Ulangkaji: kata adjektif

11

Click here to load reader

Transcript of Ulangkaji: kata adjektif

Page 1: Ulangkaji: kata adjektif

1

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan. Ada sekurang-kurangnya sembilan jenis kata adjektif.

Jenis Kata Adjektif

1. Kata adjektif sifatan / keadaan

Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,

garang, buas, condong

2. Kata Adjektif Warna

Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu

3. Kata Adjektif Ukuran

Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil

4. Kata Adjektif Bentuk

Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok

5. Kata Adjektif Jarak

Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris

6. Kata Adjektif Waktu

Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,

7. Kata Adjektif Perasaan

Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu

8. Kata Adjektif Cara

Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering

9. Kata Adjektif Pancaindera

Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam, nyaring, gemeresik

Page 2: Ulangkaji: kata adjektif

2

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.

A cair

B putih

C pekat

D merah

2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.

A ketat

B besar

C singkat

D longgar

Soalan 3 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

3 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.

A kelat

B enak

C manis

D masam

4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.

A nipis

B kasar

C kesat

D tumpul

Page 3: Ulangkaji: kata adjektif

3

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

5 Air sungai itu __________ kerana banyak sampah sarap yang dibuang ke dalamnya.

A jernih

B hitam

C kotor

D bersih

6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.

A kecil

B tebal

C besar

D panjang

7 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.

A sejuk

B damai

C panas

D nyaman

8 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.

A segar

B cergas

C nyaman

9 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.

A Indah

B Tinggi

C Kelam

D Sayup

Page 4: Ulangkaji: kata adjektif

4

10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka.

A baik

B malu

C takut

D patuh

11 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.

A pilu

B mahu

C cemas

D gembira

12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________

A tinggi

B besar

C kontot

D panjang

13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.

A hapak

B hanyir

C tengik

D hancing

Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

A serak

B garau

C merdu

D nyaring

15 Roziah agak_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.

A sombong

B senang

C ramah

D

Page 5: Ulangkaji: kata adjektif

5

16 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.

A kegelapan

B kedinginan

C kemalapan

D kepanasan

17 Kepala adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang di sekolah.

A bengkok

B bengkak

C botak

D lekuk

18 Jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ pada musim perayaan.

A lengang

B senyap

C muram

D suram

19 Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun

A pedas

B lebam

C pedih

20 Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.

A luas

B sempit

C senang

21 Tapak tangan Pak Abu selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.

A menggelupas

B menggerutu

C melecur

D melecet

Page 6: Ulangkaji: kata adjektif

6

22 Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.

A geli

B haru

C kelam

D gundah

23 Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.

A kesat

B telap

C telus

D kalis

24 Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam .

A terkilan

B runsing

C murung

D sengsara

25 Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah .

A pelik

B gawat

C runcing

D rencam

26 Bau ________ di bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang ________ itu .

A busuk …tengik

B hanyir… wangi

C hapak … harum

D hancing …mersik

Page 7: Ulangkaji: kata adjektif

7

27 Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan

oleh biduanita itu .

A ghairah

B asyik

C tekun

D leka

28. Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu .

A becak

B lembik

C lembap

D bengkok

29. Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.

A serong

B bengkok

C bongkok

D condong

30 Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang

datang dari arah bertentangan .

A jauh

B cepat

C dekat

D hampir

Page 8: Ulangkaji: kata adjektif

8

31

Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu.

A sedih

B hairan

C terkejut

D gembira

32 “Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya,” kata Ghani.

A lazat

B busuk

C mahal

D harum

Soalan 33 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

33 Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.

A pantas

B cepat

C deras

34 Kerjanya yang begitu __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.

A tertib

B lemah

C sopan

D lembut

Page 9: Ulangkaji: kata adjektif

9

35 Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam.

A baru

B antik

C retak

D runtuh

36 Keadaan dan suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.

A sibuk

B damai

C serabut

D gembira

37 Kakak tidak suka akan daging lembu kerana baunya yang ___________

A hapak

B tengik

C hamis

D haring

38 Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.

A tertib

B gopoh

C pantas

D cermat

39 Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.

A pilu

B gusar

C geram

D marah

Soalan 40 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

Page 10: Ulangkaji: kata adjektif

10

40 Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.

A kelajuan

B kelalaian

C keberanian

Jawapan:

1 D 21 D 2 A 22 A 3 B 23 D 4 D 24 B 5 C 25 B 6 A 26 C 7 A 27 B 8 C 28 A 9 A 29 D

10 D 30 D 11 D 31 A 12 D 32 A 13 B 33 C 14 C 34 A 15 C 35 C 16 B 36 B 17 B 37 C 18 A 38 C 19 C 39 A 20 B 40 B

Page 11: Ulangkaji: kata adjektif

11