ULASAN BAJET 2018 - Hidup Tuah! | Blog ini merangkumi ... · 11.!Berdasarkan reaksi rakyat yang...

23
1 ULASAN BAJET 2018 (Kalaulah saya diberi peluang setengah jam membahaskannya!) YB TS YDP, 1. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB TS YDP di atas peluang keemasan yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan Bajet ini. Sesungguhnya saya menyanjung tinggi penghormatan yang diberikan kepada saya itu. 2. Seterusnya saya ingin merakamkan tahniah kepada YAB PM merangkap Menteri Kewangan I di atas kecekapan merangka, merumus dan membentangkan Bajet 2018 yang berhemah, pragmatik, realistik, inklusif, mapan dan penuh tanggungjawab itu.Semua lapisan rakyat mendapat faedah; tiada yang tertinggal atau tercicir. 3. Agar berimbang dan adil, pada hemat saya, bajet bernilai RM280 bilion yang bersendikan 8 Pe-Tunjang ini wajarlah dihalusi dan dilihat dari segi (a) pendapatan kerajaan (sumbangan rakyat) berbanding perbelanjaan (kehendak rakyat), (b) suasana ekonomi global (permintaan luar) dan suasana ekonomi dalam negeri (permintaan domestik), (c) pertumbuhan serta agihan, (d) keseimbangan antara kepentingan individu atau kumpulan dan kepentingan negara serta (e) pertumbuhan mapan yang turut mengambil kira tuntutan jangka pendek, sederhana dan panjang. Diharaplah cadangan dan kritikan di kalangan kita biarlah membina dengan mengambil kira tuntutan yang kadangkala berkonflik ini. Marilah kita jauhkan diri dari sifat tikus membaiki labu. 4. Bajet yang sedang kita bahaskan ini umpama jauh panggang dari api apabila kita membandingkan dengan bajet yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang. 5. Bajet mereka sarat dengan janji yang tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab dengan niat untuk mendapat sokongan rakyat melalui kaedah berbohong dan menipu. 6. Berbeza dengan parti mereka, BN adalah sebuah parti yang bertanggungjawab dan berkemampuan. Telah terbukti BN mampu menggalas tugas mentadbir dan menguruskan pembangunan serta kewangan negara dengan cekap dan berkesan sekalipun berdepan dan bergelut dengan pelbagai masalah dan ancaman. 7. Antara masalah dan ancaman yang besar itu ialah serangan kominis dan konfrantasi pada tahun 1960an, Peristiwa berdarah 13 Mei, krisis minyak tahun 1970an, krisis ekonomi

Transcript of ULASAN BAJET 2018 - Hidup Tuah! | Blog ini merangkumi ... · 11.!Berdasarkan reaksi rakyat yang...

1

ULASAN BAJET 2018 (Kalaulah saya diberi peluang setengah jam membahaskannya!)

YB TS YDP, 1.   Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB TS

YDP di atas peluang keemasan yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan Bajet

ini. Sesungguhnya saya menyanjung tinggi penghormatan yang diberikan kepada saya itu.

2.   Seterusnya saya ingin merakamkan tahniah kepada YAB PM merangkap Menteri

Kewangan I di atas kecekapan merangka, merumus dan membentangkan Bajet 2018 yang

berhemah, pragmatik, realistik, inklusif, mapan dan penuh tanggungjawab itu.Semua lapisan

rakyat mendapat faedah; tiada yang tertinggal atau tercicir.

3.   Agar berimbang dan adil, pada hemat saya, bajet bernilai RM280 bilion yang

bersendikan 8 Pe-Tunjang ini wajarlah dihalusi dan dilihat dari segi (a) pendapatan kerajaan

(sumbangan rakyat) berbanding perbelanjaan (kehendak rakyat), (b) suasana ekonomi global

(permintaan luar) dan suasana ekonomi dalam negeri (permintaan domestik), (c)

pertumbuhan serta agihan, (d) keseimbangan antara kepentingan individu atau kumpulan dan

kepentingan negara serta (e) pertumbuhan mapan yang turut mengambil kira tuntutan jangka

pendek, sederhana dan panjang. Diharaplah cadangan dan kritikan di kalangan kita biarlah

membina dengan mengambil kira tuntutan yang kadangkala berkonflik ini. Marilah kita

jauhkan diri dari sifat tikus membaiki labu.

4.   Bajet yang sedang kita bahaskan ini umpama jauh panggang dari api apabila kita

membandingkan dengan bajet yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang.

5.   Bajet mereka sarat dengan janji yang tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab

dengan niat untuk mendapat sokongan rakyat melalui kaedah berbohong dan menipu.

6.   Berbeza dengan parti mereka, BN adalah sebuah parti yang bertanggungjawab dan

berkemampuan. Telah terbukti BN mampu menggalas tugas mentadbir dan menguruskan

pembangunan serta kewangan negara dengan cekap dan berkesan sekalipun berdepan dan

bergelut dengan pelbagai masalah dan ancaman.

7.   Antara masalah dan ancaman yang besar itu ialah serangan kominis dan konfrantasi

pada tahun 1960an, Peristiwa berdarah 13 Mei, krisis minyak tahun 1970an, krisis ekonomi

2

tahun 1980an dan 2015/2016, krisis kewangan 1997/1998 dan 2008/2009, ancaman

ekstrimis serta serangan pengganas Sulu.

8.   Rekod pentadbiran dan pengurusan negara yang cemerlang selama 60 tahun itu telah

diiktiraf oleh badan dunia seperti Bank Dunia dan IMF. Rakyat pula berpuas hati dengan

memberikan kemenangan 13 kali berturut-turut dalam PRU lalu. Ia merupakan referendum

rakyat yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun.

9.   Kami tidak sombong di atas rekod kemenangan tersebut malah bersyukur kepada Allah

swt kerana terus merestui kami menerajui pentadbiran negara ini. Kami tidak bongkak malah

dengan rendah diri berterima kasih kepada rakyat kerana terus memberikan keyakinan dan

kepercayaan kepada kami. Seperti yang telah terbukti, kami sekali lagi berjanji bahawa kami

tidak akan mensia-siakan mandat yang diberikan oleh rakyat itu.

10.   Pada perkiraan saya, rekod 60 tahun menerajui kerajaan secara berterusan merupakan

satu rekod dunia di kalangan negara moden yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Parti-parti politik yang seangkatan dengan kami seperti LDP di Jepun dan Parti Kongres

India telah beberapa kali kalah. Sebagai menghargai keyakinan dan kepercayaan rakyat yang

padu dan jitu itu maka saya mencadangkan agar YBM DS SU BN memulakan proses untuk

memahatkan rekod gemilang ini di dalam Guinness World Records!

YB TS YDP,

2K – Kemakmuran dan Keamanan

11.   Berdasarkan reaksi rakyat yang boleh dibaca dan ditonton melalui pelbagai sumber

media, diperhatikan ramai yang gembira dan mengakui Bajet 2018 yang telah dibentangkan

itu adalah yang terbaik sejak 60 tahun yang lalu. Ianya telah dirangka dan digubal secara

berhemah, pragmatik, realistik, inklusif, mapan dan penuh tanggungjawab itu.

12.   Semua lapisan rakyat, dari dalam kandungan hinggalah ke peringkat warga emas, yang

sihat dan yang sakit, dari petani di Belaga, Sarawak hinggalah ke penghuni flat di

bandaraaya, akan mendapat faedah; tiada yang tertinggal, tercicir atau terpinggir. Di samping

itu, beberapa pembaharuan telah dipekenalkan seperti Bantuan pesawah sebanyak RM200

untuk 3 bulan sementara menuggu padi masak.

3

13.   Oleh kerana keperluan rakyat adalah banyak dan tiada hadnya maka saya turut

merasakan bahawa, walaupun Bajet ini adalah yang terbaik, ianya masih belum cukup lagi

sekalipun YAB DS PM/MKI telahpun menambah RM14.3 bilion atau hampir 7%

berbanding bajet tahun lalu.

14.   Saya perhatikan hampir 100% kenaikan itu pergi ke perbelanjaan mengurus berjumlah

RM234.3 bilion. Yang demikian, peruntukan untuk pembangunan pada tahun ini hampir

sama dengan tahun lepas iaitu RM46 bilion.

15.   Saya sedar bahawa item-item tertentu di bawah Belanja Mengurus mengalami

peningkatan yang mandatori seperi gaji, pencen dan bayaran balik hutang. Justeru ianya tidak

boleh dielakkan; mestilah dibayar.

16.   Namun saya memikirkan bahawa peruntukan untuk pembangunan sebanyak 16.4% itu

adalah agak kecil. Ini bermkana perbelanjaan modal kerajaan untuk membantu membina aset

ekonomi mapan adalah agak terhad. The lion’s share of the allocation (83.6%) is for

consumption expenditure. Lantaran itu saya memohon agar peruntukan ini dapat ditambah

lagi kerana banyak projek yang rakyat perlukan masih belum dapat dilaksanakan kerana

kekurangan peruntukan. Antaranya ialah jalan 4 lorong dari Jasin ke Tangkak.

17.   Sekiranya tidak dapat ditambah maka saya mengharapkan semua pegawai pengawal

dan para pelaksana di semua kementerian dan jabatan kerajaan melaksanakan penambah-

baikan sistem penyampaian perkhidmatan, meningkatkan produktiviti, mengurangkan

pembaziran dan ketirisan, menghayaati value for money dan less for more serta memberi

perhatian kepada konsep marginal utility dan low investment high return. Amalan ini

menjadi lebih kritikal lagi dalam keadaan kita mengalami kekurangan hasil dan aktiviti

ekonomi belum begitu rancak.

18.   Sehubungan itu saya mohon agar dimaklmkan kepada Dewan yang mulia ini sejauh

manakah teguran Ketua Audit Negara tentang pengurusan kewangan yang kurang

memuaskan seperti over pricing, pembaziran, ketirisan, salah guna dana dan sebagainya telah

diselesaikan oleh setiap kementerian dan jabatan yang ditegur itu?

19.   Dalam konteks membahaskan Bajet ini, topik hutang adalah antara topik hangat yang

dibicarakan. Tiba-tiba kita dapati ramai pakar dalam bidang ini. Saya bukan pakar. Itu sebab

4

saya ingin mohon penjelasan dari YB Menteri agar kita boleh mendapat gambaran yang

sebenar dan lengkap.

20.   Terlebih dahulu inginlah saya tegaskan bahawa dalam keadaan kita mengalami

kekurangan hasil dan aktiviti ekonomi pula belum lagi begitu rancak maka berhutang bagi

tujuan yang produktif dan untuk merancakkan semula ekonomi serta mampu pula membayar

balik hutang tersebut adalah selari dengan pendekatan jaguh ekonomi dunia, Lord Keynes.

21.   Namun kalaulah semata-mata melihat peningkatan hutang antara tahun 2008 dan 2017

ianya boleh memercikkan peluh jantan. Pada tahun 2008, misalnya, jumlah hutang Kerajaan

Persekutuan adalah sebanyak RM285.1 bilion. Pada tahun 2017, ianya telah melonjak 140%

kepada RM685.1 bilion.

22.   Dalam tempoh yang sama, nilai ekonomi (GNI) kita telah meningkat 100%; dari

RM700.8 bilion kepada RM1.4 trilion pada harga semasa. Hasil Kerajaan Persekutuan pula

telah menokok 39%; dari RM161.6 bilion kepada RM225.3 bilion dalam tempoh berkenaan.

23.   Mengenai hutang dan hasil kerajaan ini, saya perhatikan bahawa pada tahun 2008,

jumlah hutang hanyalah 1.8 kali ganda lebih besar berbanding hasil kerajaan. Pada tahun

2017, jurang itu telah melebar sebanyak 3 kali ganda! Adakah kerajaan tidak bimbang akan

kedudukan ini? Lantaran itu, mohon dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini jumlah

hutang dan hasil kerajaan Persekutuan sebenar sehingga akhir bulan September lalu.

24.   Dalam konteks hutang, GNI dan hasil kerajaan yang saya sebutkan tadi, apakah (a)

kedudukan hutang kerajaan dari segi saiz relatif kepada GDP, (b) defisit fiskal dan (c)

kemampuan membayar balik hutang dari segi nisbah khdmat bayar balik hutang?

25.   Jika mengambil kira hutang off-budget / contingent liability, bagaimana pulakah

kedudukannya?

26.   Apa yang dibimbangkan oleh pakar yang tumbah umpama cendawan di musim

hujan ini ialah kononnya sesetengah projek mega yang hutangnya dijamin oleh kerajaan itu

tidak self-financing. Jikalah benar, maka kerajaanlah yang akan terbeban menanggungnya.

27.   Contoh yang diberikan ialah MRT. Difahamkan ridershipnya adalah jauh meleset

daripada apa yang telah diunjurkan. Begitu juga dengan ECRL. Mengikut congakan mereka,

5

kerajaan perlu membayar RM15.6 juta sehari atau RM468 juta sebulan dalam tempoh 13

tahun. Ada kemampuankah untuk membayar balik? Menurut mereka, unjuran penumpang

dan kargo adalah over estimated.

YB TS YDP,

2K – Kemakmuran dan Keamanan

28.   Saya ingin kembali kepada rekod kejayaan kerajaan BN yang telah saya sentuh di awal

ucapan saya tadi. Banyak parameters yang boleh digunapakai untuk menunjukkan tahap

kejayaan yang cemerlang yang telah dicapai itu. Saya ketengahkan 2K iaitu Kemakmuran

dan Keamanan untuk merangkumkan keseluruhan kejayaan tersebut kerana inilah dia paksi

kemajuan sesebuah negara.

29.   Diakui bahawa kerajaan BN tidaklah sempurna atau perfect tetapi, berdasarkan a basket

of indicators ini, amatlah jelas bahawa kerajaan BN telah berjaya menyempurnakan 2K itu

dan rakyat telahpun menikmati hasil usaha tersebut. Izinkan saya memberikan beberapa

contoh.

30.   Pertama, Pertumbuhan GDP: Kita semua tahu bahawa pra syarat utama untuk

menggerakkan negara ialah pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi ini pula

bersendikan keamanan. Inilah resipinya.

31.   Kita bersyukur, ekoran dari pelbagai dasar yang digubal dan bermacam program yang

dirangka, Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan 5.7% pada separuh pertama 2017. Di

Asia, kita adalah antara yang tertinggi selepas China yang mencatatkan pertumbuhan

sebanyak 6.9%. Pencapaian di kebanyakan negara lain adalah lebih rendah atau menguncup

pertumbuhannya seperti USA sebanyak 2.3%, Jepun (1.2%), Germany (1.6%) dan

Singapura (2.2%).

32.   Alhamdullillah, Petunjuk Ekonomi Pelopor atau Leading Economic Indicators kita

turut menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia akan terus berkembang hingga awal tahun

depan.

33.   Berkat usaha gigih kita dan disokong pula oleh lanskap ekonomi global yang

memberangsangkan maka, sepertimana yang diunjurkan oleh Bank Dunia dan IMF serta

6

sepertimana yang diumumkan oleh YAB PM Jumaat lalu, ekonomi negara kita diunjurkan

akan berkembang sekitar 5.2% - 5.7% pada harga malar pada tahun ini; jauh lebih tinggi

daripada apa yang telah diunjurkan pada tahun lalu iaitu antara 4.0% – 5.0%.

34.   In syaa Allah, pada tahun hadapan, sekiranya kita semua sepakat, sebahu dan sederap

menumpukan sepenuh perhatian dan mencurahkan segala tenaga yang ada untuk memajukan

negara tercinta ini, maka kita boleh mencapai pertumbuhan yang memberangsangkan,

sepertimana yang telah diunjurkan oleh YAB PM iaitu sekitar 5.0% - 5.5% pada harga

malar.

35.   Pada tahun 2009, nilai KDNK kita pada harga semasa adalah sebanyak RM712.9

bilion. Pada tahun 2016, ia melonjak 14% kepada RM1.23 trillion. Berbanding tahun

2015, ia naik 6.3% dari RM1.16 trilion. Yang wajar kita raikan ialah kenaikan GDP itu lebih

banyak dipacu oleh peningkatkan produktiviti buruh dan bukannya oleh gunatenaga

(employment), menurut kajian MPC. Terbukti kadar pertumbuhan produktiviti buruh telah

melompat hampir tiga kali ganda, dari 1.6% pada tahun 2012 kepada 3.5% pada tahun 2016.

36.   Yang tidak kurang pentingnya untuk saya tegaskan di sini ialah real ecocomy kita

kukuh dan economic fundamentals kita mantap seperti mana yang digambarkan oleh kadar

pertumbuhan produktiviti yang terus berkembang, tahap daya saing yang mengukuh

sepertimana yang dilaporkan oleh World Economic Forum iaitu meningkat dari tangga ke 25

pada tahun 2016 ke tangga 23 pada tahun 2017, keyakinan para pelabur yang jitu sepertimana

yang dapat disaksikan melalui peningkatan 65% kemasukan FDI antara tempoh 2012 – 2016,

Industrial Production Index yang terus meningkat, lebihan kembar dari segi perdagangan

antarabangsa dan akaun semasa, gunatenaga penuh, kadar inflasi yang sederhana dan rizab

antarabangsa terus bertambah dan kini hampir RM430 bilion, seperti pada 13 Oktber 2017.

37.   Justeru tidak hairanlah Leading Indicators yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan

megunjurkan ekonomi kita akan terus berkembang hingga awal tahun depan dan keyakinan

perniagaan dalam tempoh suku ke-3 2017 yang masih kukuh, sepeertimana yang dilaporkan

oleh MIER (SENTIMENTS EASE BUT STILL STEADY). Lanskap ekonomi dan kewangan

yang kukuh ini disahkan oleh ketiga-tiga Rating Agencies Antarabangsa iaitu S&P (A-

stable), Moody’s (A3 stable) dan Fitch (A- stable).

38.   Khusus mengenai perdagangan antarabangsa, untuk makluman Dewan yang mulia ini,

kita telah berjaya merekodkan lebihan dagangan selama 238 bulan berturut-turut, dari bulan

7

November 1997 hingga bulan August 2017. Saya juga yakin bahawa kita akan mencatatkan

lebihan dagangan sekali lagi pada bulan September lepas. Sudah tentu ini adalah satu rekod

dunia yang gemilang. Adakah Tok Pa bercadang untuk mengusahakan proses menukilkan

rekod gemilang ini di dalam Guinness World Records?

39.   Dalam pada itu, saya ingin menarik perhatian kepada sasaran nilai GDP kita di bawah

RMK11 sebanyak RM1.76 trilion pada harga semasa menjelang tahun 2020. Untuk

mencapai nilai tersebut pada tahun berkenaan, dianggarkan ekonomi kita memerlukan

pertumbuhan CAGR atau Compounded Average Growth Rate pada harga semasa sebanyak

9.2% setahun. Memandangkan pertumbuhan GDP pada tahun 2016 adalah lebih rendah dari

tahun ini iaitu 6.3% pada harga semasa dan pertumbuhan pada tahun depan diunjurkan lebih

rendah pula berbanding tahun ini maka saya ingin bertanya YB Menteri mampukah kita

mencapai nilai GDP tersebut pada tahun 2020 nanti?

40.   Seterusnya saya ingin menarik perhatian YB Menteri bahawa GNI Per Kapita kita

pada tahun ini dianggarkan RM40,713 pada harga semasa; meningkat sebanyak RM2,922.

Pada tahun hadapan, GNI Per Kapita ini diunjurkan menokok RM2,064 lagi kepada

RM42,777. Sasaran GNI Per Kapita yang hendak kita capai menjelang 2020 ialah

USD15,000 atau RM63,000, berdasarkan nilai tukaran asing USD1 bersamaan RM4.20.

USD15,000 ini adalah penanda aras atau benchmark bagi negara berpendapatan tinggi,

sepertimana yang ditetapkan oleh World Bank/IMF.

41.   Ini bermakna kita memerlukan lagi tambahan sebanyak RM22,287 seorang dalam

masa 3 tahun akan datang atau tambahan purata sebanyak RM7,429 setahun untuk mencapai

sasaran GNI Per Kapita RM63,000 pada tahun 2020. Jika Plan A gagal mencapainya, apakah

Plan B yang telah disediakan untuk mencapai sasaran tersebut? RMK11 saya istilahkan

sebagai Plan A.

42.   Untuk memastikan bahawa kemakmuraan ini dinikmati secara inklusif oleh semua

kaum, selaras dengan Pe-Tunjang ke 4 maka yang lebih penting lagi ialah berapakah GNI

Per Kapita mengikut kaum pada masa kini dan pada tahun 2020 nanti?

43.   Dalam pada itu, kerajaan amatlah sedar bahawa, untuk mencapai taraf negara

berpendapatan tinggi, kita tidak boleh lagi bergantung semata-mata kepada the old economy.

Kita perlulah bersiap-siaga untuk berhijrah ke new economy. Jika kita tidak bersedia, kita

8

akan dipukul ombak dan badai ekonomi baru yang dipanggil industrial revolution (IR) 4.0

yang dipacu oleh digital economy! Ianya sudahpun sampai ke pantai kita.

44.   Mendakap atau embracing digital economy ini telahpun disarankan oleh YAB PM

dalam ucapan pembentangan Bajet 2017 pada tahun lalu dan kini dipahatkan dalam Pe-

Tunjang ke 6 dalam Bajet tahun ini. Saranan tersebut telahpun disusuli dengan berbagai-

bagai tindakan, termasuklah inisiatif menubuhkan Digital Free Trade Zone (DFTZ) yang

pertama di dunia di luar China. DFTZ ini digerakkan oleh MTRADE, MDEC dan SMECorp

dengan kerjasama dan sokongan syarikat ternama dalam E-commerce, Alibaba.

45.   Walau bagaimanapun, naratif digital econmy Malaysia bukanlah semalam baru

bermula. Pada tahun 2010, sumbangan digital economy ini kepada GDP negara, dengan

menggunapakai teknologi maklumat & komunikasi (TMK) sebagai proksi kayu pengukurnya,

sudahpun di tahap 16.5%. Pada tahun 2016, sumbangan tersebut telah menokok kepada

18.2% atau bersamaan RM224 bilion. Jumlah pekerja yang terlibat adalah seramai 1.07 juta

orang.

46.   Dalam usaha kita hendak mendakap atau embracing IR4.0 ini, saya mohon izin untuk

mendapatkan penjelasan mengenai 3 isu asas yang wajar ditangani terlebih dahulu agar

transformasi ekonomi kita tidak mengalami hiccups.

47.   Pertama, adakah kita sudah bersedia to leapfrog dari ekonomi berasaskan pembuatan

atau tahap sekunder yang belum kukuh dan ekonomi berasaskan perkhidmatan atau tahap

tertiari yang belum meluas dan mantap terus ke tahap IR 4.0 atau tahap quaternary yang

banyak bergantung kepada internet of things (IOT)?

48.   Adalah benar bahawa struktur ekonomi kita telah banyak berubah, dari berasaskan

pertanian dan perlombongan kepada pembuatan dan kini lebih kepada perkhidmatan yakni

berganjak ke arah cirri-ciri atau characteristics ekonomi negara maju. Sebagai contoh, pada

tahun 1970, sumbangan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan kepada GDP adalah

masing-masing sebanyak 24.2%, 19.0% dan 43.1%.

49.   Pada tahun 1983, sumbangan 3 sektor tersebut tidak banyak berubah; masing-masing

sebanyak 18.1%, 18.4% dan 38.6%. Pada tahun 2000, kita dapat menyaksikan perubahan

struktur ekonomi yang ketara. Sumbangan 3 sektor tersebut telah bertukar masing-masing

9

kepada 8.4%, 29.7% dan 43.2%. Kita dapat menyaksikan Malaysia bertukar menjadi sebuah

negara perinduatrian.

50.   Di era Pak Lah yang mengutamakan sektor pertanian maka, pada tahun 2010, kita

dapat melihat sumbangan sektor tersebut kepada GDP meningkat semula iaitu sebanyak

9.4% manakala sumbangan sektor pembuatan menurun kepada 24.1%. Walau

bagaimanapun, sumbangan sektor perkhidmatan terus mengukuh kepada 49.5%.

51.   Di era YAB DSN, pada tahun 2016, sumbangan sektor pertanian hanya tinggal 8.1%,

pembuatan menurun kepada 23.0% manakala sumbangan sektor perkhidmatan pula

melompat kepada 54.3%. Namun pemacu utama ekonomi kita masih lagi low wage labour

intensive industries di ketiga-tiga sektor berkenaan.

52.   Justeru apakah yang patut kita lakukan untuk mempastikan struktur ekonomi kita

kukuh serta bersedia menyokong dan mendakap IR4.0 ini? Yang demikian IR 4.0 tidak

mengalami apa-apa hiccups.

53.   Kedua, untuk menyertai IR 4.0 ini dan seterusnya berjaya, adakah kita bersedia

mengikut nasihat Peter Drucker, The Management Guru? Apakah nasihat tersebut? Nasihat

beliau ialah menyatukan attributes kepimpinan dan pengurusan serta mengadunkan efficiency

dengan effectiveness iaitu By doing the right thing right; bukan semata-mata doing the right

thing atau doing things right.

54.   Justeru untuk berjaya dan agar tidak silap, adakah kita sudah mempunyai pelan induk

dan garis panduan untuk dijadikan pedoman di perigkat pusat, negeri dan PBT serta pelan

rujukan oleh pihak swasta dan masyarakat madani agar kita boleh embrace IR 4.0 ini secara

sehala, sederap, senada dan seirama? Jika sudah ada, mohon dikongsikan agar kami boleh

faham dan seterusnya membantu kerajaan dalam mendapatkan buy-in rakyat. Kemuncak

kejayaan usaha ini ialah penyertaan rakyat dan merekalah yang patut turut mendapat

faedahnya; bukan semata-mata sebagai consumers tetapi juga sebagai producers.

55.   Ketiga, sudahkah kita bersedia mendepani potensi outcome dan impak IR 4.0 yang

amat drastik ke atas kehidupan kita? Sepertimana yang diingatkan oleh Klau Schwab,

Founder / Executive Chairman, World Economic Forum, “The Fourth Industrial Revolution

will affect the very essence of our human experience”.

10

56.   Saya membayangkan, antara lain, struktur ekonomi dan pasaran buruh kita akan

berubah dengan ketara. Misalnya, industri pendidikan akan kurang memerlukan guru atau

pensyarah kerana pelajar boleh belajar secara online dan self tutorial.

57.   Penggunaan AI atau Artificial Intelligence akan menyebabkan ramai profesional

seperti doktor, ahli farmasis, peguam dan akauntan kehilangan pekerjaan.

58.   Industri automobil akan mengeluarkan driverless cars, pemandu teksi tidak

diperlukan dan pemilikan kereta sendiri akan berkurangan.

59.   Pejabat akan berkurangan kerana lebih ramai orang akan work from home atau

menggunakan virtual office. Perniagaan akan lebih banyak diurus melalui e-commerce

berbanding physical market seperti sekarang. Di bidang pertanian, kita akan lebih banyak

menggunakan GMO (Genetically Modified Organism) dan akan berganjak dari horizonatl

farming ke vertical farming.

60.   Oleh itu, adakah semua rakyat Malaysia, khasnya penjawat awam dan warga

pendidik, sudah bersedia, terutamanya dari segi sikap, kemahiran dan pengetahuan serta daya

kreativiti dan inovasi, menyambut cabaran lanskap baru itu dengan merancang struktur

ekonomi yang baru serta pembangunan modal insan dan pembelajaran yang teratur,

sistematik dan holistik, selaras dengan pelan induk dan garis panduan berkenaan, agar dapat

memenuhi tuntutan digital economy ini?

61.   Kita tidak boleh gagal merancang dan sama sekali tidak boleh merancang untuk

gagal! Justeru tanggungjawab penggubal dasar dan pelaksana dasar amatlah berat dan besar

sekali.

62.   Pemerhatian saya mendapati sikap, pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan

penjawat awam masih perlu diubah dan ditingkatkan lagi. Masih banyak proses kerja dibuat

secara manual dan menggunapakai flat file. Saya gembira kalau saya salah dalam

pemerhatian ini.

63.   Sebelum kawan-kawan bangkit bertanya, sukalah saya tegaskan bahawa saya sedar

pertumbuhan ekonomi is not everything. It is not the panacea, dengan izin. Justeru marilah

kita melihat parameters atau indicators yang yang lain pula.

11

YB TS YDP. Kadar Pengangguran 64.   Kali ini saya ingin menyentuh pula parameter kedua yang berkaitan dengan aspek

ekonomi rakyat iaitu Kadar Pengangguran. Saya sedar sebahagian rakyat kita merintih

kerana kesukaran mendapat kerja. Diakui kadar pengangguran telah meningkat dari 3.0%

pada tahun 2012 kepada 3.4% pada tahun lepas. Walau bagaimanapun, pada tahun ini,

kerajaan telah berjaya to stabalize it sekitar 3.4% dan 3.5%. manakala banyak negara sedang

bergelut dengan masalah pengangguran yang tinggi seperti USA (4.4%), Indonesia (5.4%),

Australia (5.6%), Filipina (6.0%), India (8.8%).

65.   Untuk makluman semua ahli YB, menurut ILO, dari sudut perangkaan, sesebuah

negara dianggap menikmati full employment atau gunatenaga penuh jika kadar

penganggurannya di bawah 4%. Berdasarkan konsep ini, Malaysia telah menikmati guna

tenaga penhuh selama 21 tahun berturut-turut iaitu dari tahun 1995 hinggalah tahun 2016. In

syaa Allah, pada tahun ini, kita akan terus mengekalkan rekod gemilang tersebut.

66.   Sekali lagi saya menjangkakan ini adalah satu rekod dunia. Jika ianya benar, maka

saya mengesyorkan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) agar menggerakkan proses

supaya pencapaian cemerlang ini diiktiraf oleh dunia dengan memasukkannya dalam

Guinness World Records!

67.   Sebelum pihak sebelah sana menimbulkan isu ini hingga busut boleh menjadi

gunung, biarlah saya akui terlebih dahulu bahawa bilangan penganggur memanglah telah

meningkat; naik dari 401,200 orang pada tahun 2012 kepada 519,000 orang pada bulan Julai

2017. Disedari juga bahawa kadar pengangguran di kalangan belia (20 – 24 tahun) dan

berpendidikan tertiari adalah lebih tinggi berbanding dengan purata nasional iaitu masing-

masing pada kadar 9.1% dan 4.2%, menurut Penyiasatan Tenaga Buruh oleh Jabatan

Perangkaan Malaysia.

68.   Dari segi pilihanraya, 519,000 penganggur itu boleh bersamaan 1.6 juta pengundi

yang berkaitan atau 11% daripada jumlah pengundi seramai 14.6 juta orang. Soalan saya

ialah apakah perancangan dan tindakan kerajaan untuk membantu setengah juta penganggur

ini sebelum PRU 14 diadakan?

12

69.   Diakui gaji dan upah merupakan antara isu besar dalam industrial relations. Apatah

pula, hampir tiga suku daripada 14.2 juta penduduk yang bekerja adalah pekerja makan

gaji! Alhamdullilah kita telah mencatatkan sejarah apabila pihak majikan telah bersetuju

dengan prinsip Gaji Minima. Pelaksanaan Gaji Minima ini bukan sahaja telah memperbaiki

pendapatan para pekerja bawahan malahan limpahan ini turut dinikmati oleh para pekerja

yang lain juga.

70.   Salah satu contoh outcomenya ialah gaji penengah atau median wage, menurut

Laporan Penyiasatan Gaji & Upah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia,

telah turut meningkat; dari RM1,500 sebulan pada tahun 2014 kepada RM1,700 sebulan

pada tahun 2016 atau kenaikan purata kasar 6.7% setahun. Kenaikan tersebut adalah lebih

tinggi dari kenaikan inflasi sebanyak 2.1% dalam tempoh yang sama, menurut Jabatan yang

sama. Ini bermakna real wages menokok. Pencapain ini adalah signifikan!

71.   Namun RM1,700 sebulan itu hanyalah kira-kira separuh dari pendapatan penengah

(medium income) kasar isi rumah bulanan B40 sebanyak RM3,000 sebulan. Menurut

PEMANDU pula, pada tahun 2020, masih terdapat 2.3 juta pekerja yang bergaji bawah

RM1,000 sebulan dan 4.7 juta lagi bergaji antara RM1,000 ke RM2,000 sebulan. Sudah

tentulah 7 juta pekerja ini tergulung di bawah B40! Adakah kerajaan berpuas hati dengan

pencapaian ini nanti?

72.   Mengambil kira hampir tiga suku daripada 14.2 juta penduduk yang bekerja itu

adalah pekerja makan gaji dan 63% daripada punca pendapatan isi rumah adalah dari

pekerjaan bergaji atau paid employment maka usaha-usaha untuk menambah pendapatan isi

rumah wajarlah mengutamakan kumpulan ini. Justeru apakah inisiatif yang diambil untuk

meningkatkan gaji dan upah mereka agar (a) visi negara berpendapatan tinggi dan (b)

komitmen dalam RMK11 untuk meningkatkan sumbangan gaji dan upah kepada GNI dari

35% kepada 40% boleh dicapai pada tahun 2020 nanti?

73.   Saya bimbang kerana peningkatan sumbangan gaji dan upah kepada GNI itu

sangatlah pelahan iaitu hanyalah 0.4% antara 2015 dan 2016.

74.   Satu lagi isu yang menghantui pasaran buruh kita ialah kebanjiran pekerja asing.

Menurut Penyiasatan Tenaga Buruh, terdapat seramai 2.3 juta pekerja asing pada tahun

2016. Ada pihak yang menyebut setinggi 6 juta orang, termasuk PATI. Jika benar 6 juta

orang maka mereka sudah merupakan 42% dari jumlah pekerja. Sudah terlalu ramai. Kita

13

sudah hampir sama seperti negara Timur Tengah. Lantaran itu, saya mohon kepada Menteri

yang berkenaan agar memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bilangan sebenar dan

terkini buruh asing, termasuklah PATI.

75.   Diakui bahawa mereka telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia.

Namun kita tidaklah boleh bergantung secara infiniti ke atas mereka. Pada hemat saya,

pergantungan ke atas buruh asing lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Dari

segi socio-security, kehadiran mereka yang ramai boleh merobek social fabric, merosakkan

tahap kesihatan kita, menambah bebanan ke atas prasarana persekolahan dan kesihatan serta

mengancam keselamatan dan keamanan.

76.   Dari segi ekonomi pula, kehadiran mereka itu akan melambatkan lagi proses

transformasi ekonomi serta menekan pula kenaikan gaji (suppress the wage increase). Yang

demikian akan melambatkan lagi pencapaian tahap ekonomi berpendapatan tinggi.

77.   Dalam pada itu, pihak industri terus menjeritkan keperluan terhadap buruh asing.

Justeru apakah usaha kerajaan untuk menunaikan komitmennya RMK11 untuk menurunkan

kadar pergantungan ke atas buruh asing tidak lebih 15% dari keperluan industri (m/s 5-21,

RMK11)? Kerajaan sendiri hendaklah tegas dalam melaksanakan dasar dan keputusan ini.

78.   Selanjutnya di sektor swasta, kita sering mendengar amalan diskriminasi ke atas

pekerja agak berleluasa. The discrimination is disguised in many forms, dengan izin. Banyak

kajian telah dibuat tentang the prevalence of discrimination ini. Antara kajian tersebut ialah

Lee, Hwok-Aun and Muhammed Abdul Khalid (2016). Discrimination of high degrees:

Race and graduate hiring in Malaysia, Journal of the Asia Pacific Economy (1): 53-76.

79.   Antara penemuan yang diperolehi ialah diskriminasi bermula dari peringkat iklan,

temuduga hnggalah ke peringkat penetapan gaji permulaan, kenaikan gaji dan kenaikan

pangkat. Sebagai contoh, lebih ramai graduan Bumiputera (49%) menerima gaji permulaan

yang lebih rendah (RM1,500 dan ke bawah) berbanding India (41%) dan Cina (33%).

80.   Untuk menangani isu diskriminasi tersebut secara tuntas dan menyeluruh maka saya

syorkan di Dewan yang mulia ini agar dipertimbangkan Fair Employment Act. Akta ini,

antara lain, hendaklah memperuntukkan penalti ke atas majikan yang melakukan diskriminasi

negatif berasaskan jantina, kaum, agama, bahasa dan seumpamanya.

14

81.   Pendek kata, adakah KSM memantau dan mengkaji isu pasaran buruh yang sarat

dengan masalah ini? Ia merangkumi, antara lain, struktur ekonomi, mismatch supply and

demand, the multi-faceted nature of unemployment seperti underemployment, hidden

unemployment, disguised unemployment, buruh asing, diskriminasi, isu gaji dan upah dan

lain-lain lagi? Jika tidak dibuat maka you are not doing your job. Jika ada, then you have

failed to solve the problems!

YB TS YDP, Kemiskinan dan jurang pendapatan 82.   Sekarang saya ingin beralih pula kepada satu lagi parameter ekonomi rakyat iaitu

kemiskinan dan jurang pendapatan. Sepertimana yang semua ketahui bahawa membasmi

kemiskinan adalah salah satu dari strategi serampang dua mata di bawah Dasar Ekonomi

Baru (DEB).

83.   Berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah 2016 yang diumumkan

baru-baru ini, kadar kemiskinan mutlak telah dapat dikurangkan lagi kepada 0.36%

berbanding 0.64% pada tahun 2014. Kadar kemiskinan hampir sifar itu sudahlah tentu layak

mendapat penghargaan dari semua ahli Dewan yang mulia ini kerana Bank Dunia sendiri

telah lama mengikiraf kejayaan gemilang kerajaan BN ini. Kerajaan telah berjaya

menurunkan kadar kemiskinan setinggi 49.3% pada tahun 1970 kepada hampir sifar pada

tahun 2016!

84.   Jika kejayaan gemilang ini merupakan satu rekod dunia maka saya mencadangkan

kepada EPU supaya memulakan proses untuk dimasukkan dalam Guinness World Records!

85.   Kadar kemiskinan bagi 3 kaum utama juga telah berjaya dihapuskan hingga hampir

sifar; Bumiputera sebanyak 0.48%, Cina = 0.06% dan India = 0.11%. Begitu jugalah kadar

kemiskinan bandar dan luar bandar; kadar kemisknan masing-masing telah menurun kepada

0.17% dan 1.04% sedangkan banyak negara lain bukan sahaja bergelut dengan kemiskinan

malah masih terus dicengkam kemiskinan tegar.

86.   Walaupun kadar kemiskinan itu kini rendah, namun eloklah juga diberikan perhatian

serta diambil tindakan yang sesuai atas semangat inklusif bahawa kadar kemiskinan kaum

Bumiputera adalah 8 kali ganda lebih tinggi dari kemiskinan kaum Cina dan kadar

kemiskinan luar bandar pula adalah 6 kali ganda lebih tinggi dari kemiskinan bandar!

15

87.   Menurut Laporan The Global Monitoring Report 2014/2015: Ending Poverty and

Sharing Prosperity yang ditulis oleh Bank Dunia dan IMF, pada tahun 2015, dianggarkan

bilangan orang miskin tegar (extreme poverty) di seluruh dunia iaitu hidup dengan kurang

USD1.25 sen sehari adalah seramai 835.5 juta orang. Kira-kira 60% daripada mereka itu

tinggal di 5 buah negara iaitu di Bangladesh, China, Congo, India dan Nigeria. Terdapat

26 buah negara daripada 86 buah negara yang dikaji di mana kadar kemiskinan mereka ialah

40% dan lebih. Tahap kemiskinan negara-negara tersebut hampir sama dengan tahap

kemiskinan kita ketika 46 tahun lalu. Yang demikian wajarlah kita bersyukur dan berbangga.

88.   Kejayaan pembasmian kemiskinan ini mampu dicapai melalui aktiviti ekonomi yang

cergas dan sekali gus telah berjaya menjana banyak peluang pekerjaan dan perniagaan yang

meningkaktkan pula pendapatan. Buktinya nilai GDP Malaysia telah berjaya dilonjakkan

21,900% dari RM5.1 bilion pada tahun 1957 kepada RM1.1 trilion (harga malar) pada

tahun 2016. Seterusnya pendapatan per kapita pula telah melompat 4,531% dari RM816

kepada RM37,791 dalam tempoh yang sama.

89.   Pendapatan isi rumah turut melonjak ekoran dari aktiviti ekonomi yang rancak itu.

Sebagai contoh, purata pendapatan kasar isi rumah bulanan pada tahun 1970 hanyalah

sebanyak RM264. Tetapi pada tahun 2016, ianya adalah sebanyak RM6,958 sebulan;

melonjak 2,536%!

90.   Purata pendapatan kasar isi rumah bulanan semua kaum juga menokok dalam tempoh

tersebut. Bagi isi rumah Bumiputera, purata pendapatan kasar mereka telah menokok dari

RM172 sebulan kepada RM6,267 sebulan manakala pendapatan kaum Cina telah melonjak

dari RM394 sebulan ke RM8,759 sebulan dan pendapatan kaum India pula melompat dari

RM304 sebulan ke RM7,130 sebulan.

91.   Lantaran itu, tidak hairanlah, pada tahun 2016, Malaysia berada di kedudukan yang

lebih baik berdasarkan World Hapiness Index dan Legatum Prosperity Index iaitu masing-

masing di tangga ke 42 dan 38.

92.   Di samping meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan, kerajaan BN juga

berjaya menangani intra jurang pendapatan. Berdasarkan ukuran Gini Coefficient, jurang

telah dapat dirapatkan dalam tempoh 1970 – 2016 iaitu dari 0.513 atau 51.3% kepada 0.399

16

atau 39.9%. Sepertimana semua YB maklum, menurut ukuran Gini Coefficient, 0 is perfect

equality while 1 is perfect inequality, dengan izin.

93.   Dalam pada itu, izinkan saya menarik perhatian kerajaan kepada 2 isu utama yang

perlu ditangani segera. Pertama ialah mengenai kemiskinan relatif atau relative poverty dan

kedua ialah mengenai jurang mutlak pendapatan antara kumpulan atau absolute inter-group

inequalities.

94.   Pada hemat saya, setelah kita berjaya menangani kemiskinan mutlak hingga hampir

sifar maka sudah sampai masanya kita memberi perhatian pula kepada usaha untuk

membetulkan kemiskinan relatif.

95.   Data Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah bagi tahun 2014 dan 2016 menunjukkan

kemiskinan relatif ini masih tinggi; malah ianya terus meningkat. Pada tahun 2014, kadarnya

di peringkat nasional ialah 15% dan meningkat kepada 16% pada tahun 2016. Di 7 buah

negeri, kadarnya 20% dan lebih. Paling tinggi ialah Kelantan: 38%!

96.   Isu kemiskinan relatif tersebut berkait rapat dengan jurang mutlak antara kumpulan

yang melebar iaitu jurang antara kaum, antara bandar dan luar bandar, antara B40 dan T20

dan sebagainya. Sebagai contoh, pada tahun 1970, jurang mutlak purata pendapatan kasar

bulanan isi rumah kaum Bumiputera berbanding pendapatan kaum Cina.ialah RM222; pada

tahun 2016, jurang ini telah melebar kepada RM2,492; lebih 11 kali ganda lebaranya!

97.   Sebab utama senario ini berlaku ialah kerana pendapatan kumpulan bawahan B40

yang mana kira-kira 75% adalah terdiri kaum Bumiputera tidak meningkat sepantas

kumpulan atasan T20. Outcomenya ialah syer pendapatan B40 menurun dari 16.8% pada

tahun 2014 kepada 16.4% pada tahun 2016 manakala syer pendapatan T20 pula meningkat

dari 46.1% kepada 46.2% dalam tempoh yang sama.

98.   Jika kita meneliti pula pemilikan aset bukan kewangan, jurang antara kaum adalah

lebih besar lagi dan terus melebar. Contohnya, pemilikan terraced factories / warehouses

oleh Bumiputera merosot dari 45% kepada 35.1%, commercial buildings mengecil dari

5.8% kepada 5.4% dan industrial complexes menyusut dari 3.1% kepada 0.2%.

99.   Tahap kemiskinan dan jurang kekayaan ini digambarkan dengan lebih jelas lagi dalam

buku The Colur of Inequality: ethnicity, class, income and wealth in Malaysia yang ditulis

17

oleh Dr Muhammad Abdul Khalid. Antara penemuan beliau yang wajar kita depani selaras

dengan semangat keterangkuman dan slogan Rakyat Didahulukan ialah:

•   Lebih 50% rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa aset kewangan

•   Golongan 10% terkaya mengawal 77% aset kewangan negara

•   80% rakyat berpendapatan rendah hanya memiliki 5.5% aset kewangan

negara

•   Lebih 70% rakyat Malaaysia yang tidak mempunyai aset kewangan negara itu

adalah Bumiputera

•   Lebih 55% Bumiputera tidak mempunyai ASB

•   Lebih 70% Bumiputera yang memiliki ASB hanya mempunyai simpanan

purata RM554 seorang

100.   Untuk menangani masalah ini dengan berkesan, izinkan saya mencadangkan agar

kerajaan melakukan anjakan paradigma dari segi dasar dan program iaitu mengubah fokus

membasmi kemiskinan mutlak yang telah berjaya itu kepada fokus berkongsi kemakmuran

(sharing prosperity) sebagaimana yang disarankan oleh World Bank/IMF.

101.   Pra syarat menjayakan strategi baru ini, menurut institusi tersebut, ialah pertumbuhan

yang lebih inklusif dan mapan. Menurut Setiausaha Agong PBB, Mr Ban Ki-moon,

pertumbuhan ini pula memerlukan 3 elemen penting.

“...three elements are needed to make growth more inclusive and sustainable:

investment in human capital that favors the poor, the best use of safety nets, and

steps to ensure the environmental sustainability of economic growth. These three

elements are imperative to all countries’ development strategies, and are also

fundamental to global efforts to achieve the twin goals of Ending Poverty and

Sharing Prosperity.”

102.   Oleh kerana masa mencemburui kita, maka saya sarankan pihak-pihak yang

berkenaan seperti EPU, ICU dan SERI membuat kajian yang lebih mendalam lagi dengan

tujuan untuk melaksanakannya. Laporan The Global Monitoring Report 2014/2015: Ending

Poverty and Sharing Prosperity bolehlah dijadikan salah satu bahan rujukan. Jika tidak

setuju dengan syor saya ini, mohon berikan alternatif yang lebih baik.

18

103.   Saya yakin terhadap syor tersebut kerana, pada hemat saya, pelaksanaan perkongsian

kemakuran ini adalah selaras dengan semangat yang terkandung dalam ucapan YAB PM

yang telah beliau lafazkan pada 30 Mac 2010 semasa melancarkan Model Baru Ekonomi

(MBE):

“A fair distribution must encompass the whole spectrum of measuring wealth such

as equity ownership, other financial and non-financial assets, and access to wealth

creating opportunities such as long term concessions and contracts. Even in

measuring ownership, it should go beyond equity to include other properties, such

as retail, landed properties, comercial buildings, intelectual property and other

services as well as managerial positions”

104.   Sesungguhnya saya amat yakin bahawa apa yang yang disarankan oleh YAB PM dan

apa yang diketengahkan oleh World Bank untuk membantu golongan terpinggir itu bukanlah

menjurus pendekatan ala Robin Hood. Dan janganlah pula tuduh saya bersifat rasis. Niat

ikhlas saya adalah terkandung dan tersurat dalm pantun ini:

Kita tak hendak ke seberang

Kita hanya hendak ke kota

Kita tak hendak hak orang

Kita hanya hendak hak kita.

105.   Perlulah diingat bahawa golongan yang terpinggir ini adalah dari kalangan majoriti

dan minoriti. Justeru sementara kita masih mempunyai masa untuk mendepani PRU14 maka

wajarlah kita menyegerakan tindakan mitigasi dan berkongsi kemakmuran ini kerana

sesunguhnya ingatan YAB PM pada 11 November 2013 boleh memercikkan peluh dingin:

“This is not simply a matter of economic justice; it is also of national stability.

Poverty and inequality have a destabilising and corrosive effect on societies. Why

should law and order mean anything to people who hardly benefit from them? Why

should the marginalised support a political system if it only widens the gap between

the rich and the poor?”

19

YB TS YDP, SDG 106.   Semasa saya menyarankan perkongsian kemakmuran atau sharing prosperity sebentar

tadi saya ada menyentuh pertumbuhan mapan atau sustainable growth. Sehubungan itu, wajar

sekali kita melihat gambaran yang lebih luas lagi atau the bigger picture iaitu Sustainable

Development Goals (SDG) yang dilancarkan oleh PBB.

107.   Mengikut pemerhatian saya, tidak ramai yang tahu insiatif murni ini sekalipun ianya

telah dilancarkan pada tahun 2016, selari dengan RMK 11. Justeru eloklah ianya diwar-

warkan dengan lebih agresif dan ekstensif lagi agar lebih ramai rakyat tahu, lebih ramai

menyertainya lalu berlakulah buy-in process. Sehubungan itu, pada hemat saya, sangatlah

sesuai ianya turut dimasukkan dalam bajet ini.

108.   Saya mengharapkan kita akan berjaya dalam mencapai SDG’s 17 goalss and 169

targets menjelang 2030 sebagaimana kita berjaya mencapai 8 goals Millennium

Development Goals (MDGs) pada tahun 2015 lalu.

109.   Saya difahamkan, menurut UN Secretary-General Ban Ki-moon, “The seventeen

Sustainable Development Goals (SDGs) and 169 targets are our shared vision of humanity

and a social contract between the world’s leaders and the people. They are a to-do list for

people and planet, and a blueprint for success to wipe out poverty, fight inequality and

tackle climate change over the next 15 years.” Sungguh mengkagumkan!

110.   Di sini, izinkanlah saya bertanya apakah Roadmap, dimensi serta fokus dan status

SDG di negara kita pada masa ini? Siapakah stakeholdersnya? Saya tidak nampak aktiviti

berkaitan dengannya di Parlimen saya.

YB TS YDP,

Kos Sara Hidup

111.   Di awal ucapan saya tadi saya ada menyentuh isu inflasi atau kos sara hidup. Izinkan

saya kali ini menyentuh isu ekonomi rakyat yang sama itu sedikit detel lagi.

112.   Sesungguhnya kerajaan sedar dan prihatin terhadap keperitan dan kegelisahan rakyat

dalam keadaan separuh rakyat berpendapatan RM5,228 sebulan dan kurang, separuh dari

20

kumpulan B40 berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah manakala pendapatan isi

rumah miskin pula hanyalah RM960 sebulan dan kurang serta separuh pekerja memiliki gaji

RM1,700 sebulan dan kurang sedangakan kos sara hidup terus meningkat.

113.   Proksi peningkatan kos sara hidup ini boleh dilihat dari kenaikan kadar inflasi. Pada

tahun 2015 dan 2016, misalnya, kadar inflasi kita hanyalah 2.1%. Pada bulan September

2015, kadar ini telah melompat hampir 2 kali ganda kepada 4.3%! Sebenarnya pada awal

tahun ini, Bank Negara telahpun mengunjurkan bahawa kadar inflasi akan meningkat pada

tahun ini. Justeru apakah langakah-langkah mitigasi dan preventif yang telah diusahakan?

114.   Diakui bahawa DNA inflasi adalah kompleks dan dihantui pula oleh retorik,

kebimbangan dan salah faham serta metos kononnya inflasi memang tidak baik. Kerana

kesuntukan masa, izinkan saya menerangkan secara ringkas dari sudut educational mengenai

inflasi ini. Eloklah ditegaskan lebih awal bahawa pergerakan harga atau price movement ini

ibarat kolestoral; ada good cholestoral dan ada bad cholestoral. Begitu juga dengan

pergerakan harga. Ada baik dan ada buruknya.

115.   Pada asasnya pergerakan harga terbahagi kepada 2 iaitu deflasi atau deflation dan

inflasi atau inflation. Deflation ialah a general decline of price sepertimana yang dialami

oleh Jepun bertahun-tahun. Manakala inflation ialah a general increase of price. Inflation

pula bermacam-macam tahap iaitu zero, low, moderate, high dan hyper inflation. Juga

terdapat disflation dan stagflation.

116.   Punca inflasi adalah pelbagai sebab. Pada asasnya ia adalah kerana cost push atau

demand pull yang berkait rapat pula dengan supply and demand. Dari sudut supply ianya

mungkin kerana kekurangan bekalan yang disebabkan oleh faktor cuaca, sorokan,

penyeludupan keluar, mogok dan lain-lain lagi.

117.   Dari sudut demand pull pula ianya mungkin kerana pertambahan penduduk, kuasa

beli yang meningkat, perubahan gaya hidup dan sebagainya.

118.   Inflasi juga boleh disebabkan oleh harga barangan import yang meningkaat atau

imported inflation dan boleh juga didorong oleh kadar pertukaran nilai wang.

21

119.   Moral cerita ialah janganlah kita pantas menyalahkan kerajaan sebelum meneliti isu

dan punca sebenar. Namun kerajaan dituntut agar sentiasa berusaha menangani isu ini supaya

rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

120.   Di kalangan semua jenis pergerakan harga ini, yang sihat bagi ekonomi ialah

moderate inflation. Bukan sahaja negara yang mengalami high and hyper inflation seperti

Turki (11.2%), Mesir (31.6%), Venezuela (33.8%) serta negara yang berdepan dengan

stagflation seperti Malaysia pada awal 1970an, bergelut untuk menurunkan high and hyper

inflation masing-masing, bahkan negara-negara yang mengalami deflation, zero dan low

inflation, termasuklah Ireland (0.29%), Jepun (0.39%), Perancis (1.00%), Itali (1.33%) dan

USA (2.14%), juga bertungkus-lumus hendak merangsang pula kenaikan harga ke tahap

moderate inflation.

121.   Inilah tahap inflasi yang baik! Inilah yang patut kita terangkan kepada rakyat;

bukannya memberikan gambaran yang salah bahawa deflasi, inflasi sifar atau inflasi rendah

itu bagus.

122.   Tahap rendah, sederhana, tinggi dan hyper inflation ini adalah arbitrary. USA,

misalnya, yang mengalami kadar inflasi yang rendah iaitu bawah 2% sejak tahun 2005,

berusaha merangsang kadar inflasinya yang rendah itu agar mencapai 2%. Jepun sudah tentu

gembira jika dapat mencapai tahap sifar dan akan meraikannya sebagai satu kejayaan awal.

123.   Bagi Malaysia, mungkin 3% hingga 5% boleh dianggap sebagai moderate inflation.

Namun saya sedar bahawa oleh kerana kita sudah lama terbiasa dengan inflasi yang rendah

iaitu bawah 3% maka tahap inflasi sekitar 4% yang kita alami sekarang ini sudah dianggap

terlalu tinggi.

124.   Barang diingat bahawa sebab ekonomi utama yang menyebabkan Perikatan hilang

banyak kerusi dalam PRU 1969 ialah kerana kadar pengangguran yang tinggi. Pada tahun

2008 pula, sebab utama ekonomi yang menyebabkan BN hilang majoriti dua pertiga ialah

kerana kos sara hidup yang tinggi!

125.   Dalam pada itu, inflasi tidaklah boleh dilihat in silos. Ia hendaklah juga dilihat

bersama-sama dengan faktor lain seperti pendapatan. Jika inflasi adalah pada kadar 5%,

misalnya, tetapi pendapatan naik 6% maka keadaan ini masih boleh diterima kerana

pendapatan sebenar rakyat menokok 1%. Tetapi sekalipun inflasi pada tahap yang rendah,

22

contohnya 2%, tetapi pendapatan hanya naik 1% maka keadaan ini tidaklah sihat sebab

pendapatan sebenar rakyat telah merosot 1%!.

126.   Yang demikian, dalam konteks ini, saya mohon mencadangkan pendekatan

serampang dua mata dilaksanakan segera iaitu (a) usaha menambah pendapatan dan (b)

mengawal kenaikan kos sara hidup. Saya mohon YB Menteri yang mempengerusikan

Jawatankuasa Khas Ekonomi menjelaskan apakah langkah-langkah yang telah diambil

berhubung serampang 2 mata ini dan usaha-usaha lain juga?

YB TS YDP Keamanan 127.   Sekarang saya ingin menyentuh pula K yang kedua iaitu isu keamanan.

128.   Saya igin menegaskan awal-awal lagi bahawa kos untuk mengekalkan keamanan

dan keselamatan dengan menghapuskan jenayah, mendepani konflik dan memerangi

keganasan bukanlah murah. Menurut The Global Peace Index, “The economic impact of

violence on the global economy in 2016 was $14.3 trillion in purchasing power parity

(PPP) terms. This figure is equivalent to 12.6 per cent of the world’s economic activity

(gross world product), or $1,953 for every person”.

129.   Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga keamanan yang telah kita nikmati selama

ini kerana ia juga merupakan pra syarat dan tiang seri kemakmuran negara. Jika keamanan

bertukar kepada huru hara maka syurga bertukar menjadi neraka manakala kemakmuran pula

bertukar kepada kebuluran dan kesengsaraan.

130.   Saya menjangkakan penduduk Afghanistan, Syria, Somalia, Libya, Yemen dan

beberapa buah negara lain yang sentiasa dalam keadaan berperang dan kucar kacir tentunya

dahagakan keamanan.

131.   Kalau kita tanyakan ibubapa kita yang masih hidup, tentunya mereka tidak mahu

kesengasaraan, keganasan dan kezaliman di zaman pemerintahan Jepun dan Bintang Tiga

berulang lagi. Kita juga tidak mahu peristiwa pahit 13 Mei menjenguk kembali.

132.   Malangnya iklim perpaduan kaum kita nampaknya selari dengan cuaca yang panas

sekarang ini. Polarisasi kaum semakin ketara. Lalu proses integrasi kaum semakin sukar.

23

Perpaduan kaum menjadi satu ilusi dan elusive. Pada masa yang sama kita turut mengalami

masalah serangan pengganas.

133.   Keadaan ini membimbangkan saya kerana, berdasarkan Global Peace Index,

kedudukan kita telah merosot dari tangga ke 24 pada tahun 2012 kepada tangga ke 28 pada

tahun 2014 dan menurun lagi ke tangga 29 pada tahun 2017.

134.   Walaupun Malaysia masih kekal di kalangan top 20% palingg aman di dunia, namun

eloklah YB Menteri yang berkenaan menjelaskan kepada kita sebab-sebab sebenar kejatuhan

ranking kita itu dan usaha-usaha untuk menempatkan Malaysia di kedudukan yang lebih

baik lagi.

135.   Akhir kata, berdasarkan penjelasan dan fakta yang telah saya kongsikan itu dan

bersama Bajet 2018 yang terbaik dibentangkan oleh YAB PM/MKI, adalah terbukti bahawa

rakyat telah dapat bernaung dengan aman dan makmur di bawah payung BN.sepanjang 60

tahun yang lalu. In syaa Allah, saya yakin, rakyat akan terus memberikan mandat kepada BN

untuk menjadikan tempat mereka bernaung dan berteduh, sepertimana yang terukir dalam

pantun pesaka ini:

Anak duri anak tenggiri

Dalam belanga bertemu jodoh

BN umpama payung negeri

Tempat rakyat tumpang berteduh

136.   Sekali lagi saya rakamkan ribuan terima kasih kepada YB TS YDP kerana memberi

saya peluang untuk membahaskan dan seterusnya menyokong Bajet 2018 yang telah

dibentangkan oleh YAB Menteri Kewangan I itu.

30 Oktober 2017.