Topik 2 pergerakan dan sokongan

28
Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran PERGERAKAN DAN SOKONGAN SOKONGAN DAN PERGERAKAN PADA MANUSIA DAN HAIWAN 1 Keperluan terhadap sokongan pergerakan (a) Memberikan keseimbangan dan kestabilan untuk pergerakan (b) Mencari makanan dan tempat perlindungan (c) Mencari pasangan bagi pembiakan (d) Melarikan diri daripada musuh atau mengelak bahaya 2 Sokongan dan pergerakan disediakan oleh rangka dan otot. 3 Fungsi rangka (a) Memberikan bentuk dan sokongan kepada badan (b) Membenarkan pergerakan (c) Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot (d) Melindungi organ dalaman (e) Menghasilkan sel-sel darah (f) Menyimpan bahan (kalsium dan fosforus) Sistem Rangka Manusia Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan bahagian-bahagian rangka manusia.

description

Panitia Biologi

Transcript of Topik 2 pergerakan dan sokongan

Page 1: Topik 2   pergerakan dan sokongan

Topik 2 Biologi Tingkatan 5Sekolah Menengah Agama Maran

PERGERAKAN DAN SOKONGAN

SOKONGAN DAN PERGERAKAN PADA MANUSIA DAN HAIWAN

1 Keperluan terhadap sokongan pergerakan (a) Memberikan keseimbangan dan kestabilan untuk pergerakan (b) Mencari makanan dan tempat perlindungan (c) Mencari pasangan bagi pembiakan (d) Melarikan diri daripada musuh atau mengelak bahaya

2 Sokongan dan pergerakan disediakan oleh rangka dan otot. 3 Fungsi rangka

(a) Memberikan bentuk dan sokongan kepada badan (b) Membenarkan pergerakan (c) Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot (d) Melindungi organ dalaman (e) Menghasilkan sel-sel darah (f) Menyimpan bahan (kalsium dan fosforus)

Sistem Rangka Manusia

Rajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan bahagian-bahagian rangka manusia.

Page 2: Topik 2   pergerakan dan sokongan

Rangka paksi

1 Tengkorak terdiri daripada tulang kranium dan tulang muka (Rajah 11.3).

(a) Tulang kranium (i) Terdiri daripada lapan tulang pipih yang bercantum untuk membentuk kranium yang melindungi otak. (b) Tulang muka (i) Terdiri daripada 14 tulang pipih yang ter. masuk rahang atas dan rahang bawah (mandibel). (ii) Rahang bawah bersendi dengan kranium untuk membentuk sendi bergerak yang membenarkan mulut terbuka dan tertutup semasa bercakap dan makan.

2 Turus vertebra (tulang belakang)

(a) Terdiri daripada 33 vertebra. (b) Terdapat lima jenis vertebra (Rajah 11.3).

Page 3: Topik 2   pergerakan dan sokongan

(c) Setiap vertebra dihubungkan dengan vertebra seterusnya oleh muka sendi yang dipanggil zigapofisis untuk membentuk turus yang tleksibel. Sendi ini membenarkan pergerakan yang terhad

(d) Diantara setiap pasangan vertebra, terdapat cakera rawan yang menyerap hentakan dan mengurangkan geseran semasa pergerakan (Rajah 11.4).

(e) Struktur am vertebra ditunjukkan dalam Rajah 11.5. Ia terdiri daripada:

(i) Sentrum: Badan utama vertebra, memberikan sokongan (ii) Lengkuk saraf: Lengkuk yang mengunjur dari sentrum. Membentuk salur saraf bagi melindungi saraf tunjang

Page 4: Topik 2   pergerakan dan sokongan

(iii) Salur saraf: Mengandungi saraf tunjang (iv) Spina saraf: Unjuran dari atas lengkuk (untuk pelekatan otot) (v) Cuaran melintang: Unjuran dari tepi lengkuk (untuk pelekatan otot) (vi) Zigapofisis (muka sendi): Bersendi dengan vertebra lain

3 Vertebra serviks

(a) Setiap vertebra serviks mempunyai dua salur vertebrarteri pada euaran melintang untuk membenarkan arteri melaluinya ke otak. (b) Vertebra serviks yang pertama dipanggil atlas (Rajah 11.6 (a)). Ia bersendi dengan dasar kranium bagi membenarkan kita mengangguk. (c) Vertebra serviks yang kedua disebut tulang paksi (Rajah 11.6 (b)). Ia bersendi dengan atlas bagi membenarkan kepala bergerak dari sisi ke sisi. (d) Vertebra serviks yang lain berfungsi untuk menyokong kepala dan leher(Rajah 11.6 (c)).

4 Vertebra toraks

(a) Setiap vertebra toraks mempunyai muka sendi pada hujung setiap cuaran melintang dan pada sisi sentrum untuk bersendi dengan dua eabang tulang rusuk (Rajah 11.7).

Page 5: Topik 2   pergerakan dan sokongan

5 Vertebra lumbar

(a) Vertebra yang paling besar. (b) Vertebra ini mempunyai sentrum yang besar dan tebal. (c) Ia mempunyai euaran melintang berkembang dengan baik dan spina saraf yang pipih serta pendek untuk pelekatan otot (Rajah 11.8)

6 Sakrum

(a) Terdiri daripada lima vertebra sakrum yang bereantum bersama. (b) Muka sendi di kedua-dua belah sakrum bersendi dengan lengkungan pelvis (Rajah 11.9).

7 Koksik

Terdiri daripada empat vertebra yang sangat kecil yang bercantum bersama (Rajah 11.10).

Page 6: Topik 2   pergerakan dan sokongan

8 Sangkar rusuk (Rajah 11.11)

(a) Terdiri daripada dua pasang tulang rusuk yang bersendi dengan vertebra toraks secara dorsal dan dengan sternum secara ventral. (b) Tujuh pasang tulang rusuk yang pertama bersambung seeara terus dengan sternum. (e) Pasangan ke-8, ke-9 dan ke-10 bersarnbung dengan sternum melalui pasangan ke-7. (d) Pasangan ke-ll dan ke-12 adalah rusuk tergantung. ( e) Tulang rusuk bersambung dengan sternum melalui rawan.

Rangka apendaj

1 Ia bersambung dengan rangka paksi di bahu dan pinggul. 2 Ia terdiri daripada:

(a) Lengkungan pektoral dan tulang lengan (Rajah 11.12) (b) Lengkungan pelvis dan tulang kaki (Rajah 11.13)

Page 7: Topik 2   pergerakan dan sokongan

3 Lengkungan pektoral (Rajah 11.12)

(a) Skapula

(i) Tulang berbentuk segi tiga yang leper (ii) Bersendi dengan humerus untuk membentuk sendi lesung yang membenarkan per- gerakan dalam semua arah

(b) Klavikel

(i) Berbentuk rod (ii) Bersambung dengan skapula dan sternum

Page 8: Topik 2   pergerakan dan sokongan

4 Tulang lengan (Rajah 11.12)

(a) Humerus bersendi dengan skapula dan dengan radiusulna untuk membentuk sendi engsel di siku yang membenarkan pergerakan dalam satu arah.

(b) Radius-ulna adalah selari. Ulna adalah lebih panjang dengan unjuran pada hujung atas. Hujung atas bersendi dengan humerus. Hujung bawah bersendi dengan karpus.

(c) Karpus adalah tulang kecil di pergelangan tangan. Terdapat lapan karpus yang tersusun dalam dua baris.

(d) Metakarpus adalah tulang di tapak tangan. Terdapat lima metakarpus. (e) Falanks adalah tulang di jari. Ibu jari mempunyai dua falanks manakala setiap jari yang lain mempunyai tiga falanks.

5 Lengkungan pelvis (Rajah 11.13)

(a) Terdiri daripada sepasang tulang pinggul yang bersambung secara ventral. Setiap tulang pinggul terdiri daripada tiga tulang yang bercantum.

(b) Setiap tulang pinggul bersambung kepada sakrum.

(c) Rongga pada sisi setiap lengkungan pelvis bersendi dengan kepala femur untuk membentuk sendi pinggul yang disebut sendi lesung yang membenarkan pergerakan dalam semua arah. 6 Tulang kaki (Rajah 11.13)

(a) Femur adalah tulang yang panjang di bahagian paha. (i) Hujung atas femur bersendi dengan lengkungan pelvis sementara hujung bawah bersendi dengan tibia-fibula untuk membentuk sendi engsel di lutut yang membenarkan pergerakan dalam satu arah. (ii) Patela (tempurung lutut) di hadapan sendi lutut membantu meluruskan lutut.

(b) Tibia-fibula terletak di betis. (i) Fibula yang lebih kedl terletak di luar tibia yang lebih besar. (ii) Hujung atas tibia-fibula bersendi dengan femur di lutut manakala hujung bawah bersendi dengan tarsus di buku lali.

Stop ms 189

Page 9: Topik 2   pergerakan dan sokongan

7 Tarsus adalah tulang buku lali. Terdapat tujuh tarsus. Tarsus yang paling besar membentuk tumit.

8 Metatarsus adalah lima tulang di tapak kaki. Metatarsus bersendi dengan tarsus dan falanks di jari kaki.

9 Falanks adalah tulang jari kaki. Setiap jari kaki mempunyai tiga falanks. Ibu jari kaki mempunyai dua falanks.

Peranan Otot, Ligamen dan Tendon dalam Pergerakan

Otot

Terdapat tiga jenis tisu otot:

(a) Otot rangka: Melekat pada tulang (b) Otot licin: Pada dinding salur darah, perut dan organ dalaman lain ( c) Otot kardium: Pada dinding jantung

2 Otot mengecut apabila menerima impuls untuk menghasilkan pergerakan. Tenaga untuk pengecutan datangnya daripada ATP yang dihasilkan dalam .mitokondrion otot.

3 Otot rangka biasanya wujud sebagai pasangan otot .antagonis, iaitu apabila satu otot mengecut, satu lagi mengendur. Otot yang mengecut menjadi lebih pendek dan lebih tebal, menghasilkan satu daya tarikan untuk menggerakkan tulang, menyebabkan pergerakan. Semua permukaan dan unJuran pada tulang adalah untuk pelekatan otot.

Ligamen

1 Ligamen adalah berkas tisu penghubung bergentian untuk menghubungkan tulang bersama.

2 Ligamen adalah tisu elastik yang kuat bagi menghubungkan tulang dengan tulang, untuk membentuk satu sendi yang membenarkan pergerakan yang terhad bagi menghalang daripada terkehel.

3 Ligamen juga memberikan sokongan dan kekuatan kepada sendi.

Tendon

1 Tendon melekatkan otot kepada tulang. 2 Tendon adalah tisu penghubung bergentian yang tidak elastik.

Page 10: Topik 2   pergerakan dan sokongan

3 Tendon memastikan daya tarikan yang dihasilkan oleh pengecutan otot dipindahkan ke tulang, untuk menarik tulang dan menyebabkan pergerakan.

Tindakan otot antagonis

SPM 2005 P2Sec.BQ6

Pergerakan tangan adalah disebabkan oleh pengecutan dan pengenduran sepasang otot yang berlawanan: iaitu biseps dan triseps.

2 Membengkokkan lengan

(a) Otot biseps mengecut sementara otot triseps mengendur. (b) Otot biseps menjadi lebih pendek dan lebih tebal, otot triseps menjadi lebih nipis dan lebih panjang. (c) Daya tarikan dihasilkan dan dipindahkan ke radius melalui tendon. (d) Radius ditarik ke atas dan lengan dibengkokkan (Rajah 11.14 (a)

3 Meluruskan lengan

(a) Otot triseps mengecut sementara otot biseps mengendur. (b) Suatu daya tarikan dihasilkan yang kemudian dipindahkan ke ulna melalui tendon. (c) Ulna ditarik ke bawah dan lengan diluruskan (Rajah 11.14 (b)

Fungsi Rawan dan Cecair Sinovia di Sendi

Sendi adalah tempat di mana dua atau lebih tulang bertemu. 2 Terdapat sendi yang boleh bergerak dan sendi yang tidak boleh bergerak. 3 Sendi boleh bergerak (Rajah 11.15) terdiri daripada: (a) Membran sinovia yang merembeskan cecair sinovia di permukaan tulang bagi mengurangkan geseran. (b) Rawan menyerap hentakan

Page 11: Topik 2   pergerakan dan sokongan

Pergerakan HaiwanSPM 2005 Sek B Q6(b)

Pergerakan cacing tanah

1 Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik dan bergerak dengan cara merangkak dan merayap. 2 Dinding badan terdiri daripada otat lingkar luar dan otat membujur dalam.

3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan. 4 Pergerakan adalah disebabkan oleh suatu siri pengecutan dan pengenduran otot lingkar dan memhujur pada dinding badan bagi menghasilkan gelomhang peristalsis dari hujung anterior ke hujung posterior badan.

5 Mekanisme pergerakan pada cacing tanah

(a) Keta pada hujung posterior badan mencengkam tanah untuk menetapkan badan pada tanah. (b) Otot lingkar pada hujung anterior badan mengecut, sementara otot membujur mengendur. Bujung anterior meregang dan memanjang. Tekanan hidrostatik menolak cecair badan ke belakang (Rajah 11.16).

Page 12: Topik 2   pergerakan dan sokongan

(c) Keta di hujung posterior ditarik, manakala keta di hujung anterior mencengkam tanah. (d) Otot membujur di hujung anterior mengecut manakala otot lingkar mengendur. Bujung anterior memendek dan menjadi lebih tebal. Cecair badan mengalir ke hujung anterior. Bujung posterior ditarik ke depan.

Pergerakan belalang

1 Serangga mempunyai rangka luar. 2 Otot terletak di dalam rangka luar dan berpasangan secara antagonis. 3 Belalang bergerak dengan car a melompat, terbang atau berjalan. 4 Melompat (a) Belalang mempunyai kaki belakang panjang yang dilipat dalam bentuk Z. Semasa rehat, otot fleksor mengecut dan bersedia untuk melompat (Rajah 11.17(a)(b) Untuk melompat, otot ekstensor mengecut manakala otot fleksor mengenduro Kaki belakang diregangkan dan diluruskan (Rajah 11.17 (b)(c) Suatu daya dihasilkan yang menolak badan ke hadapan dan ke udara.

Page 13: Topik 2   pergerakan dan sokongan

5 Terbang

(a) Dua pasang sayap terdapat di bahagian toraks. (b) Pasangan sayap pertama (sayap hadapan) melindungi sayap belakang untuk pener-bangan. (c) Semasa penerbangan, penge cutan otot penerbangan menyebabkan sayap bergerak ke atas dan ke bawah. Daya ke atas dihasilkan bagi menolak belalang untuk bergerak ke atas dan terbang.

6 Berjalan (Rajah 11.18)

Menggunakan tiga kaki bertanda X untuk sokongan dan tiga yang lain untuk menarik atau menolak badan.

Pergerakan ikan

Page 14: Topik 2   pergerakan dan sokongan

1 Ikan berenang di dalam air dan menghadapi rintangan di dalam air. 2 Ciri-ciri penyesuaian untuk berenang.

(a) Ikan mempunyai badan berbentuk larus bagi mengurangkan rintangan air. (b) Badan ikan diliputi sisik yang tersusun ke belakang bagi mengurangkan daya geseran (rintangan) di dalam air (Rajah 11.19). (c) lkan mempunyai rangka daIam untuk pelekatan otot. Otot disusun dalam bongkah bersegmen yang dipanggil miotom di kedua-dua sisi tulang belakang. (d) Otot miotom bertindak secara antagonis. Apabila miotom di bahagian kanan mengecut, miotom di bahagian kiri mengendur, menyebabkan badan membengkok ke kanan (arah pengecutan). Pengecutan miotom yang berselang sell ke kanan dan kiri menyebabkan badan dan ekor mengibas dari sisi ke sisi. lni menghasilkan tujahan ke depan yang menolak ikan ke hadapan pada laluan yang lurus (Rajah 11.20).

(e) Menyeimbangkan badan menggunakan sirip: (i) Pasangan sirip pektoral: Sebagai kemudi bagi mengubah haluan dan bertindak sebagai brek

Pergerakan katak

1 Katak beradaptasi untuk berenang, melompat dan merangkak.

Page 15: Topik 2   pergerakan dan sokongan

2 Berenang (a) Katak mempunyai kaki yang berkulit selaput untuk berenang. (b) Kulit di antara jari kaki bertindak sebagai pengayuh untuk menolak katak ke hadapan semasa di dalam air.

3 Melompat (a) Katak mempunyai kaki belakang yang panjang dengan otot yang kuat dan boleh dilipat dalam bentuk Z semasa rehat. (b) Untuk melompat, otot ekstensor di kaki belakang mengecut. Kaki belakang diluruskan dan satu daya yang bertindak ke bawah dan ke belakang dihasilkan. Daya bertentangan yang bertindak ke atas dan ke hadapan dihasilkan untuk menolak katak ke atas dan jauh dari tanah (Rajah 11.21). (c) Katak mendarat dengan menggunakan kaki hadapannya yang lebih pendek bagi menyerap hentakan semasa pendaratan.

4 Merangkak Untuk merangkak, katak memanjangkan dan menarik kembali kaki depan dan kaki belakangnya secara bergilir-gilir (Rajah 11.22).

Pergerakan pada burung

1 Adaptasi burung untuk terbang adalah: (a) Badan larus untuk mengurangkan rintangan dalam udara (b) Sayap berbentuk aerofoil untuk menghasilkan tujahan ke atas untuk menolak burung ke atas dan ke hadapan

Page 16: Topik 2   pergerakan dan sokongan

(c) Badan ringan kerana mempunyai tulangyang berongga, kepala yang kecil, badan tanpa lemak dan organ berpasangan yang dikurangkan kepada satu bagi mengurangkan berat

(d) Bulu pelepah kalis air dan tersusun secara bertindih dan mengarah ke belakang bagi memberikan bentuk badan yang larus dan luas permukaan yang besar dan untuk menambahkan tujahan ke atas

2 Penerbangan Kibasan sayap adalah disebabkan oleh tindakan antagonis otot dada. (a) Gerakan ke bawah sayap (Rajah 11.23) (i) Otot pektoralis major pada kedua-dua sayap mengecut. (ii) Sayap ditarik ke bawah dan ke belakang. (iii) Rintangan udara menghasilkan daya tujahan ke atas pada sayap. (iv) Daya tujahan dipindahkan dari sayap ke korakoid untuk mengangkat keseluruhan badan ke atas dan ke hadapan.

(b) Gerakan ke atas sayap (i) Otot pektoralis minor pada kedua-dua sayap mengecut. (ii) Sayap ditarik ke atas. (iii) Rintangan udara adalah rendah. Sayap kembali ke kedudukan asal.

Kesan Kecacatan Sistem Rangka Otot terhadap Sokongan dan Pergerakan

Osteoporosis Osteoporosis adalah penyusutan tulang disebabkan oleh pengurangan jisim tulang. Tulang adalah ringan dan poros serta menjadi lembut dan rapuh.

2 Ia berlaku disebabkan oleh kadar pengurangan kadar kalsium dan fosforus ke dalam aliran darah lebih tinggi daripada kadar pemendapan atau pembentukan tulang. 3 Biasanya berlaku kepada orang tua, terutamanya wanita yang telah mengalami putus haid. 4 Cara untuk mencegah osteoporosis: (a) Diet yang kaya dengan kalsium untuk menambahkan jisim tulang (b) Diet yang kaya dengan vitamin D untukmenambahkan penyerapan kalsium

Page 17: Topik 2   pergerakan dan sokongan

(c) Selalu bersenam untuk menguatkan otot dan tulang (d) Menjalani terapi penggantian hormon (HRT)

Distrofi otot

1 Penyakit ini menyebabkan otot rangka merosot secara perlahanlahan. 2 Gentian otot merosot dan menjadi kedl. 3 Merupakan penyakit pewarisan yang disebabkan oleh kecacatan gen pada kromosom X dan lebih banyak terjadi kepada lelaki berbanding perempuan.

Artritis

1 Artritis melibatkan radang pada sendi. 2 Sendi menjadi sakit dan menyebabkan pergerakan yang terhad. 3 Artritis yang bias a berlaku adalah: (a) Osteoartritis (b) Artritis reumatoid (c) Gout 4 Osteoartritis (a) Osteoartritis berlaku disebabkan rawan di antara tulang pada sendi rosak disebabkan haus dan lusuh. (b) Biasanya berlaku kepada orang tua. (c) Sendi menjadi sakit, mengalami keradangan, bengkok dan kejang. (d) Biasa berlaku pada pinggul, lutut dan belakang. 5 Artritis reumatoid

(a) Berlaku disebabkan oleh keradangan membran sinovia yang membawa kepada pengumpulan cecair sinovia pada sendi jari tangan, pergelangan tangan, buku lali dan kaki. (b) Sendi mengalami keradangan, sakit dan kejang.

6 Gout (a) Disebabkan oleh pengumpulan asid urik di dalam sendi (b) Sendi mengalami keradangan dan sakit. (c) Lebih kerap berlaku kepada lelaki. (d) Rawatan termasuklah: (i) Pengambilan minuman keras yang sederhana banyak (ii) Mengurangkan pengambilan protein dalam diet (iii) Mengambil ubat untuk mengurangkan keradangan dan mengurangkan asid urik dalam badan

Masalah otot

1 Kekejangan otot

Page 18: Topik 2   pergerakan dan sokongan

(a) Ia disebabkan oleh kekejangan otot hasil daripada pengecutan otot secara tibatiba dan kuat. (b) Kekurangan garam di dalam badan boleh menyebabkan kekejangan otot.

2 Sakit otot (a) Ia disebabkan oleh tekanan kuat atau koyakan kedl pada otot. (b) Ketegangan otot disebabkan oleh koyakan yang lebih besar.

MENGHARGAI SISTEM RANGKA OTOT YANG SIHAT

1 Sistem rangka otot membantu menyokong badan dan menyebabkan pergerakan. 2 Cara mengekalkan sistem rangka yang sihat: (a) Diet yang seimbang Diet yang kaya dengan protein, vitamin D, kalsium dan fosforus membantu membina tulang yang kuat dan mencegah osteoporosis. (b) Mempunyai postur yang baik (i) Postur adalah cara seseorang membawa dirinya semasa pergerakan dan apabila menjalankan aktiviti. (ii) Dengan postur yang baik, badan disokong dengan baik, turus vertebra adalah lurus, isi padu rongga toraks tidak dikurangkan dan fungsi organ dalaman tidak terganggu (Rajah 11.24). (iii) Dengan postur yang buruk, terdapat tekanan yang tidak perlu pada otot dan tulang belakang. lni menyebabkan kelesuan dan sakit belakang.

Berdiri

Badan sepatutnya berada dalam satah lurus, tegang dan tegak

Berat badan disokong oleh kaki dan diseimbangkan pada paksi

Page 19: Topik 2   pergerakan dan sokongan

(c) Memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti harian

(i) Pemakaian yang sesuai semasa bersenam dan berekreasi adalah perlu untuk mengelakkan kecederaan pada sistem rangka. (ii) Elakkan pakaian yang ketat kerana boleh mengganggu aktiviti otot dan pergerakan. (iii) Elakkan pakaian tebal yang mengganggu perpeluhan. (iv) Elakkan kasut tinggi yang menyebabkan belakang membongkok.

(d) Mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai semasa aktiviti cergas

(i) Lakukan aktiviti cergas berdasarkan keupayaan. (ii) Elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan di bahagian belakang. (iii) Pastikan peralatan yang digunakan adalah sesuai dan tidak berbahaya.

Duduk

Belakang, pinggul dan paha disokong dengan baik Belakang adalah tegak dan berehat pada kerusi Semua otot adalah kendur

Berjalan

Badan tegak dan lurus Kepala di angkat, mata melihat lurus ke hadapan

Mengangkat objek berat Toraks dan abdomen selari dalam satu garisan menegak

Melutut dengan membengkokkan lutut don meluruskan tangan untuk mengangkat objek

Page 20: Topik 2   pergerakan dan sokongan

(iv) Panaskan badan sebelum melakukan senaman cergas untuk meningkatkan suhu otot supaya otot dapat berfungsi secara berkesan.

( e) Mengamalkan teknik senaman yang betul dan selamat

(i) Lakukan senaman berdasarkan teknik yang betul bagi mengelakkan kecederaan pada ligamen, tendon, otot dan tulang. (ii) Gunakan peralatan dan teknik yang betul bagi mencegah kecederaan pada sistem rangka otot.

SOKONGAN PADA TUMBUHAN

Kepentingan Sokongan pada Tumbuhan

1 Membolehkan tumbuhan kekal tegak 2 Membolehkan tumbuhan berada di kedudukan yang membolehkannya mendapat cahaya matahari yang maksimum 3 Untuk menampung berat tumbuhan 4 Untuk memberikan kekuatan menahan rintangan angin

Sokongan pada Tumbuhan Akuatik SPM 2005/SecB/Q6

1 Terdapat dua jenis tumbuhan akuatik: (a) Tumbuhan air tenggelam (Hydrilla sp., Elodea sp., Utricularia sp.) (b) Tumbuhan terapung (teratai, keladi bunting)

2 Penyesuaian tumbuhan tenggelam untuk sokongan dalam air (a) Lamina daun yang nipis, kedl dan batang halus untuk mengurangkan rintangan arus air.

(b) Tiada akar dan tisu berkayu. Kutikel tumbuhan adalah nipis dan mudah telap air dan gas. Keseluruhan permukaan tumbuhan boleh menyerap air, garam mineral, karbon dioksida dan oksigen.

(c) Batang dan daun mempunyai rongga udara yang membolehkan tumbuhan terapung dan kekal tegak di dalam air.

3 Penyesuaian tumbuhan terapung untuk terapung di permukaan air

(a) Batang dan daun mempunyai tisu aerenkima yang terdiri daripada pundi udara, sel yang berdinding nipis dan banyak ruang udara di antara sel (Rajah 11.25). Ini menyebabkan tumbuhan menjadi ringan dan memberikan keapungan kepada tumbuhan untuk terapung.

Page 21: Topik 2   pergerakan dan sokongan

(b) Permukaan daun yang terapung diliputi oleh kutikel bedilin untuk mencegah stoma daripada tersumbat dengan air. (c) Pundi udara atau ruang udara pada daun membantu resapan oksigen dan karbon dioksida melalui stoma. (d) Keladi bunting mempunyai batang, petiol besar yang banyak ruang udara untuk memberikan lebih daya keapungan dan membolehkan tumbuhan terapung di permukaan air (Rajah 11.26). Ia mempunyai banyak akar bergentian halus yang memerangkap gelembung udara untuk membolehkan tumbuhan terapung.

Sokongan pada Tumbuhan Darat

1 Tumbuhan herba (keembung, lidah buaya)

(a) Merupakan tumbuhan tidak berkayu dengan batang lembut. (b) Tumbuhan herba mempunyai tisu xilem yang sedikit dan bergantung kepada kesegahan sel pokok untuk memberikan sokongan.

(c) Penyesuaian

(i) Tisu parenkima mempunyai dinding yang nipis dan menyerap air secara osmosis untuk menjadi segah. Kesegahan . sel memberikan sokongan dan menyebabkan batang menjadi tegak dan mengekalkan bentuk tumbuhan. (ii) Pokok memanjat mempunyai sulur paut untuk memberikan sokongan kepada tumbuhan.

2 Tumbuhan berkayu

(a) Tumbuhan berkayu adalah tumbuhan besar dengan batang berkayu yang keras, seperti pokok dan pokok renek. (b) Tumbuhan ini mempunyai tisu khas untuk memberikan sokongan. (c) Tisu sokongan ini mempunyai dinding yang ditebalkan dan dikuatkan dengan selulosa atau lignin untuk memberikan sokongan.

Page 22: Topik 2   pergerakan dan sokongan

(d) Tisu penyokong adalah:

(i) Tisu xilem

Tisu xilem terdiri daripada salur xilem dan trakeid yang dikuatkan dengan lignin. Ini menjadikan tisu xilem keras dan kuat untuk memberikan sokongan mekanikal. Semakin tumbuhan itu membesar, lebih banyak tisu xilem ditambah untuk menyokong pertambahan jisim tumbuhan.

(ii) Tisu parenkima

menyimpan kanji, gula dan air. Penyerapan air secara osmosis menyebabkan sel menjadi segah dan memberikan sokongan kepada tumbuhan.

(iii) Tisu kolenkima mempunyai dinding yang ditebalkan dengan selulosa untuk memberikan sokongan kepada daun, tangkai bunga dan batang muda.

(iv) Tisu sklerenkima

mempunyai dinding sel yang ditebalkan dengan lignin untuk memberikan sokongan kepada tumbuhan. Contohnya seperti batang tebu, daun kelapa, buah dan biji dengan kulit yang keras.