UKU TEKS

3
UKU TEKS Pengenalan Buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku Teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020. Buku teks ditulis berdasarkan kehendak kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. Beberapa pengertian tentang Buku Teks : UNESCO A textbook is a book which is an exposition of generally accepted principles in one subject, intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupil book teacher situation. Cambridge International Dictionary of English A book that contains detailed information about a subject for people who are studying that subject. Dent (1955) Buku teks ialah alat pembelajaran yang penting dan sukar diganti dengan bahan lain. Gopinathan (1983) Buku teks ialah alat yang digunakan secara meluas di bilik darjah walaupun terdapat pelbagai alat bantu mengajar yang canggih dalam era teknologi maklumat pada masa kini. Altbach (1987) Textbooks are in a way, an illustration of national will and of national policy in many countries. SOALAN LAZIM

description

spbt

Transcript of UKU TEKS

Page 1: UKU TEKS

UKU TEKS 

PengenalanBuku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku Teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020.

Buku teks ditulis berdasarkan kehendak kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

 Beberapa pengertian tentang Buku Teks :

UNESCOA textbook is a book which is an exposition of generally accepted principles in one subject, intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupil – book – teacher situation.

Cambridge International Dictionary of EnglishA book that contains detailed information about a subject for people who are studying that subject. Dent (1955) Buku teks ialah alat pembelajaran yang penting dan sukar diganti dengan bahan lain. Gopinathan (1983) Buku teks ialah alat yang digunakan secara meluas di bilik darjah walaupun terdapat pelbagai alat bantu mengajar yang canggih dalam era teknologi maklumat pada masa kini. Altbach (1987)Textbooks are in a way, an illustration of national will and of national policy in many countries.

SOALAN LAZIM

Page 2: UKU TEKS

 1.

Adakah Skim Pinjaman Buku Teks( SPBT)  diberikan  kepada semua murid sekolah di Malaysia ?

  Jawapan :

 

SPBT diberikan 100% kepada :a) semua murid warganegara Malaysia (memiliki surat daftar kelahiran/kad pengenalan warganegara Malaysia/ Sijil Pengesahan Taraf Borang W).b) Semua murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Berasrama Penuh.SPBT tidak dibekalkan kepada : Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Swasta, Sekolah Pendidikan Khas

   2. Adakah Buku Teks Sains dan Matematik dalam Bahasa Cina di bawah

SPBT ?  Jawapan :

 Tidak, Buku Teks tersebut bukan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks.

   3. Adakah buku teks boleh dibeli sendiri oleh murid yang tidak mahu

membuat pinjaman melalui SPBT ?  Jawapan :

  Boleh, Buku Teks boleh dibeli sendiri di pasaran terbuka atau terus daripada penerbit. Maklumat tentang penerbit boleh diperolehi di dalam katalog buku teks melalui  guru SPBT sekolah.

   4.

Adakah buku kerja dan buku latihan  juga di bawah SPBT ?  Jawapan :

  Tidak, Hanya buku teks yang pakejnya ada Buku Latihan dan Aktiviti sahaja di bawah SPBT.

   5. Adakah murid yang berpindah ke sekolah baru boleh membawa

bersama buku SPBT ?  Jawapan :  

Boleh, Kalau murid berpindah ke sekolah di dalam zon yang sama (Proses merekod maklumat dijalankan oleh guru SPBT). Zon SPBT:Zon Utara : Perlis, Kedah, P.Pinang dan PerakZon Tengah : Selangor, W.P KL dan N. Sembilan

Page 3: UKU TEKS

Zon Selatan: Melaka dan JohorZon Timur : Pahang, Terengganu dan KelantanZon Sabah dan W.P Labuan Zon Sarawak

   6. Adakah murid masih perlu mengisi borang kelayakan SPBT ?

  Jawapan :

  Tidak, Maklumat murid boleh diperolehi daripada Borang Maklumat Murid (BMM).

   7.

Bolehkah buku teks dibeli di Bahagian Buku Teks ?  Jawapan :

 Tidak

   8. Bagaimanakah cara pembelian Katalog Buku Teks ?

  Jawapan :

  Boleh diperolehi di Bahagian Buku Teks atau layari http://www.moe.gov.my/bbt.

    

© 2008 Hakcipta Terpelihara. Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia.

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |

PENAFIANBahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang

kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.