ULANGKAJI+EDU3108+1

19
ULANGKAJI EDU3108 BAHAGIAN A 20 markah Jawab semua soalan. 1. Selain daripada keperluan menguasai pengetahuan, sesuatu profesion perlu mempunyai kod etika. Apakah tujuan sesuatu profesion perlu mempunyai kod etika? (A)Untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli (B) Nilai tara profesion diukur dengan kod etika (C) Supaya ada asas untuk dapat emolumen (D)Masyarakat memandang tinggi kerjaya yang ada kod etika 2. Mengikut Mohamad Sani (1998), guru yang profesional mempunyai atribut berikut (A) Berilmu, Bersahsiah dan berketrampilan (B) berimej, berwawasan dan bebas pendirian diri (C) bermoral, berperibadi mulia dan berkepentingan diri (D) menampil watak terpuji, iltizam tinggi dan taat setia terhadap ketua jabatan 3. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat dan berguna, tanggunjawab guru dalam Kod Etika Keguruan Malaysia manakah mempamerkan ciri tersebut? (A) Pelajar (B) Ibubapa (C) Masyarakat dan Negara. (D) Rakan sejawat dan profesion perguruan 2

Transcript of ULANGKAJI+EDU3108+1

1

ULANGKAJI EDU3108

BAHAGIAN A 20 markah

Jawab semua soalan.

1. Selain daripada keperluan menguasai pengetahuan, sesuatu profesion perlu mempunyai kod etika. Apakah tujuan sesuatu profesion perlu mempunyai kod etika?

(A) Untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli

(B) Nilai tara profesion diukur dengan kod etika

(C) Supaya ada asas untuk dapat emolumen

(D) Masyarakat memandang tinggi kerjaya yang ada kod etika

2. Mengikut Mohamad Sani (1998), guru yang profesional mempunyai atribut berikut

(A) Berilmu, Bersahsiah dan berketrampilan

(B) berimej, berwawasan dan bebas pendirian diri

(C) bermoral, berperibadi mulia dan berkepentingan diri

(D)menampil watak terpuji, iltizam tinggi dan taat setia terhadap ketua jabatan

3. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat dan berguna, tanggunjawab guru dalam Kod Etika Keguruan Malaysia manakah mempamerkan ciri tersebut?

(A) Pelajar(B) Ibubapa(C) Masyarakat dan Negara.(D) Rakan sejawat dan profesion perguruan

4. Guru Y meminta para pelajar kelasnya menjawab soalan-soalan dalam buku latihan harian sebagai pengukuhan pada pengajaran yang telah disampaikan. Bagaimanapun latihan tersebut tidak disemak oleh beliau.

Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah kedudukan akauntabiliti guru terhadap pengajaran dan pembelajaran? Guru Y

(A) tidak tahu akan tanggungjawabnya(B) cuai dalam melaksanakan tanggungjawabnya(C) seorang yang malas dan tidak bertanggungjawab(D) tidak melaksanakan tanggungjawab Etika Profesion Keguruan

5. Guru penting menghayati konsep kesantunan guru, mengikut Noriati Ab. Rashid (2004), kesantunan

(A) Menghargai daan menghormati semua pihak walaupun di kalangan yang lebih muda, cacat, miskin dan kurang cerdas(B) Mampu mengawal perlakuan dan etiket mengikut budaya masing-masing bagi membantu pergaulan dalam masyarakat.

(C) Perlakuan atau tingkah laku yang mampu menjalinkan hubungan intim supaya pergaulan berada dan keadaan berharmoni

(D) Bermula daripada hati yang ikhlas dan jujur menzahirkan perlakuan sama ada perlakuan berbahasa atau bukan berbahasa yang boleh menyenangkan semua pihak

6. Apabila guru memahami dan bahawa tugas mereka ialah mementingkan perkembangan pelajarnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, kita boleh berpendapat bahawa guru faham akan isu berkaitan dengan?

(A) Kesantunan guru(B) Kepedulian guru(C) Penampilan guru(D) Pengurusan masa guru

7. Bermulanya kerjaya sebagai guru, seseorang perlu melalui beberapa peringkat perkembangan bermula dengan novis, yang manakah BUKAN satu peringkat perkembangan yang dinyatakan oleh Trotter (1986) :

(A)Cekap

(B)Mahir

(C)Pakar

(D)Cemerlang

8. Setiap guru sekolah rendah perlu memiliki pelbagai kemahiran, antara kemahiran yang perlu dimiliki ialah

I. Agen sosialisasi

II. Agen perubahan

III. Pengurus masa dan keluarga

IV. Pengamal ilmu dan kemahiran

(A) I, ll dan lll sahaja(B) Il, lll dan IV sahaja(C) I, ll dan IV sahaja(D) I, lll dan lV sahaja

9. Kaji rajah di bawah (Proses Reflektif) dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru muka surat 74 (Noriati, et.al : 2010), dan jawab soalan.

Diskripsi

Pelan TindakanPerasaan

A

Kesimpulan

Analisis

Proses refleksi yang bertanda A ialah

(A) Uji Kaji(B)Sintesis (C)Penilaian (D)Hipotesis

10. Penyelidikan tindakan, iaitu satu bentuk penyelidikan yang dilaksanakan oleh guru untuk guru dan tentang guru. Tujuan penyelidikan tindakan dijalankan ialah

I. Guru menyiasat amalan diri dalam situasi sekolah

II. Menambah kejelasan teori, meningkat ilmu pengetahuan

III. Jelma daripada perasaan ingin tahu tentang permasalahan di sekolah

IV. suatu kriteria yang perlu dipenuhi untuk menyambung pelajaran dan peningkatan profesionalisme

(A)I, ll dan lll sahaja

(B)II, lll dan IV sahaja

(B) I, ll dan IV sahaja

(D)I, lll dan IV sahaja

11. - Berorientasi pencapaian

Berorientasi kreativiti dan inovasi

Amat bertenaga dan penglibatan diri yang tinggi

Berkeyakinan diri yang tinggi

Keperluaan menggunakan pengaruhnya terhadap orang lain

Sanggup menanggung risiko

Membina (nurturing), bertimbang rasa dan sensitif

Ciri-ciri tersebut dimiliki oleh

(A) Kepemimpinan Teragih(B) Kepemimpinan Birokratik(C) Kepemimpinan Berkarisma(D) Kepemimpinan Semula Jadi

12. Robbins, S. P. (2003) dalam buku Organizational Behaviour menjelaskan konsep kepemimpinan sebagai

(A) Gabungan sifat pengarah, pendorong dan pembantu dalam sesebuah organisasi

(B) Kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli lain kumpulannya untuk mencapai sesuatu matlamat.

(C) Kebolehan untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan penuh terhadap sekumpulan manusia untuk capai matlamat

(D) Keupayaan untuk pengaruhi sistem kepercayaan, tindakan dan pegangan nilai supaya akur kepada ketuanya

13. Salah satu teori kepemimpinan menyatakan pemimpin sekolah harus mempamerkan nilai etika yang boleh dicontohi pelajar, ibubapa dan komuniti kerana mereka diharap boleh melindungi hak, nilai sosial dan budaya semua pelajar. Pendapat tersebut adalah amalan dalam teori ?

(A) Situasi(B) X dan Y(C) Transformasi(D) Kepemimpinan Moral

14. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia terlibat dalam mengendalikan pelbagai urusan. Manakah urusan berikut termasuk dalam bidang kuasa Bahagian ini.

I.dasar dan perancangan sumber manusia

II.naik pangkat dan tatatertib

III.kaunseling dan keutuhan

IV.perlantikan tenaga pengajar IPTA

V.pembangunan manusia dan latihan

(A)I ,II dan III sahaja

(B)I, III dan IV sahaja

(C)I, II , III , dan V sahaja

(D)II, III ,IV dan V sahaja

15. Dalam struktur organisasi sekolah, seorang pengetua dibantu oleh tiga orang penolong kanan. Yang manakah BUKAN jawatan penolong kanan

(A)kokurikulum

(B)Hal ehwal murid

(C) Kurikulum dan pentadbiran

(D) Hal ehwal guru dan profesional

16. Jangkaan guru terhadap pentadbir sekolah atau pengurus merangkumi aspek-aspek berikut KECUALI

(A) Pengurusan bersikap adil dan saksama(B) Kepimpinan yang penuh amanah dan berintegriti(C) Memberi laporan penilaian tinggi supaya tidak jejas kenaikan pangkat(D) Menjaga kebajikan guru dengan sikap toleransi, memahami dan penyayang

17. Tujuan utama Latihan Pembangunan Staf (LPS) yang diadakan di sekolah-sekolah adalah untuk

(A)meningkatkan tahap kecekapan dan kompentensi

(B)memberi motivasi supaya guru tidak cepat rasa putus asa

(C)membantu guru lulus dalam peperiksaan yang disyaratkan semasa dalam perkhidmatan

(D)menyediakan guru-guru supaya lebih bersedia untuk menjawat jawatan lebih tinggi dalam perkhidmatan

18. Manakah antara tajuk kajian berikut sesuai untuk dilaksanakan dalam kajian tindakan?

(A) Persepsi guru terhadap perlaksanaan program PPSMI

(B) Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan guru

(C) Penguasaan penggunaan kata nama khas dalam kalangan pelajar Tahun 5

(D) Kesan pemansuhan UPSR sistem peperiksaan dan penilaian di sekolah rendah

19. Pemikiran reflektif melibatkan penyelesaian sesuatu masalah secara berperingkat serta menggunakan pemikiran secara kreatif dan kritis.

Pernyataan yang manakah paling tepat merujuk kepada pemikiran reflektif?

(A)Menggunakan teknik inkuiri

(B)Memperkenalkan masalah secara terbuka

(C)Mencadangkan pelbagai alternatif penyelesaian masalah

(D)Menggunakan kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah

20. Kenyataan di bawah manakah BENAR mengenai Education Resources Information Center

(A)Pelajar Institusi Pengajian Tinggi perlu berdaftar dengan ERIC

(B)Hanya terdapat buku rujukan kertas-kertas seminar dan persidangan

(C)Guru dan murid sahaja boleh buat rujukan di ERIC

(D)Koleksi ERIC boleh didapati dengan percuma

Angka Giliran :______________

BAHAGIAN B40 Markah

Jawab semua soalan

1.Kesantunan ialah perlakuan yang mampu membantu menjalin hubungan baik antara guru dan ahli masyarakat setempat. Apabila guru memahami budaya setempat, mereka akan lebih dihormati masyarakat tempat mereka bertugas dan hal ini memudahkan tugas harian mereka. Kesantunan berbahasa merupakan satu ciri penting dalam corak komunikasi guru.

(a)Antara kesantunan berbahasa yang perlu dihormati setiap guru ialah :.

i._____________________________________________________

_____________________________________________________

ii._____________________________________________________

_____________________________________________________

iii._____________________________________________________

_____________________________________________________

iv._____________________________________________________

_____________________________________________________

v.__________________________________________________________________________________________________________

( 5 markah )

(b)Ikhlas dan jujur adalah antara ciri kesantunan, Huraikan dua lagi ciri kesantunan yang perlu ada pada guru

i.____________________________________________________

____________________________________________________ii. ____________________________________________________

____________________________________________________

( 5 markah )

2. Trotter (1986) mengemukakan Teori Lima Peringkat perkembangan untuk menjadi pakar dalam bidang diceburinya.

Dengan merujuk kepada kerjaya perguruan beri penjelasan ringkas lima peringkat tersebut mengikut urutannya

i. ______________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________

ii. ______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

iii. ______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

iv. ______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

v. ______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

( 10 markah )

3.Setiap guru sekolah rendah perlu memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang luas untuk mendidik selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan pendidikan kini menuntut guru melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang pelbagai.Rumuskan EMPAT daripada peranan dan tanggungjawab guru sekolah.

(i)

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

(ii)

__________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________

(iii)

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

(iv)

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

4.Guru Cemerlang (GC) diperkenalkan bagi pemimpin guru supaya tidak meninggalkan bilik darjah dan tidak kehilangan guru pakar yang dedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka naik pangkat.

Jelaskan dua tanggungjawab guru cemerlang dalam kepemimpinan guru di sekolah

i. ____________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________

ii. ____________________________________________________

____________________________________________________

____________________________________________________

____________________________________________________

( 10 markah )

BAHAGIAN C 40 markah

Jawab dua daripada tiga soalan.

1. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru terhadap profesionalisme keguruan.

Ulaskan bagaimana anda boleh bertanggungjawab ke atas akauntabiliti anda sebagai guru terhadap Etika Profesion Keguruan

(20 markah)

2. Bagi membantu dan memastikan pentadbiran sekolah diurus dengan baik, seorang pengetua mempunyai tiga orang penolong kanan iaitu Penolong Kanan Kurikulum & Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Penolong Kanan Kokurikulum.

Jelaskan fungsi dan tanggungjawab Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

(20 markah)

3. Guru patut amalkan Membaca Jambatan Ilmu supaya boleh menguasai ilmu demi untuk berusaha membina modal insan kelas pertama yang berdaya saing dalam abad ke 21 ini.

Jelaskan panduan-panduan bagaimana anda boleh mengurus masa dan mengamalkan budaya membaca ?

(20 markah)

2