan menggunakan daya yang maksimum. Daya tahan otot bermaksud kemampuan otot untuk melakukan kerja berulang kali dalam tempohmasa yang panjang tanpa merasa letih.

Mempertingkatkan kekuatan otot melalui aktiviti tumbling, melompat, melentur, dan menampung berat badan dengan menggunakan salah satu daripada anggota tubuh mereka dalam pelbagai posisi memebantu kanak-kanak membina tubuh yang kuat dan bertenaga. Otot-otot tubuh mereka terbina dengan baik semasa latihan. Ahli-ahli gimnastik lebih kuat, membantu membina daging tubuh yang pejal, menyekatakan otot, meningkatkan kesimbangan dan juga memperbaiki postur tubuh.

5. Koordinasi

Koordinasi badan terdiri daripada koordinasi kimia dan juga koordinasi saraf.Koordinasi kimia ialah bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin. Hormon ialah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan dan dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin digelar kelenjar tanpa duktus kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam aliran darah kita.Terdiri daripada enam jenis kelenjar endokrin utama iaitu pituitari, tiroid, adrenal, pankreas, ovari dan juga testis. Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan mencacatkan aktiviti badan dan contohnya ialah jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi seseorang akan mengidap kencing manis. Dengan ini, secara tidak langsung mengganggu koordinasi dalam melakukan aktiviti.

Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki, dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem dan organ serta penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu. Contoh aktiviti,ialah melambung dan menyambut bola besar atau pundi kacang yang mana memerlukan keselarasan mata, tangan,kaki dan badan untuk melambung dan menyambut bola tersebut.

(10 markah)