Pengeringan kayu

13
PENGERINGAN KAYU 1. Proses pengeringan kayu ialah proses pengeluaran lembapan atau cecair yang terdapat pada dinding sel kayu itu. Tujuan pengeringan dilakukan pada kayu adalah untuk: Mengurangkan kandungan lembapan Mengelakkan pengecutan Mengelakkan kayu meleding dan pecah Memudahkan kerja yang akan dilakukan pada kayu Kerja mengecat akan lebih kemas Kayu lebih ringan 2. Proses pengeringan kayu boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan cara: Semulajadi Pengeringan di dalam tanur (kiln drying wood) 3. Melalui proses ini cecair didalam rongga sel akan dikeringkan dahulu diikuti dengan cecair didalam dinding sel. 4. Pengecutan akan berlaku semasa cecair dikeluarkan daripada dinding sel. Jika kayu tidak dikeringkan, pecahan akan berlaku disekeliling lilitannya.

Transcript of Pengeringan kayu

Page 1: Pengeringan kayu

PENGERINGAN KAYU

1. Proses pengeringan kayu ialah proses pengeluaran lembapan atau cecair yang terdapat pada dinding sel kayu itu. Tujuan pengeringan dilakukan pada kayu adalah untuk:

Mengurangkan kandungan lembapanMengelakkan pengecutanMengelakkan kayu meleding dan pecahMemudahkan kerja yang akan dilakukan pada kayuKerja mengecat akan lebih kemasKayu lebih ringan

2. Proses pengeringan kayu boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan cara:

Semulajadi Pengeringan di dalam tanur (kiln drying wood)

3. Melalui proses ini cecair didalam rongga sel akan dikeringkan dahulu diikuti dengan cecair didalam dinding sel.

4. Pengecutan akan berlaku semasa cecair dikeluarkan daripada dinding sel. Jika kayu tidak dikeringkan, pecahan akan berlaku disekeliling lilitannya.

Page 2: Pengeringan kayu

HUBUNGAN KAYU-AIR

Sebelum kita meneliti lebih lanjut berkenaan pengeringan semulajadi dan pengeringan tanur, eloklah kita melihat dahulu hubungan kayu dengan air. Kayu balak merupakan pohon hidup dan segar yang ditebang dan mengandungi sejumlah besar air, air merupakan lebih daripada 50% dari berat sebenar kayu. Air mempunyai pengaruh signifikan pada kayu: kayu sentiasa menukarkan kelembapan (air) dengan persekitarannya. Air juga mengalir di dalam pokok semasa proses tumbesarannya dan mengakibatkan banyak air di dalam kayu. Peratusan kelembapan air didalam kayu adalah berbeza dengan kayu yang lain. Oleh itu seorang saintis telah mencipta formula tentang peratusan kelembapan kayu, iaitu John F. Siau pada tahun 1984 dan formula beliau adalah seperti berikut:

x100%

WetWeight = Berat BasahDryWeight = Berat Kering

Dengan memasukkan jumlah sama sepeti diatas iaitu Berat Basah – Berat kering dan dibahagi dengan Berat Kering dan didarab dengan 100%, kita akan dapat mengetahui akan peratusan kelembapan yang dimiliki oleh setiap kayu.

Page 3: Pengeringan kayu

PENGERINGAN SEMULAJADI

Kaedah semulajadi merupakan satu kaedah biasa yang digunakan secara meluas di dalam penghasilan kayu. Ramai orang telah menggunakan cara pengeringan seperti ini tetapi proses ini merupakan proses yang sangat perlahan dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk menggunakan kaedah ini.

Kaedah ini merupakan satu kaedah yang menjimatkan kerana tiada wang perlu dilaburkan untuk mengeringkan kayu, namun akibat dari pengeringan semulajadi ialah akan ada kayu yang tidak kering secara seragam terutama di tempat yang kurang pengaliran udara.

Pengeringan dengan cara semulajadi juga boleh dilaksanakan jika penggunaan kayu itu tidak cepat dan boleh dikeringkan semasa menunggu untuk menggunakannya.

Kaedah pengeringan semulajadi juga dapat dikelaskan kepada dua cara iaitu:

Menjemur terus kayu di bawah cahaya matahari di kawasan yang lapang

Menjemur kayu di bawah cahaya matahari di kawasan yang lapang tetapi berpeneduh

Page 4: Pengeringan kayu

Pengeringan semulajadi dengan menjemur di bawah cahaya matahari

Antara yang biasa digunakan ialah dengan menjemur terus kayu di bawah cahaya matahari. Cara ini kurang berkesan kerana kayu hanya akan kering jika cuaca adalah panas setiap hari atau kemarau. Apabila datangnya hari hujan, kayu akan kembali basah seperti asal.

Jika kayu dibiarkan berada dalam keadaan panas-hujan dalam keadaan yang agak lama, kayu juga akan menjadi rosak iaitu merekah dengan sendiri, melending, berpiuh dan juga tidak boleh digunakan

Contoh adalah seperti gambar di bawah:

Page 5: Pengeringan kayu

Pengeringan semulajadi dengan menggunakan teduhan

Untuk mengatasi masalah ini, pengeringan secara semulajadi juga dapat dilakukan di bawah tempat berbumbung. Ini akan menyebabkan kayu sentiasa kering dan tidak akan kembali basah. Berlainan dari yang dijemur di tempat yang tidak berpeneduh.

Cara ini akan mengurangkan kadar kerosakan kayu akibat dari kecacatan seperti berpiuh, melending dan rosak.

Contoh pengeringan semulajadi secara berpeneduh adalah seperti di dalam gambar di bawah:

Page 6: Pengeringan kayu

Kebaikan dan keburukan pengeringan semulajadi

KEBAIKAN PENGERINGAN SEMULAJADI

KEBURUKAN PENGERINGAN SEMULAJADI

Menjimatkan kos Proses sangat lambat

Boleh dilakukan dalam jumlah yang banyak

Kayu yang dikeringkan tidak seragam

Tidak memerlukan pembinaan untuk pengeringan

Kayu akan mudah rosak akibat pertukaran cuaca

Page 7: Pengeringan kayu

PENGERINGAN TANUR

Kaedah ini merupakan pilihan bagi syarikat pengeluar kayu, kilang-kilang membuat perabot dan banyak lagi kerana proses ini lebih cepat

Biasanya pengeringan tanur menjadi pilihan kerana kayu yang dihasilkan daripada proses pengeringan ini adalah seragam dah kilang dapat mengeluarkan produk yang lebih bermutu pada masa pengeluaran.

Untuk menjadikan proses lebih cepat, kilang perlu mempunyai tanur atau relau yang dapat mengawal suhu dan pengaliran udara di dalam relau agar proses pengeringan berlaku lebih cepat. Oleh yang demikian, tanur biasanya agak mahal dan mempunyai pembinaan, berbeza dengan pengeringan semulajadi yang percuma dan tiada pembinaan.

Masa pengeringan juga dapat dipercepatkan atau dilambatkan dengan hanya meninggikan suhu di dalam tanur dan mengawal peredaran udara di dalam relau

Pada akhir proses, stim akan dimasukkan untuk mengurangkan keretakan dan kerosakan serta mengawal kecacatan kayu sambil mempercepatkan proses.

Gambar di bawah menunjukkan proses pengeringan tanur yang dijalankan:

Page 8: Pengeringan kayu

Foto menunjukkan kayu dimasukkan ke dalam tanur

Foto kayu disusun di dalam tanur

Page 9: Pengeringan kayu

PENGERINGAN TANUR BERJADUAL

Pengeringan tanur yang berhasil biasanya dapat dicapai dengan penyesuaian suhu dan kelembapan udara yang mengalir di dalam tanur sepadan dengan kayu balak dalam jangka masa terbabit.

Syarat ini dapat dicapai dengan penggunaan pengeringan tanur berjadual.

Dengan menggunakan jadual yang betul, objektif yang diinginkan iaitu mengeringkan kayu dengan masa yang paling cepat tanpa merosakkan kayu dapat dicapai. Berikut adalah faktor yang diambil kira semasa pengeringan tanur berjadual:

Spesis balak: oleh kerana keadaan fizikal yang berbeza, keadaan mekanikal dan cirri-ciri yang berbeza setiap spesis.

Ketebalan kulit balak: kepantasan pengeringan bergantung kepada ketebalan kulit balak, yakni jika kulit semakin tebal, semakin panjang masa pengeringan.

Pengeringan penurunan gred: jadual pengeringan yang agresif dan agak cepat menyebabkan kayu melending, berpiuh, dan rosak.

Page 10: Pengeringan kayu

Kebaikan dan keburukan pengeringan tanur

Kebaikan pengeringan tanur Keburukan pengeringan tanur

Masa dapat dipercepatkan Kos tanur yang mahal

Hasil kayu adalah seragam Memerlukan seseorang untuk sentiasa mengawal tanur

Boleh dihasilkan dalam jumlah yang banyak

Memerlukan pembinaan tanur yang besar

Kecacatan kayu dapat dikawal Jika terdapat kesalahan dalam pengawalan suhu, kayu akan rosak

Page 11: Pengeringan kayu

KECACATAN PENGERINGAN

Kecacatan pengeringan merupakan suatu masaah umum yang dihadapi ketika pengeringan kayu, disamping masalah-masalah alam.

Terdapat dua kategori umum kecacatan pengeringan (beberapa kecacatan melibatkan kedua-dua sebab) :

Kecacatan yang disebabkan pengecutan anisotropi: hal ini menyebabkan kayu melending, berpiuh dan rosak.

Kecacatan akibat pengeringan tidak sekata: ini merujuk kepada kayu menjadi pecah