ukiran kayu

download ukiran kayu

of 2

Transcript of ukiran kayu

Ukiran Kayu Warisan MelayuPengarang: Norhaiza Nordin Imprin: Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, 2009 Mukasurat: 101 Lokasi Buku: Pusat Sumber KPKK (BSAS)

Kraftangan

Malaysia

sentiasa

berusaha untuk memulih dan memelihara kraf warisan yang terkenal dengan kehalusan dan keindahan kerja tangannya.

Ukiran kayu antara kraf warisanyang perlu dipelihara agar terus dapat dinikmati dan dihayati oleh golongan masyarakat.

Ukiran kayu ialah simbol kerajinan tangan, kemahiran dan ketinggian ilmu yangditerjemahkan ke dalam pelbagai bentuk barangan yang mempunyai unsur seni. Simbol dan identiti yang ditonjolkan pada ukiran kayu mencerminkan jati diri masyarakat Malaysia. Ekspresi yang dipaparkan melalui ukiran kayu mewakili watak dan budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Perjalanan sejarahnya yang cukup panjang menandakan kedewasaan seni kraf Melayu itu sendiri. Kewujudan seni kraf Melayu sejak bermula tamadun di Nusantara sehingga hari ini merupakan bukti kedewasaannya. Perjalanan sejarah ini juga memperlihatkan perubahan demi perubahan berlaku ke atas seni kraf Melayu dan menjadikannya warisan yang dibawa dari zaman ke zaman. Buku ini ditulis oleh seorang pengukir terkenal di negara kita iaitu Norhaiza Nordin. Beliau telah mula mempelajari seni ukiran Melayu sejak usia masih muda lagi. Keinginan yang tinggi untuk mendalami ilmu ukiran kayu telah membawa beliau berguru dengan tukang kayu ternama seperti Wan Mustafa Wan Su, Allahyarham Tengku Ibrahim Tengku Wok, Latif Long, Allahyarham Abd. Rahman Long dan Allahyarham Nik Rashidin Nik Hussin. Buku ini

mengupas mengenai sejarah pengukiran kayu yang dibahagikan kepada beberapa perkara seperti: Jenis Ukiran Kayu Liuk Lentuk Motif Ukiran Kayu Ungkapan Keperibadian Melayu Dalam Ukiran Kayu Senarai Bibliografi Bahan Rujukan

Jenis Ukiran Kayu Mengukir ialah proses meluakkan kayu dengan menggunakan alat ukir yang dibantu oleh kemahiran tangan. Bentuk ukiran kayu yang lazim dihasilkan oleh pengukir Melayu adalah ukiran dua dimensi dan ukiran tiga dimensi. Jenis-jenis ukiran seperti: Ukiran Timbul Tanpa Silat Gaya teknik ini biasanya terdapat pada dinding, tebar layar, jendela, daun pintu dan perabut. Ukiran Timbul Bersilat Hampir sama dengan Ukiran Timbul Silat tetapi berbeza pada silat motif atau corak ukiran. Ukiran teknik ini biasanya terdapat pada dinding, tebar layar, jendela, daun pintu dan perabot. Ukiran Tebuk Tembus Tanpa Silat Hampir sama dengan Ukiran Timbul Tanpa Silat biasanya terdapat pada kekisi, pagar musang, sekatan ruang, perabut dan cucur atap. Segmen Liuk Lentuk Motif Dalam Ukiran Melayu menerangkan dengan jelas mengenai motif-motif hiasan yang digunakan dengan pengaruh dan kepercayaan motif itu sendiri. Ungkapan Keperibadian Melayu Dalam Ukiran Melayu dalam bentuk jiwa yang diterjemahkan oleh Abdullah Muhammad (Nakula) dalam bentuk kata-kata yang indah bagi memudahkan pemahaman masyarakat tentang makna yang tersirat disebalik keindahan ukiran kayu. Keindahan ukiran Melayu adalah manifestasi gambaran jiwa dan budaya yang dimiliki oleh masyarakat Melayu dengan gabunggan ketinggian ilmu, kebolehan minda dan kemahiran untuk mengerahkan deria disalurkan kepada ukiran kayu sebagai satu nikmat yang boleh dihayati.