UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

28
PENGENALAN Sesuatu pemasangan elektrik yang telah siap perlu menjalani proses pengujian sebelum diberikan bekalan . Pengujian ini adalah bertujuan untuk mempastikan pemasangan itu betul-betul selamat dan mematuhi peraturan IEE . Di samping itu pengujian tersebut dapat menjamin keselamatan pengguna dan juga peralatan yang bakal digunakan . Walaupun pengujian ke atas pemasangan elektrik tidaklah menjamin pemasangan tersebut selamat untuk selama-lamanya tetapi perlulah dibuat pengujian-pengujian yang berulang dalam tempoh yang sesuai . Tujuan setiap ujian yang dijalankan,secara amnya, tujuan pengujian dijalankan ke atas pemasangan atau alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatau pemasangan telah terlaksana mengikut peraturan IEE. Kepentingan ujian dijalankan mengikut turutan untuk mengelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk keselamatan pemasangan serta alat-alat penguji. Tujuan utama ujian ini ialah untuk memastikan pemasangan itu betul-betul selamat semasa digunakan

description

fggggggsy

Transcript of UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Page 1: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

PENGENALAN

Sesuatu pemasangan elektrik yang telah siap perlu menjalani proses pengujian sebelum diberikan bekalan . Pengujian ini adalah bertujuan untuk mempastikan pemasangan itu betul-betul selamat dan mematuhi peraturan IEE . Di samping itu pengujian tersebut dapat menjamin keselamatan pengguna dan juga peralatan yang bakal digunakan .

Walaupun pengujian ke atas pemasangan elektrik tidaklah menjamin pemasangan tersebut selamat untuk selama-lamanya tetapi perlulah dibuat pengujian-pengujian yang berulang dalam tempoh yang sesuai .

Tujuan setiap ujian yang dijalankan,secara amnya, tujuan pengujian dijalankan ke atas pemasangan atau alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatau pemasangan telah terlaksana mengikut peraturan IEE.

Kepentingan ujian dijalankan mengikut turutan untuk mengelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk keselamatan pemasangan serta alat-alat penguji.

Tujuan utama ujian ini ialah untuk memastikan pemasangan itu betul-betul selamat semasa digunakan

Jenis ujian yang patut dijalankan mengikut urutanialah ujian keterusan pengalir litar akhir gelang , ujian pengalir perlindungan, termasuklah pengalir ikatan utama dan tambahan, ujian rintangan elektrod bumi, ujian kekutuban, ujian gelangan gelung kerosakan ke bumi, ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi.

Page 2: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Ujian Pemutus Litar Bocor

Tujuan ujian ini dijalankan adalah bagi memastikan pemutus

litar bocor ke bumi sentiasa berada dalam keadaan baik dan akan

beroperasi apabila berlaku arus bocor ke bumi pada voltan minima

45V, di antara pengalir bumi dengan pengalir hidup.

Tatacara Menjalankan Ujian Pemutus Litar Bocor Ke

Bumi Kendalian Arus

Ujian di jalankan di sebelah bahagian beban pemutus litar,

antara pengalir fasa litar yang dilindungi dan pengalir

pelindung litar .

Semua beban di putuskan

Berikan bekalan kepada penguji.

Pemutus litar akan terbelantik sebaik sahaja bekalan diberikan

dalam masa 0.2s atau mengikut masa pelambat yang

ditentukan oleh pengeluar .

Tanggalkan penguji daripada soket keluaran.

Berikan bekalan seperti biasa dan tekan punatekan pemnguji.

Sekiranya pemutus litar terbelantik ini bermakna pemutus litar

masih baik.

Page 3: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

N L

Punatekan uji

Rintangan uji

Gelung pelantik

Gelung A

Gelung B

Gelung pengesan

teras

Suis pelantik

Peralatanujian

13A S/K

Ujian pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus

bumi

Page 4: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Apakah itu Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (PLBK)

Alat pencegah renjatan elektrik

Pemutus Litar Bocor Ke bumi (PLBK) ialah sejenis alat perlindungan yang boleh melindungi pengguna daripada renjatan elektrik jika berlaku kebocoran arus pada kelengkapan pengguna. Alat ini bertindak memutuskan bekalan dengan serta merta apabila kebocoran arus dikesan berlaku. Terdapat dua jenis PLBK iaitu PLBK Kendalian Voltan dan Kendalian Arus. Bagaimana pun PLBK kendalian voltan kurang berkesan berbanding dengan PLBK Kendalian Arus. Alat ini MESTI dipasangdi setiap pepasangan elektrik.

Apakah itu renjatan elektrik?

Pengaliran arus elektrik ke dalam tubuh manusia Renjatan Elektrik adalah di antara bahaya yang disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik. Ia berlaku apabila arus elektrik mengalir ke dalam tubuh seseorang apabila menyentuh atau terpegang:-

1. Wayar tanpa penebat atau penebatnya telah pecah yang dipanggil Sentuhan Langsung (Direct Contact) Lihat gambar B.

2. Peralatan elektrik yang telah rosak atau logam yang sedang mengalirkan arus elektrik yang dipanggil Sentuhan Tak Langsung (Indirect Contact)

Lihat gambar C.

Page 5: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Bagaimana renjatan elektrik boleh berlaku?

Cuai dan kurang pengetahuan

Kebanyakan renjatan elektrik disebabkan oleh:-

1. Kecuaian     2. Sikap pengguna semasa mengendalikan peralatan ele3. Tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran yang cukup dan kesedaran

tentang bahaya elektrik4. Peralatan yang telah diubahsuai sendiri oleh para pengguna5. Peralatan elektrik yang tidak selamat, bermutu rendah serta tidak

mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga.

Gambar B Gambar C Renjatan Sentuhan Langsung Renjatan Sentuhan Tak Langsung.

Jenis PLBK

Kendalian Voltan dan Kendalian ArusTerdapat dua cara PLBK berfungsi iaitu Kendalain Arus dan Kendalian Voltan. Terdapat beranika rupa bentuk untuk setiap jenis. Contoh PLBK Kendalian Arus adalah seperti gambar A. Manakala dua jenis PLBK Kendalian Voltan yang telah dimansuhkan adalah seperti gambar E.

Page 6: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

KENDALIAN VOLTAN

Di manakah PLBK dipasang?

Di setiap rumah di papan suis utama

PLBK mestilah dipasang di papan suis utama di setiap rumah seperti gambar D untuk mencegah kemalangan elektrik dan cara ini amat berkesan. Jika anda menggunakan alat Pemanas Air Elektrik. PLBK tambahan perlu dipasang khas untuk mengawasi pemanas air berkenaan. Cara ini lebih menjamin keselamatan keluarga anda.

Page 7: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Apakah PLBK yang sesuai dan selamat digunakan?

PLBK Kendalian Arus. Tukar dengan segera jika jenis lain.

Beberapa tahun dahulu terdapat penggunaan PLBK Kendalian Voltan, tetapi penggunaannya kini telah dimansuhkan kerana ia didapati kurang berkesan. PLBK Kendalian Voltan hendaklah digantikan dengan PL Kendalian Arus dengan serta merta (gambar A). Perkhidmatan pendawai elektrik bertauliah atau kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga adalah perlu untuk menukarkan PLBK ini, kerana PLBK Kendalian Arus adalah lebih peka kepada sebarang kerosakan pada pepasangan dan peralatan elektrik di rumah anda.

Bagaimana PLBK boleh menyelamatkan anda?

Memutuskan bekalan elektrik ketika berlaku kerosakan

Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (PLBK) adalah alat yang boleh mencegah berlakunya renjatan elektrik. Alat ini akan bertindak memutuskan bekalan elektrik ke rumah anda jika terdapat sebarang kerosakan pada pepasangan atau peralatan elektrik seperti kebocoran arus ke bumi melalui sentuhan wayar hidup ke rangka peralatan elektrik yang boleh mendedahkan pengguna kepada renjatan elektrik.Jika pendawaian di rumah anda tidak dipasang dengan sempurna atau anda menggunakan peralatan elektrik yang bermutu rendah, mungkin terdapat kebocoran arus elektrik yang tinggi ke bumi. Ia boleh menyebabkan renjatan elektrik seperti yang diterangkan di atas dan juga boleh menyebabkan kebakaran jika keadaan ini berlanjutan di persekitaran yang sensitif dengan haba panas.

Page 8: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Bagaimana memastikan PLBK sentiasa melindungi anda?

Lakukan ujian PLBK setiap bulan. Jadikan amalan.

PLBK perlu diuji sekurang-kurangnya sebulan sekali dengan menekan Punat Tekan Uj. Apabila Punat Tekan Uji ditekan, bekalan elektrik ke rumah anda akan terputus dengan serta merta. Ini bermakna PLBK di rumah anda berkeadaan baik dan boleh berfungsi. Jika tidak sila berhubung dengan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga adalah perlu untuk menggantikannya dengan yang baru kerana ia tidak boleh diperbaiki. PLBK baru Kendalian Arus mestilah digunakan kerana PLBK Kendalian Voltan telah dimansuhkan dan tidak selamat.

Kadar dan Kepekaan PLBK

Sensitif dan berkesanTerdapat PLBK dengan kemampuan dan kepekaan yang berbeza mengikut penggunaannya:-

1. Untuk rumah kediaman biasa 40A/ 63A, satu fasa atau bergantung kepada keperluan bekalan dan keupayaan suis utama, kepekaan PLBK tidak melebihi 100mA.

2. Bagi pemanas air, perlu memiliki PLBK tambahan yang berasingan (selain dari 1 di atas) dengan kepekaan tidak melebihi 10mA adalah diperlukan.

3. Untuk beban yang lebih tinggi 100A, 3 fasa, kepekaan PLBK mestilah tidak melebihi 100mA.

Perbuatan yang mendorong berlakunya renjatan elektrik

Page 9: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Jangan lakukan jika tidak pasti dan pastikan jangan melakukannya jika tidak selamat.

1. Memperbaiki sendiri peralatan elektrik yang dimiliki tanpa pengetahuan yang cukup. 

2. Membuat sendiri pendawaian/ penyambungan atau pendawaian dilakukan oleh orang yang tidak bertauliah.

3. Menggunakan peralatan elektrik yang bermutu rendah dan tidak diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dan tidak mempunyai label SIRIM.

4. Menggunakan peralatan elektrik yang pecah, rosak dan telah diubahsuai.

5. Menggunakan peralatan elektrik degan tangan yang basah atau di tempat-tempat lembab seperti di bilik air.

6. Membiarkan kanak-kanak bermain dengan peralatan dan punca elektrik.

7. Mengubahsuai sesuatu peralatan elektrik dari rekabentuk/ tujuan asal.

Hindarkan kemalangan elektrik

Setiap pengguna elektrik mestilah lebih berhati-hati apabila menggunakan peralatan elektrik. Elakkan membuat pembaikan, pengubahsuaian tanpa kemahiran dan pengetahuan yang cukup. Jangan menggunakan peralatan elektrik yang bermutu rendah dan sudah rosak. Pastikan semua ciri-ciri keselamatan dan alat perlindungan di rumah anda berada di dalam keadaan baik dan berfungsi seperti:-

1. Pemutus Litar Bocor Ke Bumi2. Fius-fius atau Pemutus Litar Kecil

3. Sistem dawai bumi.

Page 10: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Larangan Penggunaan Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (PLBK) Kendalian Voltan

Pemutus Litar Bocor Ke bumi (PLBK) ialah sejenis alat perlindungan yang boleh melindungi pengguna daripada renjatan elektrik jika berlaku kebocoran arus pada kelengkapan pengguna. Alat ini bertindak memutuskan bekalan dengan serta merta apabila kebocoran arus dikesan berlaku. Terdapat dua jenis PLBK iaitu PLBK Kendalian Voltan dan Kendalian Arus. Bagaimana pun PLBK kendalian voltan kurang berkesan berbanding dengan PLBK Kendalian Arus.

PLBK Kendalian Voltan

Berdasarkan kes-kes kemalangan elektrik yang disiasat, terutamanya yang melibatkanpepasangan domestik, kegagalan PLBK berfungsi dengan berkesan menjadi puncautama yang menyumbang kepada kes yang mengakibatkan maut. Oleh yang demikian penggunaan PLBK kendalian voltan hendaklah dihentikan serta merta dan hanyaPLBK jenis kendalian arus sahaja yang boleh digunakan. PLBK jenis kendalian arus juga dikenali dengan Peranti Arus Baki (PAB). Selain daripada itu terdapat nama-nama lain yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan PAB.

Page 11: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Sebarangan penggantian atau pemasangan PAB hendaklah dilakukan olehkontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga denganmenggunakan PAB yang mempunyai label SIRIM sahaja. Pastikan kontraktor elektrik tersebut menunjukkan perakuan pendaftarannya sebelum memulakan kerja.

Bila berlaku arus bocor, arus ini akan dibumikan melalui dawai pembumian. Dawai pembumian iniditamatkan di kotak bumi. PAB dengan kadar epekaan 100mA lazimnya dipasang di kotak agihan. Bagaimana pun untuk menggunakan kelengkapan mudah alih yang dikendalikan  engan tangan, PAB tambahan pada kadar kepekaan 30 mA perlu dipasang terlebih dahulu pada palam kuasa yang hendakdigunakan. Bagi kelengkapan elektrik yang digunakan di tempat permainan kanak-kanak atau kawasan yang berair seperti bilik mandi, kolam renang dan kolam airpancutan, kadar kepekaan PAB yang mesti digunakan ialah 10mA. Kadaran-kadaranini adalah selaras dengan kehendak Peraturan-peraturan Elektrik 1994. PAB ini juga perlu diuji sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi denganbaik. Secara ringkasnya kadar PAB adalah seperti dibawah; 

Page 12: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Jenis Peralatan

     Kadar          maksimum

PAB

PAB perlu dipasang di kotak agihan samada pepasangan satu fasa atau tiga fasa. Penyambungan hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, samaada secara individu atau dalam kumpulan.

100mA 

 Kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan (peralatan mudah alih) seperti mesin basuh, peti sejuk, penebuk lubang elektrik, perlu adaPAB yang kedua. Oleh yang demikian soket alurkeluar perlu dipasang dengan PAB dan pemasangannya boleh dibuat di kotak agihan.Walaubagaimanapun PAB jenis mudah alih(portable RCD) juga boleh digunapakai.

30mA 

 Pepasangan di tempat hiburan awam seperti kawasan yang terdapat permainan kanak-kanakseperti kiddy ride, mesin video dll perlu dipasang PAB.

10mA

 Kelengkapan elektrik seperti pemanas air elektrik yang dipasang ditempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding ataukepungan berintangan elektrik yang rendah seperti bilik air perlu ada PAB yang kedua.

10mA

Walaubagaimana pun PAB ini tidak dapat melindungi daripada voltan yang tinggi disebabkan kilat. Satu alat lain diperlukan untuk mendapat perlindungan daripada kilat.Pengguna-pengguna juga perlu mengambil langkah-langkah yang selamat dalam menangani isu pendawaian elektrik.

Page 13: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Bagaimana Sistem Perlindungan Bumi Berfungsi?

Setiap litar akhir akan dilengkapi dengan tiga terminal yang disambung pada kelengkapan, teminal hidup, neutral dan bumi. Konduktor bumi disambung dariterminal bumi ini ke kotak bumi. Apabila berlaku kebocoran arus pada kelengkapan,arus ini akan mengalir ke jisim bumi melalui konduktor bumi. Kebocoran arus ini akan dapat dikesan oleh PAB. PAB dengan serta merta memutuskan bekalan supayaianya tidak mendatangkan bahaya kepada manusia. Oleh yang demikian konduktorbumi dari kotak bumi ini perlu disambungkan ke soket alir keluar dan seterusnya ke semua kelengkapan elektrik yang mempunyai bahagian logam yang terdedah. 

Apakah Kotak Bumi ?

Kotak bumi (earth chamber) adalah dimana satu elektrod bumi (panjangnya lebih kurang 1 meter) ditanam kedalambumi. Semua dawai bumi (konduktor bumi) disambungkankepadanya. Sambungan ke bumi ini adalah untuk menghadkanvoltan / arus yang terjadi disebabkan kerosakan tersebut ke takat yang selamat sehingga fius terbakar atau Pemutus LitarKecil (PLK) atau PAB terpelantik. Perlindungan ini tidak dapat mengelakkan seseorang terkena renjatan elektrik, tetapi ciri-ciri masa danarusnya dapat memastikan renjatan itu tidak membunuh. Adalah amat dikehendakisupaya rintangan wayar bumi serendah yang mungkin bagi memudahkan arusmengalir kebumi bila berlaku kerosakan. Sistem perlindungan bumi yang rosak atau badan peralatan elektrik tidak disambungkan ke wayar bumi akan mengakibatkan PAB tidakterpelantik jika berlaku arus rosak kebumi. Pastikan kotak bumi dirumah anda sentiasa tertutup dan tidak terdedah. Pastikan juga ianya tidak disimenkan terutama semasapengubahsuaian ruma h atau sebagainya.

Page 14: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Adakah semua kelengkapan elektrik perlu disambung ke wayar bumi?

Kelengkapan elektrik yang disambung ke wayar bumi adalah juga dipanggil kelengkapan Kelas 1. Semua kelengkapan elektrik yang mempunyai badan berlogamadalah perlu disambung ke wayar bumi dan menggunakan palam tiga pin.Kelengkapan elektrik yang tidak disambung ke wayar bumi dipanggil kelengkapan Kelas 2. Semua kelengkapan elektrik yang tidak mempunyai badan berlogam tidakperlu membuat sambungan wayar ke bumi dan boleh menggunakan palam dua pin.Walaubagaimanapun kelengkapan tersebut direkabentuk supaya mempunyai dua sistem penebat agar kemungkinan untuk mendapat renjatan elektrik dapat dielakkan.Adalah menjadi asas dalam keselamatan elektrik bahawa setiap kerosakan yangterjadi tidak mendatangkan keadaan yang membahayakan. Adalah sangat penting setiap kelengkapan elektrik memenuhi kehendak-kehendak

Page 15: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

standard keselamatanyang ditetapkan bagi mengelakkan keadaan yang tidak selamat. Setiap kelengkapanyang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga adalah diuji untuk memenuhi keperluanstandard-standard keselamatan yang telah ditetapkan.

Apakah Kotak Agihan ?

Ia juga dikenali sebagai kotak fius dan ianya terletak di antara meter elektrik TNB dan semua litar elektrik didalam rumah. Ia menempatkan Suis Utama, PLBK/PAB, Pemutus Litar Kecil (PLK) / Fius, terminal hidup, neutral dan bumi.Pada sistem pendawaian sekarang fius tidak lagi digunakan dan diganti dengan PLK (Miniature Circuit Breaker-MCB) yang berfungsi lebih kurang sama seperti fius. Disamping itu juga terdapat satu lagi alat perlindungan iaitu dipanggil Pemutus Litar Bocor keBumi (PLBK) atau juga dikenali sebagai Pemutus Arus Baki (PAB). 

Apakah Pemutus Litar Kecil – PLK (MCB) ?

Fungsi PLK ini sama seperti fius iaitu memberi perlindungan kepada sistem pendawaian litar elektrik daripada arus lampau disebabkan beban lampau atau litar pintas. Jika sekiranya kadar arus melebihi kadaran PLK tersebut maka PLK akan terpelantik dan perlu di set kan semula supaya litar dapat

Page 16: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

disambungkan semula. Ini adalah salah satu kebaikan PLKberbanding dengan fius kerana ia boleh digunakan berulang kali.

Apakah perbezaan di antara Pemutus Litar Kecil dan PLBK ?

PLK memberi perlindungan daripada arus / beban lampau dan litar pintas. Ianya lebih kepada memberi perlindungan kepada peralatan elektrik dan sistem pendawaian itusendiri. PLBK pula memberi perlindungan kepada manusia daripada kejutan elektrikakibat daripada arus bocor.   Apakah dia Pemutus Litar Bocor Kebumi - PLBK (Earth LeakageCircuit Breakers - ELCBs)?

Ia dikategorikan kepada dua iaitu PLBK kendalian voltan dan PLBK kendalian arus.PLBK kendalian voltan mula diperkenalkan lebih kurang 60 tahun dahulu sementara PLBK kendalian arus pula lebih kurang 40 tahun (diperkenalkan pada tahun 50’an)dahulu.  

Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Voltan berfungsi ?

Arus lalu melalui PLBK. PLBK pula mengandungi gelung geganti yang mana ianyadisambung ke badan beban berlogam (contoh badan pada cerek air) pada satu hujung dan disambung kepada dawai bumi pada hujung yang satu lagi. Jika berlaku kenaikanvoltan pada badan beban yang mana menyebabkan terdapat perbezaan voltan pada bumi dan badan beban, bahaya kejutan elektrik akan berlaku. Perbezaan voltan inimenghasilkan arus

Page 17: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

elektrik dari badan beban berlogam melalui gelung geganti danterus ke bumi. Apabila voltan pada badan beban berlogam itu meningkat ke parasyang bahaya iaitu melebihi 50Volt, arus yang mengalir melalui gelung geganti mampu untuk mengerakkan sesentuh geganti dengan memutuskan arus bekalan bagi menyelamatkan daripada bahaya kejutan elektrik.   Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Arus berfungsi ?

Arus lalu melalui PLBK. Arus ini dilalukan ke alatubah arus (alat berbentuk doughnut) dan terus kepada beban. Arus daripada beban pula dilalukan sekali lagi ke alatubah. Pada keadaan biasa jumlah arus yang dibekalkan ke beban adalah sama dengan jumlah arus yang keluar dari beban. Oleh kerana terdapat perseimbangan terhadap arus yang masuk dan keluar, ianya tidak mendatangkan kesan kepada alatubah arus. Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, disebabkan oleh kerosakkan ke bumi, maka arus masuk dan arus yang keluar tidak akan seimbang lagi. Ketidak seimbangan ini akan menjana arus dan jika arusnya melebihi kadar yang ditetapkan, PLBK tersebut akan terpelantik dan memutus bekalan. 

Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, PLBK kendalian voltan hanya akan terpelantik apabila arus yang melalui gelung geganti cukup untuk mengerakkan sesentuh geganti untuk memutuskan bekalan. Jika tidak arus bocor tersebut akan terus mengalir ke bumi. Tahap perlindungan dari kejutan elektrik yang diberi oleh PLBK kendalian voltan adalah tidak berapa sensitif. Satu lagi keburukannya ialah ia mempunyai kecederungan untuk terpelantik dari arus bumi yang disebabkan dari pepasangan lain. Manakala PLBK kendalian arus akan terpelantik jika arus masuk dan keluar adalah tidak seimbang. PLBK kendalian arus adalah lebih sensitif terhadap arus bocor kebumi.

PLBK kendalian voltan telah dimansuhkan penggunaannya di Malaysia sejak1994 lagi. Merujuk kepada Peraturan Pendawaian Institute of Electrical Engineers penggunaannya juga diharamkan sejak 1985 (Peraturan IEE 15). Kesemua PLBK kendalian voltan perlu ditukar ke PLBK kendalian arus secepat mungkin bagi tujuan keselamatan.

Apakah dia Peranti Arus Baki - PAB (Residual Current Device-RCD)?

Page 18: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Kebiasaannya kedua-dua alat tersebut dipanggil PLBK oleh kerana mempunyai fungsi yang sama. Walaubagaimanapun dalam penggunaan dan pemakaian standard keselamatan, PLBK kendalian arus dipanggil Peranti Arus Baki (RCD - Residual Current Device) bagi memudahkan membuat perbandingan.Perlu ditekankan disini bahawa PAB tidak akan dapat menyelamatkan seseorang dari terkena renjatan disebabkan sentuhan secara langsung. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan supaya tidak membaiki atau membuka mana-mana sistem pendawaian atau kelengkapan elektrik. Pastikan ianya dilakukan oleh mereka yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Tenaga. PAB direkabentuk untuk membantu mengelakkan renjatan elektrik disebabkan oleh sentuhan tidak langsung seperti tersentuh badan cerek berlogam yang menjadi hidup disebabkan arus bocor kebumi.

Apakah jenis PAB?

Jenis perlindungan yang diberi oleh PAB dibahagi kepada dua dan dilabelkan seperti berikut;

ο  Jenis AC Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus ulang-alik ο  Jenis A   Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus ulang-alik dan arus terus (pulsating DC (rectified AC)) ο  Jenis B  Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus terus (pure DC earth fault currents) yang mana kebiasaannya dihadkan kepada kegunaan khas (e.g. rectified three phase suplies).

Page 19: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Apakah Kadaran PAB?

Kadaran ini adalah had arus yang bocor ke bumi yang mana jika sekiranya arus bocor tersebut melebihi had kadaran tersebut maka PAB akan terpelantik dan memutuskan bekalan. Mengikut Peraturan Elektrik 1994, kadaran PAB adalah ditentukan seperti dibawah;

Peraturan 36

(1)Bagi suatu pepasangan di tempat hiburan awam, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada sesuatu kelengkapan yang dimaksudkan untuk mengadakan perkhidmatan kepada orang awam atau yang dimaksudkan boleh diakses, digunakan atau dikendalikan oleh orang ramai dengan menggunakan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere;

  (2) Bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah, perlindungan terhadap arus  kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-rnana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada mana-mana kelengkapan, sama ada secara berasingan, atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere.   (3) Bagi sesuatu pepasangan jika kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan digunakan atau berkemungkinan digunakan, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-mana litar akhir, sama ada secara berasingan atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 30 miliampere.   (4) Bagi sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan yang disebut dalam subperaturan (1), (2) dan (3), pertindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, sama ada secara individu

Page 20: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 100 miliampere melainkan;  (a) atas sebab-sebab fungsi, adalah tidak praktik untuk mengadakan perlindungan itu; atau(b) adalah tidak selamat atau berbahaya untuk mengadakan perlindungan itu.

Adakah PAB dapat mengelakkan seseorang terkena renjatan elektrik ?

Ada banyak faktor yang menentukan seseorang itu selamat daripada kejutan elektrik dan antara faktor itu ialah tempoh masa terkena kejutan serta arus elektrik yangmengalir. PAB direkabentuk untuk terpelantik bagi memutuskan bekalan apabila iamencapai kadar yang telah ditetapkan. Ianya tidak boleh dijamin dapat menyelamatkan diri daripada kejutan elektrik dan oleh yang demikian lain-lain sistemperlindungan elektrik yang terdapat didalam sistem pendawaian elektrik juga perlu diberi perhatian. Walaubagaimanapun PAB dapat membantu bagi memastikan kejutan elektrik itu suatu pengalaman yang menyakitkan dan tidak membawa kepada kematian.

Peralatan yang memberi perlindungan elektrik yang terdapat dalam sistempendawaian elektrik ialah PLK, PAB, fius yang terdapat didalam palam tiga pin dandawai bumi. PAB adalah sesuai untuk melindungi daripada terkena renjatan elektrik.

Perlukan PAB diuji ? 

Pada PAB terdapat butang yang digunakan untuk memastikan sistem pelantik itu berfungsi dengan baik.Pengujian sebulan sekali adalah digalakkan. 

Page 21: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Ujian ini bagi memastikan alat mekanikal yang terdapat didalam PAB tidak tersangkut, terlekat atau rosak yangmana boleh menghalangnya daripada memutuskan bekalanjika berlaku arus bocor kebumi.

Apakah yang patut dilakukan jika PAB terpelantik ?

Jika PAB terpelantik ada dua cara boleh dilakukan;

1.    Jika PAB di ‘on’ kan dan PAB masih terpelantik, maka kemungkinan terdapat kelengkapan elektrik yang sedang ‘on’ dan telah rosak yang mana terdapat arus bocor ke bumi yang berterusan. Oleh yang demikian ‘off’ kan semuakelengkapan elektrik termasuk lampu dan sebagainya. ‘On’ kan PAB semula dan‘on’ kan kelengkapan elektrik satu persatu sehingga PAB terpelantik sekali lagi.Asingkan kelengkapan tersebut. Jika keadaan yang sama berlaku walaupun kelengkapan tersebut diasingkan, sila hubungi pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk membaiki kerosakan tersebut.

2.    Jika PAB di ‘on’ kan dan PAB masih terpelantik walaupun selepas semua kelengkapan elektrik di ‘off’ kan, maka kemungkinan terdapat ketidak seimbangan yang berterusan di antara arus yang masuk (hidup) dan keluar (neutral) didalam litar tersebut. Keseluruhannya sistem pendawaian perlu diperiksa. Sila hubungi pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk membaiki kerosakan tersebut. 

Bagaimana melindungi kelengkapan elektrik daripada musnah disebabkan kilat ?

Kilat menyebabkan satu keadaan dimana tenaga elektrik yang tinggi terjana dalammasa yang sangat singkat. Ia boleh merosakkan kelengkapan yang mempunyai komponen elektronik. PAB tidak memberi perlindungan kepada voltan yang tinggidisebabkan kilat. Sistem perlindungan kilat perlu dipasang

Page 22: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

bagi menyekat tenaga yangterhasil daripada masuk ke dalam sistem pendawaian elektrik di rumah. 

Apakah langkah keselamatan dan perlindungan yang perlu diambil ? o Kelengkapan elektrik yang berlogam perlu menggunakan palam tiga pin.

o Jangan menggunakan kelengkapan elektrik dengan tangan yang basah.

o Pastikan membaca buku panduan yang disediakan apabila membeli kelengkapan elektrik.

o Pastikan sistem pendawaian elektrik tidak disambong / ubah tanpa dilakukan  oleh pendawai yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga. o ‘Off’ kan kelengkapan yang tidak digunakan. 

Nama-nama lain yang berkaitan       

Pemutus Litar Arus Baki (RCCB - Residual Current Circuit Breaker). Ini adalah suis mekanikal dan ditambah PAB. Fungsi utamanya ialah untuk melindungi pengguna daripada arus bocor kebumi.   

Pemutus Arus Baki dengan perlindungan Arus Lampau (RCBO - Residual Current Breaker with Overcurrent Protection). Ini adalah Pemutus Litar

Page 23: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Arus Lampau dengan ditambah fungsi PAB (MCB +RCCB). Ia mempunyai dua fungsi;

(a) untuk memberi perlindungan daripada arus rosak ke bumi (earth fault currents); dan(b) untuk memberi perlindungan daripada arus lampau (over currents).

Keburukan RCBO ialah jika ia terpelantik adalah tidak dapat diketahui samada disebabkan arus lampau atau arus rosak ke bumi.

GFI = Ground Fault Interrupter. Istilah ini biasanya dipakai di Amerika Utara.Operasinya adalah sama seperti PAB.

KESIMPULAN

Peraturan umum, pengujian mestilah dijalankan mengikut urutan.Sesuatu pengujian haruslah mengesahkan keterusan semua pengalir (termasuk pengalir pelindung) dalam setiap litar akhir gelang.Setiap pengalir haruslah diuji secara berasingan untuk mengesahkan keadaan sesuatu pengalir dengan cara penyambungannya bagi penerus pengalir bumi.

Page 24: UjiankendALIAN Bocor Bumi Da Edit

Untuk menguji rintangan penebat semua penyambung fius berada ditempatnya, semua suis (termasuk suis utama) ditutup kecuali untuk pemasangan TN-C, semua tiang atau fasa pendawaian disambungkan bersama secara elektrik Rintangan penebat ke bumi haruskah tidak kurang daripada 1 megaohm.\Bagi rintangan elektrod bumi, arus ulang-alik yang bernilai stabil dibekalkan antara elektrod bumi T dan elektrod bumi tambahan T1 yang diletakkan pada suatu jarak tertentu dari T supaya kawasan rintangan kedua-dua elektrod tidak tertindih.

Setiap konduktor perlindungan hendaklah diuji untuk mengesahkan bahawa ia baik dari segi aliran arus elektrik dan disambung dengan betul.Suatu ujian hendaklah dijalankan untuk mengesahkan kesinambungan setiap konduktor termasuk konduktor pelindung setiap gelang litar akhir.Rintangan penebatan antara konduktor hidup hendaklah diukur sebelum pemasangan di sambung kepada bekalan.

Setiap fius dan kawalan kutub tunggal dan peranti pelindung di sambung dalam konduktor fasa sahaja.Di mana langkah-langkah perlindungan digunakan yang memerlukan pengetahuan tentang rintangan elektrod bumi ini hendaklah disekat.Pemeriksaan secara mata kasar juga perlu sebelum pegujian dijalankan.Sijil pada setiap ujian hendaklah dikeluarkan oleh kontraktor atau orang yang bertanggungjawab mengarahkan pemasangan itu.Bagi setiap pemasangan ( pengubah yang besar ) hendaklah membuat catatan dalam sijil berkenaan.

Rujukan